REKOD BACAAN BUKU
49
REKOD BACAAN BUKU
50
ULASAN BUKU 1
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya akan membuat ulasan buku yang pertama yang berjudul Sayang dan Rindu Mama.
Buku ini ditulis oleh Nor Hanis binti Hashim yang juga dikenali dengan nama Uzma
Hani. Buku ini berharga RM9.50 senaskhah. Buku ini diterbitkan oleh Synergy Media pada
tahun 2013 dan mempunyai 149 muka surat. Penulis buku ini telah menceburkan diri dalam
bidang penulisan sekitar tahun 2010 dan kini giat menghasilkan beberapa buah novel
termasuk novel kanak-kanak dan remaja.
Novel yang bertemakan kisah kekeluargaan ini telah menarik minat saya untuk
membacanya. Ia mengisahkan tentang seorang anak yang bernama Nur Maisarah yang
merupakan anak tunggal kepada Tuan Haris dan Puan Helena yang kaya raya. Sarah
merasakan hidupnya dikongkong oleh ibu dan bapanya. Suatu hari, seorang lelaki yang
bernama Pak Kadir telah datang ke rumahnya tetapi kehadirannya tidak disukai oleh Puan
Helena. Kehadiran Pak Kadir membawa rahsia silam yang meninggalkan tanda tanya dari
Sarah. 51
ULASAN BUKU 1
Akhirnya, Tuan Haris dan Puan Helena terpaksa akur bahawa anak tunggal mereka
bukan milik mereka sepenuhnya. Sarah merupakan anak kandung Pak Kadir dan
isterinya. Pak Kadir berkeras untuk merahsiakannya dari pengetahuan Sarah. Tuan
Haris terhutang budi dengan keluarga Pak Kadir dan berjanji untuk mengambil berat
tentang keluarga Pak Kadir.
Hormat kepada orang tua, kasih sayang dan sikap bertoleransi merupakan nilai
murni yang diperoleh dari novel ini. Kesimpulannya, kekuatan novel ini terletak pada
jalan cerita yang mudah difahami, plot-plot yang ringkas dan menarik. Novel ini
merupakan novel yang patut dibaca terutamanya pelajar sekolah. Banyak nilai dan
pengajaran yang dapat dimanfaatkan oleh pembaca.
52
ULASAN BUKU 2
Ulasan buku saya yang kedua bertajuk Sejambak Bunga Semerbak Kasih Ibu.
Buku ini ditulis oleh Siti Nur Akma Ahmad atau nama penanya Bunga Dandelion.
Buku ini diterbitkan oleh Synergy Media pada tahun 2013 dan mempunyai 149 halaman.
Penulis mempunyai kelayakan dalam Penulisan Skrin dan mula menulis sekitar tahun
2010.
Novel ini mempunyai lima watak iaitu Fitrah sebagai watak utama, Irma, Anuar,
Tania dan juga Stella. Kisah ini menceritakan tentang Fitrah seorang gadis penjual bunga
kertas yang bersahabat dengan Irma. Rakan sekolahnya, Tania selalu mengejek Fitrah
kerana dia miskin. Satu hari, Fitrah diragut oleh Anuar. Namun, Fitrah menyelamatkan
Anuar dari dipukul oleh orang ramai. Sejak itu, mereka bersahabat baik. Fitrah bertemu
dengan Stella di Alam Fun Fair. Stella merupakan penyanyi idola kanak-kanak yang
merasa dikongkong oleh ibunya. Mereka semua akhirnya bersahabat baik hanya kerana
disebabkan bunga kertas buatan Fitrah.
53
ULASAN BUKU 2
Nilai murni yang diperoleh dari novel ini ialah hormat dan patuh kepada orang tua
dan ajaran agama seperti yang diajar oleh ibu Fitrah, kasih sayang antara keluarga dan
sahabat serta kerajinan yang akhirnya membuahkan hasil yang lumayan.
Kesimpulannya, kekuatan pada novel ini adalah menerusi susunan ayat yang
mudah difahami. Corak dan warna kulit buku ini juga sangat menarik kerana ianya
berwarna merah jambu yang menjadi kegemaran saya. Novel ini sangat sesuai menjadi
bahan bacaan pelajar sekolah walaupun penulisannya hanyalah berbentuk lamunan atau
rekaan tetapi cuba memaparkan kisah realiti masa kini.
Saya pasti akan berkongsi bahan bacaan ini bersama rakan-rakan baik saya
kerana buku terbitan Synergy Media sangat sesuai untuk kanak-kanak seprti saya.
Sekian.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
54