The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KARNIVAL STEM TAHUN 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-64412560, 2021-07-15 21:10:28

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KARNIVAL STEM TAHUN 2021

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KARNIVAL STEM TAHUN 2021

STEM INSPIRES OUR FUTURE

MAJLIS PERASMIAN
PENUTUPAN KARNIVAL

STEM TAHUN 2021

16 Julai 2021 (Jumaat)
2.30 - 5.00 petang

#JEJAKCPR2021 #KARNIVALSTEMCPR

SMK CONVENT JALAN PEEL

Transformation Towards Excellence

Bismillahhirrahmannirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada pihak sekolah atas penganjuran Karnival Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) peringkat sekolah tahun 2021. Bagi
pihak Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), usaha ini merupakan satu usaha murni yang
amat bernilai dalam usaha melahirkan generasi pewaris negara pada masa akan datang.

Kita maklum bahawa pihak Kementerian Pendidikan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk
melahirkan negara bangsa yang terdidik dengan akhlak terpuji dan berminda kelas pertama. Oleh itu
negara memerlukan tenaga kerja yang berteraskan STEM bagi memacu ekonomi berasaskan inovasi.
Peranan sekolah dan universiti penting dalam menghasilkan modal insan berorientasikan pendidikan
STEM. Karnival STEM ini diharap dapat melahirkan ramai murid yang berbakat besar dalam dunia
penyelidikan dan menghasilkan projek-projek sains dan kejuruteraan bertaraf dunia.

Dalam pelaksanaan penganjuran karnival ini harap usaha ini menepati dan sejajar dengan
objektif penganjuran yang bermotifkan untuk mencungkil bakat murid-murid dalam bidang
penyelidikan dan pembangunan inovasi Sains, teknologi, kejuruteraan dan Matematik (STEM) di
samping memperkembang potensi dan kemahiran saintifik murid dalam membuat kajian terkini.
Kebolehan murid mencipta dan berinovasi dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik
dapat dikembangkan ke platform yang lebih tinggi.

Akhir kata saya menyeru kepada semua warga sekolah untuk menggembleng tenaga bersama-
sama pihak PIBG dengan penuh iltizam ke arah mempertingkatkan penguasaan ilmu demi kejayaan
dan kegemilangan agama, bangsa dan negara. Saya berharap usaha murni ini dapat memenuhi visi
pendidikan dan aspirasi murid untuk keperluan negara pada masa hadapan.

SAMSHOR BAHARIN BIN SHAHMIN
YANG DIPERTUA PIBG
SMK CONVENT JALAN PEEL
KUALA LUMPUR

Bismillahhirrahmannirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya kita dapat
bersama-sama menjayakan karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi
tahun 2021 yang bertemakan Sains dan Teknologi walaupun dalam situasi pandemik yang kian
mencabar. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua Penolong Kanan, Guru-
guru Kanan Mata Pelajaran, jawatankuasa pelaksana dan guru-guru yang terlibat dalam menjayakan
karnival ini pada tahun ini. Saya mengalu-alukan kehadiran para tetamu dan jemputan ke majlis ini
yang diadakan di SMK Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur.

Antara matlamat Pendidikan STEM adalah untuk melahirkan murid berliterasi STEM yang
berupaya untuk mengenal pasti, mengaplikasi serta mengintegrasikan konsep STEM untuk
memahami masalah dan menyelesaikannya secara kreatif dan inovatif. Hal ini dapat dijayakan
melalui pembelajaran bersepadu yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar dan menggunakan
pendekatan hands-on dan penerokaan terbuka.

Dewasa ini, negara menghadapi dilema apabila peratus pelajar sekolah dalam aliran berkaitan
STEM adalah lebih rendah seperti yang diinginkan dan menimbulkan kerisauan banyak pihak.
Dengan adanya penganjuran Karnival STEM seumpama ini, minat murid dalam bidang-bidang yang
berkaitan dapat dipupuk di samping memberi pendedahan awal ke arah penciptaan dan inovasi selari
dengan slogan sekolah iaitu ‘STEM Inspires Our Future’. Peranan sekolah dan para guru tidak boleh
dikesampingkan bagi memastikan pembelajaran dan pengajaran subjek yang berkaitan diperkasa dari
semasa ke semasa. Kaedah pembelajaran abad ke-21 (PAK21) dilihat berupaya menangani masalah
pengajaran guru jika dibudayakan. Mungkin satu hari nanti kita mampu melahirkan seorang saintis
muda yang kritis seperti Al Jazari yang digelar Bapa Robotik.

