PENGAPLIKASIAN VIDEO YOUTUBE: BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR) BAGI MATA PELAJARAN SEJARAH Lawrence Anak Padi, Harnani Mat Zin Fakulti Seni, Komputeran Dan Industri Kreatif Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900, Tanjong Malim, Perak [email protected], [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengetahui sejauh mana penggunaan pengaplikasian video YouTube sebagai bahan bantu mengajar dalam menarik minat dan membantu meningkatkan kefahaman murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bagi mata pelajaran Sejarah. Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri, Sarawak. Responden kajian terdiri daripada 51 orang pelajar tingkatan tiga. Reka bentuk kajian adalah menggunakan pendekatan kuantitatif dalam proses pengumpulan data dan penganalisisan data kajian dalam bentuk ujian statistik diskriptif seperti peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai. Instrumen yang telah digunakan di dalam kajian ini adalah borang soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan video YouTube sebagai bahan bantu mengajar dapat meningkatkan minat murid dan memberi kesan yang positif terhadap tahap penerimaan murid dan guru dalam mengaplikasikan penggunaan video YouTube dalam proses pengajaran dan pembelajaran. KATA KUNCI YouTube, minat, bahan pengajaran dan pembelajaran, pengajaran dan pembelajaran di rumah 1. PENGENALAN Selaras dengan era perubahan dan perkembangan teknologi media pada masa kini, penggunaan teknologi media dalam bidang pendidikan telah menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah menjadi semakin moden dan canggih (Vizcaya Moreno & Perez Canaveras, 2020). Penggunaan EPembelajaran dapat menggalakkan perbincangan secara maya untuk mewujudkan rangkaian kolaboratif dalam komuniti bagi tujuan pembelajaran akses kendiri untuk memenuhi keperluan pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (2014), terdapat beberapa elemen yang diterapkan dalam PAK21 bagi proses pembelajaran yang berpusatkan murid iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Peranan guru amat penting dalam mendidik muridnya untuk mencapai objektif PdP. Guru bukan sahaja berperanan sebagai seorang pengajar di dalam kelas, malah juga bertindak sebagai seorang pemudahcara atau fasilitator. Oleh kerana itu, kaedah pengajaran yang sesuai dalam menggunakan teknologi digital haruslah dikuasai oleh golongan pendidik supaya proses PdP dapat menarik minat murid dalam mendapatkan ilmu pengetahuan dan pendedahan kepada proses PdP yang lebih menarik dan interaktif di dalam kelas (Hanifah, 2020). Hal ini juga dapat memberi peluang kepada golongan pendidik dan murid untuk mempraktikkan dan menambah ilmu pengetahuan dengan lebih meluas dengan pelbagai cara melalui penggunaan teknologi media (M. Kom, 2020). Teknologi digital yang digunakan dalam proses PdP sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dapat mendorong minat murid untuk mempelajari subjek yang ada di sekolah. Oleh sebab itu, teknologi digital ini mampu membantu pelajar sekiranya digunakan secara sistematik dan berkesan di dalam proses PdP. Durasi video selama 72 jam pada setiap minit telah dimuat naik di medium YouTube (Meyerson, 2010).
Berdasarkan pengalaman penyelidik sebagai seorang pelajar universiti, YouTube merupakan salah satu media teknologi digital yang digunakan sebagai pencarian utama untuk mendapatkan maklumat, rujukan atau tutorial. Selain daripada Google, YouTube merupakan laman rangkaian sosial kedua tertinggi yang digunakan oleh pengguna di seluruh dunia. (Tankovska, 2021). Menurut Albahiri dan Alhaj (2020), YouTube juga digunakan oleh murid di sekolah untuk pembelajaran kolaboratif dan untuk mempromosikan pembelajaran kendiri. Selain itu, YouTube juga dapat membantu pembelajaran secara atas talian serta bertindak sebagai alat pendidikan untuk meningkatkan pembelajaran dengan cara yang unik dan kreatif. Pembelajaran tradisional yang masih