The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuramalalfateh, 2024-06-09 08:10:23

MODUL PENTAKSIR

MODUL PS PASM

Keywords: MODUL PENTAKSIR PASM

Diterbitkan oleh: Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia © Lembaga Peperiksaan 2023 Cetakan Pertama 2023 Hak Cipta Terpelihara. Sebarang artikel, ilustrasi, isi kandungan dari mana-mana bahagian dalam Modul Pembangunan Kompetensi Personel Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) ini adalah tidak dibenarkan untuk diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada: Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.


ISI KANDUNGAN Kerangka Modul 1 Modul 1A Faham Ilmu 1.0 Pengenalan 2 2.0 Definisi 3 3.0 Pentaksiran 4 4.0 Konsep PASM 5 5.0 Environment-Based Assessment Instrument (EBAI) 10 6.0 Dokumen Standard Pentaksiran Alternatif (DSPA) 12 Modul 1B Cekap Amal 7.0 Penyelarasan Tugasan EBAI 14 8.0 Kaedah Menggunakan Dokumen Pentaksiran 15 9.0 MyPASM 16 10.0 Contoh Penetapan Eviden 20 Modul 1C Jaga Adab 11.0 Penyelarasan Aktiviti Pentaksiran 34 12.0 Pementoran Aktiviti Pentaksiran 43


MODUL PENTAKSIR 1 1. Pentaksir (Assessor) 2. Pembina (Developer) 3. Pentadbir (Administrator) 4. Pengurus (Manager) A. Ilmu (Knowledge) Modul 1A : Menerapkan Ilmu Pentaksiran – sebagai Pentaksir Modul 2A: Menerapkan Ilmu Pembinaan Instrumen Pentaksiran Modul 3A : Menerapkan Ilmu Pentadbiran Pentaksiran Modul 4A: Menerapkan Ilmu Pengurusan Pentaksiran B. Amal (Practice) Modul 1B : Melatih Amal Pentaksir Modul 2B : Melatih Amal Membina Instrumen Pentaksiran Modul 3B : Melatih Amal Mentadbir Pentaksiran Modul 4B: Melatih Amal Mengurus Pentaksiran C. Adab (Character) Modul 1C : Membangun Adab Mentaksir Modul 2C : Membangun Adab Membangun Instrumen Pentaksiran Modul 3C : Membangun Adab Mentadbir Petaksiran Modul 4C : Membangun Adab Menguruskan Pentaksiran Jadual 1 : Kerangka Modul Pembangunan Kompetensi PASM Modul Pentaksir ini dibangunkan untuk memberikan kefahaman dan kemahiran kepada personel yang terlibat dengan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM). Pentaksir terdiri daripada calon, rakan, guru, ibu bapa dan komuniti yang berperanan dalam mengesan kebolehan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) melalui instrumen yang juga dikenali sebagai EBAI (Environment Based Assessment Instrument). Dokumen ini terdiri daripada 3 modul iaitu Modul 1A (Faham Ilmu), Modul 1B (Cekap Amal) dan Modul 1C (Jaga Adab). KERANGKA MODUL PEMBANGUNAN KOMPETENSI PASM MODUL PENTAKSIR


MODUL PENTAKSIR 2 Objektif modul ini ialah supaya pentaksir dapat mempelajari dan memahami pengetahuan asas berkenaan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM): i. Pengenalan ii. Definisi iii. Pentaksiran iv. Konsep v. Environment Based Assessment Instrument (EBAI) vi. Dokumen Standard Pentaksiran Alternatif (DSPA) 1.0 PENGENALAN Anjakan pertama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Kebangsaan (PPPM) 2013- 2025 menyatakan tentang menyediakan kesamarataan akses untuk pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan kurikulum baharu yang berkualiti kepada murid di arus perdana dan juga murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK). Selanjutnya, peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan telah dirombak untuk meningkatkan kemahiran murid seiring dengan pelaksanaan kurikulum baharu. Sistem pendidikan di Malaysia telah melaksanakan satu bentuk pentaksiran alternatif yang mula diperkenalkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) mulai tahun 2016 iaitu Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR). PASR dilaksanakan khusus untuk melaporkan perkembangan potensi MBPK di peringkat sekolah rendah. Ianya adalah sebahagian daripada usaha LP untuk mencapai aspirasi pendidikan kebangsaan seperti yang terkandung dalam PPPM 2013-2025. PASR direka khusus kepada murid sekolah rendah dan dilaksanakan bagi melengkapkan murid dengan kemahiran asas yang mencukupi untuk digunakan di peringkat menengah. LP telah menjalankan satu kerjasama strategik yang melibatkan pakar-pakar pentaksiran dan pendidikan khas dalam membangunkan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) untuk MBPK sebagai kesinambungan pelaksanaan PASR. Pelaksanaan PASM membolehkan MBPK ditaksir secara berterusan, autentik dan seterusnya menerima pengiktirafan di akhir persekolahan murid. Sijil dan dokumen pengiktirafan ini boleh digunakan oleh MBPK melanjutkan pelajaran atau memilih kerjaya yang sesuai untuk meneruskan kehidupan berdikari dalam masyarakat. Pentaksiran ini dibangunkan untuk mengumpul data yang jelas serta bermakna bagi melaporkan keberkesanan pembelajaran dan penguasaan murid. Data ini juga boleh memberi maklumat perkembangan pembelajaran murid sebagai rujukan kendiri, guru, ibu bapa dan pihak yang berkepentingan. Ia juga memberi motivasi dan keyakinan kepada MBPK bahawa mereka mempunyai kebolehan dan keupayaan diri. MODUL 1 A: FAHAM ILMU


MODUL PENTAKSIR 3 2.0 DEFINISI Definisi bagi setiap perkara yang terlibat dalam pelaksanaan PASM disediakan dalam garis panduan ini berdasarkan kepada dasar PASM. Murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) ialah murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal, masalah pembelajaran atau manamana kombinasi atau ketidakupayaan serta masalah yang telah dinyatakan di atas [Rujuk Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013]. Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) merupakan satu bentuk pentaksiran khusus untuk mentaksir kemampuan dan kebolehan MBPK. PASM dilaksanakan untuk tujuan pengiktirafan dan pensijilan bagi MBPK di peringkat sekolah menengah. Environment-Reaction-Recognition-Acknowledgement (ERRA) ialah model pentaksiran yang digunakan untuk membangunkan PASM. Dokumen Standard Pentaksiran Alternatif (DSPA) ialah dokumen yang mengandungi senarai konstruk dan standard kebolehan yang menunjukkan kebolehan calon dalam proses pentaksiran. Environment-Based Assessment Instrument (EBAI) ialah instrumen pentaksiran yang digunakan untuk mentaksir kebolehan calon PASM. MyPASM ialah satu sistem yang dibangunkan khas untuk pengurusan, pentadbiran dan pentaksiran PASM yang boleh diakses dalam bentuk portal dan aplikasi. Standard Kebolehan ialah indikator yang digunakan untuk menentukan tahap, peringkat dan kualiti kebolehan calon PASM.


MODUL PENTAKSIR 4 3.0 PENTAKSIRAN Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. • Proses ialah langkah/tindakan/operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki. • Maklumat ialah eviden tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir. • Penghakiman merupakan proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan murid. • Produk dalam konteks pendidikan merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi murid setelah melalui proses pendidikan. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seorang murid bagi tujuan tertentu. PENTAKSIRAN ALTERNATIF Pentaksiran Alternatif menurut O’Malley dan Valdez Pierce ialah satu kaedah untuk mengetahui apa yang murid tahu dan bertujuan untuk melaporkan perkembangan seseorang murid. Pentaksiran alternatif juga merupakan suatu pendekatan bukan tradisional dalam menilai prestasi murid (Aurbach & Associates, 2011). Berdasarkan takrifan yang diberikan, pentaksiran alternatif dalam PASM boleh ditakrifkan sebagai mana-mana kaedah penilaian yang merupakan alternatif selain pentaksiran tradisional yang menggunakan ujian pensel-kertas.


