The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norsalihah Hanafi, 2023-05-20 00:21:17

Buku Program Anti Darvih

Buku Program Anti Darvih

PELANCARAN MINGGU ANTI DARVIH TAHUN 2023 ANJURAN: UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CYBERJAYA 22 MEI 2023 (ISNIN) 7.30 PAGI DEWAN SMK CYBERJAYA


ATURCARA UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS UCAPAN PERASMIAN OLEH USTAZ SALEHIN BIN ABDULLAH PENGETUA SMK CYBERJAYA GIMIK PERASMIAN MAJLIS SELESAI


PENGENALAN Sambutan Minggu Program Pendidikan Pencegahan Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk peringkat Kebangsaan. Aspek Pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah. Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.


MATLAMAT PROGRAM Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, sekolah dan ibu bapa agar mereka menjauhi dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “Sekolah Bebas Dadah”. Pencegahan awal adalah bertujuan untuk melindungi pelajar daripada terlibat dengan dadah sejak awal lagi. Untuk mecapai matlamat ini, seseorang pelajar perlu mempunyai pengetahuan tentang keburukan najis dadah, mempunyai ketahanan diri yang tinggi, sikap yang positif, mengamalkan nilai-nilai keagamaan, moral, budaya dan sosial yang murni. Mencegah dadah adalah tanggungjawab dan amanat serta merupakan ibadah.


OBJEKTIF PROGRAM ANTI DARVIH ➢ Memberi pendedahan kepada murid tentang Pendidikan pencegahan dadah. ➢ Memastikan murid mempraktikkan gaya hidup yang sihat dan bebas dari unsur Dadah, Arak, Rokok, Vape, Inhalen, Hiv/Aids (DARVIH). ➢ Menanam sikap sejak di bangku sekolah untuk membenci dan menjauhkan diri dari pengaruh dadah yang memberi kesan buruk kepada diri, masyarakat, agama dan negara.


1 2 3 4 5 Ceramah & pameran Anti Dadah, Arak, Rokok, Vape, Inhalen, HIV/Aids oleh AADK Kebangsaan Kuiz Anti Darvih Pertandingan melukis Poster Anti Darvih Pertandingan mencipta Video Pendek Anti Darvih 5 Minit Informasi Darvih AKTIVITI MINGGU ANTI DARVIH 6 Pertandingan mencipta dan mendeklamasi Puisi Anti Darvih


JAWATANKUASA INDUK PENASIHAT: USTAZ SALEHIN BIN ABDULLAH (PENGETUA SMK CYBERJAYA) PENGERUSI: TN. HJ. MOHAMAD SHAMSUL BIN SHAHID (PK HEM) TIMBALAN PENGERUSI: DATIN ASLANIAH BINTI JAMALI (PK 1) PUAN CHE NOR ROSMAWATI BINTI YAHAYA (PK PETANG) PUAN CIK NOR ASHIKIN BINTI CHE MOHAMED (PK KOKURIKULUM) PUAN NOR ASIAH BINTI BAHARIN (PK TING. 6)


JAWATANKUASA PELAKSANA PENYELARAS: PUAN NORSYAHIRAH BINTI HANAFI (GBKSM) SETIAUSAHA: PUAN ROSMANI BINTI ABDUL RASHID (GBKSM) PUAN HAFIZAH BINTI AHMAD (GBKSM) BENDAHARI: ENCIK MUHAMMAD NUR ADLI BIN AZAM (GBKSM) AJK MURID: PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)


AJK PELAKSANA PENGACARA MAJLIS: PUAN HAFIZAH BINTI AHMAD BUKU PROGRAM: PUAN NUR REBECCA QALEESYA BINTI MICHAEL BANNER: ENCIK MUHAMMAD NUR ADLI BIN AZAM JEMPUTAN: PUAN NORSYAHIRAH BINTI HANAFI GIMIK PERASMIAN: PUAN ROSMANI BINTI ABDUL RASHID & PRS TEKS UCAPAN : PUAN ROSMANI BINTI ABDUL RASHID DOKUMENTASI: PUAN NORSYAHIRAH BINTI HANAFI FOTOGRAFI: PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


SYARAT PERTANDINGAN KUIZ ANTI DARVIH Setiap kelas perlu menghantar satu wakil dan nama perlu diberikan kepada guru kaunseling. Soalan kuiz Anti Darvih adalah berdasarkan perkongsian 5 minit ceramah. Kuiz akan dilaksanakan pada perhimpunan pagi dan waktu rehat.


SYARAT PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO PENDEK Penyertaan terbuka kepada semua pelajar secara berkumpulan dengan jumlah tidak lebih daripada 5 ahli. Peserta bebas membuat video mengikut kreativiti sama ada dalam bentuk lakonan atau sebagainya. Kesemua peserta perlu muncul di video tersebut sekurang-kurangnya 2 saat. Elemen Pendidikan Anti Darvih perlu digayakan di dalam video bersesuaian dengan tema “Sekolahku Sejahtera, Lebih Baik Cegah” Durasi video pendek hendaklah tidak melebih 3 minit dan perlulah dihantar melalui https://forms.gle/ZgAMiM31Xf 2gtVnp8


SYARAT PERTANDINGAN MELUKIS POSTER ANTI DARVIH Penyertaan terbuka kepada semua pelajar secara individu. Peserta mestilah memastikan karya tidak mengandungi unsur-unsur negatif seperti jarum suntikan, tengkorak, tali gantung dan sebagainya. Poster mestilah bersesuaian dengan tema “Sekolahku Sejahtera, Lebih Baik Cegah” Tempoh penghantaran hingga 25 Jun 2023 (Ahad) dan boleh dihantar di Bilik Kaunseling, SMK Cyberjaya.


SYARAT PERTANDINGAN MENCIPTA DAN MENDEKLAMASI PUISI Penyertaan terbuka kepada semua pelajar secara individu atau berkumpulan dengan jumlah seramai dua orang. Hasil ciptaan puisi perlulah dihantar di link yang disediakan https://forms.gle/ZgAMiM3 1Xf2gtVnp8 Puisi yang dicipta perlulah hasil asli daripada pelajar dan bertemakan “Sekolahku Sejahtera, Lebih Baik Cegah” Tempoh penghantaran hingga 25 Jun 2023 (Ahad)


Pihak Unit Bimbingan & Kaunseling merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung. TERIMA KASIH SEKALUNG PENGHARGAAN


Click to View FlipBook Version