The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurhanani1909, 2022-10-10 23:50:24

TATABAHASA Kata Ganda dan Kata Akronim

TATABAHASA Kata Ganda dan Kata Akronim

Cikgu Roslan Daud

KATA GANDA DAN AKRONIM

Standard Pembelajaran
5.1.3 Mengaplikasikan bentuk kata ganda dan akronim dalam pelbagai laras dengan betul mengikut konteks.

KATA GANDA
Kata ganda ialah kata yang mengalami proses pengulangan sama ada sebahagian atau seluruhnya.

Kata Ganda Penuh Kata Ganda Semu Kata Ganda Separa Kata Ganda Berentak
Kata ganda yang mengulangi Kata ganda yang mempunyai Kata ganda yang mengulangi Kata ganda yang mengalami

keseluruhan perkataan maksud khusus suku kata pertama penyesuaian bunyi rima
kerusi-kerusi anai-anai kekuda kuih-muih
gelak-gelak epok-epok jejari
subur-subur lelangit gotong-royong
manis-manis undang-undang sesiku kusut-masai
jentik-jentik hingar-bingar

Kata nama ganda penuh tidak boleh dipasangkan dengan kata adjektif penuh.
 Pokok-pokok yang ditanam datuk itu subur-subur. [SALAH]
 Pokok yang ditanam datuk itu subur-subur. [BETUL]

Kata nama ganda penuh tidak boleh dipadankan dengan kata bilangan jamak.
 Semua kawasan-kawasan rendah di kampung kami ditenggelami banjir. [SALAH]
 Semua kawasan rendah di kampung kami ditenggelami banjir. [BETUL]

KATA AKRONIM
Kata akronim ialah gabungan atau cantuman beberapa huruf atau suku kata untuk membentuk satu perkataan.

Cantuman beberapa huruf Cantuman huruf dan suku Cantuman suku kata awal Cantuman bahagian awal
awal kata perkataan perkataan perkataan pertama dengan

ABIM Kejora cerpen bahagian lain
[Angkatan Belia Islam [Kemajuan Johor Tenggara] [cerita pendek] jenama

Malaysia] Mara kugiran [jenis nama]
ADUN [Majlis Amanah Rakyat] [kumpulan gitar rancak] halaju

[Ahli Dewan Undangan Intan pawagam [hala laju]
Negeri] [Institut Tadbiran Negara] [panggung wayang gambar] purata
LUTH
Petronas tadika [pukul rata]
[Lembaga Urusan Tabung [Petroleum Nasional] [taman didikan kanak-kanak] jentolak
Haji]
[jentera tolak]

Adakah contoh perkataan di bawah ini boleh dikategorikan sebagai kata akronim?
 UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia]
 PIBG [Persatuan Ibu Bapa dan Guru]
 KPM [Kementerian Pendidikan Malaysia]
Jawapannya, TIDAK kerana kata akronim mestilah boleh dibunyikan sebaliknya kata di
atas hanya menyebut huruf sahaja.

1

Cikgu Roslan Daud

Latihan 1
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata ganda dan dua kata akronim. Kemudian anda dikehendaki membina
satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Berdasarkan laporan penyiasatan pelanggaran dikeluarkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)
pada tahun 2020, tingkah laku pemanduan berisiko dan memandu melebihi halaju menjadi penyumbang bilangan kematian
tertinggi. Sikap menunjuk-nunjuk memiliki kenderaan berkuasa tinggi dan memandu laju juga menjadi petunjuk kepuasan
seolah-olah menjadi trend semasa. Didikan dan kesedaran berhubung bahaya serta impak memandu laju menerusi pendidikan,
kempen dan kursus perlu bermula sejak tadika hingga universiti. Pemandu perlu sentiasa beringat-ingat malang tidak berbau
dan perbuatan gemar memandu laju berbahaya dan berisiko tinggi.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pandu laju penyebab utama kemalangan maut’
oleh Noradrenalina Isah, Berita Harian Online, 11 Mac 2021

Dua kata ganda [8 markah]
1. _________________________________
2. _________________________________ Dua kata akronim
1. _________________________________
2. _________________________________

Ayat
1. _________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
2. _________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
3. _________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
4. _________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________

Latihan 2

Baca dialog di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata ganda. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri
daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Semakin menghampiri Syawal, ramai orang mula berkira-kira dengan mencongak perancangan untuk balik ke kampung
meraikan Aidilfitri. Dua kempen Op Selamat sempena Aidilfitri, masing-masing pada 2016 dan 2017 sebagai contoh,
menunjukkan hasil positif. Kompaun maksimum RM300 sepanjang tempoh kempen turut diperkenalkan untuk mengurangkan
kadar pelanggaran undang-undang di jalan raya. Namun agak menyedihkan apabila polis dan agensi penguat kuasa lain yang
terbabit dalam Op Selamat sahaja dilihat seolah-olah terhegeh-hegeh menjaga nyawa orang awam sedangkan sikap tuan
empunya diri di jalan raya mencerminkan sebaliknya.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Ubah sikap tak perlu tunggu kempen’
oleh Adha Ghazali, Berita Harian Online, 13 Jun 2018

[6 markah]
Tiga kata ganda
1. ________________________________
2. ________________________________
3. ________________________________
Ayat kata ganda
1. _________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
2. _________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
3. _________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________

2

Cikgu Roslan Daud

JAWAPAN

Latihan 1

Kata ganda [pilih dua sahaja]
1. menunjuk-nunjuk
2. seolah-olah
3. beringat-ingat

Ayat kata ganda
1. Pemuda itu cuba menunjuk-nujuk kepandaiannya dengan memberikan pelbagai cadangan kepada ketua kampung.
2. Rumah Pak Mat bersawang dengan sarang labah-labah seolah-olah tidak dihuni sesiapa.
3. Masyarakat perlulah beringat-ingat semasa kesenangan dengan menyimpan wang sebelum ditimpa kemalangan.

Kata akronim [pilih dua sahaja]
1. MIROS
2. halaju
3. tadika
Ayat kata akronim
1. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) perlulah membuat kajian komprehensif tentang punca-

punca kemalangan jalan raya.
2. Pemandu yang memandu kenderaan melebihi halaju yang ditetapkan berisiko tinggi untuk terlibat dalam kemalangan maut.
3. Ramai ibu bapa memilih tadika itu untuk menghantar anak mereka kerana pembelajaran meliputi akademik dan keagamaan.

Latihan 2

Kata ganda [pilih tiga sahaja]
1. berkira-kira
2. masing-masing
3. undang-undang
4. seolah-olah
5. terhegeh-hegeh

Ayat kata ganda
1. Ayah masih berkira-kira untuk memperluas ruang tamu kerana bimbang kos pembuatannya agak tinggi.
2. Guru disiplin itu menyuruh murid yang masih berada di kantin selepas tamat waktu rehat untuk masuk ke kelas masing-

masing.
3. Keamanan dan keselamatan negara boleh diperoleh jika masyarakat mematuhi undang-undang yang ditetapkan.
4. Perkembangan Internet menjadikan akhbar dan buku bercetak seolah-olah bukan lagi bahan bacaan penting.
5. “Jika kalian berjalan terhegeh-hegeh begini, maka lambat lagilah kita tiba ke puncak,” kata Cikgu Faiz kepada sekumpulan

murid itu.

3


Click to View FlipBook Version