E. JAWATANKUASA KUALITI SKOP TUGAS
6. Menghantar email berkenaan 5S kepada wargakerja MJII seminggu sekali - KPI 5S
7. Memaklumkan segala maklumat mengenai aktiviti 5S seperti audit/lawatan penanda aras
kepada kontraktor MJII (pembersihan, keselamatan, pengusaha cafe)
8. Menguruskan dan mengendalikan aktiviti-aktiviti 5S seperti menjadi pengerusi
majlis/speaker untuk sebarang lawatan atau MSR pelajar.
9. Menyediakan moment to moment activity perjalanan semasa audit persijilan.
10. Menguruskan aktiviti sambutan semasa audit persijilan berlangsung. Contoh: menyediakan
moment-to-moment activity untuk menyambut auditor.
11. Mengemaskini pelan pelaksanaan aktiviti Korporat (Gantt Chart).
12. Memastikan sudut Ruang 5S MJII dikemaskini - carta organisasi, gantt chart, dokumen
yang berkaitan untuk setiap bahagian zon dan induk.
13. Mengurus, mengawal selia dan menonjolkan imej korporat di MJII.
Unit Kaizen bertanggungjawab untuk:
1. Merancang, mengendalikan dan mengurus pertandingan Inovasi & Kaizen terbuka kepada
warga MJII.
2. Mengumpulkan sekurang-kurangnya 5 projek kaizen setiap tahun - KPI 5S.
3. Menyediakan kertas kerja penganjuran pertandingan bagi mendapatkan kelulusan dari
Pengarah MJII.
4. Menganjurkan Pertandingan QE/5S.
5. Mengedar borang penyertaan Pertandingan kepada Ketua Zon.
6. Melantik dan mengurus juri bagi Pertandingan Inovasi & Kaizen.
7. Mengemaskini pelan pelaksanaan aktiviti Kaizen (Gantt Chart)
8. Menganjurkan kempen bagi membudayakan aktiviti kaizen.
9. Mengenalpasti dan mendokumenkan segala bentuk aktiviti-aktiviti kaizen.
10. Menetapkan kaedah penghargaan dan ganjaran kepada aktiviti seperti kaizen.
11. Mengumpulkan dokumen (poster, gambar, sijil , borang kaji selidik dan sebagainya) bagi
projek-projek inovasi di MJII.
Jawatankuasa MJII | 43
E. JAWATANKUASA KUALITI SKOP TUGAS
Unit Audit Dalaman bertanggungjawab untuk:
1. Merancang dan merangka aktiviti Audit Dalaman.
2. Melaksanakan Audit Dalaman sebanyak 2 kali sebelum persijilan diadakan - KPI 5S.
3. Membentuk kriteria penilaian 5S.
4. Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti audit dalaman (Gantt Chart)
5. Menyediakan panduan untuk menjalankan penilaian.
6. Memberi taklimat, latihan dan kefahaman kepada Juruaudit Dalaman.
7. Menjadualkan aktiviti audit bagi setiap zon.
8. Membantu penambahbaikan aktiviti 5S secara berterusan melalui komen dan cadangan
yang diperoleh melalui proses audit.
9. Mengemaskini laporan dan analisis keputusan audit dalaman 5S.
10. Membangunkan panduan untuk mengukur dan menilai keberkesanan proses audit.
11. Bekerjasama dengan auditor STRIM dan MQS mengenai penilaian audit.
Unit Promosi bertanggungjawab untuk:
1. Merancang dan merangka aktiviti promosi 5S sepanjang tahun.
2. Merekabentuk dan menghebahkan poster penyataan korporat 5S (seperti KPI 5S, Polisi 5S
dan Objektif 5S) serta ‘banner’, ‘e-poster’, banting berkaitan aktiviti- aktiviti 5S (seperti
Gotong Royong Perdana (Oosouji, aktiviti Audit Dalaman, 5 min 5S setiap hari Rabu,
Gemba, Countdown 5S dsb) kepada seluruh warga kerja MJII dan pelajar melalui media
sosial MJII dan sudut 5S.
3. Mengadakan kempen kesedaran dan hebahan aktiviti 5S yang dilaksanakan
4. Merekabentuk dan menyediakan Carta Organisasi J/K 5S mengikut AJK terkini dan
penyediaan template untuk semua Zon dan JK Induk.
