Kampung Gersik
Buku Rujukan
Majlis Pertunangan
KK JAAFAR ABONG
Penafian dan Hakcipta
PENAFIAN
Setiap maklumat yang terkandung di dalam buku adalah tepat dan terkini. Walau
bagaimanapun, maklumat yang didapati di dalam buku ini boleh diubah, disunting atau
ditarik semula dari semasa ke semasa dan penulis tidak bertanggungjawab terhadap
sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Penulis berhak
membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis.
HAKCIPTA
Hakcipta © KK JAAFAR ABONG OKTOBER 2022
Semua aspek berkenaan rekabentuk, teks dan aspek-aspek lain – adalah hakcipta
ekslusif KK JAAFAR ABONG dan sekutunya. Kandungan dalam buku ini adalah
untuk kegunan peribadi dan bukan komersil sahaja. Sebarang aspek dari buku ini
tidak boleh diterbit semula dalam sebarang bentuk atau cara, sama ada elektronik,
mekanikal, fotokopi, rakaman, tanpa kebenaran dari pihak KK JAAFAR ABONG dan
sekutunya.
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkenaan hakcipta buku ini, sila hubungi KK
JAAFAR ABONG di talian 016-895-4665 atau emel: [email protected]
PENGEDARAN
KK JAAFAR ABONG Emel: [email protected]
Wakil
Perempuan
Alhamdulillahirabbil a’lamin Wassolatuwassalammu a’ala asyrafil
ambiyaiwal morsalin, Saidina Muhamadin wa’ala alihi wasahbihi
ajmain,
ASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
DAN SALAM SEJAHTERA
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Petra Jaya,
Pemanis Kata Selamat Datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
1
KK JAAFAR ABONG Emel: [email protected]
Terang bulan di malam hari,
Malam kelam menjadi terang,
kerlipan bintang penambah seri,
Menerima tetamu sudi bertandang.
Bagi pihak ................................................. dan............................................
serta keluarga, kami menjunjung kasih yang tidak terhingga, atas
keikhlasan dan kesudian saudara ............................................................
bagi pihak .................................................. dan ..........................................
serta rombongan pada malam yang indah ini.
Rombongan Tuan yang berbekalkan senyuman, penuh beradap,
sarat beradat pastinya membawa niat yang tersirat, hajat yang
tersurat, tujuan yang terpahat. Sekiranya benar anggapan kami,
silalah tuan jelaskan niat di hati. Bak kata orang dulu-dulu;
Perahu kolek ke hilir tanjung,
Sarat bermuat si pari-pari,
Salam tersusun sirih junjung,
Apa hajat sampai ke mari?
2
KK JAAFAR ABONG Emel: [email protected]
Tumbuk lada di atas para,
Ditumbuk lumat, disimpan di dalam peti,
Tepuk dada tanya selera,
Bolehkah tahu hajat di hati?
3
KK JAAFAR ABONG Emel: [email protected]
Wakil
Lelaki
ASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad
S.A.W. serta keluarga.
Terlebih dahulu maaf dipohon, izin dipinta. Saya bagi pihak ................
.................................................... dan ..................................................... serta
keluarga mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana
dengan limpah kurnia dan izinNya maka rombongan kami dapat
menyusun adat untuk bertandang ke rumah yang indah ini.
Dengan rasa kasih sayang dan beriringan salam persaudaraan kami
ingin menyampaikan ucapan penghargaan dan rasa terima kasih
mereka sekeluarga atas kesudian menerima kunjungan ini. Memang
benar memang tepat, kami datang membawa hajat yang besar.
4
KK JAAFAR ABONG Emel: [email protected]
Wakil
Perempuan
Malam-malam pasang pelita,
Pelita dipasang diatas peti,
Kalau sudah bagai dikata,
Sila terangkan hajat dihati.
5
KK JAAFAR ABONG Emel: [email protected]
Wakil
Lelaki
Terima kasih, Tuan Budiman.
Enak sungguh buah kedondong,
Diulam bersama si madu lebah,
Sudah lama niat dikandung,
Baru sekarang diizinkan Allah.
Benih padi ditabur semai,
Benih terpilih penuh harapan,
Dari jauh kami mengintai,
Sekuntum bunga mekar di taman.
Bunga ros bunga melati,
Harum semerebak di dalam taman,
Besar sungguh hajat di hati,
Hendak menyunting bunga di taman.
