The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arisainihara, 2023-01-06 01:24:22

yasin HTD 89_DRAF 1

yasin HTD 89_DRAF 1

Surah Yasin

SURAH YASIN DAN HIMPUNAN AMAL

Surah Yasin
SURAH YASIN DPAenNyusHuInMPUNAN AMAL

MISAS ADVERTISING SDN. BHD

SMeISl AAKgSeamAmeDanDVtMiPeEsreeaRimnraTkynaIauSkPssINueoTnrlGeetahnShteDarnNaa.DnBaHraDt
Sel AgJ5aa0lma6na3D4PMisKaeadumrkaaaanlaksgoLTTlueeemhnmtpeburaarkDarat

Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
©5C0e6t3a4kaKnu2a0la21LMum/14p4u2rH

Hakcipta Terpelihara. M©aCnae-tamkaanna2b0a2h1aMg/i1a4n4d2aHlam buku ini tidak boleh

diterbitkan semula, disalin atau dipindahkan dengan apa jua cara

sekalipun, sama ada dengan komputer, fotokopi, filem dan

HadkcitieprtbaitTkaenrpseseelihmbdaaaurgrlaiaap.,ianMddyiaasanaMsalien-ismbaaeatslanuAuamddbvmiapeheirntanidsgdaiianahpgnkaaSdtndaknleda.bemBennhgbadaur.nkaunapinai tidak boleh
jua cara

sekalipun, sama ada dengan komputer, fotokopi, filem dan

sebagainya sebelum mendapat kebenaran

daripadaMMukisaaTsaAipdvTeerktiss:inAgriSadl n. Bhd.

Saiz Taip Teks: 10/12

Muka Taip Teks: Arial
Saiz Taip Teks: 10/12

Pengatur Huruf, Penerbit dan Pencetak:

No. 30 JalaPne4n/g2a3tBu,rTHaumruafn, PDeannearubiKt doatan, P53e3n0ce0taKku:ala Lumpur
Tel/Fax: 03-4024 2004 / 4022 8714

E-mail: [email protected] / [email protected]

No. 30 Jalan 4/23B, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur
Tel/Fax: 03-4024 2004 / 4022 8714

E-mail: [email protected] / [email protected]



Kata-Kata Aluan



ISI KANDUNGAN

KELEBIHAN MEMBACA SURAH YASIN 2

KAIFIAT MEMBACA SURAH YASIN 2

SURAH YASIN 4

TAHLIL 32

TALKIN 47

AL-MA’THURAT 52

SURAH AL-KAHFI 70

DOA-DOA 83

AMALAN PELINDUNG DIRI 91

PANDUAN KHATAM AL-QURAN 102

vi

SURAH YASIN
DAN

TAHLIL

1

KELEBIHAN MEMBACA SURAH YASIN

Maksudnya: “Nabi s.a.w telah bersabda:Tiap-tiap sesuatu ada
hatinya. Hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa yang membaca
Yasin, maka Allah tuliskan pahala bacaanya itu bersamaan dengan
sepuluh kali membaca al-Quran”

(Riwayat at-Tirmizi)

KAIFIAT MEMBACA SURAH YASIN

Sebelum Dan Ketika Membaca Yasin
1. Membaca dalam keadaan suci (berwuduk).
2. Membaca dengan tartil mengikut hukum­hukum tajwidnya.
3. Dimulai dengan membaca Al-Fatihah (1x).
4. Selawat ke atas Nabi s.a.w dengan mana­mana selawat.
5. Membaca surah Yasin hingga tamat secara tertib.
6. Jika membaca secara berjemaah hendaklah dibaca dengan

serentak dan tidak men­dahului imam yang mengetuai bacaan.

2

MEMULAKAN BACAAN YASIN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala
puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkau
kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
Tunjuklah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau
anugerahkan nikmat kepada mereka: bukan (jalan) mereka yang dimurkai
(Yahudi) dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat (Nasrani).

(11x)
Wahai Tuhan, cucurillah rahmat dan kesejahteraan atas penghulu
kami Muhammad dan ke atas keluarganya serta sahabatnya.

3

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang

Yaa, Siin. Demi al-Quran yang mengandungi hikmat - hikmat.
Sesunguh-nya engkau (wahai Muhammad adalah seorang rasul)

dari rasul-rasul yang telah diutus, di atas jalan yang lurus (agama
Islam),

Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha
Mengasihani. Supaya engkau memberi peringatan kepada kaum

yang datuk nenek mereka telah lama tidak diberikan peringatan: sebab
itulah mereka lalai. Demi sesungguhnya,

4

telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka kerana mereka
tidak mahu beriman.

