V O L . 8 TERUSA N WA N MAT SAMA N 1 . N U R A Z R A A Q I L A H B I N T I S A M S U R I 2 9 9 5 1 9 2 . I N T A N N O R J U M A B I N T I M A H A D H I R 2 9 9 4 6 4 3 . N U R M A S T U R A B I N T I A B D U L S A M A D 2 9 9 7 8 2 4 . W A N N O O R A I N B I N T I W A N A B D U L R A H I M 2 9 8 6 6 4 5 . S I T I N U R A T I R A H B I N T I Z A I N U D I N 2 9 7 5 3 3 T E M A 4 D I S E M B E R 2 0 2 3 WARISAN YANG DIABAIKAN www.na tionhood. s tudi e s .my
KATA ALU-ALUAN OLEH NUR AZRA AQILAH INTAN NORJUMA NUR MASTURA WAN NOOR AIN SITI NUR ATIRAH Seindah Bicara, Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum w.b.t Segala puji bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam, tuhan yang Maha Pemurah,lagi Maha Pengasih, Tuhan yang Menguasai hari pembalasan KepadaMulah kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus, iaitu jalan-jalan orang yang engkau beri nikmat kepada mereka dan bukan jalan orang-orang yang engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. Bersyukur kami dengan limpah kurniannya dapat juga kami menyiapkan tugas berkumpulan yang diamanahkan kepada kami.
PENGENALAN ISI KANDUNGAN SEJARAH TERUSAN 02 LATAR BELAKANG TOKOH 03 TERUSAN JASA TERUSAN 05 PEMBANGUNAN & PERKEMBANGAN TERUSAN 06 CADANGAN PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN TERUSAN 10 PENGENALAN 04 KESIMPULAN 11 PERINGKAT PEMBINAAN TERUSAN KESAN PEMBINAAN TERUSAN 08 07 MASALAH YANG DIHADAPI TERUSAN KEADAAN TERUSAN KETIKA INI 09 12 LOKASI TERUSAN 13
E N G E - P N A L A N Terusan Wan Mat Saman memengang rekod sungai terpanjang di Malaysia kerana panjang terusan tersebut adalah 35 kilometer. Terusan ini menghubungkan Sungai Kedah di Alor Setar hingga ke kaki Gunung Jerai di Gurun, Selatan Kedah. Selain itu, Terusan ini dibina atas inisiatif Perdana Menteri Kedah Pertama iaitu Wan Muhammad Saman Bin Wan Ismail dan beliau mendapat ilham ketika beliau melawat ke negeri Siam ketika itu. Seterusnya, proses pembinaan dan pembangunan terusan ini telah dilakukan sebanyak 3 peringkat sehingga memakan masa selama 10 tahun untuk siap sepenuhnya (13 Ogos 1885 - 12 Julai 1896). Di samping itu, pembinaan terusan ini bertujuan membantu penduduk sekitar Kedah dalam penanaman padi dan pertanian, terusan ini sepanjang. Namun begitu, peredaran zaman berlaku dan terusan ini kian terbiar dan telah dilupakan jasanya dalam pembangunan dan ekonomi negara oleh masyarakat sekarang . Oleh itu, inisiatif-inisiatif yang tinggi perlu diambil oleh pihak berwajib bagi mengekalkan kelestarian terusan ini agar dapat memberikan manfaat kepada masyarakat, ekonomi dan negara PERISTIWA BERSEJARAH SEJARAH TEMPATAN N A T I O N H O O D | 0 2
