The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by JIA YONG TEE, 2023-12-03 12:24:40

Berkata Benar, Berbuat Jujur

Buku Cerita Kanak-kanak

BBEERRKKAATTAA BBEENNAARR BBEERRBBUUAATT JJUUJJUURR Disediakan oleh: TEE JIA YONG


Ali adalah seorang budak lelaki yang sangat suka bercakap bohong. Dia pernah terpecah pasu bunga yang ibunya paling suka tetapi dia berbohong bahawa kucing yang memecahkan pasu bunga itu. Selain itu, dia yang makan makanan ringan tetapi cakap adiknya yang makan.


Ibu bapa Ali sentiasa mengajar Ali bahawa berbohong adalah perbuatanyang salah. Mereka juga selalu minta Ali untuk mengubahbaikan perbuatan ini. Namun, Ali masih kekalkan perbuatannya.


Pada suatu malam, Ali sedang tidur di biliknya. Apabila Ali membuka mata, dia mendapati bahawa dia sedang berada di dalam hutan. Ali berasa takut dan ingin mencari jalan balik rumah dengan segara. Namun,sekeliling Ali hanya ada pokok-pokok tinggi sahaja.


Pada masa ini, Ali mendapati terdapat tiga pokok mempunyai tanda dan tulisan di batang pokok. Ali mendekati tiga pokok tersebut dan menemui pokok pertama dan pokok ketiga mempunyai satu perenggan tulisan danpokok di tengah mempunyai lukisan burung hantu.


Ayat di pokok pertama ialah: “Ali, kamu akan tinggal di sini selamalamanya sehingga kamu berhenti berbohong. ” Ayat di pokok kedua ialah: “Sebut ‘Burung Hantu ’ tiga kali, burung hantu yang pandai akan memenuhi semua permintaan kamu dengan syarat-syarat tertentu. ”


Selepas membaca, Ali mula menjerit: “Burung hantu! Burung hantu! Burung hantu!” Tidak lama lagi, seekor burung hantu muncul dan berdiri di atas dahan pokok. Burung hantu itu bertanya: “Budak, adakah kamu yang panggil aku? Apa permintaan yang perlu aku tolong penuhi?”


Ali berjawab: “Ya, Ali yang panggil. Ali ingin keluar dari hutan ini dan balikke rumah. ” Burung hantu menerima permintaan Ali dan memberitahu diabahawa dia akan menghadapi tiga cabaran dan setiap cabaran mempunyai satu soalan. Ali perlu menjawab semua soalan dengan jujur.


Pada mula-mulanya, Ali mengikut burung hantu sampai ke satu kolam yang penuh dengan katak. Burung hantu berkata: “Ini adalah cabaran pertama. Kamu perlu jawab soalan aku dengan jujur atau kamu akan menjadi katak. ”


Selepas itu, burung hantu keluarkan soalannya: “Adakah kamu siapkan semua kerja rumah?” Jawapan ini sepatutnya tidak. Namun, Ali terus menjawab tanpa berfikir: “Ya, mestilah Ali siapkan semua kerja rumah. ”


Ketika Ali habis menjawab, Ali ditukar kepada seekor katak. Burung hantu memberitahu Ali bahawa dia telah berbohong dan akan menjadi katak selama sepuluh minit dan masa akan menambah jika dia berbohong lagi.


Semasa Ali menjadi katak, dia rasa takut. Dia hanya boleh berlompat seperti katak lain dan tidak dapat bercakap. Selepas sepuluh minit, Ali ditukar balik kepada manusia dan ditanya dengan soalan yang sama sekali lagi. Kali ini, Ali telah menjawab dengan jujur.


Kemudian, Ali mengikut burung hantu sampai ke satu tempat yang dipenuhi dengan rumput yang panjang. Tempat itu mempunyai banyak tikus. Kali ini Ali akan menjadi tikus jika dia berbohong. “Soalan ialah adakah kamu selalu makan makanan ringan tanpa kebenaran ibu bapa?”Jawapan ini adalah betul. Ali masih menjawab bukan.


Walaupun dia menyedari dia berbohong lagi dan ingin mengubah jawapannya, tetapi dia sudah menjadi tikus. Kali ini Ali perlu menjadi tikus selama dua puluh minit. Ali berfikir dan berkata dengan diri sendiri dalam hati dia mesti jawab soalan yang seterusnya dengan jujur. Selepas sampai dua puluh minit, Ali menjawab lagi soalan ini dengan jujur dan berjaya kembali kepada manusia.