menggunakan kapur dan bicara, hanya bergantung pada tenaga pengajar, dan menggunakan papan putih untuk proses PdP, tidak sesuai digunakan untuk generasi z. (Baharudin & Ibrahim, 2020). Pada tahun 2020, negara Malaysia telah berhadapan dengan wabak Covid-19. Wabak tersebut telah mewujudkan perubahan dalam norma kehidupan masyarakat dan bidang pendidikan juga turut mendapat kesan. Sekolah telah ditutup dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Cabaran yang dihadapi oleh para guru adalah untuk mendidik seperti biasa namun mereka perlu bekerja lebih keras dan kreatif berbanding sebelum ini bagi menyesuaikan diri dengan PdPR sepanjang pandemik ini. Namun begitu, ketidakupayaan murid untuk mempelajari sesuatu mata pelajaran termasuklah mata pelajaran Sejarah dengan berkesan dan cekap kini menjadi masalah bagi pendidik yang mengajar. Isu utama dalam proses PdPR subjek Sejarah ini adalah menangani masalah dari segi teknik pengajaran, alat bantu mengajar, dan perspektif guru dan pelajar sepanjang PdPR dijalankan melalui kelas secara atas talian. Murid menyatakan bahawa subjek Sejarah tersebut kurang jelas sebab tidak ada bukti terperinci atau gambaran yang jelas yang mereka dapat di dalam pembelajaran tersebut. Maka, penggunaan video YouTube adalah merupakan salah satu kaedah PdPR yang berkesan dalam sistem pendidikan masa kini. Untuk topik Sejarah tingkatan tiga, medium ini dapat meningkatkan minat murid dan meningkatkan pengetahuan mereka mengenai proses PdPR namun tidak banyak kajian mengenai penggunaan video YouTube dalam PdPR Sejarah dijalankan. Ini disebabkan ada halangan yang menghalang guru Sejarah dalam melaksanakan PdP berdasarkan teknologi maklumat dan komunikasi. Oleh itu, di sebalik kesukaran mengubah sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan sejak sekian lama, teknik penyampaian instruktur atau gaya pembelajaran diubahsuai menggunakan pelbagai cara dengan memanfaatkan teknologi melalui penggunaan video YouTube (Annisa, 2020). Oleh hal demikian, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sejauh mana penggunaan video YouTube dapat menarik minat murid dalam mempelajari mata pelajaran Sejarah tingkatan tiga. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti tahap penerimaan penggunaan video YouTube dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah tingkatan tiga. Di dalam kajian ini, pengkaji menggunakan aras signifikansi nilai p kurang dari 0.05 untuk menguji hipotesis kajian seperti yang berikut: H 1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara minat murid dan tahap penerimaan penggunaan video YouTube dalam pembelajaran Sejarah tingkatan tiga H 2 : Penggunaan video YouTube dalam kalangan murid tingkatan tiga tidak dapat menarik minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran 2. KAJIAN LITERATUR 2.1 Apakah itu YouTube? YouTube telah diasaskan oleh Chad Hurley, Steven Chen dan Jawed Karim pada tahun 2005 (Burgess & Green, 2009). Teknologi media seperti YouTube amat dikenali dalam kalangan masyarakat global. Bukan hanya berkongsikan klip video, video komersial, filem dan lain-lain, malahan YouTube juga digunakan sebagai medium yang berbentuk ilmiah seperti pendidikan, perniagaan dan lain-lain. Pengguna yang melayari
video YouTube melebihi 1 juta orang dengan purata durasi penggunaanya selama 20 minit sehari (AmanzTV, 2012). Menurut Azer (2012), dengan wujudnya laman rangkaian sosial seperti YouTube, ia dapat digunakan oleh masyarakat umum untuk mendapatkan maklumat atau info yang berfaedah dan dapat memberi manfaat kepada pengguna dalam pelbagai format seperti video, animasi dan gambar (Azer, 2012). Menurut Syaida dan Fariza (2016), pendekatan pedagogi yang sesuai melalui penggunaan teknologi, seperti berkongsi bahan rujukan melalui video YouTube, sangat berkesan untuk menjalankan aktiviti PdP di dalam kelas. Oleh itu, pengetahuan dan kemahiran guru dalam mengurus teknologi sangat penting dalam memastikan murid mempunyai