The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Melangkah ke arah global : 2021 Tahun Alam Maya

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mediamjiib, 2022-07-27 00:23:26

Tinta Sakura: Buletin MJII 2021

Melangkah ke arah global : 2021 Tahun Alam Maya

EDISI JANUARI - DISEMBER 2021 eMAJALAH

Tinta Sakura

2021MELANGKAH KE ARAH GLOBAL

TAHUN ALAM MAYA



2021 ISI -----------------------------
KANDUNGAN
PENASIHAT:
Hjh. Zarinah binti Idrus 04 PENGAJURAN AKTIVITI
08 KHIDMAT MASYARAKAT
PENGURUS: 14 KOLABORASI
Norhamimi binti Hamdan 18 LAWATAN
21 KURSUS JANGKA PENDEK
KETUA EDITOR: 27 AKTIVITI SEPANJANG TAHUN
Haniza binti Sahar 35 PENCAPAIAN INOVASI
41 JASAMU DIKENANG
EDITOR:
Nurhidayah binti Baharom

WARTAWAN:
Norila Wati binti Ahmad Nawari
Ahmad Hassan bin Abu Azam
Khairulanuar bin Zainuddin
Siti Hajar binti Raman
Siti Zaleha binti Abdul Aziz
Rosnani binti Sharengat

FOTOGRAFI:
Shaifudin bin Jamalus
Muhammad Hafiz bin Rusli

DITERBITKAN OLEH:
Unit Media & ICT
MARA- Japan Industrial Institute,
Lot 2333, Jalan Kajang-Seremban,
43700 Beranang, Selangor.

2

GLOBAL

MJII telah menganjurkan program I2E bagi kali kedua dengan sedikit pengubahsuaian
yang mana program ini telah digabungkan dengan persidangan pendidik-pendidik
dalam bidang elektronik sama ada dari IPT dalam negara mahupun luar negara

khususnya negara-negara ASEAN. Dengan tema 'Way Forward of Electronics Industry in
Digital Era' program ini dihadiri lebih 750 peserta yang terdiri daripada pensyarah-

pensyarah universiti dan pelbagai Institusi TVET Community dari dalam dan luar negara.
Persidangan pendidik dalam bidang elektronik adalah julung-julung kali diadakan yang
mana ia telah meningkatkan kredibiliti dan imej (visibility) TVETMARA amnya dan MJII
khususnya apabila mendapat penyertaan daripada negara ASEAN dan EROPAH.
Program seumpama ini memberi peluang kepada pendidik TVETMARA membina
jaringan kerjasama dengan pakar industri dan institusi dari dalam dan luar negara yang
dilihat mampu memberi impak positif kepada program pengajian yang ditawarkan.

3

4

5

6

MIPE merupakan platform bagi mengenalpasti projek
tahun akhir pelajar yang berpotensi untuk
diketengahkan bagi pertandingan inovasi,
pengkomersialan, pameran di Galeri, serta untuk
dimanfaatkan oleh jawatankuasa yang berkenaan. Expo
ini telah diadakan pada 8 Disember 2021 yang
bertempat di Dewan Hyogo, MJII Beranang di mana
dianjurkan oleh JK Inovasi & MPP MJII dengan
kerjasama JK PTA & RICoL

Sebanyak 30 kumpulan projek telah terpilih sebagai finalis
MIPE’21. Pemilihan ini adalah berdasarkan saringan video
marketing dan pencalonan daripada Panel Seminar PTA
I20. Dua orang panel jemputan En. Muhammad Ridhwan
Bin Ahmad dari MBOT dan En. Hasrulnizam bin Hashim
dari KKTM PJ turut sama menjayakan penjurian MIPE’21.
Secara keseluruhan, kesemua finalis MIPE’21 telah
mempamerkan persembahan yang menarik dan
kompetitif.

7

Warga MJII sentiasa bersedia untuk melibatkan diri
dalam pelbagai aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam membantu
masyarakat sekitarnya.

8

21 DIS 2021 - Hujan berterusan selama dua hari di sekitar Lembah
Klang menyebabkan ramai yang tidak bersedia dan terperangkap
sama ada di kediaman mereka atau di dalam kenderaan di jalan-
jalan utama yang dinaiki air. Skuad MJII yang terdiri daripada
kakitangan MJII menghantar bantuan kepada mangsa banjir dalam
bentuk bahan makanan, pakaian serta kepakaran kakitangan MJII
dalam membaikpulih barangan elektrik yang telah ditenggelami
air. Skuad MJII juga bertungkus lumus membersihkan rumah
mangsa banjir di beberapa buah Kawasan Daerah Hulu Langat.
Selain itu, derma kilat juga dikutip untuk disalurkan kepada
mangsa-mangsa banjir.

