Panduan Pengurusan & Takwim SMK Raja Perempuan, Ipoh 2024/2025 0
- 1 - DASAR PELAKSANAAN TS25
- 2 - Kandungan Muka Surat Surat Penurunan Kuasa i-ii BAB 1 : PENGENALAN 1.1 Pengenalan 1.1.1 Kata Alu-aluan Pengetua 1 1.1.2 Maklumat Sekolah 2 1.1.3 Sejarah Sekolah 3-4 1.1.4 Lencana Sekolah 5 1.1.5 Lagu Sekolah 5 1.1.6 Pelan Bangunan Sekolah 6 1.1.7 Pelan Laluan Kebakaran 7 1.2 Hala Tuju Sekolah 1.2.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 8 1.2.2 Visi, Misi dan Matlamat 8 1.2.3 Objektif Sekolah 8 1.2.4 Moto Sekolah 9 1.2.5 Slogan Sekolah 9 1.2.6 Piagam Pelanggan 9 1.2.7 Ikrar Integriti 9 1.3 Takwim Persekolahan 1.3.1 Takwim Kementerian Pendidikan Malaysia 10 1.3.2 Hari Kelepasan Am dan Negeri 11 1.3.3 Cuti Peristiwa 12 1.3.4 Cuti Perayaan 12 1.3.5 Takwim Peperiksaan 13 1.3.6 Pengurusan Aktiviti dan Majlis Rasmi 2024/2025 14 1.3.7 Takwim Sekolah 15-33 1.3.8 Data Bilangan Pemeriksa Kertas Peperiksaan Awam 34 1.4 Senarai Guru / Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) 1.4.1 Senarai Nama Guru Tahun Semasa 35-38 1.4.2 Senarai Nama AKP Tahun Semasa 39 1.4.3 Rumusan / Statistik Perjawatan 39
- 3 - BAB 2 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ORGANISASI 2.1 Carta Fungsi 40 2.2 Carta Organisasi 41 2.3 Dasar Pengoperasian Pengurusan Organisasi 42 2.4 Anggota Jawatankuasa dan Bidang Tugas 42-56 2.5 Prosedur Operasi Standard 2.5.1 Kod Tatakelakuan Perkhidmatan Awam KPM 57 2.5.2 Panduan Am Untuk Guru Dan Staf Sekolah 57 2.5.3 Garis Panduan Pergerakan Keluar Guru Dari Kawasan Sekolah 57 2.5.4 Jadual Bertugas Penolong Kanan dan Guru Kanan 2024/2025 58 2.5.5 Jadual Waktu Persekolahan 58 BAB 3 : PENGURUSAN KURIKULUM 3.1 Carta Organisasi Kurikulum 59 3.2 Dasar Kurikulum Sekolah 61 3.3 Anggota Jawatankuasa dan Bidang Tugas Kurikulum 61-67 3.4 Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum 3.4.1 Penawaran Pakej Mata Pelajaran Elektif 2024/2025 68-69 3.4.2 Jadual Pencerapan Guru SKPMg2 / Buku Latihan Murid 70-72 3.4.3 Program Kecemerlangan Akademik 2024/2025 72-73 3.4.4 Dasar Latihan Minimum Tahun 2024/2025 73-78 BAB 4 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 4.1 Carta Organisasi Hal Ehwal Murid 79 4.2 Dasar Pengoperasian Hal Ehwal Murid 80-81 4.3 Anggota Jawatankuasa dan Bidang Tugas Hal Ehwal Murid 81-90 4.4 Ketetapan Pelaksanaan Hal Ehwal Murid 4.4.1 Senarai Nama Guru Tingkatan & Penyelaras 2024/2025 91-92 4.4.2 Senarai Tugas Guru Bertugas Mingguan 92-93 4.4.3 Jadual Guru Bertugas Mingguan Tahun 2024/2025 94-97 BAB 5 : PENGURUSAN ASRAMA 5.1 Carta Organisasi Lembaga Tadbir Asrama 98 5.2 Dasar Pengoperasian Asrama 99-100 5.3 Anggota Jawatankuasa Pengurusan Asrama 100-104 5.4 Peraturan Asrama 104 5.5 Tentatif Jadual Balik Kampung Pelajar Asrama 105
- 4 - BAB 6 : PENGURUSAN KOKURIKULUM 6.1 Carta Organisasi Kokurikulum 107 6.2 Dasar Pengoperasian Kokurikulum 108 6.3 Anggota Jawatankuasa dan Bidang Tugas Kokurikulum 109-123 6.4 Panduan Penilaian Aktiviti Kokurikulum (PAJSK) Tingkatan 1- 5 124 BAB 7 : PENGURUSAN PRA UNIVERSITI 7.1 Carta Organisasi Pengurusan Pra Universiti 125 7.2 Visi dan Misi Pra Universiti 126 7.3 Anggota Jawatankuasa dan Bidang Tugas Pengurusan Pra Universiti 127-135 7.4 Program Kecemerlangan Peperiksaan Pra-Universiti 136-138 7.5 Pakej Mata Pelajaran Pra-Universiti 139 7.6 Takwim Peperiksaan Pra-Universiti Tahun 2024/2025 140 7.7 Dasar Latihan Minimum 141 7.8 Jadual Pencerapan Guru PdPc SKPMg2/Buku Latihan Pelajar 142 LAMPIRAN 1.0 Surat Pekeliling 143 1.1 SumberKU 143 1.2 Google Sites SMK Raja Perempuan 143 1.3 Google Sites PBD SMK Raja Perempuan 143
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN i KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SMK RAJA PEREMPUAN Jalan Batu Bungkal 30250 IPOH PERAK Tel : 05-2494830 Faks : 05-2420697 Email :[email protected] “PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK” Kami : SMKRPI.600-3/3 JLD 2 ( ) Tarikh : 11 Mac 2024 Semua Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana, SMK Raja Perempuan, Jalan Batu Bungkal, 30250 Ipoh. PERAK DARUL RIDZUAN. Tuan/Puan, PELANTIKAN RASMI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TAHUN 2024/2025 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan dilantik untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti tersenarai di dalam Buku Pengurusan dan Takwim 2024 berkuatkuasa mulai 11 Mac 2024. Sebarang perubahan tugas dan tanggungjawab tuan (jika ada) hanya berkuat kuasa setelah dimaklumkan secara bertulis. 3. Pihak pengurusan sekolah yakin tuan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh komitmen dan bertanggungjawab serta dapat mengamalkan sikap proaktif , inovatif dan kreatif bagi meningkatkan profesionalisme keguruan ke tahap yang cemerlang. Tuan juga diberikan kuasa (empowerment) mengurus dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengikut pekeliling- pekeliling ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan arahan Pengetua. 4. Semua tugas dan tanggungjawab yang tertera di dalam buku takwim ini bersama-sama dengan tugas PdPc berdasarkan eRPH akan menjadi dasar penilaian prestasi tuan pada akhir tahun 2024. Semoga, berkat keikhlasan dan kejujuran tuan melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, kecemerlangan organisasi akan tercapai . Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ................................................................... (WIZA ROZAHRIN BINTI MOHAMED RADZI PPT.,PJK) Pengetua SMK Raja Perempuan