SEJARAH TERUSAN WAN MAT SAMAN anggal 13 Ogos 1885, bermulanya pembinaan terusan Wan Muhammad Pembinaan terusan tersebut bertujuan untuk membantu pesawah padi di negeri Kedah ketika itu dari aspek perairan sawah bagi meningkatkan pengeluaran hasil padi. Wan Muhammad Saman mendapat ilham ketika beliau melawat siam dan beliau juga tertarik dengan pelbagai terusan yang menjadi jalan pertanian, perhubungan serta pengangkutan di bangkok. Oleh itu, tercetusnya pembinaan terusan sepanjang 35 kilometer yang menghubungkan Sungai Kedah di Alor Setar hingga ke kaki Gunung Jerai di Gurun, Selatan Kedah. Terusan telah siap dibina pada 12 Julai 1896 dengan mengambil masa selama 10 tahun untuk siap sepenuhnya. Terusan ini berada pada dua aras iaitu aras tinggi antara Tanah Merah dan persimpangan dengan terusan besar sejauh 10.7 KM, air akan dipam dari Sungai Pendang dan mengairi terusan tersebut. Bagi aras yang lebih rendah, salirannya di sebelah laut terusan besar tersebut dan jarak terusan sepanjang 4 batu dimana 17.5 KM berada dalam daerah Kota Setar dan 15 KM berada dalam daerah Yan Bagi memperingati jasa beliau batu peringatan pembinaan Terusan Wan Mat Saman ini dibina oleh Muzium Negeri Kedah bagi menandakan tempat bermulanya terusan ini dikorek, iaitu di kaki Gunung Jerai. Manakala, batu peringatan yang berada berhampiran Sungai Kedah di Alor Setar adalah penamat kepada terusan ini. T Saman atau lebih dikenali sebagai Terusan Wan Mat Saman. Pembinaan terusan ini atas inisiatif Wan Muhammad bin Wan Ismail yang merupakan Perdana Menteri Kedah yang pertama (1870-1898). N A T I O N H O O D | 0 3
L O K A S I T E R U S A N Sumber: Google Map (2023) N A T I O N H O O D | 0 4
LATAR BELAKANG TOKOH WAN MUHAMMAD SAMAN Nama penuh beliau ialah Wan Muhammad Saman bin Wan Ismail. Belioau dilahirkan di Alor Janggus pada tahun 1830-an. Beliau telah mendapatkan didikan asas berkaitan perkara -perkara agama dan diajar mengaji Al-Quran sejak beliau kecil. Di samping itu, beliau juga fasih dalam bertutur Bahasa Siam. Beliau telah dikenali sebagai Tokoh Pembangunan Negeri kerana beliau berjaya mencetuskan idea untuk membina terusan sepanjang 22 batu bermula dari Alor Setar hingga ke Kaki Gunung Jerai. Dengan itu, maka terhasillah titik tolak ke arah pembangunan Negeri Kedah terutamanya dalam bidang pertanian sehingga dikenali sebagai “Negeri Jelapang Padi” atau “Jelapang Padi Malaysia”. Sebagai anak pembesar, beliau telah diajar dengan pelbagai ilmu terutamanya ilmu peperangan. Oleh kerana beliau telah menonjolkan bakatnya berkepimpinan dan berkebolehan, maka Sultan Ahmad Tajuddin III telah memilih Wan Muhammad Saman mengiringi baginda Sultan ke Negeri Thai pada tahun 1865 bertujuan untuk meninjau pembangunan di sana. Pada tahun 1870, Sultan Ahmad Tajuddin III telah mewujudkan jawatan Perdana Menteri dan telah melantik Wan Muhammad Saman sebagai Perdana Menteri. DILANTIK SEBAGAI PERDANA MENTERI N A T I O N H O O D | 0 5