persekitaran pembelajaran digital yang mudah dan berkesan. Melalui penggunaan PAK21 dan penggabungan teknologi dalam aktiviti PdP, ini dapat membantu tenaga pengajar dalam membina proses pengajaran yang berkesan (Nur Aqilah & Noor Dayana, 2020). Video dalam pendidikan mempunyai kesan yang baik terhadap proses PdP, terutamanya di bilik darjah (Ndihokubwayo et al., 2020). Ia juga membantu guru dalam memfasilitasi aktiviti pendidikan dengan membenarkan guru mengubah teknik pengajaran agar dapat menarik minat murid dan memberi inspirasi kepada mereka untuk terus belajar (Syamsulaini, 2016). Selain itu, penggunaan video juga dapat memberikan pengetahuan yang lebih baik kepada murid dan pelbagai aktiviti pembelajaran serta teknik untuk meningkatkan pembelajaran murid (Yudianto, 2017). Dalam konteks ini, pembelajaran teknologi media interaktif melalui penggunaan video YouTube adalah rangsangan yang berkesan dan dapat menarik minat murid untuk mempelajari subjek Geografi, kerana pelajar akan lebih aktif dalam kelas dan tidak pasif, dan tumpuan mereka sepanjang aktiviti pembelajaran di kelas berikut mempengaruhi pencapaian ilmiah (Al Zboon et al., 2018). 2.2 Ciri-Ciri Penggunaan Video Pembelajaran yang Berkesan Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Tugas utama bahan adalah untuk membantu guru menyalurkan maklumat dan memajukan aktiviti yang dirancang ke hadapan. Tanpa kehadiran tenaga pengajar, murid menggunakan bahan kursus secara bersendirian atau berkumpulan. Hasilnya, terdapat interaksi antara topik dan pengajar, serta antara subjek dan murid. Berikut adalah ciri-ciri video dokumentari pengajaran yang sangat baik: i. Objektif Apabila pengguna dapat mengakses aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui video tanpa merasa berat sebelah, objektif tersebut akan tercapai. Menurut Abdul Rahim (2000), bahan media harus berkembang seiring dengan teknologi pendidikan, khususnya penggunaan media elektronik di dalam kelas.Tambahan pula, penciptaan bahan PdP memerlukan kesedaran terhadap pelbagai elemen mengikut keupayaan murid. ii. Pendekatan Pengajaran dan pembelajaran Dari perspektif kesan bunyi, visual, animasi, dan warna, penggunaan media pembelajaran membantu peningkatan proses pembelajaran murid. Guru dapat mengatur media dengan mudah yang dapat membantu dalam proses pembelajaran. Latihan yang ditawarkan mencukupi dan berkaitan dengan bahan media. Media dapat meningkatkan aktiviti PdP dengan memberikan daya tarikan yang tinggi kepada murid yang dapat mengelakkan rasa bosan dan membolehkan penyertaan murid yang maksimum. iii. Penggunaan Medium yang digunakan mestilah berpatutan sesuai dengan harga peralatan dan tidak membebankan. Teknologi media pembelajaran dapat ditangani dengan latihan yang bersederhana dan lebih mudah diubasuaikan dari segi penggunaan. Ia mesti sesuai kerana membantu pemahaman
dan selamat digunakan oleh murid. Tambahan pula, media dapat menjimatkan masa di kelas dan membantu murid menyerap konsep dengan lebih mudah dan pantas. iv. Menarik Perhatian Penggunaan grafik mestilah menarik dengan penggunaan warna menarik dan penggunaan animasi menarik. Selain itu, jenis bunyi mestilah sesuai dan menarik. Tambahan pula, penggunaan visual, animasi dan suara mestilah menarik dan jelas didengar. Dalam kajian Rifai (2020), mendapati kefahaman murid berbeza sebelum dan selepas mengikuti kaedah pembelajaran Geografi serta murid lebih berminat dan tertarik melalui kaedah pembelajaran berasaskan penggunaan video kerana wujudkan paparan grafik yang berwarna-warni menarik mereka untuk belajar. Murid sangat bermotivasi dan menunjukkan perubahan tingkah laku positif apabila diberi peluang untuk mengembangkan idea, minat, dan kebolehan dalam pengetahuan Geografi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam menggunakan video YouTube. Begitu juga dalam kajian Rahil Mohd Ghazali dan Harun Baharudin (2016), dapatan soal selidik bagi penggunaan aplikasi YouTube dapat menarik