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SMK RAJA PEREMPUAN Jalan Batu Bungkal 30250 IPOH PERAK Tel : 05-2494830 Faks : 05-2420697 Email : [email protected] SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN ii “PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK” Kami : SMKRPI.600-3/3 JLD 2 ( ) Tarikh : 11 Mac 2024 Semua Guru, SMK Raja Perempuan, Jalan Batu Bungkal, 30250 Ipoh. PERAK DARUL RIDZUAN Tuan/Puan, Surat Siaran Sekolah: SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas. 2. Saya ingin mengulangi arahan dan peringatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bahawa Semua Guru Adalah Guru Disiplin melalui Surat Pekeliling Iktisas Bil.10/200 bertarikh 24 September 2001. 3. Sehubungan itu, guru-guru dikehendaki bersama-sama membuat teguran dan nasihat kepada semua murid yang belajar di SMK Raja Perempuan, Ipoh. Guru-guru boleh memberi teguran, nasihat dan amaran secara berhemah dan berekod untuk membendung permasalahan disiplin dan tidak membiarkan kesalahan ringan menjadi kesalahan berat. Sebarang masalah perlanggaran disiplin yang berat perlu dirujuk kepada guru disiplin untuk diambil tindakan. 4. Adalah diharapkan, peringatan ini akan dapat mengaktifkan peranan guru sebagai guru disiplin. Kerjasama antara semua guru dan unit disiplin diharap dapat menurunkan peratus perlanggaran disiplin dalam kalangan murid termasuk masalah ponteng sekolah dan salah laku. 5. Akhirnya pihak pengurusan sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama guruguru dalam usaha membantu pihak sekolah untuk mengurangkan masalah perlanggaran disiplin murid dan memberi fokus kepada program kecemerlangan akademik. Semoga usaha murni guru- guru akan dapat menjadikan SMK Raja Perempuan, Ipoh sebagai sebuah sekolah cemerlang di peringkat Daerah Kinta Utara, Negeri Perak dan kebangsaan. Sekian, terima kasih. “ MALAYSIA MADANI “ “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ................................................................... (WIZA ROZAHRIN BINTI MOHAMED RADZI PPT.,PJK) Pengetua SMK Raja Perempuan
Panduan Pengurusan & Takwim SMK Raja Perempuan, Ipoh 2024/2025 0
1 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1.1 Kata Alu-aluan Pengetua Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, Buku Pengurusan dan Takwim 2024/2025 ini berjaya disiapkan dengan sempurna. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Penolong Kanan dan AJK unit masing-masing serta AJK Buku Pengurusan dan Takwim sekolah yang telah bertungkus lumus menyusun dan menyiapkan Buku Panduan Pengurusan dan Takwim 2024/2025 ini dengan jayanya. Menjadi peneraju dan warga di sebuah sekolah premier dan Sekolah Kluster Kecemerlangan serta mempunyai kelasnya yang tersendiri dari segi pencapaian akademik, sahsiah dan kebitaraan kokurikulum adalah merupakan satu cabaran yang menuntut komitmen serta kopetensi yang tinggi untuk mencapai dan memastikan SMK Raja Perempuan, Ipoh (RPS) tetap kekal ditahap sedia ada atau meningkatkan pencapaian seterusnya. Kecemerlangan sesebuah sekolah itu tidak mungkin dapat dicapai tanpa adanya kerjasama semua pihak termasuk JPN, PPD, PIBG, Komuniti, NGO serta semua pihak yang menyumbang kepada kecemerlangan RPS. Sehubungan itu, pihak pengurusan RPS mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh Keluarga RPS dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas segala komitmen serta usaha yang bersungguh-sungguh melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh ikhlas dan sepenuh jiwa demi memastikan operasi sekolah dan asrama berjalan dengan lancar. Selaras dengan motto SMK Raja Perempuan iaitu RPS EXCELLENT WORLD CLASS. Buku Pengurusan dan Takwim ini diharapkan dapat memberi panduan kepada seluruh warga RPS dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Saya juga menyeru seluruh warga RPS dapat terus memperkasakan tugas serta memahami peranan masing-masing mengikut garis panduan serta menjadikan Buku Pengurusan dan Takwim 2024/2025 sebagai rujukan utama semasa melaksanakan tugas/peranan mengikut fungsi dalam bidang yang diberikan. Selaras dengan seruan KPPM untuk menjadikan warisan kepada anak-anak murid menjadi Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. KPM juga memberi tumpuan kepada 7 TERAS utama dalam menerajui sistem pendidikan negara untuk memastikan pelbagai inisiatif yang sedia ada dikekalkan dan ditambah baik mengikut keperluan. Hasrat dan aspirasi KPM perlu disambut oleh setiap warga RPS sebagai tanda sokongan untuk merealisasikan dasar-dasar yang sedia ada. Saya juga menyeru semua warga RPS dapat terus bekerja seperti sebuah KELUARGA supaya dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan seterusnya kita semua dapat bekerja dengan rasa tenang dan selesa. Sebagai sebuah sekolah yang mempunyai asrama Program SisKa sangat penting bagi mewujudkan suasana kekeluargaan. Saya berharap program ini akan terus dilaksanakan serta diperkasakan. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh KELUARGA RPS atas pelbagai kejayaan dan anugerah yang telah dicapai sepanjang tahun 2023/2024. Semoga kecemerlangan dan kejayaan demi kejayaan akan terus menjadi milik RPS untuk tahun 2024/2025. Fokus utama pada tahun 2024/2025, selain dari peningkatan pencapaian akademik, sahsiah dan kokurikulum, bidang INOVASI, R&D serta membudayakan KAJIAN TINDAKAN merangkumi peningkatan PdPc akan menjadi tumpuan dan perhatian penting. Pelaksanaan TS25 akan terus dilaksanakan dimana salah satu komponan utama dalam TS25 iaitu amalan PAK21 akan diperluaskan dan diperkasakan. Selain daripada itu sasaran KPI Perancangan Strategik yang telah diperingkat semakan semula akan diberikan perhatian sebelum berakhir tahun 2024. Antara tumpuan adalah untuk menambah bilangan GC pada tahun 2024/2025. Justeru itu, marilah kita menyambut peluang dan kesempatan ini bersama membina dan merealisasikan hasrat KPM untuk memperkasakan elemen kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Saya pasti kita semua dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan atas dasar tanggungjawab serta komitmen yang telah dibuktikan oleh seluruh warga RPS. Marilah kita bekerja dengan suasana yang tenang dan harmoni. Seiring dengan slogan sekolah “Love, Happiness & Mutual Respect” WIZA ROZAHRIN BT MOHAMED RADZI PENGETUA