MODUL PENTAKSIR 5 4.0 KONSEP PASM Konsep berasal daripada bahasa latin conceptum yang bermaksud sesuatu yang difahami. Konsep merupakan suatu idea yang mendasari, strategi atau cadangan yang menekankan faedah-faedah yang diperoleh daripada idea tersebut. Konsep utama dalam pelaksanaan PASM ialah pentaksiran autentik yang bersepadu (merentas kurikulum), sistem perekodan berterusan secara sistematik dan menggunakan teknologi pintar sebagai medium pentaksiran. CIRI-CIRI PASM PASM terdiri daripada ciri-ciri seperti berikut : i. Mengesan Kebolehan (Tapping into Ability) Terdapat kebolehan (ability) dalam ketidakbolehan (disability) MBPK yang boleh dikesan dan dikenal pasti untuk diiktiraf. Kebolehan intelektual dan tingkah laku adaptif (adaptive behaviour) MBPK membolehkan mereka menyesuaikan dan menempatkan diri dalam masyarakat. PASM tidak mengukur tahap pencapaian akademik seperti dalam peperiksaan konvensional atau dalam bentuk pengujian (testing) tetapi sebagai suatu pilihan untuk mengesan (tapping) tahap kebolehan MBPK. ii. Model ERRA Model Question-Response-Score-Grade (QRSG) dalam pentaksiran sedia ada tidak relevan digunakan untuk mengesan kebolehan dalam ketidakbolehan MBPK. Model ini sesuai digunakan untuk mengukur prestasi dalam pembelajaran khususnya dalam memeringkatkan sekumpulan murid berdasarkan prestasi mereka dalam pembelajaran yang biasanya disebut sebagai pencapaian. PASM menggunakan Model ERRA, singkatan kepada Environment-ReactionRecognition-Acknowledgement. Environment ialah suatu persekitaran, sama ada persekitaran biasa atau asing di mana seseorang akan menunjukkan reaction atau reaksi. Reaksi adalah eviden (tanda-tanda) yang menggambarkan apa sebenarnya yang ada dalam diri seseorang itu. Eviden inilah yang dijadikan asas untuk membentuk makna tentang kebolehan yang dimiliki. Recognition atau pengenalpastian kebolehan dilakukan dengan membandingkan eviden dengan suatu pernyataan standard yang telah disediakan. Hasil daripada recognition ini akan dirakam atau direkod, dan kemudiannya akan dilaporkan dalam suatu bentuk yang diterima oleh pemegang taruh (stakeholder). Apabila kebolehan yang dikenal pasti ini dilaporkan secara rasmi, inilah yang dimaksudkan sebagai acknowledgement atau pengiktirafan. Oleh itu, Model ERRA boleh diperihalkan


MODUL PENTAKSIR 6 sebagai satu model yang mengenal pasti dan mengiktiraf kebolehan melalui reaksi seseorang dalam suatu persekitaran. Rajah 1: Model ERRA iii. Jendela Pentaksiran Konsep Jendela Pentaksiran (Assessment Window) ini menggambarkan proses pentaksiran yang dibuat melalui pemerhatian terhadap proses pendidikan yang sedang berlaku untuk mengesan eviden bagi konstruk yang dikenal pasti dalam diri calon. Data pentaksiran boleh diperolehi dengan pelbagai cara dan pada bila-bila masa tanpa mengganggu proses pembelajaran. Rajah 2: Jendela Pentaksiran iv. Pelbagai Pentaksir Pentaksir ialah personel yang terlibat untuk melaksanakan pentaksiran yang tepat dan adil. Pentaksir terdiri daripada calon itu sendiri, rakan, guru, ibu bapa/penjaga dan ahli komuniti yang telah dilantik. Rajah 3: Pelbagai Pentaksir


MODUL PENTAKSIR 7 v. Berterusan, Fleksibel & Individu PASM ialah pentaksiran yang dilaksanakan secara berterusan, fleksibel dan individu. Berterusan atau on-going bermaksud pentaksiran yang dijalankan sepanjang proses pembelajaran. Fleksibel pula merujuk kepada tiada penetapan masa, tempat dan tempoh pelaksanaan pentaksiran. Autonomi ini diberikan kepada pengurusan sekolah untuk menggunakan kaedah yang sesuai dengan persekitaran MBPK. Individu pula merujuk kepada pentaksiran yang berfokus kepada kebolehan dan kesediaan individu walaupun pentaksiran dilaksanakan secara berkumpulan. vi. Berasaskan Konstruk Konstruk ialah perkara yang hendak ditaksir dan merupakan dimensi calon yang berbentuk konkrit atau abstrak seperti pengetahuan, kemahiran dan nilai. Ia merupakan potensi yang dibangunkan melalui hasil pembelajaran dalam pendidikan. Kebolehan dalam ketidakbolehan MBPK dikenal pasti melalui gambaran kerangka tentang pelbagai keupayaan yang diformulasikan menjadi satu dokumen standard yang mengandungi 5 domain, 19 elemen dan 53 outcome. Jadual 2 : Senarai Konstruk PASM vii. Merujuk Standard Pentaksiran dijalankan berdasarkan Standardization of Measure. Ukuran Standard ini digunakan untuk mentaksir hasil daripada maklumat yang dikumpul. Rujukan boleh dibuat secara norma (Norm-Referenced) atau berdasarkan kriteria (CriterionReferenced) atau yang terkini ialah berdasarkan Standard (Standard-Referenced). Rangka Standard Kebolehan PASM ini dibina untuk menunjukkan aspek keberkesanan pembelajaran. Tahap (Darajat) diukur melalui tiga elemen iaitu ilmu, Domain 5 Pembangunan Kerjaya 5.1 Kesediaan Dan Pengalaman Bekerja 5.1.1 Kesediaan Kerjaya 5.1.2 Kesediaan Kemahiran 5.1.3 Kesediaan Memindahkan Kemahiran Kerjaya 5.2 Kesedaran Dan Eksplorasi Kerjaya 5.2.1 Eksplorasi Kerjaya 5.2.2 Pilihan Kerjaya 5.2.3 Penetapan Kerjaya 5.3 Pengurusan Personel Dan Organisasi 5.3.1 Pengendalian Personel 5.3.2 Kemahiran Sosial 5.3.3 Pengurusan Masa 5.3.4 Pembangunan Personel 5.3.5 Pembinaan Organisasi Domain 4 Hidup Berdikari 4.1 Penjagaan Diri 4.1.1 Kebersihan Diri Dan Dandanan 4.1.2 Makan Dan Minum 4.1.3 Berpakaian 4.1.4 Penggunaan Tandas 4.2 Penggunaan Wang 4.2.1 Mendapatkan Wang 4.2.2 Membelanjakan Wang 4.2.3 Menyimpan Wang 4.3 Penjagaan Domestik 4.3.1 Mencuci Dan Membasuh 4.3.2 Operasi Pengemasan 4.4 Penjagaan Keselamatan 4.4.1 Keselamatan Fizikal 4.4.2 Keselamatan Diri 4.4.3 Asas Pertolongan Cemas Domain 3 Pembangunan Personal & Kemahiran Interpersonal 3.1 Pembangunan Sosial 3.1.1 Kenal Diri 3.1.2 Perhubungan Yang Sihat 3.1.3 Penghormatan Diri Dan Orang Lain 3.2 Komunikasi 3.2.1 Etika Komunikasi 3.2.2 Kemahiran Mendengar 3.2.3 Kemahiran Berinteraksi 3.3 Kehidupan Yang Sihat 3.3.1 Pengambilan Makanan Sihat 3.3.2 Aktiviti Fizikal Dan Kecergasan 3.3.3 Bersosial Dalam Kumpulan 3.4 Seni (Visual, Muzik, Gerakan, Drama) 3.4.1 Melakukan Aktiviti Seni 3.4.2 Menghargai Seni Domain 2 Akademik Kefungsian 2.1 Membaca 2.1.1 Kemahiran Pra Membaca 2.1.2 Kemahiran Membaca Berfungsi 2.2 Menulis 2.2.1 Kemahiran Pra Menulis 2.2.2 Kemahiran Menulis Berfungsi 2.3 Numerasi 2.3.1 Kemahiran Membilang 2.3.2 Kemahiran Menghintung 2.3.3 Kemahiran Mengukur 2.4 Kemahiran Teknologi 2.4.1 Menggunakan Peralatan Teknologi 2.4.2 Menggunakan Komputer 2.4.3 Menggunakan Internet Untuk Berkomunikasi Domain 1 Kerohanian dan Nilai Murni 1.1 Kepercayaan 1.1.1: Kepercayaan kepada Tuhan 1.1.2: Taat kepada prinsip agama 1.2 Ibadah 1.2.1: Ibadah Khusus 1.2.2: Ibadah Umum 1.3 Akhlak 1.3.1: Akhlak Kepada Tuhan 1.3.2: Akhlak Kepada Manusia 1.4 Nilai Murni 1.4.1: Kasih Sayang 1.4.2: Kerjasama 1.4.3: Tanggungjawab