Sesungguhnya Kami jadikan di batang leher mereka belenggu yang
memberkas kedua tangan mereka sampai

ke dagu mereka lalu jadilah mereka terdongak. Dan Kami jadikan

sekatan di hadapan mereka dan sekatan di belakang mereka (pada hari
kiamat),

lalu Kami tutup pandangan mereka hingga mereka tidak dapat melihat
(jalan yang benar) dan (dengan sebab itu) sama sahaja

kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran,
mereka tidak akan beriman.

5

Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan) hanyalah yang
engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran al-Quran serta

dia takut

kepada Tuhan Yang Maha Pemurah semasa dia tidak dilihat orang
dan belum melihat azab Tuhan. Oleh itu, berilah kepadanya berita yang

menggembirakan dengan keampunan dan pahala

yang mulia. Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati,

dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan
yang mereka tinggalkan, dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu

kami catitkan satu persatu dalam Kitab (Ibu Suratan) yang jelas nyata.
Dan ceritakan kepada mereka

satu contoh mengenai kisah penduduk sebuah bandar, iaitu ketika
mereka didatangi rasul-rasul (Kami).

6

Ketika Kami mengutuskan kepada mereka dua orang rasul lalu mereka
mendustakannya, kemudian Kami kuatkan

dengan rasul yang ketiga, lalu rasul-rasul itu berkata: “Sesungguhnya
Kami ini adalah diutuskan kepada Kamu”. Mereka menjawab:

“Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga dan Tuhan Yang
Maha Pemurah tidak menurunkan

sesuatu pun. Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta”. Rasul-rasul
berkata: “Tuhan Kami mengetahui

bahawa kami adalah rasul-rasul yang diutus kepada kamu, dan tugas
Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintah-Nya

dengan cara jelas dan nyata”. Mereka berkata pula: “Sesungguhnya
kami berasa nahas dan malang dengan sebab kamu.

7

Kalau kamu tidak berhenti tentulah kami akan merejam kamu dan sudah
tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa

yang tidak terperi”. Rasul-rasul itu menjawab: “Nahas dan malang kamu
itu disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu

diberi peringatan

(maka kamu mengancam kami)? Bahkan kamu adalah kaum pelampau”.
Dan, datanglah seorang lelaki dari hujung

bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya: Wahai
kaumku! Turutlah

Rasul-rasul itu. Turutlah orang-orang yang tidak meminta kepada kamu

sesuatu balasan, sedang mereka mendapat hidayah petunjuk. Dan
mengapa aku tidak menyembah Tuhan

8

yang menciptakan daku, kepada-Nyalah kamu akan dikembalikan?
Patutkah

aku menyembah beberapa tuhan yang dari Allah? Jika Allah Yang
Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengam sesuatu bahaya

mereka tidak

dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku dan mereka juga tidak
dapat menyelamatkan daku.

“Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku berada
dalam kesesatan yang nyata. Sesungguhnya

aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)
(Setelah dia mati) lalu dikatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam

syurga”. Dia berkata: “Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui
Tentang

9

perkara yang menyebabkan aku diampunkan oleh Tuhanku, serta
dijadikan-nya aku dari orang-orang yang dimuliakan

Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah dia (mati)
sebarang pasukan tentera

dari langit dan tidak perlu Kami menurunkannya. (Kebinasaan mereka)

hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka
dengan serta merta mereka semua sunyi sepi tidak hidup lagi.

Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-
hamba! Tidak datang kepada mereka seorang rasul

melainkan mereka memperolok-olokkannya. Tidakkah mereka tahu
berapa

10

banyak yang telah Kami binasakan sebelum mereka dari umat-umat?

Umat-umat yang telah binasa tu tidak kembali lagi kepada mereka.
Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan

ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir. Dan dalil yang
terang untuk mereka ialah bumi yang mati

kami hidupkan ia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian itu
mereka makan.

Dan kami jadikan bumi itu kebun-kebun

kurma dan anggur dan kami pancarkan padanya beberapa mata air.