5. Memastikan Sudut 5S MJII dikemaskini dengan carta organisasi, gantt chart, dokumen
yang berkaitan untuk setiap bahagian zon dan induk
6. Menyediakan video berkenaan 5S MJII (contoh Sejarah 5S di MJII) bagi tujuan promosi
7. Menghasilkan dan menerbitkan eBuletin 5S MJII.
8. Mengemaskini pelan pelaksanaan aktiviti Promosi (Gantt Chart).
Jawatankuasa MJII | 44
E. JAWATANKUASA KUALITI SKOP TUGAS
9. Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua warga MJII seperti pertandingan
poster, mencipta slogan, hari 5S.
10. Mengkaji keberkesanan aktiviti promosi dan membuat penambahbaikan bagi
meningkatkan penglibatan warga MJII
Unit Latihan bertanggungjawab untuk:
1. Merancang dan merangka aktiviti latihan 5S bagi tempoh setahun.
2. Mengumpulkan senarai taklimat atau latihan berkaitan 5S yang telah diberikan kepada
wargakerja dan pelajar MJII.
3. Mengendalikan program latihan/lawatan/ceramah berkaitan QE/5S 2 kali setahun.
4. Mengemaskini pelan pelaksanaan aktiviti Latihan (Gantt Chart)
5. Mengenalpasti dan melaksanakan latihan 5S untuk semua AJK dan warga MJII.
6. Memantau semua aktiviti latihan 5S yang dijalankan di semua peringkat.
7. Menyediakan bahan-bahan latihan yang diperlukan di peringkat zon.
8. Mengkaji keberkesanan latihan QE/5S dari semasa ke semasa untuk tujuan
penambahbaikan.
Ketua Zon bertanggungjawab untuk:
1. Merancang, melaksana dan memantau aktiviti 5S di zon masing-masing.
2. Mengemaskini Sudut 5S di zon masing-masing
3. Mengemaskini pelan pelaksanaan aktiviti Zon (Gantt Chart).
4. Mengemaskini dan merekod aktiviti-aktiviti zon yang dijalankan.
5. Mengadakan mesyuarat perlaksanaan 5S diperingkat zon.
6. Membuat perbandingan audit dalaman 5S di peringkat zon.
7. Mencadangkan latihan Ahli Zon kepada Unit Latihan
8. Menggalakkan Ahli Zon 5S supaya memberikan idea penambahbaikan.
9. Mewujudkan etika kerja Ahli Zon yang perlu dipatuhi.
Jawatankuasa MJII | 45
E. JAWATANKUASA KUALITI SKOP TUGAS
KOD: E3 JAWATANKUASA MS ISO 9001:2015
1 kali setahun
BIL.
PERTEMUAN
Jawatankuasa MS ISO 9001:2015 bertanggungjawab merancang, menyelia dan memantau
pelaksanaan MS ISO di MJII.
Pengerusi bertanggungjawab untuk:
1. Memastikan perancangan, penyelarasan dan pemantauan pelaksanaan SPK dipatuhi oleh
semua AJK.
2. Menilai keberkesanaan pelaksanaan SPK dan pencapaian Objektif Kualiti.
3. Memastikan penguatkuasaan terhadap SPK dilaksanakan untuk menjamin kualiti
perkhidmatan seperti mana yang diharapkan oleh pelanggan serta pihak-pihak yang
berkepentingan.
4. Memastikan penambahbaikan berterusan dilaksanakan dengan lebih sistematik dan
berkesan.
Pengurus bertanggungjawab untuk:
1. Membantu menyelia dan membimbing pelaksanaan SPK.
2. Mengurus dan memantau pelaksanaan SPK
3. Menilai pencapaian prestasi SPK dan Objektif Kualiti
4. Memantau penyediaan dan penyenggaraan rekod kualiti dan sokongan yang berkaitan
5. Menyediakan senarai induk dokumen kualiti SPK
6. Mengedarkan dokumen kualiti kepada yang berkaitan
7. Mencadangkan pindaan pada dokumen kualiti yang berkenaan.
8. Merangka perancangan persediaan ke arah pensijilan ISO yang berterusan.
Setiausaha bertanggungjawab untuk:
1. Mengedarkan dokumen kualiti kepada yang berkaitan.
2. Menyimpan dan menyelenggarakan rekod, surat-menyurat, dokumen, hebahan dan bahan
komunikasi berkaitan ISO.
