MPU 23042
NILAI MASYARAKAT
MALAYSIA
PENGARUH
BUDAY
A LUAR
DISEDIAKAN OLEH:
SERLEY BT JONNIE / 36DUP20F2070
MICHELLE DEVUNG AJENG/
36DUP20F2065
DISEDIAKAN UNTUK : MUHAMMAD SAYUTI SABDAN
ISI KANDUNGAN
1. OBJEKTIF
2. PENGENALAN
3. APA ITU PENGARUH BUDAYA LUAR ?
4. PUNCA - PUNCA BERLAKUNYA
PENGARUH BUDAYA LUAR ?
5. KESAN - KESAN PENGARUH BUDAYA
LUAR DI MALAYSIA
6. CARA-CARA MENGATASI OENGARUH
BUDAYA LUAR
7. KESIMPULAN
8.PENGHARGAAN
OBJEKTIF
- Mengenal pasti
punca pengaruh
budaya luar
- Menyelesaikan cara-
cara untuk membendung
pengaruh budaya luar di
dalam malaysia
-Mengenal pasti kesan-
kesan pengaruh budaya
luar di malasia
- Menyenaraikan
cabaran pengaruh
budaya luar
PENGENALAN
Pada era globalisasi ini, terlalu banyak
diperkatakan isu yang be
rkaitan dengan
masalah sosial yang melibatkan remaja dengan
perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk
sosial yang tidak sewajarnya menjadi satu
contoh untuk remaja mahupun orang dewasa
Peradaban budaya luar kini telah
menguasai dari segala aspek dakam kehidupan
seharian. Banyak perubahan peradaban yang
dilihat pada remaja atau belia kini. Kebudayaan
luar merupakan petaka buruk bagi masyarakat
yang menonjolkan peradaban mulia,sedikit
demi sedikit mengikuti kebudayaan luar.
APA ITU PENGARUH
BUDAYA LUAR?
- Menurut Abu Mardhiyyah (2012), menyatakan
pengaruh barat secara umumnya boleh didefinisikan
sebagai gerakan pembaratan dan penjajahan fikiran
yang dilancarkan kepada sesebuah negara yang
mempunyai tujuan yang nyata iaitu menundukkan
negara itu kepada kuasa imperialis dengan
meleburkan nilai-nilai, memesongkan pengertian
agama dan memusnahkan tunjang dan asas-asas
penting yang menjadi amalan dan pembentukan
keperibadian seseorang. Akibatnya, mereka akan
kehilangan identiti dan bukan itu sahaja, pengaruh
budaya luar ini bujan sahaja merosakkan jati diri
seseorang malah boleh menyebabkan akidahnya
goyah. Contohnya, black mental, homoseksual, punk,
dan hedomisme.
PUNCA - PUNCA BERLAKUNYA
PENGARUH BUDAYA LUAR ?
DIRI SENDIRI/ REMAJA
- Pada usia remaja , kita juga akan mengalami perasaan ingin
tahu serta kehendak mencuba perkara-perkara baru dalam
hidup. Dorongan perasaan ingin tahu jika tidak dibimbing
dengan pemikiran yang waras akan menyebabkan remaja
mencuba perkara-perkara negatif walaupun mengetahui kesan
buruknya sejak awal lagi.
- Pegangan agama dan amalan kerohanian yang lemah juga
adalah faktor yang mendorong remaja untuk terlibat dalam
pergaulan bebas
KELUARGA
- Konflik dalam keluarga turut memainkan peranan
yang besar dalam mempengaruhi remaja untuk
menjauhi keluarga serta mencari teman rapat di luar
atau pasangan di luar.
- Masalah dalam perkahwinan , kewangan, pekerjaasan
ibubapa dan ahli keluarga lain adalah antara isu yang
dikenalpasti menjadi onflik dalam keluarga dan
kegagalan ibubapa dan ahli keluarga menangani
permasalahan yang wujud menyebabkan remaja
berniat melakukan aktiviti yang tidak sepatutnya di
luar.
RAKAN
- Ajakan rakan paling banyak mempengaruhi seseorang
individu itu kerana mereka mempunyi persamaan dari segi
perasaan.
