MINIT MESYUARAT DIALOG PRESTASI
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DESA 2,
BANDAR COUNTRY HOMES RAWANG, SELANGOR.
Bilangan Mesyuarat : 1/2020
Tarikh : 3.2.2020
Tempat : BilIK Mesyuarat SK TAMAN DESA 2
Pengerusi : Puan Elffyza b:t Abu: Bakar : Puan
KEHADIRAN :
1. Siti Rohana binti Saabin - Guru Besar
2. Hazam Nor bin Saleman -PK Kokurikulum
3. Ruzaini binti Mustapha @Mohd Zain -PK Pendidikan Khas Integrasi
4. Elffyza bt Abu Bakar
2. Nik Nawal bt Abdullah@Nik Mahmood
3. Noor Hafisha bt Ahmat Sharifudin
4. Ratha A/P Subramaniam
5. Nooraliza bt Ali
6. Gogilah A/P Thirunganam
7. Alina bt Zaini
8. Nor Azura bt Mat Isa
9. Zunariah bt Zainun
10 Roslizawati bt Puteh
11.Ruzaini bin Suparman
12.Mohd Khairil Shahrizal bin Yaacob
13 Fauziah bt Abdul Fathah
14 Siti Noorasahkin bt Md Noor
15 Selvamalar Veerappan
TIDAK HADIR BERSEBAB - Cuti Bersalin
1.NUR IZWAHANI BT MOHD AZMAN - Cuti Tanpa Rekod
2,ROSNIZA BINTI ROSLI
Urusetia
S/U Program Peningkatan Akademik Tahun 6
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI(PUAN ELFFYZA BT ABU BAKAR)
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah. Pengerusi
mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat yang
hadir.
2.0 UCAPAN GURU BESAR
2.1 Pn. Siti Rohana bt Saabin mengingatkan kepada guru-guru supaya mengadakan dialog
prestasi setiap kali selepas ujian.
Tindakan : Semua Guru
2.2 Beliau juga menyatakan bahawa semua Ketua Panitia setiap mata pelajaran yang terlibat
perlu hadir dalam dialog prestasi.
Tindakan : Ketua Panitia
2.3 Guru-guru perlu ada KPI peribadi untuk dijadikan panduan dalam mendidik anak murid.
Tindakan : Semua guru
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit
4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 Pembentangan Analisis Ujian Diagnostik Januari 2020 oleh Pn. Elffyza bt Abu Bakar.
BIL.CALON UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 6 2020
GPS 276
BIL.CEMERLANG(6A) 3.48
% CEMERLANG 0
BIL.LULUS 43.12
% LULUS 81
BIL.GAGAL 29.35
% GAGAL 195
70.65
ANALISIS UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 6 2020
MATA CEMERLANG LULUS GAGAL
PELAJARAN
BIL.A % BIL % BIL %
Bahasa Melayu
(Pemahaman) 37 13.4 250 90.58 26 9.42 GPMP
Bahasa Melayu 2.57
(Penulisan) 26 9.42 232 84.06 44 15.94 2.88
B.Inggeris 3.30
(Pemahaman) 35 12.68 189 68.48 80 28.99 3.69
B.Inggeris 4.49
(Penulisan) 20 7.25 169 61.23 102 36.96
Matematik
1 0.36 86 31.16 184 66.67
Sains 0 0 183 66.30 94 34.06 3.96
KEKUATAN BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
KELEMAHAN
INTERVENSI 1. Murid-murid Tahun 6 diberi pendedahan dalaman setiap PdPC
tentang cara menjawab soalan bahagian B (soalan 21- soalan 25)
KEKUATAN secara terperinci
1. Murid-murid Tahun 6 masih lemah dalam penguasaan tatabahasa
2. Sikap murid yang sambil lewa ketika menjawab soalan menjadi
punca murid gagal/ tidak mendapat markah tinggi.
