LAPORAN INISIATIF INOVASI
MEDICATION IDENTIFER
(MED-i)
Kategori Inovasi : Perkhidmatan
Jabatan Farmasi, Hospital Pulau Pinang
Identify your medicine with single click
Get started
SENARAI AHLI KUMPULAN :
1.Cik Norsyazwan binti Salim Lim
Pegawai Farmasi UF48
Jabatan Farmasi, Hospital Pulau Pinang
Tel : 04 - 222 5659 | E-mel : [email protected], [email protected]
2. Puan Intan Syahira binti Sahrom
Pegawai Farmasi UF48
Jabatan Farmasi, Hospital Pulau Pinang
Tel : 04 - 222 5659 | E-mel : [email protected]
3. Encik Chew Yeong Tai
Pegawai Farmasi UF44
Jabatan Farmasi, Hospital Pulau Pinang
Tel : 04 - 222 5659 | E-mel : [email protected]
4. Encik Salehhudin bin Muhammad Ali
Pegawai Farmasi UF54
Jabatan Farmasi, Hospital Pulau Pinang
Tel : 04 - 222 5659 | E-mel : [email protected]
UCAPAN PENGHARGAAN :
Ahli kumpulan MED-i ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Ketua Jabatan Farmasi, rakan-rakan di Jabatan Farmasi yang telah memberi
khidmat nasihat dan pandangan dalam penghasilan MED-i demi untuk meningkatkan lagi
mutu penyampaian perkhidmatan jabatan ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada
Encik Bustamin bin Ahmad, Pegawai Teknologi Maklumat (IT) Hospital Pulau Pinang di
atas sumbangan masa, tunjuk ajar dan khidmat nasihat sepanjang proses
membangunkan MED-i. Semoga inisiatif inovasi ini berkekalan dan memberi manfaat
kepada semua warga kerja Hospital Pulau Pinang.
Identify your medicine with single click
Get started
ISI KANDUNGAN LAPORAN Muka Surat
1
Pengenalan mengenai agensi 2
Pengenalan mengenai inovasi 3
Keadaan sebelum dan selepas inovasi dihasilkan 13
Faedah-faedah dari inovasi yang telah diperkenalkan 16
Peluang penambahbaikan di masa hadapan 16
Sokongan ketua jabatan 16
Kesimpulan 17
Lampiran
1. PENGENALAN MENGENAI AGENSI
Jabatan Farmasi Hospital Pulau Pinang merupakan sebuah jabatan di bawah direktoriat
sokongan klinikal yang terdiri daripada 135 orang Pegawai Farmasi, 50 orang Penolong
Pegawai Farmasi serta 32 orang kakitangan sokongan. Jabatan ini bertanggungjawab
untuk perkhidmatan perolehan, pembekalan ubat/bukan ubat serta penjagaan
farmaseutikal yang optimum bagi memenuhi keperluan hampir 3000 pesakit sehari sama
ada di Farmasi Pesakit Luar atau Farmasi Pesakit Dalam serta menyokong objektif dan
misi Hospital Pulau Pinang. Jabatan ini terbahagi kepada enam unit utama dan fungsi
setiap unit adalah seperti berikut:
i. Unit Farmasi Logistik
Unit yang berperanan dalam perkhidmatan perolehan ubat dan bukan ubat kepada
30 jabatan klinikal dan bukan klinikal mengikut prosedur kewangan dan tatacara
perolehan kerajaan serta bertanggungjawab untuk memastikan bekalan sentiasa
mencukupi bagi memenuhi keperluan pengguna tanpa menjejaskan kualiti.
ii. Unit Farmasi Pengeluaran
Unit yang berperanan dalam perkhidmatan sediaan steril (Nutrisi Parenteral Total
(TPN) dan Rekonstitusi Ubat Sitotoksik (CDR)) dan bukan steril (galenikal dan pra-
bungkus ubat).
iii. Unit Farmasi Ambulatori
Unit yang menawarkan khidmat pembekalan, kaunseling serta pemantauan terapi
ubat-ubatan kepada pesakit luar.
iv. Unit Farmasi Pesakit Dalam
Unit yang menawarkan khidmat pembekalan ubat-ubatan serta kaunseling kepada
pesakit di wad.
