The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mediamjiib, 2021-07-25 01:25:56

Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII}

Buku Panduan Pelajar Cetakan Keempat

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

3.0 MAKLUMAT PROGRAM

MARA JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE

3.1 Matlamat Program (Programme Aims)
Matlamat program adalah menyediakan graduan yang mempunyai

pengetahuan dan kemahiran industri dalam Kejuruteraan Elektronik dengan
kecenderungan terhadap budaya kerja Jepun dan berinspirasi keusahawanan.

3.2 Objektif Pendidikan Program (Programme Educational Objective) (PEO)
PEO adalah penentuan objektif sesuatu program dalam menyediakan

graduan untuk menghadapi dunia kerjaya dan kehidupan profesional mereka supaya
berada pada landasan yang tepat dalam memenuhi objektif organisasi dan kehendak
pemegang taruh (stakeholder) berkaitan. PEO sesuatu program perlu dinilai selepas
tiga (3) hingga lima (5) tahun setelah pelajar bergraduat bagi memastikan halatuju
program berada pada landasan yang tepat.

Oleh itu, bagi mendapatkan maklumat dan data untuk menilai tahap
pencapaian PEO, kaji selidik perlu dibuat kepada semua alumni program diploma MJII
selepas tiga (3) hingga lima (5) tahun setelah pelajar bergraduat.

Jadual 13 : Keterangan PEO

48 Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII}

3.3 Hasil Pembelajaran Program (Programme Learning Outcomes) (PLO)
PLO adalah merujuk kepada hasil pembelajaran bersasar yang perlu dicapai

oleh pelajar meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku sejurus pelajar
tamat mengikuti program pengajian di MJII ini.

Penilaian dan pentaksiran terhadap pencapaian PLO bagi program di MJII ini
perlu dilaksanakan secara berkala (setiap semester) bagi memastikan pelajar
mencapai hasil pembelajaran program seperti yang disasarkan. Pencapaian
keseluruhan PLO dinilai atau diukur sebaik sahaja pelajar bergraduat.

Jadual 14 : Keterangan PLO

3.4 Program Diploma Kejuruteraan Elektronik

Program Diploma Kejuruteraan Elektronik di MJII ini menyediakan pelajar
dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan elektronik yang
menjurus kepada bidang-bidang pengkhususan seperti:

Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII} 49

Pengukuran & Kawalan Elektronik

1. Mikroelektronik (Microelectronic)
2. Sistem Terbenam (Embedded System)
3. Robotik & Automasi (Robotic & Automation)
4. Transmisi Data & Rakaian (Data Transmission & Network)
5. Electronics Measurement & Control (Pengukuran & Kawalan Elektronik)
Di sepanjang tempoh pembelajaran secara amnya, para pelajar akan mengikuti kuliah,
melaksanakan tugasan, mengikuti lawatan ke industri, melaksanakan kerja-kerja
amali, menyiapkan projek tahun akhir dan menjalani latihan di industri.

50 Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII}

3.4.1 DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (MICROELEKTRONIK)
MQA/FA 1060

Keterangan program
Program ini berkaitan dengan reka bentuk dan membangunkan

mikrocip atau litar bersepadu (IC) di peringkat mikro di mana IC digunakan
secara meluas dalam komputer, peralatan telekomunikasi, produk audio-
video dan produk elektronik lain. Pelajar akan dilengkapi dengan
pengetahuan dan kemahiran dalam Reka Bentuk IC, Proses Fabrikasi IC,
Perhimpunan & Pembungkusan IC, Analisis Kegagalan IC.

Bidang kejuruteraan ini mempunyai permintaan yang tinggi terhadap
pereka litar dan ruang yang diperlukan di dalam bidang nanoteknologi dan
bidang yang berkaitan dengan pembuatan dan pemasangan komponen
elektronik, jualan, rekabentuk, pembangunan produk, pengujian dan
perkhidmatan.