minat murid dalam pembelajaran bahasa Arab. Secara keseluruhan, penggunaan aplikasi YouTube menunjukkan nilai min berada pada tahap yang tinggi terhadap pembelajaran bahasa Arab. Namun begitu, bagi peringkat sekolah menengah kajian penggunaan YouTube sebagai medium utama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran masih kurang terutamanya dalam kajian terperinci dari sudut pembelajaran Geografi Fizikal di peringkat sekolah menengah dalam usaha untuk menambahkan pengetahuan alam sekitar serta meningkatkan pencapaian dan minat murid dalam pembelajaran Geografi (Nasir et al. 2020). Pernyataan ini disokong dalam kajian Haspsara (2016), hasil kajian mendapati bahawa pembelajaran menggunaan video adalah penyelesaian kepada masalah motivasi murid. Antara faktor penyebab peningkatan motivasi tersebut dikaitkan dengan kemudahan pembelajaran menerusi video, keinginan untuk menyoal dan menimbulkan perasaan ingin tahu. Menerusi kajian yang dijalankan oleh Buzzetto-More (2015), didapati penerapan video YouTube dalam pembelajaran dapat meningkatkan penglibatan murid disamping persepsi positif dalam penerimaan medium tersebut bagi meningkatkan pengalaman pembelajaran secara atas talian. Selain itu, kajian daripada Bohloko et al. (2019) menunjukkan skor yang tinggi melebihi 50% dalam menggunakan BBM melalui video YouTube untuk subjek kimia selepas aktiviti PdP berbanding kumpulan kawalan. Oleh itu, murid dapat meningkatkan skor pencapaian dalam ujian serta dapat menerima penggunaan teknologi media seperti klip video yang berbentuk elektronik. Akhirnya, hasil pengajaran yang berkualiti dan berkesan tidak dapat dicapai sepenuhnya melalui kaedah konvensional kerana mata pelajaran ini mempunyai masa yang terhad dengan isi kandungan pelajaran yang banyak (Kurniawan, 2020). 3. METODOLOGI 3.1 Responden Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Sarawak iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri. Responden dalam kajian ini adalah murid berumur 15 tahun yang menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Seramai 51 orang responden telah terlibat di dalam kajian ini. 3.2 Instrumen Kajian Instrumen utama yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah satu set soal selidik terdiri daripada tiga bahagian. Bahagian pertama soal selidik merangkumi soalan mengenai latar belakang responden, manakala bahagian kedua dan ketiga terdiri daripada soalan yang berkaitan dengan kefahaman, minat dan alat bantu mengajar murid. Murid diberi soal selidik setelah proses PdPR menggunakan video YouTube dilaksanakan.
3.3 Prosedur Sebelum kajian dapat dijalankan, beberapa langkah awal perlu diambil oleh pengkaji. Oleh kerana pengkaji tidak dapat pergi ke sekolah tersebut disebabkan pandemik virus Covid-19 yang melanda negara Malaysia, pengkaji mengambil inisiatif untuk meminta kebenaran secara atas talian melalui aplikasi Whatsapp terhadap seorang guru yang menggunakan video YouTube sebagai BBM untuk dijadikan sebagai responden dalam kajian ini. Seterusnya, pengkaji meminta kebenaran kepada guru tersebut yang merupakan guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah untuk menghantar pautan borang soal selidik yang dibuat melalui Google Form kepada responden untuk diisi dan dijawab dan meminta izin menggunakan murid guru tersebut sebagai responden dalam kajian ini Sebelum para murid menjawab soal selidik, responden diberi penjelasan secara terperinci mengenai borang soal selidik tersebut. Proses ini dijalankan untuk mengurangkan kemungkinan salah faham dan ketidakpastian dalam kalangan responden. Responden diberi masa dua minggu untuk melengkapkan soal selidik. 3.4 Analisis Data Penyelidikan ini berdasarkan metodologi kuantitatif. Analisis deskriptif adalah pendekatan kuantitatif yang diterapkan. Tujuan kajian deskriptif adalah untuk mengukur minat dan penerimaan responden terhadap penggunaan video YouTube. Data yang dikumpulkan semasa penyelidikan ini dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Science versi 25 (SPSS v25). 