Refleksi PembelajaranGIG1005 KEM EMPOWERMENT OF HUFFAZ NO PAIN, NO GAIN ! KHIDMAT AMAL & BAKTI M U A Z B I N M O H D N A J I B U 2 1 0 0 1 4 7 / 2 O C C 7 . 1 S A R J A N A M U D A P E N D I D I K A N I S L A M ( P E N G A J I A N A L - Q U R A N ) M U A Z B I N M O H D N A J I B U 2 1 0 0 1 4 7 / 2 O C C 7 . 1 S A R J A N A M U D A P E N D I D I K A N I S L A M ( P E N G A J I A N A L - Q U R A N ) JALINAN MAHABBAH
ISI KANDUNGAN BIODATA PELAJAR PENGENALAN KURSUS FASA PROGRAM -PERANCANGAN -SEMASA -SELEPAS RUMUSAN PENGENALAN PROGRAM 03 04 08-35 36 05-06 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (CLO) 07 PENGHARGAAN 38 08-21 22-32 33-35
NAMA NO. MATRIK KURSUS TAHUN/SEM SESI JAWATAN UNIT PENGLIBATAN PROGRAM OCCURANCE PENYELARAS KURSUS 04 BIODATA PELAJAR : MUAZ BIN MOHD NAJIB : U2100147/2 : SMPI (PENGAJIAN AL-QURAN) | APIUM : TAHUN 1 / SEMESTER 2 : 2023/2024 : PENGARAH : UNIT AKTIVITI DAN PROTOKOL : NO PAIN, NO GAIN ! (ASTANA BUDI SUNGAI BULOH) : OCC 7.1 : DR. MUHAMAD NASIR BIN MOHAMAD SALLEH 03
PENGENALAN KURSUS Kursus ini mendedahkan pelajar kepada khidmat kemasyarakatan dan peranan sebagai sukarelawan. Pelajar perlu merancang dan menjalankan program jalinan masyarakat secara berpasukan. Pelajar juga perlu membuat jurnal refleksi untuk merekodkan transformasi dalam diri sendiri sebelum, semasa dan selepas menjalani program jalinan masyarakat disamping membuat laporan dan pembentangan berkumpulan berdasarkan pengalaman bersama komuniti atau masyarakat tempatan. GIG1005 kursus Jalinan Masyarakat (JM) dengan 2 jam kredit pembelajaran yang ditawarkan kepada semua pelajar Universiti Malaya, kecuali pelajar Fakulti Pergigian. 04
Antara program dijalankan ialah program No Pain, No Gain yang menyasarkan kepada 40 orang golongan HIV, AIDS dan gelandangan. Program ini dijalankan di Pusat Perlindungan Astana Budi, Sungai Buloh, Selangor. Tujuan utama program ini bagi Memupuk kemahiran insaniah seperti komunikasi, keyakinan diri, kerja berpasukan dan sebagainya melalui aktiviti yang dijalankan. Di samping itu, Meraikan golongangolongan HIV, AIDS dan gelandangan, berkongsi kegembiraan di samping memberi pendedahan ilmu kepada mereka. Namun, tidak indah andai tidak diselang-seli dengan momen-momen ukhwah untuk meruntuh tembok antara mahasiswa/i dan golongan istimewa. Program yang bertemakan Mahasiswa Prihatin, Masyarakat Terjamin di bawah anjuran Mahasiswa/i Sarjana Muda Pendidikan Islam Tahun 1 Semester 2 Sesi 2023/2024 yang mempunyai objektif yang sangat signifikan berteraskan akademik serta ke arah melahirkan produk universiti yang lebih mesra masyarakat. Oleh itu, beberapa program ke arah menterjemahkan pendefinisian mesra masyarakat dalam berbentuk praktikal telah dirangka. Mahasiswa/i dari Sarjana Muda Pendidikan Islam telah merancang program yang menyasarkan masyarakat awam secara fizikal dengan harapan memberi kesan dan impak yang lebih mendalam kepada komuniti tersebut. Ia mempunyai matlamat dalam memberi pendedahan kepada masyarakat tentang perkaitan antara kepentingan penghayatan dalam ilmu pengetahuan yang jitu terhadap agama Islam serta sahsiah ke arah pembentukan nilai mahmudah dalam diri dan menjalinkan hubungan yang akrab di antara kalangan mahasiswa/i dengan masyarakat yang disasarkan. Selain itu, program Kem Empowement of Huffaz buat anak-anak al-hafiz di Maahad Tahfiz Al-aqsa, Shah Alam, Selangor. Program ini memberi peluang kepada anak-anak al-hafiz untuk membina jati diri kepimpinan. Program ini bukan sekadar itu sahaja namun ia juga dapat mengeratkan ukhuwah di antara mahasiswa/i dengan pelajar tahfiz serta diselitkan dengan slot-slot yang memberi pendedahan tentang ilmu Islam bagi memantapkan perjalanan seorang penghafaz al-quran dan mahasiswa/i SMPI. PENGENALAN PROGRAM 05
Dan program yang keempat bagi kursus Jalinan Masyarakat sesi ini ialah Program Jalinan Mahabbah. Program ini dijalankan di Pusat Perumahan Rakyat (PPR) Sentul Murni, Kuala Lumpur. Program seumpama ini umpama memberi nafas kepada golongan asnaf untuk membina silaturrahim antara mahasiswa/i yang prihatin dan peka dengan keperluan masyarakat awam. Antara objektif program iniialah memberikan ibrah kepada kanakkanak tentang perkaitan antara aktivitiaktiviti yang dijalankan dengan kehidupan.Terdapat aktiviti yang menarik bagi mengisi lapang anak-anak PPR tersebut Terdapat juga Program Khidmat Amal Dan Bakti Pelajar Um Di Darul Futuh yang memfokuskan kepada nilai kesukarelawanan untuk diterapkan kepada mahasiswa.Sasaran program ini ialah pelajar madrasah itu sendiri. Antara objektif yang diterapkan ialah meningkatkan kerjasama dan rasa tanggungjawab komuniti untuk memelihara keselesaan tempat ibadah seterusnya bersemangat beribadah. Bukan sekadar itu sahaja, mahasiswa juga akan meluaskan jaring komunikasi antara mahasiswa/i dengan orang awam di samping beramah mesra antara satu sama lain, memandangkan madrasah ini amat dekat dengan masyarakat setempat di kawasan sekitar sana. 06
Bertepatan dengan objektif kursus Jalinan Masyarakat, saya dapat meningkatkan nilai jati diri dalam memberi khidmat kemasyarakatan dan memahami peranan sebagai sukarelawan, nilai belas kasihan dan nilai kebersamaan bersama masyarakat sekitar. Kursus ini sangat memberi kesan dalam diri saya sebagai seorang mahasiswa dan pendidik. Manakan tidak, saya perlu merancang masa saya dengan baik dan mempersiapkan diri untuk menempuh cabaran pada masa akan datang. Bertititk tolak dari gerak kerja program, saya dapat menyaksikan sendiri peningkatan dalam diri sendiri dari segi kepimpinan dan pengurusan. Dari aspek kognitif, amanat sebagai Timbalan Pengarah dan MT payungan unit sedikit sebanyak mendedahkan saya kepada ilmu kepimpinan dan ilmu berorganisasi. Ilmu yang sangat bermanfaat dan sangat diperlukan untuk seorang mahasiswa yang holistik. Selain itu, dari aspek afektif saya dapat bekerjasama dan saling menolong antara satu sama lain. Secara tidak langsung ia membantu emosi kita tatkala merasa tidak mampu melakukan sesuatu perkara dan sedikit sebanyak dapat merapatkan ukhwah antara kami, berkenalan dan mecipta kenangan pahit manis bersama. sungguh, jika ingin diceritakan banyak manfaat yang saya peroleh dari kursus ini yang membina jati diri dan kemahiran dalaman saya. Dan semestinya, saya akan salurkan untuk program yang akan datang. HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (CLO) 07
