The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Keberanian seekor kucing yang ingin menyelamatkan kawannya di dalam hutan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMMAD NADZMI BIN MUHAMMAD NAZERI IPG-Pelajar, 2024-04-22 12:29:31

Penyelamat Yang Comel

Keberanian seekor kucing yang ingin menyelamatkan kawannya di dalam hutan.

Keywords: pengembaraan,keberanian,kerjasama,kemasyarakatan

PENYELAMAT YANGCOMEL NADZMI NAZERI


Pada suatu hari, Nazrin dan Fakri bermain bola sepak di taman berdekatan dengan rumah mereka.


Semasa perjalanan pulang, Nazrin terjumpa seekor kucing yang sangatcomel.


Nazrin membawa pulang ke rumah dan ingin membelanya kucing tersebut.


Nazrin memberi nama kepada kucingnya ‘Oyen’ . Nazrin memakaikanloceng pada leher kucing bagi tujuan keselamatan.


Pada suatu hari, Nazrin dan Oyen bermain di taman berdekatan dengan rumah mereka.


Terdapat penjual buah durian sedang mengemas kerana sudah tiba masa untuk pulang.


Pada masa yang sama, Oyen masih aktif bermain dan mengejar ramarama.


Nazrin tidak menyedari bahawa Oyen telah masuk ke dalam lori tersebut dan terus beredar. Oyen mengejar rama-rama dan tibatiba tidak sengaja masuk ke dalam lori penjual buah durian.


Lori tersebut bergerak jauh dari kawasan perumahan Nazrin iaitu di kawasan hutan pinggir bandar.


Tiba di dalam hutan, Oyen memberanikan diri untuk mencari makanan kerana Oyen lapar.


Kemudiannya, Oyen terserempak dengan Ayam. Ayam menunjukkan jalan menuju ke tempat haiwan lain berkumpul.


Haiwan-haiwan lain menerima kehadiran Oyen dengan baik dan memberi makanan kepada Oyen.


Pada suatu hari, Tupai sedang menyanyi di atas dahan pokok.


Tiba-tiba tupai terdengar bunyi loceng yang berada pada leher Oyen. Kring.. Kring.. Kringggg. Tupai berasa marah dan geram kerana bunyi tersebut mengganggu dirinya menyanyi.


Gajah pula sedang tidur dengan lena di dalam hutan.


Kemudian, gajah tersedar disebabkan bunyi loceng yang berpunca daripada Oyen. Gajah berasa marah dan geram.


Disebabkan kejadian tersebut, haiwan-haiwan lain tidak menyukai Oyen menyebabkan Oyen berasa sedih.


Pada suatu malam, tiga orang pemburu haiwan masuk ke dalam hutan.


Pemburu terjumpa rusa dan ingin mengikat rusa supaya boleh dibawa pulang.


Kejadian itu dilihat oleh Oyen. Lalu Oyen yang berada di dalam semak menggerakkan badan agar loceng berbunyi walaupun Oyen ketakutan.


Pemburu berasa ketakutan kerana pemburu menyuluh ke arah bunyi loceng tetapi tiada sesiapa.


Oyen terus mendekati dan membunyikan loceng kerana ingin membuatkan pemburu tersebut bertambah ketakutan.


Kemudiannya, tiga orang pemburu melarikan diri kerana ketakutan disebabkan bunyi loceng di dalam hutan pada waktu malam itu.


Kejadian tersebut dilihat oleh Tupai yang berada di atas dahan pokok.


Keesokan harinya, Tupai memberi tahu kepada Harimau untuk mengaum di tengah-tengah hutan. Sebagai tanda kepada haiwanhaiwan lain untuk berkumpul di tengah hutan.


Setelah semua haiwan sudah berkumpul. Tupai menceritakan kejadian yang berlaku pada malam tadi. Tupai meminta semua haiwan berbaik dengan Oyen atas jasanya.


Oyen memulakan hidup baharunya di hutan dengan gembira. Oyen juga berhasrat untuk pulang ke rumah Nazrin pada suatu hari nanti.


Click to View FlipBook Version