9

Rewang Bubur Lambuk Ramadhan 2021 dianjurkan oleh MPP dan Rakan Musolla MJII Beranang.
Program ini dianjurkan bagi menyediakan sejumlah bubur lambuk untuk diberikan kepada pelajar MJII
serta sebahagain lain diberi kpd frontliner sekitar Beranang serta orang awam. Penganjuran program ini
dapat memupuk kerjasama dalam kalangan pelajar disamping melatih pelajar mengurus program yang
dirancang. Rewang ini melibatkan pelajar serta beberapa kakitangan MJII, pelaksanaannya mematuhi
SOP yang ditetapkan.

Agihan sumbangan
wang tunai kepada
27 org asnaf dalam
MJII melibatkan
pengawal
keselamatan &
pekerja kebersihan
MJII dalam usaha
membantu
meringankan beban
akibat penularan
pandemik ini.

Sesi penghantaran pulang pelajar- Bantuan barangan
pelajar MJII ke Zon Utara, Selatan dan makanan diagihkan
Pantai Timur sempena cuti Hari Raya oleh Unit Bimbingan
Aidil Fitri 2021 telah berjaya dan Kaunseling, MJII
dilaksanakan dengan penglibatan Felo kepada mereka yang
dan Pentadbiran dalam memastikan dikuarantin akibat
urusan berjalan lancar dan mematuhi Covid-19.
SOP yang ditetapkan. Terima kasih
kepada BKT dan MARA Liner. 10

Satu projek CSR telah dijalankan bagi memberi
sumbangan wang tunai, face mask, face shield
dan hand sanitiser kepada warga Pusat Jagaan
Mahmudah dalam usaha membantu mencegah
jangkitan Covid-19 dan membantu
meringankan beban kesan dari pandemik ini.
Sumbangan disampaikan oleh wakil-wakil
Jabatan Pengajian Am yang dilantik mengikut
SOP yang ditetapkan.

Program CSR ini dijalankan bertujuan
membantu meringankan beban dikala
pandemik Covid19. Hasil kutipan dari Staf MJII
dan sumbangan dari Surau Riyadus Solihin,
sebanyak 20 buah kotak bekalan makanan
telah disumbangkan kepada Pusat Jagaan Nur
Hasanah ( Rumah orang orang tua), Beranang
dan penduduk sekitar Beranang, Selangor.

Program CSR ini dilaksanakan sebagai simbolik
penyerahan 'Modul Latihan Kendiri Matematik
Tahun 1' dalam bentuk 'softcopy' untuk
kegunaan para pelajar di SK Kg. Rinching dan
SRAI Pekan Beranang. Simbolik penyerahan
yang telah dijalankan secara maya ini
melibatkan Ketua Jabatan Pengajian Am, Unit
Matematik serta tenaga pengajar dari kedua-
dua buah sekolah.

11

Jabatan Sistem Terbenam (DKE) telah
menyumbangkan hand sanitizer dan juga face
mask kepada tiga (3) buah taska sekitar MJII
iaitu PPKK Sri Bestari Ceria, Bandar Tasik
Kesuma, Taska Edora Eco Majestic dan Taska
Edora Rafflesia, Taman Pelangi Semenyih 2.

CSR ini lanjutan daripada program jalinan
kerjasama antara MJII dan Kolej Vokasional
Sepang di mana Mikrotik Akademi
menawarkan sesi perkongsian ilmu bertajuk
VOIP over VPN Tunnels using MikroTik ROuterOS
yang disampikan oleh En Dzulhizzam bin Dulaidi.
Program ini telah menarik minat para pelajar dan
staf akademik untuk memahami lebih mendalam
bukan sahaja berkenaan MikroTik malah
berkenaan ilmu-ilmu networking dan juga
memberi idea kepada para pelajar dalam
menyiapkan projek semester akhir.

Program CSR ini dijalankan bertujuan untuk mengedarkan face mask dan flyers AMALKAN 3W DAN

ELAKKAN 3C bagi memberi kesedaran berterusan kepada lapisan masyarakat setempat

sebagai norma baharu dalam kehidupan seharian bagi mengawal penularan COVID-19. Kempen

kesedaran dan edaran face mask ini melibatkan 3 buah Stesen Minyak, 4 buah Sekolah Tadika dan 2

buah Pusat Tahfiz sekitar Beranang dan Semenyih.

12

Serahan Alat Bantuan Mengajar (ABM) bagi subjek Reka Bentuk Teknologi (RBT)
telah diadakan di Foyer MJII. ABM ini berupa Smart Dustbin using Arduino Uno and Ultrasonic
Sensor dan Guest Counting System using Arduino Uno and Multipurpose Module. ABM ini
diharapkan dapat membantu SMKBTK dalam sesi PdP mereka untuk topik Elektronik.
Wakil SMKBTK, Puan Noryzana (Guru Panitia RBT) telah menerima ABM ini dari Puan Aznira
(Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik). ABM ini adalah hasil kerja pelajar MJII Saudari Tengku
Nur Farwizah, Saudari Nurul Aini Fatimatuzarah dan Saudari Nur Irdiena dengan penajaan bahan
oleh Saudara Shuib Anuar, alumni MJII.

