ADAB DENGAN GURU
PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN 4 IBNU SINA
DISEDIAKAN OLEH :
USTAZAH RAHANA BINTI ABDUL RAHMAN
ADAB DENGAN GURU
(sambungan pembelajaran minggu lepas)
6.4.1.
Merumus adab terhadap guru yang
menepati syarak dan mengamalkannya
secara beradab dan istiqamah
PENGERTIAN GURU :
GURU ialah orang yang mengajar,
di sebut juga sebagai pendidik,
pengajar dan pembentuk akhlak.
HUKUM BERADAB TERHADAP GURU
WAJIB dan berdasarkan Sabda
Rasulullah s.a.w:
Bermaksud: Tidak termasuk golongan
kami orang yang tidak memuliakan
yang lebih tua dan menyayangi yang
lebih muda serta tidak mengetahui
hak orang yang berilmu agar
diutamakan pandangannya..(Riwayat
Ahmad)
ADAB TERHADAP GURU :
PERKATAAN Bercakap dengan lembut
Bertanya perkara yang bermanfaat.
Memberi salam kepada guru
PERLAKUAN Mentaati guru
Beri tumpuan semasa belajar.
Membantu guru
Mendoakan guru.
PERASAAN Merendah diri.
Tidak sombong kepada guru
Bersangka baik dengan guru
MENELADANI SAHABAT DAN ULAMA
Sahabat Rasulullah s.a.w dan para ulama
terdahulu sangat menghormati guru dan
orang berilmu.
Cuba baca kisah di bawah:
Para sahabat tidak berbual sesama mereka
sekiranya Rasulullah s.a.w hadir kerana malu
dan hormat kepada Rasulullah.
Ibnu Abbas pernah memegang tali
tunggangan gurunya Zaid bin Thabit
sebagai tanda penghormatan.
Bersabar dengan guru
Abdullah Bin Masu’ud sentiasa berkhidmat
kepada Rasulullah dengan menyediakan
kasut dan tongkat ketika baginda hadir.
Ibnu Abbas sanggup menunggu di hadapan
rumah gurunya Zaid binThabit yang sedang
tidur sehingga beliau terjaga kerana hendak
menuntut ilmu.
Demikianlah ketinggian akhhlak para
sahabat dan ulama terhadap guru. Marilah
sama-sama kita mencontohi akhlak yang
terpuji ini sebagaimana yang diajar oleh
Rasulullah s.a.w
KEPENTINGAN ADAB TERHADAP GURU
INDIVIDU Dapat pahala
Keberkatan ilmu
Disayangi guru
MASYARAKAT Tidak mudah terpengaruh
dengan benda negatif
Melahirkan masyarakat
penyayang dan berilmu
NEGARA Lahir ramai cerdik pandai
Negara maju dan berdaya saing
Sila jawab soalan yang telah disediakan di bawah:
1. Senaraikan 3 Adab terhadap guru yang
pernah anda lakukan :
a………………………………………………………………
b………………………………………………………………
c………………………………………………………………..
2. Nyatakan 3 contoh perbuatan yang tidak baik
terhadap guru.
a………………………………………………………………….
b………………………………………………………………....
c…………………………………………………………………..
Lengkapkan azam kamu terhadap guru kamu:
3. Tuliskan azam kamu untuk mengamalkan
adab kepada guru:
Contoh: Saya berazam akan taat dan patuh
kepada guru………………………………………………
……………...........................................................
.........................................................................
.........................................................................
.................................................................
Sila jawab semua soalan yang telah disediakan dan hantar tugasan pada link GROUP PDPR
USTAZAH RAHANA untuk rekod….( boleh salin di dalam buku latihan masing-masing)
SELAMAT MENCUBA
SEMUA…..