INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 1)
KEMAHIRAN BELAJAR
(GKB1053)
NAMA PELAJAR DISEDIAKAN OLEH:
NOR FARAH IDAYU BINTI NASIR
ANGKA GILIRAN 2020192310131
NOMBOR KAD PENGENALAN 010705030584
KUMPULAN PPISMP JUN 2020 (G7)
NAMA KURSUS KEMAHIRAN BELAJAR
KOD KURSUS GKB1053
NAMA PENSYARAH CIK HASLINDA BINTI MOHAMAD SAAD
TARIKH HANTAR
2 NOVEMBER 2020
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
ISI KANDUNGAN
Bil. Perkara Muka surat
Isi Kandungan 2
Penghargaan 3
4
1.0 Pengenalan
2.0 Alat-alat berfikir CoRT1 4-10
2.1 Plus, Minus, Interesting (PMI) 10
2.2 Consider All Factors (CAF) 11
2.3 Consequence And Sequal (C&S) 12-15
2.4 Aims, Goals, Objectives (AGO)
2.5 First Important Priorities (FIP)
2.6 Alternatives, Possibilities, Choices (APC)
2.7 Other Point Of View (OPV)
3.0 Rumusan
Rujukan
Lampiran
2
PENGHARGAAN
ASSALAMUALAIKUM WBT. DAN SALAM SEJAHTERA,
Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke atas ilahi dengan limpahan
rahmat yang diberikan sehingga saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan
berjaya.
Pertama, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih penghargaan untuk pensyarah
saya yang saya amat muliakan, Cik Haslinda Binti Mohamad Saad yang telah banyak
memberi tunjuk ajar dan mengorbankan masa untuk membantu saya untuk menyiapkan
tugasan ini sehingga berjaya. Bimbingan dari beliau amatlah bermakna bagi saya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih untuk ibu bapa saya yang sentiasa tidak
pernah berputus asa untuk memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan
kerja kursus ini. Mereka telah memberi segala kemudahan yang saya perlukan sepanjang
tugasan ini dijalankan.
Tidak lupa juga kepada rakan saya yang amat saya sayangi, terima kasih kerana banyak
menolong saya untuk mencari bahan, menjawab segala pertanyaan yang telah saya kemukan
dan paling penting kerana tidak pernah berputus asa memberikan saya peringatan ketika saya
dalam keadaan yang leka dan alpa.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah melibatkan
diri untuk membantu saya menyiapkan tugasan ini sama ada secara langsung mahupun
sebaliknya. Sekian terima kasih.
3
1.0 PENGENALAN
Manusia mempunyai kelebihan berbanding dengan makhluk yang lain kerana telah
dikurniakan akal. Melalui kurniaan akal, ia menjadikan manusia bijak dan mampu berfikir iaitu
untuk membuat penaakulan, membentuk konsep, dan memahami fenomena yang
diperhatikan. Manakala alat berfikir pula digunakan untuk membantu seseorang
meningkatkan kemahiran berfikir seperti menyampaikan idea dengan lebih tersusun, jelas dan
mudah difahami. Ia juga untuk berfikir dengan lebih berkesan dan untuk mengelakkan
keputusan yang terburu-buru yang juga boleh mendatangkan kesan buruk. Contoh yang boleh
digunakan ialah seperti menggunakan alat berfikir Cort1 iaitu Plus, Minus, Interesting (PMI),
Consider All Factor (CAF), Consequences & Sequel (C&S), Aims, Goals, Objectives (AGO),
First, Important, Priority (FIP), Alternatives, Possibilities, Choices (APC), dan Other People
Views (OPV). Alat-alat ini amat penting dan membantu untuk melahirkan pemikiran yang jelas
dan mencapai kejayaan.