3. Menganalisa pencapaian Objektif kualiti SPK, Analisa NCR, Penemuan Audit, aduan
pelanggan dan lain-lain.
Jawatankuasa MJII | 46
E. JAWATANKUASA KUALITI SKOP TUGAS
Pegawai Risiko bertanggungjawab untuk:
1. Mengenal pasti risiko, ancaman dan impak yang dihadapi oleh MJII.
2. Membangun, mengemas kini dan memantau pengurusan risiko supaya sentiasa lengkap
dan terkini
3. Menilai, menganalisis, mengklasifikasikan dan mengenal pasti impak risiko.
4. Mewakili dan mengetuai dalam menangani dan mengawal risiko.
5. Mengambil tindakan pemulihan risiko.
Jawatankuasa Pengurusan Risiko bertanggungjawab untuk:
1. Mengenal pasti risiko, ancaman dan impak yang dihadapi oleh MJII.
2. Membantu membangun, mengemas kini dan memantau pengurusan risiko supaya
sentiasa lengkap dan terkini
3. Membantu dalam menilai, menganalisis, mengklasifikasikan dan mengenal pasti impak
risiko.
Jawatankuasa Komunikasi dan Tugas Khas bertanggungjawab untuk:
1. Mengurus dan menyediakan bahan komunikasi ISO.
2. Mengurus segala keperluan (tempat, makanan dan peralatan) bagi sesuatu program atau
aktiviti berlangsung
3. Merakamkan foto dan video sepanjang sesuatu program atau aktiviti berlangsung.
4. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Jawatankuasa Audit bertanggugjawab untuk:
1. Melantik dan memantau juru audit mengikut jadual pengauditan yang telah ditetapkan
(Ketua Juruaudit).
2. Mengeluarkan surat lantikan bertugas juruaudit (Ketua Juruaudit)
3. Melatih dan menyalurkan maklumat terkini kepada juru audit yang telah dilantik (Ketua
Juruaudit).
4. Merekod segala penemuan dan bukti audit melalui Senarai Semak Audit Dalaman.
Jawatankuasa MJII | 47
E. JAWATANKUASA KUALITI
5. Menyediakan laporan tindakan pembetulan / laporan pemerhatian audit dalaman untuk
sebarang dapatan audit.
6. Memantau tindakan susulan hasil penemuan audit yang dibuat oleh para juru audit
dalaman
7. Memastikan tindakan pembetulan dibuat untuk dikemukakan kepada Pengurus.
Rujukan:
1. Sistem Pengurusan Kualiti – Keperluan (Semakan Kedua) (ISO 9001:2015), Jabatan
Standard Malaysian
2. Dokumen Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015
KOD: E4 JAWATANKUASA MARA ECOSYSTEM QUALITY STANDARD
(MQS)
BIL.
PERTEMUAN Bila perlu
Jawatankuasa Pelaksana MQS bertanggungjawab untuk:
1. Menyedia dan melaporkan status pelaksanaan MQS kepada Jawatankuasa Induk MQS
BPIN.
2. Menentukan belanjawan serta garis panduan pelaksanaan MQS.
3. Melantik penyelaras bagi Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Promosi dan fasilitator.
4. Menyediakan maklumat tentang pengendalian MQS berdasarkan elemen-elemen dan
komponen yang terkandung dalam Senarai Semak MQS.
5. Menyediakan dokumen-dokumen pembuktiaan pelaksanaan MQS di pusat untuk tujuan
audit dalam dan verifikasi audit luar oleh Pegawai MQS.
6. Mengawasi dan menulai kemajuan pelaksanaan MQS.
Jawatankuasa Audit MQS betanggungjawab untuk:
1. Melantik dan memantau juruaudit mengikut keperluan pengauditan yang telah ditetapkan.
2. Mengeluarkan surat lantikan bertugas juruaudit mengikut jadual.
3. Melatih dan menyalurkan maklumat terkini kepada juruaudit yang dilantik.
4. Memantau tindakan susulan hasil penemuan audit yang dibuat oleh juruaudit dalam.
5. Memastikan tindakan penambahbaikan dibuat untuk dikemukakakn kepada Jawatankuasa
Pelaksana MQS.
