The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Alya, 2023-06-21 10:45:32

1000007487

1000007487

KEARIFAN tempatan KERIS - WAU - BENDANG - WAYANG KULIT SADN1033 VOL.07


SHADIATUL DHIA DAYANA BINTI KHAIRUDDIN NUR SYAZA SYAHIRAH BINTI MAT DAUD NURUL IZZATI RAMLI BINTI KHASMAN NUR AINA NADIA BINTI KAMARUDIN NUR AISYAH BINTI SALAMAT MUHAMMAD KHAIRUL IZZAT BIN KHAIRULNIZAMRY HARIS NUQMAN BIN NORYUSRAN NUR ALYA FATIN BINTI BADRULHISHAM NURAQILAH BALQIS BINTI ZAMRAN NUR FATIN WAHIDA BINTI RAMLAN


SEJARAH WAU PENGENALAN ASAL USUL KERIS PADI SAWAH PUNCA KEARIFAN TEMPATAN KURANG DIBERI PERHATIAN PADA ZAMAN KINI WAYANG KULIT TEMPATAN Isi Kandungan RUJUKAN 2 4 8 12 20 25 28


ASAL USUL KERIS NAMA KERIS DIPERSETUJUI BERASAL DARI SUKU KATA“KERIK" DIMANA IA MERUPAKAN DIALEK DARIPADA “MALANG KERIK ” IAITU BAHASA JAWA KUNO BERMAKSUD KEPADA SENJATA PERTAMA YANG KELIHATAN SEPERTI ORANG. PENCIPTAAN KERIS ASALNYA DI JAWA DAN KEMUDIANNYA BERLUAS KE SELURUH PELUSUK NUSANTARA. KERIS MERUPAKAN SEJENIS SENJATA PENDEK, AUSTRONESIA YANG DIGUNAKAN SEJAK 600 TAHUN DAHULU. KERIS Gambar berikut ialah replika patung yang menunjukkan seorang pemuda yang sedang memegang keris Ukiran tersebut dipercayai gambaran pada 600 tahun yang lalu


SEJARAH KISAH KERIS Kisah apabila seorang Laksamana bernama Hang Tuah, beliau adalah orang yang sangat penting di Melaka, yang diperintah oleh Sultan. Hang Tuah terkenal kerana melawan orang jahat dan menjaga keamanan Melaka. Dia memiliki pedang khusus yang disebut keris Tamingsari. Dikatakan keris itu sangat kuat. Di mana raja dan sultan mengiktiraf keris ini sangat penting dan memberi maksud hal-hal seperti kuat, berani, dan terhormat dalam budaya Malaysia. Dalam tarian dan lakon, keris digunakan untuk menunjukkan bahwa seorang tokoh sangat penting dan istimewa.. Sejarah Kisah Laksamana Hang Tuah dan keris Tamingsari, serta bagaimana orang menggunakan keris dalam drama dan filem, menunjukkan betapa istimewa dan pentingnya keris bagi budaya dan masyarakat Melayu. KEGUNAAN KERIS Mempertahankan diri (contoh: sewaktu bersilat)) Alat kebesaran diraja Lambang kedaulatan orang melayu Lambang kekuatan, kedaulatan dan keagungan sesebuah kerajaan dan bangsa melayu Lambang kepada ketamadunan satu-satunya bangsa Pelengkap kepada pakaian adat istiadat orang melayu Artifak dalam budaya masyarakat melayu


