The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainaamira1006, 2022-01-16 12:50:32

kajian geografi tingatan 3

kajian geografi tingkatan 3

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID, 05050 ALOR SETAR,

KEDAH DARUL AMAN

TAJUK:
KAJIAN TENTANG GUNA TANAH (PERTANIAN) DI KAMPUNG

PIDA 7, AYER HITAM, KEDAH

NAMA : Tuan Pah Nur Aina Amira Binti Sharif Shah

Bani

NO IC : 061011-02-0306

TINGKATAN : 3 Sakinah

NAMA GURU : Puan Arhamni Binti Robian

TARIKH HANTAR : 17 Januari 2022

SENARAI KANDUNGAN Muka
Surat
Bil Perkara
1
1. Tajuk Kajian 2
2. Senarai kandungan 3
3. Penghargaan 4
4. Pendahuluan 5
5. Objektif kajian 6
6. Kawasan kajian 7
7. Kaedah kajian
8. Dapatan kajian 8

1. Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar tentang latar 9
belakang kawasan kajian
10
2. Melukis dan mentafsirkan peta lakar yang menunjukkan taburan guna
tanah di kawasan kajian 11

3. Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan 11
menghuraikan satu faktor yang mempengaruhi guna tanah berkenaan
12
4. Mengenal pasti dan menghuraikan tiga kesan guna tanah tersebut 13
terhadap alam sekitar di kawasan kajian. 14

5. Memberi tiga cadangan dan pendapat terhadap usaha-usaha untuk
mengatasi kesan guna tanah tersebut.

9. Rumusan
10. Lampiran
11. Rujukan

PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Zaiton Binti Ismail selaku pengetua
Maktab Mahmud Alor Setar kerana telah memberi keizinan kepada saya untuk menggunakan
segala peralatan dan kemudahan yang diperlukan bagi melaksanakan tugasan ini.

Tidak ketinggalan guru mata pelajaran Geografi saya, Puan Arhamni Binti Robian atas segala
bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang amat berguna serta telah banyak menolong
saya dan rakan-rakan sekelas saya bagi menyempurnakan tugasan ini.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa saya iaitu Encik Sharif
Shah Bani Bin Sharif Hamid dan Puan Siti Aishah Binti Ramli yang telah banyak memberi
sokongan moral dan dorongan kepada saya serta sudi mengorbankan masa mereka untuk
menolong saya mengumpulkan maklumat-maklumat tentang kajian guna tanah yang saya kaji.

Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada rakan-rakan sekelas saya kerana
telah memberi saya banyak pendapat dan idea.

PENDAHULUAN

Instrumen pelbagai dijalankan bagi memenuhi syarat yang ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia bagi subjek Geografi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Saya
merupakan salah seorang pelajar Tingkatan 3 di Maktab Mahmud Alor Setar.

Saya telah memilih tajuk kajian Kajian Guna Tanah (Pertanian) di Kampung Pida 7, Ayer Hitam,
Kedah.

Tujuan saya memilih kawasan Kampung Pida 7, Ayer Hitam, Kedah ini adalah kerana kawasan
ini merupakan kampung halaman saya. Ekoran itu, kawasan ini memudahkan lagi saya
menjalankan kajian ini.

Tempoh kajian yang diberikan kepada saya serta rakan seperjuangan saya yang lain telah
dimanfaat dengan sebaiknya untuk mengumpulkan maklumat bagi menyiapkan kajian tentang
guna tanah ini..

Saya telah mendapatkan maklumat terkini tentang latarbelakang kawasan kajian dengan tepat
disamping mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan
faktor yang mempengaruhi guna tanah tersebut serta mengenal pasti dan menghuraikan kesan
guna tanah tersebut terhadap alam sekitar yang telah dikaji daripada ibu bapa saya dan melayari
internet.

Selain itu, saya turut mendapatkan cadangan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah
tersebut daripada mereka.

Kesemua mereka telah memberi kerjasama yang baik kepada saya. Kerjasama yang diberi telah
dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja bagi melengkapkan kajian tentang guna tanah
di kawasan saya ini. Semua data dan maklumat yang dipilih telah direkod.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak tugasan kajian peta melalui
aspek dan perkara-perkara seperti berikut:
(a) Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar tentang latar belakang kawasan kajian.
(b) Melukis dan mentafsirkan peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan
kajian.
(c) Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan satu faktor
yang mempengaruhi guna tanah berkenaan.
(d) Mengenal pasti dan menghuraikan tiga kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar di
kawasan kajian.
(e) Memberi tiga cadangan dan pendapat terhadap usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna
tanah tersebut.