4. DAPATAN KAJIAN 4.1 Statistik Deskriptif Tahap Penggunaan Video YouTube Dapat Menarik Minat Murid Jadual 1 menunjukkan ringkasan statistik deskriptif tahap minat pelajar terhadap penggunaan video YouTube. Pernyataan-pernyataan yang dinyatakan merupakan pernyataan-pernyataan yang positif yang telah dibentuk terhadap penggunaan video YouTube. Skala persepsi yang digunakan adalah mengikut skala likert lima mata, semakin rendah nilai min yang menghala ke angka 1 maka semakin negatif tahap minat murid terhadap penggunaan video YouTube. Hal ini bermaksud ada permasalahan yang timbul dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Hasil kajian menunjukkan bahawa nilai min keseluruhan minat murid untuk menggunakan video YouTube dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah adalah 3.98 iaitu pada tahap yang tinggi. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan kesemua item menunjukkan nilai min yang tinggi. Analisis di dalam jadual 1 jelas menunjukkan bahawa item 4 menunjukkan nilai min yang paling tinggi iaitu sebanyak 4.14 bersamaan dengan sisihan piawai sebanyak 0.917. Hal ini bermakna, responden sangat bersetuju bahawa pengggunaan video YouTube semasa sesi PdPR akan menjadikan sesi pdpr Sejarah lebih menarik berbanding penggunaan buku teks sahaja. Seterusnya, analisis juga menunjukkan item 7 mempunyai nilai min yang paling rendah berbanding nilai min bagi item-item yang lain iaitu sebanyak 3.84 dengan sisihan piawai sebanyak 1.007. Item 7 adalah mengenai penggunaan video Youtube dapat membantu responden untuk mengingati topik dalam mata pelajaran Sejarah dengan mudah. Hal ini menunjukkan bahawa responden mempunyai tahap penerimaan yang sederhana negatif terhadap halangan dan kekangan ilmu pengetahuan dalam menggunakan video YouTube. Sebelum berlakunya pandemik Covid-19 ini, segala aktiviti pembelajaran dan pengajaran dijalankan secara bersemuka. Namun setelah pandemik Covid-19 berleluasa, semuanya aktiviti PdP dijalankan secara atas talian dan digantikan kepada pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR). Selain itu, item 8 dan item 9 mempunyai nilai min yang sama sebanyak 4.00. Item 8 menyatakan bahawa murid lebih senang faham pembelajaran Sejarah jika melihat nota dalam bentuk video YouTube manakala item 9 pula menyatakan bahawa murid tidak suka ponteng kelas mata pelajaran Sejarah. Hal ini
menunjukkan bahawa murid dapat menerima secara positif terhadap kedua-dua item tersebut. Dalam kaedah ini, video YouTube sebagai medium tengah yang membolehkan pelajar dan guru berkomunikasi daripada lokasi yang berbeza untuk menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk seperti teks, grafik, audio dan kombinasi-kombinasi yang lain nya dalam pelbagai bentuk atau mod. Melalui video YouTube boleh digunakan dalam proses pembelajaran dan juga melibatkan pakar di dalam Jadual 1 Statistik Deskriptif Tahap Penggunaan Video YouTube Dapat Menarik Minat Murid Bil. Item Frekuensi (N) (Peratus %) STS (%) TS (%) TP (%) S (%) SS (%) Min Sisihan Piawai 1. Saya suka menghadiri kelas yang diajar dengan berbantukan video YouTube kerana ianya menarik 1 (2%) 3 (5.9%) 10 (19.6%) 26 (51%) 11 (21.6%) 3.84 0.903 2. Saya lebih suka mempelajari topik pembelajaran Sejarah dengan berbantukan video YouTube berbanding menggunakan buku teks sahaja 0 (0%) 3 (5.9%) 7 (13.7%) 21 (41.2%) 20 (39.2%) 4.14 0.872 3. Saya akan mencadangkan kepada rakan agar menggunakan video YouTube dalam mempelajari suatu topik Sejarah 2 (3.9%) 5 (9.8%) 4 (7.8%) 24 (47.1%) 16 (31.4%) 3.92 1.074 4. Penggunaan video YouTube dalam pengajaran Sejarah akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran Sejarah lebih menarik berbanding buku teks 0 (0%) 4 (7.8%) 6 (11.8%) 20 (39.2%) 21 (41.2%) 4.14 0.917 5. Saya lebih suka mempelajari topik baru dalam Sejarah dengan berbantukan video YouTube 1 (2%) 5 (9.8%) 5 (9.8%) 20 (39.2%) 20 (39.2%) 4.04 1.038 