The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Peranan DBP dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haziqhazazimahathir, 2023-09-12 00:54:37

Peranan DBP dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

Peranan DBP dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

PERANAN DBP DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU HAZIQ HAZAZI (BM2)


Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 untuk menggerak dan memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan negara tersebut selaku bahasa rasmi dan bahasa ilmu. APA ITU DBP?


Dewan Bahasa dan Pustaka telah berusaha dan memainkan peranan yang sangat penting bagi memperkaya bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu supaya lebih banyak perkataan daripada Bahasa Melayu dihasilkan di dalam bidang-bidang yang pesat berkembang sperti bidang sains dan teknologi. Memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi 1


DBP menggiatkan program dari semasa ke semasa iaitu Minggu Penulis Remaja dengan motif melahirkan dan memupuk penulis muda. Program ini juga bertujuan melahirkan pewaris ilmu kesusasteraan pada masa depan. Dalam usaha memperkasakan ilmu kesusasteraan ini, DBP sekali lagi menggunakan kaedah penganugerahan bagi menggalakkan sasterawan-sasterawan menceburi bidang ini. Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan 2


Banyak Jawatankuasa Istilah (JKI) telah ditubuhkan oleh DBP dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam untuk mengumpul, membentuk dan menyebar luas istilah bahasa Melayu dalam bidang sains asas dan sains gunaan. Perubahan ini menyaksikan perancangan korpus bahasa Melayu berkembang dengan cepat sekali. Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilahistilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan 3


Bidang yang dimaksudkan ialah bidang pentadbiran negara, bidang pengajian tinggi, dan dalam kegiatan yang maju serta kompleks seperti kegiatan intelektual, kegiatan kebudayaan, ekonomi dan perdagangan. Masalah yang timbul ialah terdapat golongan yang berpandangan bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa yang maju dan bersifat saintifik. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang cekap dan berkesan dalam semua bidang 4


DBP perlu memainkan peranan yang sangat penting untuk mengatasi masalah yang telah berleluasa hingga ke hari ini seperti mewujudkan buku-buku dan risalah-risalah dan akhbarakhbar yang menggunakan dan memperbetulkan penggunaan Bahasa Melayu yang tidak betul di kalangan rakyat Malaysia. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul 5


Terima Kasih


Click to View FlipBook Version