Pelbagai masalah yang telah dihadapi oleh Wan Muhammad Saman, Perdana Menteri Kedah yang pertama sebelum memulakan pembinaan terusan ini. Antaranya, beliau terpaksa berhadapan dengan masalah dari segi teknik pembinaan terusan dan penawaran tenaga buruh yang minimum. Tambahan pula terusan ini perlu melalui berbagai-bagai jenis hutan seperti hutan paya yang dipenuhi bakau dan hutan nipah. Selain itu, beliau menghadapi masalah bagaimana terusan itu hendak dibina, seluas mana, sebesar mana dan sejauh mana terusan itu hendak dibina. Oleh hal yang dikatakan demikian, Wan Muhammad Saman telah mengambil inisiatif bagi mengatasi masalah ini dengan menjemput seorang tukang pelan iaitu Encik Embi untuk membuat pelan terusan agar lurus dan tidak bengkang- bengkok. Beliau turut menjemput dua orang juru ukur iaitu Haji Kechik dan Fakhruddin. Di samping itu, beliau menjemput dua orang pengawai Thailand ke Kedah untuk mendapatkan tunjuk ajar daripada mereka dalam pembinaan terusan ini Namun begitu, Wan Muhammad Saman turut menghadapi kekurangan modal bagi membayar upah kepada buruh- buruhnya. Oleh sebab itu, beliau menggunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri Kedah untuk mendapatkan tenaga buruh percuma dengan mengaplikasikan ‘sistem kerah’ bertujuan untuk menggalakan projek menggali terusan. Dengan kata lainnya, kerja menggali terusan dibuat secara ‘berderau’ iaitu penduduk sesebuah kampung berkerjasama dengan penduduk kampung lain dan menyiapkan kerja yang ditetapkan kepada mereka secara bekerjasama. M A S A L A H Y A N G D I H A D A P I P A D A P E R I N G K A T A W A L N A T I O N H O O D | 0 6
Wan Muhammad Saman telah memulakan usaha mengorek terusan pada 31 Ogos 1885. Rakyat telah dikerah untuk menggali terusan itu dengan menggunakan peralatan tradisional seperti cam, cop dan parang.Beliau telah mengarahkan penghulu-penghulu untuk membuat jadual giliran kepada anak buah mereka supaya tidak timbul masalah. Penghulu pula melantik Panglima dan Tok Kwang untuk melicinkan peraturansewaktubekerja. ProsesMembuat TerusanWanMat Saman PEMBANGUNAN & PERKEMBANGAN TERUSAN N A T I O N H O O D | 0 7
PERINGKAT-PERINGKAT PEMBINAAN TERUSAN PERINGKAT 1 PERINGKAT 2 PERINGKAT 3 Kerja menggali dimulakan dari hujung Sungai Pengkalan Kundur ke Kota Sarang Semut. Tempat yang dipanggil Lubuk Katong itu sekarang dikenali sebagai "Tandop" kerana di situlah dibinanya sebuah tandop atau empangan yang boleh mengawal air supaya tidak berubah kedudukannya apabila berlaku musim tengkujuh atau kemarau. Pembinaan bermula dari Kota Sarang Semut hingga ke Kaki Gunung Jerai. Menyambungkan terusan di Tandop dengan Sungai Kedah di Alor Setar. PEMBINAAN TERUSAN WAN MAT SAMAN TERBAHAGI KEPADA TIGA PERINGKAT: N A T I O N H O O D | 0 8
Kesan pembinaan Terusan Wan Mat Saman kepada penduduk setempat 1) PEMBINAAN TERUSAN INI TELAH BERJAYA MENARIK MINAT PEMBESAR-PEMBESAR LAIN UNTUK MENGIKUT JEJAK LANGKAHNYA. CONTOHNYA,WAN YUNUS MENGOREK SUNGAI DULANG DAN TUAN SYED OTHMAN MENGOREK SUNGAI YAN KECIL. 2) LEBIH BANYAK TANAH DIBUKA UNTUK PENANAMAN PADI. KESANNYA LEBIH BANYAK LAGI SALIRAN-SALIRAN KECIL DIBINA UNTUK MENGAIRI KAWASAN PENANAMAN PADI. CONTOHNYA, SUNGAI KOTA SARANG SEMUT, SUNGAI SIMPANG EMPAT DAN SUNGAI LIMAU 3) RAMAI PENDUDUK MEMBUKA PENEMPATAN BARU DI SEPANJANG TERUSAN ITU. ANTARANYA PEKAN TANDOP,SIMPANG EMPAT, KOTA SARANG SEMUT, GUAR CEMPEDAK. 4) ASAS KEPADA PEMBINAAN JALAN RAYA YANG UTAMA. CONTOHNYA, JALAN RAYA ITU MENGHUBUNGKAN BANDAR ALOR SETAR DENGAN TEMPATTEMPAT LAIN YANG MENUJU ARAH SELATAN. N A T I O N H O O D | 0 9
