a) Pengguna Tiada Pilihan
Barangan bersifat homogen dan sama jenis tidak kira
siapa dan di mana pengguna beli.
Keadaan ini telah menghadkan pilihan dan
kepuasan pengguna secara keseluruhannya.
Unit Ekonomi 17
b) Tidak Menggalakkan Perkembangan
Teknologi
Untung Normal yang diperoleh tidak dapat menyediakan
sejumlah dana untuk melakukan usaha-usaha
penyelidikan dan pembaharuan (Pembangunan).
Firma mempunyai pengetahuan sempurna, maka
sebarang pembaharuan mudah ditiru firma lain
dan ini tidak memberi keuntungan kepada firma.
Dengan kata lain firma PPS sebenarnya tidak
menggalakkan perkembangan teknologi dalam ekonomi.
Unit Ekonomi 18
c) Kos-kos Sosial
Firma PPS yang ramai sebenarnya menyebabkan
masyarakat terpaksa menanggung kos sosial kesan
aktiviti pengeluaran mereka yang begitu pesat.
Contohnya masyarakat terpaksa berhadapan dengan
pelbagai bentuk masalah pencemaran, kesesakan,
jenayah dan sebagainya.
Unit Ekonomi 19
d) Tidak menikmati ekonomi bidangan
Pengeluaran secara secara besar-besaran tidak
dapat dilakukan oleh firma secara individu
kerana output firma adalah secara relatif sangat
kecil berbanding dengan pasaran secara
keseluruhan.
Ini menyebabkan firma tidak dapat menikmati
pelbagai faedah ekonomi bidangan yang dpt
menurunkan kos pengeluaran.
Unit Ekonomi 20
Unit Ekonomi 21