MODUL PENTAKSIR 8 amal atau adab. Peringkat (Maratib) terdiri daripada tiga elemen iaitu diri, keluarga atau masyarakat. Kualiti diukur menggunakan elemen ada, cukup atau lebih berdasarkan kepada kriteria yang ditentukan bagi setiap tahap dan peringkat. Rajah 4: Standard Kebolehan viii. Berpusatkan Murid Berpusatkan murid bermaksud memberi ruang kepada MBPK untuk menunjukkan kesan program pendidikan melalui pendekatan yang menggabungkan tiga perkara; • Taksir bila calon bersedia (Assess When They Are Ready) • Rekod yang sepatutnya (Record Accordingly) • Lapor jika calon gembira (Report When They Are Happy) ix. Instrumen EBAI Enviroment-Based Assessment Instrument (EBAI) ini dibangunkan berasaskan kepada situasi sebenar kehidupan serta persekitaran pembelajaran murid yang disediakan oleh LP untuk kegunaan personel pentaksiran dalam menentukan tahap kebolehan berdasarkan Dokumen Standard Pentaksiran Alternatif (DSPA). EBAI boleh didefinisikan sebagai satu dokumen lengkap yang diperlukan bagi menjalankan dan seterusnya menjayakan suatu proses mendapatkan maklumat untuk membentuk makna dalam satu ekosistem yang terdiri daripada unit-unit biotik dan abiotik yang hadir bersama secara natural di mana masing-masing saling berinteraksi dalam melaksanakan fungsi tertentu. Senarai EBAI akan bertambah dari tahun ke tahun agar dapat memberi pilihan kepada pentaksir untuk melaksanakan pentaksiran mengikut kesesuaian persekitaran masing-masing.


MODUL PENTAKSIR 9 x. Sijil Digital Sijil Digital merupakan suatu sijil yang dianugerahkan kepada calon di mana ia menunjukkan tahap kebolehan calon sepanjang tempoh persekolahan. Rajah di bawah ini menunjukkan pelaporan yang diperolehi oleh calon PASM. Bulatan berwarna merah merujuk kepada Peringkat Diri, kuning pula merujuk kepada Peringkat Keluarga dan hijau merujuk kepada Peringkat Masyarakat. Jejari berwarna ini mewakili 53 outcome yang terdapat dalam domain 1 hingga 5. Sijil ini boleh diakses melalui aplikasi MyPASM atau kod QR pada Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM) yang dikeluarkan oleh LP. Rajah 5: Contoh Sijil Digital PASM


MODUL PENTAKSIR 10 5.0 ENVIRONMENT-BASED ASSESSMENT INSTRUMENT (EBAI) EBAI ialah suatu dokumen lengkap yang diperlukan untuk menjalankan dan menjayakan suatu proses mendapatkan maklumat untuk membentuk makna dalam satu ekosistem yang terdiri daripada unit-unit biotik dan abiotik yang hadir bersama secara natural di mana masing-masing saling berinteraksi untuk melaksanakan fungsi tertentu. KOMPONEN EBAI EBAI terdiri daripada komponen berikut: i. Environment (Persekitaran) Suatu medan atau lokasi di mana terdapatnya persekitaran yang dikenal pasti boleh menjadi tempat berlakunya pentaksiran untuk pelbagai konstruk. ii. Reaction (Reaksi) Suatu medan yang menempatkan dan memaparkan tindakan atau gerak balas terhadap environment. Pelbagai reaksi boleh dikenal pasti daripada environment yang boleh dijadikan sebagai eviden. Reaksi dalam pelbagai bentuk memerlukan kepakaran penilaian (expert judgement) bagi menentukan standard kebolehan yang tepat. iii. Evidence (Eviden) Suatu bahan yang direkodkan sebagai bukti semasa pentaksiran dijalankan. Eviden yang diperoleh melalui reaksi calon terhadap environment boleh menentukan konstruk yang sesuai. Eviden boleh ditunjukkan dalam bentuk gambar atau video. iv. Recognition (Pengenalpastian) Pengenalpastian merupakan suatu penentuan konstruk yang melibatkan Tahap (Ilmu, Amal, Adab), Peringkat (Diri, Keluarga, Masyarakat) dan Kualiti (Ada, Cukup, Lebih). v. Acknowledgement (Pengiktirafan) Pengiktirafan merupakan satu pelaporan yang menunjukkan; i. indikator konstruk yang ditaksir dalam satu skala linear berdasarkan proses pengenalpastian yang dijalankan. ii. dalam bentuk digital dan fizikal.


MODUL PENTAKSIR 11 CIRI-CIRI EBAI Tiga ciri penting EBAI ialah Terangkum, Fleksibel dan Autentik. i. Terangkum ialah ciri di mana aktiviti-aktiviti dari semua komponen bagi EBAI terangkum dalam environment yang sama. ii. Fleksibel menggambarkan EBAI yang boleh dijalankan kepada pelbagai calon, pada bila-bila masa dalam keadaan terbuka dan terkawal. iii. Autentik menunjukkan EBAI yang dijalankan dalam persekitaran kehidupan dan situasi sebenar calon. SENARAI EBAI 1. Perkhemahan 11. Kem Bestari Solat 21. Tanaman 31. Mendobi 41. Majlis Ceramah 2. Jamuan 12. Lawatan 22. Tarian 32. Memanah 42. Kraf Doh Tepung 3. NILAM 13. Majlis Hari Jadi 23. Jahitan Asas 33. Akuakultur 43. Projek Membina Gajet 4. Gotongroyong 14. Masakan 24. Jahitan Mesin 34. Refleksologi 44. Penternakan Kelulut 5. 5. Boling 15. Minggu Pend. Khas 25. Kiosk Keusahawanan 35. Perkhidmatan Pembungkusan 45. Kraf Batik 6. Persembahan Kesenian 16. Mobiliti di Pasar Raya 26. Projek Roti 36. Permainan Tradisonal 46. Kraf Felt 7. Hari Patriotik 17. Pengangkutan Awam 27. Anyaman Manik 37. Memancing 47. Program Larian 8. IT Paralimpiad 18. Projek Dam Ular 28. Berkuda 38. Pengemasan 48. Perbarisan 9. Karnival Kerjaya 19. Amalan Solat Harian 29. Golf 39. Penternakan Unggas 49. Petanque 10. Kejohanan Sukan 20. Mencuci Kenderaan 30. Renang 40. Cabaran Eksplorasi 50. Operasi Servis Makanan dan Minuman Jadual 3: Senarai EBAI