6. Saya suka mengulang kaji mata pelajaran Sejarah menggunakan video pembelajaran di channel YouTube 1 (2%) 2 (3.9%) 11 (21.6%) 19 (37.3%) 18 (35.3%) 4.00 0.959 7. Melalui video Youtube agak senang untuk saya mengingat topik dalam mata pelajaran Sejarah dengan mudah 1 (2%) 4 (7.8%) 12 (23.5%) 19 (37.3%) 15 (29.4%) 3.84 1.007 8. Saya lebih senang faham pembelajaran Sejarah jika melihat nota dalam bentuk video YouTube 1 (2%) 3 (5.9%) 9 (17.6%) 21 (41.2%) 17 (33.3%) 3.98 0.969 9. Saya tidak suka ponteng kelas mata pelajaran Sejarah 2 (3.9%) 0 (0%) 11 (21.6%) 20 (39.2%) 18 (35.3%) 4.02 0.969 10. Saya sentiasa bersemangat untuk belajar Sejarah terutamanya melalui video YouTube 2 (3.9%) 3 (5.9%) 6 (11.8%) 24 (47.1%) 16 (31.4%) 3.96 1.019 Jumlah Keseluruhan 3.98 0.972
4.2 Statistik Deskriptif Tahap Penerimaan Penggunaan Video YouTube Terhadap Murid Jadual 2 memaparkan keputusan terhadap statistik deskriptif bagi tahap penerimaan murid untuk penggunaan video YouTube dalam sesi pdpr Sejarah. Pengajaran menggunakan video YouTube membuatkan saya lebih ingin belajar dan berjaya dalam mata pelajaran Sejarah merupakan nilai min yang tertinggi iaitu min 4.14 (S.P .980). Murid dapat menggunakan video YouTube dalam mencari bahan rujukan. Sebagai contoh, bagi memudahkan murid memahami konsep sesuatu subjek, murid boleh mencari maklumat tambahan melalui internet khususnya melalui video YouTube yang lebih berbentuk visual dan pelbagai. YouTube juga adalah satu cara yang lebih murah dan cepat. Murid yang tidak berkemampuan juga boleh mengakses video YouTube. Melalui perancangan rapi oleh pendidik, pelajar boleh mengaplikasikan penggunaan video di YouTube dalam kaedah mengajar dan sumber bahan mereka. Keputusan statistik deskriptif bagi tahap penerimaan murid untuk penggunaan video YouTube juga mempunyai nilai min yang paling rendah berbanding item-item yang lain iaitu item 10 sebanyak 3.73 dengan sisihan piawai sebanyak 0.827. Item 10 menyatakan penggunaan video YouTube mewujudkan persaingan antara pelajar dalam kelas Sejarah. Berdasarkan analisis data yang diperoleh, seramai 20 orang responden kurang pasti dengan pernyataan ini. Hal ini bermakna bahawa tidak wujud persaingan antara murid dalam kelas Sejarah disebabkan penggunaan video YouTube. Namun, ia menjurus kepada tahap penerimaan murid secara peribadi terhadap penggunaan video YouTube. Tahap penggunaan video YouTube berdasarkan kemajuan teknologi digital telah memberi banyak kebaikan terutama dalam bidang pendidikan. Hal ini disebabkan, video YouTube sangat berkesan dalam meningkatkan kefahaman, pencapaian, kreativiti pelajar dan minat pelajar terhadap bidang pendidikan. Jadual 2 Statistik Deskriptif Tahap Penerimaan Penggunaan Video YouTube Terhadap Murid Bil. Item Frekuensi (N) (Peratus %) STS (%) TS (%) TP (%) S (%) SS (%) Min Sisihan Piawai 1. Pengajaran menggunakan video YouTube membuatkan saya lebih ingin belajar dan berjaya dalam mata pelajaran Sejarah 1 (2%) 2 (3.9%) 9 (17.6%) 16 (31.4%) 23 (45.1%) 4.14 0.980 2. Saya suka mengikuti mata pelajaran Sejarah menggunakan video YouTube 0 (0%) 6 (11.8%) 6 (11.8%) 20 (39.2%) 19 (37.3%) 4.02 0.990 3. Penggunaan video YouTube membantu saya mempelajari Sejarah 0 (0%) 4 (7.8%) 7 (13.7%) 25 (49%) 15 (29.4%) 4.00 0.872 4. Setiap pelajar harus tahu menggunakan video YouTube ketika dalam pelajaran Sejarah 0 (31.4%) 3 (5.9%) 6 (11.8%) 26 (51%) 16 (31.4%) 4.08 0.821 5. Penggunaan video YouTube berguna dalam proses pembelajaran 0 (0%) 2 (3.9%) 7 (13.7%) 26 (51%) 16 (31.4%) 4.10 0.781 6. Pembelajaran menggunakan video YouTube amat menyeronokkan, mudah dan menarik saya untuk mengingati topik yang dipelajari dalam Sejarah 0 (0%) 1 (2%) 12 (23.5%) 18 (35.3%) 20 (39.2%) 4.12 0.840