Pada akhirnya, Ali mengikut burung hantu sampai ke satu lubang besar yang penuh dengan ular. Tempat ini adalah cabaran terakhir bagi Ali. JikaAli dapat jawab dengan jujur dia akan dapat keluar dari sini dan jika berbohong Ali akan menjadi ular selama-lamanya.


“Soalan akhir aku ialah adakah kamu selalu berbohong terhadap ibu bapa kamu?” Kali ini, Ali menjawab dengan jujur. “Ya, Ali selalu berbohong terhadap ibu bapa Ali. ” Selepas menjawab, burung hantu katataniah kepada Ali sebab dia tidak berbohong lagi.


Seterusnya, satu pintu wujud di hadapan Ali. Burung hantu suruh Ali masuk pintu tersebut lepastu dia akan keluar dari hutan ini.


Sebelum Ali masuk pintu tersebut, Ali berjanji terhadap burung hantu bahawa dia tidak akan berbohong lagi. Semasa Ali membuka pintu tersebut, Ali hanya nampak cahaya putih yang sangat terang.


Tidak lama lagi, Ali bangun dan mendapati dia masih berada di dalam biliknya. Rupanya semua yang dialami tadi adalah mimpi. Walaubagaimanapun, Ali tidak berbohong lagi sejak hari itu dan menjadi seorang budak yang setiap orang sukai.


Rujukan Ahmad, S. (2023, April 2). Download Vector countryside cartoon background illustration with house, lake, tree, mountain, sky, road for free. Vecteezy. https://www.vecteezy.com/vectorart/22182236-vector-countryside-cartoon-background-illustration-with-house-lake-treemountain-sky-road Illustration. (n.d.). Cartoon living room apartment interior vector image. VectorStock. https://www.vectorstock.com/royalty-free-vector/cartoon-living-room-apartment-interiorvector-38402033 Realist illustration of room interior Free Vector. (2021, June 13). Freepik. https://www.freepik.com/free-photos-vectors/cartoon-kids-bedroom Cole, M. (2022, April 22). Download Cartoon jungle environment background for free. Vecteezy. https://www.vecteezy.com/vector-art/7252858-cartoon-jungle-environmentbackground Rujukan Ahmad, S. (2023, April 2). Download Vector countryside cartoon background illustration with house, lake, tree, mountain, sky, road for free. Vecteezy. https://www.vecteezy.com/vectorart/22182236-vector-countryside-cartoon-background-illustration-with-house-lake-treemountain-sky-road Illustration. (n.d.). Cartoon living room apartment interior vector image. VectorStock. https://www.vectorstock.com/royalty-free-vector/cartoon-living-room-apartment-interiorvector-38402033 Realist illustration of room interior Free Vector. (2021, June 13). Freepik. https://www.freepik.com/free-photos-vectors/cartoon-kids-bedroom Cole, M. (2022, April 22). Download Cartoon jungle environment background for free. Vecteezy. https://www.vecteezy.com/vector-art/7252858-cartoon-jungle-environmentbackground


Rujukan Prabowo, D. (2022, March 29). Download tree illustration with cartoon style for free. Vecteezy. https://www.vecteezy.com/vector-art/6851591-tree-illustration-with-cartoonstyle InhaSemiankova. (n.d.). Cartoon pond near the forest vector image. VectorStock. https://www.vectorstock.com/royalty-free-vector/cartoon-pond-near-the-forest-vector8116691 Arabian Premium Vector. (2023, May 9). Freepik. https://www.freepik.com/premiumvector/arabian_42750141.htm#query=cartoon%20grass&position=28&from_view=keywor d&track=ais&uuid=0402be4f-58fa-4fbe-93b1-658fb5d08af3 Shutterstock. (n.d.). Shutterstock. https://www.shutterstock.com/zh/search/cartoon-hole Rujukan Prabowo, D. (2022, March 29). Download tree illustration with cartoon style for free. Vecteezy. https://www.vecteezy.com/vector-art/6851591-tree-illustration-with-cartoonstyle InhaSemiankova. (n.d.). Cartoon pond near the forest vector image. VectorStock. https://www.vectorstock.com/royalty-free-vector/cartoon-pond-near-the-forest-vector8116691 Arabian Premium Vector. (2023, May 9). Freepik. https://www.freepik.com/premiumvector/arabian_42750141.htm#query=cartoon%20grass&position=28&from_view=keywor d&track=ais&uuid=0402be4f-58fa-4fbe-93b1-658fb5d08af3 Shutterstock. (n.d.). Shutterstock. https://www.shutterstock.com/zh/search/cartoon-hole


Click to View FlipBook Version