6. Menyediakan ringkasan audit/rumusan/Analisa/laporan penilaian audit dalam untuk
dilaporkan ke Jawatankuasa Pelaksana MQS.
Jawatankuasa MJII | 48
E. JAWATANKUASA KUALITI SKOP TUGAS
Jawatankuasa Latihan MQS bertanggungjawab untuk:
1. Menyediakan pelan latihan bagi memupuk kefahaman kepada semua warga kerja.
2. Merancang dan Mengenalpasti latihan yang diperlukan oleh warga kerja.
3. Membuat perancangan belanjawan bagi menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan.
4. Memastikan semua warga kerja diberi peluang mengikut latihan dan pengetahuan
mengenai MQS.
5. Menyelaras dan memastikan latihan pengukuhan sentiasa dilaksanakan daripada semasa
ke semasa.
Jawatankuasa promosi MQS bertanggungjawab untuk:
1. Merangka dan menyediakan pelan aktiviti promosi.
2. Mengurus dan melaksanakan program/aktiviti yang sesuai bagi meningkatkan kesedaran
dalam kalangan warga kerja.
3. Menyimpan dan menyelenggara rekod, surat-menyurat, dokumen, hebahan dan bahan
komunikasi.
4. Menyediakan laporan status pencapaian berkenaan Jaswatankuasa Promosi ke
Jwatnakuasa Pelaksana MQS.
Rujukan:
1. Manual MARA Eqosystem Quality Standard (MQS), Edisi 1, 2017, Bahagian Pengurusan
Risiko dan Inspektorat MARA.
KOD: E5 JAWATANKUASA STRIM (PENARAFAN BINTANG IPMa)
BIL. Bila perlu
PERTEMUAN
Jawatankuasa STRIM bertanggungjawab untuk:
1. Memastikan Pengurusan Pendidikan serta Pengurusan Aset dan Fasiliti di MJII mematuhi
garis panduan yang ditetapkan.
2. Memastikan aktiviti pengurusan yang dilaksanakan di MJII mengikut standard yang telah
ditetapkan terutamanya dari aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan.
3. Memastikan penambahbaikan tadbir urus di MJII berlaku secara berterusan.
4. Melaksanakan Penilaian Kendiri (PK) STRIM merangkumi aspek pendidikan serta
pengurusan aset dan fasiliti. Pengurusan pendididkan dinilai melalui Standard Pendidikan
MARA (SPMa). Manakala Pengurusan Aset dan Fasiliti melibatkan tujuh (7) instrumen
iaitu MARA Eco-Campus, Pengurusan Bengkel / Makmal, Studio / Makmal ICT,
Pengurusan Masjid / Surau, Pengurusan Dewan Selera / Kafe, Pengurusan Dewan Besar /
Theatrette dan Pengurusan Tandas.
Jawatankuasa MJII | 49
E. JAWATANKUASA KUALITI SKOP TUGAS
KOD: E6
KOD: E6 JAWATANKUASA ASEAN PASIFIC ACCREDITATION &
CERTIFICATION COMMISSION (APACC)
BIL. 1 kali setahun
PERTEMUAN
Jawatankuasa APACC bertanggungjawab untuk:
1. Merancang, menyelia dan memantau pelaksanaan aktiviti bagi memenuhi kriteria APACC.
2. Menjalankan kajian kendiri (Self-Study) bagi menilai pencapaian MJII terhadap kriteria
yang ditetapkan.
3. Menyediakan laporan kajian kendiri untuk dikemukakan kepada APACC melalui BKT.
4. Mengisi dan menguruskan Borang Permohonan Akreditasi Institusi APACC.
5. Merancang dan menguruskan lawatan pengauditan APACC termasuk lawatan tapak
pengauditan
6. Menyediakan laporan dwitahunan untuk penambahbaikan dan menyerahkannya kepada
Sekretariat APACC Malaysia bagi tujuan pemantauan
7. Menyediakan Biennial Report setiap tahun kepada pihak APACC Manila bagi tujuan
pembaruan persijilan tahunan.
8. Mendapat dan menyebarkan maklumat terkini yang diperolehi dari pihak BKT dan APACC
bagi tujuan pematuhan dan penambahbaikan.
Rujukan:
1. The Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC) Accreditation
Manual
KOD: E7 KOD: E6
JAWATANKUASA LEAN MANAGEMENT
BIL.