KERIS (ANAK) ALANG Bilah keris ini adalah bersaiz sederhana. JENISJENIS KERIS "Keris dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu Keris Khas dan Keris Umum." EDISI KERIS UMUM KERIS (HULU) PEKAKA Keris yang berasal dari Patani( bilah di hulunya menyamai kepala burung pekaka). KERIS BERAPIT Sarung kerisnya bersalut dengan dawai emas atau perak. KERIS CERITA Keris yang bilahnya mempunyai keluk sebanyak sembilan atau lebih. KERIS HARUBI / KERIS MERUBI / KERIS BAWANG SEBONGKOL Keris yang disaluti emas (khas bagi raja-raja) KERIS KALAMISANI Keris berasal dari Jawa (sifatnya lurus,lebar dan berkeluk-keluk di pangkalnya) KERIS MELELA Keris yang bersifat tidak pelamor. KERIS PANJANG Dibahasakan sebagai alang, penyalang, terabas & terapang serta terdiri daripada tradisi setiap negerinegeri yang beraja iaitu Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. •KERIS HUKUM / LAMBANG PERUNDANGAN: DALAM MENGEKALKAN KEAMANAN, KEDAULATAN, DAN KESELAMATAN NEGARA ATAU NEGERI. Bilahnya berupa panjang dan tirus, Ada yang bengkang benkok dan ada juga yang lurus.


JENISJENIS KERIS EDISI KERIS KHAS Keris Semenanjung Adalah asas kepada segala bentuknya keris yang bertapak daripada Tanah Melayu. Sebilah keris yang bersrungkan kayu & berhulu.Ekor lipasnya juga diekstrak daripada kayu. Keris ini berciri mata lebar lurus. Panjangnya adalah 53cm. Keris Bugis Ia mempunyai kepala dan ekor yang diperbuat daripada gading atau kayu, dan ia kelihatan seperti sampir dari Semenanjung, tetapi ia lebih tajam dan lebih bulat. Keris Jawa diketahui berlandaskan rupabentuk bahagian hulu dan sarungnya, terutama di bahagian sampirnya. Hulu keris ini kebiasanya dibuat daripada kayu serta hujungnya berbentuk bengkok dan kadang kala ia menyerupai rupa bentuk Jawa Demam. Di samping itu, sebentuk cincin hulu keris dimana ia disempurnakan dengan disarungkan pada bahagian bawah pendongkok dan diketahui sebagai 'selut'. Bahagian sarung keris ini pula, ukuran pada batangnyatirus tetapi tidak berbentuk lebar malahan berbentuk bulat di bahagian pangkalnya. Keris Bali Hulu keris ini diambil daripada gading atau kayu dan kerap dihiasi dengan aturan permata alangtuk yang berwarna-warni. Sarung keris ini direka daripada dua belah kayu yang dicantumkan. Hulunya diperbuat daripada gading dan sarungnya adalah dibuat dari kayu yang diukir berupa perahu yang berkepala & terdapat wajah naga pada bahagian sampirnya. Keris Madura Reka bentuk hulu yang diukiri bermotifkan bunga dimana ia diekstrek daripada gading. Mata kerisnya kebiasanya berkilat dan mempunyai corak warna putih kelabu dan bertemakan tanah berwarna kehitaman pada pamor.


Perkataan "wau" ini diinspirasikan oleh perkataan Kerajaan Melayu Pattani (Thailand) . Kemudian , negeri-negeri seperti Kelatan , Terengganu , Perlis dan Kedah turut menggunakan perkataan "wau" ini sehingga kini . Wau secara lazimnya adalah permainan layang layang yang hanya dikenali sebagai wau dan mempunyai reka bentuk nya yang tersendiri yang dapat menarik perhatian orang ramai . Kemunculan nama ini juga dapat dikaitkan dengan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau . Apabila wau diterbangkan , daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi " wau " secara berirama . Keunikan bentuk dan bunyinya itu telah menjadikan wau sebagai permainan tradisional kini . Permainan wau ini kebiasaannya dimainkan pada waktu petang di tempat yang lapang seperti padang dan juga tepi pantai . Permainan ini diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur , meskipun kanak kanak mahupun dewasa . Permainan ini juga sering dijadikan sebagai pertandingan di kampung kampung , kebiasannya ia akan dinilai mengikut keindahan rupa bentuk , corak , ciptaan , warna yang didominasikan , keaslian ciptaan dan ukurannya . Wau yang paling dikenali di Malaysia adalah wau bulan . Kepopularannya didominasi oleh rakyat pantai timur di semenanjung Wau bulan yang terawal dikatakan muncul sejak zaman kerajaan Srivijaya . Mengikut lagenda , Dewa Muda yang merupakan seorang putera yang pertama memainkan wau bulan ini . Corak bunga dan daun yang dihasilkan oleh Dewa Muda dikatakan seumpama peta daerah yang telah dikuasainya sejarah kewujudan WAU asal usul nama " WAU " kewujudan WAU


JENIS JENIS WAU Terdapat 15 jenis wau yang ada di Malaysia dan masing-masing mempunyai keunikan dan cirinya masing-masing.


