MPU23072 PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM (SESI II 2023/2024) DIPLOMA PERKHIDMATAN MAKANAN AMALAN HALAL PENSYARAH: PUAN RAHIMAH BINTI HALIM BERSUKAN M E N U R U T I S L A M
PENGHARGAAN AHLI KUMPULAN PENGENALAN ISI ELEMEN 01 12-13 02 14 15 ISI KANDUNGAN KESIMPULAN RUJUKAN 03 04-11
PENGHARGAAN Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kami menyiapkan tugasan e-folio ini dengan jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Rahimah Binti Halim, Pensyarah kursus Pelancongan Dan Hospitaliti Dalam Islam (MPU23072) di atas kesudian beliau memberi tunjuk ajar serta bimbingan sepanjang proses menyediakan tugasan ini. Selain itu, sekalung penghargaan ingin diberikan kepada ibu bapa kami yang telah banyak memberi sokongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir sekali, tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang pelaksaan untuk merealisasikan tugasan yang diberi. Terdapat pelbagai ilmu yang dapat kami kongsikan ketika melakukan tugasan ini. Sikap kerjasama yang ditunjukkan antara rakan sekumpulan ternyata telah membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan tepat pada masa. Tanpa bantuan dan kerjasama dari semua pihak, mustahil kami dapat menyiapkan tugasan e-folio ini dengan jayanya. 01 PENGHARGAAN
Dalam islam ,aktiviti sukan dipandang positif kerana ia menyumbang kepada kesihatan fizikal dan mental. Namun, sukan juga perlu dilakukan dengan batasan syarak, seperti menutup aurat, mengelakkan perbuatan yang melanggar hukum agama, dan tidak melalaikan ibadah. Islam juga menekankan kesederhanaan dalam bersukan, mengelakkan perkara yang berlebihan atau melampau yang boleh mengganggu keseimbangan hidup. Namun, tidak semua sukan diperbolehkan dalam Islam. Sukan dibagi menjadi dua jenis: yang diperbolehkan (syar'i) dan yang tidak diperbolehkan (bukan syar'i). Umat Islam harus berhati-hati dalam memilih sukan yang mereka lakukan dengan cara menghindari sukan yang dilarang dalam ajaran Islam. PENGENALAN 02 PENGENALAN
IRDINA SALIHAH BINTI ZAINAL 17DHF23F1045 A’BIDAH NURUL IZ’ZAH BINTI MOHD ADIB 17DHF23F1040 NUR AMELIA BALQIS BINTI AIRUDIN 17DHF23F1067 SITI RAADHIAH BINTI MOHD ROSLI 17DHF23F1069 AHLI KUMPULAN 03
01 04 Islam adalah agama yang merangkumi dalam segala aspek kehidupan seharian termasuklah kebersihan,pembelajaran dan tidak terkecuali sukan. Islam tidak melarang penganutnya dari menjadikan bidang sukan sebagai hobi untuk mengisi masa lapang atau sebagai kerjaya untuk memenuhi tuntutan negara. Islam menggalakkan para pengikutnya untuk melakukan aktiviti fizikal kerana ia dapat memberi kesan yang baik kepada kesihatan dan dapat mencegah penyakit berbahaya. Bahkan, ia menjadi sebahagian daripada maqasid al-syariah, iaitu memelihara nyawa dan ianya dapat dipelihara melalui jasad dan fizikal yang sihat. DEFINISI SUKAN
05 ا َأْلْصُل ِفي ا َأْلْشَياِء ا ِإْلَباَح ُة Maksudnya: “Asal pada sesuatu perkara adalah harus” Namun ia juga boleh membawa kepada haram jika sukan itu membawa kepada perkara-perkara yang menyebabkan kemudaratan pada jiwa, berlakunya perpecahan dan bercampur antara lelaki dan perempuan tanpa mengikutketetapan yang telah ditetapkan oleh syara’. Ini kerana kaedah fiqh ada menyebut : َّدى ِإىَل ال َح َراِم َفُهَو َح َرام َأ َما Maksudnya: Apa yang membawa kepada perkara yang haram maka hukumnya adalah haram.
06 Berpakaian sopan yang bersesuaian dan menutup aurat ketika melakukan aktiviti sukan. Peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh syara’ ketika menjalani aktiviti sukan Tidak mengabaikan solat sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT dan tidak menganggu ibadah puasa. Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan ketika melakukan aktiviti sukan. Tidak menggunakan perlawanan sukan sebagai alat untuk mendapatkan keuntungan haram seperti taruhan dan perjudian. Tidak menyakiti makhluk hidup, baik manusia mahupun haiwan seperti menjadikan burung sebagai target latihan menembak, menyeksa haiwan atau melagakan haiwan. Aktiviti sukan yang dijalankan hendaklah tidak membahayakan kehidupan manusia.