13

14

Mesyuarat diadakan untuk membincangkan kolaborasi serta perancangan
antara pihak MVM dan Jawatankuasa CSR MJII bagi tahun 2021. Pihak MVM
berbesar hati untuk mengadakan aktiviti CSR seperti bimbingan kaunseling
atas talian kepada para pelajar MJII sepanjang PKP selain daripada penglibatan
pelajar MJII sebagai sukarelawan dalam program- program yang akan
dianjurkan bersama.

Mesyuarat ini merupakan lanjutan dari perbincangan sebelum ini bersama
pihak UTP yang diwakili oleh Ir Dr Nursyarizal bin M Nor, Dr Mohd Azman bin
Zakariya dan Dr Taib bin Ibrahim dan Jabatan DKR bagi Program
Kolaborasi mengenai penglibatan UTP di dalam Projek Semester Akhir
pelajar Jabatan DKR, di bawah seliaan Puan Suhana dan Encik Mohd Ismail
dan telah mendapat maklumbalas positif dari UTP. Selain daripada itu,
pelajar UTP juga ditawarkan kursus secara atas talian dalam MikroTik
Routerboard & RouterOS oleh MikroTik Akademi, MJII.

15

MJII bersama Jabatan Elektrikal dan Elektronik, Universiti Teknologi
Petronas (UTP) telah menganjurkan taklimat Etika Kejuruteraan dan
Peraturan Keselamatan kepada pelajar-pelajar yang bakal menjalani
Latihan Industri. Taklimat telah disampaikan oleh Associate Professor
Ir. Dr. Zuhairi Bin Hj. Baharudin. Pelajar didedahkan kepada tutur dan
etika sebagai jurutera / juruteknik profesional dan juga peraturan am
berkenaan keselamatan di tempat kerja. Pihak UTP juga memberikan
pengenalan berkenaan UTP dan peluang-peluang menyambung
pelajaran di peringkat sarjana muda serta hala tuju kerjaya pelajar
selepas bergraduat.

Click to add text

Mesyuarat ini dihadiri oleh 10 orang (5 orang wakil MJII Perbincangan mengenai kerjasama dalam
dan 5 orang wakil TM) bagi membincangkan peluang penyelidikan dan pembangunan dron
kolaborasi antara TM dan MJII untuk menubuhkan
Industrial Centre of Excellent (ICoE) bagi kursus Fibre Optic untuk pertanian pintar. Pelajar yang akan
di bawah Jabatan Data Transmission & Network (DKR). mengikuti latihan industri ditempatkan
Selain itu, dibincangkan juga Sijil Kompetensi CA1C &
CA2C yang boleh diambil oleh pelajar dan pensyarah DKR, dibawah syarikat MHW Harta Watan Sdn
iaitu sijil yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Bhd untuk membangunkan model dron
Multimedia Malaysia. Sijil Kompetensi ini akan tersebut. Permohonan geran di bawah
meningkatkan kebolehpasaran graduan MJII. MOSTI merupakan cadangan bagi
TM juga bersetuju untuk menyumbangkan kepakaran dan mendapatkan sumber kewangan
konsultansi dalam usaha penubuhan ICoE Fiber Optic. Satu projek selain mendapat dana
sesi pertemuan secara fizikal akan diadakan 24 Mei 2021 awal dari pihak syarikat.
bagi semakan silibus dan modul serta perbincangan intipati
MOU diantara MARA dan TM. 16

Satu sesi pembentangan oleh Puan Anizah bt Sued,
wakil Intellize Tech Services Sdn Bhd, telah
berlansung secara maya melalui Microsoft Teams
bagi memberikan keterangan lanjut berkenaan
program Academia Partnership di antara MJII dan
EC-Council (Intellize Tech Services Sdn Bhd). Program
ini akan membantu pelajar/graduan MJII bagi
mendapatkan persijilan tambahan seperti Certified
Ethical Hacker (CEH) dan pelbagai persijilan
berkaitan dengan Cybersecurity daripada EC-Council.
Selain itu, mesyuarat juga membincangkan potensi
kerjasama di antara kedua-dua pihak.

Satu sesi perbincangan bersama Top Glove
telah berlangsung secara maya melalui
Microsoft Teams bagi memberikan
keterangan lanjut berkenaan program
kerjasama penempatan pelajar/graduan
MJII di Top Glove sama ada sebagai pelatih
atau pekerja. Syarikat Top Glove akan
menawarkan sesi taklimat dan sesi lawatan
kepada pelajar/graduan dan juga
kemudahan lain semasa latihan
industri/alam pekerjaan.

