NAMA : NUR HUMAIRAH BINTI FAZELI NAMA SEKOLAH : SMK HANG KASTURI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HANG KASTURI, MASJID TANAH, MELAKA.
NO 1 4 PROFIL PERABADI MURID -SALINAN KAD PENGENALAN -SALINAN KAD OKU SALINAN SIJIL-SIJIL PENYERTAAN / PENCAPAIAN TAHAP TERTINGGI ISI KANDUNGAN KANDUNGAN 2 3 SENARAI PENCAPAIAN DAN PENGLIBATAN AKTIVITI KURIKULUM DAN KOKURIKULUM SALINAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UASA DAN PBD GAMBAR PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI/PROGRAM/PERTANDINGAN KOKURIKULUM SALINAN REKOD KUTIPAN DATA NILAM ULASAN BUKU/SINOPSIS PILIHAN 5 6 7
PROFIL PERIBADI MURID
NO. OKU : 050916040068 NAMA :NUR HUMAIRAH BINTI FAZELI NO. KAD PENGENALAN : 050916040068 TARIKH LAHIR : 16 SEPTEMBER 2005 JANTINA :PEREMPUAN NAMA SEKOLAH : SMK HANG KASTURI, MASJID TANAH, MELAKA. NO. TEL SEKOLAH : 063184388 CITA-CITA : BISNESS WOMEN HOBI : MEMBACA BUKU CERITA JAWATAN : PENOLONG KELAS
SALINAN KAD PENGENALAN
SALINAN KAD OKU 4
SENARAI PENCAPAIAN DAN PENGLIBATAN AKTIVITI KURIKULUM DAN KORIKULUM
BIL 1 4 TILAWAH AL-QURAN - BP MENENGAH (P) TEMPAT KETIGA ZON 2019 PENOLONG KETUA KELAS PEN.KHAS PESERTA SEKOLAH 2017 BESTARI SK JERAM AKTIVITI PERTANDINGAN 2 3 PELAJAR CEMERLAG PENDIDIKAN KHAS CEMERLANG SEKOLAH 2019 KEJOHANAN PETANQUE PEN.KHAS PESERTA NEGERI 2016 NEGERI MELAKA HAFAZAN - BP MENENGAH (P) NAIB JOHAN ZON 2019 5 JAWATAN/ KEDUDUKAN PERINGKAT TAHUN
SALINAN KEPUTUSAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
KEPUTUSAN UASA
KEPUTUSAN PBD
SALINAN SIJIL-SIJIL PENYERTAAN/PENCAPAIAN
GAMBAR PENGLIBATAN AKTIVITI/ PERTANDINGAN
JOHAN KUIZ MINGGU AKADEMIK PENDIDIKAN KHAS
NAIB JOHAN PERTANDINGAN SUKANEKA PENDIDIKAN KHAS
NAIB JOHAN KUIZ KEMERDEKAAN
PENGLIBATAN AKTIF UJI KAJI DUNIA SAINS PENDIDIKAN KHAS
PENYERTAAN PERSEMBAHAN NASYID PENUTUPAN PROGRAM IHYA RAMADHAN
SALINAN REKOD KUTIPAN DATA NILAM
ULASAN / SINOPSIS BUKU YANG DIPILIH
BUKU I TAJUK : ANAK DERHAKA
Saya akan menceritakan kisah yang bertajuk Anak Derhaka. Buku ini telah diolah oleh Rubiah Jusoh pada tahun 2009. Buku ini mengandungi 14 muka surat. Buku ini menceritakan tentang seorang pemuda yang Bernama Seman. Dia tinggal di Kampung Hulu Petai. Rupa paras Seman digambarkan seorang yang hodoh dan mempunyai kulit badan yang berbelang-belang. Walau bagaimanapun, dia disayangi oleh ibu bapanya. Seman meneruskan kehidupan sehariannya seperti rakan-rakan yang lain tanpa ada perasaan malu. Diceritakan, di pinggir hutan, terdapat sekeping batu leper. Penduduk kampung sering melihat Puteri Bunian berdiri di atas batu tersebut. Dipercayai Puteri Bunian mempunyai rupa paras yang cantik. Diceritakan lagi, pada suatu hari, Seman keluar untuk mencari kayu api di dalam hutan. Di dalam hutan tersebut dia tersesat. Seman tetap meneruskan perjalanan untuk mencari jalan pulang. Sehinggalah dia tiba di kawasan batu leper itu. Seman cemas mencari jalan keluar daripada hutan tersebut sehingga dia telah tertidur di atas batu leper itu. Leman tertidur tanpa sengaja di atas batu leper yang selalu Puteri Bunian selalu menjelma.Tidak lama kemudian, Seman terjaga