Struktur Kurikulum

YEAR SEM NO CODE COURSE CLASSIFICATION CREDIT HOUR /
1 Discipline Core 3 WEEK
1 DFV10113 Electrical Circuits Discipline Core 2
Discipline Core 3 5
2 DFV10112 Electronics Workshop Common Core 2 4
Compulsory 3 5
3 DFV10113 Digital Electronics Fundamentals Compulsory 3
4 DUM10122 Engineering Mathematics 1 Compulsory 2 5
Compulsory
5 DUJ10013 Japanese Language 1 Compulsory 2 2
1
DUS10062 Penghayatan Akidah Discipline Core 18 2
6 Discipline Core 2 2
Discipline Core 1 28
DUN10062 Asas Pengajian Moral Common Core 2 2
Common Core 2 2
7 DUE10062 English For Communication 2 3
8 DUY10031 Co-Curriculum I Compulsory 3 4
Compulsory 3 4
1 18 5
9 DFV20113 Analogue Electronic 1 36 5
30
10 DFV21123 Electrical Technology 58

11 DFV20133 C Programming

12 DFV20143 Physics
2 13 DUM20132 Engineering Mathematics 2

14 DUJ21013 Japanese Language 2

15 DUY21041 Co-Curriculum 2

TOTAL

Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII} 51

YEAR SEM NO CODE COURSE CLASSIFICATION CREDIT HOUR /
3 Discipline Core WEEK
1 DFM30113 IC Design Discipline Core 3
2 DFV30123 Feedback Control System Discipline Core 3 5
3 DFV30143 Measurement and Instrumentation Discipline Core 3 5
4 DFV31153 Analogue Electronic 2 Discipline Core 3 5
5 DFV30162 Engineering Workshop Common Core 2 5
6 DUB40042 Start-Up Enterprise Common Core 2 4
7 DUM31162 Mathematics For Electrical Engineering 2 2
Discipline Core 18 3
2 DFM40113 IC Fabrication Process Discipline Core 3 29
8 Discipline Core 3 5
DFV40113 Programmable Logic Controller Discipline Core 3 5
Common Core 2 5
9 DFV40153 Microcontroller and Embeded System 2 3
Compulsory 2 2
10 DFV40162 Project Proposal Compulsory 2 2
4 17 2
35 24
11 DUB51052 Digital Enterprise 53

12 DUA20042 Pengajian Malaysia

13 DUE20052 English For Career Development

TOTAL

YEAR SEM NO CODE COURSE CLASSIFICATION CREDIT HOUR /
3 WEEK
5 1 DFM50113 IC Assembly and Packaging Process Discipline Core 3
3 2 DFM50123 IC Failure Analysis Discipline Core 4 5
3 DFV51144 Final Year Project Discipline Core 5
4 DUS30052 Syariah & Kehidupan 2 5
Isu Moral & Cabaran Penghayatan Nilai Compulsory
DUN30052 Murni Compulsory 12 2
10 17
5 DLT60050 Industrial Training 10
6 22 17

TOTAL

52 Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII}

3.4.2 DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (TRANSMISI DATA &
RANGKAIAN) MQA/FA 1059

Keterangan program
Program ini menawarkan kursus asas yang berkaitan dengan prinsip

komunikasi dalam sistem analog dan digital. Pelajar didedahkan dengan
pelbagai jenis rangkaian komunikasi serta pelbagai medium penghantaran
data. Prinsip dan asas sistem komunikasi bergerak (mobile
communication) juga diperkenalkan seiring dengan kemajuan teknologi
komunikasi bergerak seperti 1G, 2G (GSM) dan 3G (CDMA200) dan
perkhidmatan mudah alih generasi terkini (5G).

Para pelajar juga akan diperkenalkan dengan pengetahuan dan
kemahiran rangkaian asas dan termaju seperti Teknologi Internet,
Pengurusan Rangkaian, Routing, Bridging, Keselamatan Rangkaian LAN
Tanpa Wayar, Network Address Translation, Kualiti Perkhidmatan (QoS),
Hotspot, WebProxy dan Terowong (Tunnels).

Bidang kejuruteraan ini menawarkan peluang kerjaya yang sangat luas
dam industri telekomunikasi serta teknologi maklumat di samping menceburi
bidang keusahawanan.

Struktur Kurikulum

YEAR SEM NO CODE COURSE CLASSIFICATION CREDIT HOUR /
1 Discipline Core 3 WEEK
1 DFV10113 Electrical Circuits Discipline Core 2
2 DFV10112 Electronics Workshop Discipline Core 3 5
3 DFV10113 Digital Electronics Fundamentals Common Core 2 4
4 DUM10122 Engineering Mathematics 1 Compulsory 3 5
5 DUJ10013 Japanese Language 1 Compulsory 3
Compulsory 2 5
DUS10062 Penghayatan Akidah Compulsory
6 Compulsory 2 2
1
DUN10062 Asas Pengajian Moral Discipline Core 18 2
7 DUE10062 English For Communication Discipline Core 3 2
8 DUY10031 Co-Curriculum I Discipline Core 3 28
Common Core 3 5
1 Common Core 3 5
9 DFV20113 Analogue Electronic 1 2 5
Compulsory 3 5
10 DFV21123 Electrical Technology Compulsory 1 3
18 5
11 DFV20133 C Programming 36 2
30
12 DFV20143 Physics 58
2