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah di Ayer Hitam, Kedah.
Negeri Kedah Darul Aman mempunyai 11 buah daerah. Kubang Pasu merupakan salah satu
daripada 11 buah daerah tersebut. Terdapat 20 buah mukim dalam daerah Kubang Pasu. Salah
sebuah mukim yang terdapat dalam Daerah Kubang Pasu adalah Ayer Hitam.
Ayer Hitam adalah salah sebuah mukim yang sangat terkenal dan menjadi tumpuan penduduk.
Kawasan Ayer Hitam ini adalah sebuah kawasan pertanian.
Secara keselurahannya, guna tanah di Ayer Hitam adalah lebih kepada kegiatan pertanian.
Kebanyakan kawasan telah dibangunkan untuk tujuan ekonomi. Kegiatan ekonomi ini adalah
sangat penting kerana ia menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Antara kawasan pertanian yang terdapat di Ayer Hitam ialah kawasan kajian yang saya pilih iaitu
Kampung Pida 7, Ayer Hitam, Kedah.

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan pelbagai kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat serta
data secara terperinci dan bersistematik. Antaranya seperti berikut:
a)Kaedah Pemerhatian dan Tinjauan
Saya telah membuat pemerhatian dan tinjauan di kawasan kajian bagi mengenalpasti guna tanah
pertanian yang terdapat di kawasan kajian. Maklumat yang diperolehi itu membantu saya untuk
melukis dan mentafsir peta lakar guna tanah.
b)Internet
Internet adalah satu gerbang limpahan pelbagai sumber bagi mendapatkan maklumat. Saya turut
dapat memuat-turun bahan berkaitan kajian ini untuk dijadikan rujukan tambahan.
c)Bimbingan Guru
Tanpa bimbingan guru, sudah tentu saya tidak akan berjaya melaksanakan tugasan kajian yang
telah diberikan. Justeru, saya mendapat bimbingan dari guru saya iaitu Puan Arhamni Binti
Robian.

DAPATAN KAJIAN

LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN
Negeri Kedah Darul Aman mempunyai 11 buah daerah. Kubang Pasu merupakan salah satu
daripada 11 buah daerah tersebut. Terdapat 20 buah mukim dalam daerah Kubang Pasu. Salah
sebuah mukim yang terdapat dalam Daerah Kubang Pasu adalah Ayer Hitam.
Ayer Hitam adalah salah sebuah mukim yang sangat terkenal dan menjadi tumpuan penduduk.
Kawasan Ayer Hitam ini adalah sebuah kawasan pertanian.
Pekan Ayer Hitam merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Kedah. Kedah
dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa
mukim
Pekan Ayer Hitam merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negara Kedah di bawah
daerah Kubang Pasu, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam
pentadbiran Daerah Kubang Pasu.

PETA LAKAR YANG MENUNJUKKAN TABURAN GUNA TANAH DI KAWASAN KAJIAN

MENTAFSIR PETA LAKAR YANG MENUNJUKKAN TABURAN GUNA TANAH DI KAWASAN
KAJIAN

Peta lakar menunjukkan kawasan Ayer Hitam, Kedah dan kawasan sekitarnya yang memunyai
tanah pamah yang luas dan rata. Berdasarkan peta lakar terdapat sebatang sungai yang memberi
manfaat kepada kegiatan utama penduduk di sekitarnya. Dengan adanya kawasan tanah pamah
yang rata dan luas memblehkan aktiviti penanaman padi dijalankan. Berdasarkan peta juga,
hampir keseluruhan peta dipenuhi kawasan penanaman padi. Selain itu, terdapat satu jenis tanah
yang dapat dikenalpasti di kawasan kajian, iaitu tanah laterit. Tanah ini dapat menampung air
yang banyak dan dapat memastikan kesuburan tumbuhan yang memerlukan air yang banyak
seperti padi. Padi memerlukan air bertakung mengikut peringkat pertumbuhannya. Dengan itu,
kebanyakkan penduduk setempat bekerja sebagai pesawah. Petempatan di kawasan ini menjadi
perhatian kerana mempunyai kemudahan seperti balai plis, masjid, pejabat daerah dan sekolah.
Jalan raya pula menjadi jalan keluar dan masuk bagi penduduk di sini.

JENIS GUNA TANAH UTAMA DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI GUNA TANAH
BERKENAAN
Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan, saya dapati satu jenis guna tanah utama di Ayer
Hitam, Kedah ialah pertanian. Pertanian utama penduduk di situ ialah penanaman padi.
Antara faktor yang menjadi penetu guna tanah di kawasan ini ialah bentuk muka bumi. Jenis
tanah pamah di kawasan ini sesuai ditanam padi. Selain itu, jenis tanah mempengaruhi jenis
tanaman yang diusahakan. Contohnya, tanah alluvium sesuai untuk penanaman padi sawah.
Akhir sekali, Malaysia yang mengalami iklim khatulistiwa iaitu kawasan panas dan berhujan
menyebabkan tanaman seperti padi sesuai ditanam dikebanyakkan tempat.

KESAN GUNA TANAH TERSEBUT KEPADA ALAM SEKITAR

Antara kesan utama guna tanah bagi tujuan pertanian kepada alam sekitar ialah pencemaran
udara yang akan menyebabkan berlakunya fenomena jerebu. Pecemaran udara dan jerebu
melibatkan pembakaran terbuka untuk penyediaan tapak pertanian. Ianya juga boleh berlaku
akibat pembakaran jerami padi. Kejadian ini akan meningkatkan bacaan IPU di sesuatu kawasan.