2 1.1.2 Maklumat Sekolah PROFIL SEKOLAH Nama sekolah : SMK RAJA PEREMPUAN, IPOH Kod sekolah : AEB2046 Alamat sekolah : Jalan Batu Bungkal,30250 Ipoh, Perak. Koordinat : X : 101.092423, Y : 4.57824 No. Tel / Faks : 052494830/ 052420697 e-mel : [email protected] JPN : Perak PPD : Kinta Utara Parlimen : P.064 Ipoh Timor Dewan Undangan Negeri : N.26 Tebing Tinggi Jenis sekolah : SMK Peringkat : Tingkatan 1 - 6 Jenis murid : Lelaki sahaja ( ) : Perempuan sahaja (√ ) : Lelaki dan Perempuan ( ) Sesi : Pagi sahaja (√ ) : Pagi dan petang ( ) Lokasi : Bandar Gred : A Jenis bantuan : Sekolah Kerajaan Sumber bekalan elektrik : 24 jam 3 fasa - TNB/SESCO/SESB Sumber bekalan air : Bekalan Air Awam Jenis asrama : Asrama Harian Bilangan penghuni asrama : L ( ) P ( √ ) Jumlah : 205 Lembaga Pengelola Sekolah : - Bilangan guru 93 Bilangan Anggota Kumpulan 13 Pelaksana (AKP) Bilangan kelas 42 Bilangan murid 696
3 1.1.3 Sejarah Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan , Ipoh , yang pada awalnya dikenali sebagai Government English Girls telah ditubuhkan pada tahun 1951. Pada mulanya ia mempunyai sebuah kelas Primary 1 sahaja, yang menumpang di Sekolah Anderson, Ipoh. Kelas ini diadakan pada sebelah petang kerana masalah kekurangan tempat. Pada tahun 1952, dua buah kelas lagi iaitu Primary 2 dan kelas “ Special Malay Class One ” telah dibuka dan kelas ini ditempatkan di sebuah rumah di Jalan Kuala Kangsar. Apabila bilangan pelajar terus bertambah, sekolah ini dipindahkan ke sebuah rumah yang mempunyai kedudukan yang berpusat iaitu di sebuah banglo di No. 61, Jalan Chamberlain Hulu, Ipoh. Rumah banglo ini dimiliki oleh DYMM Raja Perempuan Taayah. Pada Februari 1953, sekolah ini telah dibuka secara rasmi oleh DYMM Raja Perempuan Taayah dan diberi nama Raja Perempuan School sempena dengan nama DYMM Raja Perempuan Taayah. Peningkatan bilangan pelajar yang begitu pesat, sebuah banglo di No. 71, Jalan Chung Thye Phin telah digunakan sebagai bangunan tambahan. Pada tahun yang sama Puan A. N. Nadarajah telah dilantik menjadi Guru Besar sekolah ini dengan dibantu oleh Puan Yap Leong Kuan sebagai Penolong Kanan. Pada tahun 1955, pelajar Special Malay Class telah naik ke Tingkatan Satu. Untuk belajar mata pelajaran sains, pelajar Special Malay Class terpaksa berbasikal atau berjalan kaki ke Sekolah Perempuan Methodist atau ke Sekolah Anderson. Pada tahun 1957, seramai 30 orang pelajar sekolah ini telah menduduki peperiksaan Lower Certificate of Education. Pada tahun 1960 seramai 34 orang pelajar pula telah menduduki peperiksaan Malaysian Certificate of Education (MCE/SC / FMC). Kelulusan yang dicapai ialah 67.8 %. Pada tahun ini juga pentadbiran sekolah ini telah diasingkan menjadi bahagian sekolah rendah dan sekolah menengah. Miss Ng telah dilantik menjadi Guru Besar Sekolah Rendah dan Puan A.N. Nadarajah pula dilantik sebagai "Principal” Sekolah Menengah. Tapak tetap sekolah ini telah didapati, iaitu di Jalan Batu Bungkal, Ipoh. Pada tahun 1962, Blok A telah siap dibina yang mengandungi 11 buah bilik darjah dan sebuah makmal sains. Sebahagian daripada penuntut telah dipindahkan ke bangunan baru. Blok B pula telah siap dibina pada tahun 1964. Bangunan ini mengandungi 10 buah bilik darjah, sebuah makmal sains dan sebuah bilik sains rumah tangga. Keistimewaan dua buah blok bangunan ini ialah mempunyai bumbung yang rata. Pada tahun yang sama kantin sekolah telah dibina. Apabila kantin sekolah siap semua pelajar sekolah menengah di Jalan Chung Thye Phin dipindahkan ke bangunan di Jalan Batu Bungkal. Bangunan sekolah menengah di jalan Chung Thye Phin kemudiannya menjadi bangunan tambahan kepada sekolah rendah. Bilangan pelajar sekolah menengah waktu itu ialah seramai 446 orang sahaja. Bangunan Blok Pentadbiran pula telah siap dibina pada tahun 1965. Bangunan ini terdiri daripada pejabat dan bilik guru. Lantaran itu pada 12 Mac 1966 Blok Pentadbiran tersebut telah dirasmikan oleh Encik Mohd Khir Johari, Menteri Pelajaran pada masa itu. Pada tahun 1972, sekolah ini telah mengadakan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Hussein bin Onn, Menteri Pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun majlis tersebut terpaksa diadakan di padang sekolah kerana ketiadaan dewan sekolah. Pada tahun 1973, bangunan Blok C telah siap dibina. Bangunan ini mengandungi 3 makmal sains tulin, 2 buah bilik masakan, sebuah bilik jahitan dan lima buah bilik darjah. Dua buah bilik darjah telah dijadikan Bilik Sumber dan tiga buah lagi dijadikan dewan sementara. Di samping itu, sebuah blok asrama untuk pelajar bumiputera dari luar bandar di bawah Skim Rancangan Khas telah dibina. Bangunan ini dapat menempatkan 200 orang pelajar termasuk pelajar Rancangan Khas dari Sekolah Menengah Methodist dan ACS. Untuk menampung jumlah pelajar luar bandar yang semakin meningkat dalam Rancangan Khas ini, sebuah blok asrama telah dibina pada tahun 1980.