13 DUM20132 Engineering Mathematics 2

14 DUJ21013 Japanese Language 2

15 DUY21041 Co-Curriculum 2

TOTAL 53

Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII}

YEAR SEM NO CODE COURSE CLASSIFICATION CREDIT HOUR /
3 Discipline Core WEEK
1 DFN30113 Data Communication and Network Discipline Core 3
2 DFV30133 Communcation Principles Discipline Core 3 5
3 DFV30143 Measurement and Instrumentation Discipline Core 3 5
4 DFV31153 Analogue Electronic 2 Discipline Core 3 5
5 DFV30162 Engineering Workshop Common Core 2 5
6 DUB40042 Start-Up Enterprise Common Core 2 4
7 DUM31162 Mathematics For Electrical Engineering 2 2
Discipline Core 18 3
2 8 DFN40112 Fibre Optic Communication Technology Discipline Core 2 29
9 DFN41123 Basic Networking Discipline Core 3 3
Discipline Core 3 5
10 DFV40153 Microcontroller and Embeded System Common Core 2 5
2 3
11 DFV40162 Project Proposal Compulsory 2 2
4 Compulsory 2 2
16 2
12 DUB51052 Digital Enterprise 34 22
51
13 DUA20042 Pengajian Malaysia

14 DUE20052 English For Career Development

TOTAL

YEAR SEM NO CODE COURSE CLASSIFICATION CREDIT HOUR /
3 WEEK
5 1 DFN51113 Advanced Networking Discipline Core 3
3 2 DFN50123 RF and Microwave Discipline Core 3 5
3 DFN50133 Mobile Communication Discipline Core 4 5
4 DFV51144 Final Year Project Discipline Core 5
5 DUS30052 Syariah & Kehidupan 2 5
Isu Moral & Cabaran Penghayatan Nilai Compulsory
DUN30052 Murni Compulsory 15 2
10
5 DLT60050 Industrial Training 10 22
6 25
22
TOTAL

54 Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII}

3.4.3 DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (ROBOTIK & AUTOMASI)
MQA/FA 1062

Keterangan program
Program ini akan melengkapkan pelajar dengan kompetensi dalam

bidang robotik dan automasi. Pelajar akan mempelajari teknik merancang,
menguji dan mengawasi sistem automasi yang menggunakan aplikasi
robot.

Pelajar juga akan dilengkapkan dengan kemampuan mengendalikan
dan menyelenggara dron. Bagi memberi pendedahan kepada Revolusi
Industri 4.0, pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan Artificial
Intelligent (AI), Cyber F​ actory, Automated Guided Vehicles dan lain-lain.

Bidang Kejuruteraan ini menawarkan peluang kerjaya yang sangat luas
terutamanya di sektor industri di samping peluang menceburi bidang
keusahawan.

Struktur Kurikulum

YEAR SEM NO CODE COURSE CLASSIFICATION CREDIT HOUR /
1 Discipline Core 3 WEEK
1 DFV10113 Electrical Circuits Discipline Core 2
2 DFV10112 Electronics Workshop Discipline Core 3 5
3 DFV10113 Digital Electronics Fundamentals Common Core 2 4
4 DUM10122 Engineering Mathematics 1 Compulsory 3 5
5 DUJ10013 Japanese Language 1 Compulsory 3
Compulsory 2 5
DUS10062 Penghayatan Akidah Compulsory
6 Compulsory 2 2
1
DUN10062 Asas Pengajian Moral Discipline Core 18 2
7 DUE10062 English For Communication Discipline Core 3 2
8 DUY10031 Co-Curriculum I Discipline Core 3 28
Common Core 3 2
1 Common Core 3 2
9 DFV20113 Analogue Electronic 1 2 3
Compulsory 3 4
10 DFV21123 Electrical Technology Compulsory 1 4
18 5
11 DFV20133 C Programming 36 5
30
12 DFV20143 Physics 58
2 13 DUM20132 Engineering Mathematics 2

