The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Farah Natasya, 2020-10-20 01:47:08

UNSUR KHURAFAT DALAM FILEM

alghumud

UNSUR
KHURAFAT
DI DALAM
FILEM?

MAKSUD

KHURAFAT

• Pengertian khurafat dalam Islam ialah semua cerita
sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran.,
pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan.
pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang
dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif di atas,
khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang
direka dan bersifat karut dan dusta. Di antara
faktor-faktor yang mendorong berlakunya khurafat
ialah mudah mempercayai benda-benda tahyul,
kecetekan ilmu agama dan terpengaruh dengan
kelebihan seseorang atau sesuatu benda.
Manakala jalan penyelesiannya ialah setiap umat
Islam hendaklah mendalami ilmu agama
sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis nabi
S.A.W yang bermaksud :" Aku telah tinggalkan
kamu 2 perkara selama mana kamu berpegang
teguh dengannya, tidak akan sesat selama-
lamanya iaitu al-Quran dan sunnahku. Islam adalah
antara cabang ilmu Islam yang penting dalam
kehidupan setiap umat kerana ia berkaitan
keimanan dan kepercayaan kepada Allah.

1

• Secara mendalam lagi, amalan khurafat melibatkan
perbuatan, ungkapan kata, cerita atau kisah, benda
seperti batu, kayu atau tanah, konsep prinsip atau
aliran fahaman yang dipercayai dan diiktikadkan
dengan yakin boleh mendatangkan manfaat ataupun
mudarat kepada seseorang. Padahal semua itu
merupakan sesuatu yang tidak sesekali terdapat dalam
sumber dan suruhan agama Islam yang suci. Dalam
masa yang sama bertentangan pula dengan logik akal
yang sihat dan tidak juga bersandarkan realiti kerana ia
merupakan sesuatu yang batil dan tidak langsung
mengandungi sebarang unsur kebenaran.

• Khurafat terbahagi kepada dua iaitu khurafat yang
tidak merosakkan akidah seperti dongeng berkaitan
dengan budaya dan adat resam, tidak berkaitan
dengan ketuhanan. Manakala khurafat yang
merosakkan akidah iaitu melibatkan ibadat dan
ketuhanan seperti pemujaan, bersemah dan membuat
ancak.

2

BENTUK-BENTUK

KHURAFATK

• Kepercayaan kepada keramat seperti makan, kubur,
pokok, kayu, bukit dan haiwan tertentu.

• Kepercayaan kepada sial majal seperti burung atau
haiwan tertentu, adat mandi safar, adat mandi
membuang sial.

• Kepercayaan kepada kekuasaan jin dan memohon
pertolongan darinya seperti adat memuja
kampung, adat merenjis tepung tawar dan adat
semah pantai

• Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya
rezeki yang dikaitkan dengan semangat atau
kekuatan anasir halus atau makhluk tertentu
seperti adat memuja semangat padi, bersemah dan
membuang ancak ke sungai dan laut.

• Kepercayaan kepada petanda dan berpantang
larang contohnya seperti tidak boleh melihatkan
bayi di muka cermin kerana kelak ia akan mati di
dalam air, tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi
kerana takut mendapat sial atau bala.

• Memuja objek-objek tertentu, roh nenek moyang
kekubur yang dianggap wali atau melakukan
upacara menghadirkan roh.

3

MASIH ADAKAH UNSUR
KHURAFAT DI DALAM FILEM?

Kita dapat lihat zaman sekarang ini banyak filem-
filem hantu dan seram ditayangkan disebabkan
oleh permintaan ramai penonton yang
meminati cerita –cerita hantu dan seram. Tetapi
kita tidak menyedari dalam kita berseronok dan
leka menghayati filem tersebut terdapat banyak
unsur-unsur khurafat yang dilakonkan. Sebagai
contohnya filem yang berunsurkan khurafat ialah
Anak Betong, Puaka Niang Rapik, Zombi Kampung
Pisang, Jangan Pandang Belakang, Munafik,
Khurafat, Pontianak Harum Sundal Malam, Hantu
Bonceng, dan banyak lagi.

4

Elemen khurafat di dalam

filem ini adalah:

Diana mengamalkan aktiviti

ilmu hitam yang diamalkan

untuk kekal cantik dan

berkuasa.

