The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yunxuan2390, 2021-07-15 03:32:45

Perakaunan E-Bulletin

Perakaunan E-Bulletin

Keywords: E-Bulletin

Modul 3 : Perakaunan
Untuk Kawalan Dalaman

Keoh Yun Xuan A52

3.1 Kawalan Tunai

• Kawalan Tunai merupakan kawalan dalaman yang berkaitan dengan pengurusan dan
pengendalian wang tunai.

• Kawalan Tunai membolehkan peniaga menguruskan dan megawal tunai perniagaan ,
menyelia , pengaliran keluar masuk tunai dan menyemak ketepatan perekodan di Buku
Tunai dan Penyata Bank.

• Tunai ialah aset paling cair bagi setiap perniagaan.Sebahagian besar urus niaga dalam
perniagaan akan melibatkan penerimaan dan pembayaran tunai.

• Oleh sebab itu , kawalan terhadap tunai perlu dilakukan untuk mengurangkan risiko
berlakunya penyelewengan , kecurian , salah guna dan penipuan dalam pengurusan tunai
pernigaaan.

Tujuan Kawalan Tunai

Mamastikan Mengurangkan Memastikan
penggunaan risiko perniagaan
tunai yang mempunyai
optimum untuk penyelewengan tunai yang
tujuan produktif dan kecurian mencukupi
tunai

Tujuan
Kawalan

Tunai

Kaedah Kawalan Tunai

 Amalan baik pernigaan adalah mendepositkan penerimaan tunai pada hari
yang sama atau hari berikutnya.

 Segala pembayaran harus dilakukan dengan mengeluarkan cek.
 Namun , perniagaan kecil lebih cenderung menggunakan wang tunai

dalam urusan penerimaan dan pembayaran.
 Kawalan dalam urus niga tunai melibatkan tatacara dan prosedur

penerimaan dan pembayaran tunai.

Aspek Kawalan Dalam Pengendalian Tunai

Jadual 3.1 Aspek Kawalan Dalam Pengendalian Tunai

Aspek Kawalan Dalam Penerimaan Tunai Pembayaran Tunai
Pengendalian Tunai
1.Penetapan tugas Hanya juruwang Hanya individu yang sah
menerima tunai layak menandatangani
2.Pengasingan tugas cek
Individu berbeza
3.Pendokumentasian menerima , merekod dan Individu yang berlainan
4.Kawalan fizikal memegang tunai meluluskan dan
Perlu ada bukti dokumen membuat pembayaran
5.Pusingan tugas penerimaan wang
Simpan tunai di dalam Perlu ada bukti dokumen
peti besi atau bank pembayaran wang

Menukar ganti Cek kosong perlu
kakitangan yang disimpan di tempat yang
menerima tunai , selamat
merekod tunai dan
memegang tunai Menukar ganti
kakitangan yang
membuat bayaran dan
merekod bayaran

• Kadedah kawalan tunai membantu perniagaan mengawal
dan mengemas kini maklumat wang tunai.

Kaedah
Kawalan Tunai

Penyata Belanjawan
Penyesuaian Tunai

Bank

3.2 Penyata Penyesuaian Bank

Penyata Bank

• Satu salinan rekod urus niaga yang dihantar oleh pihak bank pada setiap akhir
bulan kepada pemegang Akaun Semasa.

• Tujuan pihak bank mengeluarkan Penyata Bank adalah untuk menunjukkan
ringkasan urus niaga yang dilakukan oleh peniaga setiap bulan.

• Pemegang Akaun Semasa diberi kemudahan untuk menggunakan cek bagi urusan
pembayaran supaya kawalan tunai lebih sistematik dan mengurangkan risiko
kehilangan dan penyelewangan tunai.

Dengan adanya Penyata Bank ,
pemegang akaun dapat :
I. Mengetahui baki wang pada setiap

akhir bulan.
II. Mengetahui jumlah yang sudah

dibayar dan diterima oleh bank
bagi pihaknya.
III. Menyemak dan mambandingkan
catatan yang direkod di Buku
Tunai (rungan bank) dengan
Penyata Bank.

Fungsi Penyata Bank

Mengetahui baki akhir Mengatui junlah yang Menyemak dan
Akaun Bank dibayar dan diterima membandingkan
catatan di Buku Tunai
dengan Penyata Bank

Analisis Akaun Bank dan Penyata Bank

• Untuk melaksanakan kawalan dalaman tunai sesebuah perniagaan ,
anda perlu memahami hubungan di Antara Buku Tunai (Lajur bank)
dan Penyata Bank.Berikut ialah contoh Buku Tunai dan Penyata Bank
yang diambil daripada sebuah perniagaan.