FASA PERANCANGAN 08
Minggu 1 Gerak kerja Jalinan Masyarkat dimulakan dengan pendaftaran modul dalam sistem MAYA pada hari Ahad, 3 Mac 2024. Pada hari tersebut,kebanyakan pelahjar tertanyatanya Occurance manakah sepatutnya pelajar SMPI daftar. Saya selaku wakil pelajar menyarankan kepada rakan-rakan mendaftar occurance 5 rentetan daripada kuotanya yang banyak dan masalah ini tidak terhenti setakat ini. Namun apakan daya ada segelinti rakan saya terpaksa berusuan dengan staf pentadbiran Bahagian Ijazah Dasar untuk urusan penukaran occurance. Pada 7 Mac 2024, satu taklimat kursus GIG1005 Jalinan Masyarkat diadakan oleh Penyelaras sendiri iaitu Dr. Muhamad Nasir bin Mohamad Salleh. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk pendedahan makluman awal kursus dan pro-forma kepada pelajar yang mengambil kursus ini. Rata-rata pelajar semangat dan berkomited untuk melaksanakan program bersama pihak komuniti demi memakmurkan nama varsiti tercinta. Tangkap layar taklimat pro-forma Jalinan Masyarakat bersama penyelaras kursus, Dr. Muhamad Nasir bin Mohamad Salleh Tangkap layar ketiadaan occurance subjek GIG1005 Jalinan Masyarakat untuk pelajar SMPI Tangkap layar kronologi penukaran occ subjek GIG1005 Jalinan Masyarakat, gara-gara terdaftar subjek awal Tangkap layar taklimat kursus Jalinan Masyarakat bersama penyelaras kursus, Dr. Muhamad Nasir bin Mohamad Salleh 09
16 Mac 2024 Hebahan Calon Majlis Tertinggi JM 23/24 Aku amat terkejut apabila diriku dinaikkan sebagai Pengarah bagi kursus ini. Sejujurnya, ramai lagi rakan-rakanku yang lebih layak jika dibandingkan dengan diriku.Namun, atas kepercayaan rakan-rakan ku, diriku akan cuba yang terbaik walapun diri ini tidak baik. Pengundian Calon MT Jalinan Masyarakat Minggu 2 11-13 Mac 2024 Selepas taklimat kursus Jalinan Masuarakat disampaikan, kami sebulat seuara intuk mengadakan undian bagi tujuan memilih Majlis Tertinggi Jalinan Masyarakat. Undian dilakukan memlalui platform google form yang diken=dali oleh Majlis Perwakilan Pelajar Tahun 1. Tangkap layar Pengundian Calon Majlis Tertinggi kursus Jalinan Masyarakat 17 Mac 2024 Penubuhan group whatsapp Jalinan Masyarakat Group ini ditubuhkan sebagai wasilah komunikasi antara MT untuk merancang dan merangka program-program yang akan dijalankan sepanjang semester 2 sesi 2023/2024. 22 Mac 2024 Perbincangan Organisasi dan Unit Jalinan Masyarakat sesi 2023/2024 Pemilihan AJK bagi setiap unit program Jalinan Masyarakat & Pembahagian MT Payungan bagi setiap unit dan program 24 Mac 2024 Mesyuarat bil.2 MT Penyelaras -Perbincangan lanjutan mengenai program-program yang akan dilaksanakan 24 Mac 2024 Mesyuarat bil.2 MT Penyelaras -Perbincangan lanjutan mengenai program-program yang akan dilaksanakan Minggu 3 Perbincangan giat dilaksanakan 10
27 Mac 2024 Membuat tinjauan corak baju Jalinan Masyarakat -Majoriti pelajar membuat keputusan untuk menggrafikkan semula corak baju untuk kegunaan program Jalinan Masyarakat CUTI PERTENGAHAN SEMESTER / HARI RAYA AIDILFITRI ( 8-14 APRIL 2024 ) 26 Mac 2024 Perjumpaan MT Penyelaras Jalinan Masyarakat diadakan buat pertama kalinya di bilik pensyarah penyelaras kursus sendiri. Pada waktu ini, kami membentangkan idea kami berkaitan program yang akan dilaksanakan. Minggu 4 Perjumpaan MT penyelaras bersama penyelaras kursus Minggu 5 1 April 2024 Pelantikan MT bagi setiap Program -Penubuhan group Whatsapp MT Penyelaras bersama MT program Atas saranan penyelaras kursus, MT penyelaras mewujudkan lagi MT bagi setiap orogram yang merangkumi Pengarah, Setiausaha dan Bendahari. Memandangkan semua MT penyelaras dan MT program sudah membuat persiapan yang rapi, maka pelajar pun boleh menikmati cuti dengan tenang, namun gerak kerja bersasar masih tetap dijalankan antaranya pengisian Spreadsheet pelajar untuk sertai jobskop unit program. 31 Mac 2024 Pelantikan Majlis Tertinggi Program -Hebahan tidak rasmi teah dibuat dalam group whatsapp antara Majlis Tertinggi Penyelaras Sesi fotogorafi setelah MT Penyelaras selesai membuat perbincangan bersama penyelaras kursus. Tangkap layar tinjauan design baju Jalinan Masyarakat Tangkap layar Senarai Nama Majlis Tertinggi bagi setiap program Penyelaras menyokong idea-idea kami dan memberikan cadangan penambahbaikan terhadap cadangan program yang telah dirancang. Kesimpulannya, perancangan kami disambut baik oleh penyelaras kursus. 11
Minggu 6 12 16 April 2024 Penubuhan group whatsapp setiap program Pelaksanaan Kertas Kerja Projek, pembinaan tentatif dan penetapan tarikh dan tempat antara topik perbincangan yang ada di dalam semua group whatsapp program. Terdapat juga penetapan tema warna untuk keempat-empat program tersebut. tangkap layar group whatsapp program yang ditubuhkan 17 April 2024 Occ 7.1 PQ dan Occ 7.2 PQ dan occ 8.1 PI mengadakan perjumpaan bagi membincangkan pengisian program. 18 April 2024 Occ 8.1 PQ mengadakan perjumpaan bagi membincangkan pengisian program dan menubuhkan group unit program mereka 21 April 2024 Pemakluman berkenaan google drive bagi kegunaan subjek Jalinan Masyarakat Penubuhan Group MT program dan Group Unit Program Occ 7.1 PQ - Setiap ahli unit senaraikan barang keperluan dlm sheets unit logistik Mesyuarat MT program Occ 7.1 PQ - bincang tentatif - skop gerak kerja unit - semakan kkp Penubuhan Group Whatsapp MT Program Occ 8.2 PI -Mesyuarat pertama Occ 8.2 PI Perbincangan program tangkap layar penubuhan link google drive Jalinan Masyarakat tangkap layar penubuhan link google drive Jalinan Masyarakat
