The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rizalilafaiq, 2019-12-18 22:38:54

Geografi Tingkatan 1

abc
IMBAS KEMBALI
IMBAS KEMBALI
abc




Lakaran Peta Malaysia











Negeri-negeri Ibu negara
di Malaysia


Pusat Pentadbiran
Ibu negeri
Kerajaan Persekutuan



13 buah 3 buah Kuala Lumpur
negeri wilayah
persekutuan


Setiap negeri mempunyai Putrajaya
ibu negeri





Negeri-negeri dan Ibu Negeri di Malaysia


Negeri-negeri Ibu Negeri Negeri-negeri Ibu Negeri

Perlis Kangar Johor Johor Bahru
Kedah Alor Setar Pahang Kuantan
Pulau Pinang Georgetown Terengganu Kuala Terengganu
Perak Ipoh Kelantan Kota Bharu
Selangor Shah Alam Sabah Kota Kinabalu
Negeri Sembilan Seremban Sarawak Kuching
Melaka Bandaraya Melaka







B 40
40

Cabaran Prestasi





A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1. Malaysia terdiri daripada buah negeri.

2. Terdapat buah wilayah persekutuan di Malaysia.
3. Negeri dan terletak di Pulau Borneo.

4. Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia ialah .

5. Kuala Lumpur ialah Malaysia.

B. Cari nama ibu negeri bagi negeri-negeri di Malaysia dalam perkataan
tersembunyi di bawah.


K E R T E H M J O H O R B A H R U S B K

T U W X H E I Q E I A B A L I N H E B A

A N A M C B R K O T S S B N L O Y N E N

I B A N E K I R E S U B A N P V J A N G

P X C V T A P S I K U C H I N G T W T A
I B A N D A R A Y A M E L A K A A O R R

N Z V Q A O N K U N D A S A N G A N N B

G E F Q L I V A S E R E M B A N I G G B

J C B A A C B F K O T A B H A R U S T G
S H A H A L A M B U T T E R W O R T H O

B F K O T A K I N A B A L U U P F O V S

T D B G E O R G E T O W N F H G V B P A
K U A L A T E R E N G G A N U Q C B N A


C. Berdasarkan negeri tempat tinggal anda:

(i) Nyatakan nama bandar yang menjadi ibu negeri.
(ii) Terangkan mengapa bandar itu dipilih sebagai ibu negeri dan nyatakan
beberapa keistimewaannya.





A 111
4

BAB BUMI EKSPLORASI BAB

5





1. Sistem fizikal bumi













Bab 5











Apakah komponen-komponen yang
Bumi ialah planet tempat kita tinggal. Bumi membentuk sistem fizikal bumi?
mempunyai sistem fizikal dan struktur yang
membolehkannya menampung hidupan.
Apakah sistem fizikal dan struktur bumi?
Apakah benua, lautan, laut utama dan selat 4.
yang terdapat di bumi? Kesan pergerakan kerak bumi





Standard Pembelajaran
Sebelum
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran
murid dapat:
• Menjelaskan empat sistem fizikal
bumi.
• Menjelaskan struktur bumi.
• Mengenal pasti benua, lautan, laut Selepas
utama dan selat.
• Membincangkan kesan-kesan
pergerakan kerak bumi.
Apakah kesan-kesan pergerakan
kerak bumi?



42
42
42

2. Struktur bumi






























Senaraikan lapisan-lapisan
yang terdapat dalam
struktur bumi.




3. Benua, lautan, laut utama dan selat



0 o

o
66 U



o
23 U
0 o
o
23 S



o
66 S


Di manakah kedudukan benua, lautan, laut utama dan selat
di permukaan bumi?




43

5.1 SISTEM FIZIKAL BUMI





Bumi ialah planet yang berbentuk sfera dan mempunyai anggaran keluasan
permukaan 510 juta km persegi. Air meliputi 71% daripada permukaan bumi manakala
29% ialah daratan. Komponen yang membentuk bumi terdiri daripada atmosfera,
litosfera, hidrosfera dan biosfera.



Glosari Sistem Fizikal Bumi

Komponen: Bahagian yang
Bab 5
saling melengkapi
antara satu
sama lain Atmosfera Litosfera Hidrosfera Biosfera


Info
Info
GEOGRAFI
Atmosfera ialah lapisan udara yang
Atmosfera bumi terdiri menyelubungi bumi. Lapisan ini mengandungi
daripada lima lapisan.
pelbagai jenis gas, debu, habuk, asap serta
wap air.
Eksosfera




Atmosfera
Termosfera






Mesosfera
Hidrosfera





Stratosfera Hidrosfera meliputi semua
bahagian air yang wujud
di bumi. Bahagian tersebut
merangkumi air laut, air
tasik, air sungai, air bawah
Troposfera tanah, air paya dan
litupan ais.



44
44
44

5.2 STRUKTUR BUMI Kerak bumi

Mantel
Teras luar
Bumi terdiri daripada tiga lapisan, iaitu kerak bumi, Teras
mantel dan teras bumi. Dalam

1 Kerak Bumi Teras
• Lapisan bumi yang paling keras dan pejal dalam
• Terdiri daripada dua lapisan, iaitu sial (silika dan
aluminium) dan sima (silika dan magnesium)
- Sial terletak di bahagian atas kerak bumi dan
membentuk benua di permukaan bumi.
- Sima terletak di bawah sial dan di dasar lautan.
2 Mantel

• Terletak di bawah lapisan kerak bumi
• Merangkumi dua pertiga jisim bumi
• Bersifat pepejal tetapi lapisan luarnya bersifat separa cecair Rajah 5.1
Lapisan struktur bumi
3 Teras Bumi
• Merupakan lapisan yang paling dalam
• Mengalami tekanan yang kuat dan suhu yang sangat tinggi
• Terbahagi kepada dua, iaitu teras luar dan teras dalam


Biosfera
Biosfera ialah kawasan yang didiami
oleh semua benda hidup, iaitu manusia,
haiwan dan tumbuhan. Kawasan tersebut
melibatkan bahagian kerak bumi
dan atmosfera.


Litosfera ialah lapisan luar bumi yang
merangkumi bahagian kerak bumi
dan bahagian atas mantel. Bahagian
Litosfera tersebut mengandungi pelbagai jenis
batuan dan mineral.








Rajah 5.2 Kedudukan atmosfera, litosfera, hidrosfera dan biosfera




45
45

5.3 BENUA, LAUTAN, LAUT UTAMA DAN SELAT

Benua Amerika Utara

Benua merupakan daratan yang sangat luas • Benua yang ketiga terbesar
pada permukaan bumi. Terdapat tujuh benua di dunia
yang dikelilingi oleh lima lautan luas. Selain lautan, • Meliputi kawasan seluas
terdapat juga laut utama dan selat yang penting. kira-kira 24.5 juta
kilometer persegi
0 o
Benua Amerika Selatan
o
66 U • Benua yang keempat
Amerika Asia terbesar di dunia
Utara Eropah
Bab 5
o
23 U • Meliputi kawasan
0 o Amerika Afrika seluas kira-kira 17.8 juta
kilometer persegi
o
23 S Selatan
Australia
Benua Antartika
• Benua yang terletak
o
66 S paling selatan
Antartika
• Meliputi kawasan
Peta 5.1 Lokasi benua seluas kira-kira 14 juta

Benua Asia kilometer persegi

• Benua terbesar di dunia Benua Eropah
• Meliputi keluasan kira-kira 55.8 juta • Benua yang kedua terkecil
kilometer persegi
di dunia
• Meliputi keluasan kira-kira
Benua Afrika 10.4 juta kilometer persegi
• Benua yang kedua terbesar di dunia
• Meliputi keluasan kira-kira 30 juta Benua Australia
kilometer persegi • Benua yang paling
mendatar di dunia
• Meliputi keluasan kira-kira
7.6 juta kilometer persegi



Ketahui maklumat lanjut berkaitan benua dan lautan melalui laman web berikut:
htt p://eravisi.com/geo/tg1/ms017


Buat catatan pada buku nota anda dan hasilkan peta pemikiran yang bersesuaian.