dan terperanjat kerana dia telah berada di dalam istana dan dikelilingi dayang-dayang. Seman kelihatan seorang yang dungu. Puteri Bunian memberitahu Seman bahawa mereka sudah berkahwin. Hiduplah Seman di dalam istana dengan bahagia dan gembira di samping Puteri Bunian yang jelita. Rupa Seman juga sudah berubah. Dia amat segak dan tubuhnya tidak lagi berbelang-belang. Puteri Bunian menjadikan Seman seorang pemuda yang tampan. Pada suatu hari, seman rindu akan kedua-dua ibu bapanya di kampung. Seman memberitahu hasratnya kepada isterinya dan isterinya membenarkan Seman pulang ke kampung dengan satu syarat. Syaratnya ialah Seman tidak boleh menderhaka kepada kedua ibubapanya. Setelah itu, Seman pulang bersama dengan sebutir batu permata, pemberian isterinya. Setibanya di kampung, Seman disambut dengan gembira oleh kedua-dua ibu bapanya. Mereka tidak menyangka Seman masih hidup. Rindu mereka anak beranak sudah terubat. Ibu bapa Seman bercadang hendak mengadakan kenduri, namun mereka tiada makanan dan pinggan mangkuk. Seman mencari batu permata pemberian isterinya, namun batu permata tersebut telah dibuang oleh ibunya. Lantas, Seman memarahi ibunya sehingga mengeluarkan kata-kata kesat, Seman lupa akan janjinya kepada Puteri Buniah bahawa dia tidak akan derhaka kepada ibu bapanya. Akhirnya Seman telah bertukar menjadi hodoh semula dan kembali pekerja mencari kayu di hutan seperti dahulu.
Nilai murni yang terdapat dalam buku cerita ini ialah kasih sayang. Ini dapat dilihat melalui sikap Seman selepas dia berkahwin dengan Puteri Bunian. Walaupun Seman hidup bahagia di dalam istana, dia tidak pernah melupakan kedua-dua ibu bapanya. rasa kasih dan sayang akan kedua ibu bapanya membuatkan dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung untuk bertemu dengan kedua-dua ibu bapanya. Seman sanggup meninggalkan isteri dan kekayaannya di istana untuk kembali kepada kedua-dua ibu bapanya di kampung. Nilai murni yang kedua ialah nilai baik hati. ini dapat dilihat melalui sikap Puteri Bunian. Puteri Bunian mempunyai hati yang suci, buktinya dia membenarkan Seman pulang ke kampung untuk bertemu dengan kedua-dua ibubapanya tanpa ada rasa iri hari dan berpesan agar Seman tidak menderhaka kepada kedua-dua ibu bapanya. NILAI MURINI YANG TERDAPAT DALAM BUKU CERITA INI
ULASAN RINGKAS 1 ISU SEMASA YANG DAPAT DIKAITKAN DENGAN BAHAN BACAAN Berpandukan cerita ini, kita boleh kaitkan nilai murni tersebut dalam isu yang melanda dalam institusi sesubuah kekeluargaan. Nilai kasih sayang dan baik hati perlu ada dalam sesebuah kekeluargaan. Tanpa ada nilai murni ini, sesebuah keluarga itu akan goyah dan boleh mengakibatkan masalah buli dan ponteng sekolah dalam kalangan remaja masa kini berpunca daripada masalah kekeluargaan di rumah. Sebagai anak, kita perlu menabur bakti kepada kedua-dua ibu bapa kita dengan cara belajar bersungguh-sungguh sehingga boleh membagakan mereka. Bak kata pepatah, bara yang digenggam biarlah sampai jadi arang, yang membawa maksud mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah bersabar sehingga mencapai kejayaan.