Selain itu, aktiviti pertanian juga akan menyebabkan berlakunya pencemaran air, tanah dan
udara. Ini disebabkan oleh penyemburan racun serangga dan penggunaan bahan kimia. Racun
serangga dan baja kimia menyebabkan pencemaran air yang sekaligus mengancam hidupan
akuatik.

Akhir sekali, penggunaan jentera penuai dan jentera pembajak yang digunakan oleh pesawah
menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi. Aktiviti penduduk setempat terganggu akibat bunyi
kuat yang dihasilkan oleh jentera penuai dan jentera pembajak semasa digunakan.

USAHA-USAHA UNTUK MENGATASI KESAN GUNA TANAH TERSEBUT

Terdapat banyak usaha yang dapat dilakukan bagi mengatasi kesan guna tanah pertanian
tersebut. Antara langkah yang dapat diambil ialah menggunakan kaedah kawalan biologi. Tikus
merupakan salah satu masalah yang sering di hadapi oleh para petani. Kebiasaannya para petani
akan menggunakan racun serangga yang berlebihan untuk membunuh tikus-tikus tersebut.
Pengunaan racun serangga tersebut akan menyebabkan berlakunya pencemaran. Namun,
terdapat cara yang lebih selamat dan mesra alam, iaitu menggunakan burung hantu sebagai
pemangsa semula jadi.

Selain itu, penguatkuasaan undang-undang ole pihak kerajaan uga dapat mengatasi kesan guna
tanah ini. Pencemaran bunyi yang dihasilkan oleh jentera penuai dan jentera pembajak yang
digunakan oleh petani untuk menuai padi sering mengganggu aktiviti penduduk sekeliling. Pihak
kerajaan boleh menggubal undang-undang supaya penggunaan jentera penuai dan jentera
pembajak hanya terhad pada waktu siang sahaja supaya dapat mengatasi rasa kurang senang
penduduk sekeliling.

Akhir sekali, penggunaan baja racun serangga yang berlebihan telah menyebabkan keasidan
tanah di kawasan pertanian meningkat. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah
dengan menggunakan kapur mati. Kapur mati dapat mengurangkan keasidan tanah dan
seterusnya mengembalikan keneutralan tanah.

RUMUSAN

Sepanjang menjalankan kajian guna tanah di kawasan Ayer Hitam, Kedah ini apa yang dapat
saya simpulkan adalah kepelbagaian guna tanah dalam negara kita, Malaysia yang telah
mendatangkan pelbagai kesan yang baik dan buruk. Kesan baik yang dapat dirungkaikan
daripada guna tanah ini ialah secara jelasnya dapat menjana pendapatan penduduk yang
menetap di Ayer Hitam, Kedah. Dengan adanya tanaman padi sawah di kawasan Ayer Hitam,
Kedah ini sekaligus dapat memberi peluang kepada penduduknya untuk mencari rezeki. Selain
itu, impak daripada itu juga dapat memenuhi keperluan mereka. Disebalik itu, ada sesuatu yang
pasti serta perlu dilakukan untuk membuat perancangan terhadap sesuatu pembangunan. Ianya
akan memberikan kesan yang buruk seperti yang telah dijelaskan di atas. Seharusnya, manusia
itu tidaklah menjadikan dirinya seorang yang terlalu tamak untuk mengejar kemajuan tanpa
memikirkan sesuatu kesan yang buruk yang akan terjadi terhadap alam sekitar.
Selain daripada itu, apa yang telah saya pelajari daripada hasil kajian ini adalah bagaimana cara-
cara untuk mengumpul data dan maklumat untuk menjadikan ia sesuatu maklumat yang berguna.
Bagi saya ianya adalah sesuatu pengalaman yang sangat berharga bagi saya untuk digunakan
pada masa akan datang.
Saya juga dapat mengetahui dengan lebih mendalam bagi keadaan tempat tinggal saya di
Malaysia secara umum dan jenis guna tanah yang ada di kawasan Ayer Hitam, Kedah tersebut.
Tambahan pula, saya juga dapat mempelajari cara untuk menjaga alam sekitar dan menanam
semangat dalam diri untuk lebih cintakan alam sekitar. Saya juga dapat mempelajari tentang
faktor yang dapat menyebabkan alam sekitar itu daripada tercemar. Oleh yang demikian, saya
akan mengaplikasikan konsep serta teori yang telah dipelajari untuk diguna pakai ke dalam
kehidupan seharian serta masa depan saya selepas ini.

LAMPIRAN

RUJUKAN

INTERNET
https://www.permohonan.my/kesan-guna-tanah-terhadap-alam-sekitar/
https://www.permohonan.my/faktor-yang-mempengaruhi-guna-tanah-di-kawasan-kajian/
https://www.gcarian.com/geografi-pt3-2018/


Click to View FlipBook Version