6
KK JAAFAR ABONG Emel: [email protected]
Wakil
Perempuan
Kalaulah demikian murni dan sucinya niat
Kalaulah begitu berat dan saratnya rindu ditanggung
Kalaulah begitu ikhlas dan jujurnya hari
Ikan tenggiri ikan gelama,
Buah berangan jangan gulaikan,
Besar hati kami terima,
Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.
Maka janganlah kita bertangguh bicara
Maka janganlah kita memanjang cerita
Maka janganlah kita melengahkan masa
Indragiri negeri lama,
Berpuput bayu di atas puri,
Besarlah hati kami terima,
Hendak ditanya empunya diri.
7
KK JAAFAR ABONG Emel: [email protected]
Wakil
Lelaki
Buah gelugur si daun pandan,
Sebagai ramuan alat besolek,
Kami bersyukur kepada Tuhan,
Datang kami disambut baik.
Untuk menyampaikan segala hajat, menyempurnakan adat,
menuntut kehendak syariat, biar bulat air bak pembentung,
bulat tekad kerana sepakat, maka dilafazkan di sini,
rombongan kami datang untuk memetik bunga yang ada di
laman rumah .............................................................................. dan
.............................................................. yang bernama anakanda
..................................................................... untuk diperkenankan
menjadi pasangan hidup kumbang yang menyeri taman
.............................. dan .......................... anakanda ..........................
Dengan ini, kami mengharap bunga yang belum berpunya
serta kembangyang belum berpetik itu sudi kiranya menerima
kehadiran kumbang yang sudah lama mencari dahan tempat
berteduh dan pohonan rimbun melepas lelah.
8
KK JAAFAR ABONG Emel: [email protected]
Wakil
Perempuan
Ambilkan saya buah delima,
Masak sebiji di balik daun,
Budi tuan saya terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.
Yang datang berulang alik,
Yang pergi terbayang bayang,
Yang bulat datang menggolek,
Yang pipih datang melayang.
Kalau berakit guna galah,
Cepat tuan tiba ke tebing,
Kalau sudah kehendak Allah,
Niat terkabul hajat pun terbimbing.
Tak cukup tapak tangan,
Nyiru kami tadahkan.
9
KK JAAFAR ABONG Emel: [email protected]
Kalaulah demikian kehendak rombongan tuan, maka eloklah
ditanya yang empunya diri, apakah sudah bersedia untuk
dimiliki.
Cik Siti mengait baju dengan jarum
Untuk dipakai oleh si Puteri Delima
(Nama) menguntum senyum,
Tanda risikan telah diterima
Bagi pihak ............................................. dan ...............................
serta anakanda ........................................................, saya ingin
menyampaikan persetujuan mereka untuk menerima
pinangan dari pihak tuan.
10
KK JAAFAR ABONG Emel: [email protected]
Wakil
Lelaki
Syukur Alhamdulillah
Banyak perahu ditepi pantai,
Sarat bermuat buah peria,
Asal hajat dapat disampai,
Biarlah kekal aman bahagia.
Sebagai lambang cinta serta kasih, izinkan saya
menterjemahkan maksud dihati dan menzahirkan hantaran
yang seadanya ini.
11
KK JAAFAR ABONG Emel: [email protected]
Wakil
Perempuan
Dipersilakan.
12
KK JAAFAR ABONG Emel: [email protected]
Wakil
Lelaki
Terima kasih.
Hantarannya ialah: (sebagai contoh sahaja)
1. Tanda Bertunang
Berjumlah RM80.00 sebagai pengikat pertalian
pasangan hidup.
2. Mas Kahwin
Berjumlah RM120.00
3. Belanja Dapur
Sejumlah RM11,111,11 telah dijelaskan secara tunai
kepada ibu/bapa bakal isteri.
4. Sirih Junjung
Melambangkan adat perkahwinan masyarakat Melayu.
5. Sebentuk Cincin Perkahwinan
Tanda ikatan kasih sayang kepada pasangan
agar sentiasa bahagia dan berkekalan.
6. Al-Quran / Sejadah /Tasbih
Sebagai pedoman hidup sepanjang zaman
dan tempat sujud mengingati ilahi.
13
KK JAAFAR ABONG Emel: [email protected]
7. Sepasang Jubah
Lambang Kecantikkan.
8. Sepasang Kasut dan Tas Tangan
Sebagai pelengkap dan penyerlah keterampilan diri.
9. Seutas Jam Tangan
Umpama kesetiaan cinta abadi yang takkan pudar
waktu sesaat.
10. Sepasang Tuala
Sebagai menghilang segala kekotoran selepas
mandi agar sentiasa segar.