2.0 ALAT-ALAT BERFIKIR CORT1
2.1 PLUS, MINUS, INTERESTING (PMI)
PMI ialah merupakan satu cara untuk kita melihat sesuatu idea, cadangan dan juga
saranan yang digunakan. PMI dapat membantu kita untuk lebih teliti. Ia juga boleh
ditafsirkan sebagai baik, buruk dan menarik. Tujuan PMI ialah untuk berfikir dengan
satu fikiran yang meluas tentang sesuatu situasi. Untuk mendapatkan fikiran yang
berkualiti dan betul yang dapat memberikan kesan dan impak yang positif, kita
hendaklah mengelakkan reaksi yang beremosi. Ia kerana setiap tindakan yang
dilakukan mengikut emosi akan membawa imej yang buruk dan kepada ke arah
4
keburukan. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada sesuatu individu itu sahaja, tetapi
juga kepada masyarakat dan negara. PMI digunakan bertujuan untuk melihat
perbezaan hujah dari sudut baik, buruk dan menarik. Ia membolehkan pengguna untuk
melihat sesuatu sudut pandangan yang berbeza. Kaedah dan langkah yang boleh
dilakukan untuk menggunakan PMI ialah, pertama P iaitu senaraikan semua yang
baik, M iaitu senaraikan semua yang buruk, dan terakhir, I iaitu menyenaraikan semua
yang menarik. Selain itu, kita juga harus mengkaji tentang apakah keputusan atau
penilaian tentang tajuk yang dikaji. Akhir sekali, sebarang keputusan akan dibuat
berdasarkan sesuatu maklumat yang telah diperolehi. Anatara contoh perbincanganya
ialah, komputer menggantikan guru dalam sekolah, kereta direka supaya boleh
terbang semasa jalan raya sesak, dan sains diajar di luar bilik darjah.
2.2 CONSIDER ALL FACTORS (CAF)
Berfikir menggunakan CAF ialah untuk meninjau aspek situasi dengan lengkap dan
menyeluruh. Apabila peninjauan ini dilakukan, maka kita dapat mengetahui sesuatu
situasi dengan lebih mendalam dan menyeluruh. Namun, semasa berfikir kita
hendaklah memastikan semua aspek-aspek telah di ambil kira dan haruslah
menggelakkan daripada terlupa faktor yang penting. Ia kerana sikap lupa ini boleh
mengubah dan menjadikan CAF telah gagal untuk diaplikasikan dalam tujuan berfikir.
Kaedah dam langkah yang boleh digunakan ialah pada permulaan, senaraikan semua
faktor yang berkaitan dengan semua perkara ini. Kedua, pertimbangkan setiap faktor
5
yang telah diperolehi. Ia kerana faktor ini amat penting untuk menjadikan CAF ini
berjaya diaplikasikan dalam sesuatu situasi. Akhir sekali, berfikir tentang apakah
keputusan yang akan dilakukan selepas pertimbangan telah dibuat. Contoh
tajuk perbincangan ialah memikirkan apakah kegiatan kokurikulum yang anda ingin
ikuti dan apakah hadiah yang sesuai untuk hari jadi bapa anda.
2.3 CONSEQUENCE & SEQUEL ( C&S )
C&S digunakan semasa berfikir ialah bertujuan untuk menjangka apa yang akan
berlaku selepas sesuatu cadangan dilakukan. Ia bermaksud bahawa kita telah
menjangka bahawa sesuatu kesan baik dan buruk yang akan terjadi melalui sesuatu
cadangan yang akan dijalankan. Sebarang perkara yang terhasil daripada kaedah
C&S menjadikan kita tidak akan terlalu terkejut dengan perkara yang akan berlaku
pada masa yang datang kerana fikiran dan minda kita telah mengetahui dan
menjangka perkara tersebut sebelum ia wujud lagi. Selain itu, ia juga bertujuan untuk
meramal kesan dan akibat bagi keputusan tersebut. Sudah pasti setiap yang berlaku
akan terhasilnya sesuatu hasil iaitu sama ada kesan dan impak yang baik ataupun
buruk mahupun kedua-duanya sekali. Di samping itu, kaedah dan langkah yang
penting ialah mengetahui dan menilai apakah cadangan itu boleh berjaya ataupun
tidak, apakah risiko yang mungkin akan ditanggung, apakah kesan serta-merta dalam
jangka masa panjang dan pendek, dan adakah cadangan berkenaan baik. Tajuk yang
6
boleh dibincangkan ialah buku teks dihapuskan di sekolah dan latihan setiap
pelajar dibuat melalui hubungan komputer dengan guru (dalam talian).
2.4 AIMS, GOALS, OBJECTIVES (AGO)
AGO merupakan sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya
matlamat tercapai dan elakkan perkara yang tidak berkenaan. Ia dapat menjadikan
kita untuk mencapai objektif yang ingin dicapai. Oleh itu, AGO dapat mengelakkan
daripada terjadinya sesuatu itu jauh dari sasaran dan matlamat. Keberkesanan
mencapai matlamat dan objektif yang ingin dicapai sangat membantu untuk
menghasilkan sebuah penghasilan yang mantap dan berjaya sesuai dengan
rancangan. Kaedah yang boleh dilakukan ialah seperti memikirkan apakah AGO
rancangan, apakah tindakan terkeluar daripada AGO dan bagaimana ingin pastikan
AGO dapat dicapai. Contoh tajuk perbincangan yang boleh dibuat ialah apakah AGO
hidup dan apakah AGO mengadakan sekolah satu sesi.