46
46

Lautan Artik 0 o

o
66 U


Selat
Melaka
o
23 U Lautan Atlantik

0 o Lautan Pasi k Laut Sulu
Lautan Laut China
o
23 S Hindi Selatan
Lautan Selatan
Peta 5.1 Lokasi benua Selat
Tebrau
o
66 S


Peta 5.2 Lautan, laut utama dan selat


Lautan Pasifi k Laut China Selatan

• Lautan terbesar di dunia • Terletak dalam lingkungan
• Purata kedalaman 4300 m Lautan Pasifik
• Merangkumi perairan bermula dari
Lautan Artik Selat Melaka hingga ke Selat Taiwan

• Lautan terkecil dan tercetek di dunia
• Terletak berdekatan dengan Laut Sulu
Kutub Utara • Terletak di bahagian barat daya
Filipina, berhampiran Pulau Borneo
Lautan Atlantik
Selat Melaka
• Lautan kedua terbesar di dunia
• Memanjang dari utara ke selatan • Terletak di perairan antara
dan membentuk seakan-akan Semenanjung Malaysia dengan
huruf ‘S’ Pulau Sumatera (Indonesia)
• Selat terpanjang di dunia
Lautan Hindi
Selat Tebrau
• Lautan ketiga terbesar di dunia
• Bersempadan dengan benua Asia, • Merupakan kawasan perairan sempit
Afrika dan Australia yang memisahkan Semenanjung
• Purata kedalamannya 3900 m Malaysia dengan Singapura


Lautan Selatan

• Lautan yang mengelilingi
benua Antartika

47

5.4 KESAN PERGERAKAN KERAK BUMI




Permukaan bumi terdiri daripada lapisan kerak bumi yang dikenali sebagai plat.
Plat tersebut terbahagi kepada dua, iaitu plat daratan dan plat lautan. Lapisan plat
bumi berada di atas lapisan mantel. Pengaruh arus perolakan di lapisan mantel
menyebabkan plat bumi bergerak.

Pergerakan kerak bumi atau plat melibatkan proses pertembungan dan
pencapahan. Proses ini seterusnya menyebabkan pelbagai kesan kepada
pembentukan muka bumi.



200 juta tahun Hanyutan Benua
dahulu
• Pencapahan atau pemisahan plat menyebabkan
berlakunya perubahan kedudukan benua. Walaupun
proses pemisahan plat terjadi dengan sangat
perlahan, ahli sains membuktikan kemungkinan
kedudukan benua pada masa sekarang adalah kesan
daripada hanyutan benua.


135 juta tahun Sekarang
dahulu





















Rajah 5.3 Proses hanyutan benua
Sumber: First Geography Encyclopedia
Glosari

Pertembungan: Perlanggaran antara plat-plat di kerak bumi secara serentak
Pencapahan: Perpisahan dan pergerakan plat-plat di kerak bumi
Sesaran: Pergerakan plat-plat bumi secara berselisih di sepanjang garis gelinciran



48
48

Gunung Lipat

• Pergerakan dan pertembungan plat bumi akan menyebabkan berlakunya
pembentukan gunung lipat.
• Pergerakan dan pertembungan itu berlaku apabila terdapatnya daya mampatan
pada kerak bumi.
• Tolakan serta himpitan dua plat dari arah bertentangan akan menyebabkan kerak
bumi termampat, seterusnya membentuk banjaran gunung lipat.




Daya mampatan


Sebelum





Kesan daya mampatan



Selepas

Rajah 5.4 Proses pembentukan gunung lipat
Rajah 5.5 Gunung lipat
Gunung Bongkah


• Gunung bongkah terbentuk akibat pergerakan kerak bumi yang disebut
gelinciran atau sesaran.
• Proses gelinciran biasanya berlaku di sempadan plat bumi di daratan atau
di lautan akibat pengaruh daya tegangan atau mampatan.

Daya tegangan Gunung bongkah

Lurah gelinciran





Sebelum

Lurah gelinciran








Selepas
Rajah 5.7 Gunung bongkah dan
Rajah 5.6 Proses pembentukan gunung bongkah lurah gelinciran


49

Info Gempa Bumi
Info
GEOGRAFI
• Gempa bumi berlaku apabila
Gelombang tsunami boleh mencapai wujudnya daya tekanan akibat
kelajuan sebuah jet, iaitu melebihi pertembungan dan himpitan
800 km/j di laut dalam. Gelombang antara plat. Proses tersebut akan
tsunami dapat menyeberangi Lautan menghasilkan gegaran di kawasan
Pasifik dalam masa kurang daripada sempadan plat.
satu hari.
• Kejadian gempa bumi di dasar laut
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia berpotensi mengakibatkan tsunami.




Glosari

Bab 5
Magma: Batuan cair yang terdapat di bawah permukaan bumi
Tsunami: Ombak besar yang tercetus akibat gegaran gempa bumi di
dasar laut
Lava: Cecair panas yang mengalir dari gunung berapi






























Zon gempa bumi Plat lautan











Rajah 5.8 Kejadian gempa bumi dan pembentukan gunung berapi




5 5
5000

Gunung Berapi

• Gunung berapi terbentuk apabila berlakunya pertembungan dua plat yang
mewujudkan zon benam.
• Salah satu plat akan terjunam ke bawah seterusnya bertemu dengan lapisan
mantel. Proses tersebut akan membentuk magma dan lava.
• Plat yang terangkat akibat pertembungan akan membentuk gunung dan rekahan.
• Cecair magma akan keluar memenuhi rekahan pada plat bumi seterusnya
membentuk gunung berapi.



Info
Info
GEOGRAFI

Bagaimanakah tsunami dan
gunung berapi terjadi? Laman web
berikut menunjukkan video tentang
Lava kejadian tsunami dan gunung
berapi.
Gunung berapi
htt p://eravisi.com/geo/
tg1/ms018




htt p://eravisi.com/geo/
tg1/ms019










Plat daratan



Magma













Zon benam
Lapisan mantel

511
5

IMBAS KEMBALI
abc









Atmosfera Kerak bumi


Sistem Bumi Struktur Bumi
Hidrosfera
Mantel
Litosfera
Teras bumi
Bab 5
Biosfera Teras luar
Teras dalam


7 benua
Pembentukan
Benua Asia Benua Eropah
Benua Afrika Benua Australia gunung lipat
Benua Amerika Utara Benua Antartika
Benua Amerika Selatan Pembentukan gunung
Benua, Lautan, Laut Utama dan Selat Kesan Pergerakan Kerak Bumi
bongkah
5 lautan 2 laut

Lautan Artik Laut China Selatan Pembentukan
Lautan Atlantik Laut Sulu gunung berapi
Lautan Hindi
Lautan Selatan 2 selat
Lautan Pasifik Gempa bumi
Selat Melaka
Selat Tebrau









Info
Info
GEOGRAFI

Terokai maklumat lanjut berkaitan struktur bumi melalui laman web berikut:
htt p://eravisi.com/geo/tg1/ms020
Anda juga boleh meneroka maklumat melalui laman web yang lain. Catatkan
dapatan dan bandingkan maklumat yang diperoleh dengan rakan sekelas anda.






5 5
5222

Cabaran Prestasi




A. Namakan empat sistem fizikal bumi berdasarkan rajah di bawah. Lengkapkan
jadual berkaitan maklumat keempat-empat sistem tersebut.