4 Pada tahun 1981, sekolah ini menawarkan kelas Tingkatan 6 bagi kali pertama. Sebelum ini pelajar cemerlang akan melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 di Sekolah Anderson, Ipoh. Seramai 34 orang pelajar pertama mengambil peperiksaan STP / TISC. Pada tahun 1982, 25 orang pelajar menduduki peperiksaan STP Sijil Terbuka dan telah lulus 100 % dalam peperiksaan tersebut. Pada 1 Februari 1983, sekolah ini telah dinaikkan taraf ke Gred A. Disebabkan kelas-kelas masih tidak mencukupi untuk menampung murid yang begitu ramai, bangunan Blok D dan Blok E siap dibina pada akhir tahun 1984. Bangunan Blok D mengandungi tidak buah Makmal Sains, 2 bilik darjah, sebuah Pusat Sumber yang lengkap dan sebuah bilik APD. Blok E pula mengandungi 14 buah bilik darjah dan sebuah Bilik Solat. Keluasan asal sekolah ini ialah 18.6 ekar (sehingga Julai 1986 ) yang meliputi padang dan gelanggang hoki, bola jaring, bola lisut dan sebagainya. Namun begitu sebahagian tanah sekolah telah diambil untuk pembinaan Lebuh Raya Sultan Azlan Shah Selatan. Pelan tapak sekolah ini telah berubah apabila asrama dan sekolah dipisahkan oleh lebuh raya tersebut. Keluasan tanah sekolah juga telah berkurangan menjadi 14 ekar sahaja kini. Untuk tujuan keselamatan, sebuah jejantas telah dibina oleh Dewan Bandar Raya Ipoh bagi memudahkan pelajar yang tinggal di asrama berulang-alik ke sekolah. Pada tahun 1991, Blok F telah dibina. Blok ini mengandungi 10 buah bilik darjah dan bilik Bimbingan dan Kaunseling. Pada tahun 1992, bengkel Kemahiran Hidup pula siap dibina. Pada tahun 1994 Blok A dan Blok B telah dibaik pulih dan pada tahun 1995, sekolah ini telah dipilih untuk pembinaan prototype Bilik Guru yang serba moden. Pada tahun 2003 impian warga sekolah ini untuk memiliki dewan telah menjadi kenyataan. Pembinaan dewan terbuka ini merupakan usaha Persatuan Bekas Pelajar sekolah ini dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru menjalankan usaha mengumpulkan dana pembinaan tersebut. Kini sekolah ini juga telah memiliki sebuah Makmal Komputer dan bilik-bilik khas sedang dan siap dibina. Usaha yang masih dalam proses ialah menaik taraf kelas kepada sebuah Dewan Kuliah. Sekolah ini juga telah memiliki sebuah gimnasium untuk kegunaan seluruh warga sekolah ini terutama pasukan hoki dan bola jaring. Kini RPS telah berkembang maju dengan bilangan murid seramai 765 (pada 31.12.2021) dan bilangan guru ialah seramai 99 orang. Luas Kawasan sekolah ialah 5.6 hektar dan sebanyak 14 blok bangunan telah dibina untuk menempatkan 5 blok bilik darjah , bilik guru, makmal sains, makmal komputer, kantin,dewan sekolah, blok pentadbiran dan bilik gerakan, bengkel kemahiran hidup dan gimnasium. RPS kini terus berusaha untuk mengekalkan namanya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Dalam bidang sukan pasukan hoki RPS telah menjadi johan negeri Perak selama 10 tahun berturut-turut (1996 -2005) dan terus cemerlang hingga kini. Beberapa orang pelajar sekolah juga telah dipilih mewakili negeri dalam beberapa acara sukan yang lain, di samping aktiviti sosial yang lain. Kejayaan yang gemilang juga telah diperoleh dalam bidang akademik dengan peningkatan kualiti pencapaian dalam peperiksaan awam. Bagi membentuk warga sekolah yang berkualiti pihak sekolah juga telah menganjurkan beberapa aktiviti yang berkaitan sahsiah dan kepimpinan.
5 1.1.4 Lencana Sekolah BUKU DAN OBOR Buku dan Obor menunjukkan sekolah ini mengutamakan kegiatan kurikulum dan kegiatannya sehariannya. Buku melambangkan ilmu pengetahuan yang menjadi penyuluh menerangi hidup manusia. Ilmu pengetahuan itu amat penting untuk hidup kerana ia membawa manusia dari alam jahil ke alam bijaksana, dari alam yang gelap gelita ke alam yang terang bercahaya. Buku dan obor ini diletakkan di atas warna kuning menunjukkan ilmu pengetahuan merupakan raja dalam kehidupan manusia. Lantaran itu ilmu pengetahuan letaknya di tempat yang paling tinggi dalam hidup manusia dengan penghormatan yang tinggi. ALAT-ALAT PERMAINAN Alat-alat permainan yang menunjukkan kegiatan kokurikulum merupakan elemen yang kedua pentingnya di sekolah ini. Oleh itu untuk mencapai kejayaan dalam bidang ini, murid mesti mempunyai sifat yang berani untuk mendepani cabaran. Kesultanan dan pemerintahan beraja Melambangkan sifat kewanitaan yang lemah lembut tetapi berani untuk menghadapi semua cabaran hidup untuk menegakkan kebenaran. Melambangkan kecekalan hati dan ketugahan hasrat untuk mencapai kejayaan bagi memenuhi cita-cita murni Melambangkan kesucian hati dan kejujuran dalam menjalankan usaha dan tanggungjawab demi kebaikan. 1.1.5 Lagu Sekolah Sekolah Raja Perempuan Jadi banggaan kami Teruslah maju sepanjang zaman Sebagai sinaran cahaya Dalam mengejar ilmu Tabah hati selalu Di bidang sukan bersefahaman Disiplin jangan abaikan Kejujuran menghasilkan Kesempurnaan bakti Menjadi pedoman kami Tetap diikuti Mari penuntut semua Berusaha hingga jaya Harumkan nama tinggikan cita Sekolah Raja Perempuan
61.1.6 Pelan Bangunan Sekolah
6
71.1.7 Pelan Laluan Kebakaran
7
8 1.2 Hala Tuju Sekolah 1.2.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan Warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. 1.2.2 Visi, Misi dan Matlamat VISI SEKOLAH Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI SEKOLAH Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara MATLAMAT 1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu. 2. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera. 3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara. 4. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia. 1.2.3 Objektif Sekolah OBJEKTIF 1. Menyediakan pengurusan dan pentadbiran yang cekap dan berintegriti berasaskan profesionalisme, kemahiran dan keilmuan. 2. Memacu kecemerlangan akademik berasaskan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. 3. Membentuk modal insan yang berilmu, berakhlak mulia, beriman dan kalis masa hadapan. 4. Melahirkan murid berketrampilan, sihat cergas dari segi fizikal dan cerdas mental dalam mewujudkan sekolah berwatak.