MODUL PENTAKSIR 12 6.0 DOKUMEN STANDARD PENTAKSIRAN ALTERNATIF (DSPA) Dokumen Standard Pentaksiran Alternatif (DSPA) ialah suatu dokumen mengandungi senarai konstruk dan standard kebolehan. Konstruk mengandungi 5 Domain, 19 Elemen dan 53 Outcome yang menggambarkan potensi keseluruhan MBPK yang ditaksir sepanjang berada dalam sistem persekolahan. Ia memberi ruang kepada guru melaksanakan pengajaran dan pentaksiran serentak serta berterusan. Rajah 6: Dokumen Standard Pentaksiran Alternatif STANDARD KEBOLEHAN Standard kebolehan ditunjukkan melalui 27 indikator yang merangkumi Tahap (ilmu, amal, adab), Peringkat (diri, keluarga, masyarakat) dan Kualiti (ada, cukup, lebih). Tahap merujuk kepada tahap keberkesanan pendidikan; i. Ilmu Ilmu adalah suatu keadaan di mana calon tahu dan faham sesuatu konstruk. ii. Amal Amal adalah suatu keadaan di mana calon tahu, faham dan boleh melaksanakan sesuatu konstruk. iii. Adab Adab adalah suatu keadaan di mana calon tahu, faham dan sentiasa membudayakan sesuatu konstruk dengan betul. DSPA Dokumen Standard Pentaksiran Alternatif (DSPA) mengandungi senarai konstruk dan standard kebolehan. Konstruk diperincikan kepada 5 domain, 19 Elemen dan 53 outcome 1 Domain Kerohanian dan Nilai Murni 2 Domain Akademik Fungsian 3 Domain Pembangunan Personal & Kemahiran Interpersonal 4 Domain Hidup Berdikari 5 Domain Pembangunan Kerjaya 19 Elemen 53 Outcome


MODUL PENTAKSIR 13 Peringkat merujuk kepada peringkat pendidikan yang bermakna; i. Diri Peringkat diri bermaksud kebolehan yang ditunjukkan dalam konteks dirinya sendiri walaupun calon berada dalam persekitaran keluarga atau masyarakat. ii. Keluarga Peringkat keluarga bermaksud kebolehan yang ditunjukkan dalam konteks keluarga (ahli keluarga, warga PPKI sekolah atau individu rapat dengan calon) walaupun dalam persekitaran masyarakat. iii. Masyarakat Peringkat masyarakat bermaksud kebolehan yang ditunjukkan dalam konteks masyarakat (selain daripada ahli keluarga, warga PPKI sekolah atau individu rapat dengan calon). Kualiti merujuk kepada sejauh mana nilai kebolehan yang ditunjukkan oleh calon. Kualiti juga dipengaruhi oleh kekerapan, ketepatan atau kesempurnaan. i. Ada (A) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul. ii. Cukup (C) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul dan berkesan. iii. Lebih (L) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul, berkesan dan sempurna.


MODUL PENTAKSIR 14 Objektif modul ini ialah supaya pentaksir dapat mengamalkan ilmu dan kefahaman berkenaan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) : i. penyelarasan tugasan EBAI ii. pengenalpastian reaksi EBAI yang akan dilaksanakan iii. penentuan eviden yang sepadan dengan reaksi iv. penentuan outcome yang sepadan dengan reaksi v. penentuan standard kebolehan calon vi. log masuk aplikasi MyPASM vii. simulasi pemilihan calon, EBAI, reaksi, eviden dan outcome menggunakan MyPASM viii. simulasi penentuan standard kebolehan dan penghantaran maklumat pentaksiran menggunakan MyPASM 7.0 PENYELARASAN TUGASAN EBAI Penyelarasan tugasan EBAI ini ditentukan dengan merujuk kepada jadual kerja yang dibangunkan hasil daripada perbincangan PKPK bersama SuP. Penetapan EBAI perlu mengikut kapasiti sesebuah sekolah. Berdasarkan jadual kerja tersebut, Pentaksir boleh mengenal pasti reaksi bagi EBAI yang akan dilaksanakan. Pentaksir boleh merujuk Dokumen EBAI dan DSPA sebagai persediaan untuk mentaksir. Jadual 4: Contoh Jadual Kerja MODUL 1 B: CEKAP AMAL


MODUL PENTAKSIR 15 8.0 KAEDAH MENGGUNAKAN DOKUMEN PENTAKSIRAN 1. Rujuk Dokumen Environment-Based Assessment Instrument (EBAI) 2. Pilih EBAI yang akan digunakan. 3. Kenal pasti reaksi dan outcome. 4. Rujuk Dokumen Standard Pentaksiran Alternatif (DSPA) 5. Pastikan outcome di DSPA sama dengan outcome di EBAI 6. Tentukan standard kebolehan calon mengikut Tahap (Ilmu, Amal, Adab), Peringkat (Diri, Keluarga, Masyarakat) dan Kualiti (Ada, Cukup, Lebih). Rajah 7: Dokumen EBAI Rajah 8: Penerangan perkara 2 dan 3 3. Kenal pasti reaksi dan outcome 2. Pilih EBAI


MODUL PENTAKSIR 16 Rajah 9: Penerangan perkara 4,5 dan 6 9.0 MyPASM PASM sebagai peneraju pendigitalan pentaksiran yang kaya teknologi dan data raya. Melalui aplikasi PASM yang dikenali sebagai MyPASM tiada lagi kertas peperiksaan dan petugas peperiksaan seperti pemeriksa dan pengawas peperiksaan. Pelaksanaan PASM adalah menggunakan aplikasi dan perkakas teknologi sebagai medium pentaksiran. Rajah 10: Paparan MyPASM 4.Rujuk DSPA 5.Pastikan outcome DSPA sama dengan outcome di EBAI 6. Tentukan standard kebolehan calon (tahap, peringkat dan kualiti)


MODUL PENTAKSIR 17 Rajah 11: Paparan Sijil Digital dalam MyPASM KAEDAH PENTAKSIRAN MENGGUNAKAN MyPASM Kaedah menggunakan MyPASM adalah seperti berikut: Rajah 12: Paparan langkah 1 dan 2 dalam MyPASM


MODUL PENTAKSIR 18 Rajah 13: Paparan langkah 3 dan 4 dalam MyPASM Rajah 14: Paparan langkah 5 dan 6 dalam MyPASM Rajah 15: Paparan langkah 7 dan 8 dalam MyPASM


MODUL PENTAKSIR 19 Rajah 15: Paparan langkah 9 dan 10 dalam MyPASM Rajah 16: Paparan langkah 11 dan 12 dalam MyPASM SIMULASI PENTAKSIRAN MENGGUNAKAN MyPASM Simulasi pentaksiran menggunakan aplikasi MyPASM boleh ditonton dengan mengimbas kod QR berikut: Rajah 17: Kod QR Simulasi MyPASM


MODUL PENTAKSIR 20 10.0 CONTOH PENETAPAN EVIDEN Contoh penetapan eviden adalah berdasarkan kepada 27 skala ordinal yang merangkumi Tahap : Ilmu, Amal dan Adab; Peringkat : Diri, Keluarga dan Masyarakat; Kualiti : Ada , Cukup atau Lebih. Rajah 18: 27 indikator skala ordinal Jadual di bawah merupakan contoh eviden yang sesuai berdasarkan 27 skala ordinal standard kebolehan untuk rujukan pentaksir. Pentaksir perlu menguasai EBAI yang akan dilaksanakan supaya pentaksir boleh merakam reaksi yang telah dikenal pasti dan merekod standard kebolehan calon. Standard Kebolehan EBAI Reaksi Konstruk Ilmu Diri (Ada) 4: Gotong-royong R1 Murid tolongmenolong sesama rakan 1.4.2 Kerjasama Eviden Justifikasi Standard Kebolehan Calon tahu bekerjasama dengan betul. Jadual 5: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan ilmu, diri, ada. Ada (A) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul. Cukup (C) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul dan berkesan. Lebih (L) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul, berkesan dan sempurna.