PERTEMUAN 1 kali setahun
Jawatankuasa Lean Management bertanggungjawab untuk:
1. Merancang dan merangka program / aktiviti Lean untuk tempoh satu tahun.
2. Menetapkan amalan dan proses yang menyokong peningkatan inovasi Lean di MJII.
3. Melaksana, menyelaras dan memantau aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh pasukan
Lean yang dilantik.
4. Menganjurkan latihan bagi memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pasukan
Lean
Jawatankuasa MJII | 50
E. JAWATANKUASA KUALITI SKOP TUGAS
5. Memastikan sekurang-kurangnya dua (2) projek inovasi Pengurusan Lean untuk persijilan
Lean.
6. Memastikan sekurang-kurangnya satu (1) projek inovasi Pengurusan Lean
dipertandingkan semasa Konvesyen.
7. Mempromosi dan berkongsi projek inovasi Lean yang dihasilkan kepada warga kerja.
KOD: E6
KOD: E8 JAWATANKUASA BESS
BIL. Bila perlu
PERTEMUAN
Jawatankuasa BESS bertanggungjawab untuk:
1. Membuat pemantauan dari semasa ke semasa ke atas pengusaha premis makanan di
MJII bagi:
a. mengekalkan premis yang bersih;
b. menyediakan makanan yang selamat;
c. menyediakan makanan yang sihat;dan
d. menyediakan makanan dalam saiz hidangan yang betul mengikut keperluan
individu.
2. Memastikan pengusaha premis makanan di MJII mendapatkan pengiktirafan BeSS.
Rujukan:
1. http://nutrition.moh.gov.my/bersih-selamat-dan-sihat-bess/
KOD: E9 JAWATANKUASA RESEARCH, INNOVATION,
BIL. COMMERCIALIZATION LEAD COMMITTEE (RICoL COM)
PERTEMUAN
2 kali setahun
Jawatankuasa RICoL bertanggungjawab untuk:
1. Menyelaras dan memantau aktiviti – aktiviti JK yang berkaitan dibawah RICOL.
2. Menentukan penggiliran dan konsep/TOR penganjuran Pertandingan Inovasi MJII.
3. Meluluskan projek dari pihak dalaman untuk tujuan pengkomersialan.
4. Meluluskan projek kerjasama dari pihak luar untuk diusulkan ke IBU atau JK Kajian
5. Memilih projek-projek inovasi dari staf MJII untuk diusulkan ke JK Inovasi
6. Menyelaras dana - dana penyelidikan dan salurkan kepada JK2 berkait
7. Membukukan dasar, SOP dan garis panduan yang berkait dengan jawatankuasa-
jawatankuasa dibawah RICOL sebagai rujukan.
8. Menentukan Dasar Pembahagiaan Keuntungan Projek
Jawatankuasa MJII | 51
E. JAWATANKUASA KUALITI SKOP TUGAS
KOD: E9-1 JAWATANKUASA KAJIAN
BIL. 1 kali setahun
PERTEMUAN
Jawatankuasa Kajian bertanggungjawab untuk:
1. Merancang dan mengenalpasti tajuk projek kajian yang boleh dilakukan pada setiap
tahun. Bilangan kajian adalah merujuk kepada KPI yang ditetapkan.
2. Mengenalpasti dan menyelaras kajian pensyarah atau pelajar berkategori kajian kes
untuk dipertingkatkan dan diperkasakan.
3. Membentuk dan melantik Special Project Group untuk melaksanakan kajian kes atau
tajuk kajian yang telah dikenalpasti.
4. Menggalak dan menyuburkan aktiviti penulisan berkaitan kajian dan penyelidikan di MJII.
5. Mengumpul, menyusun maklumat kajian untuk diterbitkan.
6. Mengangkat hasil kajian yang dipilih ke mana-mana konferens atau platform penerbitan
untuk diketengahkan.
7. Bertindak sebagai penyelaras/ketua projek kajian bagi mana-mana kerjasama dengan
pihak luar yang diadakan.
KOD: E9-2 JAWATANKUASA INOVASI
1 kali setahun
BIL.
PERTEMUAN
Jawatankuasa Inovasi bertanggungjawab untuk:
1. Merancang penglibatan pertandingan inovasi yang dianjurkan oleh pihak luar sama ada
dalam atau luar negara.