11

Supaya mereka makan dari buah-buahnya dan dari apa yang
dikerjakan oleh tangan mereka,

maka patutkah mereka tidak bersyukur? Maha Suci Tuhan yang telah

menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan sama ada dari
yang ditumbuhkan oleh bumi,

atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak tahu

Dan lagi dalil untuk mereka (berfikir) ialah malam, Kami hilangkan
siang daripadanya, maka

dengan serta merta mereka berada dalam gelap gelita. Dan matahari,
ia kelihatan

12

beredar ke tempat yang ditetapkan baginya, itu adalah takdir Tuhan
yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.

Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat
sehingga kembalinya

pula ke peringkat awalnya (berbentuk) seperti tandan yang kering.
(Dengan ketentuan yang demikian). Matahari tidak mudah

baginya mengejar bulan dan malam pula tidak dapat mendahului siang.

kerana tiap-tiap satunya di tempat edarannya terapung-apung beredar.
Dan satu dalil lagi untuk mereka ialah,

Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang
penuh sarat

13

Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama
dengannya, yang mereka dapat mengenderainya. Dan jika

kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka, maka tidak ada yang
dapat menolong mereka dan mereka juga tidak dapat diselamatkan.

Kecuali Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup mereka hingga
ke suatu masa. Dan apabila

dikatakan kepada mereka: “Berjaga-jagalah kamu akan apa yang ada
di hadapan kamu (dari urusan-urusan hidup di dunia ini) dan apa yang

ada di belakang kamu

(dari huru hara dan balasan akhirat), supaya kamu beroleh rahmat’. Dan
tidak ada yang sampai kepada mereka berupa sesuatu keterangan dari

keterangan-keterangan Tuhan mereka melainkan mereka berpaling
daripadanya.

14

Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Dermakanlah sebahagian dari
rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu”, berkata orang-orang yang

kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): “
Patutkah kami memberi makan kepada orang yang

jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini
hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”.

Dan mereka bertanya: “Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan
itu? Jika betul kamu

orang-orang yang benar”. Mereka tidak menunggu melainkan satu
pekikan

yang akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan
leka bertengkar. Maka dengan itu, mereka tidak

15

berpeluang membuat sebarang pesanan dan mereka tidak sempat
kembali kepada keluarga mereka.

Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala maka semuanya dari
kubur masing-masing segera bangkit

keluar (untuk) mengadap Tuhannya. (Pada ketika itu) orang-orang yang
tidak percayakan hidup semula berkata: “Aduhai celakanya kami! Siapakah

yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?” (Lalu dikatakan
kepada mereka): “Inilah ia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha
Pemurah

dan benarlah berita yang disampaikan oleh rasul-rasul!. Hanyalah

dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta-merta
mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan

16

kami semuanya dibawa hadir. Maka pada hari itu, tidak ada seseorang
yang akan dianiaya sedikitpun,

dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu
telah kerjakan.

Sesungguhnya penduduk syurga pada hari itu, berada dalam kesibukan
menikmati kesenangan

Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat
yang teduh, sambil duduk berbaring

di atas pelamin. Mereka beroleh dalam syurga itu pelbagai jenis buah-
buahan dan mereka beroleh apa sahaja yang

mereka kehendaki. Salam sejahtera, ucapan dari Tuhan Yang Maha
Mengasihani

17

Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): “Berpisahlah
kamu pada hari ini, wahai orang-orang yang berdosa. “Bukankah

Aku telah perintahkan kepada Kamu wahai anak-anak Adam, supaya
kamu jangan menyembah

syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! “ Dan
hendaklah

kamu menyembah-Ku, inilah jalan yang lurus

“Dan sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan antara kamu golongan
yang ramai, maka tidakkah sepatutnya

kamu berfikir dan insaf? “Inilah Neraka Jahanam, yang kamu

18

selalu diancam dengan dimasukkan ke dalamnya. “Rasalah kamu
bakarannya hari ini.

disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!” Pada waktu itu
Kami tutupkan mulut mereka.

dan akan memberitahu Kami oleh tangan-tangan mereka dan kami
pula menjadi saksi tentang apa

yang mereka telah usahakan. Dan kalau Kami kehendaki, Kami
berkuasa menghapuskan

mata mereka, lalu mereka berlumba-lumba mencari-cari jalan. Maka

bagaimanakah mereka mendapat melihatnya? Dan kalau kami kehen-
daki, Kami berkuasa mengubah keadaan jasmmani mereka (menjadi

kaku beku)

19

di tempat yang mereka berada padanya, maka dengan itu, mereka tidak
dapat mara ke hadapan

dan juga tidak dapat undur ke belakang. Dan sesiapa yang Kami
panjangkan umurnya,

Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah)
maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya? Dan kami tidak

mengajarkan

syair kepadanya (Muhammad), dan kepandaian bersyair itu tidak
sesuai baginya. Adapun yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain

melainkan nasihat pengajaran

dan Kitab Suci yang memberi peenrangan. Supaya dia memberi
peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya),

dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang
yang kufur ingkar. Tidakkah

20

mereka melihat dan memikirkannya, bahawa Kami telah menciptakan
untuk mereka

binatang-binatang ternak, antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami
ciptakan dengan kekuasaan Kami lalu mereka memilikinya? Dan Kami

jinakkan ia

untuk kegunaan mereka, maka sebahagiannya menjadi kenderaan
mereka dan sebahagian lagi mereka makan. Dan mereka

beroleh pada binatang ternak itu berbagai faedah dan kegunaan dan
juga beroleh minuman, maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur.

Dan tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah,
(dengan harapan) semoga mereka mendapat

pertolongan. Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama
sekali menolong mereka.

21

sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadir
kepada mereka. Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita

disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya
Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang

mereka nyatakan.

Tidakkah menusia itu melihat bahawa Kami telah menciptakan dia dari

(setitis) air benih? Dalam pada itu maka dengan tidak semena-mena
dia menjadi seorang pembantah yang terang jelas bantahannya.
Serta dia mengemukakan

satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan Kami) dan
dia juga lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya:

“Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang

yang telah hancur seperti luluh? “Katakanlah: “Tulang-tulang yang
hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya

22

pada awal mula wujudnya, dan Dia (Allah) Maha Mengetahui segala
keadaan makhluk-makhluk. “Tuhan yang telah

menjadikan dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu,
akan api maka kamu pun selalu menyalakan api

dari pohon-pohon itu”. Tidakkah Tuhan yang telah

menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) berkuasa
menciptakan semula

manusia sebagaimana Dia (Allah) menciptakan mereka dahulu? Bukan,
dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.

Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia (Allah) menhendaki adanya
sesuatu, hanyalah Dia (Allah) berfirman kepada (hakikat) benda itu:

23

“Jadilah engkau!”. Maka ia terus menjadi. Maka Maha Suci Tuhan

yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepada-Nyalah
Kamu semua dikembalikan.

Selepas selesai membaca Yasin,
bacalah surah-surah berikut:

• Surah Al-lnsyirah (1x)
• Surah Al-Qadr (1x)
• Surah Al-Fiil (1x)

• Surah Al-Ikhlas (1x)
• Surah Al-Falaq (1x)
• Surah An-Naas (1x)

24

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)? Dan
Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, yang memberatkan
belakangmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (namamu).
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
Sekali lagi ditegaskan sesungguhnya bersama kesulitan itu ada
kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan),
kerja­kanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan
hanya kepada Tuhanmulah kamu berharap.

(S(SuurarahhAal-l-lnInssyyiriarahh::11-8-8))

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam
kemulian. Dan tahukah kamu apakah malam kemulian itu? Malam
kemulian itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun
malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk
mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai
terbit fajar.

(Surah Al-Qadr: 1-5)
25

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah
bertindak terhadap tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan
tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia?, dan Dia
mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong, yang
melempari mereka dengan batu (berasai) dari tanah yang terbakar,
lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).

((SSuurraahh aall--FFiiiill:: 11--55))

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Katakanlah: “Dialah Allah, Yang Maha Esa, Allah adalah Tuhan yang
bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada
pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan
Dia”.

(Surah al-lkhlas: 1-4)

26

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan Yang menguasai subuh, dari
kejahatan makhiuk-Nya, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap
gelita, dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus
pada buhul-buhul, dan dari kejahatan orang yang dengki”.

(Surah al-Falaq: 1-5)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan
menguasai) manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan
(bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan)
ke dalarn dada manusia dari (golongan) jin dan manusia.

(Surah an-Naas: 1-5)
27

28

29

ERTI DOA SURAH YASIN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang mentadbirkan
seluruh alarn, iaitu puji-pujian yang menyamai segala nikmat-
Nya dan sebanding dengan segala tambahan-Nya. Wahai Tuhan
kami! Bagi-Mu segala kepujian sebagaimana yang selayaknya
dengan kebesaran zat-Mu dan dengan kebesaran kekuasaan-
Mu. Ya Allah! Kurniakanlah kesejahteraan dan keselamatan
ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga
serta sahabat-sahabat baginda sekalian.