TERUSAN WAN MAT SAMAN Sepanjang Pembinaan J A S A - J A S A Pembinaan Terusan Wan Mat Saman ini memberikan banyak kelebihan kepada penduduk serta masyarakat di sana . Terusan Wan Mat Saman ini telah berjasa kepada penduduk di sekitarnya lebih - lebih lagi dalam proses penanaman padi . Terusan ini telah membantu mengatasi masalah kekurangan air untuk tanaman padi dan meningkatkan hasil pertanian. Terusan ini juga telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi, sosial dan budaya Negeri Kedah. Terusan ini juga merupakan simbol kecemerlangan ilmu pengairan orang Melayu yang telah menggunakan teknologi dan sumber yang ada pada masa itu. Penubuhan terusan ini telah meningkatkan darjah ketersampaian ke Alor Star Kedah . Hal ini demikian kerana Terusan Wan Mat Saman ini telah menjadi jalan yang menghubungkan Sungai Kedah di Alor Setar dengan kaki Gunung Jerai di Gurun, selatan . Terusan Wan Mat Saman ini juga banyak berjasa kepada penduduk dalam aktiviti penanaman padi . Air dari terusan tersebut dialiri ke kawasan sawah padi di Kedah . Hal ini meyebabkan penghasilan padi menjadi semakin meningkat akibat kesuburan yang tinggi. N A T I O N H O O D | 1 0
Bagaimanakah KEADAAN TERUSAN KETIKA INI ? Air menjadi Hitam Terbiar Selain itu, air terusan telah bertukar menjadi hitam akibat terdapat sampah yang hanyut dan tersangkut pada rumput panjang di tebing-tebing sebahagian kawasan terusan sehingga turut menyebabkan aliran air tersekat terutamanya ketika musim kemarau. Antara bahagian terusan yang menjadi tempat longgokan sampah serta dipenuhi rumput panjang adalah sekitar Tandop, Simpang Empat, Kota Sarang Semut, Sungai Limau dan Guar Chempedak. Lebih menyedihkan lagi apabila struktur fizikal yang dibina seperti kunci sebelum ini tidak lagi diselenggara menyebabkan ia tidak berfungsi sehingga dibiarkan rosak begitu saja. Pada tahun 2017, Lembaga kemajuan Pertanian Muda (MADA) bertanggungjawab ke atas pengurusan terusan tersebut dan difahamkan terusan tersebut memerlukan 1.8 jutasetahun bagi aktiviti penyelenggaraan dan mengindahkan terusan. Hal ini supaya, dapat mengekalkan fungsi serta sejarah yang unik warisan dan khazanah negara. Terusan yang berusia 134 tahun yang sepatutnya menjadi warisan Negeri Kedah kini, terbiar, sepi serta dipenuhi sampah akibat kurang aktiviti penyelenggaraan rapi. Terusan ini juga tidak lagi berfungsi untuk mengairi sawah dan akhirnya ia terbiar yang mengakibatkan ada antara bahagian terusan dalam keadaan uzur, ditimbuni tanah dan sampah akibat kegiataan pembinaan kawasan sekitar. Selain itu, sikap buruk segelintir penduduk memburukkan lagi keadaan terusan. Golongan ini telah membuang plastik, kertas, dan botol ke dalam terusan sehingga menyebabkan bau kurang menyenangkan. N A T I O N H O O D | 1 1
