The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-10386615, 2021-11-01 05:57:32

SEKOLAH KEBANGSAAN BULOH KASAP SEGAMAT

SEKOLAH KEBANGSAAN BULOH KASAP SEGAMAT

SEKOLAH KEBANGSAAN BULOH KASAP
SEGAMAT, JOHOR JBA 7008

********************************

BUKU SKRAP SUKAN OLAHRAGA TAJUK:
LUMBA LARI
********************************
NAMA : MUHHAMMAD FAHIM NAUFAL
MUHHAMMAD FAIRU
KELAS : 6 IBNU BATTUTA

KANDUNGAN

1.Penghargaan……………………….. 1
2.Pengenalan………………………… 2
3.Sejarah Permainan………………… 3
4.Tokoh-tokoh Sukan……………….. 4
5. Penutup……………………………. 7
6. Sumber rujukan……………………. 8

PENGHARGAAN

Saya merakamkan jutaan terima kasih
kepada guru Pendidikan Jasmani iaitu Pn.
Zunaidah kerana tidak jemu mendidik saya
dan rakan-rakan yang lain. Selain itu,
terima kasih juga kepada ibu bapa dan
seluruh keluarga saya yang banyak
membantu dalam menyiapkan tugasan
buku skrap ini. Akhir kata, terima kasih
kepada semua, semoga tugasan ini dapat
meningkatkan lagi pengetahuan saya
tentang subjek Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan.

PENGENALAN

Sukan Lumba Lari mempunyai banyak
acara seperti 100 m,200 m,4x100 m dan
lain-lain. Sukan ini juga melambangkan
keupayaan dan kemahiran asas manusia
sebagai makhluk yang mempunyai fikiran.
Kemahiran ini diperkembangkan dan
diperbaiki sehingga menjadi acara sukan
yang kemudiannya dipertandingkan. Dari
masa ke semasa, kebolehan manusia
menjadi satu acara pertandingan yang
menarik, sehingga mampu menarik minat
ramai orang dari serata dunia sejak dahulu
lagi. Dari situ lahirlah istilah olahraga yang
meragkumi pelbagai acara lumba lari.
Mereka yang melibatkan diri di dalam

olahraga ini dikenali sebagai
olahragawan(lelaki) dan
olahragawati(perempuan).
SEJARAH PERMAINAN

Sukan Lumba Lari merupakan sukan
terawal dipertandingkan dalam olahraga
iaitu sebelum Tahun 1880an. Tiada cara
pengukuran masa pertandingan yang
standard ditetapkan bagi sukan ini. Ketika
ini gaya permulaan menggunakan gaya
berdiri. Pada tahun 1884, gaya dekam telah
diperkenalkan di Scotland. Di samping itu,
pada Tahun 1896 apabila Sukan Olimpik
Moden di Greece dilakukan, olahraga telah
menjadi acara wajib sehingga sekarang.

TOKOH – TOKOH SUKAN

Zaidatul Husniah Zulkifli yang dikenali sebagai
ratu pecut negara telah melakar kejayaan dengan
meraih pingat perak bagi acara 100m dan 200m
wanita Sukan SEA 2017. Beliau juga telah
memecahkan rekod G Shanti dalam kejohanan
ASA Speed Series 2, Bloemfontein, Afrika
Selatan dan telah mencuri tumpuan rakyat

Malaysia. Selain itu, beliau pernah mewakili
negara di Temasya Olimpik di Rio 2016
menerusi tiket wild card

Tokoh sukan lumba lari yang kedua ialah Khairul
Hafiz Jantan. Beliau telah dinobatkan sebagai Raja
Pecut Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas
berjaya menamatkan saingan akhir 100m di tempat
pertama. Beliau meraih pingat emas dengan hasil
catatan 10.38 saat. Hasil kejayaan tersebut, beliau
dimahkotakan sebagai manusia terpantas di Asia
Tenggara. Seterusnya, antara kejayaan yang beliau
perolehi ialah dengan memenangi pingat emas acara
100m lelaki di kejohanan Olahraga Remaja Asia ke-
17(2016) di Ho Chi Min City, Vietnam. Selain itu,
beliau juga memenangi pingat emas acara 200m

lelaki di Kejohanan Olahraga Terbuka di Filipina
2016

PENUTUP

Saya sangat bersyukur kerana berjaya
menyiapkan tugasan buku skrap ini.
Saya berharap kerja buku skrap ini
dapat menambahkan ilmu saya dalam
kehidupan seharian. Tambahan pula,
saya dapat maklumat tambahan
berkenaan sukan ini melalui pencarian
di internet dan bahan-bahan lain.
Semoga buku skrap ini bermanfaat
untuk diri sendiri, rakanrakan dan lain-
lain

SUMBER RUJUKAN

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Lari_pecut

https://ms.wikipedia.org/wiki/Olahraga

https://www.slideshare.net/hassannordinibrahim
/la tihan-lari-pecut

https://ms.wikipedia.org/wiki/Lari_100_meter

https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/3/
20 16/07/177458/khairul-hafiz-pecah-rekod-
100- meter-kebangsaan

https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/3/
20 17/03/257727/kenali-zaidatul-husnia


Click to View FlipBook Version