The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kertas Cadangan Pertandingan TikTok Dalam Pendidikan 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PPDLMS, 2021-04-12 22:24:37

Kertas Cadangan Pertandingan TikTok Dalam Pendidikan 2021

Kertas Cadangan Pertandingan TikTok Dalam Pendidikan 2021

Keywords: tiktok,pskpp,ppdlms,2021

Kertas Cadangan
Pertandingan ‘TikTok’ Dalam PdPc Tahun 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama

1. Pengenalan
Pertandingan ‘TikTok’ dalam PdPc ini adalah merupakan sebuah pertandingan bagi mengasah
bakat serta kemahiran kreatif mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Johor
Kampus Segamat dalam penghasilan video. Pertandingan ini dijadualkan akan berlangsung
selama tempoh 3 minggu iaitu daripada 13 November 2020 sehingga 6 Disember 2020.

2. Tujuan Program
Antara tujuan utama Pertandingan ‘Tiktok’ dalam PdPC ini dijalankan adalah untuk menjadi
para ahli PSKPP yang berkebolehan di dalam pembangunan produk multimedia terutamanya
pada situasi negara yang sedang dilanda pandemik Covid-19. Oleh itu, inilah salah satu inisiatif
daripada Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama (PPD LMS) dalam menjalankan
program secara atas talian. Pertandingan ‘TikTok’ ini merupakan salah satu landasan yang
sesuai untuk membentuk dan meningkatkan kualiti ahli PSKPP dalam bidang multimedia dan
penghasilan video yang bermaklumat dan mendidik.

3. Objektif Program
a) Meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam kalangan para peserta dalam penghasilan

video pendek yang bermaklumat dan mendidik.
b) Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam kalangan para peserta dalam

penghasilan video pendek yang bermaklumat dan mendidik.

4. Tarikh Pelaksanaan
Pertandingan akan bermula pada pukul 12:00 pagi pada 22 April 2021 (“Tarikh Mula”) dan
berakhir pada 11:59 malam pada 22 Mei 2021 (“Tarikh Tutup”) di Malaysia. Semua masa
yang disenaraikan berada di zon waktu Kuala Lumpur (GMT + 8).

5. Syarat Kemasukan Pertandingan

Sebelum anda bertanding, anda mesti mematuhi syarat kemasukan pertandingan seperti
berikut:-

❖ Ahli PSKPP;
❖ Mempunyai akaun Aplikasi TikTok;
❖ Masukkan kategori pertandingan yang betul seperti yang dinyatakan;
❖ Keputusan pihak penganjur adalah muktamad;

❖ Pihak penganjur berhak membuat pindaan syarat pertandingan mengikut kesesuaian
tanpa diberitahu.

❖ Sijil Penyertaan akan diberi sekiranya penyertaan tersebut telah mematuhi syarat

pertandingan yang ditetapkan.

6. Cara Kemasukan Pertandingan

Cara kemasukan pertandingan adalah seperti berikut:-

❖ Muat naik video pendidikan dan bermaklumat asli dengan menggunakan hashtag
#WeDeliver dan #TikTokGuru.

❖ Kategori yang dicadangkan: Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
❖ Bidang: Bahasa, Sains dan Teknologi, Motivasi.
❖ Semua kandungan mestilah bermaklumat dan mendidik.
❖ Video mesti melebihi 10 saat, dan durasi antara 1-2 minit.
❖ Seorang ahli PSKPP dibenarkan SATU penyerahan video sahaja, kandungannya

harus berkaitan dengan syarat dan keperluan pihak penganjur.

7. Publisiti Pertandingan

Liputan publisiti mengenai pertandingan adalah berbentuk:

a) Poster, Banner, FaceBook
b) Hantaran emel kepada semua sekolah untuk hebahan kepada semua ahli PSKPP untuk

makluman dan penyertaan program.

8. Kategori dan Hadiah Pertandingan
a) Pertandingan ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Sekolah Rendah (SR), Sekolah

Menengah (SM) dan AKP.
b) Kedudukan pemenang tempat 1 hingga tempat 5 akan ditentukan berdasarkan jumlah

“likes” bagi video berkenaan.

9. Anggaran Perbelanjaan Harga Seunit Bilangan Jumlah
Bil. Perkara Kos (RM)
(RM)
1. Sijil Penyertaan 100.00
0.80 Bilangan
2. Piala Pemenang Sekolah Rendah 100.00
3. Piala Pemenang Sekolah Menengah Peserta 100.00
4. Piala Pemenang AKP 100.00
20.00 5 400.00

20.00 5

20.00 5

JUMLAH

10. Penutup

Besarlah harapan kami agar kertas kerja ini mendapat kelulusan dan pertimbangan sewajarnya
daripada pihak tuan. Sehubungan itu, kami juga amat berharap kelulusan tersebut beserta
bantuan kewangan daripada pihak tuan untuk menjayakan program ini supaya berjalan lebih
lancar seperti yang dirancang. Penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.


Click to View FlipBook Version