The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norfifiyantie Mahmud, 2021-06-16 10:01:29

Penulis dan pelukis ilustrasi:

Norfifiyantie binti Mahmud
IPGK Keningau
No. Matriks: D01202523

Pada suatu hari, ada seekor ular yang dalam kelaparan sedang
mencari makanan.

Dalam perjalanan, ular ternampak ibu helang dan telur-telurnya di
atas pokok.

Ular yang berasa lapar itu mencari helah untuk menipu ibu helang.

Ular kemudian menghampiri pokok itu lalu berkata kepada ibu helang,
“Hai helang, tahukah engkau bahawa aku terlihat seekor musang mencuri telur
untuk dimakan, baik engkau berhati-hati.”

Ular yang berniat buruk itu berpura-pura menasihati ibu helang
agar menjaga telur-telurnya daripada dimakan oleh musang. Ibu helang
pun berasa bimbang dengan kata-kata ular itu.

Ibu helang pun berkata kepada ular, “Terim a kasih ular ker a n a
memberitahuku.” Ibu helang segera menjaga telur-telurnya dengan berhati-hati.
Selepas itu, ular pun berpura-pura berlalu pergi.

Tanpa pengetahuan ibu helang, ular bersembunyi di sebalik lalang
dan menunggu peluang untuk mendapatkan telur-telur itu.

Risau dengan kedatangan musang, ibu helang pun terbang
mencari ranting untuk menyembunyikan telur-telur itu.

Kemudian, ular yang dalam kelaparan itu dengan pantas menyusur ke
atas pokok. Dalam pada itu, ibu helang berasa tidak senang hati dan
mengambil keputusan untuk berpatah balik ke sarangnya.

Ular yang tidak menyedari akan ibu helang bertindak
hendak memakan telur-telur itu namun terkejut dengan
kedatangan ibu helang.

Ular cuba untuk melarikan diri namun ibu helang dengan pantas

mencengkam ular menggunakan kukunya yang tajam itu. Ular pun berkata, “Aduh,
sakitnya!” Ibu helang tidak mempedulikan kata-kata ular. “ Aku berjanji tidak akan
datang ke sini lagi, aku minta maaf helang.” Kata ular sambil meminta simpati.

Ibu helang akhirnya melepaskan ular. Kemudian, ular menyusur pergi dengan

badan yang penuh kesan luka. Ular berasa menyesal kerana menipu dan
memandang rendah terhadap ibu helang. Oleh sebab perbuatan ular yang penuh
helah itu maka ia telah mendapat balasan yang menyakitkan.

PENGAJARAN:

Jangan suka berhelah dan bercakap
bohong untuk mendapatkan sesuatu, kelak
akan mendapat balasan buruk.


Click to View FlipBook Version