17

18

Lawatan kerja dari UPE yang diketuai oleh
Encik Lukman Bin Ahmad, Pengarah
Pembangunan Modal Insan, Unit Perancang
Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri adalah
bagi tujuan pemantauan terhadap projek-
projek pembangunan di bawah seliaan Majlis
Amanah Rakyat (MARA). Lawatan ini juga
disertai oleh wakil KPLB, BKT, PMN dan YPM.

Sesi taklimat oleh Pengarah MJII kepada
deligasi diadakan untuk memberi maklumat
yang lebih jelas berkenaan program-program
yang ditawarkan serta halatuju MJII sebagai
Institusi Pendidikan yang menjalankan
program TVET.

Delegasi dibawa ke Galeri Narita untuk
melihat beberapa projek inovasi yang telah
dihasilkan serta taklimat tentang pencapaian
dan kejayaan MJII dalam pertandingan-
pertandingan yang telah disertai dalam inovasi
serta world skills. Seterusnya, delegasi dibawa
ke makmal-makmal seperti RTOS Lab, Labview
Academy, Scada Lab, Pneumatic Lab, Mikrotik
Academy, Robotic Lab dan Cleanrooom bagi
melihat dengan lebih jelas peralatan-peralatan
yang digunakan di MJII.

19

Lawatan ini merupakan lawatan audit bagi

menyemak proses dan kaedah pengendalian,

penyimpanan, dan pelupusan bahan kimia. Dua

orang pegawai dari Gloteq Resources Sdn Bhd

telah memberi maklumat bagi

penambahbaikan proses-proses tersebut untuk

rujukan pelajar, pensyarah dan staff MJII.

Lawatan Audit Panel Pemeriksa Luar telah dijalankan ke
atas lima Program Diploma Kejuruteraan Elektronik MJII.
Audit ini merupakan salah satu kriteria utama penilaian
Akreditasi ETAC, iaitu Laporan Panel Pemeriksa Luar (EE)
yang mesti disertakan bersama dokumen Self Assessment
Report (SAR) bagi setiap program yang memdfbuat permohonan Akreditasi Penuh ETAC. Lawatan Audit
ini merangkumi tujuh (7) kriteria penilaian berpandukan Engineering Technician Education
Programme Accreditation Standard 2020. Panel EE turut mengadakan semakan dokumen kurikulum,
temubual bersama staf akademik dan sokongan, serta lawatan fasiliti (makmal, perpustakaan, Unit
Penilaian dan Pensijilan serta pejabat Hal Ehwal Pelajar).

20

21

22

Webinar ini dimulakan dengan slot Prof. Madya
Dr. Mohd Nizam Bin Sahad dari Universiti Sains
Malaysia (USM). Melalui slot beliau, peserta
didedahkan dengan teknik penulisan yang baik
untuk menghasilkan sebuah buku dan beliau
juga membantu peserta dengan memberikan
motivasi untuk memulakan penulisan, selain
merekabentuk sesuatu Alat Bantu Mengajar
(ABM) dan Kit Pembelajaran yang mempunyai
potensi untuk dipasarkan. Slot yang kedua
adalah dari Encik Farid Bin Onn dari Telaga Biru
Sdn. Bhd. Beliau telah memberikan
penerangan berkenaan syarikat penerbitan dan
proses-proses yang terlibat sebelum sesebuah
buku dapat dihasilkan untuk tujuan pasaran.

Kursus ini memberi

pendedahan dan

kemahiran penggunaan

Raspberry Pi di dalam

aplikasi projek berasaskan

'Internet of Things'. Kursus

ini juga memerlukan

pensyarah menduduki

ujian kompetensi.

Alhamdulillah, kesemua

pensyarah lulus ujian

kompetensi.

23

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi
pengetahuan dan pendedahan kepada semua
pensyarah berkaitan kemahiran - kemahiran asas di
dalam kaunseling di mana penceramah bengkel ini
adalah Encik Johari bin Salim, Pegawai Kaunseling dari
Bahagian Sumber Manusia, Ibu Pejabat MARA.
Kemahiran asas ini merangkumi teknik-teknik
kaunseling yang praktikal dan sesuai digunakan dalam
urusan kerja seharian. Bengkel ini memberi peluang
kepada Ketua-Ketua Jabatan dan Penasihat Akademik
mempelajari ilmu baru dalam kemahiran asas
kaunseling seperti dorongan minima, kemahiran
melayan, kemahiran mendengar dan kemahiran yang
lain. Kaedah yang dipelajari juga membolehkan
Penasihat Akademik mengendalikan pelajar dengan
lebih baik terutama yang memerlukan sokongan dan
bimbingan dari segi akademik dan juga sahsiah.