MODUL PENTAKSIR 21 Standard Kebolehan EBAI Reaksi Konstruk Ilmu Diri (Cukup) 4: Gotong-royong R1 Murid tolongmenolong sesama rakan 1.4.2 Kerjasama Eviden Justifikasi Calon tahu bekerjasama dengan betul dan berkesan. Jadual 6: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan ilmu, diri, cukup. Standard Kebolehan EBAI Reaksi Konstruk Ilmu Diri (Lebih) 4: Gotong-royong R1 Murid tolongmenolong sesama rakan 1.4.2 Kerjasama Eviden Justifikasi Calon tahu bekerjasama dengan betul, berkesan dan sempurna. Jadual 7: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan ilmu, diri, lebih. Ada (A) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul. Cukup (C) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul dan berkesan. Lebih (L) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul, berkesan dan sempurna.


MODUL PENTAKSIR 22 Standard Kebolehan EBAI Reaksi Konstruk Amal Diri (Ada) 19: Amalan solat harian R4: Murid berwuduk mengikut tertib 1.2.1 Ibadah Khusus Eviden Justifikasi Calon boleh melakukan ibadah khusus berwuduk mengikut tertib dengan betul. Jadual 8: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan amal, diri, ada. Standard Kebolehan EBAI Reaksi Konstruk Amal Diri (Cukup) 19: Amalan solat harian R4: Murid berwuduk mengikut tertib 1.2.1 Ibadah Khusus Eviden Justifikasi Calon boleh melakukan ibadah khusus berwuduk mengikut tertib denga betul dan berkesan. Jadual 9: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan amal, diri, cukup. Ada (A) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul. Cukup (C) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul dan berkesan. Lebih (L) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul, berkesan dan sempurna.


MODUL PENTAKSIR 23 Standard Kebolehan EBAI Reaksi Konstruk Amal Diri (Lebih) 19: Amalan solat harian R4: Murid berwuduk mengikut tertib 1.2.1 Ibadah Khusus Eviden Justifikasi Calon boleh melakukan ibadah khusus berwuduk mengikut tertib denganbetul, berkesan dan sempurna. Jadual 10: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan amal, diri, lebih. Standard Kebolehan EBAI Reaksi Konstruk Adab Diri (Ada) 14: Masakan R3 Murid menjalankan aktiviti memasak dengan kaedah yang betul. 2.1.2 Kemahiran Membaca Berfungsi Eviden Justifikasi Calon sentiasa membudayakan kemahiran membaca semasa menjalankan aktiviti memasak dengan kaedah yang betul. Jadual 11: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan adab, diri, ada. Ada (A) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul. Cukup (C) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul dan berkesan. Lebih (L) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul, berkesan dan sempurna.


MODUL PENTAKSIR 24 Standard Kebolehan EBAI Reaksi Konstruk Adab Diri (Cukup) 14: Masakan R3 Murid menjalankan aktiviti memasak dengan kaedah yang betul. 2.1.2 Kemahiran Membaca Berfungsi Eviden Justifikasi Calon sentiasa membudayakan kemahiran membaca semasa menjalankan aktiviti memasak dengan kaedah yang betul dan berkesan. Jadual 12: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan adab, diri, cukup. Standard Kebolehan EBAI Reaksi Konstruk Adab Diri (Lebih) 14: Masakan R3 Murid menjalankan aktiviti memasak dengan kaedah yang betul. 2.1.2 Kemahiran Membaca Berfungsi Eviden Justifikasi Calon sentiasa membudayakan kemahiran membaca semasa menjalankan aktiviti memasak dengan kaedah yang betul, berkesan dan sempurna. Jadual 13: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan adab, diri, lebih. Ada (A) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul. Cukup (C) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul dan berkesan. Lebih (L) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul, berkesan dan sempurna.


MODUL PENTAKSIR 25 Standard Kebolehan EBAI Reaksi Konstruk Ilmu Keluarga (Ada) 10: Kejohanan Sukan R8 Murid membuat aktiviti regangan atau menyertai acara 3.3.2 Aktiviti Fizikal Dan Kecergasan Eviden Justifikasi Calon tahu melakukan aktiviti fizikal dan kecergasan (aktiviti regangan) dengan betul. Jadual 14: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan ilmu, keluarga, ada. Standard Keboleh an EBAI Reaksi Konstruk Ilmu Keluarga (Cukup) 10: Kejohanan Sukan R8 Murid membuat aktiviti regangan atau menyertai acara 3.3.2 Aktiviti Fizikal Dan Kecergasan Eviden Justifikasi Calon tahu melakukan aktiviti fizikal dan kecergasan (aktiviti regangan) dengan betul dan berkesan. Jadual 15: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan ilmu, keluarga, cukup. Ada (A) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul. Cukup (C) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul dan berkesan. Lebih (L) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul, berkesan dan sempurna.


MODUL PENTAKSIR 26 Standard Keboleh an EBAI Reaksi Konstruk Ilmu Keluarga (Lebih) 10: Kejohanan Sukan R8 Murid membuat aktiviti regangan atau menyertai acara 3.3.2 Aktiviti Fizikal Dan Kecergasan Eviden Justifikasi Calon tahu melakukan aktiviti fizikal dan kecergasan (aktiviti regangan) dengan betul, berkesan dan sempurna. Jadual 17: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan ilmu, keluarga, lebih. Standard Keboleh an EBAI Reaksi Konstruk Amal Keluarga (Ada) 22: Tarian R4: Mengambil bahagian dalam seni tari. 3.4.1 Melakukan Aktiviti Seni Eviden Justifikasi Calon boleh melakukan aktiviti seni dengan mengambil bahagian dalam seni tari dengan betul Jadual 18: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan amal, keluarga, ada. Ada (A) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul. Cukup (C) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul dan berkesan. Lebih (L) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul, berkesan dan sempurna.


MODUL PENTAKSIR 27 Standard Kebolehan EBAI Reaksi Konstruk Amal Keluarga (Cukup) 22: Tarian R4: Mengambil bahagian dalam seni tari. 3.4.1 Melakukan Aktiviti Seni Eviden Justifikasi Calon boleh melakukan aktiviti seni dengan mengambil bahagian dalam seni tari dengan betul dan berkesan. Jadual 19: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan amal, keluarga, Cukup. Standard Kebolehan EBAI Reaksi Konstruk Amal Keluarga (Lebih) 22: Tarian R4: Mengambil bahagian dalam seni tari. 3.4.1 Melakukan Aktiviti Seni Eviden Justifikasi Calon boleh melakukan aktiviti seni dengan mengambil bahagian dalam seni tari dengan betul, berkesan dan sempurna. Jadual 20: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan amal, keluarga, lebih. Ada (A) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul. Cukup (C) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul dan berkesan. Lebih (L) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul, berkesan dan sempurna.


MODUL PENTAKSIR 28 Standard Kebolehan EBAI Reaksi Konstruk Adab Keluarga (Ada) 20: Mencuci Kenderaan R10: Murid mencuci dan membasuh kenderaan 4.3.1: Mencuci dan Membasuh Eviden Justifikasi Calon sentiasa membudayakan kerja mencuci kenderaan dengan betul. Jadual 21: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan adab, keluarga, ada. Standard Kebolehan EBAI Reaksi Konstruk Adab Keluarga (Cukup) 20: Mencuci Kenderaan R10: Murid mencuci dan membasuh kenderaan 4.3.1: Mencuci dan Membasuh Eviden Justifikasi Calon sentiasa membudayakan kerja mencuci kenderaan dengan betul dan berkesan. Jadual 22: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan adab, keluarga, cukup. Ada (A) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul. Cukup (C) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul dan berkesan. Lebih (L) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul, berkesan dan sempurna.