3. Murid-murid gagal menjawab soalan dengan betul dan lengkap
untuk memberi pendapat (KBAT)
1. Latih tubi berterusan semasa PdPC
2. Menyelami masalah murid secara peribadi dengan cara berbincang
dan menasihati
3. Belajar dalam kumpulan
4. Klinik ICU untuk murid-murid yang tegar BM (1) sejak Tahun 4 & 5
BAHASA MELAYU PENULISAN
1. Murid telah mengetahui dan menguasai format bahagian A, B dan C
setelah mendapat pendedahan berterusan daripada guru sewaktu
sesi PdPC
2. Murid mampu mendapat markah 7/10 bagi bahagian A (bina ayat)
3. Murid juga mampu mendapat markah 9/10 bagi bahagian A (bina
ayat)
4. Murid dapat menguasai teknik untuk menjawab bahagian B(ulasan)
dengan memuaskan
KELEMAHAN 1. Murid masih lemah dalam aspek tatabahasa: ejaan/penggunaan
INTERVENSI kata nama khas/tanda baca.
KEKUATAN 2. Murid tidak suka menyemak/membaca semula jawapan yang telah
KELEMAHAN ditulis (ayat tidak gramatis menyebabkan markah rendah)
INTERVENSI
KEKUATAN 1. Latih tubi berterusan – Rakan sebaya- Murid belajar dalam
KELEMAHAN kumpulan kecil – Murid bersama-sama buat latihan- Rakan semak –
INTERVENSI guru pantau
2. Latihan ejaan/ Imlah / Bina ayat mudah – sasaran murid: sederhana
/lemah/ tegar
3. Bengkel Teknik Menjawab Kertas BM 2 (dalaman / penceramah luar)
– murid tambah ilmu / dapat pendedahan berterusan.
BAHASA INGGERIS PEMAHAMAN
1. Pendedahan kepada contoh soalan sebenar UPSR menerusi akhbar BH Didik
2. Latihan menjawab soalan dengan menggunakan ayat yang ringkas tetapi
bermakna dan betul
1. Murid-murid dikenalpasti lemah dalam tatabahasa
2. Murid kurang menguasai kosa kata
3. Kebanyakan murid tidak dapat menjawab soalan berbentuk KBAT
dengan baik
1. Bengkel Teknik Menjawab Soalan utk semua murid tahun 6
2. Latihan pengukuhan menerusi akhbar BH Didik pada setiap minggu
3. Program Peer Coaching pada setiap hari Jumaat untuk murid-murid yang terpilih
BAHASA INGGERIS PENULISAN
1. Pendedahan kepada contoh soalan sebenar UPSR menerusi akhbar BH
Didik
2. Latihan membina ayat yang betul (tatabahasa) di dalam kelas
1.Murid tidak membaca arahan dengan teliti pada Bahagian B menyebabkan
mereka tersasar dari kehendak soalan
2. Murid tidak menyemak tanda bacaan
3. Murid lemah tatabahasa dan kurang kosa kata yang menyebabkan mereka
tidak dapat menghasilkan ayat yang betul dan bermakna untuk Bahagian
C
1. Bengkel Teknik Menjawab Soalan untuk semua murid tahun 6
2. Program Peer Coaching pada hari Jumaat selepas waktu persekolah untuk
murid-murid yang terpilih
3. Latihan membina ayat yang ringkas tetapi betul dan bermakna di dalam
kelas
KEKUATAN MATEMATIK
KELEMAHAN
1. Murid-murid yang lemah dibahagikan kepada
INTERVENSI kumpulan-kumpulan kecil dan dibimbing oleh rakan-rakan yang
KEKUATAN mendapat A dalam Matematik semasa kelas Menggilap
KELEMAHAN Mutiara yang diadakan pada setiap hari Isnin selepas waktu
persekolahan.
2. Bilangan murid yang dapat menghafal sifir dengan baik semakin
meningkat.
3. Bengkel Teknik Menjawab Soalan Matematik UPSR telah
dijalankan untuk murid-murid kumpulan lulus disampaikan oleh
penceramah jemputan.