14 DUJ21013 Japanese Language 2

15 DUY21041 Co-Curriculum 2

TOTAL

Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII} 55

YEAR SEM NO CODE COURSE CLASSIFICATION CREDIT HOUR /
3 Discipline Core WEEK
1 DFV30133 Communcation Principles Discipline Core 3
2 DFV30143 Measurement and Instrumentation Discipline Core 3 5
3 DFV31153 Analogue Electronic 2 Discipline Core 3 5
4 DFV30162 Engineering Workshop Common Core 2 5
5 DUB40042 Start-Up Enterprise Common Core 2 4
6 DUM31162 Mathematics For Electrical Engineering 2 2
Discipline Core 15 3
7 DFR40113 Robotics Discipline Core 3 24
2 8 DFV40143 Programmable Logic Control System Discipline Core 3 5
Discipline Core 3 5
9 DFV40153 Microcontroller and Embeded System Common Core 2 5
2 3
10 DFV40162 Project Proposal Compulsory 2 2
4 Compulsory 2 2
17 2
11 DUB51052 Digital Enterprise 32 24
48
12 DUA20042 Pengajian Malaysia

13 DUE20052 English For Career Development

TOTAL

YEAR SEM NO CODE COURSE CLASSIFICATION CREDIT HOUR /
3 WEEK
5 1 DFR51113 Industrial Automation Discipline Core 3
3 2 DFR50123 Pneumatic and Hydraulic Discipline Core 3 5
3 DFR50113 Cyber Factory System Discipline Core 4 5
4 DFV51144 Final Year Project Discipline Core 5
5 DUS30052 Syariah & Kehidupan 2 5
Isu Moral & Cabaran Penghayatan Nilai Compulsory
DUN30052 Murni Compulsory 15 2
10
5 DLT60050 Industrial Training 10 22
6 25
22
TOTAL

56 Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII}

3.4.4 DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (SISTEM TERBENAM)
MQA/FA 1061

Keterangan program

Program ini menekankan pada pembangunan aplikasi yang
merupakan gabungan antara perisian dan perkakasan yang dirancang
untuk melakukan fungsi tertentu berdasarkan keperluan pengguna seperti
microcontroller dan perkakasan pintar (smart devices) yang banyak
digunakan dalam telekomunikasi, perubatan, automotif, kilang kawalan dan
elektronik pengguna menggunakan Internet of Things (IOT).

Progam ini menawarkan modul pengkhususan seperti:
• Real Time Operating System
• Wireless Embedded Devices
• Object Oriented Programming
• Embedded System Communication

Struktur Kurikulum

YEAR SEM NO CODE COURSE CLASSIFICATION CREDIT HOUR /
1 Discipline Core 3 WEEK
1 DFV10113 Electrical Circuits Discipline Core 2
Discipline Core 3 5
2 DFV10112 Electronics Workshop Common Core 2 4
Compulsory 3 5
3 DFV10113 Digital Electronics Fundamentals Compulsory 3
4 DUM10122 Engineering Mathematics 1 Compulsory 2 5
Compulsory
5 DUJ10013 Japanese Language 1 Compulsory 2 2
1
DUS10062 Penghayatan Akidah Discipline Core 18 2
6 Discipline Core 3 2
Discipline Core 3 28
DUN10062 Asas Pengajian Moral Common Core 3 5
Common Core 3 5
7 DUE10062 English For Communication 2 5
Compulsory 3 5
8 DUY10031 Co-Curriculum I Compulsory 1 3
18 5
1 36 2
9 DFV20113 Analogue Electronic 1 30
58
10 DFV21123 Electrical Technology

11 DFV20133 C Programming

12 DFV20143 Physics
2 13 DUM20132 Engineering Mathematics 2

14 DUJ21013 Japanese Language 2

15 DUY21041 Co-Curriculum 2

TOTAL

Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII} 57

YEAR SEM NO CODE COURSE CLASSIFICATION CREDIT HOUR /
3 Discipline Core WEEK
1 DFE30112 Communcation Principles Discipline Core 3
2 DFV30143 Measurement and Instrumentation Discipline Core 3 5
3 DFV31153 Analogue Electronic 2 Discipline Core 3 5
4 DFV30162 Engineering Workshop Common Core 2 5
5 DUB40042 Start-Up Enterprise Common Core 2 4
6 DUM31162 Mathematics For Electrical Engineering 2 2
Discipline Core 15 3
7 DFE40113 Wireless Embeded Devices Discipline Core 3 24
2 8 DFV40143 Programmable Logic Control System Discipline Core 3 5
Discipline Core 3 5
9 DFV40153 Microcontroller and Embeded System Common Core 2 5
2 3
10 DFV40162 Project Proposal Compulsory 2 2
4 Compulsory 2 2
17 2
11 DUB51052 Digital Enterprise 32 24
48
12 DUA20042 Pengajian Malaysia