7. Saya dapat meningkatkan penguasaan konsep dalam Sejarah dengan menggunakan video YouTube 0 (0%) 3 (5.9%) 10 (19.6%) 27 (52.9%) 11 (21.6%) 3.90 0.806 8. Pengajaran guru dengan menggunakan video YouTube lebih berkesan 1 (2%) 2 (3.9%) 11 (21.6%) 21 (41.2%) 16 (31.4%) 3.96 0.937 9. Video YouTube menjadikan saya tidak mengantuk dan bosan dalam kelas Sejarah 1 (2%) 4 (7.8%) 9 (17.6%) 16 (31.4%) 21 (41.2%) 4.02 1.049 10. Penggunaan video YouTube mewujudkan persaingan antara pelajar dalam kelas Sejarah 0 (0%) 2 (3.9%) 20 (39.2%) 19 (37.3%) 10 (19.6%) 3.73 0.827 Jumlah Keseluruhan 4.00 0.890 4.3 Pengujian Hipotesis Kajian Analisis kolerasi Pearson “r” telah digunakan untuk menguji hipotesis yang pertama. Manakala kaedah analisis data kuantitatif untuk melihat hasil analisis deskriptif min telah digunakan untuk menguji hipotesis kajian yang kedua. Jadual 3 dan 4 menunjuukan hasil pengujian kedua-dua hipotesis. 4.3.1 Tidak Terdapat Hubungan yang Signifikan di Antara Minat Murid dan Tahap Penerimaan Penggunaan Video YouTube Dalam Pembelajaran Sejarah Tingkatan Tiga Hasil hipotesis dalam Jadual 3, nilai pekali kolerasi Pearson ini adalah r = 0.663 pada tahap 1% adalah signifikan dan keberangkaliannya p = 0.000. Oleh hal yang demikian, nilai ini adalah signifikan dan dapat dirumuskan bahawa minat murid terhadap video YouTube dan tahap penerimaan penggunaan video YouTube dalam kalangan murid adalah mempunyai kolerasi secara positif. Jadual 3 Tidak Terdapat Hubungan Yang Signifikan di Antara Minat Murid dan Tahap Penerimaan Penggunaan Video YouTube Dalam Pembelajaran Sejarah tingkatan tiga Penggunaan Video YouTube Dapat Menarik Minat Murid Tahap Penerimaan Penggunaan Video YouTube Terhadap Murid Penggunaan Video YouTube Dapat Menarik Minat Murid Pearson Correlation 1 .663** Sig.(2-tailed) .000 N 51 51 Tahap Penerimaan Penggunaan Video YouTube Terhadap Murid Pearson Correlation .663** 1 Sig.(2-tailed) .000 N 51 51 **. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
4.3.2 Penggunaan Video YouTube Dalam Kalangan Murid Tingkatan Tiga Tidak Dapat Menarik Minat Murid Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Merujuk kepada jadual 4, nilai p yang diperolehi adalah .000 iaitu kurang daripada 0.05 (p<0.05). Oleh itu, hipotesis null untuk kajian ini ditolak iaitu 2 . Penggunaan video YouTube dalam kalangan minat murid tidak dapat memberikan kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran maka kita akan menerima 2. Hasil kajian ini menyokong bahawa tahap penerimaan penggunaan video YouTube dalam kalangan murid tigkatan tiga bagi mata pelajaran Sejarah dapat memberikan kesan yang positif dalam proses PdPR. Jadual 4 Penggunaan Video YouTube Dalam Kalangan Murid Tingkatan Tiga Tidak Dapat Menarik Minat Murid Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Test Value = 2 t df Sig.(2-tailed) Mean Difference 95% Confidence Interval of the Difference Lower Upper Min Penggunaan Video YouTube Dapat Menarik Minat Murid 6.670 50 .000 .843 .59 1.10 Idea: Sig.(2-tailed) = 0.000 Oleh itu, kita reject 2 dan kita terima 2. 5. KESIMPULAN Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa penggunaan video YouTube sebagai BBM untuk proses PdPR untuk topik Sejarah telah dapat dibuktikan bahawa aplikasi ini berjaya menarik perhatian para murid. Tambahan pula, pemahaman topik Sejarah tingkatan tiga dalam kalangan murid bertambah baik hasil daripada pembelajaran visual ini. Ini kerana teknik pengajaran ini membolehkan pengajar menyatakan bahan pelajaran secara terbuka di samping berperanan sebagai fasilitator kepada murid-murid. Untuk mengelakkan murid menjadi bosan, guru yang berperanan sebagai pendidik harus mempromosikan dan berkongsi idea dengan murid mengenai penggunaan teknologi pendidikan dalam proses pembelajaran yang pelbagai dan menarik. Selanjutnya, kaedah pendekatan pengajaran tidak boleh terbatas pada penggunaan cara tradisional seperti kapur dan bercakap atau menulis di papan putih. Akhir sekali, untuk menjana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berjaya, pengembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam bidang pendidikan mesti dimanfaatkan sepenuhnya sesuai dengan penerapan bahan dalam suatu topik.