Travel and Lifestyle 09 22 April 2024 Perjumpaan fizikal MT program bersama Ketua Unit - perjalanan program - pembentangan implikasi kewangan - pembentangan gerak kerja setiap unit Penubuhan group whatsapp setiap unit program Occ 7.2 PQ 26 April 2024 Makluman daripada penyelaras kursus berkaitan pembentangan Kertas Kerja Program Perjumpaan online MT program occ 7.1 bersama Ketua Unit - semakan terakhir tentatif - update gerak kerja unit - semakan design poster utama Perjumpaan online MT program occ 7.1 bersama Ketua Unit - semakan terakhir tentatif - update gerak kerja unit - semakan design poster utama Minggu 7 tangkap layar mesej penyelaras kursus berkaitan pembentangan KKP 27 April 2024 Mesyuarat penerangan gerak kerja bendahari program bersama Unit Dana dan Tajaan - penerangan tentang crowdfunding ( dana luar dan dana dapatan sendiri ) - Anggaran belanjawan 28 April 2024 Pemakluman maklumat Pihak Pengurusan Astana Budi berkaitan program Occ 7.1 PQ 13
Travel and Lifestyle 09 29 April 2024 Perjumpaan MT Penyelaras dengan MT program bersama Penyelaras kursus bagi pembentangan Kertas Kerja Projek (KKP) program - Pembentangan KKP - Penambahbaikan KKP dari penyelaras kursus Minggu 8 Mesyuarat MT program bersama Ketua Unit Occ 7.2 PQ Mesyuarat MT program bersama Ketua Unit Occ 7.2 PQ Input mesyuarat MT program bersama Ketua Unit Occ 8.2 PI 30 April 2024 Pemakluman berkenaan kutipan dana bagi program-program di bawah subjek Jalinan Masyarakat Pihak Majlis Tertinggi Jalinan Masyarakat bersepakat untuk memohon jasa baik semua pelajar untuk mencari dana sekurangkurangnya RM50 setiap orang. Semua transaksi perlu disalurkan kepada Bendahari Jalinan Masyarakat iaitu Meor Hamzi. Ketika ini saya berharap sangat agar Allah permudah urusan kutipan dana ini. Rasa takut, segan dan lain-lain ada pada waktu tersebut. tangkap layar notis awal kutipan dana 1 Mei 2024 Gerak Kerja Occ 7.1 PQ - Penghantaran KKP - Kemaskini senarai barang keperluan daripada unit logistik - sewa barangan melalui PMAPIUM 14
2 Mei 2024 Pemakluman perubahan program Occ 8.1 Pemakluman perubahan program disebabkan bertembung dengan peperiksaan sekolah Perubahan Program Amali Sembelihan kepada Program Imarah Madrasah Perjumpaan dan Perbincanganbersama ahli - Perbincangan Tentatif Baharu - Penetapan Tarikh 3 Mei 2024 Site Visit Astana Budi Sungai Buloh - semakan tentatif dgn pihak Astana Budi - Pertanyaan soalan berbangkit - survey tempat untuk setiap aktiviti Mesyuarat ketiga Occ 8.2 PI - Pembentangan kkp baharu - peringatan / update skop kerja setiap unit - Hal-hal berbangkit Mesyuarat ketiga Occ 8.2 PI - Pembentangan kkp baharu - peringatan / update skop kerja setiap unit - Hal-hal berbangkit Gambar bersama Ustaz Mahdan Mohamed, Pengurus Pusat Perlindungan Astana Budi 5 Mei 2024 Maklumat berkenaan baju Jalinan Masyarakat dan pembayaran. Pembayaran akan disalurkan kepada Bendahari Tahun 1, Tangkap layar butiran pembelian baju Jalinan Masyarakat Site Visit Occ 8.1 PI di Madrasah Darul Futuh, Paya Jaras Gambar Pengarah program, Muhammad Al Faruq bersama pengurus Madrasah Darul Futuh, Paya Jaras Occ 7.1 PQ mendapat makluman bahawa permohonan pengangkutan bas UM tidak berjaya. Solusinya kami bertekad untuk sewa bas luar. Antara Ahli Jawatankuasa Occ 8.1 PI yang melawat kawasan di Madrasah Darul Futuh 15
Hebahan berkenaan biayasama (crowdfunding) Jalinan Masyarakat Poster hebahan crowdfunding Dalam sesi pencarian dana ini, kami menyasarkan sebanyak RM2500 bagi menapung aktiviti dan keperluan program. alhamdulillah, kutipan dana lebih dari sasaran. Dalam sesi pencarian dana ini, kami menyasarkan sebanyak RM2500 bagi menapung aktiviti dan keperluan program. alhamdulillah, kutipan dana lebih dari sasaran. Ahli Jawatankuasa Occ 7.1 PQ Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Occ 7.2 PQ 12 Minggu 9 6 Mei 2024 Mesyuarat fizikal Occ 7.1 & Occ 7.2 PQ -pembentangan masterplan oleh Unit Protokol -pendedahan jobskop setiap unit 7 Mei 2024 Penubuhan platform Instagram Jalinan Masyarakat Akaun instagram ini dikendalikan oleh Unit Multimedia dan Teknikal Jalinan Masyarakat. Tangkap layar akaun instagram Jalinan Masyarakat Perjumpaan dan Perbincangan bersama penyelaras program JM - Penambahbaikan dan persetujuan dari penyelaras kursus Suasana perbincangan dan pembentangan KKP kepada penyelaras kursus yang melibatkan Penyelaras kursus, MT Penyelaras & MT program di bilik pejabat. 16
13 Makluman berkenaan biayasama (crowdfunding) Jalinan Masyarakat secara tunai Tangkap layar makluman pembayaran tunai oleh Timbalan Bendahari JM 8 Mei 2024 Penyediaan surat pelepasan bagi pelajar PALAPES dan SUKSIS Tangkap layar makluman kepada pelajar yang memerlukan surat pelepasan untuk menyertai program Jalinan Masyarakat Tangkap layar surat pelepasan yang dikumpulkan dalam google drive Tangkap layar surat pelepasan yang dikumpulkan dalam google drive Semakan design cenderahati dan barangan logistik Occ 7.1 PQ Semakan design cenderahati dan barangan logistik Occ 7.1 PQ Site Visit Occ 7.2 PQ di Perkampungan Orang Asli Bukit Tadom oleh Pengarah program, Muhammad Afnan dan ketua unit makanan & kebajikan , Wan Hamzah - perbincangan berkenaan program bersama dengan Pengerusi JPKK - melawat kawasan untuk kesesuaian pelaksanaan aktiviti Site Visit Occ 7.2 PQ di Perkampungan Orang Asli Bukit Tadom oleh Pengarah program, Muhammad Afnan dan ketua unit makanan & kebajikan , Wan Hamzah - perbincangan berkenaan program bersama dengan Pengerusi JPKK - melawat kawasan untuk kesesuaian pelaksanaan aktiviti 9 Mei 2024 Makluman cara tuntut wang pembelian Jalinan Masyarakat oleh Timbalan Bendahari JM, Siti Sofiah Kemaskini pembelian baju JM Hebahan berkenaan biayasama (crowdfunding) Jalinan Masyarakat kali kedua Makluman berkenaan tarikh tidak diluluskan oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) - perbincangan berkenaan pertukaran tarikh program rentetan tarikh asal tidak diluluskan oleh pihak JKOA - bersetuju anjak kepada tarikh baru iaitu 26 Mei 2024 Tangkap layar notis cara tuntut duit JM Tangkap layar notis pertukaran tarikh occ 7.2 PQ 17