Ya Allah! Dengan hak kebenaran Yasin dan demi al-Quran yang
penuh segala hikmah, dan demi sesiapa yang Engkau pilih untuk
membawa risalah dan kenabian, pemerintahan dan pertunjuk
kepada jalan Engkau yang lurus, dan demi dengan keseluruhan
setiap perkara yang didatangkan padanya daripada Engkau
melalui Malaikat Jibril yang diturunkan oleh Engkau Yang Maha
Mulia dan Maha Penyayang, dan demi setiap huruf (al-Quran),
dan nama-nama-Mu yang sempurna, dan demi sesuatu yang
telah nyata wujudnya bagi semua yang telah wujud daripada
ayat-ayat-Mu yang telah nyata. Wahai zat yang tersembunyi
kelembutan-Mu, yang menghilangkan segala dukacita, yang
menghapuskan kesusahan bagi semua yang berhutang. Wahai
zat yang menjadikan lautan dan mata air; wahai zat yang telah
menjadikan khazanah di antara huruf kaf dan nun dan yang
mengetahui sesuatu yang telah ada dari sebelum adanya.

Kami memohon ya Allah, agar Engkau berikan kepada kami
keredaan-Mu yang hakiki, sesungguhnya jadikanlah kami dalam
kumpulan yang berbahagia serta mencukupi, dan Engkau
permudahkanlah bagi kami semua kehendak kami dan tuntutan
kami, dan jadikanlah keredaan-Mu sebaik-baik teman bagi kami.

Memohon perlindungan dengan zat-Mu yang Maha Agung
serta Maha Pengurnia, dan kurniakanlah kepada kami segera
termakbul permintaan.

30

Perkenankanlah ya Allah doa kami, tunaikan segala pengharapan
kami. Masukkanlah kami ke dalam pemeliharaan Engkau dengan
rahsia firman-Mu, bahawa sesunggahnya apabila Engkau
menghendaki sesuatu hanya berkata “Kun”, maka jadilah ia.
Maha Suci Engkau yang dengan kekuasaan-Mu menguasai tiap-
tiap sesuatu dan kepada-Mu semuanya akan kembali.
Maha Suci Zat yang menghilangkan segala kehinaan, Maha
Suci zat yang menghilangkan segala kedukaan, Maha Suci zat
yang menghilangkan beban si penghutang, Maha Suci Zat yang
memerintahkan apabila menghendaki sesuatu hanya berkata
“Kun” maka jadilah ia. Wahai Zat yang menghilangkan dukacita;
wahai Zat yang menghilangkan, hilangkanlahl Wahai Zat yang
menghilangkan, hilangkanlah! Hilanglah daripada kami segala
kesusahan dan dukacita kami. Wahai Zat yang hidup, wahai Zat
yang berdiri dengan sendiri, wahai Zat yang Maha Agung lagi Maha
Mulia. Ya Allah! kurniakanlah kesejahteraan dan keselamatan ke
atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan
sahabat baginda sekalian. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan
pentadbir seluruh alam.

31

TAHLIL

32

KAIFIAT TAHLIL
33

34

35

36

‫)‪(3 kali‬‬

‫بَِرْمحَت َكِيَاِأَمرَح َمِالَّراْحمْيِإِمرَْحمنَا‪ِ،‬يَاِأَمرَح َمِالَّراْحمْيِإِمرَْحمنَا‪ِ،‬يَاِأَمرَح َمِالَّراْحمْيِإِمرَْحمنَا‪.‬‬