2. Membuat hebahan pertandingan inovasi kepada semua staf dan pelajar untuk
mendapatkan penyertaan.
3. Menerima cadangan daripada RICOL dan menguruskan penyertaan staf ke pertandingan
inovasi.
4. Menilai potensi produk/projek untuk pertandingan inovasi sama ada secara maya atau
fizikal.
5. Menyediakan kertas kerja bagi mendapatkan kelulusan penyertaan pertandingan dan
peruntukan kewangan.
6. Memberi garis panduan untuk kriteria video berdasarkan standard penganjuran bagi
pertandingan inovasi.
Jawatankuasa MJII | 52
E. JAWATANKUASA KUALITI SKOP TUGAS
7. Menganjurkan taklimat/kursus bagi memberi pendedahan dan pengetahuan dalam
memperkasakan lagi produk/projek inovasi yang bakal dipertandingkan.
8. Menguruskan produk/projek yang dikenal pasti untuk menyertai inovasi/pameran.
9. Menyediakan produk/projek terpilih untuk dikemukakan kepada JK IBU untuk tujuan
pengkomersialan atau dipamerkan di Galeri Narita.
Rujukan:
1. Dokumen Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015: BKT-CPLA-P03 Prosedur
Pertandingan Inovasi dan Kemahiran.
KOD: E9-3 JAWATANKUASA INDUSTRIAL BUSINESS UNIT (IBU)
1 kali setahun
BIL.
PERTEMUAN
Jawatankuasa Industrial Business Unit bertanggungjawab untuk:
1. Merancang, mengurus dan mengawalselia aktiviti teknousahawan dari semasa ke semasa.
2. Mengenalpasti dan menganjurkan kursus/latihan dalam bidang keusahawanan yang
diperlukan oleh staf dan pelajar.
3. Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program
keusahawanan.
4. Merancang, mengurus, menyelaras dan memantau hubungan korporat dengan pelbagai
pihak seperti institusi kewangan, agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan.
5. Menjadi pemudahcara dalam usaha pengkomersialan produk keusahawanan staf dan
pelajar.
Rujukan:
1. Dokumen Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015: BKT-CPLA-P02 Prosedur
Pengurusan Program Teknousahawan.
Jawatankuasa MJII | 53
SSKKOOPP
TTUUGGAASS
MARJAJA-JAAWPWAANATINTADAUNSNTRKIKAULUIANASSTISTAUATE
MARA-JAPAN IBNEDRUASNTARNIAGL INSTITUTE
BERANANG
FA. .JAWSJAPOAWETKNAAOGNTNAKUGNURAKAUNUSSAAASNA
F. JAWATANKUASA SOKONGAN SKOP TUGAS
KOD: F1 JAWATANKUASA PROGRAM KEMASYARAKATAN (CSR) /
TVETMARA- WE CARE
BIL.
PERTEMUAN 1 kali setahun
Jawatankuasa Program Kemasyarakatan (CSR)/TVET MARA-WE CARE bertanggungjawab
untuk:
1. Merancang dan mengawalselia aktiviti CSR MJII bagi tempoh satu tahun.
2. Menganjur dan menguruskan aktiviti/program CSR MJII yang melibatkan staf, pelajar dan
komuniti.
3. Mengenalpasti dan menjalinkan kerjasama dengan badan-badan NGO atau korporat bagi
melaksanakan aktiviti/program CSR atau mendapatkan tajaan.
4. Menyelaras aktiviti/program CSR yang dianjurkan oleh jabatan agar tiada pertindihan.
5. Memilih sekurang-kurangnya tiga (3) buah sekolah sebagai sekolah angkat untuk
Program TVET MARA- WE CARE.
6. Menjalankan usaha sama dengan guru kaunseling di sekolah-sekolah angkat dan
mengambil bahagian dalam proses merancang dan menyelaras aktiviti-aktiviti di sekolah-
sekolah tersebut.
7. Merancang dan melaksanakan sekurang-kurangnya tiga (3) aktiviti tahunan di setiap
sekolah angkat.
8. Melantik Guru Kaunseling di sekolah-sekolah angkat sebagai wakil untuk mempromosi
TVET MARA dan membantu pendaftaran pelajar-pelajar ke IPMa berkaitan.