1.
1.


2.




2. 3.



4.

4. 3.




B. Namakan keempat-empat lapisan struktur bumi pada rajah di bawah berserta
ciri-cirinya.





1.



2.



3.




4.















53
53

C. Namakan benua, lautan, laut utama dan selat pada peta dunia di bawah.



0 o



L1
o
66 U S1

B1 B4 B3

o
23 U L3 LU1
B5 LU2
o
0
L2 L4
o
23 S B2 B6
L5 S2

o
66 S
B7




Benua Lautan

B1. L1.
B2. L2.

B3. L3.
B4. L4.

B5. L5.

B6.
B7.




Laut Utama Selat

LU1. S1.
LU2. S2.








54
54

D. Dengan menggunakan kreativiti, hasilkan satu peta pemikiran yang sesuai
tentang kesan pergerakan bumi.

































Sumber: Utusan Malaysia, 8 Jun 2015









E. Berdasarkan keratan akhbar di atas, jawab soalan-soalan yang berikut:

(i) Apakah kesan kejadian gempa bumi?
(ii) Jelaskan persediaan yang perlu dilakukan oleh semua pihak dalam
menangani kesan gempa bumi.
(iii) Apakah yang boleh anda lakukan untuk membantu mangsa gempa bumi
yang berlaku di negara kita dan juga di negara-negara lain?



















55

BAB BENTUK MUKA BUMI

6







1. Bentuk muka bumi Malaysia


























Bentuk muka bumi negara kita terdiri
daripada kawasan tanah tinggi, tanah Bentuk
pamah, lembangan dan pinggir laut. Muka Bumi
Apakah kepentingan pelbagai bentuk Malaysia
muka bumi itu?




Standard Pembelajaran


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran
murid dapat:
• Menyatakan empat bentuk muka
bumi di Malaysia.
• Menentukan lokasi bentuk-bentuk
muka bumi di Malaysia.
• Menghuraikan kepentingan pelbagai
bentuk muka bumi di Malaysia.



Apakah bentuk muka bumi yang ada
di Malaysia?




56 5656

EKSPLORASI BAB 2. Lokasi pelbagai bentuk muka bumi di Malaysia




Laut Sulu




Laut China Selatan







Di manakah lokasi pelbagai bentuk muka bumi yang ada
di Malaysia?




3. Kepentingan bentuk muka bumi di Malaysia










Bentuk
Muka Bumi
Malaysia


























Nyatakan kepentingan pelbagai bentuk muka bumi di Malaysia.






57

BENTUK MUKA BUMI DI MALAYSIA
6.1





Malaysia mempunyai pelbagai bentuk muka bumi. Bentuk muka bumi di Malaysia
terdiri daripada tanah tinggi, tanah pamah, pinggir laut dan saliran.

Tanah Tinggi Tanah Pamah

























Cameron Highlands, Pahang
• Tanah tinggi merujuk kepada kawasan
ketinggian melebihi 180 m dari aras
laut merangkumi banjaran gunung dan
dataran tinggi.
• Banjaran gunung di Malaysia terjadi
akibat daripada proses lipatan.
• Banjaran Titiwangsa tinggi di bahagian
utara dan semakin rendah ke selatan Sawah padi di daerah Yan, Kedah
Semenanjung Malaysia. • Tanah pamah ialah kawasan
• Kebanyakan banjaran terbentuk di yang rendah dan ketinggian tidak
bahagian tengah Semenanjung Malaysia, melebihi 180 m dari aras laut.
pedalaman Sarawak dan di barat serta • Kebanyakan tanah pamah
tengah negeri Sabah. di Malaysia terdapat di lembangan
• Kawasan tanah tinggi mempunyai suhu sungai, dataran, delta dan dataran
yang rendah. Sebagai contoh, purata pantai.
suhu di Cameron Highlands ialah
o o • Sebagai contoh, Dataran Kelantan,
19 C, berbanding Kuala Lumpur 27 C.
Dataran Kedah–Perlis, Delta Rajang
Sumber: Stesen Meteorologi Cameron Highlands, Jun 2016 dan Delta Segama.




58
58
58

Pinggir Laut Saliran

































P
Pantai Chenang di Pulau Langkawi, Kedahantai Chenang di Pulau Langkawi, Kedah
• Malaysia mempunyai pinggir laut
yang panjang, iaitu kira-kira 4 800 km.
Malaysia dikelilingi Laut China
Selatan, Laut Sulu, Laut Sulawesi dan
Selat Melaka. Pemandangan Tasik Kenyir dari udara
• Terdapat pelbagai bentuk muka bumi • Saliran di Malaysia merujuk kepada
pinggir laut seperti pulau, teluk, tanjung sungai dan tasik.
dan lagun. Malaysia dikelilingi laut • Kebanyakan sungai berpunca dari
cetek yang terletak atas pentas benua kawasan tadahan hujan di tanah tinggi.
dikenali sebagai Pentas Sunda. • Selain sungai, terdapat tasik semula jadi
• Di pinggir pantai terdapat ciri fizikal dan tasik buatan manusia di Malaysia.
seperti pantai, tebing tinggi, tanjung,
teluk, gerbang laut, batu tunggul
dan batu sisa.
Pentas benua Glosari


Pentas benua: Kawasan pinggir laut
180 m yang cetek berkedalaman
sehingga 180 m dari
dasar laut






59
59

LOKASI PELBAGAI BENTUK MUKA BUMI
6.2 DI MALAYSIA





Tanah Tinggi


Tanah tinggi merujuk kepada kawasan yang melebihi 180 m dari aras laut. Tanah
tinggi di Malaysia terdiri daripada rangkaian banjaran gunung dan dataran tinggi.

Tanah Tinggi di Semenanjung Malaysia

• Tanah tinggi di Semenanjung Malaysia berpunca dari Dataran Tinggi Yunan di
pedalaman negara China yang merentasi Thailand dan menganjur dari utara ke
selatan Semenanjung Malaysia.
• Banjaran gunung di Semenanjung Malaysia merupakan gunung lipat tua yang stabil.
• Banjaran Titiwangsa tinggi di utara dan menganjur semakin rendah ke selatan.
• Banjaran Titiwangsa merupakan 'tulang belakang' Semenanjung Malaysia.
Petunjuk
Gunung
Banjaran
melebihi 501 meter
201-500 meter
0-200 meter

B1
G1
G2
B2 Gunung Tahan

B3
Laut China Selatan

Gunung Korbu
Info
Info
GEOGRAFI

Gunung lipat muda - terbentuk kira-
kira 30 juta hingga 50 juta tahun lalu.
Gunung lipat tua - terbentuk kira-kira
200 juta tahun lalu.
Sumber: htt p://eravisi.com/
geo/tg1/ms021
Banjaran Titiwangsa

Peta 6.1 Tanah tinggi di Malaysia
Sumber: Spati alworks Sdn. Bhd.