1. Masih ramai murid yang tidak dapat menghafal formula-formula
Matematik dengan baik.
2. Murid tidak memahami kehendak soalan terutamanya
soalan-soalan yang berunsurkan KBAT.
3. Murid cuai dan tidak serius semasa menjawab soalan
peperiksaan.
4. Murid-murid sering lupa kemahiran-kemahiran yang telah
dipelajari semasa di Tahun 3 – 5 semasa menjawab peperiksaan
walaupun telah diingatkan oleh guru-guru yang mengajar di
Tahun 6.
5. Masih ramai murid yang tidak menggariskan kata kunci semasa
menjawab soalan peperiksaan menyebabkan mereka kehilangan
markah.
1. Menjalankan Program Mengingat Formula Matematik pada 5
minit permulaan kelas setiap kali waktu Matematik.
2. Memberi bimbingan individu kepada murid-murid yang lemah
dengan mengenalpasti kemahiran yang mereka kurang kuasai
pada waktu rehat atau selepas waktu persekolahan.
3. Membetulkan dan memberi bimbingan kepada murid-murid
dengan serta-merta atas setiap kesalahan yang mereka lakukan
di dalam kelas.
SAINS
1. Program Cahaya yang dijalankan pada setiap pagi Selasa untuk
mata pelajaran Sains sedikit sebanyak membantu murid-murid
mengingat kembali kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari.
2. Mengadakan Kelas Tunas Harapan pada setiap hari Isnin
selepas waktu persekolahan utk murid-murid yang lemah.
1. Murid-murid kurang latihan di sekolah kerana kekangan masa.
2. Murid-murid tiada usaha untuk membuat latihan tambahan
sendiri hanya semata-mata mengharapkan latihan yang diberi
oleh guru.
3. Kerja sekolah yang diberi seringkali tidak disiapkan walaupun
telah diberi tempoh selama seminggu.
4. Tiada motivasi diri terhadap bidang kerjaya dan masa hadapan.
INTERVENSI 1. Menyediakan banyak lembaran kerja dan latih tubi dari
soalan-soalan yang lepas.
2. Mewujudkan Program Guru Muda di dalam kelas.
3. Menggalakkan murid-murid Tahun 6 membeli buku Ekpress
Sains sebagai sumber rujukan.
4. Mengadakan kelas jadual anjal mulai Julai.
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Pn. Ratha mencadangkan diadakan program motivasi untuk memberi kesedaran kepada
murid-murid tentang kepentingan hadir ke sekolah. Murid-murid yang hadir ke sekolah
juga boleh diberi ganjaran.
5.2 Guru-guru perlu mengadakan bengkel teknik menjawab soalan untuk murid-murid tahun
4 dan tahun 5.
5.3 Setiap latihan yang diberi kepada murid-murid perlu disemak oleh guru dan murid-murid
perlu membuat pembetulan sekiranya terdapat kesalahan semasa menjawab latihan.
5.4 Guru-guru juga diminta tidak membincangkan soalan ujian sahaja sebaliknya lebih fokus
pada kelemahan dan cara mengatasi kelemahan tersebut.
5.5 En. Hazam mencadangkan supaya mengadakan bengkel dan teknik menjawab UPSR
bagi murid tahun 6 yang terpilih di lokasi luar sebagai satu pembaharuan untuk program
baru motivasi di luar sekolah pada masa akan datang.
5.6 Pn. Siti Rohana menjawab soalan Pn. Zunariah bahawa guru-guru dibenarkan reso
bahan untuk murid di pejabat sekiranya bahan tersebut melibatkan semua murid
tahun 6.
6.0 UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 Semua guru tahun 6 diharap dapat memberikan komitmen dan kerjasama untuk
meningkatkan pencapaian murid-murid tahun 6.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.32 petang.
Urus setia
Setiausaha
Program Peningkatan Akademik Tahun 6
SK Taman Desa 2.
Tarikh : 08 Februari 2020.