9. Menghantar Laporan Suku Tahunan aktiviti ke Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT)
mengikut format yang ditetapkan.
10. Mengumpul maklumat pelajar-pelajar, ibu bapa dan guru-guru (PIBG) sebagai sumber
rujukan untuk kemasukan ke KKTM, MJII dan IKM.
Rujukan:
1. Surat Edaran Bahagian Kemahiran dan Teknikal Bil. 2/2019 (Program TVET MARA-We
Care)
Jawatankuasa MJII | 54
F. JAWATANKUASA SOKONGAN SKOP TUGAS
KOD: F2 JAWATANKUASA SURAU/PROGRAM KEAGAMAAN
BIL. 3 kali setahun
PERTEMUAN
Jawatankuasa Surau/Program Keagamaan bertanggungjawab untuk:
1. Merancang dan melaksana aktiviti mengimarahkan surau sama ada secara maya atau
fizikal
2. Merancang dan melaksanakan program-program kerohanian untuk warga MJII sepanjang
satu tahun
3. Memastikan dan mengurus kebersihan dan keceriaan surau pada setiap masa untuk
keselesaan jemaah yang menggunakan surau.
4. Menyemak dan mengurus stok surau agar sentiasa mencukupi untuk melaksanakan
sebarang aktiviti/program
5. Mengurus kewangan, kutipan dan perbelanjaan surau serta menghebahkan kepada
semua jemaah.
6. Menyelaras maklumat-maklumat dari pihak JAIS untuk disampaikan kepada warga MJII
dan komuniti.
KOD: F3 JAWATANKUASA MEDIA TVET MARA
1 kali setahun
BIL.
PERTEMUAN
Jawatankuasa Media TVET MARA bertanggungjawab untuk:
1. Mengendalikan hebahan makluman kepada masyarakat / khalayak melalui aktiviti dan
program yang dilaksanakan bertujuan menjadikan TVET sebagai pilihan utama.
2. Membuat penulisan berita berdasarkan bahan yang telah disemak dan diluluskan oleh
Pengarah serta mendapatkan bahan gambar yang berkaitan.
3. Merekabentuk bahan hebahan yang lengkap untuk dihebahkan ke platform yang
bersesuaian mengikut format yang telah ditetapkan (Brand Manual).
4. Membuat hebahan ke platform hebahan.
5. Menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan cetakan seperti buku program, poster,
buletin, risalah, surat siaran, dan lain-lain.
6. Membuat hebahan maklumat program dan aktiviti yang dijalankan mengikut jadual dan
tarikh yang telah ditetapkan.
Jawatankuasa MJII | 55
F. JAWATANKUASA SOKONGAN SKOP TUGAS
7. Menyediakan, memasang dan menyiapkan semua jenis peralatan siaraya dan ICT bagi
sesuatu program dan aktiviti.
8. Menjadi jurukamera (merakamkan foto dan video) sepanjang sesuatu program atau
aktiviti berlangsung.
9. Menyunting gambar dan video sebelum membuat hebahan.
10. Mentadbir dan menyelenggara pangkalan data.
11. Megemaskini instagram, facebook, twitter dan laman web MJII dari semasa ke semasa.
Rujukan:
1. Brand manual - http://www.tvetmara.edu.my/brandmanual/
2. Surat Edaran Bahagian Hal Ehwal Korporat Bil.10/2017 - Garis Panduan Paparan dan
Hebahan Maklumat Rasmi MARA melalui Portal dan Media Sosial
3. Surat Edaran Bahagian Hal Ehwal Korporat Bil.2/2019 - Paparan dan hebahan maklumat
rasmi melalui portal dan media sosial.
4. Dokumen Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015: BKT-CPSMM-P01 Prosedur
Hebahan Media
KOD: F4 JAWATANKUASA SUKAN DAN REKREASI
BIL. 1 kali setahun
PERTEMUAN
Jawatankuasa Sukan dan Rekreasi bertanggungjawab untuk:
1. Merancang program sukan secara keseluruhan sama ada melibatkan staf ataupun
pelajar.
2. Menyelia semua kegiatan sukan kolej, memberi nasihat dan bantuan yang diperlukan.
3. Menyelaras dan membantu penglibatan sukan yang disertai oleh pelajar yang dianjurkan
di dalam kolej atau di luar kolej.