CIRI-CIRI WAU Wau bulan adalah wau paling popular di Malaysia.Pada bahagian hadapan ia menyerupai bulan sabit dan separa bulatan pada bahagian ekornya.Saiz wau ini lebih besar dibandingkan dengan yang lain untuk lebih menampakkan coraknya dengan jelas. Wau Kucing menyerupai duduk seekor kucing dari belakang, bermula dengan badan, kepala dan ekor. Untuk wau Kucing, biasanya ada busur atau degung di atasnya. Wau Merak popular dikalangan keturunan Bugis di Malaysia.Wau ini mempunyai rupa bentuk yang seakan-akan rupa burung merak , dan tidak mempunyai spesifik saiznya . Cara penghasilannya agak bebas mengikut kekreatifan penciptanya dan mempunyai ekor yang agak panjang untuk membezakannya dengan wau helang . Wau Kangkang pula adalah popular di Kelantan. Bentuknya sama seperti wau jala budi cuma memiliki corak ekor yang mencapah. Wau seri bulan telah dimainkan secara turun-temurun di Perak. Wau ini kelihatan sedikit sama seperti wau bulan yang dimainkan di negeri Kelantan. Wau Helang popular di Perlis dan merupakan wau rasmi Perlis.Rupa wau ini sama dengan wau merak tetapi ia tidak mempunyai ekor yang panjang.Wau ini kebiasaanya dipasangkan busur di bahagian atas layang layang untuk menghasilkan buyi yang berdengung apabila angin meniup tali yang diikat pada layang-layang itu . Hiasan yang ada pada wau ini sudah tentu mempunyai rupa bentuk seakan burung helang selari dengan namanya itu .


Wau jala budi popular di negeri Kedah dan dan diberi nama "jala budi" kerana bentuknya yang seakan-akan menyerupai daun budi manakala jala pula dari kerangka ekornya itu . Wau Dodo Helang merupakan wau yang populor di tanah air Terengganu . Ianya ini mempunyai reka bentuk dan rupa yang sama seakan wau helang namun yang membezakannya adalah hiasan pada dada layang - layangnya sahaja . Wau ini dapat diketogorikan dalam wau burung . Wau Puyuh ialah wau yang paling terkenal di sekitar negeri Kelantan . Wau ini bentuknya yang mirip sama seperti wau bulan , hanya corak ekornya yang lebih melengkung membuatkannya berbeza dengan wau bulan . Wau ini telah dimainkan sejak turun temurun lamanya oleh nenek moyang kita . Wau kapal merupakan wau yang paling populor di negeri Selangor . Penghasilan wau kapal ini sangatlah rumit dan mempunyai keunikan dan keistimewanyabyang tersendiri berbanding wau kapal moden . Wau ini menggunakan teknik telepuk serta tebuk dan tampal yang dikatakan muncul sejak 300 tahun dahulu lagi .Ia menggunakan banyak kepingan kertas warna dan diukir bunga bungaan kecil dan diterbuk lalu digabung diatas sebuah wau . Wau kapal moden pula lebih mudah dihasilkan jika dibandingkan dengan wau kapal biasa kerana cara hasilannya tiada motif hiasan seni tradisional .