Berdasarkan Buku Tunai dan Penyata Bank di atas ,
1. Baki debit RM3500 dalam Buku Tunai adalah sama dengan baki kredit di Penyata

bank.
2. Catatan di sebelah kredit Buku Tunai menunjukkan pembayaran dibuat dengan

cek.Catatan ini sama dengan catatan di sebelah debit Penyata Bank.
3. Catatan di sebelah debit Buku Tunai menunjukkan tunai dan cek yang diterima

dan dibankkan.Nilai ini sama dengan catatan di sebelah kredit Penyat Bank.
4. Jika semua cek yang dikeluarkan telah ditunaikan oleh peniaga dan cek yang

diterima peniaga telah direkodkan oleh pihak bank , baki Buku Tunai seharusnya
sama dengan baki di Penyata Bank , iaitu RM4000.

Tujuan Penyediaan Penyata Penyesuaian Bank

Penyata Penyesuaian Bank disediakan bagi tujuan berikut :
• Mengenal pasti butiran yang menyebabkan berlakunya

perbezaan antara baki Akaun Bank di Buku Tunai dengan
baki di Penyata Bank.
• Megenal pasti ketepatan catatan di Buku Tunai.
• Menyelaraskan baki Akaun Bank di Buku Tunai dengan baki
di Penyata Bank.

Sebab Perbezaan Baki Bank di Buku Tunai dengan Baki di
Penyata Bank

Butiran yang Butiran yang
dicatat di Buku dicatat di Penyata
Tunai tetapi tidak Bank tetapi tidak
dicatat di Penyata dicatat di Buku
Bank Tunai

Butiran yang dicacat di Buku Tunai tetapi

tidak dicatat di Penyata Bank

A. Cek belum dikemukakan
• Cek yang dikeluarkan oleh peniaga tetapi belum ditunaikan di bank.

B. Deposit belum dikemukakan
• Cek yang didepositkan ke bank telah dicatat di sebelah debit Buku
Tunai tetapi dicatat di Penyata Bank.

Butiran yang dicatat di Penyata Bank tetapi

tidak dicatat di Buku Tunai

A. Penerimaan oleh pihak bank bagi pihak pelanggan (Peniaga)
• Pihak bank akan mengkreditkan sebarang penerimaan yang
diterima bagi pihak peniaga tetapi perkara ini belum
diketahui oleh peniaga.Maka tiada catatan direkodkan dalam
Buku Tunai.Kesannya , baki di Penyata Bank melebihi baki di
Buku Tunai.

Antara penerimaan ialah :

Faedah Pindahan Dividen
atas Kredit

simpanan

b) Pembayaran oleh pihak bank bagi pihak pelanggan (Peniaga)
• Pihak bank akan mendebitkan Penyata Bank bagi setiap pembayran
yang berlaku tetapi perkara tidak mengetahui pembayaran tersebut .
Maka tiada catatan direkod di Buku Tunai . Kesannya , baki Penyata
Bank akan terkurang nilai berbanding baki di Buku Tunai . Antara
pembayaran tersebut ialah :

Bayaran Buku Cek

Perintah sedia ada seperti bayaran insurans atau yuran selab

Caj perkhidmatan bank

Faedah atas Overdraf

c. Cek Tak Laku (Cek Tak Layan)
• Cek yang didepositkan oleh pelanggan dipulangkan semula oleh pihak
bank atas sebab-sebab tertentu . Pihak bank akan mendebitkan amaun
cek tersebut di penyata bank tetapi tiada catatan dibuat di Buku Tunai
sehingga peniaga mendapat notis dari pihak bank berkenaan cek tak
laku tersebut . Kesannay , baki Penyata Bank terkurang nilai
berbanding baki di Buku Tunai.

Perbezaan Antara Angka di Penyata Bank dengan Buku
Tunai pada Satu Transaksi yang sama

• Perbezaan amaun di Buku Tunai dengan amaun di Penyata bank
pada transaksi yang sama mungkin disebabkan oleh kesilapan .
Kesilapan berlaku semasa peniaga merekod urus niaga di Buku
Tunai perniagaannya .

Kesan kesilapan catatan di Buku Tunai

Penyediaan Penyata Penyesuaian Bank

• Ada dua kaedah yang dapat digunakan untuk menyediakan Penyata
Penyesuaian Bank . Kaedah pertama adalah dengan mengemas kini Buku
Tunai . Kaedah kedua pula adalah tanpa mengemas kini Buku Tunai .

Langkah-langkah Penyediaan Penyata
Penyesuaian Bank dapat difahami dengan

melihat rajah di bawah

Penyediaan Penyata Penyesuaian Bank dengan

Mengemas kini Buku Tunai (Kaedah 1)

• Menikut kaedah ini , Buku Tunai perlu dikemas kini terlebih dahulu
sebelum menyediakan Penyata Penyesuaian Bank.