Click to add text

Taklimat pengungsian bangunan

telah disampaikan oleh Pegawai

Bomba Kanan II dari Balai Bomba

& Penyelamat Semenyih, iaitu

Encik Suhaimi bin Abdullah.

Taklimat ini juga penting kepada

wargakerja MJII sebagai

persediaan untuk mengadakan

latihan kebakaran dan

pengungsian bangunan yang

dijangka akan diadakan pada

Bulan November 2021.

Program ini bertujuan memberi 24
pendedahan & kefahaman kepada warga
kerja MJII (akademik & pentadbiran) isu
berkaitan rasuah & salah guna kuasa yang
disampaikan En. Mohd Azmir Aziz, Ketua
Unit Integriti, MARA. Pada masa yang sama
bertujuan mengukuhkan integriti angggota
MARA dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab sebagai penjawat awam.

Fasa 1: 5 Julai 2021
Fasa 1: 13 Julai 2021
Fasa 1: 26 Julai 2021
Fasa 1: 24 Ogos 2021

Kursus ini diadakan untuk memberi
kesedaran dan meningkatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran staf MJII
dalam aspek penulisan berkualiti serta
kaedah menerbitkan kertas kajian
ilmiah berdasarkan projek-projek tahun
akhir pelajar yang mempunyai nilai dan
memberi impak yang tinggi.

Kursus ini adalah untuk mempertingkatkan tahap kompetensi
pensyarah-pensyarah di jabatan Robotik. Ianya juga melayakkan
pensyarah-pensyarah ini memperolehi sijil kelayakan sebagai trainer
KUKA Robot Programmer. Lanjutan daripada kursus ini, sebuah
akademi KUKA Robot Programing akan dibuka di MJII dan pelajar-
pelajar juga akan memperolehi persijilan kompetensi pengendalian
Robot KUKA.

Kursus ini adalah untuk

Inhouse training ini mempertingkatkan tahap

diadakan untuk mengasah kompetensi pensyarah-pensyarah

semula (Reskilling) & di Jabatan Robotik. Ianya juga

mempertingkatkan tahap memberi peluang kepada

kompetensi 6 orang pensyarah-pensyarah Mekanikal

pensyarah di Jabatan mempelajari Programmable Logic

Electronic Measurement & Controller (PLC) sebagai asas

Control (DKC) dalam Mekatronik serta pendedahan

kemahiran Kalibrasi secara teori asas-asas pembikinan

dan lain-lain mengikut kaedah/proseduIrnKstarluibmraesni yaknawg adliapnrakptrisoksaens AGV.

di industri. seperti RTD , DP transmitter 25

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi perkongsian
ilmu kepada pelajar berkaitan laluan-laluan kerjaya selepas SPM.
Selain itu, taklimat promosi MJII juga diberikan untuk memberi
pendedahan kepada pelajar peluang-peluang pengajian di bawah
program TVET MARA dan institusi yang ada di bawah IPMA
khususnya MJII.

Taklimat MJII telah diberikan kepada pelajar-pelajar
Tingkatan 5 lebih kurang 133 orang MRSM Tun Dr. Ismail
secara atas talian menggunakan aplikasi Microsoft Teams.
Taklimat ini disampaikan oleh kaunselor MJII iaitu Puan
Norriah Hani binti Jamaluddin yang berkaitan dengan
pusat-pusat di bawah TVET MARA umumnya dan tentang
MJII khususnya.

Program ini merupakan julung kali dilaksanakan yang membabitkan penglibatan kaunselor MRSM
seramai 106 orang di seluruh Malaysia. Program ini dirangka khusus bertujuan untuk memberi
pendedahan menyeluruh berkaitan program-program yang ditawarkan di MJII Beranang selaras
dengan keperluan industri 4.0 yang telah disampaikan oleh Puan Hajah Zarinah bt Idrus, Pengarah
MJII Beranang. Selain itu, taklimat ini juga diberikan untuk memberi pendedahan kepada kaunselor
MRSM prospek kerjaya graduan MJII dan laluan-laluan pengajian selepasnya di bawah IPMA MARA,
IPTA serta program pengajian ke luar negara khususnya.Slot perkongsian bersama alumni MJII iaitu
saudara Muhammad Yusri Baharuddin dan saudari Liyana Khairunnisa bt Ramlan juga diadakan.