Pada awalnya , wayang kulit ini merupakan satu teater yang merupakan teater tradisional.Teater tradisional wayang kulit ini menggunakan cahaya dan juga bayang-bayang.Bayang-bayang ini berasal daripada patung-patung kulit yang terdiri dari pelbagai watak methologi dan khayalan yang dikisahkan sebenarnya dilarikan oleh seseorang yang dinamakan Dalang.Persembahan teater tradisional wayang kulit ini biasanya akan diiringi oleh kumpulan muzik gamelan atau paluan dan juga alat tiupan iaitu serunai atau alat bertali iaitu rebab. Persembahan wayang kulit ini akan dipersembahan semasa upacara atau perayaan yang tertentu sahaja. Terdapat pelbagai istilah wayang kulit ini salah satunya istilah wayang dari segi Bahasa Melayu adalah ia merupakan satu bayang yang akan bergerak ke sana dan ke mari.Di samping itu,dalam persembahan wayang ini akan mempunyai seorang yang akan mengetuai persembahan ini iaitu digelarkan sebagai "Dalang". Persoalannya apakah itu dalang ? Dalang merupakan orang yang akan mengetuai persembahan wayang kulit tersebut tetapi dalang ini akan duduk di belakang tabir dan memainkan watak-watak patung tersebut.Tambahan lagi,persembahan wayang ini akan dipersembahan di atas panggung.Panggung ini pula dimaksudkan dengan tempat yang berbumbung disekelilingnya tertutup dan hanya digunakan untuk pertunjukan wayang ini.Wayang kulit ini bukan sahaja hanya terdapat di Jawa dan Malaysia , malah wayang kulit ini juga terdapat d Kemboja,Bali dan China.Di Thailand juga mereka mempersembahan wayang kulit ini tetapi ia dikenali sebagai Nang Yai,Kemboja pula dipanggil dengan nama Nang Sbek manakala Jawa merupakan Wayang Purwa. Wayang kulit Melayu ini diwujudkan dari Tanah Jawa ke Kemboja oleh seseorang putera raja yang berasal daripada Kemboja.Putera ini digelarkan dengan Jaya Verman II.Persemabahan wayang kulit ini mampu menarik perhatian dan minat Jaya Verman II ini. PANGGUNG WAYANG


Seniman pertama yang menerima Anugerah Seniman Negara adalah Hamzah Awang Amat atau dikenali sebagai Pak Hamzah. Beliau berasal daripada Kampung Kebabat, Kelantan pada tanggal tahun 1940. Beliau telah mula menarik minat terhadap wayang kulit ini semenjak usianya belasan tahun lagi. Di sekitar kampung beliau dahulu, Beliau tertarik akan persembahan wayang kulit ini melalui pemerhatiannya sendiri semasa wayang kulit ini dipersembahankan. Beliau bukan hanya merupakan pemain wayang kulit malah juga pembuat alat persembahan wayang kulit ini sendiri , dan disebabkan kehebatan keseniannya ini beliau mampu mengangkat seni wayang kulit beliau ke peringkat antarabangsa.Tambahan lagi,beliau juga merupakan seorang pengajar di institut pengajian tinggi yang mengajar seni muzik wayang kulit Kelantan. https://youtu.be/s_2ld09JRW4


JENIS JENIS WAYANG KULIT WAYANG KULIT KELANTAN WAYANG KULIT MELAYU WAYANG KULIT GEDEK WAYANG KULIT PURWO


WAYANG KULIT KELANTAN Pada zaman dahulu,wayang kulit ini dikenali sebagai Wayang Kulit Siam disebabkan pemerintahan Melayu-Kelantan berasal dari Patana iaitu di Negeri Siam.Akan tetapi,semua orang mempercayai bahayawayangkulitiniberasaldari Kemboja cuma iainya dibawa masuk ke dalam negeri Kelantan melalui Patani dan menyebabkan ianya terluas di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ceritacerita yang akan disampaikan semasa persembahan wayang kulitkelantaniniberdasarkancerita dalam Hikayat Seri Rama yang disadurdari epikRamayana tradisi India. watak utama Laksamana & Seri Rama watak utama Patung-patung ini terdapat banyak persamaan dengan patung Patani iaitu dari segi ukiran hiasan.Di samping itu,patung ini juga akan hanya menggerakkan tangan sebelah hadapan sahaja manakala yang dibelakangakanmemegangalatsenjata ataulainlain.Persembahanwayangkulit ini diiringi dengan alat muzik seperti sebatangserunai, sepasanggedombak, geduk, gong kesi, sebiji mong dan canang.Bahasa pula akan menggunakanloghatKelantan.