MODUL PENTAKSIR 29 Standard Kebolehan EBAI Reaksi Konstruk Adab Keluarga (Lebih) 20: Mencuci Kenderaan R10: Murid mencuci dan membasuh kenderaan 4.3.1: Mencuci dan Membasuh Eviden Justifikasi Calon sentiasa membudayakan kerja mencuci kenderaan dengan betul, berkesan dan sempurna. Jadual 23: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan adab, keluarga, lebih Standard Kebolehan EBAI Reaksi Konstruk Ilmu Masyarakat (Ada) 16: Mobiliti Di Pasar Raya R13: Murid membayar di kaunter bayaran. 4.2.2: Membelanjakan Wang Eviden Justifikasi Calon tahu membelanjakan wang semasa membayar di kaunter dengan betul. Jadual 23: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan ilmu, masyarakat, ada. Ada (A) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul. Cukup (C) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul dan berkesan. Lebih (L) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul, berkesan dan sempurna.


MODUL PENTAKSIR 30 Standard Kebolehan EBAI Reaksi Konstruk Ilmu Masyarakat (Cukup) 16: Mobiliti Di Pasar Raya R13: Murid membayar di kaunter bayaran. 4.2.2: Membelanjakan Wang Eviden Justifikasi Calon tahu membelanjakan wang semasa membayar di kaunter dengan betul dan berkesan. Jadual 24: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan ilmu, masyarakat, cukup. Standard Kebolehan EBAI Reaksi Konstruk Ilmu masyarakat (Lebih) 16: Mobiliti Di Pasar Raya R13: Murid membayar di kaunter bayaran. 4.2.2: Membelanjakan Wang Eviden Justifikasi Calon tahu membelanjakan wang semasa membayar di kaunter dengan betul, berkesan dan sempurna. Jadual 25: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan ilmu, masyarakat, lebih. Ada (A) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul. Cukup (C) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul dan berkesan. Lebih (L) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul, berkesan dan sempurna.


MODUL PENTAKSIR 31 Standard Kebolehan EBAI Reaksi Konstruk Amal Masyarakat (Ada) 25: Kiosk Keusahawanan R7 Murid menunjukkan kebolehan dan minat mengendalikan kiosk 5.2.3 Penetapan kerjaya Eviden Justifikasi Calon boleh membuat penetapan kerjaya melalui pengendalian kiosk dengan betul. Jadual 26: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan amal, masyarakat, ada. Standard Kebolehan EBAI Reaksi Konstruk Amal Masyarakat (Cukup) 25: Kiosk Keusahawanan R7 Murid menunjukkan kebolehan dan minat mengendalikan kiosk 5.2.3 Penetapan kerjaya Eviden Justifikasi Calon boleh membuat penetapan kerjaya melalui pengendalian kiosk dengan betul dan berkesan. Jadual 27: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan amal, masyarakat, cukup. Ada (A) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul. Cukup (C) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul dan berkesan. Lebih (L) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul, berkesan dan sempurna.


MODUL PENTAKSIR 32 Standard Kebolehan EBAI Reaksi Konstruk Amal Masyarakat (Lebih) 25: Kiosk Keusahawanan R7 Murid menunjukkan kebolehan dan minat mengendalikan kiosk 5.2.3 Penetapan kerjaya Eviden Justifikasi Calon boleh membuat penetapan kerjaya melalui pengendalian kiosk dengan betul, berkesan dan sempurna. Jadual 28: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan amal, masyarakat, lebih. Standard Kebolehan EBAI Reaksi Konstruk Adab Masyarakat (Ada) 34: Refleksologi R8: Murid dapat mengaplikasikan urutan refleksologi 5.1.2 Kesediaan Kemahiran Kerjaya Eviden Justifikasi Calon sentiasa mengamalkan kesediaan kemahiran kerjaya dalam urutan refleksologi dengan betul. Jadual 29: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan adab, masyarakat, ada. Ada (A) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul. Cukup (C) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul dan berkesan. Lebih (L) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul, berkesan dan sempurna.


MODUL PENTAKSIR 33 Standard Kebolehan EBAI Reaksi Konstruk Adab Masyarakat (Cukup) 34: Refleksologi R8: Murid dapat mengaplikasikan urutan refleksologi 5.1.2 Kesediaan Kemahiran Kerjaya Eviden Justifikasi Calon sentiasa mengamalkan kesediaan kemahiran kerjaya dalam urutan refleksologi dengan betul dan berkesan. Jadual 30: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan adab, masyarakat, cukup. Standard Kebolehan EBAI Reaksi Konstruk Adab Masyarakat (Lebih) 34: Refleksologi R8: Murid dapat mengaplikasikan urutan refleksologi 5.1.2 Kesediaan Kemahiran Kerjaya Eviden Justifikasi Calon sentiasa mengamalkan kesediaan kemahiran kerjaya dalam urutan refleksologi dengan betul, berkesan dan sempurna. Jadual 31: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan adab, masyarakat, lebih. Ada (A) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul. Cukup (C) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul dan berkesan. Lebih (L) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul, berkesan dan sempurna.


MODUL PENTAKSIR 34 Objektif modul ini ialah supaya pentaksir dapat mempelajari dan memahami pengetahuan asas berkenaan kaedah pelaksanaan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM): i. Penyelarasan Pentaksiran ii. Pementoran Pentaksiran 11.0 PENYELARASAN AKTIVITI PENTAKSIRAN Penyelarasan pentaksiran dilaksanakan untuk memastikan keseragaman pemahaman dalam pelaksanaan PASM. PEMBAHAGIAN EBAI MENGIKUT KATEGORI Pembahagian EBAI mengikut program boleh membantu pentaksir mengurus dan merancang aktiviti pentaksiran yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah/daerah/negeri/kebangsaan. CONTOH PEMBAHAGIAN EBAI MENGIKUT KATEGORI PdP PROGRAM/AKTIVITI Masakan Perkhemahan Kejohanan Sukan Mencuci Kenderaan Jamuan Karnival Kerjaya Tanaman Nilam Majlis Ceramah Jahitan Asas Gotong Royong Program Larian Jahitan Mesin Boling Perbarisan Projek Roti Persembahan Kesenian Anyaman Manik Hari Patriotik Mendobi IT Paralimpiad Akuakultur Kem Bestari Solat Refleksiologi Lawatan Perkhidmatan Pembungkusan Majlis Hari Jadi Pengemasan Minggu Pendidikan Khas Penternakan Unggas Mobiliti Di Pasar Raya Amalan Solat Harian Pengangkutan Awam Permainan Tradisional Projek Dam Ular Kraf Felt Tarian Kraf Doh Tepung Kios Keusahawanan MODUL 1 C: JAGA ADAB


MODUL PENTAKSIR 35 CONTOH PEMBAHAGIAN EBAI MENGIKUT KATEGORI PdP PROGRAM/AKTIVITI Penternakan Kelulut Berkuda Kraf Batik Golf Servis Makanan dan Minuman Renang Memanah Memancing Jadual 32: Contoh 4 kaedah menganalisis sijil digital KAEDAH MERUJUK SIJIL DIGITAL Kemahiran membaca sijil digital boleh membantu pentaksir untuk: i. Mengenal pasti kecenderungan kebolehan calon. ii. Mengenal pasti kebolehpasaran calon. iii. Merancang aktiviti pentaksiran yang seterusnya. Domain 1 Kerohanian Dan Nilai Murni Domain 2 Akademik Kefungsian Domain 3 Pembangun an Personal & Kemahiran Interperson al Domain 4 Hidup Berdikari Domain 5 Pembangun an Kerjaya Maklumat umum calon Masalah pembelajaran Kurang upaya intelektual Kemahiran masakan 15 tahun Kebolehan calon berdasarkan paparan carta Calon menunjukkan mempunyai kecenderungan kebolehan dalam domain hidup berdikari. Selain itu calon juga memaparkan kebolehan domain pembangunan personel dan kemahiran interpersonal. Calon mempunyai kemahiran mendengar yang baik dan boleh membelanjakan wang. Calon juga boleh bekerjasama dengan baik. Contoh Kebolehpasaran calon • Bidang masakan • Boleh membeli barang/alatan dengan bantuan senarai semak Fokus pentaksir yang seterusnya • Calon mempunyai kelebihan dalam domain komunikasi, nilai murni dan kemahiran sosial • Fokus pada domain 1, 3,4 dan 5 Jadual 33: Contoh 1 kaedah menganalisis sijil digital