26

27

MIPE merupakan platform bagi
mengenalpasti projek tahun akhir pelajar
yang berpotensi untuk diketengahkan bagi
pertandingan inovasi, pengkomersialan,
pameran di Galeri, serta untuk
dimanfaatkan oleh jawatankuasa yang
berkenaan.
Sebanyak 30 kumpulan projek telah
terpilih sebagai finalis MIPE’21. Pemilihan
ini adalah berdasarkan saringan video
marketing dan pencalonan daripada Panel
Seminar PTA I20.
Dua orang panel jemputan En.
Muhammad Ridhwan Bin Ahmad dari
MBOT dan En. Hasrulnizam bin Hashim
dari KKTM PJ turut sama menjayakan
penjurian MIPE’21. Secara keseluruhan,
kesemua finalis MIPE’21 telah
mempamerkan persembahan yang
menarik dan kompetitif.

28

Program ini dilaksanakan bagi memenuhi
keperluan Simulasi untuk Start-up Enterprise
selain memberi pendedahan kepada pelajar
untuk merasai dunia perniagaan yang
sebenar. Sebanyak 40 perniagaan telah
terlibat dalam program ini dan jualan
dilakukan 100% dengan menggunakan
platform Facebook & Instagram. Jualan
terkumpul MJII Flash Sale 3.0 adalah
sebanyak RM 15,430.00.

Seramai 125 pelajar hadir pada Ceramah ini diadakan bertujuan Ceramah ini bertujuan
sesi pendaftaran ke asrama ini. untuk memperingati peristiwa &
Pelajar perlu mematuhi SOP yang sejarah Isra' & Mikraj. Selain itu, untuk memberi semangat
telah ditetapkan seperti memakai ianya dapat memberi kesedaran
face mask, mengambil suhu badan, dan pendedahan berkaitan isu- agar melipat gandakan
scan MySejahtera dan sanitise diri isu terkini yang dapat dikaitkan
bersama barang-barang peribadi dengan peristiwa Isra' & Mikraj. amal ibadat sepanjang
sebelum masuk ke bilik masing-
masing. Ramadhan Selain itu,

dapat memberi

pendedahan isu-isu

berkaitan ibadat puasa.

29

Rewang Bubur Lambuk Ramadhan 2021 dianjurkan Program ini dilihat sebagai satu usaha murni
oleh MPP dan Rakan Musolla MJII Beranang. untuk memberi pendedahan integriti yang dapat
Program ini dianjurkan bagi menyediakan sejumlah membentuk jati diri pelajar yang jitu dan bersih.
bubur lambuk untuk diberikan kepada pelajar MJII Penerapan nilai-nilai integriti kepada pelajar
serta sebahagain lain diberi kpd frontliner sekitar bukan sahaja memfokuskan kepada
Beranang serta orang awam. Penganjuran program pembentukan peribadi secara total, bahkan ia
ini dapat memupuk kerjasama dalam kalangan juga bertujuan mendidik pelajar pentingnya nilai
pelajar disamping melatih pelajar mengurus program amanah dan tanggungjawab yang perlu
yang dirancang. Rewang ini melibatkan pelajar serta dilaksanakan dalam apa jua tindakan yang
beberapa kakitangan MJII, pelaksanaannya dilakukan.
mematuhi SOP yang ditetapkan.

Program ini yang disampaikan oleh Prof Madya

Dr Aminurrrasyid Yatiban, Pengarah Institute

Sesi penghantaran pulang pelajar-pelajar MJII ke Zon Kecemerlangan Baitulmaqdis, UUM bertujuan
Utara, Selatan dan Pantai Timur sempena cuti Hari
Raya Aidil Fitri 2021 telah berjaya dilaksanakan memberi pendedahan & kefahaman kepada
dengan penglibatan Felo dan Pentadbiran dalam
memastikan urusan berjalan lancar dan mematuhi warga kerja MJII (akademik & pentadbiran serta
SOP yang ditetapkan. Terima kasih kepada BKT dan
MARA Liner. pelajar) falsafah ibadah korban & Konsep

Pengorbanan dalam Islam. Pada masa yang

sama bertujuan mengukuhkan iman & takwa

serta sanggup berkorban para pelajar, aggota

mara dalam melaksanakan tugas dan

tanggungjawab masing-masing.

30

Program ini dilihat sebagai satu
usaha murni untuk memberi
pendedahan integriti yang dapat
membentuk jati diri pelajar yang jitu
dan bersih. Penerapan nilai-nilai
integriti kepada pelajar bukan sahaja
memfokuskan kepada pembentukan
peribadi secara total, bahkan ia juga
bertujuan mendidik pelajar
pentingnya nilai amanah dan
tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan dalam apa jua tindakan
yang dilakukan.

MJII Career Day 2021 telah

dianjur bersempena dengan

Sesi Pembentangan Latihan

Industri sesi Mac-Jun 2021

(Semester April – Ogos 2021).