1
v. Unit Farmasi Perkhidmatan Farmakoterapi
Unit yang menawarkan khidmat pemantauan farmakoterapi pesakit di dalam wad
yang merangkumi aktiviti pengumpulan sejarah pengubatan pesakit, penyaringan
preskripsi ubat, regimen ubat, interaksi ubat-ubatan, kaunseling, pengurusan
kesan sampingan dan alahan ubat serta pemantauan farmakokinetik ubat-
ubatan narrow therapeutic range. Pegawai Farmasi Wad juga terlibat secara aktif
dalam aktiviti rondaan wad bersama pasukan perubatan lain.
vi. Unit Farmasi Pengurusan & Sumber Maklumat (FPSM)
Unit yang bertanggungjawab dalam aktiviti pengurusan anggota Farmasi dan juga
berperanan dalam pengurusan sumber maklumat ubat kepada anggota kesihatan
serta orang awam melalui Pusat Maklumat Ubat (PMU). PMU bertanggungjawab
mencari jawapan secara evidence-based practice ke atas persoalan berkaitan
ubat-ubatan serta menyediakan sumber maklumat ubatan-ubatan bagi
menyokong aktiviti klinikal Pegawai Farmasi dan Pegawai Perubatan seperti
penerbitan buletin, dilution protocol serta carta / album ubat.
2. PENGENALAN MENGENAI INOVASI
Medication Identifier (MED-i) adalah satu inisiatif inovasi yang dijalankan oleh empat
orang Pegawai Farmasi PMU bagi menambahbaik khidmat penerbitan carta / album
ubat dengan mentransformasikan carta / album ubat versi fizikal kepada versi digital
untuk kegunaan anggota Farmasi dan kesihatan yang lain di Hospital Pulau Pinang.
Insiatif inovasi ini telah mendapat khidmat nasihat dan pandangan dari Unit Teknologi
Maklumat (IT) Hospital Pulau Pinang. Inovasi MED-i memanfaatkan kemudahan
unlimited storage bagi Google Drive and Google Site melalui akaun e-mel MyGOVUC
2.0 Google Workspace yang dilanggani oleh Kerajaan Malaysia kepada penjawat
awam pada tahun 2022. Inovasi MED-i dikategori di bawah perkhidmatan dan telah
dimulakan pada Februari 2022.
2
3. KEADAAN SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN
Masalah / keadaan sebelum inovasi
Antara pertanyaan maklumat ubat yang diterima oleh PMU adalah pertanyaan
berkaitan identifikasi ubat. Statistik pertanyaan identifikasi ubat yang diajukan kepada
PMU pada tahun 2019 hingga 2021 adalah seperti berikut:
Tahun Bilangan pertanyaan
identifikasi ubat
2019 575
2020 471
2021 225
Proses pengecaman ubat pada hakikatnya adalah mencabar dan mengambil masa
untuk diselesaikan kerana terdapat lebih 500 jenis ubat oral sama ada ubat innovator
atau generik disimpan di jabatan ini dalam satu-satu masa. Tambahan itu, perolehan
ubat oral juga sering bertukar-tukar jenama bergantung kepada stok di pasaran dan
tawaran harga terendah oleh syarikat pembekal. Secara purata, pertanyaan berkaitan
identifikasi ubat memakan masa antara 10 hingga 30 minit untuk diselesaikan.
Kelewatan dalam menyelesaikan pertanyaan identifikasi ubat boleh menyumbang
kepada risiko kelewatan rawatan yang tepat diberikan kepada pesakit.
Proses pengecaman ubat menggunakan database di laman web seperti MIMS
GATEWAY kerap kali mengecewakan kerana maklumat di dalam laman sesawang ini
tidak meliputi ubat-ubatan generik yang menjadi keutamaan perolehan di fasiliti
kerajaan termasuklah Hospital Pulau Pinang. Manakala pengecaman ubat
menggunakan laman web lain seperti Drugs.com yang berpangkalan di Amerika
Syarkat juga tidak menemui jawapan terutamanya ubat generik yang tidak dipasarkan
di negara berkenaan.
3
Gambar rajah 1: Contoh pencarian maklumat identifikasi ubat menggunakan laman
web MIMS GATEWAY yang berpangkalan di Malaysia.
