The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Asyaa Yusop, 2022-11-10 04:50:36

MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN KAUM

KOD KURSUS : MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN

PROGRAMED: DDT3A
SESSION: 2021/2022

ASSIGNMENT: MEMUPUK SEMANGAT
PERPADUAN KAUM

Member Name Registration Name
An-nur Syaakirah Binti Yusop 20DDT21F1026
20DDT21F1027
Ifa Shafika Binti Kemri

Cathrine Sharina Binti Sedah 20DDT21F1015

DAYANGKU FARAH AZEILA AWG MOHAMMAT

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 PENGENALAN DAN MAKSUD 1

PERPADUAN 2-3
2 CABARAN & HALANGAN PERPADUAN 4-5

KAUM DI MALAYSIA 6-8
3 SUMBANGAN YANG DAPAT DIBERIKAN
9
OLEH MASYARAKAT MALAYSIA DALAM 10
MEMUPUK PERPADUAN DI MALAYSIA
4 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
MASALAH PERPADUAN KAUM DI
MALAYSIA
5 RUMUSAN
6 RUJUKAN

PENDAHULUAN

Sejak mencapai era prakolonial atau kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Malaysia yang dahulunya
dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu telah menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan
dalam mencapai keamanan pada hari ini. Hasil usaha pemimpin terdahulu yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan bangsa telah berjaya memberikan kebebasan daripada penjajah. Namun begitu,
keharmonian yang dinikmati oleh nenek dan moyang kita dahulu semakin hari semakin goyah.
Jurang ekonomi dan pendidikan menjadi antara faktor yang menyumbang kepada isu ini selain
gerakan politik negara yang terlalu berteraskan kaum dan agama. Oleh itu semangat perpaduan atau
kerjasama untuk membentuk negara yang makmur dan damai.Sesebuah negara yang maju tidak
akan wujud tanpa penglibatan daripada setiap kaum.

1

CABARAN DAN HALANGAN
PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

CABARAN DARI SEGI POLITIK
Di Malaysia terdapat pelbagai parti politik yang terdiri daripada pelbagai jenis kumpulan etnik
dan akan memperjuangkan kepentingan etnik .Isu perkauman boleh timbul sekiranya
kepentingan etnik tertentu disuarakan tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak.Sekiranya
isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan,agama, pendidikan, kerakyatan dan ekonomi di
bangkitkan, maka tindakan ini tidak akan menyumbang kearah masyarakat yang bersatu padu.
Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti
kaumnya sendiri tidak kira dari aspek budaya dan bahasa, mereka akan cuba untuk
mempertahankan agar mereka juga dapat hak yang sama rata.Malaysia akan dipandang serong
sekiranya semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing masing

2

CABARAN DARI SEGI EKONOMI
Dalam sektor ekonomi, terdapat jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi. Kebanyakkan
sektor pertanian yang dikuasai oleh orang melayu agak mundur berbanding Orang Cina yang
menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan dan perdangangan. Manakala orang India
pula menguasai kegiatan perladangan . Kesannya, wujud jurang pendapatan yang berbeza antara
etnik. Dasar British yang meletakkan kaum berdasarkan kepada pekerjaan menyebabkan etnik
tertentu mendominasi dalam satu-satu bidang pekerjaan. Orang Melayu kebanyakannya terlibat
dalam sektor pertanian, nelayan dan berkhidmat sebagai penjawat awam. Kebanyakan orang
Cina pula terlibat dalam sektor perniagaan dan perlombongan. Manakal sebahagian besar orang
India pula merupakan buruh di estet. Perbezaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati
dalam kalangan etnik tertentu

CABARAN DARI SEGI SOSIAL
.Aspek sosial sepatutnya dipupuk agar dapat menyatukan rakyat sebagai satu bangsa demokrasi
yang bukan hanya bersandarkan kaum masing- masing.Sekiranya kurang percampuran dalam
aktiviti sosial dalam kalangan masyarakat, maka akan timbul rasa ketidakpercayaan dan kurang
semangat perpaduan dalam diri mereka. Seterusnya, tanggungjawab kerajaan merupakan saluran
yang penting dalam merapatkan jurang antara kaum dalam aspek sosial .Sosial dalam pengertian
lain merupakan komunikasi yang baik, Komunikasi yang berlaku dalam dua hala mahupun
secara berkumpulan.Sekiranya masyarakat majmuk sentiasa berkomunikasi dan melibat kan diri
bersama sama dalam kegiatan sosial, maka lahirlah kesefahaman serta rasa tolenrasi dalam diri
mereka.