Akhir kata, saya dedikasikan penghargaan tidak terhingga kepada jawatankuasa pelaksana dan
semua yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak langsung dalam menjayakan Karnival
STEM SMK Convent Jalan Peel tahun 2021.

Sekian, terima kasih.

MASTURA BINTI MUHAMAD

PENGETUA

SMK CONVENT JALAN PEEL

KUALA LUMPUR

PENDAHULUAN

STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains,Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.
Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah
bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi. Keperluan kepada STEM wujud apabila
kehendak terhadap bidang kerja yang melibatkan STEM adalah jauh lebih tinggi berbanding bidang lain.
Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, 80% bidang pekerjaannya adalah melibatkan bidang STEM. Maka untuk
itu, pelajar perlu disediakan dengan bidang ini bagi membantu menyediakan lebih banyak sumber kerja
kepada negara.

Atas kesedaran itu, guru-guru di bawah Bidang Sains dan Matematik serta Teknik dan Vokasional
berusaha merancang aktiviti-aktiviti yang terdiri daripada pelbagai disiplin berasaskan amali, eksperimen dan
demonstrasi. Pendekatan pembelajaran secara aktif ini akan menerapkan kemahiran pembelajaran abad ke -
21 yang seterusnya akan meningkatkan kesedaran dan minat pelajar terhadap bidang STEM.

OBJEKTIF

4.1 Untuk meningkatkan minat murid terhadap bidang STEM.
4.2 Untuk meningkatkan motivasi murid dalam pembudayaan STEM.
4.3 Untuk melahirkan para pelajar yang kreatif dan inovatif.
4.4 Untuk melahirkan warga sekolah yang berdaya saing, berkemahiran dan berpengetahuan luas dalam bidang

STEM.

MATLAMAT

1. Menarik minat para murid terhadap bidang STEM dan melahirkan murid yang bermotivasi tinggi.
2. Melahirkan murid yang kompeten dan berdaya saing dalam bidang Sains ,Teknologi, inovatif dan kreatif selaras

dengan hasrat dan keperluan Transformasi Nasional TN50.

2.30 petang: Pendaftaran Kehadiran
3.00 petang: Pembuka Bicara Pengacara Majlis
Nyanyian:
5.00 petang: ֍ Lagu Negaraku
֍ Lagu Wilayah
֍ Bacaan Doa
Ucapan Pengetua:
֍ Puan Mastura binti Muhamad
Ucapan Perasmian Penutupan:
֍ Encik Samshor Baharin bin Shahmin

YDP PIBG
PIBG SMK Convent Jalan Peel
Gimik Perasmian Penutupan (Video)
Pengumuman Pemenang
Majlis Tamat

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat I: Puan Mastura binti Muhamad
(Pengetua SMK Convent Jalan Peel)

Pengerusi I: Puan Nurliza binti Mohd Khalil
(Penolong Kanan Kokurikulum)

Pengerusi II: Puan Norina binti Mahmud
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Penyelaras I: Puan Rohani binti Hj. Mohd Salim
(Guru Kanan Sains dan Matematik)

Penyelaras II: Encik Mohd Sabri bin Che Noh
(Penolong Penyelaras JK STEMEC)

Setiausaha: Puan Wan Nor Asshikin binti Wan Yahya
(Setiausaha JK STEMEC)

Naib Setiausaha: Encik Mohd Hafis bin Ngadimin
(Penolong Setiausaha JK STEMEC)

Ketua Kumpulan: Puan Edah binti Mustapha (GK Bahasa)

Puan Munirah binti Mohamad (GK Kemanusiaan)

JAWATANKUASA PELAKSANA

Jemputan: Puan Wan Nor Asshikin binti Wan Yahya
Pendaftaran: Encik Mohd Hafis bin Ngadimin
Hubungan Luar: Puan Nor Diana binti Hassan
Puan Nurul Syafiqah binti Razali
Encik Mohd Sabri bin Che Noh