WAYANG KULIT MELAYU Wayang Kulit Melayu sangat terkenal di Malaysia terutama di negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan juga di Kedah. Wayang Kulit Melayu dimainkan berlatarkan kisah lakonan Padawa Lima, Ramanyana dan Hikayat Panji (popular) oleh masyarakat tempatan. . Wayang Kulit Melayu dimainkan dengan menggunakan boneka yang mirip patung purwa namun terdapat pengubahsuaian sehingga mirip dengan wayang gedog. Bahasa jawa dan dialek melayu digunakan sebagai pengantar cerita kepada masyarakat WAYANG MELAYU WAYANG MELAYU


Wayang Kulit Gedek dimainkan di Utara Pantai Barat Malaysia seperti Kedah danPerlis. Wayang Kulit Gedek dimainkan oleh masyarakat Siam dan Melayu dengan menggunakan loghat siam atau melayu kedah melalui bantuan alatan muziktradisionalsepertiserunaidanjugapatungyangdiukirmengikutpengaruh Nong Tanglungyangmengadapkehadapan. WAYANG KULIT GEDEK Wayang Kulit Gedek sering menyampaikan kisah hikayathikayat lama seperti cerita Tanggam. dan juga diselitkan dengan cerita - cerita yang popular pada masa kini. Penerapan unsur - unsur setempat juga dapat disaksikan oleh persembahan WayangKulitGedek. WAYANG GEDEK


WAYANG KULIT PURWO WAYANG PURWO Kebiasaannya, Wayang Kulit Purwodimainkanolehmasyarakat jawa di selatan pantai barat Malaysia seperti Johor dan Selangor. Latar muzik yang digendangkan bercirikan gemelan dan slendro sebagai pengiring wayang ketika dimainkan. Kisah yang sering disampaikan oleh persembahan wayang kulit parwo ini adalah epik mahabrata India melalui kisah Pendawa Jawa dan juga tiada kisah yang berunsurkan ceritapanji. Wayang Kulit Purwo dimainkan dengan menggunakan alatan muzik wayang purwo yang berbezadaripadawayangkulitlain. Boneka wayang kulit purwo kebanyakannya diukir hampir mirip dengan boneka wayang kulit Kelantan. Bahasa jawa dan dialek melayu digunakandidalamdialog ceritadiWayangKulitPurwo


Selain di Malaysia, Wayang kulit juga amat terkenal di semenanjung tanah melayu yang lain seperti di Indonesia, Thailand dan Kemboja. Di Indonesia, masyarakat tempatan sering memainkan Wayang Kulit Golek di Bali yang menceritakan tentang sejarah jawa atau kehidupan harian kepada masyarakat dengan menggunakan boneka kayu yang telah diukir dan warna seperti manusia. Manakala di Thailand, terdapat beberapa teori mengatakan bahawa wayang kulit siam iaitu wayang kulit Kelantan (sekarang) yang terkenal di Kelantan berasal daripada Thailand. Hal ini kerana sebelum Kelantan diwujudkan, Kelantan berada di bawah naungan Patani. Di bawah naungan Patani, Wayang kulit siam telah diperkenalkan terlebih dahulu sebelum wujudkan negeri Kelantan. Oleh itu, tidak hairan jika wayang kulit kelantan dan wayang kulit siam memiliki ciri yang sama. Tidak ketinggalan juga wayang kulit di Kemboja yang memiliki wayang kulit Sbek Thom dan dimainkan oleh bangsa Sbek Thom sendiri. Sbek Thom dimainkan dengan beberapa episod berlatarkan muzik tradisional dan delapan anggota orkestra. WAYANG KULIT MENGIKUT BUDAYA TEMPATAN