MODUL PENTAKSIR 36 Domain 1 Kerohanian Dan Nilai Murni Domain 2 Akademik Kefungsian Domain 3 Pembangunan Personal & Kemahiran Interpersonal Domain 4 Hidup Berdikari Domain 5 Pembangunan Kerjaya Maklumat umum calon Masalah pembelajaran Kurang upaya intelektual KVS Penyediaan dan Pembuatan Makanan 16 tahun Kebolehan calon berdasarkan paparan carta Calon menunjukkan mempunyai kecenderungan kebolehan dalam domain akademik kefungsian, pembangunan personal dan kemahiran interpersonal dan hidup berdikari. Calon boleh membaca, mempunyai kemahiran mendengar yang baik dan boleh menggunakan wang. Calon juga mampu berkomunikasi dan mengamalkan kehidupan yang sihat. Contoh Kebolehpasaran calon • Bidang masakan • Boleh melaksanakan pekerjaan yang memerlukan komunikasi. Fokus pentaksir yang seterusnya • Calon mempunyai kebolehan yang tinggi. • Fokus pada domain 1 dan 5 Jadual 34: Contoh 2 kaedah menganalisis sijil digital Domain 1 Kerohanian Dan Nilai Murni Domain 2 Akademik Kefungsian Domain 3 Pembangunan Personal & Kemahiran Interpersonal Domain 4 Hidup Berdikari Domain 5 Pembangunan Kerjaya Maklumat umum calon Masalah pembelajaran Autisme Kemahiran Tanaman 14 tahun Kebolehan calon berdasarkan paparan carta Calon kefungsian rendah yang boleh dibimbing dalam bidang kemahiran. Calon menunjukkan nilai-nilai walaupun kurang kemahiran berkomunikasi. Contoh Kebolehpasaran calon • Tanaman • Berdikari • Mengurus diri Fokus pentaksir yang seterusnya • Fokus pada domain 1dan 3 Jadual 35: Contoh 3 kaedah menganalisis sijil digital


MODUL PENTAKSIR 37 Domain 1 Kerohanian Dan Nilai Murni Domain 2 Akademik Kefungsian Domain 3 Pembangunan Personal & Kemahiran Interpersonal Domain 4 Hidup Berdikari Domain 5 Pembangunan Kerjaya Maklumat umum calon Masalah pembelajaran Kurang upaya intelektual Kemahiran Pembutan Roti 19 tahun Kebolehan calon berdasarkan paparan carta Calon menunjukkan mempunyai kecenderungan kebolehan dalam pelbagai domain. Boleh membaca, menguskan wang dan membaca. Contoh Kebolehpasaran calon • Pembuatan roti • Boleh melaksanakan pekerjaan yang memerlukan komunikasi. Fokus pentaksir yang seterusnya • Fokus pada domain 5 bagi membantu meningkatkan nilai kobolehpasaran calon. Jadual 36: Contoh 4 kaedah menganalisis sijil digital


DOMAIN 1: KEROHANIAN DAN NILAI- NILAI MURNI NO. EBAI EBAI/OUTCOME 1.1.1 1.1.2 1.2.1 1.2.2 1.3.1 1.3.2 1.4.1 1.4.2 1.4.3 REAKSI 1 PERKHEMAHAN / / 2 2 JAMUAN / / / (2) 4 3 NILAM / (2) / (5) 7 4 GOTONG ROYONG / 1 7 HARI PATRIOTIK / 1 9 KARNIVAL KERJAYA / 1 10 KEJOHANAN SUKAN / / 2 11 KEM BESTARI SOLAT / / (3) / / (2) / 8 12 LAWATAN / 1 13 MAJLIS HARI JADI / / 2 14 MASAKAN / 1 16 MOBILITI PASAR RAYA / (3) / (2) 5 19 AMALAN SOLAT HARIAN / / / / / / 6 20 MENCUCI KENDERAAN / 1 21 TANAMAN / (2) / (2) 4 25 KIOS KEUSAHAWANAN / 1 28 BERKUDA / 1 29 GOLF / 1 36 PERMAINAN TRADISIONAL / / 2 37 MEMANCING / 1 38 PENGEMASAN / / 2 39 PENTERNAKAN UNGGAS / 1 40 CABARAN EKSPLORASI / 1 41 MAJLIS CERAMAH / / 2 48 PERBARISAN / / 2 49 PETANQUE / 1 50 OPERASI SERVIS MAKANAN DAN MINUMAN / 1 JUMLAH KEKERAPAN OUTCOME 2 1 4 3 4 7 2 20 18 JUMLAH EBAI = 27


DOMAIN 2: AKADEMIK FUNGSIAN NO. EBAI EBAI/OUTCOME 2.1.1 2.1.2 2.2.1 2.2.2 2.3.1 2.3.2 2.3.3 2.4.1 2.4.2 2.4.3 REAKSI 3 NILAM / / (2) / (2) 5 4 GOTONG ROYONG / (2) / 3 5 BOLING / / / / 4 7 HARI PATRIOTIK / (2) / / 4 8 IT PARALIMPIAD / / (12) / (3) 16 9 KARNIVAL KERJAYA / / 2 10 KEJOHANAN SUKAN / (2) 2 12 LAWATAN / 1 13 MAJLIS HARI JADI / 1 14 MASAKAN / / / / / / 6 17 PENGANGKUTAN AWAM / / 2 18 PROJEK DAM ULAR / / (3) / (2) / (2) / (2) 10 20 MENCUCI KENDERAAN / / / / / 5 21 TANAMAN / / / (5) 7 22 TARIAN / 1 23 JAHITAN ASAS / 1 24 JAHITAN MESIN / / / 3 26 PROJEK ROTI / (2) / (2) / 5 27 ANYAMAN MANIK / (3) / / 5 28 BERKUDA / 1 29 GOLF / / 2 31 MENDOBI / (2) / / / / 6 32 MEMANAH / / / 3 33 AKUAKULTUR / / / / 4 34 REFLEKSOLOGI / (2) 2 35 PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN / / (2) / 4 36 PERMAINAN TRADISIONAL / / / (2) / / 6 37 MEMANCING / / / / 4 38 PENGEMASAN / / / / 4 39 PENTERNAKAN UNGGAS / / 2 40 CABARAN EKSPLORASI / 1 41 MAJLIS CERAMAH / / 2 42 KRAF DOH TEPUNG / / 2 43 PROJEK MEMBINA GAJET / / / / 4 44 PENTERNAKAN KELULUT / / / / 4 45 KRAF BATIK / / / 3 46 KRAF FELT / / / 3 47 PROGRAM LARIAN / / (2) / 4 48 PERBARISAN / 1 49 PETANQUE / 1 50 OPERASI SERVIS MAKANAN & MINUMAN / (2) / / 4 JUMLAH KEKERAPAN OUTCOME 26 20 1 13 19 11 26 16 12 5 JUMLAH EBAI = 41