3

SUMBANGAN YANG DAPAT
DIBERIKAN OLEH MASYARAKAT
MALAYSIA DALAM MEMUPUK
PERPADUAN DI MALAYSIA

AMALAN GOTONG ROYONG
Amalan gotong-royong adalah budaya yang telah diamalkan untuk generasi dan dianggap sebagai tak
basah dek hujan, tak lekang dek panas. Hal ini dapat meningkatkan semangat membudayakan amalan
gotong-royong. Oleh hal yang demikian, kita mestilah memahami bahawa bergotong-royong adalah
sesuatu hal yang boleh memupuk semangat perpaduan kaum dalam masyarakat Malaysia. Tujuan
kempen ini diadakan bagi memupuk perpaduan diantara kaum India, Cina dan Melayu.Oleh itu,
aktiviti ini sangat digalakka kepada anak-anak muda agar tidak berlaku berselisihan faham antara
sesama sendiri. Hal ini kerana,pertalian antara kaum tidak akan terputus begitu sahaja sekiranya salah
seorang melakukan satu kesilapan yang dapat mendatangkan andaian yang tidak elok oleh orang lain.
Kempen ini juga dapat melahirkan insan yang benilai. Daripada kempen in juga dapat meningkatkan
komunikasi antara kaum yang lain seperti,dapat mempelajari bahasa yang kita kurang mengetahui.
Akhir sekali, kempen gotong-royong mestilah diadakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk
memupuksemangat perpaduan kaum

4

RUMAH TERBUKA
Rumah terbuka merupakan kaedah yang paling efektif bagi memupuk perpaduan kerana dapat
mendedahkan masyarakat kepada keunikan adat resam kaum lain. Interaksi antara kaum dalam majlis
dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia. Selain itu, apabila kita menghadiri rumah
terbuka kita dapat melihat pelbagai jenis juadah dan adat yang diamalkan dalam perayaan kaum
tersebut.Secara tidak langsung pelbagai budaya dan adat dari pelbagai kaum dapat dipelajari.
Hubungan diantara rakyat juga lebih erat dan mesra. Aktiviti rumah terbuka in dapat mewujudkan
silaturahim yang teguh dalam diri rakyat, justeru mewujudkan suasana negara yang harmoni dan
aman damai.

5

LANGKAH LANGKAH
MENGATASI MASALAH
PERPADUAN KAUM DI
MALAYSIA

1. Peranan pihak kerajaan
- kerajaan juga boleh menyatupadukan semua kaum di Malaysia atasDasar Pendidikan Kebangsaan
yang telah digubal untuk mewujudkan persefahamandan perpaduan kaum melalui pendidikan. Dengan
ini, kerajaan dapat menyatukanpelajar-pelajar sekolah yang berbilang kaum dalam satu sistem
pendidikan yangsama bagi memupuk kesedaran dan perpaduan kebangsaan. Sebagai
contohnya,mengadakan kurikulum dan mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua jenis
sekolah di Malaysia.

6

2. Peranan pihak sekolah
- pihak sekolah haruslah menerapkan nilai-nilai murni atau unsur-unsur patriotisme dalam pelbagai
mata pelajaran seperti Pendidikan Moral/Islam (Sekolah Rendah dan Menengah) supaya dapat
memupuk semangat kebangsaan atau patriotik yang menebal di kalangan pelajar.

3. Peranan IbuBapa
- membimbing anak-anak mereka tentangpentingnya perpaduan kaum. Dengan ini, anak-anak mereka
akan mempunyaipersefahaman antara kaum lain yang menebal serta tidak akan menaruh
perasaannegatif terhadap kaum lain dari sejak kecil lagi.

7

4. Peranan Masyarakat
kita haruslah membuang sikap atau perasaan negatif seperti sikapapati/individualistik, perasaan
prasangka/prejudis, diskriminasi, stereotaip,etnosentrisme dan lain-lain lagi dahulu. Sikap atau
perasaan tersebut akan mendatangkan kesan-kesan negatif dan menghalang seseorang untuk
menjalinhubungan baik antara kaum lain yang seterusnya mungkin mencetuskan keadaanmasyarakat
yang tidak harmoni

8

RUMUSAN

Kesimpulannya , kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah bersikap hormat-menghormati antara kaum
agar negara kita sentiasa aman dan harmoni. Dari dasar ekonomi nya, lebih banyak pelancong-
pelancong dari luar negara melancong ke Malaysia kerana negara yang aman dan harmoni. Selain itu,
kita juga perlulah memupuk semangat perpaduan kaum dalam diri masyarakat sejak kecil lagi atau
melalui kempen perpaduan kaum secara besar-besaran

9

RUJUKAN

1. https://www.irujukan.my/perpaduan-kaum/
2. https://www.scribd.com/doc/243527859/Apakah-Maksud-Perpaduan-Kaum
3. https://anyflip.com/hfwxr/fple/basic
4. https://anyflip.com/uopyk/nvyk
5. https://www.scribd.com/doc/133557329/Langkah-langkah-mengatasi-masalah-perpaduan

10


Click to View FlipBook Version