Contoh ubat A
Carian dalam MIMS GATEWAY
Hasil carian dalam MIMS GATEWAY
4
Gambar rajah 2: Contoh pencarian maklumat identifikasi ubat menggunakan laman
web Drugs.com yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Contoh ubat A
Carian dalam Drugs.com
Hasil carian dalam Drugs.com
5
Sebagai alternatif, PMU telah menerbitkan carta ubat fizikal dengan mengumpul ubat-
ubatan sebenar dan disimpan dalam bentuk album. Satu set carta / album ubat fizikal
di simpan di Jabatan Farmasi dan PMU juga menghasilkan beberapa set carta / album
fizikal bagi memudahkan pengecaman ubat oleh anggota kesihatan lain di wad dan
klinik terutamanya selepas waktu operasi PMU. Memandangkan Hospital Pulau
Pinang terdiri daripada pelbagai jabatan, permintaan ke atas penghasilan carta / album
ubat adalah tinggi, mengambil masa yang lama untuk disiapkan dan juga menelan kos
yang tinggi terutamanya bagi ubat – ubatan yang mahal. Tambahan itu, pihak PMU
juga mengalami kesulitan untuk mengemaskini maklumat di dalam semua carta /
album ubat yang dihasilkan apabila terdapat pertukaran jenama ubat atau ubat telah
rosak disebabkan faktor jangka hayat ubat dan penyimpanan.
Gambar rajah 3: Proses kerja penghasilan carta / album ubat fizikal
6
Gambar rajah 4: Proses kerja mengemaskini carta / album ubat fizikal
Sehubungan dengan itu, idea inovatif untuk menambahbaik perkhidmatan carta /
album ubat telah tercetus pada Januari 2022 bagi menyelesaikan masalah di atas
dengan menerbitkan carta / album ubat yang baharu dengan ciri-ciri berikut:
i) Menggunapakai sumber sedia ada tanpa perlu mengeluarkan kos tambahan.
ii) Mudah diakses di mana-mana dan pada bila-bila masa (waktu pejabat dan luar
waktu pejabat) oleh semua anggota kesihatan di Hospital Pulau Pinang.
iii) Mudah diselenggara dan dikemaskini dengan kos yang seminimum yang
boleh.
iv) Pengecaman ubat dapat dibuat dalam masa yang singkat bagi memenuhi
kehendak pelanggan dan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal pesakit tidak
terjejas.
7
v) Berkapasiti untuk menyimpan maklumat ubat innovator dan generik yang
pernah atau sedang dibekalkan kepada pesakit di hospital ini. Database yang
komprehensif amat membantu sebagai rujukan di masa hadapan dan boleh
digunapakai sebagai alat bantuan kaunseling ubat-ubatan kepada pesakit
semasa proses kaunseling fizikal di hospital atau secara secara maya.
Keadaan selepas pelaksanaan inovasi
Hasil perbincangan dengan Unit IT HPP dan juga tinjauan ke atas beberapa produk
Google (seperti Google Sites, Google Data Studio), akhirmya kumpulan MED-i memilih
Google Site sebagai platform untuk membangunkan carta / album ubat digital. Hal ini
kerana Google Sites boleh digunapakai secara percuma, boleh diakses di mana-mana
dan bila-bila masa menggunakan peralatan ICT berinternet (komputer, tablet, telefon
bimbit), mudah untuk dibangunkan dan diselenggara oleh anggota bukan berkepakaran
dalam bidang IT, user interface yang menarik serta ianya berkapasiti untuk menyimpan
maklumat ubat yang banyak kerana langganan emel MyGOVUC 2.0 Google Workspace
didatangi dengan unlimited Google Storage Space.