• Buku Tunai dikemas kini dengan merekodkan butiran yang terdapat di
Penyata Bank tetapi tidak dicacat di Buku Tunai . Misalnya :
I. Penerimaan terus oleh bank bagi pihak pelanggan seperti dividen ,
pindahan kredit dan faedah atas simpanna tetap.
II. Pembayaran oleh bank bagi pihak pelanggan seperti caj bank ,
perintah sedia ada (Arahan tetap) , bayaran buku cek dan faedah
atas faedah.

Butiran Tidak
Direkod di
Buku Tunai

Penyediaan Penyata Penyesuaian Bank tanpa Mengemas kini

Buku Tunai (Kaedah 2)

A. Bermula dengan baki di B. Bermula dengan baki di
Buku Tunai Penyata Bank

3.3 Belanjawan Tunai

Kepentingan Belajawan Tunai
• Belanjawan tunai ialah anggaran penerimaan dan pembayaran tunai perniagaan bagi suatu

tempoh tertentu .
• Disediakan untuk melihat keupayaan tunai pada masa hadapan sama ada perniagaan

mempunyai lebihan tunai atau kurangan tunai .
• Membolehkan peniaga merancang dan membuat kawalan tunai dengan berkesan .
• Kepentingan Belanjawan Tunai kepada perniagaan adalah seperti berikut :

Penerimaan dan Pembayaran dalam Belanjawan Tunai

• Penerimaan tunai merupakan anggaran semua penerimaan yang melibatkan wang
tunai atau cek oleh perniagaan dalam suatu tempoh tertentu.

• Penerimaan tunai membolehkan peniaga menampung segala perbelanjaan
perniagaan.

• Sekiranya amaun penerimaan lebih besar daripada pembayaran , perniagaan
tersebut mempunyai aliran tunai yang baik.

• Contoh penerimaan tunai ialah modal yang dibawa masuk , jualan tunai , jualan
tunai Aset Bukan Semasa dan kutioan hutang.

• Pembayaran merupakan anggaran semua pembayaran perniagaan yang dibayar
secara tunai atau cek oleh perniagaan dalam suatu tempoh tertentu.

• Pembayaran yang dilakukan adalah untuk menampung aktiviti sesuatu perniagaan
dan memastikan perniagaan berjalan dengan lancar.

• Contoh pembayaran ialah belian tunai , bayaran kepada pembekal , belanja operasi
, ansuran pinjaman dan pembelian Aset Bukan Semasa.

Lebihan dan Kurangan
dalam Belanjawan Tunai

Perbandingan Penerimaan Sebenar dengan
Penerimaan yang Dijangka

I. Penerimaan sebenar melebihi penerimaan yang dijangka Berdasarkan jadual penerimaan di sebelah
, nilai jualan sebenar perniagaan RM10000
melebihi jualan yang dijangka RM8000.
Situasi ini menunjukkan perniagaan
mempunyai prestasi yang baik kerana
berupaya meningkatkan hasil jualan.

II. Penerimaan sebenar kurang daripada penerimaan yang dijangka Situasi sebelah pula menunjukkan
penerimaan sebenar bagi komisen
RM450 adalah kurang daripada
penerimaan yang dijangka RM500. Ini
menunjukkan prestasi perniagaan adlah
tidak memuaskan kerana perniagaan
tidak mampu memperoleh sasaran hasil
komisen yang telah ditetapkan.

Perbandingan Pembayaran Sebenar dengan
Pembayaran yang Dijangka

I. Pembayaran sebenar melebihi pembayaran yang dijangka Berdasarkan jadual pembayaran di
sebelah , gaji sebenar perniagaan
RM12000 melebihi gaji yang
dijangkakan RM11300. Hal ini
menunjukkan prestasi perniagaan
adalah tidak memuaskan kerana gaji
melebihi jangkaan.

II. Pebayaran sebenar kurang daripada pembayaran yang dijangka Situasi di sebelah menunjukkan kadar
bayaran sebenar perniagaan RM250
kurang daripada kadar bayaran yang
dijangka RM350. Situasi ini
menunjukkan perniagaan mempunyai
prestasi yang baik kerana Berjaya
mengurangkan belanja kadar bayaran.

Format Belanjawan Tunai

Langkah-langkah Penyediaan Belanjawan Tunai

Butiran Penerimaan dan Pembayaran

• Sebelum menyediakan Belanjawan Tunai , butiran penerimaan dan pembayaran
secara tunai (wang tunai dan cek) perlu dikenal pasti.

• Penerimaan akan menambahkan nilai tunai manakala pembayaran akan
mengurangkan tunai perniagaan.

• Belanjawan Tunai penting kepada setiap peniaga untuk merancang dan
membuat kawalan tunai.

• Contoh butiran penerimaan dan pembayaran seperti dalam jadual berikut :

Terima Kasih


Click to View FlipBook Version