60
60
60

Tanah Tinggi di Sarawak dan Sabah
• Kawasan tanah tinggi terletak di pedalaman Sarawak dan Sabah.
• Terdapat beberapa banjaran dan gunung di Sarawak dan Sabah.
• Banjaran Crocker, Banjaran Trus Madi dan Banjaran Brassey terletak di Sabah.
• Gunung Kinabalu yang terletak di Banjaran Crocker merupakan gunung yang
tertinggi di Malaysia.
• Di Sarawak terdapat Banjaran Tama Abu, Banjaran Pergunungan Iran,
Pergunungan Hose dan Banjaran Kapuas Hulu.
Banjaran di Semenanjung Banjaran di Sabah: Banjaran di Sarawak:
Malaysia: B4 Banjaran Crocker B7 Banjaran Tama Abu
B1 Banjaran Titiwangsa B5 Banjaran Trus Madi B8 Pergunungan Iran
B2 Banjaran Tahan B6 Banjaran Brassey B9 Pergunungan Hose
B3 Banjaran Benom B10 Banjaran Kapuas Hulu
Gunung di Sabah:
Gunung: G3 Gunung Kinabalu (4 095 m) Gunung di Sarawak:
G1 Gunung Korbu (2 182 m) G4 Gunung Trus Madi (2 642 m) G5 Gunung Mulu (2 376 m)
G2 Gunung Tahan (2 187 m)
Sumber: Jabatan Ukur dan Pemetaan
Malaysia (JUPEM)






G3


B4 Gunung Trus Madi
Gunung Kinabalu
G4 B6
B5

G5

Gunung Api, Taman B7 Info
Info
Negara Mulu GEOGRAFI


Taman Negara Gunung Mulu mempunyai rangkaian
B8
B9 gua yang terpanjang di dunia. Di sini terletaknya
B10 'Sarawak Chamber', iaitu ruang bawah tanah
terbesar di dunia yang boleh memuatkan empat
puluh buah kapal terbang Boeing 747. Gua yang
paling panjang di Asia Tenggara, iaitu Gua Rusa
juga terletak di sini. Gua-gua besar ini menjadi
tempat tinggal berjuta-juta kelawar dan burung
layang-layang.

Sumber: htt p://eravisi.com/geo/tg1/ms022







61
61

Tanah Pamah

Tanah pamah ialah kawasan datar atau beralun yang berketinggian kurang daripada
180 m dari aras laut. Kawasan tanah pamah Malaysia terdiri daripada delta, dataran
pantai dan lembangan sungai.

Tanah Pamah di Semenanjung Malaysia
Tanah pamah di Semenanjung Malaysia terletak di bahagian pantai barat dan
pantai timur Dataran Kedah–Perlis, Dataran Hulu Sungai Perak, Dataran Kelantan dan
sebagainya. Antara kawasan tanah pamah yang utama di Semenanjung Malaysia ialah:

• Dataran Kedah–Perlis
– Bermula dari utara, iaitu di negeri Perlis seterusnya hingga
ke selatan negeri Kedah
– Kawasan tanah pamah yang rata terdiri daripada jenis
tanih aluvium
– Kawasan yang sesuai untuk penanaman padi



• Dataran Kelantan
– Tanah pamah yang
rendah dan rata
– Diliputi tanih jenis
°
6 U aluvium
– Kawasan yang
subur untuk
kegiatan pertanian


°
4 U Laut China Selatan











• Delta Rajang
– Dataran luas dan subur

– Delta Rajang membentuk
• Dataran Hulu Sungai Perak lembangan yang luas
– Sambungan jaluran tanah pamah dari di pantai barat Sarawak
utara ke selatan negeri Perak – Kegiatan pertanian
°
– Kawasan tanah pamahnya luas 104 T dijadikan kegiatan utama
– Kawasan tanah pamah sesuai untuk – Tanih subur akibat
pelbagai kegiatan ekonomi mendapan daripada
kejadian banjir


62
62
62

Tanah Pamah di Sarawak dan Sabah
Kawasan tanah pamah terletak di pantai timur dan pantai barat negeri Sabah. Dataran
di pantai timur Sabah adalah lebih luas berbanding pantai barat. Dataran di sepanjang
pantai barat negeri Sarawak pula merupakan tanah pamah yang luas. Delta Rajang
membentuk lembangan yang luas di pantai barat negeri Sarawak.


• Dataran Pantai Timur Sabah • Dataran Pantai Barat
– Dataran di pantai timur Sabah Sabah
adalah lebih luas berbanding – Tanah pamah yang
pantai barat agak sempit dan
– Kawasan tanah pamah lebih terputus-putus
lebar – Terbentuk di kaki
– Terdapat banyak kawasan Banjaran Crocker
berpaya – Sesuai untuk kegiatan
– Sesuai untuk kegiatan perindustrian seperti
pertanian seperti tanaman di Likas dan Kepayan
kelapa sawit, getah dan koko Petunjuk
Kawasan Tanah Pamah
Sungai
Sempadan Antarabangsa










Laut China Selatan

Info
Info
GEOGRAFI

Bario terletak di Tanah Tinggi
Kelabit yang berketinggian
1 000 m dari aras laut. Terletak
bersempadanan dengan
Kalimantan. Bario terkenal
dengan keunikan tanaman
padi yang ditanam di
kawasan tanah tinggi.
• Dataran Pantai Barat Sarawak
– Dataran yang luas dan terdiri daripada tanih Sumber: htt p://eravisi.
yang subur untuk kegiatan pertanian seperti com/geo/tg1/ms023
lada hitam, padi dan nanas
– Sangat sesuai sebagai pusat petempatan
dan pentadbiran


63
63

Pinggir Laut di Malaysia


Malaysia mempunyai kawasan pinggir laut yang panjang. Kedalaman laut di pesisiran
Malaysia agak cetek, iaitu lebih kurang 180 m. Semua negeri di Malaysia mempunyai
kawasan pinggir laut kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Secara
keseluruhannya, Malaysia mempunyai kawasan pantai sepanjang kira-kira 4 800 km.
Selain itu, kawasan pinggir laut di Malaysia mempunyai pelbagai bentuk muka bumi
seperti pulau, teluk, tanjung dan lain-lain lagi seperti pada Rajah 6.1.

• Tebing tinggi
terbentuk akibat
hakisan ombak
semasa air pasang




Tebing tinggi di Pulau Denawan, Sabah


• Gua merupakan Tebing tinggi
kesan lekukan
yang terbentuk
akibat tindakan Gua
ombak terhadap
tebing tinggi

Gua di Pulau Siamil, Sabah Teluk


• Gerbang laut terbentuk
disebabkan hakisan
ombak yang berterusan
dan menembusi dinding
gua laut. Laut

Rajah 6.1 Bentuk muka bumi
pinggir laut
Gerbang laut di Batu Sapi, Sandakan, Sabah


• Batu tunggul
hasil daripada
runtuhnya
gerbang laut




Keadaan pesisir pantai negara kita
semakin terhakis akibat hakisan ombak. Berikan
cadangan yang kreatif untuk mengurangkan
fenomena tersebut.
Batu tunggul di Taman Negara
Bako, Sarawak
64
64
64

• Tanjung terbentuk akibat hakisan ombak terhadap
batuan lembut.
• Batuan keras yang kekal akan menganjur membentuk
tanjung.
• Sebagai contoh, tanjung di Malaysia adalah seperti:
 Tanjung Datu (Sarawak)
 Tanjung Bungah (Pulau Pinang)
 Tanjung Piai (Johor)
Tanjung Piai, Johor



• Teluk terbentuk akibat hakisan ombak terhadap
batuan lembut di pinggir pantai.
• Sebagai contoh, teluk di Malaysia adalah seperti:



Tanjung  Teluk Batik (Perak)
Batu tunggul  Teluk Kemang
(Negeri Sembilan)
Batu sisa  Teluk Darvel (Sabah)

 Teluk Chempedak
(Pahang)

Teluk Chempedak, Pahang
Gerbang laut


Info
Info
Pulau GEOGRAFI


Pulau Sipadan ialah satu-satunya pulau laut (oceanic
island) di Malaysia. Pulau laut ialah pulau yang terbentuk
disebabkan oleh letusan gunung berapi di dasar laut.