9 1.2.4 Moto Sekolah MOTO SEKOLAH RPS EXCELLENT WORLD CLASS 1.2.5 Slogan Sekolah SLOGAN SEKOLAH LOVE, HAPPINESS, MUTUAL RESPECT 1.2.6 Piagam Pelanggan Demi merealisasikan hasrat wawasan pendidikan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Negara: - Kami Warga SMK Raja Perempuan Ipoh Berikrar Dan Berjanji Untuk 1. Memastikan Pentaksiran Bilik Darjah dan Pembelajaran Abad ke-21 dilaksanakan secara menyeluruh dan mantap. 2. Melahirkan murid yang berdisiplin, berbudi pekerti mulia, beriman dan berketerampilan. 3. Memastikan keselamatan dan kebajikan murid diuruskan dengan efisien. 4. Memberikan perkhidmatan dengan penuh dedikasi, iltizam, menepati masa, produktif dan berkualiti dalam suasana yang mesra. 5. Mewujudkan semangat prihatin dan penyayang dalam kalangan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar. 6. Memberikan maklum balas kepada semua surat arahan daripada stake holders dalam tempoh minimum tiga hari selepas surat diterima. 1.2.7 Ikrar Integriti Kami, rakyat Malaysia yang merdeka dan berwawasan, dengan tulus dan suci hati berikrar, memantap dan memperkukuhkan maruah dan integriti kami, keluarga dan masyarakat, agama, bangsa dan negara kami. Ke arah itu, kami berikrar : 1. Mematuhi sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang; 2. Mematuhi dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara; 3. Mempertingkatkan integriti dengan mengamalkan nilai-nilai murni dan beretika; 4. Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk mencegah sebarang perlakuan jenayah, salah laku dan perbuatan tidak berintegriti; 5. Menyokong dan bekerjasama bagi mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menggugat integriti masyarakat dan negara; dan 6. Membudayakan integriti sebagai amalan hidup harian secara individu dan berpasukan
10 1.3 Takwim Persekolahan 1.3.1 Takwim Kementerian Pendidikan Malaysia PERINCIAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2024/2025 KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya PENGGAL MULA PERSEKOLAHAN AKHIR PERSEKOLAHAN JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU 1 11.03.2024 31.03.2024 15 11 01.04.2024 30.04.2024 17 01.05.2024 24.05.2024 16 JUMLAH HARI 48 CUTI PENGGAL 1, SESI 2024/2025 1 2 25.05.2024 - 02.06.2024 9 03.06.2024 30.06.2024 18 15 01.07.2024 31.07.2024 22 01.08.2024 31.08.2024 22 01.09.2024 13.09.2024 10 JUMLAH HARI 72 CUTI PENGGAL 2, SESI 2024/2025 14.09.2024 - 22.09.2024 9 1 3 23.09.2024 30.09.2024 6 13 01.10.2024 31.10.2024 21 01.11.2024 30.11.2024 20 01.12.2024 20.12.2024 15 JUMLAH HARI 62 CUTI PENGGAL 3, SESI 2024/2025 21.12.2024 - 29.12.2024 9 1 30.12.2024 31.12.2024 2 01.10.2025 17.01.2025 12 3 JUMLAH HARI 14 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2024/2025 4 18.01.2025 – 16.02.2025 30 JUMLAH HARI PERSEKOLAHAN TERMASUK CUTI AM DAN CUTI BERGANTI=196 JUMLAH HARI PERSEKOLAHAN TERMASUK CUTI PERISTIWA=196
11 1.3.2 Hari Kelepasan Am dan Negeri HARI-HARI KELEPASAN AM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN TAHUN 2024 Hari-hari Kelepasan Am bagi Negeri Perak Darul Ridzuan bagi tahun 2024 adalah ditetapkan seperti berikut: Bil Hari Kelepasan Am Tarikh Hari 1. Tahun Baru 01.01.2024 Isnin 2. Hari Thaipusam 25.01.2024 Khamis 3. Tahun Baru Cina (dalam cuti akhir persekolahan) 10.02.2024 11.02.2024 Sabtu & Ahad 4. Hari Nuzul Al-Quran 28.03.2024 Khamis 5. Hari Raya Aidilfitri ** 10.04.2024 11.04.2024 Rabu & Khamis 6. Hari Pekerja 01.05.2024 Rabu 7. Hari Wesak 22.05.2024 Rabu 8. Hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong 03.06.2024 Isnin 9. Hari Raya Aidiladha ** 17.06.2024 Isnin 10. Awal Muharram (Maal Hijrah) 07.07.2024 Ahad 11. Hari Kebangsaan 31.08.2024 Sabtu 12. Hari Malaysia 16.09.2024 Isnin 13. Hari Keputeraan Nabi Muhammad (S.A.W.) (Maulidul Rasul) 16.09.2024 Isnin 14. Hari Deepavali 31.10.2024 Khamis 15. Hari Keputeraan Sultan Perak 01.11.2024 Jumaat 16. Hari Krismas 25.12.2024 Rabu ** Tertakluk kepada perubahan PERINGATAN: 1. Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari kelepasan mingguan maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am, dan jika hari sedemikian adalah sememangnya hari kelepasan am maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am. 2. Jika hari kelepasan am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga merupakan hari kelepasan am dan tidak diganti pada hari-hari yang lain. PSUK.PK. (BPK)1A355 / 137 / 1 / Jld. 5]
12 1.3.3 Cuti Peristiwa BIL CUTI TARIKH HARI 1. Kejohanan Olahraga Puteri RPS 24 Mei 2024 Jumaat 2. Hari Raya Aidil Adha * 18 Jun 2024 Selasa 3. Hari Anugerah MAKOHEM 29 November 2024 Jumaat 4. 1.3.4 Cuti Perayaan PERAYAAN CUTI PERAYAAN CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KPM TAHUN BARU CINA 10.02.2024 (Sabtu) 11.02.2024(Ahad) Dalam Cuti Akhir Persekolahan HARI RAYA AIDILFITRI 10.04.2024 (Rabu) 11.04.2024 (Khamis) 08.04.2024 (Isnin) 09.04.2024 (Selasa) 12.04.2924 (Jumaat) HARI DEEPAVALI 31.10.2024 (Khamis) 30.10.2024(Rabu) 01.11.2024 (Jumaat) TAHUN BARU CINA 29.01.2025(Rabu) 30.01.2025 (Khamis) Dalam Cuti Akhir Persekolahan
