Disediakan oleh:
Norfifiyantie binti Mahmud
PDPM PAKK AMBILAN OKTOBER 2020
No. Matriks: D01202523
“Sejak lahir kanak-kanak sudah boleh diasuh dan dididik bagi mengembangkan
sahsiah, potensi dan kecerdasan mereka agar dapat menguasai kemahiran
berkomunikasi, awal literasi, awal matematik, pemikiran logik dan pengetahuan
asas tentang dunia persekitaran, di samping kemahiran mengurus diri dan
amalan nilai-nilai murni agar menjadi individu yang bersahsiah mulia, berdikari,
berintelek tinggi, patriotik dan dapat menyesuaikan diri dengan kemajuan
teknologi moden dan persekitaran pelbagai budaya dalam negara dan
antarabangsa. Usaha ini memerlukan komitmen dan kolaborasi antara pendidik,
ibu bapa dan komuniti kerana setiap kanak-kanak umpama PERMATA yang
tidak ternilai harganya”.
OBJEKTIF KURIKULUM PERMATA NEGARA
• Membina emosi, akhlak dan spritual kanak-kanak untuk melahirkan
individu-individu yang bersahsiah mulia, tenang, ceria, bersopan
santun, penyayang, berempati dan adil.
• Membina kemahiran interpersonal dan sosial yang baik untuk
membolehkan kanak-kanak bergaul dalam masyarakat pelbagai
budaya.
• Membimbing kanak-kanak menguasai kemahiran awal berbahasa,
berkomunikasi dan literasi dalam Bahasa Melayu, bahasa ibunda dan
Bahasa Inggeris.
OBJEKTIK KURIKULUM PERMATA NEGARA
• Mendidik kanak-kanak mengamalkan pemakanan sihat, kebersihan
dan keselamatan diri dan gaya hidup sihat.
• Melatih kanak-kanak mengurus diri sendiri sehingga mereka yakin,
mampu berdikari dan boleh membuat keputusan berdasarkan
kebolehan diri.
• Membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor kasar dan
motor halus serta perkembangan fizikal yang mapan.
OBJEKTIF KURIKULUM PERMATA NEGARA
• Membina kemahiran awal matematik dan pemikiran logik kanak-
kanak serta keupayaan mereka menumpukan perhatian.
• Membimbing kanak-kanak memahami dunia persekitaran
melalui aktiviti bermain, meneroka, mencuba idea baru,
mengeksperimen dan mencipta sama ada di dalam atau di luar
kelas dengan menggunakan pelbagai bahan yang terdapat di
persekitaran mereka.
• Membina hubungan positif dengan ibu bapa, komuniti dan
pihak-pihak yang boleh menyumbang kepada pendidikan dan
kesejahteraan kanak-kanak.
• Bersahsiah mulia dan patriotik
• Mahir berkomunikasi
• Kompeten belajar
• Yakin, berdikari dan berjati diri
• Kreatif dan Inovatif
ASPEK ASAS PENGASUHAN KANAK-KANAK
(0 - 4 TAHUN)
• Terdapat 4 aspek yang perlu dikaji bagi memenuhi keperluan kajian
lapangan di TASKA. Antara aspek tersebut adalah seperti berikut:
1. Penjagaan kesihatan bayi dan kanak-kanak (0 - 4 tahun).
2. Pemakanan bayi dan kanak-kanak (0 - 4 tahun).
3. Keselamatan bayi dan kanak-kanak (0 - 4 tahun).
4. Rutin penjagaan dan latihan urus diri bayi dan kanak-kanak (0 - 4 tahun).
PENJAGAAN KESIHATAN BAYI DAN KANAK-KANAK
BAYI:
• SUSU IBU:
- Mengelakkan sebarang minuman lain diberikan kepada bayi
selain susu.
- Sendawakan bayi setiap kali selepas menyusu.
• MENGGUNAKAN MINYAK BAYI:
- Menghilangkan kembung perut.
- Menyapu pada perut, belakang (badan, betis dan tapak kaki).
• MENGELAP SEHINGGA KERING:
- Menggunakan tuala tebal dan menyerap air.
BAYI:
• MEMANDIKAN MENGGUNAKAN AIR SUAM:
- Barut dan minyak bayi sebelum memandikan.
• URI BAYI:
- Dibersihkan dan ditanam mengikut syarat.
• PAKAIAN:
- Memakai barut dengan kemas dan tidak terlalu ketat.