‫‪37‬‬

38

DOA TAHLIL
39

40

41

42

ERTI DOA TAHLIL

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam yang melengkapi
nikmat-Nya dan membalas limpah kurnia-Nya. Ya Tuhan kami!
Bagi Engkau segala pujian sebagaimana yang sayugia bagi-Mu
kemuliaan-Mu dan yang sangat besar pemerintahan Engkau.
Ya Allah! Selawat dan sejahtera atas penghulu kami, Nabi
Muhammad sebagai rahmat yang dengannya Engkau selamatkan
kami daripada segala ketakutan dan kerosakan, dan Engkau
sampaikan bagi kami dengannya daripada semua hajat, dan
Engkau angkatkan kami dengannya di sisi Engkau setinggi-tinggi
darjat, dan Engkau sampaikan kepada kami dengannya kesudahan
tujuan daripada segala kebajikan sepanjang hayat dan sesudah
mati. Maha Suci Engkau, tidak dapat kami mengira banyaknya
pujian atas Engkau, sebagaimana pujian atas Zat Engkau. Untuk-
Mu segala pujian sebelum diredai dan untuk-Mu segala pujian
setelah diredai. Untuk-Mu juga pujian itu sehingga Engkau reda.
Ya Allah! Cucuri rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Nabi
Muhammad dan permulaan dan Engkau cucuri rahmat dan
sejahtera hingga kesudahan, dan cucurilah rahmat dan sejahtera
atas penghulu kami Nabi Muhammad, dalam pemerintahan
Engkau yang tinggi hingga hari kiamat, dan cucurilah rahmat dan
sejahtera atas penghulu kami Nabi Muhammad hingga mewarisi
bumi dan barang yang di atasnya, dan Engkaulah sebaik-baik
yang mewarisi. Ya Allah! Jadikanlah, dan sampaikanlah dan
terimalah akan sebarang pahala yang telah dibaca daripada al-
Quran yang sangat besar, dan apa jua yang telah ditahlilkan
daripada kalimah Laa-ilaaha-ill-Allah, dan apa jua yang telah
kami sebutkan daripada Ya Allah, dan apa-apa yang telah kami
selawatkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w., pada ketika yang
berkat ini sebagai hadiah daripada kami dan sampai, dan rahmat
daripada Engkau yang mencucurinya dan keberkatan yang tinggi,
dan sedekah yang terdahulu telah kami sembahkan dia, dan kami
hadiahkan ia untuk hadrat penghulu kami, Rasulullah Muhammad
bin Abdullah. Kemudian hadiah kepada para arwah isteri-isterinya
dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya dan yang mengikutnya
dan pengikutnya, mereka itu dengan kebaikan-kebaikan hingga
ke hari akhirat. Ya Allah, jadikanlah pahala seperti pahala
yang demikian itu serta sokongan yang lebih, dan kebajikan

43

Engkau hadiahkan kepada roh-roh mereka yang telah
dihimpunkan di sini disebabkan mereka, dan khasnya kepada roh
almarhum daripada asalnya dan cabang-cabangnya sekalian.
Sampaikanlah Ya Allah pahala itu dari kami kepada mereka itu,
dan jadikanlah satu cahaya yang memancar-mancar di sisi mereka
itu. Gandakan ya Allah rahmat Engkau dan keredaan Engkau
atas kami dan atas mereka itu. Ya Allah! jadikanlah keselamatan
atas mereka itu daripada api neraka dan kesejahteraan daripada
api neraka, dan lindungi mereka itu daripada api neraka, dan
tebuskan mereka itu daripada api neraka. Ya Allah! Ampunkanlah
mereka itu, dan rahmatilah mereka itu, dan afiatkan mereka itu
dan maafkan mereka itu. Kemudian pahala seperti itu dihadiahkan
kepada roh-roh ibu bapa kami dan ketua-ketua, dan ibu bapa
mereka itu, dan semua kaum Muslimin daripada terbit matahari di
muka bumi ini hingga masuk matahari. Ya Allah! Jadikanlah kami
dalam suratan kami dan suratan ibu bapa kami dan tuan-tuan
yang hadir, bapa-bapa mereka itu, meliputi sekaliannya dengan
rahmat dan keredaan, dan masukkanlah kami dan mereka itu ke
dalam syurga, ya Tuhan yang memberi berkat, ya Tuhan yang
memberi nikmat, ya Tuhan yang menjadikan langit dan bumi,
ya Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Ya Allah!
Pindahkaniah mereka itu daripada kesempitan kubur dan liang
lahad ke syurga khulud kepada bayangan yang dibentangkan,
dan air yang dituangkan, dan buah yang banyak tiada disekat,
dan tiada di tegah, dan tilam yang ditinggikan serta mereka yang
Engkau kurniai rahmat daripada nabi-nabi dan orang-orang
siddiqin dan para syuhada dan orang-orang yang soleh dan
mereka itu sebaik-baik teman. Ya Tuhan yang memberi rahmat
daripada sekalian yang memberi rahmat, dan cucurilah rahmat
atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya
dan para sahabatnya, dan salam dengan kemurahan Maha Suci
Engkau Tuhan yang Tinggi dan Mulia daripada apa-apa yang
disifatkan, dan kesejahteraan ke atas sekalian Rasul dan segala
puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam.

44


Click to View FlipBook Version