Yang
Istimewa
Penulis: Chin Wei Feng
Tahun Baru Cina tahun
2021 jatuh pada 12
Februari, hari Jumaat.
Dalam kalendar Cina,
tahun ini ialah
. Saya juga
dilahirkan pada Tahun
Lembu.
Sebelum Tahun Baru
Cina, kami sekeluarga
bergotong-royong
membersihkan rumah.
Kami juga mengecat
rumah .
Kami menghiaskan
rumah dengan perhiasan
berwarna merah.
Ibu pula sibuk membuat
persediaan untuk
sambutan Tahun Baru
Cina. Beliau membeli
makanan tradisi seperti
limau mandarin,
kuih bakul
dan sebagainya.
Saya juga menolong ibu
membuat kerepek
dengan buah ngaku.
Kerepek ngaku
merupakan salah satu
kerepek kesukaan saya.
Biasanya setahun sekali
sahaja kita dapat
membeli buah ngaku.
,
semua orang mesti
mematuhi SOP untuk
mencegah Covid-19. Kami
sekeluarga tidak pulang
ke kampung untuk
meraikan perayaan
Tahun Baru Cina
bersama nenek dan
sanak-saudara. Pada
malam sebelum Tahun
Baru Cina, ibu
menyediakan “Pen Cai”
untuk hidangan “makan
besar”. Awal pagi lagi,
ibu pergi ke pasar untuk
membeli ayam, ikan,
udang, bebola ikan,
sayur dan sebagainya.
Sewaktu makan malam,
bapa menghubungi nenek
dengan panggilan video.
Kami berbual-bual
dengan nenek. Kami
menonton rancangan
televisyen sementara
menunggu tahun baru
yang akan datang. Pada
malam itu, ibu bapa
membeli sampul merah
“angpao” kepada saya
dan abang.
Semasa menerima
angpao daripada ibu
bapa, kami mengucapkan
ungkapan yang membawa
tuah kepada mereka. Ibu
bapa juga berharap kami
sentiasa sihat dan
gembira.
Pada hari pertama Tahun
Baru Cina, kami memakai
baju baru. Ini
melambangkan titik
permulaan dalam
kehidupan. Hari ini kami
juga menelefon nenek
untuk mengucapkan
“Selamat Tahun Baru
Cina”. Walaupun
perayaan tahun ini tidak
meriah seperti tahun-
tahun yang lepas, kami
tetap gembira. Yang
penting semua orang
sihat dan gembira.
Tahun Baru Cina kali ini
memang sunyi, tiada
tarian singa. Saya
berharap tahun depan
dapat balik kampung
untuk meraikan
Tahun Baru Cina.