Penyedia Teks Ucapan: Encik Mohd Hafis bin Ngadimin
Puan Salinah binti Abas
Bacaan Doa: Puan Ramlah binti Saiin
Pengacara Majlis: Encik Alias bin Sedik
Puan Rahayu binti Yahya

Promosi: Puan Siti Norashikin binti Mohd Anuar
Encik Arvin Cheong Kee Sin

Hadiah, Sijil dan Cenderamata: Puan Mazirawati binti Zakaria

Buku Program/ Buku Pelawat: Puan Siti Nor Hidayah binti Ambok Wirok
Dokumentasi: Puan Nor Rosdiana binti Awang
Cik Sri Devi Perathiba A/P Sanji
Puan Nor Hanidar binti Ibrahim

Gimik Perasmian: Puan Nor Haizad binti Mohd Taharim
Puan Rajeiswari a/p Balasundaram
Puan Heriana binti Md. Salleh

Teknikal: Encik Mohammad Khairil bin Mohd Isa
Pameran/Ceramah STEM : Puan Zuraini binti Yakob
Puan Wan Norana binti Wan Mat
Cik Tan Li Li

INFOGRAFIK STEM: VIDEO DIGITAL:
Encik Mohd Safwan bin Mahmud (K) Encik Mohd Helman bin Talib (K)
Puan Aishah Bee binti Ahmad Tajudeen
Encik Alias bin Sedik
Puan Marlia binti Abdul Mukti Puan Latifah binti Mahmud
Puan Nor Akhmal binti Jamali Puan Tengku Laila Sari binti Tengku Jusoh
Cik Nurul Akmal binti Ab. Aziz Puan Ratna Suminar binti Muflich

Puan Salma bin Mohamed ONLINE QUIZ COMPETITION:
Cik Noorsyahida binti Muhammad Johari (K)
ECO FRIENDLY TOTE BAG:
Puan Haida binti Hamat (K) Puan Mazrita binti Mustafa
Puan Zuraini binti Yakob Puan Rajeiswari A/P Balasundaram
Puan Norhidayu binti Mohammad
Encik Mohamad Farid bin Mohamad Fahimi
Encik Mohammad Khairil bin Mohd Isa FOTOGRAFI SEMULA JADI:
Cik Felicia Chong Pui Yoke Puan Norwahayu binti M.Nordin (K)

PERSEMBAHAN STEM/ STEM TALENT: Puan Sri Rohaiyu binti Mohamad
Puan Santha Mary Louis (K) Cik Rozina Jasmin binti Elias
Puan Azlida binti Abd Rahman Puan Mazirawati binti Zakaria
Puan Noorhayati binti Johari
Cik Sri Devi Perathiba A/P Sanji Puan Siti Nor Hidayah binti Ambok Wirok
Puan Rokiah binti Sulaiman
Puan Nur Salsadila binti Che Razab
Puan Lian Oi Fong EASY MATHS & SCIENCE WITH TIKTOK:
Puan Nik Nur Nabilah binti Che Zainal Abidin (K)
Puan Nor Haizad binti Mohd Taharim
Puan Nurainsafika binti Mohd Sabri Puan Bhevikka @ Bhrita A/P Jayantilal
Puan Rahayu binti Yahya
Puan Heriana binti Md. Salleh
Puan Suhana binti Mohamad Nor Puan Nor Rosdiana binti Awang
Puan Siti Norashikin binti Mohd Anuar Puan Nurulhusna binti Abd Rahman

Encik Arvin Cheong Kee Sin Puan Nor Hanidar binti Ibrahim
Puan Saradha A/P Varadharajoo Puan Normazliani binti Hamdan

Puan Roshayati binti Idris

ONLINE QUIZ COMPETITION

FOTOGRAFI ALAM SEMULA JADI

EASY MATHS AND SCIENCE WITH
TIK-TOK

VIDEO DIGITAL
INFOGRAFIK STEM

STEM TALENT

ECO-FRIENDLY TOTE BAG


Click to View FlipBook Version