4. Merancang keperluan peruntukan untuk menyokong pembangunan sukan serta
pelaksanaan program/aktiviti sukan.
5. Memastikan kemudahan dan peralatan sukan diselenggara dengan baik.
6. Menyediakan rekod penggunaan peralatan sukan.
7. Menyimpan serta menyelenggarakan stok sukan dengan sempurna dan kemaskini.
8. Menjadi perantara kepada syarikat-syarikat, badan-badan atau sekolah bagi
mendapatkan kemudahan atau tajaan bagi melancarkan program sukan yang dirancang
Jawatankuasa MJII | 56
F. JAWATANKUASA SOKONGAN SKOP TUGAS
KOD: F5 JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SISTEM APLIKASI DAN ICT
BIL. 1 kali setahun
PERTEMUAN
Jawatankuasa Pembangunan Sistem Aplikasi dan ICT bertanggungjawab untuk:
1. Membangunkan sistem aplikasi dan ICT berdasarkan spesifikasi keperluan sistem yang
ditetapkan oleh pemohon/pemilik proses.
2. Mengadakan sesi pengujian penerimaan sistem (user acceptance test), pengujian
integrasi (Integration Testing) dan pengujian unit (Unit Testing) bagi memastikan sistem
yang disediakan telah memenuhi semua keperluan yang telah dinyatakan.
3. Memberi latihan kepada pengguna dan pemilik proses sebelum sistem digunakan.
4. Menyelenggara secara berkala sistem aplikasi dan ICT.
KOD: F6 JAWATANKUASA TEKNOLOGI HIJAU
1 kali setahun
BIL.
PERTEMUAN
Jawatankuasa Teknologi Hijau bertanggungjawab untuk:
1. Menerajui pembangunan teknologi hijau di dalam kampus MJII.
2. Merancang dan mengenalpasti program atau aktiviti hijau MJII pada setiap tahun.
3. Mengenalpasti, menyelaras dan memantau aktiviti hijau yang dikendalikan oleh jabatan,
pensyarah atau pelajar.
4. Menganjurkan kempen/kursus kesedaran untuk menyuburkan lagi aktiviti hijau di MJII.
5. Menyediakan Laporan Aktiviti untuk dilaporkan kepada Pengurusan MJII.
KOD: F7 JAWATANKUASA MJII EMERGENCY RESPONSE TEAM (MERT)
BIL. 2 kali setahun
PERTEMUAN
Jawatankuasa MJII Emergency Response Team (MERT) bertanggungjawab untuk:
1. Sebarang kecemasan sama ada sebelum, semasa atau selepas kecemasan.
2. Mematuhi SOP yang telah ditetapkan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagaimana
yang diperuntukkan di dalam Garis Panduan Pelaksanaan MERT.
Jawatankuasa MJII | 57
F. JAWATANKUASA SOKONGAN SKOP TUGAS
Ketua MERT bertanggungjawab untuk:
1. Melaporkan sebarang isu berkaitan keselamatan kepada Jawatankuasa Induk MERT.
2. Mengetuai operasi/latihan berkaitan kecemasan.
3. Memantau aktiviti dan program yang dijalankan.
Setiausaha MERT bertanggungjawab untuk:
1. Menguruskan surat-menyurat berkaitan MERT.
2. Menyediakan kertas kerja bagi aktiviti.
3. Mengemaskini rekod anggota.
4. Menyediakan maklumat dan pelaporsa ke Ibu Pejabat.
5. Menyelaras Jawatankuasa MERT.
Pegawai Latihan MERT bertanggungjawab untuk:
1. Merancang dan melaksanakan latihan berkaitan aktiviti MERT dari semasa ke semasa
dengan kelulusan MERT Ibu Pejanat.
2. Melaksanakan aktiviti latihan pengungsian bangunan setiap tahun.
Pegawai Operasi MERT bertanggungjawab untuk:
1. Mengemaskini maklumat data peralatan MERT.
2. Memastikan peralatan MERT berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan untuk
kecemasan.
3. Menjalankan tugas Ketua MERT ketika kecemasan sekiranya Kerua MERT tiada pada
waktu tersebut.
Rujukan:
1. Surat Pekeliling Keselamatan MARA Bil. 1/2018: Penubuhan Pasukan Bertindak
Kecemasan MARA (MERT).
Jawatankuasa MJII | 58