- Peka dengan kulit bayi ketika memakai lampin pakai buang.
KANAK-KANAK TASKA
• Penyaringan kanak-kanak pada setiap pagi.
• Menyediakan bilik khas pengasingan kanak-kanak yang
mempunyai penyakit berjangkit.
• Memastikan kebersihan bangunan dan persekitaran sentiasa
terjaga.
• Penerapan amalan penjagaan kesihatan dalam rutin harian
seperti pemakanan seimbang, basuh tangan sebelum dan
selepas makan.
• Premis perlu dibersihkan serta dikuarantinkan sekiranya didapati
terdapat penyebaran penyakit berjangkit.
PEMAKANAN BAYI DAN KANAK-KANAK
• Terbahagi kepada 2 bahagian:
a) Penyusuan ibu dan makanan pelengkap
b) Penyediaan makanan seimbang untuk kanak-kanak
DARI LAHIR HINGGA 6 BULAN
• Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Bayi tidak perlu diberi
air atau susu tambahan.
• Bayi perlu diberi susu ibu mengikut kehendaknya.
• Penyusuan susu ibu harus diteruskan sehingga bayi berumur 2
tahun.
• Jika bayi diberi susu formula, ia harus disediakan mengikut arahan
pada label susu.
DARI 6 HINGGA 8 BULAN
• Susu ibu masih diteruskan di samping pengenalan makanan pelengkap.
• Perkenalkan makanan pelengkap kepada bayi bermula pada usia 6 bulan supaya
pertumbuhannya dapat disokong oleh zat-zat makanan yang mecukupi selain susu
ibu/formula.
• Mulakan pemberian makanan pelengkap dalam jumlah yang kecil (1/4 - 1/2 sudu teh)
setiap kali.
• Berikan makanan yang dikisar halus untuk tempoh seminggu yang pertama, diikuti
makanan yang dipuri, dilecek dan separa pejal.
• Celur dan kisar sayur berdaun sebelum ditambah ke dalam bubur.
• Elakkan penambahan garam, gula atau perisa tiruan dalam makanan bayi.
DARI 9 HINGGA 11 BULAN
• Berikan bayi makanan yang dicincang atau dipotong kecil dan
dimasak sehingga lembut.
• Makanan jejari (contoh biskut bayi, batang lobak merah
direbus,potongan buah-buahan yang lembut) boleh diberi
kepada bayi.
• Beri bayi makanan dengan tekstur yang bersesuaian untuk
mengelak daripada tercekik.
DARI 1 HINGGA BAWAH 4 TAHUN
• Berikan makanan keluarga yang lembut dan tidak pedas.
• Berikan makanan yang berkuah atau bersup dalam pelbagai
bentuk untuk meningkatkan selera dan merangsang keinginan
untuk makan.
• Berikan hidangan ayam atau ikan yang disediakan tanpa tulang.
• Sediakan makanan yang kurang garam, gula dan tanpa perisa
tiruan.
JADUAL KEKERAPAN PENGAMBILAN MAKANAN
SEHARI
Umur Kekerapan Hidangan Sehari Kekerapan Snek Sehari
Lahir - 6 bulan Penyusuan susu ibu secara Penyusuan susu ibu secara eksklusif
eksklusif mengikut kehendak bayi. mengikut kehendak bayi.
6 - 8 bulan 2 - 3 kali 1 - 2 kali
9 - 11 bulan
1 - < 4 tahun 3 - 4 kali 1 - 2 kali
4 - 5 kali 1 - 2 kali
KESELAMATAN BAYI DAN KANAK-KANAK (0 - 4 TAHUN)
• POLISI KESELAMATAN DI TASKA/PERMATA
• KESELAMATAN BAYI DAN KANAK-KANAK
• ASAS PERTOLONGAN CEMAS DAN PENCEGAHAN
KEMALANGAN
• SOP DALAM PENGURUSAN ASPEK KESELAMATAN BAYI DAN
KANAK-KANAK.
POLISI KESELAMATAN DI TASKA/PERMATA
• Jelas dan berasaskan kepada standard amalan keselamatan.
• Peraturan perlesenan yang mengambil kira umur dan perkembangan kank-
kanak.
• Perlu mengandungi langkah-langkah yang perlu diambil oleh pendidik,
pengasuh, pengurus, pembantu dan sesiapa yang bertanggungjawab.
• Perlu mengambil kira umur kanak-kanak mengikut keperluan mereka.