PADI Sawah padi merupakan sejenis padi yang ditanam di kawasan air bertakung dan tidak dapat tumbuh subur tanpa air yang bertakung. Kebiasaanya padi ditanam di kawasan tanah jenis aluvium. Tanah aluvium merupakan sejenis tanah yang dapat menakung air dengan lama dan ia merupakan sejenis tanah liat halus dan biasanya terdapat di tepi sungai untuk menerima limpahan air banjir seperti di Dataran Kedah Perlis, Delta Kelantan dan Sabak Bernam. Padi sawah ini diusahakan oleh para petani dan kebiasaanya padi yang ditanam di Malaysia merupakan kacukan dan hasil penyelidikan menunjukkan padi sawah mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan benih padi yang bermutu. Penyelidikan dari pihak MARDI membantu pembangunan jenis padi yang mampu mengeluarkan hasil yang lebih banyak dan mempunyai daya tahan penyakit yang lebih tinggi. Selain itu, para petani akan saling berbincang masalah, bertukar teknik dan pengetahuan berkaitan penanaman padi yang baru dituai. KAEDAH PENANAMAN PADI 1.MENANAM Menanam secara manual iaitu anak padi ditanam secara menegak mengikut barisan antara 2 hingga 3 anak pokok ditanam disetiap lubang. Menanam mengguna jentera memerlukan anak semai dalam kotak khas. 2.TABUR TERUS Tabur terus serak basah ialah benih yang bercambah ditabur ke kawasan sawah secara tepu. Tabur terus serak kering pula biji benih pracambah ditabur ke sawah kering selepas penyediaan tanah. Kemudian, tanah dipadatkan.


JENIS - JENIS BIJI BENIH Progeni dari benih nukleus yang ditanam maka pengeluarannya akan dikawal bagi memastikan tahap keaslian genetik dan menepati piawaian. 2. BENIH ASAS 1.BENIH BAKA Progeni dari penanaman benih baka yang pengeluarannya mengikut prosedur bagi memastikan tahap ketulenan genetik. 3.BENIH BERDAFTAR Progeni dari penanaman biji benih asas yang dikawal keluarannya bagi mencapai tahap ketulenan genetik yang diperakui menepati piawaian di bawah Standard Jabatan Pertanian. 4.BENIH SAH Progeni daripada penanaman biji benih daftar yang dikawal keluarannya mengikut peraturan Skim Pengesahan Benih Padi dan Standard Jabatan Pertanian bagi memastikan menepati piawaian dan keaslian genetik.


Pada masa dahulu, penanaman padi dilakukan secara tradisional dengan menggunakan alat sederhana seperti cangkul dan kereta lembu. Namun sekarang, teknologi pertanian telah maju dengan pesat. Petani menggunakan mesin pertanian modern seperti mesin penanam padi, traktor, dan alat-alat lainnya yang memudahkan proses penanaman dan pemeliharaan padi. Petani juga cenderung menanam pelbagai variasi padi tempatan yang telah lama ada dan tahan terhadap keadaan setempat. Namun sekarang, petani memiliki akses yang lebih luas terhadap variasi padi hibernasi atau unggul yang memiliki hasil yang lebih tinggi, ketahanan terhadap hama dan penyakit, serta adaptasi yang lebih baik terhadap perubahan iklim. Pada masa dahulu, penggunaan baja dan pestisida dalam penanaman padi adalah kerap. Petani cenderung menghasilkan baja organik dari bahan semulajadi seperti kompos dan kotoran ternak. Namun sekarang, dengan perkembangan industri baja dan pestisida, petani lebih cenderung menggunakan baja kimia dan pestisida sintetik untuk meningkatkan hasil sawah dan melawan hama serta penyakit. Perbezaan Proses Penanaman Padi Dulu dan Sekarang