- Bergaul dengan rakan yang memberi kesan negatif adalah
merokok semasa lepak, menyertai buli atau cabaran
berbahaya, serta ponteng kelas atau sekolah. mslah, ada
yang lebih berbahaya sesampai melaku kan hal-hal yang
boleh merosakkan diri sendiri contohnya, dadah
PENGARUH MEDIA MASSA
- pengaruh media massa ke atas gejala sosial remaja
sememangnya ketara. Majalah-majalah barat
memaparkan gejala-gejala
negatif seperti keganasan,
pornografi, dan budaya hidup yang tidak sihat seperti
black metal, punk, dan sebagainya. Kesemua ini telah
menjadi bahan bacaan dan tontonan yang amat
digemari oleh remaja. Kebudayaan barat kini
melimpah-ruah di Malaysia melalui media baru dan
lama. Tidak dinafikan tamadun negara ini diancam
oleh imperialisme budaya Amerika. Filem dan siri
televisyen Amerika mengetengahkan gaya ikutan yang
menjadi ikutan rakyat negara ini terutama remaja dan
belia. Antara contoh drama siri Amerika yang
disiarkabn di television negara kita antaranya seperti
di atas.
KESAN - KESAN
PENGARUH BUDAYA
LUAR DI MALAYSIA
Di Malaysia, kebanyakkan kanak-kanak terjebak dalam meniru
budaya barat seperti aksi-aksi di dalam filem iaitu memaparkan
elemen pergaulan tanpa batasan, seks bebas, arak, dadah,
samseng, pembunuhan kejam, mementingkan diri sendiri dan
memuja harta dan mendengar lagu yang tidak memberi akhlak
kepada
remaja.
Oleh itu, terdapat beberapa kesan-kesan kepada remaja pada
masa kini terutamanya kanak-kanak. Kesan yang pertama
melalui isu budaya barat dari segi pakaian adalah kanak-kanak
yang meniru pakaian budaya barat akan dipandang rendah
terhadap orang disekelilingnya dan tidak akan dihormati oleh
orang lain
- Keruntuhan akhlak a
kan memberikan kesan
yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh
bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa
dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat
itu sendiri. Tidak dinafikan akhlak remaja pada
hari ini sangat membimbangkan. Budaya kuning
dan pengaruh budaya Barat mudah meresap
masuk dan menjadi ikutan para remaja hari ini.
Kiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak
yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan
dan juga pihak–pihak yang berwajib, maka tidak
hairanlah pada masa akan datang masyarakat kita
akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja–
remaja Melayu terutamanya akan rosak dan
binasa.
CARA - CARA
MENGATASI PENGARUH
BUDAYA LUAR
DIRI SENDIRI/REMAJA
- Berpegang teguh pada ajaran agama
- mendalami lebih banyak dalam penghayatan
ajaran agama
- sentiasa berwaspada dengan segala tindakan
- memikirkan dan menilai baik buruk sesuatu
tindakan sebelum bertindak
MEDIA MASSA
- Pengarang/penulis harus kurangkan menulis
perkara yang negatif di dalam media massa kerana
remaja sekarang sangat terdedah dengan zaman
moden dan senang mengakses segala laman sosial
yang tidak berfaedah
- menyiarkan program yang berfaedah dan
bersesuaian dengan masyarakat kita
KERAJAAN
- Mengadakan kempen . Contohnya, mengadakan
kempen kesedaran kepada masyarakat supaya
mereka dapat mengetahui akibat dan
mengamalkan budaya lujar yang tidak bermoral
dan lebih memilih untuk menghindarkannya.
- Penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap
perkara yang kurang bermoral
kESIMPULAN
Secara kesimpulannya,berbagai krisis akhlak dan
moral terus menular,merebak dan menjadi wabak
dalam masyarakat kita khasnya di kalangan
remaja.Jenis2 budaya yang diperkatakan di atas
merupakan budaya yang menjadi ikutan remaja
dan masyarakat timur hari ini.Remaja yang
diperkatakan kini sudah hilang pegangan agama
dan jauh terpesong daripada budaya ketimuran
yang diangkat oleh masyarakat sejak berkurun
lagi.ternyata pendidikan moral,sivik,pendidikan
islam masih belum cukup untuk menangani isu
budaya sosial ini.Pelbagai pihak perlu mengambil
langkah dari sekarang bagi membendung budaya
negative ini daripada terus menular dan menjadi
ikutan generasi akan datang nanti.
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan
syukur kerana telah dapat menyiapkan
tugasan E-folio ini dengan keupayaan kami.
hasil kerja ini kami dapat siapkan atas bantuan
ahli kumpulan dan juga rakan-rakan sekelas
atas bantuan.
Dalam kesempatan ini, kami ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah pembimbing kami.
Akhir sekali, kami beharap dapat mempelajari
banyak ilmu pengetahuan daripada tugasan
kami ini.
Thank
you!