18 11 Mei 2024 Site Visit Occ 8.2 PI di PPR Sentul Murni - Perbincangan program yang bakal dijalankan - Perbincangan keperluan yang perlu disewa - Penerimaan pihak PPR Sentul Murni terhadap Program Jalinan Mahabbah Occ 8.2 PI Hebahan berkenaan biayasama (crowdfunding) Jalinan Masyarakat kali ketiga Minggu 10 Mesyuarat fizikal Occ 7.2 PQ - Penukaran Program daripada Menyantuni Orang Asli kepada Kem Empowerment of Huffaz Tangkap layar notis mesyuarat fizikal occ 7.2 PQ Sesi bergambar Ahli Jawatankuasa occ 7.2 PQ . Pengarah JM pun nak selit sekali 14 Mei 2024 Mesyuarat MT Penyelaras bersama MT Program - kemaskini gerak kerja setiap program ( setiap unit ) - isu-isu berbangkit berkaitan ahli JM - Penyerahan plaque cenderahati APIUM kepada setiap program Sesi bergambar bersama MT Penyelaras dan MT program di Bilik Seminar 3 Sesi bergambar pengarah penyelaras bersama pengarah-pengarah program yang berwibawa Hebahan berkenaan biayasama (crowdfunding) Jalinan Masyarakat kali keempat
19 14 Mei 2024 Penghantaran kertas kerja program Occ 7.2 PQ kepada pihak Maahad Tahfiz Al-Aqsa. Alhamdulillah, diluluskan. Mesyuarat keempat Occ 8.2 PI - penerangan tentatif - kemaskini gerak kerja setiap unit - Hal-hal berbangkit Mesyuarat Occ 8.2 PI diadakan di BS 4 16 Mei 2024 Site Visit Maahad Tahfiz Al-Aqsa - berjumpa dengan Mudir MTA - melawat kawasan MTA dan Surau AlAmeen Berjaya Park 17 Mei 2024 Hebahan berkenaan biayasama (crowdfunding) Jalinan Masyarakat kali kelima 18 Mei 2024 Hebahan Program Occ 8.2 PI Jalinan MahabbahMesyuarat kelima, perkampungan dan persiapan terakhir Occ 8.2 PI Raptai penuh program Jalinan Mahabbah Perkampungan Occ 7.2 PQ - pembentangan master plan oleh ketua unit protokol - pembentangan gerak kerja terakhir oleh semua unit - rehearsal pelaksanaan program Wakil Ahli Jawatankuasa Occ 7.2 PQ bersama Mudir Maahad Tahfiz Al-Aqsa, Ustaz Daniel Sallehi Wakil Ahli Jawatankuasa Occ 7.2 PQ bersama Mudir Maahad Tahfiz Al-Aqsa, Ustaz Daniel Sallehi Suasana Maahad Tahfiz Al-Aqsa Poster Utama program Occ 8.2 PI Jalinan Mahabbah Poster Utama program Occ 8.2 PI Jalinan Mahabbah Perkampungan akhir persiapan sebelum ke program di Ruwaq Akademiyyah Perkampungan akhir persiapan sebelum ke program di Ruwaq Akademiyyah Perkampungan Occ 7.2 PQ, perbincangan aturvara program di surau KK8 Perkampungan Occ 7.2 PQ, perbincangan aturvara program di surau KK8
Tyke Magazine 20 Pemakluman penukaran Tarikh program Occ 8.1 PI - 8 Jun ke 9 Jun Tangkap layar notis perubahan tarikh progam Occ 8.1 PI Minggu 11 20 Mei 2024 Hebahan berkenaan biayasama (crowdfunding) Jalinan Masyarakat kali keenam 21 Mei 2024 Hebahan Program Occ 7.2 PQ Kem Empowerment of Huffaz Poster Utama program Occ 7.2 PQ Kem Empowerment of Huffaz Poster Utama program Occ 7.2 PQ Kem Empowerment of Huffaz 23 Mei 2024 Mesyuarat Occ 8.1 PI - Perbincangan Tentatif - Pembentangan Gerak Kerja setiap Unit 23 Mei 2024 Mesyuarat Occ 8.1 PI - Perbincangan Tentatif - Pembentangan Gerak Kerja setiap Unit 30 Mei 2024 Mesyuarat online Occ 8.1 PI - Pembentangan Tentatif dan Pembahagian Tugas - Pembentangan Gerak Kerja setiap Unit Tangkap layar notis mesyuarat online Occ 8.1 PI . Ketika ini saya tidak berkesempatan untuk turut serta disebabkan ada kekangan Minggu 12 1 Jun 2024 Hebahan penutupan biayasama (crowdfunding) Jalinan Masyarakat Minggu 13
17 3 Jun 2024 Pemakluman perubahan nama Program Occ 8.1 PI - Program Imarah Madrasah kepada Program Khidmat Amal dan Bakti Mahasiswa UM di Darul Futuh Tangkap layar informasi berkenaan penukaran nama program daipada pihak Maahad Tahfiz. Mujurlah kami belum mencetak banner untuk kegunaan program. 6 Jun 2024 Perjumpaan dan rehearsal Occ 7.1 PQ program No pain, No gain Perjumpaan ini merangkap perkampungan kami sebagai persiapan akhir sebelum mengadakan program. Semua unit membentangkan gerak kerja mereka. Unit Dana dan Tajaan meminta semua ahli jawatankuasa menulis kata-kata semangat di atas kad ucapan untuk dihadiahkan kepada warga Astana Budi Perjumpaan ini merangkap perkampungan kami sebagai persiapan akhir sebelum mengadakan program. Semua unit membentangkan gerak kerja mereka. Unit Dana dan Tajaan meminta semua ahli jawatankuasa menulis kata-kata semangat di atas kad ucapan untuk dihadiahkan kepada warga Astana Budi 7 Jun 2024 Hebahan program Occ 7.1 PQ program No pain, No gain 8 Jun 2024 Perkampungan Program Occ 8.1 PI Progam Khidmat Amal dan Bakti Pelajar UM di Darul Futuh Pembentangan Gerak Kerja setiap Unit - Rehearsal Perjalanan Program Poster Utama program Occ 8.1 PI Program Khidmat Amal & Bakti pelajar UM di Darul Futuh Poster Utama program Occ 8.1 PI Program Khidmat Amal & Bakti pelajar UM di Darul Futuh Poster Utama program Occ 7.1 PQ No Pain, No Gain Poster Utama program Occ 7.1 PQ No Pain, No Gain Hebahan Program Occ 8.1 PI Program Khidmat Amal & Bakti pelajar UM di Darul Futuh Hebahan Program Occ 8.1 PI Program Khidmat Amal & Bakti pelajar UM di Darul Futuh 21
FASA SEMASA 22