• Pulau ialah daratan yang dikelilingi oleh laut,
contohnya:
 Pulau Langkawi (Kedah)
 Pulau Redang (Terengganu)
 Pulau Sipadan (Sabah)
 Pulau Tatagan, Semporna (Sabah)


Pulau Redang, Terengganu



65
65

100°30'0"E
12°0'0"N




Saliran di Malaysia 105°36'0"E 110°42'0"E 115°48'0"E 12°0'0"N


Saliran di Malaysia merujuk kepada sungai dan tasik. Pada umumnya, sungai-
sungai di Malaysia adalah pendek, beraliran deras dan berliku-liku. Selain itu,
terdapat beberapa tasik semula jadi dan tasik buatan manusia.



6°54'0"N 6°54'0"N






°
6 U S1
S3
S2

Tasik Kenyir


4 U
°
S4
S5






°
2 U S6
1°48'0"N Tasik Chini 1°48'0"N


Petunjuk
Sungai
Tasik
Sempadan Antarabangsa
104 T
°
Peta 6.2 Sungai dan tasik utama di Malaysia
Sumber: Spati alworks Sdn. Bhd.


100°30'0"E 105°36'0"E 110°42'0"E 115°48'0"E
Aktiviti Tasik Bera



Tempat tinggal anda mungkin mempunyai keistimewaan yang boleh dimanfaatkan untuk menjana
pendapatan penduduk. Cari maklumat tentang program inap desa melalui Internet atau sumber-sumber
lain. Buatkan satu poster pada kad manila tentang program inap desa di tempat tinggal anda. Nyatakan
keistimewaan bentuk muka bumi di tempat anda yang boleh menarik perhatian pelancong untuk
berkunjung dan menginap di tempat anda.



66
66
66

105°36'0"E
110°42'0"E
115°48'0"E
100°30'0"E
12°0'0"N

Saliran di Malaysia: 12°0'0"N
S1 Sungai Muda S7 Sungai Sugut
S2 Sungai Perak S8 Sungai Padas
S3 Sungai Kelantan S9 Sungai Kinabatangan
S4 Sungai Bernam S10 Sungai Baram
S5 Sungai Pahang S11 Sungai Rajang
S6 Sungai Endau S12 Sungai Batang Lupar


6°54'0"N Sungai Kinabatangan Laut Sulu 6°54'0"N



S7




S9
S8




Laut China Selatan

S10







S11
1°48'0"N S12 1°48'0"N




Sungai Baram



°
114 T





Malaysia kaya dengan bentuk
100°30'0"E 105°36'0"E 110°42'0"E 115°48'0"E
muka bumi yang menarik
seperti keindahan semula jadi
sungai dan tasik. Kami
di Sarawak mempunyai sungai
yang sesuai untuk pelbagai
kegiatan seperti Sungai Rajang
Sungai Rajang dan Sungai Baram.





677
6

KEPENTINGAN PELBAGAI BENTUK MUKA
6.3 BUMI DI MALAYSIA





Kepelbagaian bentuk muka bumi di Malaysia membolehkan pelbagai kegiatan manusia
dijalankan. Kegiatan tersebut berbeza-beza mengikut kesesuaian bentuk muka bumi.

Kepentingan Tanah Tinggi



Pelancongan

Kawasan tanah tinggi mempunyai
pemandangan yang menarik,
suhu yang nyaman, sesuai
untuk pelancongan, contohnya:
• Bukit Bendera (Pulau Pinang)
• Gunung Kinabalu (Sabah)
• Genting Highlands (Pahang)

Bukit Bendera, Pulau Pinang

Pertanian


Kawasan tanah tinggi sesuai untuk
tanaman hawa sederhana seperti
sayur-sayuran, bunga-bungaan dan
buah-buahan, contohnya:
• Cameron Highlands (Pahang)
• Tanah Tinggi Kundasang (Sabah)



Tanaman strawberi di Cameron Highlands, Pahang

Jana Kuasa Hidroelektrik

Kawasan tanah tinggi menerima hujan
yang banyak sesuai untuk penjanaan
kuasa hidroelektrik, contohnya:
• Empangan Kenyir (Terengganu)
• Empangan Temenggor (Perak)
• Empangan Chenderoh (Perak)
• Empangan Bakun (Sarawak)
• Empangan Batang Ai (Sarawak)
• Empangan Tenom Pangi (Sabah) Empangan Bakun, Sarawak



68
68
68

Kepentingan Tanah Pamah


Petempatan

Kawasan tanah pamah yang rata serta struktur
tanah yang stabil sesuai untuk petempatan,
contohnya:
• Kuala Lumpur • Alor Setar (Kedah)
• Johor Bahru (Johor) • Sandakan (Sabah)
Petempatan di Sandakan, Sabah

Perindustrian dan Perdagangan

Kawasan tanah pamah dilengkapi kemudahan
infrastruktur asas berpotensi menjadi kawasan
perindustrian dan perdagangan, contohnya:
• Kawasan perindustrian Perai (Pulau Pinang)
• Kawasan perindustrian Shah Alam (Selangor)
• Kawasan perindustrian Kamunting (Perak)
Kawasan perindustrian di Taiping, Perak

Perhubungan dan Pengangkutan

Jalan raya, landasan kereta api dan lapangan
terbang dapat dibina di tanah pamah,
contohnya:
• Lebuhraya Utara – Selatan
• Lapangan terbang KLIA
• Landasan kereta api Laluan Pantai Barat
Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA)

Pertanian

Kawasan tanah pamah sesuai untuk pertanian,
contohnya:
• Padi di Dataran Kedah – Perlis, Dataran
Kelantan dan Delta Rajang
• Getah, kelapa sawit dan nanas di Dataran Johor
Tanaman nanas di Dataran Johor

Info
Info
GEOGRAFI

Getah antara tanaman utama di Malaysia. Getah digunakan untuk menghasilkan pelbagai
barangan getah untuk dieksport ke luar negara. Pada tahun 2015, eksport barangan getah
dari Malaysia mencapai kira-kira RM18 bilion.
Sumber: htt p://eravisi.com/geo/tg1/ms024



69

Kepentingan Saliran



Sempadan

Sungai di Malaysia berfungsi sebagai sempadan
antarabangsa dan sempadan negeri, contohnya:
• Sungai Golok - sempadan antarabangsa antara
negara Malaysia dengan negara Thailand
• Sungai Bernam - sempadan antara negeri
Selangor dengan Perak
Sungai Golok, Kelantan


Perikanan

Sungai dan tasik penting untuk kegiatan penternakan
dan penangkapan ikan air tawar, contohnya:
• Sungai Endau (Johor) • Sungai Rajang (Sarawak)
• Sungai Pahang (Pahang) • Tasik Kenyir (Terengganu)


Tasik Chini, Pahang




Perhubungan dan Pengangkutan

Sungai juga digunakan untuk
mengangkut kayu balak, contohnya:
• Sungai Kinabatangan (Sabah)
• Sungai Rajang (Sarawak)
• Sungai Baram (Sarawak)
Sungai Rajang, Sarawak

Info
Info
GEOGRAFI
Pengairan dan Penjanaan
Hidroelektrik Bandar Temerloh di negeri
Pahang dikenali sebagai ‘Bandar
Sungai dijadikan empangan Ikan Patin’ kerana penternakan
untuk penjanaan kuasa ikan patin dalam sangkar banyak
hidroelektrik, contohnya: dijalankan di Sungai Pahang
sekitar daerah ini. Ikan patin juga
• Empangan Tenom Pangi menjadi masakan istimewa yang
(Sabah) disajikan di restoran di bandar
• Empangan Murum (Sarawak) Temerloh.
• Empangan Kenering Sumber:
(Perak) Majlis Daerah
• Empangan Pergau Temerloh
Empangan Kenering, Perak
(Kelantan)



70
70

Kepentingan Pinggir Laut



Perikanan

Antara kawasan perikanan utama
di Malaysia, contohnya:
• Kuala Selangor (Selangor)
• Kuala Muda (Kedah)
• Sandakan (Sabah)
Perikanan di Sabah
Sandakan, Sabah
Pelancongan

Kawasan pinggir laut mempunyai pelbagai ciri
fizikal yang mampu menggalakkan kegiatan
pelancongan, contohnya:
• Pulau Pangkor (Perak)
• Pulau Sipadan (Sabah)
• Pulau Tioman (Pahang)
Pulau Sipadan, Sabah



Perlombongan

Kawasan pesisir pantai kaya dengan sumber
mineral seperti petroleum dan gas asli.
Sumber ini terdapat di luar kawasan pesisir
pantai Terengganu, Sarawak dan Sabah.