• Memastikan keselamatan mereka diawasi dan dilindungi oleh
pendidik/pengasuh.
• Peraturan keselamatan boleh disediakan dalam bentuk senarai semak, garis
panduan, laporan dan strategi bagi menghadapi ridiko keselamatan.
KESELAMATAN BAYI DAN KANAK-KANAK
• RSyisnikdorotmerebe(SsaIDr Sd)ih' adapi oleh bayi ialah 'Sudden Infant Death
• Bayi dan kanak-kanak mungkin tidak dapat menginterpretasikan
risiko yang boleh berlaku.
• Apabila mobiliti atau pergerakan bayi dan kanak-kanak
meningkat risiko kecederaan juga meningkat.
• Anak tatih (toddlers) perlu diawasi dengan rapi kerana mereka
berkeupayaan untuk melakukan aksi yang membahayakan.
ASAS PERTOLONGAN CEMAS DAN
PENCEGAHAN KEMALANGAN
D = Danger (Bahaya)
R = Respond (Tindak balas/Reaksi)
A = Airway (Saluran pernafasan)
B = Breathing (Pernafasan)
C = Circulation (Peredaran/Pengaliran Darah)
SOP SALAM PENGURUSAN ASPEK
KESELAMATAN BAYI DAN KANAK-KANAK
• Ketika di pintu utama/pagar:
-Pendidik/pengasuh/PPM perlu memastikan pintu pagar dan pintu utama
sentiasa berkunci dan kunci diletakkan di tempat yang senang dicapai oleh
pendidik/pengasuh/PPM dan memastikan kanak-kanak tidak memanjat dan
bermain berhampiran pintu pagar.
• Ketika bermain:
- Pendidik/pengasuh/PPM perlu memastikan kanak-kanak memakai pakaian
yang sesuai.
- Pastikan kanak-kanak sentiasa memakai selipar/kasut measing-masing
semasa aktiviti luar
SOP SALAM PENGURUSAN ASPEK
KESELAMATAN BAYI DAN KANAK-KANAK
- Memastikan alat-alat permainan yang disediakan sesuai dengan tahap umur
kanak-kanak.
- Memastikan kanak-kanak tidak bermain di tempat atau dengan benda/bahan
yang berbahaya seperti longkang, pokok berduri, kolam.
-Memerhati kanak-kanak dalam setiap aktiviti yang dijalankan dan sentiasa
terlibat sama.
• Ketika di bilik air:
- Pendidik/pengasuh /PPM perlu memastikan lantai bilik air sentiasa kering dan
tiada air yang bertakung (lantai atau baldi).
SOP SALAM PENGURUSAN ASPEK
KESELAMATAN BAYI DAN KANAK-KANAK
- Memastikan mangkuk tandas bersih dan kering.
- Memastikan alat mandian kanak-kanak diletakkan pada paras ketinggian
mereka.
- Memastikan bahan pencuci bilik air diletakkan di tempat yang selamat dan
jauh daripada kanak-kanak.
- Memastikan kanak-kanak tidak menggunakan hot shower tanpa pengawasan
orang dewasa.
- Memastikan kanak-kanak tidak bermain atau berlari di dalam bilik air.
- Memastikan kanak-kanak tidak berada di bilik air tanpa pengawasan orang
dewasa.
SOP SALAM PENGURUSAN ASPEK
KESELAMATAN BAYI DAN KANAK-KANAK
• Persekitaran dalaman Taska:
- Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke kawasan dapur dan stor.
- Pendidik/pengasuh/PPM memastikan lantai di persekitaran sentiasa bersih
dan kering.
- Memastikan lantai dilap segera sekiranya basah atau tertumpah air.
- Menyediakan tong sampah yang bertutup bagi melatih kanak-kanak
menbuang sampah.
- Memastikan sampah sentiasa dibuang (mengikut keperluan).
SOP SALAM PENGURUSAN ASPEK
KESELAMATAN BAYI DAN KANAK-KANAK
• Persekitaran luaran Taska:
- Pendidik/pengasuh/PPM memastikan pintu pagar selalu ditutup.
- Memastikan permainan disimpan selepas bermain.
- Memastikan semua alat permainan berada dalam keadaan yang baik.
- Menyediakan tong sampah yang mencukupi bagi melatih kanak-kanak
membuang sampah.
SOP SALAM PENGURUSAN ASPEK
KESELAMATAN BAYI DAN KANAK-KANAK
• Ketika tidur:
- Pendidik/pengasuh/PPM perlu memastikan muka kanak-kanak tidak ditutupi
selimut.
