The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bcw60971, 2021-03-24 10:40:47

Tajuk 4EtikaGuru

Tajuk 4EtikaGuru

TAJUK 4 ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN

4.1. Sinopsis

Aspek-aspek perbincangan dalam tajuk 4 ini adalah merangkumi konsep etika dalam
profesion keguruan, etika kerja kementerian pelajaran Malaysia, Kod Etika Penjawat Awam
dan Isu-isu Etika Dalam Profesion Keguruan.

4.2. Hasil Pembelajaran

Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:
1. Menjelaskan konsep etika yang berkaitan dengan bidang pengajian (1.5)
2. Meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan (4.1)
3. Mempamerkan komitmen kepada kecemerlangn, akauntabiliti, integriti,
bertanggungjawab dan empati utnuk melaksanakan tugas.(4.2)
4. Melaksanakan dan memberikan secara profesional dan beretika. (4.4)
5. Mematuhi amalan kerja berdasarkan prinsip etika kerja perkhidmatan awam dan kod
etika keguruan Malaysia.(4.5)
6. Bertanggungjawab terhadap pelajar daripada aspek keselamatan, bimbingan dan
kebajikan dengan tidak mengira bangsa dan agama.(4.3)

4.3. Kerangka konsep tajuk ini

Etika
dalam Profesion

Keguruan

Konsep etika Etika kerja
kementerian
pelajaran Malaysia

Kod etika penjawat
awam

Isu-isu etika
profesion keguruan

56

4.4. KANDUNGAN

4.4.1. Konsep etika

Etika adalah aspek yang berkaitan dengan tingkah laku seseorang yang diterima dan
dipersetujui oleh sekumpulan masyarakat. Etika menggambarkan nilai-nilai baik yang harus
diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat. Tingkah laku yang dikatakan beretika adalah
tingkah laku yang baik, mengandungi nilai-nilai murni dan boleh menjamin kesempurnaan
dan keharmonian hidup individu dalam kumpulannya.

Apakah maksud Kod etika profesional?

Kod etika profesional adalah salah satu 'alat kawalan' sosial yang digunakan sebagai salah
satu panduan dalam mendisiplinkan diri ke arah yang lebih beretika.

Kita juga perlu memahami konsep profesion Ia adalah sesuatu bidang pekerjaan
yang khusus dan dijalankan oleh orang
yang mempunyai kelulusan dan latihan
ikhtisas, bersikap jujur, rajin,
bertanggungjawab dan bermoral tinggi,
mempunyai autonomi dalam tugasnya

serta mematuhi kod etika yang ditetapkan

oleh organisasinya.

Etika merujuk kepada suatu sistem dasar tingkah laku bagi suatu kumpulan masyarakat
atau organisasi. Sistem dasar ini meliputi dan memperihalkan nilai-nilai moral yang baik,
yang buruk, yang betul dan yang salah. Satu bentuk pernyataan yang diguna pakai ini
adalah bertujuan memberi satu petunjuk atau garis panduan kepada ahli-ahli masyarakat
atau organisasi berkenaan.

4.4.2. Objektif Etika

Objektif etika Kementerian Pelajaran Malaysia.
i. Menanamkan sikap positif dan menghapuskan sikap negatif dalam
melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan bagi mempertimbangkan
kualiti kerja

57

ii. Meningkat disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang
kepada pelanggan dan organisasi

iii. Memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada negara.

4.4.4. Prinsip Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia.

Etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia harus difahami, dihayati dan dilaksanakan
berdasarkan prinsip-prinsip berikut.

a) Niat yang betul
b) Perlakuan yang baik
c) Penggerak ke arah kebaikan
d) Memperkotakan apa yang dikata
e) Berdisiplin dan beradab

Sebagai penjawat awam , sesuatu tindakan itu perlulah didasarkan kepada niat kita
yang baik dan betul, bukannya atas sebab perkara lain yang tidak selari dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Misalnya berkerja dan membuat kerja amal untuk
mendapatkan sanjungan dan nama, pangkat dan kedudukan.