Gambar rajah 5: Penukaran carta / album ubat fizikal ke Google Sites
8
Gambar rajah 6: Transformasi carta / album ubat fizikal kepada digital yang boleh
diakses melalui peralatan ICT berinternet
Proses membangunkan carta / album ubat versi digital bermula dengan pengumpulan
gambar-gambar ubat oral seperti gambar ubat, strip dan kotak bungkusan. Gambar-
gambar ini kemudiannya disunting (optimize images) untuk memastikan kualiti gambar
yang baik dimuatnaik dalam Google Sites. Gambar-gambar yang telah disunting
disimpan di dalam Google Drive dan dimasukan secara embedding ke dalam Google
Sites. Proses ini dilakukan kerana memuat naik gambar yang besar terus ke dalam
Google Sites akan memakan banyak bandwidth, membebani server dan menyebabkan
proses loading website menjadi lama. Ciri-ciri ubat seperti warna, jenis, dosage form,
imprint, score line, serta maklumat am lain seperti nama jenama ubat, nama pengeluar,
nombor pendaftaran ubat di Malaysia diakses melalui Risalah Maklumat Ubat Kepada
Pesakit di dalam laman web Quest3+ oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara, KKM
(NPRA). Butiran ciri-ciri dan maklumat ubat dimuatnaik ke dalam Google Sites bagi
mewujudkan database dan seterusnya membolehkan pengecaman ubat dibuat
menggunapakai fungsi search within website dalam Google Sites ini. Bagi memastikan
keselamatan penggunaan maklumat dalam MED-i, akses kepada MED-i dihadkan
kepada anggota Hospital Pulau Pinang yang mempunyai akaun MyGOVUC 2.0 Google
Workspace sahaja.
9
Gambar rajah 7: Proses kerja penghasilan carta / album ubat digital
menggunakan Google Sites
10
Gambar rajah 7: Proses pengecaman ubat menggunakan MED-i
11
Gambar rajah 7: Proses pengecaman ubat menggunakan MED-I (sambungan)
*Video kaedah penggunaan MED-i boleh diakses melalui kod QR - Lampiran 1.
12
4. FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG TELAH DIPERKENALKAN
i. Penjimatan Kos
Penghasilan album fizikal melibatkan kos yang tinggi terutamanya bagi ubat – ubat
yang mahal dan album ini perlu disediakan beberapa set bagi sesuatu jabatan
kerana ianya juga digunapakai di klinik dan wad. Ubat yang diletakkan dalam
album akan mudah rosak dan perlu diganti dengan ubat yang baru, justeru
meningkatkan lagi kos penghasilannya. Penyediaan album juga memerlukan kos
tambahan yang lain seperti fail, papan carta ubat, plastik pembalut yang perlu
dibeli dan perlu diganti apabila ia telah rosak.
Berbanding dengan MED-i, sampel ubat hanya perlu diambil satu kali sahaja dan
tidak perlu disediakan dalam kuantiti yang banyak. Selain itu, tiada kos tambahan
lain diperlukan kerana kesemua perisian yang digunapakai adalah percuma
dengan langganan e-mel MyGovUC 2.0 Google Workspace oleh pihak kerajaan.
ii. Penjimatan Masa
Secara keseluruhan, penghasilan album fizikal mengambil masa yang lebih lama
kerana perlu disediakan dalam beberapa set berbanding album digital yang hanya
perlu disediakan sekali sahaja. Berikut adalah contoh penjimatan masa untuk
perbandingan secara kasar:
Unit Unit Nefrologi Unit Pediatrik
Nefrologi
Carta / Album Ubat Fizikal
148 70
Bilangan item keseluruhan per set 2 2
Bilangan set diperlukan
Jumlah masa diperlukan untuk 6 hari 3 hari
menghasilkan 2 set
9 hari
Jumlah masa diperlukan untuk
menyiapkan 4 set dari Unit Nefrologi
dan Unit Pediatrik Nefrologi
13
Unit Unit Nefrologi Unit Pediatrik
Nefrologi
MED-i
Bilangan item bertindih 58
Bilangan item yang perlu disediakan 102
Jumlah masa yang diperlukan untuk 3 hari
menyiapkan 1 set sahaja
Tambahan itu, tiada risiko kerosakan ubat dalam carta / album ubat digital dan hal
ini akan menyumbang lagi kepada penjimatan masa secara keseluruhan.