Pelantar minyak, Terengganu


Pelabuhan

Kawasan pinggir laut berteluk dan terlindung
daripada tiupan angin kencang sesuai
dijadikan tapak pelabuhan, contohnya:
• Pelabuhan Klang (Selangor)
Pelabuhan Klang, Selangor
• Pelabuhan Pasir Gudang (Johor)
Aktiviti



Hasilkan folio bergambar berdasarkan salah satu bentuk muka bumi di Malaysia. Hasil tugasan
kumpulan hendaklah dijadikan bahan rujukan di sudut bacaan kelas anda.



71

IMBAS KEMBALI
abc



Bentuk Muka Bumi



Tanah Tinggi
Tanah Pamah
 Ketinggian melebihi 180 m dari
aras laut  Ketinggian kurang daripada
 Banjaran Titiwangsa 180 m dari aras laut
merupakan 'tulang belakang'  Lebih luas di pantai barat
Semenanjung Malaysia. Semenanjung Malaysia
 Gunung tertinggi di Malaysia
ialah Gunung Kinabalu di
Banjaran Crocker.
Kepentingan Kepentingan



 Kawasan pelancongan  Sesuai untuk aktiviti pertanian,
 Kawasan pertanian petempatan, perhubungan dan
 Menjana kuasa hidroelektrik pengangkutan serta perindustrian
dan perdagangan




Saliran
Pinggir Laut
 Terdapat banyak sungai semula
jadi dan tasik  Mempunyai pinggir laut yang
 Bermula di kawasan tanah tinggi panjang
seperti Sungai Pahang dan  Ciri-ciri fizikal yang menarik seperti
Sungai Rajang pulau, tanjung dan teluk
 Terdapat dua jenis tasik: tasik semula
jadi dan tasik buatan manusia

Kepentingan Kepentingan



 Sesuai untuk aktiviti penternakan  Sesuai untuk aktiviti pelancongan,
dan penangkapan ikan air tawar, perikanan, perlombongan dan
penjanaan kuasa hidroelektrik, pelabuhan
perhubungan dan pengangkutan
serta sempadan negeri dan
antarabangsa




72
72
72

Cabaran Prestasi




A. Suaikan bentuk muka bumi yang berikut dengan kawasan yang betul.


1. Teluk Tanah pamah 5. Tanjung

2. Sungai Pinggir laut 6. Banjaran


3. Delta Tanah tinggi 7. Tanih aluvium

4. Dataran tinggi Saliran 8. Tasik


B. Berdasarkan peta yang berikut, lengkapkan jadual dengan menamakan
banjaran utama yang bertanda B1 hingga B6 dan gunung yang bertanda
G1 hingga G5.


Petunjuk Laut Sulu
Gunung
Banjaran G3
melebihi 501 meter B3 G4
B1 201-500 meter B4
G1 G2 0-200 meter
B2 G5

Laut China Selatan B6

B5









B1
B1 B4 G1 G4
B4
B4
G1
G4
G4
G5
B5
G2
G5
B2
B2 B5 G2 G5
B5
G3
B3
B3 B6 G3
B6
B6
C. Dengan menggunakan kreativiti murid, hasilkan peta pemikiran untuk
menyatakan kepentingan tanah tinggi di Malaysia berserta contoh kawasan.
D. Melaka merupakan salah sebuah negeri yang melaksanakan penambakan
pinggir laut. Sejauh manakah usaha ini meningkatkan potensi kawasan
pinggir laut? Huraikan idea anda dengan contoh yang sesuai.
73
73

BAB SALIRAN EKSPLORASI BAB

7







1. Pandang darat fizikal
peringkat aliran sungai
peringkat aliran sungai



















Apakah bentuk
Apakah bentuk
pandang darat fizikal di
pandang darat fizikal di
sepanjang aliran sungai?
Sungai dan tasik merupakan saliran sepanjang aliran sungai?
utama di Malaysia. Pernahkah anda
terfikir tentang kepentingan air kepada
manusia? Apakah kegunaan air selain 3. Kepentingan sungai
dijadikan sebagai keperluan domestik? dan tasik






Standard Pembelajaran


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran
murid dapat:
• Membincangkan pandang darat fizikal
di setiap peringkat aliran sungai.
• Mengenal pasti nama sungai dan
tasik utama di atas peta Malaysia.
• Membandingkan kepentingan sungai
dan tasik utama di Malaysia.


Nyatakan kepentingan tasik dan
sungai di Malaysia.




74
74

2. Sungai dan tasik utama di Malaysia






























































Di manakah lokasi sungai dan tasik utama
di Malaysia?











75

PANDANG DARAT FIZIKAL PERINGKAT
7.1 ALIRAN SUNGAI




Air mengalir melalui lurah dan kawasan tadahan hujan di tanah tinggi ke kawasan
tanah rendah akhirnya ke tasik dan laut. Keadaan ini membentuk pelbagai pandang
darat fizikal di setiap peringkat aliran sungai.






Rajah 7.1 Peringkat aliran sungai









1
Peringkat Hulu Sungai

• Lurah sempit berbentuk ‘V’
• Bercerun curam
• Aliran air yang deras
• Banyak jeram dan air terjun
• Terbentuk lubang periuk akibat
hakisan
2

Peringkat Tengah Sungai
Aliran air
• Lurah berbentuk ‘U’
Lubang • Susuh bukit berpanca
Lubang Periuk
periuk
dan terhakis
Aliran sungai ‘melompat’ • Berlaku
Aliran sungai ‘melompat’
hakisan sungai
Air terjun Lubang periuk
• Likuan sungai
Aliran air

Aliran air
Lubang Periuk






Bentuk muka bumi menyebabkan
sungai di Malaysia terdiri daripada tiga
Lubang Periuk
Aliran sungai ‘melompat’
peringkat aliran sungai. Jelaskan potensi
di setiap peringkat aliran sungai yang
Aliran sungai ‘melompat’
boleh anda cadangkan.
Jeram Susuh bukit berpanca
Aliran air
76
76
Lubang Periuk


Aliran sungai ‘melompat’

Proses Pembentukan Tasik Ladam

Pemendapan
Hakisan Pemendapan
Air sungai Air sungai Air sungai
Likuan Likuan
Pemendapan terpenggal terpenggal

Pemendapan Hakisan Tasik
hakisan Pemendapan ladam
Likuan sungai Likuan terpenggal Tasik ladam



Rajah 7.2 Proses pembentukan tasik ladam

Proses Pembentukan Delta

Delta ialah kawasan mendapan
di muara sungai. Timbunan
mendapan berlaku akibat aliran
sungai semakin perlahan.
1.
Mendapan

Aliran sungai
Laut

Proses pemendapan sedimen


2.
3 Alur delta

Peringkat Hilir Sungai Mendapan
Laut
• Lurah semakin melebar dan cetek
• Aliran sungai perlahan dan berliku-liku Proses perluasan delta
• Cerunnya lebih landai
• Terbentuk tasik ladam, tetambak dan delta
• Pemendapan sungai berlaku 3. Mendapan


Dataran rendah
Glosari
Laut
Mendapan: Bahan yang telah dimendapkan, mengalami Delta membentuk dataran rendah
proses pengumpulan secara semula jadi
seperti lumpur, pasir dan batu mendap Rajah 7.3 Proses pembentukan delta
Sedimen: Bahan seperti lumpur, pasir, kelikir yang
dibawa dan ditinggalkan oleh air, angin
atau ais di permukaan tanah

77

12°0'0"N 100°30'0"E 105°36'0"E 110°42'0"E 115°48'0"E 12°0'0"N







SUNGAI DAN TASIK UTAMA DI MALAYSIA
7.2




Sungai
Kebanyakan sungai di Malaysia berpunca dari kawasan
tadahan hujan yang terletak di kawasan tanah tinggi.