- Pastikan botol susu tidak dihisap atau dimasukkan ke dalam mulut ketik
kanak-kanak tidur.
RUTIN PENJAGAAN DAN LATIHAN URUS DIRI
BAYI DAN KANAK-KANAK
KEMAHIRAN URUS DIRI DI TASKA:
1. Susun beg dan kasut di rak.
2. Adab bersalam.
3. Adab makan.
4. Menjaga kebersihan diri.
5. Latihan ke tandas
RUTIN PENJAGAAN DAN LATIHAN URUS DIRI
BAYI DAN KANAK-KANAK
6. Penjagaan barang mainan.
7. Kemahiran sosial
8. Penjagaan persekitaran
9. Urus diri waktu tidur
10. Urus diri waktu pulang.
MILESTONES PERKEMBANGAN KEMAHIRAN URUS DIRI BAYI
DAN KANAK-KANAK
6 HINGGA 12 BULAN
TUGAS PERKEMBANGAN MILESTONES PERKEMBANGAN
Kebolehan Makan Sendiri Pegang Makanan Dan Cawan
Keupayaan Bersiap Diri Menggunakan Jari
Menyikat Rambut
Memegang Botol Bedak
Kemahiran Penjagaan Diri Mengangkat Tangan Semasa
Kemahiran Mengemas Dipakaikan Baju
Kemahiran Menggunakan Tandas
Meletakkan Mainan Ditempatnya
Respons Apabila Diajak Untuk
Membuang Air
1 HINGGA 2 TAHUN
Tugas Perkembangan Milestones Perkembangan
Kebolehan Makan Sendiri vDuduk Dikerusi Makan
Keupayaan Bersiap Diri vMenggunakan Jari
Kemahiran Penjagaan Diri
• Boleh Memakai Dan
Menanggalkan Baju
• Menanggalkan Stokin Dan
Kasut
• Boleh Memberus Gigi
• Cuci Dan Lap Tangan Dengan
Bantuan Pendidik
1 HINGGA 2 TAHUN
Tugas Perkembangan Milestones Perkembangan
Kemahiran Mengemas • Mula Minat Melakukan Kerja
• Kerja Rumah Bila Sudah
Boleh Berjalan
Kemahiran Menggunakan • Boleh Menanggalkan Seluar
Tandas Bila Ke Tandas
• Duduk Diatas Tandas
2 HINGGA 3 TAHUN
Tugas Perkembangan Milestones Perkembangan
Kebolehan Makan Sendiri • Mengambil Makanan Sendiri
Keupayaan Bersiap Diri • Menggunakan Jari
Kemahiran Penjagaan Diri • Menuang Air Ke Bekas Yang Lebih
Kemahiran Mengemas
Kemahiran Menggunakan Tandas Kecil
• Memakai Dan Menanggalkan Pakaian
• Buka Dan Memasang Butang Baju
• Berus Gigi (Ubat Gigi Dengan
Bantuan)
• Mandi Sendiri
• Memusing Tombol Pintu
• Meletakkan Mainan Ditempatnya
• Memberitahu Hendak Ke Tandas
• Boleh Menggunakan Tandas
• Cuci Tangan Selepas Gunakannya
3 HINGGA 4 TAHUN
Tugas Perkembangan Milestones Perkembangan
Kebolehan Makan Sendiri • Mengambil Makanan Sendiri
Keupayaan Bersiap Diri • Menggunakan Jari
• Menuang Air Ke Bekas Yang Lebih
Kecil
• Memotong Makanan Kepada
Pecahan Kecil
• Mengoyak Makanan Menggunakan
Jari
• Memakai Dan Menanggalkan
Pakaian Tanpa Bantuan
• Buka Dan Memasang Butang Baju
• Dapat Bezakan Bahagian Depan
Dan Belakang
3 HINGGA 4 TAHUN
Tugas Perkembangan Milestones Perkembangan
Kemahiran Penjagaan Diri • Berus Gigi Dan Letakkan Ubat Gigi
Kemahiran Mengemas Tanpa Bantuan
Kemahiran Menggunakan Tandas
• Mandi Sendiri
• Menghembus Hingus Sendiri
• Mengemas Barang Mainan Sendiri
• Susun Meja Untuk Persediaan
Makan
• Pergi Ke Tandas Sendiri Apabila
Ingin Membuang Air
TERIMA KASIH