iii. Meningkatkan Produktiviti
Pengecaman ubat melalui carta / album digital dapat dibuat dengan lebih produktif
berbanding carta / album fizikal kerana pengguna hanya perlu memasukkan kata
kunci ciri-ciri ubat sebagai contoh imprint atau warna dan maklumat carian ditapis
secara automatik dan mengurangkan kejadian kelewatan memberi rawatan
kepada pesakit. Berbanding carta / album fizikal, carian ubat perlu dibuat pada
semua album kerana anggota perlu menyemak setiap satu helaian album
berbanding carta / album digital. Berikut adalah perbandingan masa diperlukan
untuk membuat pengecaman ubat dalam dua versi carta / album ubat:
Kaedah Carta / Album MED-i
Ubat Fizikal
Masa paling singkat 1 minit
Masa paling lama 10 minit 5 minit
30 minit
iv. Mesra Pengguna
Laman web MED-i mesra pengguna kerana boleh diakses di mana – mana sahaja
selagi mana terdapat capaian internet. User interface MED-i juga mesra kepada
kebanyakkan peralatan ICT. Carian maklumat dalam MED-i adalah secara
automatik. Dengan maklumat ubat yang lengkap dan paparan gambar ubat yang
14
boleh dibesarkan lagi, amatlah membantu dalam proses pengecaman ubat–
ubatan. Kajian kepuasan pelanggan mendapati terdapat peningkatan kepuasan
pengguna daripada 57% (album ubat fizikal) ke 100% (album ubat digital MED-i).
v. Berfungsi sebagai alat kaunseling
Gambar ubat yang jelas dan mudah diperolehi daripada MED-i memudahkan
proses kaunseling kepada pesakit terutamanya semasa proses kaunseling di
wad atau secara maya
vi. Bahan rujukan tambahan
Salah satu kelebihan MED-i adalah mengandungi maklumat berkenaan sumber
gelatin dalam ubat kapsul. Kebiasaannya maklumat ini hanya boleh didapati pada
kotak / botol dan tiada pada pangkalan data ubat atas talian seperti Micromedex,
MIMS Gateways. Dengan kewujudan MED-i, Pegawai Farmasi dan Pegawai
Perubatan dapat menyemak maklumat dengan mudah dan memaklumkan perkara
ini kepada pesakit sebelum rawatan dimulakan (seperti ubat kapsul yang
berunsurkan haiwan).
15
5. PELUANG PENAMBAIKAN DI MASA HADAPAN
Bilangan dan jenis ubat-ubatan oral yang disimpan di Jabatan Farmasi Hospital Pulau
Pinan adalah melebihi 500 kerana hospital ini adalah hospital utama negeri dan juga
hospital rujukan bagi zon utara. Justeru itu, maklumat dalam MED-i boleh digunapakai
oleh hospital daerah dan klinik kesihatan di seluruh Pulau Pinang khususnya dan fasiliti
KKM yang lain di zon utara amnya.
Tambahan itu, maklumat di dalam MED-i boleh ditambah baik di masa hadapan dengan
memasukkan data seperti stability of tablet / capsule to be crushed or opened for patients
with swallowing difficulty or enteral feeding. Maklumat ini amatlah perlu dan berguna
kepada Pegawai Farmasi dan Pegawai Perubatan dalam memastikan pemilihan ubat
yang tepat diberikan kepada pesakit.
6. SOKONGAN KETUA JABATAN
Inisiatif inovasi MED-i mendapat sokongan penuh daripada Ketua Jabatan Farmasi dan
surat sokongan adalah seperti dalam Lampiran 2.
7. KESIMPULAN
MED-i adalah satu inisiatif inovasi dari Jabatan Farmasi bagi menyahut seruan kerajaan
untuk mempraktikkan elemen pendigitalan dalam perkhidmatan dan pengurangan kos
operasi. Inisiatif ini juga diharap dapat memudahkan dan mempercepatkan proses
pengecaman ubat-ubatan oleh anggota kesihatan di Hospital Pulau Pinang, membantu
dalam proses kaunseling ubat-ubatan pesakit seterusnya mengukuhkan penjagaan
farmaseutikal pesakit (patient care).
16
LAMPIRAN 1:
KOD QR VIDEO KAEDAH
PENGGUNAAN MED-i
17
KOD QR VIDEO KAEDAH
PENGGUNAAN MED-i
18
LAMPIRAN 2:
SURAT SOKONGAN
KETUA JABATAN FARMASI
19
20