11. Set Wangi-Wangian
Penambah seri penawar hati.
12. Kamera (Canon 60D)
Sebagai ingatan kasih sayang yang kekal abadi.
13. Coklat
Lambang penyeri bahtera kasih dalam melayari lautan
hidup berpasangan.
14. Langkah Batang
(Sebentuk Cincin dan Sepasang Baju Kurung)
Sebagai adat masyarakat melayu Negeri Sarawak,
seseorang adik yang mendahului kakaknya bertunang
atau berkahwin diberi sebentuk cincin disebut dalam
bahasa Sarawak dahulu kala “Tungkal Hawo”
Wahai tuan yang budiman, demikianlah hantaran tanda
ikatan pertunangan dari pihak lelaki. Menurut adat dan
budaya, mengikut pesan orang tua-tua; pohon sudi
kiranya diteliti dan diperiksa dengan seadanya agar
tidak ada yang tercicir dan terlupa.
14
KK JAAFAR ABONG Emel: [email protected]
Wakil
Perempuan
Wahai saudara yang budiman
Segala hantaran sudah diteliti, dikira, ditara dan dihitungkan.
Alhamdulillah, semua hantaran kemas dan sempurna. Tiada
kurang dan tiada lebihnya. Menepati senarai hantaran yang
dipersembahankan dengan beradat dan berbudaya.
Terang bulan bak purnama,
Wajah ayu seumpama ratu,
Penuh adab kami terima,
Moga dua jiwa bersatu,
Singgah pengkalan tunggu perahu,
Terima kasih setulus hati.
15
KK JAAFAR ABONG Emel: [email protected]
Wakil
Lelaki
Sekiranya demikian madahnya tuan, maka terimalah ungkapan
puisi ini
Pohon Ara dihinggap lebah,
Lebah bersarang tinggal lama,
Semua hantaran telah dipersembah,
Ikatan kasih telah diterima.
Kini terkabullah segala doa, terlaksanalah segala cita-cita,
Semoga hidup kedua pasangan senantiasa bahagia dicucuri
rahmat, inayah dan taufiq daripada Allah Yang Maha Kuasa.
16
KK JAAFAR ABONG Emel: [email protected]
Wakil
Perempuan
Terima kasih saudara yang budiman
Ada padi ada beras,
Ada budi ada balas,
Insan berbudi kita berbahasa,
Insan memberi kita merasa.
Ini hantaran balas pihak perempuan iaitu: (sebagai contoh
sahaja)
1. Sebentuk cincin kahwin
Tanda ikatan kasih sayang.
2. Sepasang Kaca Mata hitam
Pelengkap peribadi dan keterampilan diri.
3. Set Wangi Wangian
Penambah Seri Perawan Hati.
17
KK JAAFAR ABONG Emel: [email protected]
Contoh hantaran
4. Dompet dan Tali Pinggang
Sebagai penyerlah keterampilan agar segak bergaya.
5. Sepasang Kasut
Sebagai alas kaki.
6. Sepasang Kameja / Seluar
Mengekal keterampilan.
7. Sehelai Tuala Mandi
Sebagai Lambang pembersihan.
Harap sudi menerima, bukan sahaja tanda pertunangan di
antara dua insan dalam alam percintyaan, tetapi juga sebagai
adat dan adab pertalian persaudaraan diantara dua keluarga.
18
KK JAAFAR ABONG Emel: [email protected]
Wakil
Lelaki
Terima Kasih kami ucapkan.
Hantaran balas daripada anakanda ................................................
sedia kami terima dengan besar hati. Doa restu dijadikan
iringan. Mudah-mudahan Allah Yang Maha Pengasih dan Maha
Penyayang, mencucuri RahmatNya kepada kita sekalian.
................................................. dan ............................................. serta
keluarga mewakilkan saya untuk menyampaikan rasa syukur
dan terima kasih kepada semua yang hadir pada malam ini.
Contoh hantaran
19
KK JAAFAR ABONG Emel: [email protected]
Wakil
Perempuan
Terima kasih kami ucapkan.
Doa restu dan ucap selamat kami zahirkan.
Mudah-mudahan Allah S.W.T. jualah kita memohon supaya
dilimpahkan rahmat dan keberkatan serta kebahagiaan dan
kesejahteraan kepada .....................................................................
dan .................................................... serta kedua-dua keluarga.
20
Contoh Watikah Pertunangan
konsep & reka bentuk oleh
iDinar Design