Kebaikan Padi Sawah Padi merupakan sumber karbohidrat utama. Karbohidrat penting kerana setiiap kegiatan dan kerja memerlukan tenaga, kandungan karbohidrat ini yg akan mempengaruhi otot yang digunakan ketika bekerja. Nasi putih yang terhasil daripada padi adalah pilihan yang terbaik khusus bagi vegetarian sebagai sumber tenaga kehidupan seharian. Padi juga dapat membantu mengubati dan mencegah masalah pencernaan. Hal in kerana padi mempunyai kandungan serat yg rendah. Serat ini amat bermanfaat bagi mereka yang mempunyai masalah radang usus dan diarhea. Estrak padi juga digunakan menjadi bahan dalam ubat-ubatan dan kosmetik. Estrak padi ini juga dipercayai dapat menambah ketebalan rambut sehingga digunakan dalam sesetengah produk rambut seperti shampoo selain ditambah dalam krim pelembab kerana fungsinya yang membantu melambatkan penuaan. Selain itu, padi juga dapat mengubati bisul, bengkak dan jerawat. Beras daripada padi tersebut akan dikeringkan dan ditumbuk untuk menjadi serbuk. Serbuk tersebut akan disapu pada tempat- tempat yang luka dan bengkak. Kaedah perubatan ini banyak digunakan oleh masyarakat India.


Permainan ini tidak memerlukan kos yang banyak kerana kebiasaannya iamudah didapati dan tidak memerlukan kos yang tinggi jika dibandingkan dengan permainan- permainan untuk hiburan yang terdapat dipasaran kini . Mengeratkan hubungan keluarga atau persahabatan Kearifan tempatan yang disenaraikan ini kebiasaannya dimainkan dalam kumpulan atau kelompok yang ramai seperti wayang kulit . Ia kebiasaannya dimainkan di padang yang melibatkan orang-orang kampung . Oleh itu , kita dapat berjumpa dengan rakan-rakan dan saling bertukar cerita atau pendapat . Kita juga akan dapat mengenali lebih ramai kenalan baharu yang mempunyai minat atau hobi yang sama . Jadi , secara tidak langsung semangat kemasyarakatan itu akan dapat dipupuk . Memupuk sikap sabar dan kerjasama dalam pasukan Seperti yang kita tahu , permainan atau alatan - alatan ini sering dijadikan sebagai pertandingan .Oleh itu , ia akan dapat menerapkan sikap sabar kepada seseorang individu . Sebagai contohnya , permainan wau perlukan kemahiran untuk membuah wau yang cantik dan memerlukan ketelitian yang sangat terperinci dalam pembuatan wau . Oleh itu ,seseorang yang ingin membuat wau perlulah kesabaran yang tinggi dan tidak mudah putus asa . Dapat menjimatkan wang


PUNCA KEARIFAN TEMPATAN KURANG DIBERI PERHATIAN PADA ZAMAN KINI Permainan teknologi maklumat yang wujud pada zaman ini lebih menarik. 'PSP' , 'XBOX' dan 'WII' merupakan antara alat permainan teknologi maklumat pada zaman kini. Misalnya permainan badminton dapat dijalankan melalui "Wii" dengan seorang diri sebagai pemain. Variasi jenis program permainandapat dimuat turun di dalam internet. Pelbagai permainan dalam I-phone. Wi-Fi, 3G memberi kesan audio visual lebih memikat. Oleh kerana keunikan dan terdapat unsur yang memikat dalam kemajuan teknologi ini wau dikatakan kurang menarik dan membosankan. Kemajuan teknologi maklumat juga merupakan puncanya Globalisasi merupakan sebab kita terdedah kepada perkembangan budaya asing secara meluas. Melalui aplikasi facebook, internet blog dan lain-lain dunia kini terdedah dengan budaya asing. Disebabkan kelainan yang terdapat pada seni dan budaya asing menyebabkan orang ramai tertarik dengan budaya lain. Breakdance, hip-hop, popping, kpop dan tempo muzik merupakan beberapa contoh budaya yang generasi muda mahukan kerana lebih rancak. Masakan tradisional diganti dengan makanan segera dari barat Proses globalisasi merupakan punca kegiatan seni budaya tradisional semakin lesu dan pudar