Sungai Pahang
• Sungai Pahang terletak di negeri Pahang
• Merupakan sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia,
iaitu kira-kira 457 km
6°54'0"N 6°54'0"N



Laut Sulu
Tasik Kenyir
• Terletak di hulu Sungai Kenyir
• Merupakan tasik buatan
manusia yang terbesar di
Asia Tenggara


Laut China Selatan

Tasik Chini
• Tasik Chini ialah tasik
semula jadi
• Terletak di daerah
Pekan (Pahang)
Sungai Bernam
1°48'0"N
• Sungai Bernam mengalir
dari Gunung Liang Timur 1°48'0"N
• Merupakan sempadan
semula jadi antara o
negeri Perak 104 T
dan Selangor


Tasik Bera Sungai Endau
• Tasik semula • Sungai yang mengalir dari Banjaran
jadi terbesar di Tahan di negeri Pahang
Malaysia
105°36'0"E
100°30'0"E • Sungai ini merupakan sempadan 110°42'0"E 115°48'0"E
• Terletak di daerah antara negeri Johor dan Pahang
Bera (Pahang)



78
78

12°0'0"N 100°30'0"E 105°36'0"E 110°42'0"E 115°48'0"E 12°0'0"N




Tasik

Tasik ialah kawasan takungan air. Di Malaysia terdapat tasik semula jadi dan tasik
buatan manusia.


Glosari
Sungai Kinabatangan
• Sungai yang mengalir
Kawasan Kawasan simpanan
tadahan air seperti kawasan hutan, dari kawasan pergunungan
hujan: bukit, gunung dan tasik di barat daya Sabah
ke Laut Sulu


Sungai Rajang
• Sungai yang terpanjang Petunjuk
6°54'0"N di Malaysia Sungai 6°54'0"N
• Panjang sungai ini
Tasik
kira-kira 563 km
• Mengalir dari Banjaran Iran Sempadan Laut Sulu 6 U
o
Antarabangsa
ke Laut China Selatan






Laut China Selatan
o
4 U









o
1°48'0"N Sungai Baram 2 U 1°48'0"N


• Sungai yang berpunca dari
o
114 T Banjaran Iran dan mengalir
ke arah barat
Peta 7.1 Sungai dan tasik utama di Malaysia



Mahir Loagan Bunut
Mahir
• Tasik semula jadi
terbesar di Sarawak
Berdasarkan peta 7.1, berikan
100°30'0"E 105°36'0"E 110°42'0"E • Terletak kira-kira 120 km
115°48'0"E
nama sungai dan negeri
yang betul. di tenggara Miri



79

KEPENTINGAN SUNGAI DAN TASIK
7.3 DI MALAYSIA






Penjanaan Kuasa Hidroelektrik
• Jana kuasa hidroelektrik ialah pembekal sumber tenaga elektrik
yang utama di Malaysia.
• Jana kuasa hidroelektrik dapat dibina kerana terdapat sungai-sungai
yang beraliran deras.
• Sebagai contoh, Empangan Pelagus (Sarawak) dan Empangan
Kenering (Perak).





Sumber Pengairan
• Air sungai menjadi sumber pengairan
utama bagi kegiatan pertanian
seperti penanaman padi. Kepentingan
• Sungai Muda (Kedah) dijadikan Sungai
rancangan pengairan untuk
penanaman padi di Dataran
Kedah−Perlis yang membolehkan
padi ditanam sekurang-kurangnya
dua kali setahun.
Tali air



Kegunaan Domestik
• Air sungai dijadikan sebagai sumber air untuk kegunaan domestik.
• Antara sungai yang membekalkan sumber air untuk kegunaan
domestik ialah Sungai Pahang, Sungai Rajang dan Sungai Kinabatangan.








Kempen mencintai sungai merupakan salah satu usaha yang boleh dilaksanakan terutama kepada
generasi muda melalui media massa. Kumpulkan maklumat tentang kempen-kempen yang dapat
dilaksanakan dalam pengurusan sungai melalui laman web yang berikut:

htt p://eravisi.com/geo/tg1/ms025

Bentangkan hasil dapatan anda.



80
80

Sempadan Semula Jadi
• Terdapat beberapa batang sungai di Malaysia menjadi sempadan negeri
dan sempadan antarabangsa.
• Sebagai contoh, Sungai Bernam ialah sempadan antara negeri Perak
dengan negeri Selangor manakala Sungai Golok ialah sempadan
antarabangsa antara Malaysia dengan Thailand.





Sumber Protein
• Sungai membekalkan sumber ikan air tawar seperti
ikan lampam, tilapia, patin, jelawat dan kelah.
• Sebagai contoh, Sungai Kinabatangan, Sungai Beruas
dan Sungai Endau.

Ikan tilapia



Pengangkutan dan Perhubungan
• Beberapa batang sungai di Sarawak dan Sabah dijadikan jalan
perhubungan antara kawasan pedalaman dan bandar.
• Sebagai contoh, Sungai Rajang dapat dimudiki sehingga ke Kapit
di pedalaman Sarawak.





Rekreasi dan Pelancongan
• Beberapa batang sungai di Malaysia berarus
deras, cetek dan jernih serta sesuai dijadikan
kawasan rekreasi.
• Sebagai contoh, Sungai Melaka terkenal
dengan aktiviti rekreasi River Cruise manakala
Sungai Sedim, Kulim (Kedah) dan Sungai Kiulu,
Tamparuli (Sabah) terkenal dengan aktiviti
meredah jeram (water rafting).

Aktiviti meredah jeram di Sungai Kiulu










Kebelakangan ini, sungai-sungai di Malaysia semakin tercemar akibat kegiatan manusia.
Sebagai seorang warganegara yang prihatin terhadap pencemaran sungai, huraikan langkah-
langkah untuk mengatasi masalah pencemaran sungai di persekitaran anda.
81

Kepentingan Tasik




Kegunaan Domestik Penjanaan Kuasa Hidroelektrik
• Tasik membekalkan sumber air • Tasik dan sungai juga dijadikan tapak
untuk kegunaan harian kepada untuk menjana kuasa hidroelektrik
penduduk setempat. kerana tasik mempunyai takungan air
• Sebagai contoh, penduduk yang banyak.
setempat di kawasan Tasik Bera • Sebagai contoh, Empangan Temenggor
(Pahang) menyalurkan air dari (Perak), Empangan Murum (Sarawak)
tasik ke rumah untuk kegunaan dan Empangan Kenyir (Terengganu)
harian.