1. TERUSAN WAN MUHAMMAD SAMAN AMAT SESUAI DIBANGUN DAN DI PROMOSI SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN WARISAN NEGERI KEDAH.PEMBANGUNAN TERUSAN WAN MUHAMMAD SAMAN SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN WARISAN AMAT SESUAI UNTUK DIINTEGRASIKAN BERSAMA PRODUK PELANCONGAN WARISAN SEDIA ADA TERUTAMANYA DI SEKITAR BANDARAYA ALOR SETAR SEPERTI MASJID ZAHIR, BALAI NOBAT, BALAI SENI, PEKAN CINA DAN LAINLAIN. SELAIN ITU, TERUSAN INI JUGA SESUAI DIMASUKKAN SEBAGAI SALAH SATU LOKASI JEJAK WARISAN BAGI NEGERI KEDAH. CADANGAN 2. TERUSAN INI MEMERLUKAN PEMELIHARAAN FIZIKAL DARIPADA ASPEK KEBERSIHAN DAN PEMELIHARAAN TEBING. ASPEK KEBERSIHAN PERLULAH DITEKANKAN DAN DISELENGGARA DENGAN BAIK SEPANJANG MASA. SELAIN ITU, AKTA BERKAITAN SALIRAN JUGA PERLULAH DIKUATKUASAKAN UNTUK MENJAGA DAN MEMULIHARA TERUSAN DI KEDAH 3. PEMBANGUNAN TERUSAN WAN MUHAMMAD SAMAN DI LOKASI STRATEGIK UNTUK TUJUAN REKREASI DAN PELANCONGAN. PEMBANGUNAN DAN PEMULIHARAAN SEPANJANG TERUSAN INI SECARA KESELURUHAN MELIBATKAN KOS YANG TINGGI. OLEH ITU, DICADANGKAN SUPAYA PIHAK BERTANGGUNGJAWAB MEMILIH BEBERAPA LOKASI STRATEGIC SEPANJANG TERUSAN INI UNTUK DIBANGUNKAN. LOKASI YANG DIKENAL PASTI ADALAH DI BATU 11 GUAR CEMPEDAK, KOTA SARANG SEMUT, KAKI GUNUNG JERAI DAN TANJUNG CHALI. 4. MERCU TANDA (LANDMARK) MENGENAI WAN MUHAMMAD SAMAN PERLULAH DINAIKTARAF DAN DITAMBAH. WAN MUHAMMAD SAMAN MERUPAKAN TOKOH YANG PENTING DALAM SEJARAH PEMBANGUNAN NEGERI KEDAH. BAGI MENGENANG JASA BELIAU DAN TERUS DIPERINGATI, PELBAGAI MAKLUMAT BERKAITAN BELIAU WAJAR DIMASUKKAN DAN DIPERSEMBAHKAN KEPADA PELANCONG DALAM INTERPRETASI SUMBER TERUSAN INI. 5. CERITA RAKYAT BERKAITAN TERUSAN PERLU DIMASUKKAN DALAM INTERPRETASI SUMBER. CERITA MENARIK BERKAITAN TERUSAN WAN MUHAMMAD SAMAN PERLULAH DIMASUKKAN DALAM INTERPRETASI SUMBER SUPAYA PENGUNJUNG TERTARIK UNTUK MENGETAHUI LEBIH LAGI BERKAITAN TERUSAN, TOKOH DAN MASYARAKAT NEGERI KEDAH PADA MASA DAHULU. SEBAGAI CONTOHNYA, CERITA BERKAITAN PENANAMAN POKOK ASAM YANG DIKATAKAN DAPAT MENGUKUHKAN TEBING, MENGINDAHKAN KAWASAN, TAHAN DENGAN CUACA DAN AMAT BERGUNA UNTUK MASYARAKAT TEMPATAN PADA SEKETIKA DAHULU BOLEH DIMASUKKAN DALAM INTERPRETASI SUMBER INI. 6. PENYELESAIAN TERHADAP ISU PERTINDIHAN KUASA PENTADBIRAN KE ATAS TERUSAN. MASALAH UTAMA YANG DIHADAPI OLEH TERUSAN INI ADALAH PERTINDIHAN KUASA ANTARA AGENSI KERAJAAN DI SAMPING KEKURANGAN DANA DAN KELEMAHAN PENGUATKUASAAN DALAM MEMELIHARA TERUSAN INI. OLEH ITU, PIHAK KERAJAAN NEGERI KEDAH PERLU MENGAMBIL SATU TINDAKAN BAGI MELANTIK AGENSI YANG BERKUASA PENUH DALAM URUSAN PENGURUSAN, PEMELIHARAAN DAN PEMBANGUNAN TERUSAN INI. N A T I O N H O O D | 1 2