Program ini disertai oleh

Universiti Kuala Lumpur (UniKL),

Universiti Teknikal Malaysia

Melaka (UTeM) , Malaysia-

Japan International Institute of

Technology (MJIIT) bagi

memberikan taklimat

berkenaan peluang-peluang

menyambung pelajaran di

Hari Sukan Negara telah diperkenalkan pada tahun 2015 dan peringkat sarjana muda
disambut pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober yang
dilaksanakan secara serentak di seluruh negara. Pada tahun ini, Telecommunication Engineering
sambutan Hari Sukan Negara (HSN2021) peringkat MJII telah
diadakan secara atas talian dan telah dilancarkan oleh Timbalan College (TEC) dan Negeri
Pengarah Khidmat Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar MJII Beranang,
Pn Haniza Binti Sahar. Program yang diberi nama “LET’S WORKOUT Sembilan Skills Development
TOGETHER HSN 2021” telah diisi dengan pengisian acara
senamrobik antaranya seperti senaman taiso, tabata dan juga Center (NSSDC) turut hadir bagi
zumba.
memberikan penerangan

berkenaan Program Industrial

Bootcamp dan Program

Industrial Skills Enhancement

Program (INSEP).

31

Kempen khidmat masyarakat ini bertujuan untuk
memberi kesedaran kepada pelajar MJII mengenai
kepentingan derma darah dan secara tidak langsung
memupuk sifat kesukarelawan dalam diri pelajar.
Kerjasama yang lebih erat telah terjalin antara pihak PDN
dan MJII terutamanya dalam mendedahkan pelajar
tentang tatacara menderma darah. Pelajar MJII juga
telah membantu mempromosikan kempen derma darah
kepada pengunjung di pusat membeli belah tersebut.

Siri Jelajah Promosi MJII Beranang ini dirangka khusus
yang melibatkan pertemuan bersemuka bersama pihak
pengurusan tertinggi sekolah-sekolah yang terlibat di
sekitar daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Antara
sekolah-sekolah yang terpilih dalam program jelajah
promosi untuk siri yang pertama ini antaranya ialah SM
Sains Tunku Jaafar, SMK Za’ba, SMK Tunku Kurshiah,
SMK Batu Kikir, SMK Senaling, SMK Tuanku Muhammad
dan SMK Saujana Impian. Pertemuan bersemuka
diadakan bertujuan untuk memberi penerangan dan
pendedahan kepada pengetua, timbalan pengetua serta
kaunselor sekolah yang terlibat berkaitan program
pengajian yang disediakan di IPMA khususnya MJII iaitu
program Kejuruteraan Elektronik dan laluan-laluan
pengajian selepas program diploma khususnya peluang
pengajian ke luar negara.

Program derma darah diadakan untuk memenuhi Di samping mempromosikan program pengambilan
kekurangan bekalan darah di Pusat Darah Negara. Pihak pelajar untuk kemasukan ke MJII sesi Januari 2022,
MJII berbesar hati mengadakan aktiviti ini bagi perbincangan juga berkisar pada program dan kolaborasi
menambah bekalan darah negara. Seramai 107 orang pada masa akan datang. Diharapkan dengan program siri
Staff dan pelajar MJII secara sukarela telah menderma jelajah ini dapat membantu peningkatan pelajar untuk
darah dan hanya 72 orang melepasi peringkat saringan kemasukan ke MJII sesi Januari 2022 di samping
diterima sebagai penderma. Setiap penderma juga mewujudkan rangkaian jalinan kerjasama yang erat dan
menerima sijil penghargaan dari pihak pusat darah kukuh dalam meningkatkan lagi kualiti serta
negara atas sumbangan penderma. Diharapkan aktiviti mengetengahkan MJII ke segenap ruang lapisan
ini dapat menanam sifat budaya "Keluarga Malaysia" masyarakat.
dikalangan keluarga MJII hendaknya.

32

Ceramah yang dibawa oleh Imam Muda
Asyraf secara atas talian mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada
staf dan pelajar. Antara petikan ceramah
beliau ialah, “Sungguh, telah ada pada
(diri) Rasulullah itu suri teladan yang
baik bagimu (iaitu) bagi orang yang
mengharap (Rahmat) Keredhaan Allah
dan balasan baik hari Kiamat dan yang
banyak menyebut serta mengingati
Allah.