Minggu 9 19 Mei 2024 Program Jalinan Mahabbah anjuran Occ 8.2 PI Program pembuka tirai Jalinan Masyarakat sesi 2023/2024.Sebanyak 6 buah kereta telah bertolak ke PPR Sentul Murni pada pukul 7.30 pagi. Setibanya disana, AJK menurunkan barang-barang didewan komuniti dan berjumpa dengan pihak pengurusan PPR iaitu Puan Noor untuk mengambil barang-barang yang ingin disewa seperti meja, kerusi, speaker dan lain-lain. Setelah itu, kami menyusun kerusi dan meja mengikut susunan “Floor plan” yang telah disediakan oleh unit protokol occ 8.2 PI. Program dimulakan dengan bacaan doa dari saudara sofwan,seterusnya ucapan perasmian daripada pengerusi PPR Sentul Murni iaitu Encik Zaini bin Abdullah. Seramai 28 orang peserta kanak-kanak yang telah hadir pada hari tersebut yang mana ia telah melebihi jumlah sasaran yang telah kami pinta dari pihak pengurusan PPR Sentul Murni. Cuba teka merupakan nama bagi permainan kedua. Peserta perlu melakonkan haiwan yang pic tunjukkan secara sembunyi kepada si pelakon dan ahli kumpulan lain perlu meneka haiwan yang dilakonkan. Legoland! Berikut merupakan nama bagi permainan ketiga. Permainan ini menguji daya ingatan kanak-kanak kerana mereka hanya diberikan beberapa saat sahaja untuk melihat gambaran susunan lego dan menyusunnya tanpa melihat gambar yang ditunjukkan oleh pic. Saya melihat kanak-kanak ini begitu bersemangat dan bijak dalam menyusun strategi permainan. Program diteruskan lagi dengan slot aktiviti yang mana permainan pertama diberi nama ‘Bingo Challenge’. Kanak-kanak perlu memasukkan bola pingpong ke dalam bekas telur yang mempunyai markah yang tinggi dan kumpulan yang paling banyak markah merupakan pemenang. Aktiviti ini dapat menjadikan kanakkanak tersebut lebih fokus dalam mencapai kejayaan yang diimpikan. Peserta bergilir gilir dalam melakonkan dan meneka. Aktiviti ini dapat menjadikan kanakkanak tersebut seorang yang kreatif dalam menyampaikan maklumat. 23
Setelah slot aktiviti permainan tamat, majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang. Kanak-kanak yang menyertai kelihatan begitu gembira kerana mendapat hadiah yang mewah dan lumayan buat mereka. Bukan itu sahaja, walaupun jumlah peserta bertambah, kami dapat menguruskan penagagihan hadiah sebaiknya. Sesi bersama kanak-kanak diakhiri dengan jamuan makan bersama-sama. Menu makanan yang telah ditempah ialah nasi 3 budak gemuk dimana sambal diasingkan kerana dikhuatiri terdapat kanak-kanak yang tidak memakan pedas. Unit makanan telah melakukan persiapan yang sangat baik dengan mengambil makanan yang telah ditempah dan menyediakan air di dalam cawan bagi memudahkan proses pengagihan. Akhir sekali, program Jalinan Mahabbah kami diteruskan lagi dengan sesi pengagihan bantuan kepada golongan asnaf. Kami telah dibahagikan kepada 4 kumpulan, dan setiap kumpulan akan memberi bantuan ke dua buah rumah yang telah ditetapkan. Kami telah dibantu oleh ketua blok PPR dalam sesi pengagihan. Mereka telah menunjukkan jalan kepada kami bagi memudahkan proses pengagihan dijalankan. Setibanya di setiap rumah, kami turut bertanyakan sedikit soalan seperti “Adakah Yb di kawasan ini pernah turun memberi bantuan?” . Melihat keadaan mereka di sana, membuatkan kami bersyukur dengan nikmat yang Allah telah berikan kepada kami. Program telahpun berakhir pada jam 2 petang dan kami semua pelung ke Universiti Malaya. 24
Minggu 10 22 Mei 2024 Program Kem Empowerment of Huffaz anjuran Occ 7.2 PQ Bermulanya program Kem Empowerment of Huffaz. Saya secara tiba-tiba dijemput oleh saudara Afnan, Pengarah program occ 7.2 PQ. Saya bangun awal dan bersiap-siap untuk berkumpul di Surau APIUM bagi menunaikan solat subuh berjemaah sepertimana yang telah dirancang di dalam masterplan. Selesai sahaja solat subuh secara berjemaah, semua ahli berkumpul di perkarangan APIUM. Ketika itu, saudara Afnan selaku pengarah program memberikan sedikit taklimat berkaitan keselamatan ketika sebelumke lokasi program. Setelah itu, ditutupi dengan bacaan doa yang dipimpin oleh saudara Siddiqien. Kami juga berkesempatan mengambil gambar sebelum bertolak ke Maahad Tahfiz Al-Aqsa. Perjalanan bermula sekitar 7.30 pagi. Sebanyak enam kenderaan konvoi dan selamat tiba di destinasi. Setibanya di lokasi, kami semua membuat persiapan dan menyusun barangan keperluan program. Jam menunjukkan tepat pada pukul 8.00 pagi, maka bermulalah slot pertama iaitu taklimat ringkas program kepada para peserta yang mana disempurnakan oleh saudari Humaira dan diteruskan dengan sesi ice breaking yang mana sesi ini saudara Afnan yang kemudikan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan peserta begitu seronok melaluinya. Jam menunjukkan tepat pada pukul 8.00 pagi, maka bermulalah slot pertama iaitu taklimat ringkas program kepada para peserta yang mana disempurnakan oleh saudari Humaira dan diteruskan dengan sesi ice breaking yang mana sesi ini saudara Afnan yang kemudikan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan peserta begitu seronok melaluinya. Selepas daripada itu, program diteruskan dengan slot seterusnya iaitu slot Meneladani Kepimpinan Sultan Al-Fateh yang disampaikan oleh Dr Redzuan yang merupakan tenaga pengajar dari KISAS. Banyak perkongsian yang disampaikan oleh Al-Fadhil Dr berkenaan bagaimana kehebatan kepimpinan Sultan AlFateh sehinggakan dapat menawan Kota Konstatinopel sepertimana yang dijanjikan oleh Baginda SAW. Para peserta gembira dan mencatat input-input manfaat yang boleh diperolehi. Tidak berhenti di situ sahaja, selepas selesai slot tadi, para peserta diberi masa selama 30 minit untuk berehat. Mereka dihidangkan dengan makanan yang telah disediakan oleh unit makanan yang diketuai oleh saudara Hamzah. Setelah itu, para peserta masuk ke dalam ruang surau kembali bagi meneruskan slot seterusnya. Slot Seterusnya adalah slot Motivasi AlQuran yang mana slot ini dibawa oleh saudara Afnan.Alhamdulillah, dapat disempurnakan dengan baik dan semua peserta tekun mendengar serta menyalin nota yang mereka dapat sepanjang slot dijalankan. 25