Rekreasi dan Pelancongan
• Tasik dijadikan sebagai tempat
rekreasi dan pelancongan.
• Sebagai contoh, Tasik Chini,
Tasik Bera, Tasik Kenyir,
Tasik Titiwangsa dan
Tasik Putrajaya. Empangan Temenggor, Perak





Sumber Protein
• Tasik membekalkan sumber
ikan air tawar kepada penduduk
setempat. Keadaan habitat semula
jadi tasik yang masih terpelihara
membolehkan pembiakan pelbagai
jenis ikan air tawar.
Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur • Sebagai contoh, Tasik Bera kaya
dengan pelbagai spesies ikan air
tawar seperti ikan baung, haruan,
lampam dan sebarau.
Aktiviti




Bahagikan kelas anda kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan
teks pidato yang bertajuk ‘Kepentingan Sungai dalam Kehidupan’. Pilih seorang wakil bagi
setiap kumpulan untuk menyampaikan pidato tersebut. Guru akan menjadi hakim untuk
menentukan pemenang.



82
82

abc
IMBAS KEMBALI







Pandang Darat Fizikal Sungai

Saliran Tiga peringkat fizikal
di Malaysia • Hulu sungai
• Tengah sungai
• Hilir sungai







Kepentingan Sungai dan Tasik
di Malaysia

Kepentingan sungai
Sungai dan Tasik Utama • Sumber pengairan
di Malaysia
• Sumber protein
• Sempadan semula jadi
Sungai
• Sungai Pahang sungai terpanjang • Kegunaan domestik
di Semenanjung Malaysia • Pengangkutan dan perhubungan
• Sungai Kinabatangan sungai • Jana kuasa hidroelektrik
terpanjang di Sabah • Rekreasi dan pelancongan
• Sungai Rajang sungai terpanjang Kepentingan tasik
di Malaysia • Sumber protein

• Kegunaan domestik
Tasik semula jadi • Jana kuasa hidroelektrik
• Tasik Chini • Rekreasi dan pelancongan
• Tasik Bera
• Loagan Bunut


Tasik buatan Kita perlu bersama-sama
• Tasik Kenyir memelihara sungai dan tasik
• Tasik Temenggor di negara kita. Sungai dan tasik
banyak memberi manfaat
kepada kita.









83

Cabaran Prestasi





A. Nyatakan pandang darat fizikal bagi tiga peringkat aliran sungai seperti yang
ditunjukkan pada rajah yang berikut:

















Peringkat Hulu Sungai Peringkat Tengah Sungai Peringkat Hilir Sungai
• • •
• • •
• • •

B. Lihat peta minda di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikut:





Sungai Tasik






Kepentingan









• • •




(i) Nyatakan tiga persamaan kepentingan sungai dan tasik.

(ii) Berdasarkan salah satu jawapan anda di (i), huraikan cara untuk
mengekalkan keadaan tersebut.




84
84

C. Jawab soalan yang berikut:


(i) Mengapakah lurah sungai di peringkat hulu berbentuk ‘V’?




(ii) Bagaimanakah tasik ladam terbentuk?




(iii) Mengapakah delta terbentuk di muara sungai?




(iv) Di bahagian manakah hakisan sungai banyak berlaku?




(v) Mengapakah pemendapan berlaku di bahagian hilir sungai?




D. Berdasarkan kepada beberapa gambar yang diberi oleh guru anda, kumpul
maklumat seperti yang berikut:

(i) nama sungai (ii) kepentingan sungai

(iii) peringkat sungai tersebut (iv) lakaran pandang darat
fizikal aliran sungai


E. Terangkan tiga kepentingan sungai dan tasik di Malaysia.

















(i)

(ii)

(iii)



85

BAB PENDUDUK

8 DI MALAYSIA


















1. Taburan penduduk















Penduduk di Malaysia terdiri daripada
pelbagai kaum dan bangsa. Mereka
tinggal di seluruh pelosok negara.
Namun, terdapat kawasan yang padat
penduduk dan juga kawasan yang
jarang penduduk. Mengapakah keadaan
sedemikian berlaku? Mengapakah
terdapat kawasan di negara kita yang
tidak mempunyai penduduk?




Standard Pembelajaran Adakah bilangan penduduk Malaysia
di setiap negeri sekata?
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran
murid dapat:
• Menjelaskan dengan contoh taburan
penduduk di Malaysia.
• Membincangkan faktor-faktor yang
mempengaruhi taburan penduduk di
Malaysia.






86
86
86

EKSPLORASI BAB





2. Faktor yang mempengaruhi taburan penduduk


























































Mengapakah kepadatan penduduk di kawasan luar bandar
tidak padat berbanding penduduk di kawasan bandar seperti
Bandaraya Kuala Lumpur?





87
87

8.1 TABURAN PENDUDUK DI MALAYSIA





Taburan penduduk merujuk kepada sebaran penduduk di sesuatu kawasan atau
negara. Menurut sumber Jabatan Perangkaan Malaysia, anggaran jumlah penduduk
Malaysia pada tahun 2016 adalah seramai 31.7 juta orang. Taburan penduduk di
Malaysia tidak sekata. Secara umumnya, terdapat kawasan yang berpenduduk
padat, sederhana dan jarang. Peta 8.1 menunjukkan taburan penduduk di Malaysia.


1 Kawasan Berpenduduk Padat
• Menjadi tumpuan penduduk kerana kawasannya rata dan subur serta
sesuai untuk pelbagai kegiatan seperti pertanian, perindustrian, perniagaan
dan perlombongan
• Antara bandar utama yang berpenduduk
padat ialah Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Shah Alam (Selangor), Kuching
(Sarawak), Kota Kinabalu (Sabah), Ipoh
(Perak), Alor Setar (Kedah) dan Johor
Bahru (Johor)






Bandaraya Kuching, Sarawak
Ketahui Dasar Kependudukan
Negara melalui laman web
yang berikut. Buat catatan dan
pamerkan di sudut maklumat
kelas anda.
Kangar Laut Sulu
o
Sumber: htt p://eravisi.com/ 6 U Alor Setar
geo/tg1/ms026 Kota Bharu

Georgetown Kuala Terengganu

Ipoh Laut China Selatan
Jumlah penduduk o
Malaysia sehingga bulan Julai 4 U
2016 berjumlah kira-kira 31.7 Kuantan
juta orang. Apakah yang akan
berlaku jika jumlah penduduk Shah Alam Kuala Lumpur
Malaysia mencecah 70 juta
orang? Seremban
o
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia 2 U Bandaraya Melaka

Putrajaya Johor Bahru

88
88
o
104 T

2 Kawasan Berpenduduk Sederhana
• Banyak tertumpu di kawasan pertanian, pesisir pantai dan
bandar kecil
• Antara bandar berpenduduk sederhana ialah Tumpat
(Kelantan), Dungun (Terengganu) dan Felda Tunku (Sabah)


Tumpat, Kelantan


3 Kawasan Berpenduduk Jarang

• Tertumpu di kawasan yang berhutan tebal dan kawasan
tanah tinggi
• Melibatkan kawasan bergunung-ganang dan
kawasan pedalaman
• Antara kawasan berpenduduk jarang ialah Tasik Banding
(Perak), Kuala Tahan (Pahang) dan Kapit (Sarawak)

Info
Info Perkampungan Orang Asli
GEOGRAFI

Formula kepadatan penduduk.
Jumlah Penduduk (orang)
Kepadatan penduduk :
2
Keluasan Kawasan (km )
Padat: lebih daripada 200 orang bagi sekilometer persegi
Sederhana: 50 – 200 orang bagi sekilometer persegi
Jarang: kurang daripada 50 orang bagi sekilometer persegi







Laut Sulu
Kota Kinabalu
Labuan


Laut China Selatan



Petunjuk
Padat
Sederhana

Jarang
Ibu Negeri
Kuching Sempadan
Antarabangsa

Peta 8.1 Taburan penduduk di Malaysia 8989
o
114 T


Click to View FlipBook Version