Program ini bertujuan untuk membantu

warga MARA dalam menyeimbangkan

Program ini dilaksanakan sebagai salah satu antara kerjaya dan rumahtangga untuk
pengisian sempena Sambutan Hari Kemerdekaan
dan Hari Malaysia 2021 peringkat MJII. menjalani kehidupan yang harmoni
Alhamdulillah ceramah dengan tajuk
‘Kemerdekaan Hati’ yang dibawa oleh Ustaz dan produktif di samping menjaga
Pahrol Mohamad Juoi pada 3 September 2021
telah mendapat sambutan yang baik daripada kesejahteraan emosi dalm
kalangan pelajar dan staf MJII. Program ini juga
disiarkan secara langsung di facebook MJII, mengharungi hidup pada masa kini
KKTM dan IKM. Semoga ceramah berkaitan hati
ini dapat memberi manfaat kepada semua. terutama dalam situasi pandemik

Covid-19.Peserta didedahkan dengan

kepentingan komunikasi sama ada di

tempat kerja atau di rumah serta
mengetahui ‘5 love language’ masing-

masing dalam memahami diri sendiri

dan orang lain di sekitar mereka. 33

Program ini dilaksanakan bagi mengumpulkan alumni
MJII bagi mengeratkan silaturahim di samping
menyampaikan informasi-informasi yang boleh
membantu alumni MJII dari pelbagai aspek seperti
peluang keusahawanan,kerjaya dan pendidikan.Seramai
111 orang alumni telah menghadiri program ini dan turut
disertai oleh sensei dan staff MJII.Antara agenda yang
telah berlangsung adalah Taklimat Peluang
Keusahawanan yang telah disampaikan oleh En.Aliff
Amirul,Pegawai MARA Daerah Hulu Langat,Taklimat
peluang kerjaya dan Pendidikan yang disampaikan oleh
En.Najwan selaku Pegawai Perhubungan Industri MJII.
Selain itu turut diadakan sesi pengundian secara langsung bagi melantik AJK Persatuan
Alumni MJII yang baharu.Program juga diselang seli dengan sesi cabutan bertuah dan
seramai 10 orang terpilih memenangi cenderahati daripada MJII.Slot Perkongsian Alumni
mengakhiri program ini di mana seramai 3 orang alumni telah sudi berkongsi pengalaman
mereka selepas menamatkan pengajian di MJII sehingga berjaya seperti sekarang.

Program ini bertujuan untuk memberi
kefahaman kepada bakal-bakal pelajar akan
program-program yang ditawarkan di MJII
bagi membantu bakal-bakal pelajar untuk
memilih program-program yang tepat dan
bersesuaian dengan minat mereka.

Slot 'FB Live' ini merupakan perkongsian istimewa Pengarah MJII, Puan Hajah Zarinah bt

Idrus dalam berkongsi kisah asal usul penubuhan MJII dan usaha-usaha yang telah

dilaksanakan dalam mengimplimentasikan budaya Jepun dalam persekitaran dan suasana

kerja di MJII Beranang. Usaha ini juga telah mengetengahkan keterbezaan MJII sebagai

salah satu institut Pendidikan MARA yang cemerlang melalui pelbagai program

pembangunan pelajar yang berterusan serta kepakaran staf dalam pelbagai lapangan

akademik merupakan nadi kecemerlangan sistem pendidikan di MJII. Selain itu, faedah dan

peluang belajar selepas menamatkan program diploma di MJII sama ada di dalam negara

mahupun luar negara turut dikongsikan.

34



Tahniah!!!
kepada pensyarah dan pelajar MARA-Japan Industrial Institute yang mewakili MARA dalam pertandingan
36

37

Congratulations
Academic Staffs and Students of
MARA-Japan Industrial Institute (MJII)
38

39

40

Selamat Bersara
Sejambak Kasih Sekalung Budi
Terukir Jasa Terkenang Budi

HAJAH ZAKINAH BINTI PAUZI

KETUA JABATAN
TRANSMISI DATA & RANGKAIAN

PUAN NORAZLINA BINTI MOHD YUSOFF

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
JABATAN PENGAJIAN AM

DR. SYAKIRAH BINTI MOHAMAD TAIB

PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL
JABATAN PENGUKURAN ELEKTRONIK & KAWALAN

41

JASAMU DIKENANG, BUDIMU DISANJUNG

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BAHARU

PUAN ROSNANI BINTI MOHD ROSDI

TIMBALAN PENGARAH (HEA)

TEMPAT TUGAS BAHARU :
KKTM LENGGONG

PUAN SITI NUR FAEZAH BINTI MAT ISA

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

TEMPAT TUGAS BAHARU :
KPM BERANANG

PUAN TANTI YUSNITA BINTI IBRAHIM

PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL

TEMPAT TUGAS BAHARU :
BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL

42

AL- FATIHAH

22 NOVEMBER 2021 BERSAMAAN 17 RABIULAKHIR 1443

ROSKHAIRUL HANAFI BIN SUBIRAN

Pegawai Latihan Vokasional
Jabatan Transmisi Data & Rangkaian

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan
dikalangan orang-orang yang beriman.

43



Tinta Saku2r02a1

@ MJIIBERANANG
MARA-Japan Industrial Institute,
Lot 2333, Jalan Kajang-Seremban,

43700 Beranang, Selangor.
03-87249344
03-87249275

mjii.kktm.edu.my


Click to View FlipBook Version