Program diteruskan lagi dengan slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Slot ini membawa konsep kepimpinan yang mana dipimpin oleh saudari Humaira. Banyak aktiviti dalam kumpulan yang telah dijalankan dan semua peserta enjoy dengan aktiviti yang dijalankan. Mogamoga dapat memupuk sifat kepimpinan dalam diri setiap pemain. In Syaa Allah. Program berhenti seketika bagi memberi ruang kepada peserta untuk makan tengahari dan menunaikan solat zohor secara berjemaah. Pada jam 2.00 petang, semua peserta berkumpul semula bagi meneruskan kembali slot seterusnya iaitu sesi explore race. Terdapat pelbagai checkpoint yang begitu menarik dihidangkan kepada para peserta dan setiap checkpoint mempunyai cabaran yang berlainan. Program berhenti seketika bagi memberi ruang kepada peserta untuk makan tengahari dan menunaikan solat zohor secara berjemaah. Pada jam 2.00 petang, semua peserta berkumpul semula bagi meneruskan kembali slot seterusnya iaitu sesi explore race. Terdapat pelbagai checkpoint yang begitu menarik dihidangkan kepada para peserta dan setiap checkpoint mempunyai cabaran yang berlainan. Jadi semua peserta perlu berkerjasama mengikut kumpulan masing-masing bagi menyelesaikan kesemua checkpoint. Antara checkpoint yang ada ialah checkpoint “ingat atau lupa” yang checkpoint ini peserta perlu murajaah ayat quran dan angkat ditebuk secara random. MasyaAllah,terasa kagum dengan kehebatan peserta yang dapat menjawab soalan yang ditanya dan kadang kala terhibur dek kerana gelagat peserta yang kecil yang tidak dapat menjawab soalan ditebuk. Selesainya slot explore race, tibalah kemuncak program iaitu Majlis Perasmian Penutupan Kem Empowerment Of Huffaz. Program ini telah dirasmikan sendiri oleh Mudir MTA iaitu Ustaz Daniel Sallehi dan dilengkapi dengan pemberian hadiah kepada pemenang explore race serta cenderahati kepada semua pihak yang terlibat. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan terasa ringan setelah majlis ini berjalan dengan begitu jaya dan lancar. 26
8 Jun 2024 Program No Pain, No Gain anjuran Occ 7.1 PQ Setibanya kami di sana, kami terus berkumpul di dewan makan Astana Budi bagi memulakan slot 1 iaitu sesi taklimat berkaitan pentadbiran dan pengurusan di Astana Budi, Sungai Buloh. Taklimat disampaikan oleh Ustaz Mahdan Mohamed, Pengurus Pusat Perlindungan Astana Budi. Usai taklimat, kami dan para penghuni Astana Budi saling memperkenalkan diri. Ceria wajah-wajah mereka di sana. Senyuman mereka membuatkan kami berasa gembira kerana kedatangan kami untuk menjalankan program Jalinan Masyarakat ini disambut baik oleh penghuni di sana. Minggu 13 Seawal 6.00 pagi saya menyiapkan diri untuk persiapan ke program.Semua pelajar diarahkan berkumpul pada 7.30 pagi di hadapan gelanggang squasy sekitar APIUM. Setibanya semua kawan-kawan di hadapan gelanggang squasy, unit logistik dan tugastugas khas mengedarkan tagging ajk. Hasilnya amat kemas. Kira-kira jam 8.00 pagi, kami bertolak dari APIUM ke Pusat Perlindungan Astana Budi, Sungai Buloh. Kenderaan yang terlibat ialah sebuah bas dan sebuah kereta sewa.Kereta yang disewa tujuannya untuk membawa barangan logistik dan untuk tujuan kecemasan jika memerlukan. Semua ahli jawatankuasa menaiki bas kecuali Hakim dan Wafi yang menaiki kereta sewa. Hampir 600 meter sebelum tiba di lokasi,alangkah sayangnya tiba-tiba bas tidak dapat mampu tempuhi jalan yang kecil dan sempit.Kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki beramai-ramai. Kami tersesat di pertengahan jalan kerana rupa-rupanya penunjuk arah yang di hadapan. Tapi tidak mengapa, pengalaman itu mendewasakan. Hampir 600 meter sebelum tiba di lokasi,alangkah sayangnya tiba-tiba bas tidak dapat mampu tempuhi jalan yang kecil dan sempit.Kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki beramai-ramai. Kami tersesat di pertengahan jalan kerana rupa-rupanya penunjuk arah yang di hadapan. Tapi tidak mengapa, pengalaman itu mendewasakan. Seterusya, kami meneruskan gerak kerja ke slot 2 iaitu sesi gotong-royong dan mengecat di kawasan persekitaran Astana Budi. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama perlu mengecat pagar Pusat Perlindungan Astana Budi manakala kumpulan 2 perlu mengecat dinding luar di sekitar bangunan tersebut. Saya mengambil nahagian keuda-dua bahagian tersebut. Walaupun bilangan stroller yang terhad, namun kami bekerjasama untuk mengecat sambil bergotong-royong. 27
Pada sesi rehat, mahasiswi berheat di bilik pengurusan tingkat atas Asatana Budi manakala mahasiswa berehat di ruangan bawah sambil beramah mesra dengan penghuni Astana Budi. Selepas solat zohor, program diteruskan dengan slot 3 iaitu “We Care 4 You”. Kami membawa pelbagai permainan yang boleh dimainkan bersama penghuni-penghuni di sana. Kami main permainan sambil berbual mesra. Untuk slot 4, unit logistik dan unit makananditugaskan untuk menyediakan makan petang untuk penghuni di Pusat Perlindungan Astana Budi serta ahli kumpulan kami yang lain. Kami menyediakan sandwich telur hancur dan sandwich sardin. Pihak pengurusan Astana Budi telah menjamu makanan tengah hari kepada kami. Walaupun pada awalnya Unit Makanan dan Kebajikan menatur untuk menempah makanan luar untuk program, tetapi rezeki tidak boleh dihalang.Alhamdulilah atas nikmat yang sangat banyak ini. Dalam pada unit logistik dan unit makanan menyediakan makan petang, slot 4 iaitu slot perkongsian ilmu bersama Syeikh Jahid Sidek al-Khalidi sedang berlangsung di bangunan Refleksologi Perubatan Islam (RSI) Astana Budi yang disertai oleh ahli kumpulan JM 7.1 yang lain. Setelah semua slot selesai, kami pun bergerak semula ke dewan makan untuk makan petang bersama penghuni-penghuni di Astana Budi. 28