BUKU 2 TAJUK : ASAL USUL MELAKA
Buku kedua saya bertajuk Asal Usul Melaka. Buku ini dikarang oleh Rubiah Jusoh pada tahun 2009. Buku ini mengandungi 14 muka surat. Buku ini mengisahkan tentang Parameswara dan pengawal-pengawalnya pergi berburu di binatang di sebuah hutan yang belum pernah dimasuki orang lain. Ada pengawal memberitahu Parameswara terdapat banyak binatang di hutan itu. Setiap kali keluar memburu, Parameswara akan membawa anjing pemburu untuk mengesan binatangbinatang yang ada di hutan. Semasa Parameswara sedang berehat di satu kawasan di dalam hutan. Tibatiba, Parameswara ternampak seekor pelanduk yang berlari pantas. Baginda tertarik hati apabila melihat ketangkasan pelanduk itu berlari. Baginda ingin memanah pelanduk tersebut tetapi tidak mengena. Pelanduk tersebut sangat cerdik dan pandai mengelak daripada terkena panah Parameswara. Seterusnya, Parameswara mengarahkan anjing pemburu untuk mencari pelanduk dalam semak tetapi gagal, pelanduk tersebut berjaya melepaskan diri dengan menendang anjing itu sehingga jatuh ke dalam sungai. Baginda dan pengikutnya kagum dan terkejut dengan kejadian tersebut. Parameswara berbincangn dengan bendahara untuk membuka negeri di situ. Disebabkan kepenatan, baginda bersandar pada sebatang pokok Melaka dan baginda membuka negeri di situ sempena nama pokok Melaka iaitu Negeri Melaka. Kebijaksaan pelanduk dan keistimewaan pokok Melaka, akhirnya tertubuhlah Negeri Melaka. Melaka menjadi sebuah negeri yang maju dan Makmur dan menjadi sebuah pelabuhan yang terkenal di seluruh dunia serta tempat menyebarkan ajaran Islam.
Nilai murni yang terdapat dalam buku cerita ini ialah nilai kebijaksanaan. ini dapat dilihat menerusi watak seekor pelanduk yang bijak. Kebijaksanaan seekor pelanduk dapat dilihat semasa ketangkasan seekor pelanduk yang lincah melepaskan diri daripada diterkam oleh anjing pemburu kepunyaan Parameswara. Rentetan peristiwa itu, maka Parameswara beranggapan bahawa tempat tersebut mempunyai banyak keistimewaan setelah menyaksikan kebijaksanaan seekor pelanduk melepaskan diri daripada anjing pemburu. Oleh yang demikian, tertubuhlah negeri Melaka sempena nama pokok yang Parameswara beristirehat. Nilai murni yang kedua ialah nilai persahabatan. ini dapat dilihat menerusi watak pengawal-pengawal istana. Hubungan mereka sangat akrab dengan Parameswara. Parameswara menerima semua pendapat pengawalnya seperti hubungan sahabat baik. Contohnya pengawal memberitahu Parameswara bahawa ada sebuah hutan yang terdapat banyak binatang dan belum pernah dimasuki orang lain. Parameswara menerima pendapat pengawalnya dan bersetuju untuk pergi ke hutan tersebut tanpa ada perasaan angkuh dan bangga diri. NILAI MURINI YANG TERDAPAT DALAM BUKU CERITA INI
ULASAN RINGKAS 2 ISU SEMASA YANG DAPAT DIKAITKAN DENGAN BAHAN BACAAN Berpandukan cerita ini, kita boleh kaitkan nilai murni tersebut dalam isu yang melanda dalam sistem pembelajaran dalam matapelajaran sejarah. Sebagai murid, mempelajari sejarah asal usul negeri Melaka bukanlah satu proses menghafal fakta semata-mata.Terdapat pandangan yang mengatakan bahawa pembelajaran sejarah adalah proses bagi mendapatkan ilmu pengetahuan dan fakta sejarah melalui cerita pendik seperti Cerita Asal Usul Melaka ini. Cerita Asal Usul Melaka ini memudahkan murid memahami peristiwa disebalik pembukaan Negeri Melaka. Nilai-nilai murni seperti kebijaksanaan Parameswara dan nilai persahabatan boleh dijadikan contoh yang baik demi menggapai sesuatu kejayaan. Bak kata pepatah kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanahnya.
sekian TERIMA KASIH NADI ILMU AMALAN MEMBACA