13 1.3.5 Takwim Peperiksaan TAKWIM UJIAN/ PENTAKSIRAN/ PEPERIKSAAN 2024/2025 BIL. UJIAN / PEPERIKSAAN SASARAN TARIKH 1. Latihan Pengesanan Ting 1- 5 15-19 April 2024 2. Pentaksiran Pertengahan Tahun Ting 4 & 5 4-14 Jun 2024 Ting 1,2,3 10-14 Jun 2024 3. Pentaksiran Akhir Tahun Ting. 1, 2 & 3 2-5 Dis 2024 Ting. 4 2-13 Dis 2024 4. Ujian Tilawah Quran Dan Hafazan (UTQH) SPM Ting 5 2-5 Sept 2024 5. Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM Ting. 4 Ting. 5 11 – 14 Nov 2024 6. Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM Ting. 4 Ting. 5 25 – 28 Nov 2024 7. Ujian Amali Sains Ting 5 (AV & AZ) 19 – 21 Nov 2024 8. Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SPM Ting. 4 Ting. 5 17 Dis 2024 9. Peperiksaan Percubaan SPM Ting.5 1-11 Okt 2024 PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 2024/2025 BIL. UJIAN / PEPERIKSAAN TARIKH 1. ***SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN (SPM/U) i. Ujian Lisan ii. Ujian Bertulis 3. ***SIJIL PELAJARAN MALAYSIA vii Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM vii Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM viii Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SPM 4. ***Ujian Tilawah Quran Dan Hafazan (UTQH) SPM 5. ***Ujian Amali Sains SPM **Sila rujuk lampiran Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil.5 Tahun 2018: Format Instrumen Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi Matapelajaran KSSM Mulai 2019. ***Mengikut ketetapan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
14 1.3.6 Pengurusan Aktiviti dan Majlis Rasmi 2024/2025 Bil. Aktiviti/Majlis Naib Pengerusi Jawatankuasa 1. Hari Bertemu Waris PK HEM Penyelaras Setiausaha Pen. Setiausaha Pn. Biby Dayana bt. Abdullah Pn. Nur Azren bt Mohamad Zaki Pn. Saliza bt. Othman 2. Majlis Bai’ah PK Pentadbiran Penyelaras Setiausaha Pen. Setiausaha Pn. Supinah bt. Sopian Pn. Saliza bt. Othman Pn. Siti Salbiah bt. Haron 3. Anugerah Kecemerlangan Akademik PK Pentadbiran Penyelaras Setiausaha Pen. Setiausaha Bendahari Pn. Rozita bt. Mohd Rashid Cik Maizatul Nur Aisyah bt. Mohamad Muhiddin Pn. Norhayati bt. Md Baharum Pn. Rosnorsliza bt. Mohamed 4. Majlis Akur janji SPM PK Pentadbiran Penyelaras Setiausaha Pen. Setiausaha Pn. Biby Dayana bt. Abdullah Pn. Pn. Siti Salbiah bt. Haron Pn. Nur Liyana Syaheera bt. Mohd Azhar 5. Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan HEM PK Kokurikulum PK HEM Penyelaras Setiausaha I Setiausaha II Pen. Setiausaha I Pen. Setiausaha II Bendahari Pn. Umi Kalsom bt. Mohamed Pn. Sabrina bt. Latib En. Abdul Ridzuan bt. Abu Bakar Pn. Nur Azren bt Mohamad Zaki Pn. ‘Abidah bt. Ahmad Fuad Pn. Nursalwani bt. Azmi 6. Sambutan Hari Kebangsaan PK HEM Penyelaras Setiausaha Pen. Setiausaha Bendahari Pn. Azlin Safizan bt Mat Saaod Pn. Zeehan bt. Ab Latiff Pn. Nisha a/p Krishnan Moorthy Pn. Sabrina bt. Latib 7. Sambutan Hari Guru PK Pentadbiran Penyelaras Setiausaha Pen. Setiausaha Bendahari Pengerusi Kelab guru Setiausaha Kelab guru Pen. Setiausaha Kelab guru Bendahari Kelab guru 8. Majlis Persaraan / Guru Berpindah PK Pentadbiran Penyelaras Setiausaha Pen. Setiausaha Bendahari Pengerusi Kelab guru Setiausaha Kelab guru Pen. Setiausaha Kelab guru Bendahari Kelab guru 9 Kejohanan Olah raga PK Kokurikulum Penyelaras Setiausaha Pen. Setiausaha Bendahari Semua guru kanan Pn. Nadhirah bt Awaluddin Pn. Kikie Reskia bt. Alias Pn. Nur Azren bt Mohamad Zaki 10 Mesyuarat Agong PIBG PK Pentadbiran Setiausaha Bendahari Pn. Nur Akmal bt Mior Khalid Pn. Sabrina bt Latib 11 Majlis Graduasi T.5 & 6 PK Pentadbiran Setiausaha Pen. Setiausaha Bendahari Kaunselor Penyelaras Tingkatan 5 12 Program Solat Hajat, Bacaan Yaasin SPM/STPM PK HEM Penyelaras Setiausaha Pen. Setiausaha Bendahari Pn. Azlin Safizan bt Mat Saaod Pn. Siti Marlina bt. Abd Wahab Pn. Norazilah bt. Ilyas Pn. Nurul Shadila Asnira bt. Saldi
11.3.7 Takwim SMK Raja Perempuan Sesi 2024/2025 MAC PENGURUSAN KURIKULUM HEM 1 Ju Mesyuarat Pengurusan 1 Mesyuarat AKP 1 2 Sa 3 Ah 4 Is SPM 5 Se SPM 6 Ra Mesyuarat Guru & KGSS Mesyuarat Kurikulum1 SPM Mesyuarat H7 Kh Mesyuarat Panitia 1 SPM 8 Ju Mesyuarat Panitia 1 Mesyuarat TransformBil 1 9 Sa 10 Ah 11 Is SESI PERSEKOLAPelan12 Se Mesyuarat Pengurusan Awal RamadOrientasi Tingka13 Ra Mesyuarat Unit HOrientasi Tingka14 Kh Bicara Profesional Mesyuarat Maja15 Ju Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu Hari Bertemu Waris Pelancaran Ihya RPulang Berma16 Sa 17 Ah
5 2024 KOKURIKULUM PRA-UNIVERSITI HEM 1 Mesyuarat Kokurikulum 1 Mesyuarat Pengurusan Pra-U Bil 1 rmasi Asrama AHAN 2024/2025 BERMULA ncaran DELIMA dhan tan 1 & 4 HEM Bil.1 atan 1& 4 Mesyuarat Agung Rumah Sukan alah Bil.1 Pendaftaran Keahlian Kokurikulum Ramadhan lam (A) Pelancaran Ihya Ramadhan/ Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu/Bina Insan
118 Is Mesyuarat DisipMajlis PelancJom ke Sekolah Sekolah Peny19 Se Mesyuarat Pengurusan 20 Ra 21 Kh Bicara Profesional 22 Ju Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu Pulang Berma23 Sa 24 Ah 25 Is 26 Se Mesyuarat Pengurusan 27 Ra 28 Kh CUTI N29 Ju Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu Pulang Berma30 Sa 31 Ah APRILPENGURUSAN KURIKULUM HEM 1 Is 2 Se Mesyuarat Pengurusan 3 Ra 4 Kh Bicara Profesional
6 plin Bil.1 caran & Amalan yayang lam (A) Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu/Bina Insan STPM SEMESTER 3 STPM SEMESTER 3 STPM SEMESTER 3 UZUL AL-QURAN lam (A) Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu /Bina Insan L 2024 KOKURIKULUM PRA-UNIVERSITI STPM SEMESTER 3 Mesyuarat Agong Kelab Persatuan (Perjumpaan 1) STPM SEMESTER 3 Mesyuarat Agong Pasukan Badan Beruniform (Perjumpaan 1) STPM SEMESTER 3 Mesyuarat Agong Sukan Permainan (Perjumpaan 1)