Kami mengakhiri program kami dengan setiap seorang memberikan cenderahati besertakan kad yang telah ahli kumpulan saya tulis bersama pada perjumpaan akhir kami pada hari Khamis, 6 Jun 2024 tempoh hari lalu berpamitan untuk pulang ke UM. Kami pulang lewat sedikit daripada tentatif yang dirancang. Tapi tidak mengapa, ini merupakan masa tambahan untuk kami untuk membuat sentuhan kasih sesama. Sesi bergambar sesama ahli jawatankuasa occ 7.1 PQ yang sangat berkomited Alhamdulillah, kami selamat tiba di UM sekitar 7.40 malam. Kami bergegas untuk solat maghrib dan memulangkasn semula barangan aset sewaan yang disewa sepeti portable, microphone, dulang hadiah dan sebagainya. Ditemani langit yang amat cantik sempena penutupan tirai program Occ 7.1 PQ No Pain, No Gain ! Gambar langit pada waktu maghrib yang amat cantik yang ditangkap oleh Ketua unit Multimedia, Hakim Fathihin 29
Minggu 13 9 Jun 2024 Program Khidmat Amal & Bakti pelajar UM di Darul Futuh anjuran Occ 8.1 PI Seawal jam 6.30 pagi ahli jawatankuasa occ 8.1 PI sudah berkumpul di Akademi Pengajian Islam. Setelah semua sampai dan memasukkan barang, kami bergambar terlebih dahulu. Selesai sahaja bergambar, pengarah program, Faruq memberikan taklimat ringkas dan mengendalikan bacaan doa. Kemudian, kami terus bergerak ke Madrasah dengan enam buah kereta. Setibanya di sana, kami dapat melihat ada sebilangan kanak-kanak yang sudah sampai lebih awal. Kami terus mengeluarkan barang-barang di dalam kereta untuk di bawa masuk ke dalam madrasah. Unit Makanan dan kebajikan occ 8.1 PI membeli 7 ekor ayam dan sebotol cuka untuk memasak dan dua biji tembikai yang dianggotai oleh Ain, Syahmin, Khadijah dan Iqbal Haqq di Pasar Mini Paya Jaras berdekatan dengan Madrasah tersebut. Alhamduiliiah, rezeki kerana semua barang ada di situ dan tidak perlu pergi ke tempat lain. Penjual di situ sangat ramah. Setelah selesai membeli barang, saya melihat program belum bermula,Ain bersama Auni, Khadijah dan Fatimah menggantung dahulu telekung yang telah diwaqafkan di ampaian rak yang kami beli. 30
Kemudian, kami terus berpecah kepada tiga kumpulan iaitu memasak, gotong royong dan membuat aktiviti bersama kanak-kanak. Bagi gotong royong, majoritinya ialah pelajar lelaki dan lima orang perempuan. Tugas kami ialah, kami perlu mengosongkan bahagian atas sehinggah bersih, karpet-karpet perlu dibawa turun dan dibuang, begitu juga kitab, buku-buku dan Al-Quran yang perlu diasingkan. Ramai juga penduduk kampung yang turun padang dalam membantu kami semua. Bagi lima orang pelajar perempuan tadi pula, mereka perlu mengasingkan kitab, Al-Quran dan buku-buku bagi yang elok dan yang perlu dibuang. Bagi ayat-ayat AlQuran akan dilupuskan di kilang yang berkaitan Setelah pelajar lelaki selesai dengan tugas mereka, mereka juga turut datang membantu pelajar perempuan dengan membawa turun semua kitab dan buku-buku di bawah. Dan di bawah mereka menyusun dahulu elok-elok untuk dimasukkan ke dalam kotak. Gambar setelah gotong royong Bagi kumpulan bersama kanak-kanak pula, mereka dibahagikan kepada dua slot. Slot pertama ialah pengisian ilimiah yang disammpaikan oleh saudara Meor Hamzi. Manakala slot kedua pula ialah aktiviti dan permainan seperti relay quiz, kain batik hula hoop dan puzzle sambung ayat juz amma. 31
Tidak lupa juga kumpulan memasak yang bertugkus lumus dalam menyediakan makanan tengah hari kepada semua. Merekalah yang memotong, menggoreng, mengincar, menanak nasi, membuat air dan sebagainya. Pihak sana juga memuji masakan yang dimasak. Setelah semua selesai, program diteruskan lagi dengan majlis penutup yang telah dirasmikan oleh Encik Mohammad Syafie Bin Musa selaku pengerusi Madrasah Darul Futuh. Dalam majlis ini juga, telah disampaikan hadiah-hadiah peserta berdasarkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Di kesempatan itu juga, ahli jawatankuasa occ 8.1 PI memberikan sedikit penghargaan kepada pihak madrasah kerana sudi bekerjasama dengan kami. Namun kami tidak sangka akan mendapat juga plaque penghargaan dan hamper makanan yang mereka telah sediakan dari awal. Setelah semua selesai, program diteruskan lagi dengan majlis penutup yang telah dirasmikan oleh Encik Mohammad Syafie Bin Musa selaku pengerusi Madrasah Darul Futuh. Dalam majlis ini juga, telah disampaikan hadiah-hadiah peserta berdasarkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Di kesempatan itu juga, ahli jawatankuasa occ 8.1 PI memberikan sedikit penghargaan kepada pihak madrasah kerana sudi bekerjasama dengan kami. Namun kami tidak sangka akan mendapat juga plaque penghargaan dan hamper makanan yang mereka telah sediakan dari awal. Selesai sahaja majlis penutup, semua AJK makan secara berjemaah, kaum muslimin di ruang legar madrasah manakala kaum muslimat pula di bilik kuliah. Kemudian kami mula mengemas dan membasuh supaya tidak meninggalkan madrasah dalam keadaan yang kotor. Dan disebabkan terdapat lebihan makanan, makanya kami membungkus dan membawa balik kolej. Bagi barang-barang masakan yang tidak habis kami sedekahkan kepada pihak madrasah. 32
FASA SELEPAS 33
29 Mei 2024 Pihak APIUM memuat naik Program Occ 8.2 PI Jalinan Mahabbah 1 Jun 2024 Pihak APIUM memuat naik Program Occ 7.2 PQ Kem Empowerment Of Huffaz Minggu 11 25 Mei 2024 Post-mortem program Jalinan Mahabbah anjuran occ 8.2 PI Minggu 12 Minggu 13 3 Jun 2024 Mesyuarat post-mortem Occ 7.2 PQ Kem Empowerment of Huffaz 8 Jun 2024 Mesyuarat post-mortem Occ 7.1 PQ No Pain,No Gain 9 Jun 2024 Mesyuarat post-mortem Occ 8.1 PI Program Khidmat Amal & Bakti pelajar UM di Darul Futuh Post-mortem Occ 7.1 PQ dilakukan atas bas seusai sahaja tamat program Post-mortem Occ 7.1 PQ dilakukan atas bas seusai sahaja tamat program Sesi bergambar seusai selesai post mortem Kem Empowerment of Huffaz Sesi bergambar seusai selesai post mortem Jalinan Mahabbah Post-mortem Occ 8.1 PI dilakukan melalui whatsapp atas faktor-faktor tertentu 34