Sukan bagi umat Islam Menurut Sarjana Islam K.H. Hafidz Abdurrahman, M.A. Kehidupan umat Islam semasa era ketika hukum Islam diterapkan dalam seluruh aspek kehidupan di bawah naungan Khilafah adalah kehidupan yang dipenuhi dengan tujuan dan cita-cita Islam yang agung dan mulia, iaitu i’la’i kalimatillah (menjunjung tinggi kalimah Allah) dengan dakwah dan jihad, bagi menyebarkan risalah Islam ke seluruh dunia. Ini menjadi bukti bahawa kehidupan umat Islam bukan kehidupan yang dipenuhi dengan senda gurau, bermain-main, dan santai, tetapi kehidupan yang serius. Walaupun begitu, tidak bermakna yang ia tidak boleh disampaikan dengan santai dan diselitkan dengan senda gurau. Oleh yang demikian, Nabi memerintahkan agar kita mengajar berenang, berkuda, dan memanah kepada anak-anak kita, konteks bagi perintah tersebut ada dua. • Pertama, menjaga kecergasan tubuh agar tetap sihat. • Kedua, melatih kekuatan fizikal untuk persediaan berjihad di jalan Allah. Tidak lebih dari itu. Oleh kerana itu, bersukan diperlukan dengan kata lain, sukan sebenarnya dibentuk agar menjadi sebahagian dari aktiviti politik dan ideologi. Inilah tujuan dan konteks sukan, di mana pada era permulaan Islam ia dikenal dengan istilah Furusiyyah (latihan berkuda untuk menjadi pahlawan), iaitu untuk memberikan, membela, dan mengembalikan hak-hak yang dirampas dari pemiliknya. Dalam konteks inilah, sukan disyariatkan. Allah SWT berfirman, “Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan uhtuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki.” [TMQ al-Anfal (8): 60]. PENDAPAT SARJANA ISLAM TENTANG SUKAN OUTDOOR 05 07
09 Oleh itu, Syeikh Prof. Dr Yusuf alQaradhawi menjelaskan dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi alIslam berkenaan bermain catur dn dhawabitnya : Para sahabat sendiri berbeza dalam memandang masalah catur ini. 1. Ibnu Umar menganggapnya sama dengan dadu. 2. Sedang Ali memandangnya sama dengan judi. 3. Sementara ada juga yang berpendapat makruh. Dan di antara sahabat dan tabi'in ada juga yang menganggapnya mubah. Di antara mereka itu ialah: Ibnu Abbas, Abu Hurairah, Ibnu Sirin, Hisyam bin 'Urwah, Said bin Musayyib dan Said bin Jubair HUKUM BERMAIN CATUR ا َأْلْصُل ِفي ا َأْلْشَياِء ا ِإْلَباَح ُة َحَّتى َيُدُّل الَّدِليُل َعىَل الَّتْح ِريِم MAKSUDNYA: HUKUM ASAL BAGI SESUATU PERKARA IALAH KEHARUSAN SEHINGGA ADA DALIL YANG MENUNJUKKAN KEPADA PENGHARAMAN. RUJUK AL-SUYUTI DALAM AL-ASYBAH WA AL-NAZAIR (1/60)
09 Inilah pendapat orang-orang kenamaan dan begitu jugalah pendapat saya. Sebab menurut hukum asal, sebagaimana telah kita ketahui, adalah mubah. Sedang dalam hal ini tidak ada satu nas tegas yang menerangkan tentang haramnya. Dan pada catur itu sendiri melebihi permainan dan hiburan biasa. Di dalamnya terdapat semacam riadhah otak dan mendidik berfikir. Kerana itu tidak dapat disamakan dengan dadu. Dan justru itu pula mereka mengatakan yang menjadi ciri-ciri dadu ialah bermain nasib, jadi sama dengan azlam. Sedang yang menjadi ciri dalam permainan catur ialah kecerdasan dan latihan, jadi sama dengan lomba memanah. Namun tentang kebolehannya ini dipersyaratkan dengan tiga syarat: 1. Bermain catur tidak boleh menunda-nunda sembahyang sebab perbuatan yang paling bahaya ialah mencuri waktu. 2. Tidak boleh dicampuri perjudian. 3. Ketika bermain, lidah harus dijaga dari perkataan kotor, cabul dan perkataan-perkataan yang sia-sia. Kalau ketiga syarat ini tidak dapat dipenuhinya, maka hukumnya ialah haram.