DOMAIN 3: PEMBANGUNAN PERSONEL & KEMAHIRAN INTERPERSONAL NO. EBAI EBAI/OUTCOME 3.1.1 3.1.2 3.1.3 3.2.1 3.2.2 3.2.3 3.3.1 3.3.2 3.3.3 3.4.1 3.4.2 REAKSI 2 JAMUAN / / (2) 3 4 GOTONG ROYONG / / (2) 3 5 BOLING / / (2) / / (2) 6 6 PERSEMBAHAN KESENIAN / / / (2) 4 7 HARI PATRIOTIK / (3) 3 8 IT PARALIMPIAD / / 2 9 KARNIVAL KERJAYA / (3) 3 10 KEJOHANAN SUKAN / / / / 4 12 LAWATAN / / (2) / / / 6 13 MAJLIS HARI JADI / / (2) / / / / / 8 14 MASAKAN / / 2 15 MINGGU PENDIDIKAN KHAS / / 2 16 MOBILITI PASAR RAYA / (2) / (2) / / 6 17 PENGANGKUTAN AWAM / 1 18 PROJEK DAM ULAR / (2) 2 22 TARIAN / / / / 4 23 JAHITAN ASAS / / / 3 24 JAHITAN MESIN / 1 25 KIOS KEUSAHAWANAN / / 2 27 ANYAMAN MANIK / 1 28 BERKUDA / / / 3 29 GOLF / / 2 30 RENANG / / (4) 5 31 MENDOBI / 1 32 MEMANAH / / (4) 5 34 REFLEKSOLOGI / 1 35 PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN / / 2 36 PERMAINAN TRADISIONAL / / / / / 5 37 MEMANCING / / 2 38 PENGEMASAN / 1 40 CABARAN EKSPLORASI / / / / (2) 5 41 MAJLIS CERAMAH / / / 3 42 KRAF DOH TEPUNG / / / / 4 43 PROJEK MEMBINA GAJET / / 2 44 PENTERNAKAN KELULUT / 1 45 KRAF BATIK / / / / 4 46 KRAF FELT / / 2 47 PROGRAM LARIAN / / 2 48 PERBARISAN / / / 3 49 PETANQUE / / / 3 50 OPERASI SERVIS MAKANAN & MINUMAN / / 2 JUMLAH KEKERAPAN OUTCOME 1 5 7 7 27 25 5 20 7 15 5 JUMLAH EBAI = 41


DOMAIN 4: HIDUP BERDIKARI NO. EBAI EBAI/OUTCOME 4.1.1 4.1.2 4.1.3 4.1.4 4.2.1 4.2.2 4.2.3 4.3.1 4.3.2 4.4.1 4.4.2 4.4.3 REAKSI 1 PERKHEMAHAN / / / / / / / / / 9 2 JAMUAN / 1 4 GOTONG ROYONG / / / 3 5 BOLING / / / / 4 6 PERSEMBAHAN KESENIAN / (2) / (2) 4 9 KARNIVAL KERJAYA / / 2 10 KEJOHANAN SUKAN / / / / 4 11 KEM BESTARI SOLAT / / / 3 12 LAWATAN / / 2 13 MAJLIS HARI JADI / / / 3 14 MASAKAN / / / / / / 6 15 MINGGU PENDIDIKAN KHAS / / / / 4 16 MOBILITI PASAR RAYA / / / / 4 17 PENGANGKUTAN AWAM / / / 3 18 PROJEK DAM ULAR / 1 19 AMALAN SOLAT HARIAN / / 2 20 MENCUCI KENDERAAN / / / / 4 21 TANAMAN / / / / / / 6 22 TARIAN / 1 23 JAHITAN ASAS / / 2 24 JAHITAN MESIN / / 2 25 KIOS KEUSAHAWANAN / / 2 26 PROJEK ROTI / / 2 27 ANYAMAN MANIK / / / 3 28 BERKUDA / / / (2) 4 29 GOLF / / / 3 30 RENANG / / 2 31 MENDOBI / / / / / 5 32 MEMANAH / / / 3 33 AKUAKULTUR / / / / / 5 34 REFLEKSOLOGI / / / 3 35 PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN / (2) / 3 36 PERMAINAN TRADISIONAL / / / / / / 6 37 MEMANCING / / / (2) 4 38 PENGEMASAN / / / 3 39 PENTERNAKAN UNGGAS / / / / / 5 40 CABARAN EKSPLORASI / / 2 41 MAJLIS CERAMAH / 1 42 KRAF DOH TEPUNG / / 2 43 PROJEK MEMBINA GAJET / / 2 44 PENTERNAKAN KELULUT / / / / / 5 45 KRAF BATIK / / 2 46 KRAF FELT / / 2 47 PROGRAM LARIAN / / 2 48 PERBARISAN / 1 49 PETANQUE / / 2 50 OPERASI SERVIS MAKANAN & MINUMAN / / / 3 JUMLAH KEKERAPAN OUTCOME 14 3 22 3 19 8 10 11 13 29 8 7 JUMLAH EBAI = 47


DOMAIN 5: PEMBANGUNAN KERJAYA NO. EBAI EBAI/OUTCOME 5.1.1 5.1.2 5.1.3 5.2.1 5.2.2 5.2.3 5.3.1 5.3.2 5.3.3 5.3.4 5.3.5 REAKSI 2 JAMUAN / 1 3 NILAM / 1 6 PERSEMBAHAN KESENIAN / / 2 9 KARNIVAL KERJAYA / (2) 2 10 KEJOHANAN SUKAN / 1 14 MASAKAN / 1 15 MINGGU PENDIDIKAN KHAS / / / 3 16 MOBILITI PASARAYA / 1 21 TANAMAN / / / / / 5 23 JAHITAN ASAS / / 2 24 JAHITAN MESIN / / / / 4 25 KIOS KEUSAHAWANAN / / / / / 5 26 PROJEK ROTI / / / (2) / / / 7 27 ANYAMAN MANIK / / / / 4 28 BERKUDA / 1 29 GOLF / 1 30 RENANG / 1 31 MENDOBI / / 2 32 MEMANAH / 1 33 AKUAKULTUR / / / / 4 34 REFLEKSOLOGI / / / 3 35 PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN / (2) / 3 37 MEMANCING / 1 38 PENGEMASAN / / 2 39 PENTERNAKAN UNGGAS / / / / / 5 41 MAJLIS CERAMAH / 1 42 KRAF DOH TEPUNG / / 2 43 PROJEK MEMBINA GAJET / / 2 44 PENTERNAKAN KELULUT / 1 45 KRAF BATIK / / 2 46 KRAF FELT / / 2 48 PERBARISAN / 1 49 PETANQUE / / 2 50 OPERASI SERVIS MAKANAN & MINUMAN / 1 JUMLAH KEKERAPAN OUTCOME 19 6 10 2 5 3 1 6 10 12 3 JUMLAH EBAI = 34


MODUL PENTAKSIR 43 12.0 PEMENTORAN AKTIVITI PENTAKSIRAN Pementoran dilaksanakan bagi membimbing, memudah cara dan meningkatkan pengetahuan serta kefahaman guru dalam melaksanakan pentaksiran. KAEDAH MELAKSANAKAN PEMENTORAN DALAM MENENTUKAN STANDARD KEBOLEHAN CALON Pementoran pentaksiran dilaksanakan dalam kumpulan untuk memastikan perbincangan dilaksanakan bagi memastikan pentaksir mempunyai kefahaman yang sama dalam menilai kebolehan calon. Aktiviti pementoran boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah yang berikut: 1. Melaksanakan aktiviti secara kumpulan kecil. 2. Ahli kumpulan terdiri daripada: a. mentor (pentaksir yang berpengalaman) b. pentaksir baharu/pentaksir yang kurang/belum mahir 3. Mengenal pasti kebolehan calon berdasarkan: a. EBAI yang dilaksanakan b. reaksi yang ditunjukkan oleh calon 4. Ahli kumpulan membentangkan eviden berdasarkan reaksi calon. 5. Ahli kumpulan menetapkan standard kebolehan calon. 6. Ahli kumpulan memberi justifikasi pemilihan standard kebolehan. 7. Sekiranya eviden/standard kebolehan tidak/kurang sesuai dengan reaksi, cadangan penambahbaikan perlu dibuat.


Click to View FlipBook Version