Diana dikatakan seorang

dukun yang mempunyai

tongkat sakti dari suku kaum

Batak.

Pemakaian susuk adalah

bertetangan dengan agama

Islam. Merubah sesuatu yang

telah dijadikan oleh Allah SWT

kepada manusia adalah haram.

Seperti firman Allah;
Mengisahkan tentang Karim (lakonan

Faizal Hussein), seorang peguam yang “Sesungguhnya Kami telah
sedang bergelut dengan kerjayanya menciptakan manusia Dalam
akibat kemurungan dan gangguan
emosi berikutan kehilangan orang bentuk Yang sebaik-baiknya
(dan berkelengkapan sesuai
yang tersayang iaitu
Dengan keadaannya)”.
isterinya, Sara (lakonan Avaa Vanja)

dan anak (Surah At-tin, ayat 4)
perempuannya, Nadia (lakonan

Elyana). Dalam masa yang sama, Karim

telah ditawarkan peluang untuk

menjadi peguam kepada seorang OKT

(Orang Kena Tuduh) bernama Diana

Dahlan (lakonan Datin Seri Umie Aida),

yang berjanji akan mencari anaknya.

5

Filem berunsur
ketuhanan ini
menghimpunkan tiga
kisah yang berbeza.
Filem yang pada
awalnya menggunakan
tajuk penerbitan
Malaikat Maut ini telah
terperam selama lebih
dua tahun di Lembaga
Penapisan Filem
sebelum ditayangkan
dengan beberapa
babak dipotong dan
tajuk ditukarkan
kepada Maut.

Terdapat babak dalam filem ‘MAUT’ yang
memberi gambaran tentang kehidupan selepas
kematian dan seksaan-seksaan yang berlaku
selepas mati. Ia boleh dikhuatiri boleh
memesongkan akidah atau seseorang akan
mudah taksub kerana mengganggap seksaan-
seksaan berikut akan berlaku seperti yang
digambarkan.

6

Akibat penghasilan
filem berunsur
khurafat

•Wujud perasaan terlalu takut terhadap hantu, jin dan syaitan
Adegan yang melibatkan kekuasaan dan keberkesanan
penggunaan jin, syaitan dan sebagainya ini menimbulkan rasa
takut dalam diri penonton sehingga mereka terlalu percaya
akan kekuasaan dan keajaiban jin dan syaitan ini.

•Merosakkan akidah umat Islam
Kepercayaan umat Islam terhadap kekuasaan Allah akan
tergugat apabila melihat perkara-perkara mahupun keajaiban
yang diada-adakan setelah meggunakan bantuan syaitan dan
jin.

•Menimbulkan syirik dan unsur khurafat dalam diri penonton
Akibat dari penghasilan file mini, penonton lebih terpengaruh
dan mempercayai fahaman tahyul itu sekaligus menimbulkan
kesangsian terhadap kekuasaan Allah SWT

•Melemahkan iman seseorang
Ketika seseorang manusia itu merasa takut dan terlihat
keberkesanan penggunaan perkara khurataf ini, keimanannya
akan terganggu. Malah melalui pengamatannya itu, dia akan
lebih mempercayai perkara tahyul berbanding perkara yang
benar.

7

•Memesongkan seseorang dari ajaran Islam
Sifat manusia yang ingin tahu mampu memesongkan
manusia tersebut dari ajaran Islam. Hal ini demikian
kerana setelah melihat keberkesanan dan
kemampuan perkara tahyul ini, manusia akan
cenderung untuk mencuba dan mendalami ilmu
pengetahuan yang luar biasa melalui medium yang
salah seperti melalui dukun – dukun dan bomoh –
bomoh.

Sabda Nabi SAW:
‫ فَقَ ْد َكفَ َر ِب َما أُ ْن ِز َل عَلَى‬،‫ فَ َص َّدقَهُ ِب َما يَقُو ُل‬،‫ أَ ْو عَ َّرافًا‬،‫َم ْن أَتَى كَا ِهنًا‬
‫ُم َح َّمد‬
Maksudnya: "Sesiapa yang mendatangi dukun atau
tukang ramal, lalu dia membenarkan apa yang
dikatakannya, maka sungguh ia telah kufur kepada
apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW."
Riwayat Ahmad (9171)

•Kanak – kanak terhasut atau terikut – ikut
Sepertimana yang kita tahu, kanak – kanak belajar
melaui apa yang dilihat dan apa yang mereka dengar.
Melalui tayangan filem yang berunsurkan khurafat ini,
kanak – kanak yang mudah terpengaruh ini akan
merasakan perkara tersebut lebih tepat dan benar
berbanding ajaran Islam.