15 Ju Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu Majlis Khatam alPenutup Ihya RaPulang Berma6 Sa 7 Ah 8 Is CUTI TAMBAHAN PER9 Se CUTI TAMBAHAN PER10 Ra CUTI PERAYAAN11 Kh CUTI PERAYAAN12 Ju CUTI TAMBAHAN PER13 Sa 14 Ah 15 Is Mesyuarat Kewangan Bil 1 Mesyuarat Aset Bil 1 Mesyuarat Inspektorat Bil 1 LATIHAN PENGESANAN 16 Se Mesyuarat Pengurusan LATIHAN PENGESANAN 17 Ra LATIHAN PENGESANAN 18 Kh Bicara Profesional LATIHAN PENGESANAN 19 Ju Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu LATIHAN PENGESANAN Majlis Sambutan Aidilfitri & SambutaJanuari-Me20 Sa 21 Ah Gotong-Royong & PDorm (A22 Is 23 Se Mesyuarat Pengurusan
7 l-Quran & amadhan lam (A) Majlis Khatam al-Quran & Penutup Ihya Ramadhan /Perkongsian ilmu/Bina Insan RAYAAN- HARI RAYA AIDILFITRI RAYAAN- HARI RAYA AIDILFITRI N- HARI RAYA AIDILFITRI N- HARI RAYA AIDILFITRI RAYAAN- HARI RAYA AIDILFITRI STPM ULANGAN 2 STPM ULANGAN 2 STPM ULANGAN 2 Hari Raya an Hari Lahir ei (A) Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu/Bina Insan Pemeriksaan A) STPM ULANGAN 2 Latihan Sukan STPM ULANGAN 2
124 Ra 25 Kh Bicara Profesional Majlis Tautan KasMentee & SambutaPeringkat SeJanuari - M26 Ju Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu Pulang Berma27 Sa 28 Ah 29 Is 30 Se Mesyuarat Pengurusan MEI 2PENGURUSAN KURIKULUM HEM 1 Ra CUTI2 Kh Bicara Profesional 3 Ju Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu KursusBadan Kepimpin4 Sa Kursus Badan KepimGotong-royong Pe5 Ah Gotong-Royong & Pem(A) 6 Is 7 Se Mesyuarat Pengurusan 8 Ra 9 Kh Bicara Profesional
8 Latihan Sukan Perjumpaan 1 Kelab Permainan sih Mentor an Hari Lahir ekolah Mei Latihan Larian Puteri Perjumpaan 1 Kelab Persatuan lam (A) Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu/Bina Insan Kejohanan Larian Puteri Latihan Sukan 2024 KOKURIKULUM PRA-UNIVERSITI I HARI PEKERJA Latihan Sukan Perjumpaan 1 Unit Uniform nan Murid Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu/Bina Insan mpinan Murid erdana (A) meriksaan Dorm Sukantara Sukantara Sukantara Perjumpaan 2 Kelab Permainan Sukantara Perjumpaan 2 Kelab Persatuan
110 Ju Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu Pulang Bermal11 Sa 12 Ah 13 Is 14 Se Mesyuarat Pengurusan 15 Ra 16 Kh Bicara Profesional 17 Ju Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu 18 Sa Lawatan Ibu BaUBK-Young Scientis19 Ah Gotong-Royong & Pem(A) 20 Is 21 Se Mesyuarat Pengurusan 22 Ra CUT23 Kh Bicara Profesional 24 Ju Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu Pulang Bermal25 Sa CUTI PENG26 Ah CUTI PENG27 Is CUTI PENG28 Se CUTI PENG29 Ra CUTI PENG30 Kh CUTI PENG31 Ju CUTI PENG
9 am (A) Perhimpunan Bulanan Badan Beruniform 1 Pra Sukan UJIAN SEMESTER 2 Pra Sukan UJIAN SEMESTER 2 Pra Sukan UJIAN SEMESTER 2 Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu /Bina Insan apa (A) st Day (UPM) meriksaan Dorm Raptai Kejohanan Olahraga 1 Mesyuarat Pengurusan Pra-U Bil 2 Raptai Kejohanan Olahraga 2 TI HARI WESAK Perjumpaan 2 Unit Uniform am (A) KEJOHANAN OLAHRAGA PUTERI RPS kali ke 72 Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu/Bina Insan GGAL 1 SESI 2024/2025 GGAL 1 SESI 2024/2025 GGAL 1 SESI 2024/2025 GGAL 1 SESI 2024/2025 GGAL 1 SESI 2024/2025 GGAL 1 SESI 2024/2025 GGAL 1 SESI 2024/2025
2JUN PENGURUSAN KURIKULUM 1 Sa CUTI PENG2 Ah CUTI PENG3 Is CUTI HARI KE4 Se Mesyuarat Pengurusan 5 Ra 6 Kh Bicara Profesional 7 Ju Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu Diskusi B( KemKe8 Sa Mesyuarat Agong PIBG 9 Ah GotoPemeri10 Is Mesyuar11 Se Mesyuarat Pengurusan 12 Ra
0 2024 HEM KOKURIKULUM PRA-UNIVERSITI GGAL 1 SESI 2024/2025 GGAL 1 SESI 2024/2025 EPUTERAAN YDP AGONG Pengumuman Keputusan STPM S1 / PROGRAM BERTEMU WARIS Kelab Persatuan (Perjumpaan 2) Kursus Kepimpinan Unit Kokurikulum - Pengurusan Fail Kokurikulum) Perjumpaan 3 Kelab Permainan Sukan Permainan (Perjumpaan 2) Perjumpaan 3 Kelab Persatuan Badan Kepimpinan 1 mahiran Asas epimpinan) Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu/Bina Insan ong-Royong & ksaan Dorm (A) rat JK HEM Bil 2 KARNIVAL SUKAN PRA-U Mesy Kokurikulum Bil 2 KARNIVAL SUKAN PRA-U Pasukan Badan Beruniform (Perjumpaan 2) KARNIVAL SUKAN PRA-U Perjumpaan 3 Unit Uniform
213 Kh Bicara Profesional 14 Ju Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu Pulang15 Sa 16 Ah 17 Is CUTI PERAYAA18 Se Mesyuarat Pengurusan PPT 19 Ra PPT Mesyuarat Kurikulum 2 MesyuarAs20 Kh Bicara Profesional PPT 21 Ju Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu PPT Diskusi B22 Sa 23 Ah GotoPemeri24 Is PPT Mesyuarat Bidang/ Panitia 2 25 Se Mesyuarat Pengurusan PPT 26 Ra PPT 27 Kh Bicara Profesional PPT
1 Sukan Permainan (Perjumpaan 3) KARNIVAL SUKAN PRA-U Perjumpaan 4 Kelab Permainan g Bermalam (A) KARNIVAL SUKAN PRA-U AN - HARI RAYA QURBAN rat Transformasi srama Bil.2 Perjumpaan 4 Kelab Persatuan Perjumpaan 4 Unit Uniform Badan Kepimpinan 2 Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu/Bina Insan ong-Royong & ksaan Dorm (A) Perjumpaan 5 Kelab Permainan Pembentangan Kajian Tindakan Perjumpaan 5 Kelab Persatuan
228 Ju Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu PPT Perjump29 Sa Lawata30 Ah JULAIPENGURUSAN KURIKULUM 1 Is PPT Pelancaran Bulan Bahasa 2 Se Mesyuarat Pengurusan PPT 3 Ra PPT Mesyua4 Kh Bicara Profesional PPT 5 Ju Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu PPT PulanMajlis A6 Sa 7 Ah CUTI A8 Is 9 Se Mesyuarat Pengurusan 10 Ra 11 Kh Bicara Profesional 12 Ju Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu DisKe13 Sa 14 Ah GotoPemer
