The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainnabila040304, 2022-10-27 10:25:51

LARANGAN RASUAH MENURUT AYAT 188 SURAH AL-BAQARAH

WI001

LARANGAN RASUAH MENURUT
AYAT 188 SURAH AL-BAQARAH

Disediakan oleh :
Izzatul Nur Husna binti Raffee
Nur Aina Nazifa binti Kamarulzaman
Nurul Ain Nabila binti Ayop

Maksud ayat : Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta
(orang lain) antara kamu dengan jalan salah dan janganlah pula kamu

memberikan rasuah kepada para hakim kerana hendak memakan
(atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan dosa

sedangkan kamu mengetahui salahnya

MAKSUD RASUAH

sebarang pemberian atau suapan yang bertujuan memalsukan kebenaran dan
membenarkan kepalsuan

MEMALSUKAN KEBENARAN
•Memberikan rasuah kepada seseorang agar menyimpan rahsia supaya

kebenaran tidak dibongkarkan

MEMBENARKAN KEPALSUAN
•Memberikan rasuah untuk memalsukan tender sehingga menutup

peluang orang lain yang lebih layak

MENYALAHGUNAKAN MEMINTA ATAU MENERIMA
KEDUDUKAN ATAU JAWATAN RASUAH

UNTUK KEPENTINGAN
TERTENTU

4 BENTUK
KESALAHAN

RASUAH

MENGEMUKAKAN TUNTUTAN MENAWARKAN ATAU
PALSU MEMBERIKAN RASUAH

1) MENYALAHGUNAKAN KEDUDUKAN ATAU JAWATAN
UNTUK KEPENTINGAN TERTENTU

QR code untuk membaca artikel penuh

HARIAN METRO ( 21 JULAI 2022 )

Kuala Lumpur: Dua bekas pegawai kanan MARA Corporation Sdn Bhd (MARA Corp) didakwa di Mahkamah
Sesyen di sini, hari ini, masing-masing atas lima pertuduhan menyalahgunakan jawatan bagi mendapatkan
suapan dengan meluluskan bayaran elaun memangku untuk diri mereka tanpa kelulusan ahli lembaga
pengarah.

Mengikut kelima-lima pertuduhan, Noor Irwan Marmi, 44, sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua
Pegawai Eksekutif Kumpulan (memangku) MARA Corp didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan
suapan dengan meluluskan Internal Memo MARA Corp bertarikh 15 September 2021 hingga 20 Januari lalu.

Dokumen itu berhubung perkara yang dia mempunyai kepentingan iaitu bayaran elaun memangku berjumlah
RM46,281.75 untuk dirinya tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah MARA Corp.

Seorang lagi tertuduh, Rizal Abdul Gani, 44 tahun, juga berdepan lima pertuduhan iaitu sebagai seorang
pegawai badan awam iaitu Pengarah Kewangan Korporat Kumpulan (memangku), MARA Corp telah
menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan dengan mengambil tindakan meluluskan Internal Memo
MARA Corp bertarikh 15 September 2021 hingga 20 Januari lalu.

2) MEMINTA ATAU MENERIMA RASUAH

BERITA HARIAN ( 18 OKTOBER 2022 )

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan ketua jabatan sebuah
agensi kerajaan bergelar 'Datuk' kerana disyaki terbabit menerima rasuah dan menyalahgunakan kuasa
berhubung pelantikan sebuah syarikat bagi tujuan perolehan empat kenderaan pada 2017.

Lelaki berumur 40 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di
Putrajaya pada jam 8 malam tadi dan kini direman selama empat hari hingga 21 Oktober bagi
membantu siasatan kes berkenaan.

Menurut sumber SPRM, perolehan empat kenderaan itu bernilai lebih RM290,000 untuk kegunaan
sebuah program yang dilaksanakan oleh agensi berkenaan.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim yang mengesahkan
penahanan lelaki berkenaan ketika dihubungi hari ini berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) dan
Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – BERNAMA

3) MENGEMUKAKAN TUNTUTAN PALSU

UTUSAN MALAYSIA ( 19 OGOS 2022 )

KUANTAN: Seorang guru besar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan di sini hari ini atas dakwaan
menyalahgunakan jawatan untuk membuat tuntutan palsu berkaitan program di sekolahnya berjumlah RM900,
lima tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Lee Wai Teng, 58, tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan
dibacakan jurubahasa di hadapan hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd. Zain.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Wai Teng memberikan kepada seorang ejen yang juga pembantu tadbirnya satu
dokumen Set Tuntutan Bayaran Pembekalan Makanan untuk Program Klinik Sukan Prasekolah bertarikh 21
November 2017 yang mempunyai kepentingan mengenainya.

Dokumen terbabit mempunyai butir-butir palsu tentang pembekalan makanan bagi program tersebut yang
sebenarnya pembekalan makanan itu tidak dilakukan.

Tertuduh, melakukan kesalahan tersebut di Sekolah Jenis (J) Kebangsaan Cina Sungai Lui, dekat Raub, pada 6
Disember 2017.

4) MENAWARKAN ATAU MEMBERI RASUAH

BERITA HARIAN ( 19 OKTOBER 2022 )

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditahan selepas menawarkan RM90,000 kepada polis sebagai
dorongan supaya melepaskan rakannya yang disiasat berhubung kes tawaran kerja dalam talian
yang tidak wujud.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata suspek berusia 31 tahun itu ditahan di
sebuah restoran dekat Taman Suria di sini, Isnin lalu selepas mengadakan pertemuan dengan pihak
polis.
Beliau berkata, walaupun diberi amaran, suspek masih berdegil menawarkan wang tunai
RM90,000 sebagai suapan dan dorongan untuk membebaskan rakannya.
"Kita memberikan amaran untuk dia tidak berbuat demikian, namun suspek terus mendesak polis
menerima wang berkenaan.

KEBURUKAN JENAYAH RASUAH

individu masyarakat negara

• Memalukan • Ketidakadilan • Menjejaskan
nama dan hak orang-orang imej negara
maruah keluarga tertentu
• Menyebabkan
• Individu akan • Menggalakkan pentadbiran
susah mendapat jenayah rasuah negara menjadi
pekerjaan baru semakin lemah
berleluasa

Masyarakat
hidup bersatu

padu

Politik dan sosial Sesuatu
negara dapat organisasi akan
dikukuhkan
stabil

KEBAIKAN MENJAUHI
RASUAH

Jauh daripada Ekonomi negara
kemurkaan Allah dapat

berkembang

Pengajaran ayat

Sebagai umat Islam kita hendaklah mencari rezeki yang halal agar tidak menyalahi syariat
Islam
Sebagai umat Islam kita hendaklah menjauhkan diri daripada memberikan rasuah supaya
kita tidak menzalimi diri dan masyarakat
Sebagai umat Islam kita hendaklah mengelakkan diri daripada sumpah palsu untuk
mendapatkan kepentingan tertentu


Click to View FlipBook Version