Sentiasa bekerja dengan ikhlas dan bertanggungjawab terhadap agama dan negara.
Di samping itu kita penjawat awam harus dapat menyumbang kepada pembangunan negara
dan bidang profesion masing-masing. Dari segi perlakuan yang baik, cara bekerja individu
adalah ke arah mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Oleh
itu sebagai warga Kementerian Pelajaran Malaysia kita perlu menunjukkan penampilan diri,
pertuturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa. Pegawai-pegawai kementerian
pelajaran juga harus menghasilkan kerja berkualiti secara berterusan, memberikan
kepuasan kepada pelanggan. sikap menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil
usaha organisasi. Penjawat awam juga harus menampilkan diri sebagai seorang yang
dinamik, maju, berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan dan
menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawat. Penjawat awam juga harus sentiasa
menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan, sama ada terhadap
diri sendiri atau orang lain, misalnya menepati apa yang dinyatakan dalam piagam
pelanggan

Tujuh nilai utama yang menjadi fokus etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia.
Nilai-nilai tersebut ialah:

58

a) Amanah
Amanah adalah sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa
menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Bagaimana amanah itu dapat dijelmakan.
Contohnya ialah bersikap jujur dan setia kepada organisasi, menyiapkan tugas dalam masa
yang ditetapkan dan tidak menggunakan waktu bekerja di pejabat untuk urusan peribadi.
Penjawat awam juga harus berdisiplin dan menanamkan kepercayaan yang tinggi orang lain
terhadapnya.

b) Benar
Bercakap benar dan menepati janji, Penjawat awam mesti tidak berbohong atau mungkir
janji kerana ini adalah satu amalan yang tidak wajar dan patut dielakkan.

c) Bijaksana
Penjawat awam harus menggunakan pemikiran bijaksana dalam membuat keputusan dan
tindakan yang sesuai. Mereka juga harus mempunyai pemikiran yang rasional dan
pertimbangan yang saksama.

d) Bersyukur
Setiap individu tidak kira pelajar, guru, pemimpin pendidikan mahupun penjawat awam
harus mempunyai perasaan dan perlakuan menghargai pemberian yang diterima.
Berpuashati dengan anugerah dan pemberian yang diterima.

e) Dedikasi
Amalan ini merujuk kepada sikap individu yang rela mengorbankan masa dan tenaga secara
berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti. Misalnya bekerja dengan tekun dan
rajin serta bersikap positif dalam melaksanakan tugas dan memastikan hasil kerja sentiasa
berkualiti.

f) Ikhlas
Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa menekankan nilai ikhlas. Dalam kata lain, ikhlas
bermaksud berhati suci dalam menunaikan tanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang
terbaik tanpa mengharapkan ganjaran.

g) Penyayang
Sekiranya penjawat awam memiliki sifat penyayang hubungan kekeluargaan antara
penjawat awam yang lain akan lebih akrab dan mencetuskan pemuafakatan yang terjalin

59

kukuh. Interaksi yang sihat ini akan menguntungkan semua pihak, kerana sifat-sifat kekitaan
akan terjelma.

4.5. Kod Etika Keguruan

Kod etika profesion keguruan sama seperti profesion yang lain seperti kejuruteraan,
perubatan dan guaman, juga mempunyai kod etikanya. Bagi seseorang guru mereka perlu
mematuhi kod etika ini demi menjaga imej, maruah, status, akhlak dan keperibadian
seseorang guru. Lebih-lebih lagi dalam konteks negara kita Malaysia, imej yang
dipertontonkan oleh seseorang guru perlu boleh diteladani oleh anak-anak muridnya supaya
imej dan maruah guru dapat dimartabatkan dan diletakkan di tempat yang tinggi. Di
Malaysia, “Tatasusila Profesyen Keguruan” yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia, adalah merupakan landasan dan garis panduan untuk setiap guru menjaga imej
profesionnya.

“Kami guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju
ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, taat setia, bertanggungjawab dan
berkebolehan, menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah
pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan
perseorangan dan prinsip-prinsip rukunegara.”
“Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk
mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut
sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf
kesusilaan yang setinggi-tingginya:

4.5.1. Tanggungjawab Terhadap Murid

i. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid kami
daripada hal-hal lain.

ii. Bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor-faktor
jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau
agama.

iii. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai murid kecuali
kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

iv. Membimbing atau mengajar seseorang murid dalam darjah sendiri
atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa
sebaraang bayaran.

60

v. Menunjukkan suatu cara berpakaian , peraturan dan tingkah laku
yang dapat memberikan contoh yang baik kepada murid.

vi. Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas melalui pengajian,
penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan,
mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu
yang setinggi-tingginya.

4.5.2. Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa

i. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak
mereka.

ii. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerja sama yang erat di
antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.

iii. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa
mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka
sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa
kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

iv. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak
mereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa
secara teliti dan bijaksana.

v. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh
kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa murid.

vi. Mengelakkan diri daripda mengeluarkan kata-kata atau melakukan
sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan murid terhadap ibu
bapa atau penjaga mereka.