8

Cara penyelesaian dan
pengawasan filem yang
berunsur khurafat

Tindakan pertama sekali perlulah diberikan kepada pihak yang
berkuasa iaitu Suruhanjaya Multimedia dan Kementerian Komunikasi
dan Multimedia Malaysia perlu memainkan peranan penting dalam
membuat pemantauan dan pengawalan terhadap filem-filem yang
berunsurkan khurafat dimana boleh memberi pengaruh negatif
kepada penonton. Mereka perlu memastikan filem-filem yang
dikeluarkan di Malaysia menepati piawaian yang ditetapkan dalam
akta yang telah disabitkan. Filem yang dihasilkan juga perlulah ditapis
dan dikaji selidik terlebih dahulu secara jelas oleh Perbadanan
Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Seterusnya, penerbit dan pengarah filem itu sendiri perlu
sentiasa mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak
yang berkuasa dalam penghasilan filem. Penerbit perlulah
meletakkan syarat-syarat bagi kanak-kanak di bawah umur perlu
mendapat pengawasan ibu bapa bagi menonton filem tersebut.

Para pendakwah juga mempunyai peranan untuk memberi
penjelasan dan penerangan yang lebih efektif kepada umat Islam
tentang keburukan amalan khurafat dalam kehidupan di dunia dan di
akhirat. Dengan ini, masyarakat perlu memahami dengan lebih
mendalam amalan khurafat ini yang boleh membatalkan iman
seseorang.

Akhir sekali, masyarakat juga perlu prihatin dan bersifat
tegas serta memandang serius terhadap penghasilan filem yang
berunsurkan khurafat ini. Jika terdapat unsur yang berlebihan dalam
filem yang ditayangkan, masyarakat perlu membuat aduan kepada
pihak yang berkuasa.

9

Dalil ayat Al-Quran

1)Firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak
ampunkan dosa syirik sementara Dia memaafkan

dosa-dosa yang lain. Maka sesiapa yang
mempersekutukan (syirik) kepada-Nya sesungguhnya
dia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah al-Nisa’,

ayat 48)
2) Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah

(wahai Muhammad) tiada sesuatu pun akan
menimpa kami melainkan dengan ketentuan Allah.
Dialah penolong kami, maka hendaklah orang yang

beriman itu bertawakal kepada Allah.” (Surah al-
Taubah, ayat 51)

10

Dalil hadis

1) Rasulullah SAW memberi amaran: “Menyandarkan
keburukan kepada sesuatu ialah syirik dan tidak

termasuk ke dalam golongan kami melainkan mereka
yang beriman sahaja. Sesungguhnya Allah

menghilangkan syirik itu dengan tawakal.” (Hadis
Riwayat Ibnu Majah)

2) Sabda Rasulullah SAW: “Tiada penularan penyakit,
tiada thiyarah, tiada nasib malang pada burung hantu
dan tiada musibah pada bulan Safar.” (Hadis Riwayat

al-Bukhari)

11

kesimpulan

Kita sebagai umat islam perlulah mengambil
serius terhadap perkara sebegini supaya kita tidak
jatuh syirik kepada Alllah s.w.t .Mempunyai
sesuatu yang tahyul boleh jatuh syirik kepada
Allah kerana kita menduakan tuhan yang esa
.Syirik merupakan satu dosa besar kerana kita
lebih mempercayai karut melebihi Allah iaitu sang
pencipta sekalian alam ini.
Jadi kita perlu mencegah perbuatan khurafat jika
berlaku dihadapan kita .Jika tidak mampu
mencegah kitab oleh membencinya dengan
sesungguhnya ia selemah-lemah iman seperti
yang tertulis di dalam hadis 40 imam nanwawi.

12


Click to View FlipBook Version