LANGKAH-LANGKAH UNTUK GENERASI KINI MENGEKALKAN WARISAN NEGARA Adalah penting untuk kita melakukan perkara yang membantu kita mempelajari budaya kita, seperti menonton pertunjukan wayang kulit, bermain permainan tradisional dan melawat tempat lama. Ini akan membantu kita benar-benar menghargai dan memahami betapa istimewanya sejarah negara kita. Di sekolah, penting untuk belajar tentang sejarah, bahasa dan seni negara kita. Mata pelajaran ini harus meluangkan lebih banyak masa untuk mengajar kita tentang nilai budaya kita kerana sekolah adalah tempat yang bagus untuk belajar tentang warisan kita. Masyarakat di bandar kita boleh mengambil bahagian dalam aktiviti menggembirakan yang meraikan budaya kita. Ini bermakna kelab seperti pusat seni dan persatuan boleh merancang acara di mana kita boleh melihat seni yang hebat, belajar tentang tradisi kita dan menunjukkan budaya kita kepada orang lain. 1. Pendidikan Di Sekolah 2. Aktiviti- Aktiviti Budaya 3. Pertubuhan kelab-kelab dan persatuan 4. Memberi sumbangan secara konsisten Setiap orang, termasuk kerajaan, dan ahli keluarga harus membantu dan memberi sokongan untuk menjadikan tempat kebudayaan seperti dewan kebudayaan dan pusat kebudayaan lebih baik dan berguna untuk semua orang.


KESIMPULAN Kearifan tempatan ini merupakan ilmu pengetahuanseseoranguntukmengukur tahap kebijaksanaan masyarakat tempatan dalam aspek pemikiran atau dalam penciptaan sesuatu benda. Contohnya,kearifan tempatan dalampembuatan wau , keris , sawah pagi dan jugawayangkulit. Daripada penyelidikan ini,masyarakat dapat kenali serba sedikit mengenai kearifan tempatanini.Antaranya,dapatmengetahui cara pembuatan wau,jenis jenis keris yang terdapat di negara ini,pemain wayang kulit yang terkenal danakhirsekalifaedahpembuatanpadisawah. KERIS - WAU - BENDANG - WAYANG KULIT


PADI SAWAH https://ms.wikipedia.org/wiki/Padi_sawah RUJUKAN THE BEAUTY OF WAU https://craftla.co/blog/the-story-and-history-of-wau-bulan/ 01 MENGENALI WAYANG KULIT https://www.kkd.gov.my/pdf/buku/wayang_kulit.pdf 02 TOKOH WAYANG KULIT https://wayangkulitftkw.weebly.com/tokoh-wayang-kulit.html 03 04 05 BENIH PADI https://www.hmetro.com.my/agro/2018/06/352997/benih-patuhi-sya jamin-kualiti PUNCA KEARIFAN TEMPATAN KURANG DIBERI PERHATIAN PADA ZAMAN KINI https://prezi.com/uzkorytjj88p/faktor-terhakisnya-budaya-tempatan mengatasinya/ 06


M A G A Z I N E D I P E N G A K H I R A N TERIMA KASIH KERANA TELAH MEMBACA MAJALAH INI HINGGA KE HELAIAN YANG TERAKHIR , SEMOGA DAPAT MEMBERI MANFAAT DAN PENGETAHUAN BUAT SI PEMBACANYA YANG CANTIK DAN JUGA TAMPAN SEKALI . KAMI MEMOHON MAAF SEANDAINYA ADA KESALAHAN DI SEPANJANG PENULISAN KAMI . W W W . N A T I O N H O O D . C O M T A N P A H A R I D I T U T U P M A L A M , T I A P B U L A N A D A B I N T A N G . K I T A A K H I R I N Y A D E N G A N S A L A M , D A N B E R I B U R I B U K A S I H S A Y A N G < 3


Click to View FlipBook Version