4.5.3. Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara

i. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh
merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara, ataupun
yang bertentangan dengan Rukun Negara.

ii. Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap murid yang boleh
membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara
yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang
yang lebih tua dan menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan
dan agama.

61

iii. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi
segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa
sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

iv. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu
bapa ,serta institusi pendidikan dengan masyarakat. Memberi
sumbangan untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendiakawanan masyarakat. Berpegang kepada tingkah laku yang
sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami
sehari-hari dengan baik.

4.5.4. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan

i. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau
ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di
hadapan murid atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh
menjatuhkan maruah seseorang guru.

ii. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan
kecekapan kami sebagai guru.

iii. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab
kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan menglaksanannya
sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

iv. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya
mereka yang baru menceburkan diri dalam profesion perguruan.

v. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik
profesion perguruan.

vi. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

4.6. Nilai-Nilai keguruan

Apakah nilai-nilai keguruan yang ada pada guru? Jika diteliti guru adalah pendidik
dan pengasuh kanak-kanak. Guru meminkan peranan yang cukup penting dalam
menyebarkan ilmu kepada anak-anak muridnya. Guru boleh menjadi model kepada anak-
anak muridnya. Oleh itu guru perlu mempunyai sifat dan kualiti peribadi profesional dan
sosial yang baik. Dengan kualiti peribadi yang tinggi guru akan berjaya menjalankan
tugasnya dengan sempurna.

62

Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan manusia
yang sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti peranan dan tanggungjawab
mereka terhadap diri mereka sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Menurut perspektif
agama kedudukan seseorang guru adalah setaraf dan semulia pemimpin negara dan tugas
mendidik ahli masyarakat meruoakan satu ibadah yang dituntut. Dari segi konsep
profesionalisme ia adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang.
Ia perlu wujud dalam diri seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke arah keberkesanan,
produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab.

Profesionalisme pada dasarnya adalah dianggap sebagai nilai yang murni jika individu
mengamalkan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri atau
memilih pekerjaan. Profesionalisme berkait rapat dengan mutu pendidikan dalam beberapa
segi seperti sikap dan nilai guru dalam amalan pengajarannya. Misalnya bagaimana
seseorang guru mempengaruhi sikap, nilai dan minat pelajarnya. Begitu juga dengan
pendekatan dan strategi yang digunakannya turut mempengaruhi tingkah laku, tahap
penerimaan dan kefahaman pelajar. Kualiti pengajarannya juga berkait rapat dengan
keberkesanan dalam menggunakan bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
dengan secukupnya dan secara optimum.

Bandingkan nilai-nilai keguruan dahulu dengan nilai-nilai keguruan pada masa kini.
Bincangkan dalam aspek-aspek manakah nilai-nilai keguruan itu berbeza?
Pada pandangan anda mengapa terjadi demikian? Adakah cara-cara yang pada
pandangan anda boleh dilakukan bagi mengembalikan nilai-nilai keguruan yang
murni dan luhur itu?


 

4.7. Isu-isu etika profesion keguruan

Mengikut Kamus Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan
yang dibincangkan. Jika kita berbincang tentang isu etika guru maka ia merujuk kepada apa
sahaja persoalan yang berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab guru yang berkaitan
pula dengan peraturan, prinsip serta undang-undang yang perlu dipatuhi oleh guru. Jika
guru melanggar etika, maka ada elemen undang-undang yang perlu diselesaikan. Ini
menjadi satu tanggungjawab Kementerian Pelajaran (KPM) amnya dan guru khasnya dalam
melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam mencapai matlamat misi KPM.

63

Guru merupakan penjawat awam. Sebagai penjawat awam , guru mestilah sentiasa
berkelakuan dan bertindak seperti mana yang diperlukan. Hal ini bermaksud, guru mestilah
patuh akan peraturan-peraturan dalam aspek kelakuan dan tatatertib seperti mana yang
terkandung dalam Peraturan Kelakuan dan Tattertib 1993 (Pindaan 2002). Dengan adanya
peraturan-peraturan ini, maka guru akan bertingkah laku seperti yang dikehendaki. Kita
perlu sentiasa bertindak dengan perlakuan yang melambangkan profesionalisme keguruan.
Pada masa yang sama, sebagai penjawat seseorang guru itu perlu mengamalkan nilai dan
etika dalam perkhidmatan awam.

