BULETIN RAMADHAN 3/2021
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM / PERSATUAN
AGAM ISLAM /
SURAU AL-HIKMAH
SMK SULTAN ABDUL SAMAD, PETALING
JAYA
SELAMAT
MENYAMBUT
NUZUL AL-QURAN
17 RAMADHAN 1442H
APA ITU TADARUS ?
MARI MEMBACA DOA INI ☺
“Ya Allah, sinarilah hati kami
dengan membaca al-Quran.
Hiasilah akhlak kami dengan
kemuliaan al-Quran.
Baguskanlah amalan kamidengan
berzikir serta bertadarrus al-
Quran.
Selamatkanlah kami dari api
neraka kerana kemuliaan al-
Quran. Masukkanlah kami kedalam
syurga-Mu dengan syafaat al-
Quran. Aamiin.”
TAHUKAH ANDA ?
Surah al-Baqarah adalah surah yang terpanjang di dalam al-
Quran.
Dinamakan Surah al-Baqarah kerana didalamnya berisi
sebuah kisah tentang Bani Israil yang terus - terusan bertanya
soal sapi/lembu kepada Nabi Musa a.s. Didalamnya juga ada
kisah Nabi Adam a.s serta nilai-nilai penting lainnya yang
meliputi hukum, akhlak dan akidah.
Surah ini terdiri dari 286 ayat, 6121 kalimat dan 25500 huruf,
yang terbentang dari juz 1 sampai pertengahan juz 3. Secara
umum surah ini termasuk surah madaniyah.
Surah al-Kautsar adalah surah yang terpendek di dalam al-
Quran.
Dinamakan Surah al-Kautsar kerana kalimat terakhir di ayat
pertama surah ini ada kalimat "al-Kautsar".
Terdiri dari 3 ayat , 10 kalimat dan 42 huruf. Surah ini terletak di
juz 30 dan digolongkan sebagai surah makkiyah. Surah al-
Kautsar turun setelah Surah al-Aadiyat.