2 paan SisKA 2 (A Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu/Bina Insan an Ibu Bapa (A) I 2024 HEM KOKURIKULUM PRA-UNIVERSITI arat Disiplin Bil.2 Perjumpaan 5 Unit Uniform g Bermalam (A) Akur Janji SPM & Pra U Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu/Bina Insan AWAL MUHARAM PEP PERCUBAAN MUET Kelab Persatuan (Perjumpaan 3) PEP PERCUBAAN S2 Sukan Permainan (Perjumpaan 4) PEP PERCUBAAN S2 skusi Badan epimpinan 3 PEP PERCUBAAN S2 ong-Royong & riksaan Dorm (A)
215 Is 16 Se Mesyuarat Pengurusan 17 Ra 18 Kh Bicara Profesional 19 Ju Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu Pulan20 Sa 21 Ah 22 Is 23 Se Mesyuarat Pengurusan 24 Ra 25 Kh Bicara Profesional 26 Ju Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu Perjump27 Sa Lawat28 Ah GotoPemer29 Is 30 Se Mesyuarat Pengurusan 31 Ra Penutup Bulan Bahasa
3 Perhimpunan Bulanan Badan Beruniform 2 Pendaftaran Pra U1 Dan Minggu Orientasi Minggu Orientasi Pasukan Badan Beruniform (Perjumpaan 3) Minggu Orientasi Sukan Permainan (Perjumpaan 5) Minggu Orientasi g Bermalam (A) Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu/Bina Insan MUET SPEAKING Kelab Persatuan (Perjumpaan 4) Gegar sales 1 MUET SPEAKING paan SisKA 3 (A) Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu/Bina Insan tan Ibu Bapa (A) ong-Royong & riksaan Dorm (A) Pasukan Badan Beruniform (Perjumpaan 4) Perjumpaan 6 Kelab Permainan/ Perjumpaan 1 Kelab Permainan S1
2OGOSPENGURUSAN KURIKULUM 1 Kh Bicara Profesional 2 Ju Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu Pulan3 Sa MAKA 2023 4 Ah 5 Is Pelancaran6 Se Mesyuarat Pengurusan 7 Ra 8 Kh Bicara Profesional 9 Ju Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu DiKe10 Sa 11 Ah Gotong-Pemerik12 Is Mesyuarat Kewangan Bil 2 Mesyuarat Aset Bil 2 Mesyuarat Inspektorat Bil 2 13 Se Mesyuarat Pengurusan 14 Ra
4 S 2024 HEM KOKURIKULUM PRA-UNIVERSITI Sukan Permainan (Perjumpaan 6) Perjumpaan 6 Kelab Persatuan/ Perjumpaan 1 Kelab Persatuan S1 ng Bermalam (A) Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu/Bina Insan MUET WRITING n Bulan Kemanusiaan Kelab Persatuan (Perjumpaan 5) Perjumpaan 6 Unit Uniform/ Perjumpaan 1 Unit Uniform S1 Sukan Permainan (Perjumpaan 7) skusi Badan epimpinan 4 Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu/Bina Insan -Royong & ksaan Dorm (A) Perhimpunan Bulanan Badan Beruniform 3 STPM SEMESTER 2 STPM SEMESTER 2 Pasukan Badan Beruniform (Perjumpaan 5) STPM SEMESTER 2
215 Kh Bicara Profesional 16 Ju Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu Pulan17 Sa 18 Ah 19 Is 20 Se Mesyuarat Pengurusan 21 Ra 22 Kh Bicara Profesional 23 Ju Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu Perjum24 Sa Lawa25 Ah GotPeme26 Is SambPeriJ27 Se Mesyuarat Pengurusan 28 Ra Mesyuarat Kurikulum 3 29 Kh Bicara Profesional 30 Ju Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu Pulan31 Sa CUTI HA
5 STPM SEMESTER 2 ng Bermalam (A) PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu/Bina Insan PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM STPM SEMESTER 2 Kelab Persatuan (Perjumpaan 6) Perjumpaan 2 Kelab Permainan Perjumpaan 2 Kelab persatuan mpaan SisKA 4 (A) Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu/Bina Insan atan Ibu Bapa (A) tong-Royong & riksaan Dorm (A) butan Hari Lahir ngkat Sekolah Jun - Ogos Pasukan Badan Beruniform (Perjumpaan 6) Perjumpaan 2 Unit Uniform Sukan Permainan (Perjumpaan 8) Perjumpaan 3 Kelab Permainan ng Bermalam (A) Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu/Bina Insan ARI KEBANGSAAN
2SEPTEMBPENGURUSAN KURIKULUM 1 Ah 2 Is Percubaan UTQH Mesyuarat Bidang/Panitia 3 3 Se Mesyuarat Pengurusan Percubaan UTQH 4 Ra Percubaan UTQH 5 Kh Bicara Profesional Percubaan UTQH 6 Ju Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu 7 Sa Lawat8 Ah GotPeme9 Is Penutup Bulan Kemanus10 Se Mesyuarat Pengurusan 11 Ra 12 Kh Bicara Profesional MajlisJun-13 Ju Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu PulanMajlis PWatiBadan K14 Sa CUTI PENG15 Ah CUTI PENG
6 BER 2024 HEM KOKURIKULUM PRA-UNIVERSITI UJIAN SEMESTER 1 Kelab Persatuan (Perjumpaan 7) UJIAN SEMESTER 1 Sukan Permainan (Perjumpaan 9) UJIAN SEMESTER 1 Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu/Bina Insan tan Ibu Bapa (A) tong-Royong & riksaan Dorm (A) siaan & Penutup Bulan Kebangsaan Pasukan Badan Beruniform (Perjumpaan 7) Perjumpaan 3 Kelab Persatuan Mesyuarat Pengurusan Pra-U Bil 3 s Sambutan Hari Lahir -September (A) Sukan Permainan (Perjumpaan 10) Perjumpaan 3 Unit Uniform ng Bermalam (A) Penyerahan Tugas & kah Pelantikan Kepimpinan Murid Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu/Bina Insan GGAL 2 SESI 2024/2025 GGAL 2 SESI 2024/2025
216 Is CUTI HARI MAL17 Se CUTI PENG18 Ra CUTI PENG19 Kh CUTI PENG20 Ju CUTI PENG21 Sa CUTI PENG22 Ah CUTI PENG23 Is PERCUBAAN SPM 24 Se Mesyuarat Pengurusan 25 Ra PERCUBAAN SPM 26 Kh Bicara Profesional PERCUBAAN SPM 27 Ju Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu PERCUBAAN SPM Perjum28 Sa 29 Ah GotPeme30 Is Mesyuarat Kewangan Bil 3 Mesyuarat Aset Bil 3 Mesyuarat Inspektorat Bil 3 OKTOBEPENGURUSAN KURIKULUM 1 Se Mesyuarat Pengurusan PERCUBAAN SPM 2 Ra PERCUBAAN SPM 3 Kh Bicara Profesional PERCUBAAN SPM
7 LAYSIA / MAULIDUL RASUL GGAL 2 SESI 2024/2025 GGAL 2 SESI 2024/2025 GGAL 2 SESI 2024/2025 GGAL 2 SESI 2024/2025 GGAL 2 SESI 2024/2025 GGAL 2 SESI 2024/2025 Kelab Persatuan (Perjumpaan 8) Perjumpaan 4 Kelab Permainan Perjumpaan 4 Kelab Persatuan mpaan SisKA 5 (A) Bacaan Yasin/ Perkongsian ilmu/Bina Insan tong-Royong & riksaan Dorm (A) ER 2024 HEM KOKURIKULUM PRA-UNIVERSITI Pasukan Badan Beruniform (Perjumpaan 8) Perjumpaan 4 Unit Uniform Sukan Permainan (Perjumpaan 11) Perjumpaan 5 Kelab Permainan