7
2.5 FIRST, IMPORTANT, PRIORITY (FIP)
FIP ialah mengambil kira perkara-perkara yang penting, menentukan prioriti dan
elakkan perkara yang tidak patut diutamakan. Perkara yang lebih mustahak hendaklah
dijadikan keutamaan berbanding perkara lain dan harus menumpukan lebih perhatian.
Jika seseorang itu gagal mengaplikasikan alat berfikir ini, jelaslah bahawa ia tidak
mampu untuk berfikir secara mendalam, tidak jelas dan tiddak teliti. Langkah yang
boleh di ambil ialah mengetahui perkara-perkara yang penting, antara banyak perkara,
perkara yang mana paling penting dan apakah prioriti yang diperlukan tindakan
segera. Contoh tajuk perbincangan pula ialah FIP sentiasa memilih pasangan hidup
dan apakah strategi pengajaran pembelajaran sejarah yang paling baik.
2.6 ALTERNATIVES, POSSIBILITIES, CHOICES (APC)
Tujuan berfikir bagi APC ialah memikirkan beberapa perkara dengan serentak dan
menentukan pilihan yang terbaik serta mengelakkan pemikiran yang sehala sahaja. Ia
dapat meneroka alternatif, kemungkinan, dan pilihan. Ia dapat mebantu seseorang
untuk berfikir secara terbuka dan bukan hanya sehala sahaja. Kaedah dan langkah
pula boleh dilakukan melalui memikirkan apakah cara-cara yang berlainan untuk
menyelesaikan masalah ini, apakah perkara yang dicadangkan itu baik atau buruk dan
yang manakah cadangan yang paling baik. Contoh tajuk perbincangan ialah
8
bagaimana memilih ketua kumpulan seddangkan ahli-ahli masih tidak mengenali
antara satu sama lain, peperiksaan dihapuskan dan cari APC.
2.7 OTHER PEOPLE’S VIEW (OPV)
OPV merupakan satu cara yang mengambil kira pandangan orang lain sebelum
membuat keputusan dan elakkan membuat keputusan yang terlalu memfokuskan diri.
Ia kerana pendapat orang lain juga amat penting dan tidak semestinya apa yang kita
fikir itu benar. O;eh itu, amatlah penting sesuatu pendapat dan pandangan orang lain
kerana setiap orang mempunyai cara berfikir yang berbeza mengikut akal dan idea
masing-masing. Kaedah yang boleh dibuat ialah apakah idea diri akan mempengaruhi
orang lain, bagaimana orang lain memandang idea anda dan apakah idea yang bernas
dan harus dijadikan tindakan. Manakala tajuk perbingan yang dapat dibentuk ialah
semua kegiatan sosial dihentikan selepas 9 malam, rancangan television dari luar
negeri diharamkandan gaji guru harus melebihi gaji pengawal kerajaan yang lain
sebanyak 50%.
9
3.0 RUMUSAN
Kesimpulanya, semua orang boleh berfikir menggunakan akal fikiran yang ada. Namun, apa
yang membezakanya ialah cara seseorang berfikir dan apa yang dihasilkan melalui
pemikiranya. Sudah pasti semua menginginkan sebuah pemikiran yang kreatif, inovatif dan
idea yang bernas. Untuk menjadikan pemikiran kita menjadi kreatif, kita hendaklah
menggunakan pemikiran yang berasaskan Cort1 yang telah terdiri daripada 7 komponen
seperti yang telah dibicangkan tadi. Ia sangat membantu untuk seseorang meluaskan
pemikiran untuk menghasilkan sesuatu idea apabila sedang berfikir. Apabila Teknik Cort1
diaplikasikan, ia dapat meneroka sudut pandangan yang berbeza untuk menghasilkan sebuah
idea dan persepsi yang baru bagi menangani sesuatu masalah yang dihadapi.
10
RUJUKAN
(n.d.). Retrieved from Alat-alat Cort1: https://gohfongblog.wordpress.com/alat-alat-cort-1/
Ali, Z. B. (n.d.). Panduan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Menggunakan Cort1. IPG
Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.
Ashwa Johalim, S. M. (2009). Kemahiran Berfikir Cort1. Kb Alat Co R T 1.
Mahmud, M. (2012). Pemikiran Kritis Dan Kreatif.
Sazuki, N. U. (n.d.). Retrieved from Alat Berfikir:
https://www.academia.edu/11038517/ALAT_BERFIKIR
11
LAMPIRAN
12
13
14
15