PERTANDINGAN MELAFAZKAN PANTUN DEKLAMASI SAJAK PSKPP LARUT
MATANG SELAMA 2021
PERTANDINGAN VIDEO MELAFAZKAN PANTUN 2021 PSKPPLMS
1. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
a) Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli PSKPP di bawah PPD LMS.
b) Video pertandingan mestilah dikendalikan dalam bahasa Melayu sepenuhnya.
c) Setiap kumpulan mesti dianggotai oleh 4 orang ahli dan digalakkan terdiri daripada
pelbagai kaum.
d) Setiap individu hanya boleh menyertai satu kumpulan dan setiap kumpulan hanya
dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
e) Penyertaan pertandingan adalah PERCUMA.
f) Sebarang kos untuk menyertai pertandingan ini ditanggung sepenuhnya oleh setiap
peserta (jika ada)
g) Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan borang
penyertaan yang disediakan oleh urus setia dan dihantar mengikut tarikh yang
ditetapkan.
2. PEMILIHAN PANTUN
a) Penganjur menetapkan pantun bertemakan Budi
b) Peserta bebas memilih 10 pantun sedia ada, atau boleh diperolehi dalam antologi
kompenan sastera sekolah menengah.
c) Pantun yang dilafazkan mestilah menepati ciri-ciri atau bentuk pantun serta tema
yang ditetapkan.
3. TATACARA PERTANDINGAN
a) Setiap kumpulan diberikan masa tiga (3) minit sahaja untuk melafazkan 10 pantun
yang dipilih
b) Kaedah melafazkan pantun hendaklah bersesuaian dengan maksud yang
disampaikan dalam pantun mengikut kreativiti kumpulan.
c) Pantun perlu dilafazkan secara bergilir-gilir dan semua ahli dikehendaki terlibat
sama membaca pantun-pantun berkenaan.
d) Pakaian peserta dalam video rakaman mestilah bersesuaian dan sopan.
e) Rakaman video perlu dihantar kepada PN ZAITON BIN MAT HASHIM 0124941273
4. PEMARKAHAN JURI
Pembahagian markah adalah seperti yang berikut:
a) Penghayatan: 35 markah
b) Kreativiti: 35 markah
c) Sebutan: 30 markah
5. HADIAH
Hadiah bagi setiap kategori adalah seperti berikut :
Johan : Medal,Sijil & Hamper
N.Johan : Medal,Sijil & Hamper
Ketiga : Medal,Sijil & Hamper
Saguhati : Medal x 3
Penyertaan: Sijil
PERTANDINGAN VIDEO MENDEKLAMASI SAJAK 2021 PSKPPLMS
1. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
a) Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli PSKPP di bawah PPD LMS.
b) Video pertandingan mestilah dikendalikan dalam bahasa Melayu sepenuhnya.
c) Kategori ahli berbangsa melayu dan ahli bukan berbangsa melayu
d) Setiap sekolah hanya boleh menghantar seorang peserta bagi setiap kategori.
Sekolah jenis kebangsaan perlu menghantar guru yang bukan berbangsa melayu.
e) Penyertaan pertandingan adalah PERCUMA.
f) Sebarang kos untuk menyertai pertandingan ini ditanggung sepenuhnya oleh setiap
peserta (jika ada)
g) Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan borang
penyertaan yang disediakan oleh urus setia dan dihantar mengikut tarikh yang
ditetapkan.
2. PEMILIHAN SAJAK
a) Penganjur pertandingan menyediakan pilihan sajak yang akan dipilih oleh peserta.
b) Senarai sajak pilihan adalah seperti yang berikut:
BIL. JUDUL PENULIS
1. Suara Dari Pusara Usman Awang
2. Alam Telah Betul Rahman Shaari
3. Ingatan Adalah Musuhmu Yang Setia Latif Mohidin
4. Balada Langit Tua Manusia Sengketa Usman Awang
5. Harga Sejarah Rahman Shaari
c) Peserta bebas memilih sajak yang telah disenaraikan oleh penganjur.
d) Penyampaian sajak selain daripada sajak yang disenaraikan akan menyebabkan
penyertaan peserta terbatal.
4. PEMARKAHAN JURI
a) Aspek penilaian hakim meliputi suara (70%) serta gaya dan teknik (30%). Butiran
penilaian dalam persembahan deklamasi sajak adalah seperti yang berikut:
ASPEK PENILAIAN MARKAH DIPEROLEH
SUARA (70%) Vokal 20
Intonasi 15
GAYA DAN TEKNIK (30%) Nada 10
Artikulasi 15
Jumlah Kelancaran 10
Penghayatan/Mimik 10
Muka/ Bahasa Tubuh
Penampilan/ Ketertiban 10
Kreativiti Video 10
100
5. HADIAH
Hadiah bagi setiap kategori adalah seperti berikut :
Johan : Medal,Sijil & Hamper
N.Johan : Medal,Sijil & Hamper
Ketiga : Medal,Sijil & Hamper
Saguhati : Medal x 3
Penyertaan: Sijil
PANDUAN KEPADA PESERTA
1. KEHAKIMAN
a) Pihak hakim akan memilih lima penyertaan yang terbaik dan akan di muatnaik ke
laman facebook PPDLMS untuk di undi oleh penonton.
b) Undian like penonton yang terbanyak akan menentukan pemenang.
c) KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD
2. TATACARA PENGHANTARAN VIDEO RAKAMAN
a) Peserta dikehendaki menyampaikan persembahan di hadapan kamera (komputer,
telefon pintar atau peranti lain) dengan jelas merangkumi aspek visual dan audio.
Format video hendaklah dibuat syot penuh (full shot) secara melintang (landscape).
Video hendaklah dalam Format MP4
b) Wajah peserta hendaklah jelas (tidak terlindung).
c) Pencahayaan latar video mestilah baik dan tidak gelap.
d) Peserta digalakkan menghafal teks. Penggunaan telepandu (teleprompter) adalah
tidak dibenarkan.
e) Peserta tidak dibenarkan menggunakan alat bantu atau sebarang peralatan muzik
termasuk pita rakaman semasa mendeklamasikan sajak.
f) Perlakuan yang kurang sopan semasa penyampaian adalah dilarang. Peserta yang
melanggar mana-mana peraturan di atas akan dibatalkan penyertaannya serta-
merta.
g) Sebarang pindaan dan perubahan terhadap konsep pertandingan ini tertakluk
kepada pertimbangan pihak penganjur.Sebarang tafsiran terhadap konsep
pertandingan ini hendaklah dirujuk kepada pihak penganjur.
h) Penghantaran video harus dilakukan sebelum tarikh tutup penyertaan dan dihantar
kepada PN ZAITON BIN MAT HASHIM 0124941273 melalui aplikasi TELEGRAM
3. TARIKH PENYERTAAN PADA 5 APRIL 2021 DAN BERAKHIR PADA 28 APRIL 2021
4. SEBARANG PERTANYAAN DAN RUJUKAN BOLEH MERUJUK KEPADA:
a) PN ZAITON BIN MAT HASHIM 0124941273
b) PN SARAH BINTI ZAKARIA 0139753221