Islam menekankan kepentingan menjaga keselamatan diri dan orang lain. Oleh itu, dalam aktiviti sukan lasak seperti terjun udara, panjat tebing, atau sukan air, adalah penting untuk memastikan semua langkah keselamatan dipatuhi dengan ketat. Begitu juga, dalam e-sukan, walaupun ia tidak melibatkan bahaya fizikal yang sama seperti sukan lasak, adalah penting untuk mengekalkan kesejahteraan mental dan sosial pemain. Ini termasuk mendapatkan rehat yang cukup, mengelakkan ketagihan, dan menguruskan masa dengan cara yang seimbang antara permainan dan kewajipan agama dan sosial. KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN Dalam perspektif Islam, aktiviti sukan lasak dan e-sukan mesti dinilai dengan mengambil kira prinsip agama dan etika Islam. Berikut adalah beberapa pertimbangan yang berkaitan: SUKAN EXTREME DAN E-SPORT ETIKA DAN MORAL Islam menggalakkan umatnya berkelakuan dengan etika dan akhlak yang tinggi. Dalam konteks sukan, ini bermakna menghormati pihak lawan, pengadil dan peminat, serta mengelakkan tingkah laku yang tidak sesuai seperti menipu, menggunakan bahasa kesat atau ugutan. MASA DAN KEUTAMAAN Islam mengajar kepentingan menggunakan masa dengan bijak dan memberi keutamaan yang betul. Ini bermakna walaupun aktiviti sukan dan hiburan seperti e-sukan boleh menjadi bahagian yang sah dalam kehidupan seseorang, ia tidak seharusnya mengganggu kewajipan agama, keluarga atau kerja. 10
Islam mengajar kepentingan menghargai bakat dan kebolehan yang Allah kurniakan kepada individu. Dalam konteks sukan, ini bermakna seseorang itu mestilah menggunakan bakat dan kebolehan mereka dengan cara yang positif dan produktif, sama ada dalam sukan lasak atau e-sukan, untuk tujuan yang baik dan berfaedah. Aktiviti sukan, termasuk yang melampau, boleh menjadi cara yang baik untuk menguatkan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi. Dalam Islam, menjaga diri dan kekal cergas adalah nilai yang dihargai kerana ia membolehkan seseorang itu lebih berkesan dalam berkhidmat kepada Tuhan dan masyarakat. PEMBANGGUNAN DIRI SUKAN LASAK DAN E-SPORT PENCAPAIAN DAN KEUPAYAAN 11
ELEMEN PANTUN: Berkhasiat sungguh air halia, Dimasak dengan air telaga; Beriadah bersukan amalan mulia, Badan sihat tentu bertenaga. SAJAK: Selagi kita besatu Kita pasti akan menang Berdakap kemenangan Tangisan kebahagiaan Menjulang piala mimpi Kita tidak akan mampu Mengahadapi lawan Sekiranya kita sendiri mahu Masih befikiran negatif kawan Kita pasti tidak akan mencapai kemenangan Selagi kia tidak berusaha dengan gigih Erti bekerja bersama-sama Erti mempunyai semangat juang Erti serentak sehaluan Erti berjuang untuk menerima Kita tidak akan mampu Mengecapi kemenangan Sekiranya kita sesame sendiri Masih tidak bersatu teguh Sajak tentang Sukan Pengarang: Nurul Huda 12
CARI PERBEZAAN DALAM GAMBAR 13
KESIMPULAN Dalam pandangan Islam, sukan dianggap sebagai aktiviti yang baik dan diberkati apabila dilakukan dengan niat yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Sukan dilihat sebagai cara untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental, memupuk semangat kerjasama, disiplin, dan keberanian, serta sebagai satu cara untuk menghargai anugerah tubuh badan yang diberikan oleh Allah. Walau bagaimanapun, aktiviti sukan tidak boleh mengganggu kewajiban agama seseorang dan perlu dilakukan dengan batas-batas yang ditetapkan oleh Islam, seperti menjaga aurat, mengelakkan perjudian, dan mengamalkan sikap adil dan berpegang kepada nilai-nilai moral. 14
RUJUKAN NOR, N. B. M., & GAJAH, K. K. B. EBOOK SENAMAN DEMI KESIHATAN DIRI DAN KESEJAHTERAAN NEGARA. ISLAM, E. K., SUKAN, E. P. D. A. A., & SOLUSI, I. DISEDIAKAN UNTUK: USTAZ AHMAD FAQIH BIN IBRAHIM. Muiz, M. Z. (2021). Hukum Bermain Catur Menurut Mazhab Syafi’i dan Mazhab Maliki. Komparatif: Jurnal Perbandingan Hukum dan Pemikiran Islam, 1(2), 108-123. Chicago (No date) Bersukan Menurut Perspektif islam. Available at: https://educ.upm.edu.my/upload/dokumen/menul32 0210324150004test_7.pdf (Accessed: 02 May 2024) https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-lial-fatawi/1261-al-kafi-264-hukum-bermain-catur 15
22/4/2024 - Muka hadapan dan penghargaan 23/4/2024 - Pengenalan dan sidang editor 24/4/2024 - Definisi, hukum dan dalil 25/4/2024 - Pendapat sarjana Islam tentang sukan outdoor 26/4/2024 - Sukan ekstrem dan e-sport 28/4/2024 - Hukum bermain catur 30/4/2024 - Kesimpulan rujukan dan isi kandungan 29/4/2024 - Pantun, sajak dan cari perbezaan dalam gambar CARTA GANTT