RUJUKAN Al Zboun, M. S., Al Ghammaz, S. A. D. & Al Zboun, M. S. (2018). The Impact of the Use of YouTube and Facebook on Students’ Academic Achievement in Geography Course at the University of Jordan for the Bachelor's Degree. Modern Applied Science, 12(3), 164-174. Albahiri, M. H. & Alhaj, A. A. M. (2020). Role of visual element in spoken English discourse: implications for YouTube technology in EFL classrooms. Electronic Library 38(3): 531–544. doi:10.1108/EL-07-2019-0172 AmanzTV (2012). Google: Pengguna Internet harian di Malaysia berjumlah 4.5 juta orang. Kedapatan di http://amanz.my/2012/10/google-pengguna-internet-harian-dimalaysia-berjumlah-4-5-juta-orang/. Akses pada 1 Julai 2013. Annisa (2020). Environmental Education in Grammar Learning Process for Junior High School students by using Multifunctional English Learning Media (MELDe). Journal of Physics: Conference Series 1655(1). doi:10.1088/1742-6596/1655/1/012062 Baharudin, M. A. & Ibrahim, M. A. (2020). Kesediaan pelaksanaan pengajaran abad ke 21 dalam kalangan guru pelatih sejarah ipg zon selatan. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial 2(5): 32–42. Bohloko, M., Makatjane, T.J., George, M. J. & Mokuku, T. (2019). Assessing the Effectiveness of using YouTube Videos in Teaching the Chemistry of Group I and VII Elements in a High School in Lesotho. African Journal of Research in Mathematics, Science and Technology Education 23(1): 75–85. doi:10.1080/18117295.2019.1593610 Burgess, J. & Green, J. 2009. YouTube Digital Media and Society Series. Polity Press. Buzzetto-More, N. (2015). Student Attitudes Towards The Integration Of YouTube In Online, Hybrid, And Web-Assisted Courses: An Examination Of The Impact Of Course Modality On Perception. MERLOT Journal of Online Learning and Teaching, 11(1), 55-73. Hanifah (2020). Penggunaan dan penerimaan bahan bantu mengajar multimedia terhadap keberkesanan pembelajaran Geografi. Malaysian Journal of Society and Space 16(3): 219–234. doi:10.17576/geo-2020-1603-16 Hapsara, G. (2016). The Use of Video to Motivate Students to Learn English: Master Thesis. Kurniawan, E. (2020). A teaching based technology in geography learning. Cypriot Journal of Education 15(4): 61–74. doi:10.18844/cjes.v M.Kom, A. (2020). Pemanfaatan Media Sosial Sebagai Media Pembelajaran Pada Mahasiswa Perguruan Tinggi Di Sumsel. Jurnal Digital Teknologi Informasi 1(2): 64. doi:10.32502/ digital.v1i2.2371 Meyerson, M. (2010). Success secrets of the social media marketing superstars. USA: Entrepreneur Media Inc. Nasir, Hanifah, Mohmadisa, Yazid, Edi & Nursida. (2020). Pembangunan android dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran Geografi : Kajian kes GeoSudut Android development in supporting Geography teaching and learning : A case study of GeoSudut 1(1): 126–138. Ndihokubwayo, K., Uwamahoro, J. & Ndayambaje, I. (2020). Effectiveness of PhET Simulations and YouTube Videos to Improve the Learning of Optics in Rwandan Secondary Schools. African Journal of Research in Mathematics, Science and Technology Education 0(0): 1–13. doi:10.1080/18117295.2020.1818042 Rahil Mohd Ghazali Dan Harun Baharudin (2016). Penggunaan Aplikasi Youtube Dalam Kemahiran Mendengar Bahasa Arab Pelajar. UKM. Rifai, M. H.(2020). Geography Education. Veteran Bangun Nusantara Sukoharjo University Journal of Geography Science and Education 2(1): 27–32. Semrau, P.&Boyer, B.A. (1994). Using interactive video in education.Boston: Allyn and Bacon. Syaida, N. & Fariza. (2016). Penggunaan Aplikasi Web 2.0 dalam. Penggunaan Aplikasi Web 2.0 dalam Pendidikan Abad Ke-21 (January): 0–12. Syamsulaini (2016). Pengajaran berasaskan video dalam pembelajaran berpusatkan pelajar: analisis dan kajian kritikal. Journal of ICT in Education 3(1): 24–33. Tankovska, H. (2021). Statista. Global social networks ranked by number of user 2021. Retrieved from: https://www.statista.com/statistics/272014/global-social-networks ranked-by-number-of-users/ Vizcaya-Moreno, M. F. & Pérez-Cañaveras, R. M. (2020). Social media used and teaching methods preferred by generation z students in the nursing clinical learning environment: A cross-sectional research study. International Journal of Environmental Research and Public Health 17(21): 1–10. doi:10.3390/ijerph17218267 Yudianto, A. (2017). Penerapan Video Sebagai Media Pembelajaran. Seminar Nasional Pendidikan 2017 .234–237