E S I M P U L A N - N Y A Terusan Wan mat Saman ini merupakan warisan negara yang mempunyai sejarahnya tersendiri dan unik. Pembinaan dan pembangunannya yang mengambil masa selama 10 tahun dengan kepayahan serta keperitan tenaga manusia tanpa bantuan alatan moden wajar diingati dan dikenang. Hal ini dikatakan demikian kerana, majoriti masyarakat sekarang kurang peka terhadap peninggalan terusan ini dan menganggap terusan sekadar parit dan longkang. Tambahan pula, orang ramai kini dilihat ambil mudah mengenai sejarahsejarah penubuhan sesuatu tapak, tugu, bangunan mahupun sungai atau terusan yang terdapat dalam negara. Oleh itu, pelbagai inisiatif telah dilakukan pihak berwajib bagi mendedahkan maklumatmaklumat sejarah ini kepada semua peringkat umur. Akhir kata, Terusan Wan Mat Saman harus depelihara kerana melambangkan kebijaksaan ilmu pengairan orang melayu. K N A T I O N H O O D | 1 3
RUJUKAN https://thepatriots.asia/terusan-wan-mat-saman-lambang-kebijaksanaanilmu-pengairan-orang-melayu/ https://library.uum.edu.my/ms/terusan-wan-muhammad-saman-warisan-yangdiabaikan/ https://www.muziumkedah.gov.my/index.php/perkhidmatan/konservasi https://www.mada.gov.my/?q=0002 1. Azniza Binti Ahmad (2021). Terusan Wan Muhammad Saman: Warisan yang Diabaikan Diakses pada 2 November 2023 melalui 2. Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (2023). Terusan Wan Mat Saman Diakses pada 4 November 2023 3. Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman (2023). Batu Peringatan Terusan Wan Mat Saman Diakses pada 7 November 2023 melalui 4. Moustapha Abbas (2019). Terusan Wan Mat Saman: Lambang Kebijaksanaan Ilmu Pengairan Orang Melayu Diakses pada 8 November 2023 melalui 5. Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (2023). Sejarah Terusan Wan Muhammad Saman : Latar Belakang Wan Muhammad Saman Diakses pada 10 November 2023 melalui https://www.memori-kedah.com/page_pengenalan.php? p=2&idstopic=38&idskandungan=122&id=462&mtopic=4 https://www.memori-kedah.com/page_pengenalan.php? p=2&idstopic=38&idskandungan=125&id=471&mtopic=4 6. Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (2023). Sejarah Terusan Wan Muhammad Saman: Sejarah Pembinaan Terusan Wan Muhammad Saman Diakses pada 10 November 2023 melalui
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/download/1749/127 5/2903 7. Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (2023). Sejarah Pembinaan Terusan Wan Muhammad Saman: Proses membuat terusan Diakses pada 15 November 2023 melalui https://www.memori-kedah.com/page_pengenalan.php? pageNum_Recordset1=1&totalRows_Recordset1=4&p=2&idstopic=38&idskandun gan=125&mtopic=4 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/02/532516/eksklusif-terusanwan-mat-saman-kotor-jadi-parit-terbiar#google_vignette 8. Petah Wazzan Iskandar (2019). Eksklusif: Terusan Wan Mat Saman kotor, jadi parit terbiar Diakses pada 22 November 2023 melalui https://www.utusan.com.my/nasional/2022/12/terusan-wan-mat-saman-perludipulihara/ 9. Jamliah Abdullah (2022). Terusan Wan Mat Saman perlu dipulihara Diakses pada 22 November 2023 melalui 10. Johan Afendi Ibrahim, Norman I'm Abdul Razak, Mohamad Zaki Ahmad (2015).Terusan Wan Muhammad Saman (1895-2015): Tinggalan Sejarah dan Potensinya Sebagai Sebuah Produk Pelancongan Diakses pada 27 November 2023 melalui
T E M A 4 www.na tionhood. s tudi e s .my L A M B A N G K E B I J A K S A A N I L M U P E N G A I R A N O R A N G M E L A Y U