11 Jun 2024 Pengantaran tugasan refleksi individu kepada penyelaras kursus, Dr. Muhamad Nasir bin Mohamad Salleh -semua individu ditugaskan untuk mengantar refleksi tugasan individu ke bilik pejabat pensyarah kursus. 12 Jun 2024 Pembentangan Laporan program dan laporan kewangan kepada penyelaras kursus, Dr. Muhamad Nasir bin Mohamad Saleh oleh pengarah setiap program pada pukul 8.00 malam di Dewan Kuliah 1 35 Minggu 14
RUMUSAN Sebelum Jalinan Masyarakat SMPI 2023/2024 melabuhkan tirai, sukalah saya untuk mencoret pengalaman dalam mengendalikan program-program Jalinan Masyarakat. Bahtera mana yang tidak akan karam? Semua yang nail , pasi ada jatuhnya.Begitulah juga momentum naik turun sebagai Majlis Tertinggi program Jalinan Masyarakat. Antara masalah yang kami hadapi apabila pihak ketiga secara tiba-tiba tidak memberikan kelulusan,atas alasan perlu tunggu 14 hari bekerja daipada tarikh permohonan.Di sini kita perlulah reda dengan takdir Tuhan.Melalui pengalaman ini kami perlulah cakna dan berunding sebaiknya dengan pihak ketiga agar program-program akan datang dapat dijalankan dengan lebih lancar. Selain itu, masalah yang biasa dan sering kali terjadi dalam sesebuah organisasi adalah tidak dapat memberi sepenuhnya komited dalam tugas. Saya mengakui saya sendiri ada terlepas pandang atas sebab-sebab tertentu. Kami mahasiswa yang mempunyai komitmen lain, jadi tidak hairanlah jika ada satu dua perkara yang kami terlepas pandang. Jadinya, pimpinan program perlu lebih bijaksana dalam mengagihkan tugasan kepada rakan-rakan lain agar program akan datang dapat dijalankan dengan lebih lancar. Antara cadangan penambahbaikan yang perlu dipertimbangkan ialah ahli jawatankuasa unit perlu menyediakan perancangan siap seda (backup plan) untuk memastikan program-program yang bakal dilancarkan lebih berkualiti.Tidak lupa juga kepada setiap ahli perlulah sentiasa saling memperingati sesama ahli untuk menyiapkan satu-satu tugasan agar tidak seorang pun yang melepaskan tanggungjawab masing-masing. Kerana kita satu pasukan ! Antara pengajaran yang diperolehi ialah kita mestilah berbuat baik dan berbakti kepada orang lain selagi kita mampu.Hasil daripada program yang dijalankan ialah kita perlu telus dan santuni orangorang yang lebih berkeperluan berbanding kita. Kesedaran nilai menghargai turut bertambah apabila masyarakat dalam golongan kami keluar ke lapangan untuk santuni golongan komuniti seperti anakanak mahupun golongan tua. Dengan wujudnya program ini, secara tidak langsung dapat meningkatkan kualitiu kerjasama antara mahasiswa tahun 1. Kursus ini sedikit sebanyak dapat memcahkan ‘tembok introvert’ dalam kalangan mahasiswa untuk berkomunikasi demi kelancarata juga dapat pelajarin program-program.Namun terdapat juga perkara yang saya tidak suka, iaitu mahasiswa amat sibuk dan betindan urusan dengan jobskop kerja jalinan masyarakat.Namun apakan daya, kami cuba buuat sehabis baik. 36
Antara pengalaman pembelajaran yang paling bermakna apabila golongan tua yang kami adakan program itu menghargai lawatan kami ke sana. Kata seorang penghuni Astana Budi, “ Terima kasih Aadik-adik sudi ziarah kami di sini”. Ini antara kata-kata yang saya akan ingat sebagai tanda pengahragaan pakcik kepada kami.Kami juga sedar bahawa khidmat amal membantu masyarakat ini satu program yang membawa impak besar kepada mahasiswa. Antara kesedaran yang paling penting ialah nilai kesabaran dan kecekapan dalam mengendalikan sesebuah organisasi.Bukan mudah sebenarnya menjadi orang paling atas yang mengemudi bahtera pelayaran. Menyelia 103 pelajar termasuk diri sendiri bukanlah suatu perkara yang mudah.Dengan wujudnya subjek ini, ia menjadi satu wadah untuk mematangkan gerak kerja, personaliti,emosi,tingkah laku dan proses pembelajaran di kalangan mahasiswa. Jika diberi peluang mengadakan program sebegini pada masa akan datang, saya akan cuba terus menglibatkan diri dalam aktiviti masyarakat kerana ia merupakan peluang keemasan untuk berbakti dan beramal dengan masyaraat dan komuniti luar. 37
PENGHARGAAN Alhamdulillah atas nikmat kesihatan dan masa lapang, saya dapat sempurnakan tugasan kursus Jalinan Masyarakat dengan jayanya. Sekalung penghargaan saya dedikasikan kepada pensyarah saya, Dr. Muhamad Nasir bin Mohamad Salleh selaku penyelaras bagi kursus GIG1005 Jalinan Masyarakat atas bimbingan, tunjuk ajar dan penambahbaikan bagi kesemua program yang kami adakan. Banyak input dan output yang kami pelajari dalam kursus ini. Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada keluarga saya yang tidak berhenti mendoakan saya, rakan-rakan seperjuangan yang banyak berkorban idea,masa dan tenaga demi menjayakan program ini serta sokongan fizikal dan mental sehingga kita semua boleh selesaikan tugasan ini. Tahniah juga saya ucapkan kepada Ain,Syahmi,Meor,Nisa dan Sofiah selaku Majlis Tertinggi penyelaras yang saling membantu merangka program walaupun mengahdapi pelbagai cabaran dan liku-liku dalam menjayakan program Jalinan Masyarakat ini. Tidak lupa juga kepada barisan Majlis Tertinggi Program, Unit protokol dan Aktiviti,Unit Kebajikan dan Makanan, Unit Logistik dan Tugas-tugas Khas, Unit Dana dan Tajaan, Unit Multimedia dan Teknikal & Unit Perhubungan Luar. Tanpa gerak kerja kalian, mungkin program-program kita tidak akan berjalan lancar. Akhirul kalam, jutaan terima kasih kepada semua insan yang sudi menyumbangkan dana kepada kami, tidak kira berbentuk wang ataupun barangan. Semoga urusan kalian dipermudahkan dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Ameen ya rabb. Terima kasih kepada semua insan yang menyumbang bakti secara langsung atau tidak langsung yang tidak saya nukilkan satu persatu di sini. 38 Pohon sirih pohon selasih, Tumbuh merimbun di hujung laman, Kalungan budi junjungan kasih, menjadi kenangan sepanjang zaman.
@jmsmpi2324