Kawalan tatatertib ini merupakan satu alat pengurusan yang penting bagi
mewujudkan pentadbiran yang cekap dalam melaksanakan segala fungsi serta
tanggungjawab ke arah pencapaian matlamat dan objektif sesebuah jabatan. Matlamat
tatatertib adalah seperti berikut:

v Supaya pegawai awam melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan
bertanggungjawab.

v Supaya pegawai awam meletakkan lepentingan awam lebih daripada kepentingan
mereka sendiri.

v Supaya pegawai awam menjaga imej perkhidmattan awam
v M,enghukum pegawai yang melakukan kesalahan atau melanggar peraturan.

Dapatkan bahan-bahan berkaitan dengan isu-isu salah laku guru
daripada sumber keratan akhbar, majalah, jurnal dan internet, dan
bincangkan isu-isu yang ditemui dalam kelas tutorial.

Contoh isu
• Guru mencabul kehormatan murid atau gangguan seksual oleh guru terhadap murid
(Harian Metro: 22 Julai 2012)
• Guru bergaduh dengan murid
• Guru tidak menggunakan masa dengan betul
• Guru memukul pelajar hingga mati
• Guru berniaga di sekolah
• Guru tidak masuk kelas
• Penyalahgunaan dadah dalam kalangan guru
• Kesantunan guru dari segi komunikasi, berpakaian dan tingkah laku
• Kepedulian guru terhadap kepelbagaian murid, kebajikan dan pendidikan
• Penampilan guru dan kedudukan guru dalam strata pekerjaan

64

• Kerjaya sambilan sebagai memenuhi tuntutan hidup

Rehat sebentar

4.8. Peraturan-peraturan Tatakelakuan dan tatatertib secara umum
Guru ialah penjawat awam yang perlu mematuhi etika penjawat awam. Tatakelakuan

(code of conducts) bagi anggota perkhidmatan awam adalah seperti diperuntukkan di bawah
peraturan 4, Bab D Perintah Am. Antara peraturan tersebut adalah;

Peraturan 4(1): iaitu penjawat awam guru di antaranya ditegah membocorkan rahsia
kerajaan, menentang dasar-dasar kerajaan dan lain-lain lagi.

Peraturan 4(2): tidak boleh membelakangkan tugas demi kepentingan peribadi,
menggunakan pengaruh untuk kepentingan diri, berkelakuan mencemarkan imej diri dan
negara serta lain-lain lagi.

4.9. Tatakelakuan yang ditegah sama sekali atau boleh dibuat dengan kebenaran

Peraturan 4(A): (Gangguan Seksual): tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap
orang lain
Peraturan 5: (pekerjaan luar): tidak boleh terlibat dengan sebarang urusan berkaitan dengan
kerja luar kecuali mendapat kebenaran ketua jabatan setelah mengenalpasti ia tidak
menggangu waktu bekerja.

Peraturan 23: (Ketidakhadiran tanpa cuti): ketidakhadiran tanpa cuti bermaksud seseorang
pegawai tidak hadir untuk apa-apa tempoh masa dan di tempat sepatutnya beliau hadir
untuk tugas rasmi.

4.10. Tindakan tatatertib
Sebagai seorang penjawat amam guru hendaklah metahui peruntukkan peraturan-

peraturan yang termaktub dan pelanggaran mana-mana peruntukkan tersebut boleh
menyebabkan tindakan tatatertib dikenakan. Hukuman yang boleh dikenakan adalah
bergantung kepada jenis pelanggaran tatakelakuan penjawat awam. Hukuman-hukuman
tersebut ialah:

Ø Amaran
Ø Denda
Ø Buang kerja

65

Ø Turun pangkat
Ø Tangguh pergerakkan gaji
Ø Lucut hak emolumen


 
TUGASAN TERARAH:

Sebagai seorang guru dapatkah anda bincangkan dengan pensyarah anda
bagaimanakah isu-isu etika guru ini dapat dicegah dari semasa ke semasa dan
dalam masa yang sama meningkatkan kualiti guru dan yang lebih penting lagi
memartabatkan profesion keguruan


 
PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada
pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.
?


 
RUJUKAN

Choong Lean Keow (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Kumpulan
Budiman

Sdn.Bhd. Kuala Lumpur
Institut Tadbiran Awam Malaysia .(1991). Nilai dan etika dalam perkhidmatan

awam. Kuala Lumpur. INTAN

Kerajaan Malaysia. (2002). Peraturan-peraturan pegawai awam (Kelakuan dan
tatatertib) (Pindaan) 2002.

Ministry of Education Malaysia (2001). Education in Malaysia, Kuala Lumpur.
Noriati A.Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin, Zakiah Noordin (2012).

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Oxford Fajar.
http://www.mpls.k12.mm.us/departmentsCIT2/ethics.htm

66


Click to View FlipBook Version