13 DUE20052 English For Career Development

TOTAL

YEAR SEM NO CODE COURSE CLASSIFICATION CREDIT HOUR /
3 WEEK
5 1 DFE50113 Real Time Operating System Discipline Core 3
3 2 DFE50123 Embeded System Communication Discipline Core 3 5
3 DFE50133 Object Oriented Programming Discipline Core 4 5
4 DFV51144 Final Year Project Discipline Core 5
5 DUS30052 Syariah & Kehidupan 2 5
Isu Moral & Cabaran Penghayatan Nilai Compulsory
DUN30052 Murni Compulsory 15 2
10
5 DLT60050 Industrial Training 10 22
6 25
22
TOTAL

58 Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII}

3.4.5 DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (PENGUKURAN
& KAWALAN ELEKTRONIK) MQA/FA 1063

Keterangan program
Program ini melengkapkan pelajar dengan pelbagai jenis

pengetahuan dalam proses dan pengukuran industri termasuk pengesan
(detector) dan penggerak (actuator) yang banyak digunakan dalam industri
pembuatan automasi termasuk utiliti, minyak dan gas dan lain-lain.

Pelajar juga akan memperoleh banyak pengetahuan dan kemahiran
teknikal dalam sistem kawalan, sensor dengan pemilihan peralatan,
pemasangan, penyelenggaraan, penentukuran dan pengendalian PLC,
DCS, SCADA dan Sistem Instrumen Maya (Virtual Instrumen System).

Struktur Kurikulum

YEAR SEM NO CODE COURSE CLASSIFICATION CREDIT HOUR /
Electrical Circuits Discipline Core 3 WEEK
1 DFV10113 Electronics Workshop Discipline Core 2
Digital Electronics Fundamentals Discipline Core 3 5
2 DFV10112 Engineering Mathematics 1 Common Core 2
Japanese Language 1 Compulsory 3 4
3 DFV10113 Penghayatan Akidah Compulsory
Asas Pengajian Moral Compulsory 5
4 DUM10122 English For Communication Compulsory
Co-Curriculum I Compulsory 3
5 DUJ10013
1 DUS10062 Discipline Core 5
Discipline Core
6 Discipline Core 22
DUN10062 Common Core
Common Core 22
7 DUE10062 12
Compulsory 18 28
8 DUY10031 Compulsory 35
35
1 35
9 DFV20113 Analogue Electronic 1 35
23
10 DFV21123 Electrical Technology 35
12
11 DFV20133 C Programming 18 30
36 58
12 DFV20143 Physics
2

13 DUM20132 Engineering Mathematics 2

14 DUJ21013 Japanese Language 2

15 DUY21041 Co-Curriculum 2

TOTAL

Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII} 59

YEAR SEM NO CODE COURSE CLASSIFICATION CREDIT HOUR /
3 Discipline Core WEEK
1 DFC30112 Virtual Instrument System Discipline Core 2
2 DFV30123 Feedback Control System Discipline Core 3 4
3 DFV30143 Measurement and Instrumentation Discipline Core 3 5
4 DFV31153 Analogue Electronic 2 Discipline Core 3 5
5 DFV30162 Engineering Workshop Common Core 2 5
6 DUB40042 Start-Up Enterprise Common Core 2 4
7 DUM31162 Mathematics For Electrical Engineering 2 2
Discipline Core 17 3
2 8 DFC40113 Data Acquisation System Discipline Core 3 28
9 DFV40143 Programmable Logic Control System Discipline Core 3 5
Discipline Core 3 5
10 DFV40153 Microcontroller and Embeded System Common Core 2 5
2 3
11 DFV40162 Project Proposal Compulsory 2 2
4 Compulsory 2 2
17 2
12 DUB51052 Digital Enterprise 32 24
48
13 DUA20042 Pengajian Malaysia

14 DUE20052 English For Career Development

TOTAL

YEAR SEM NO CODE COURSE CLASSIFICATION CREDIT HOUR /
3 WEEK
5 1 DFC51113 Industrial Control System Discipline Core 3
3 2 DFC51123 Process Control Discipline Core 3 5
3 DFC40133 Industrial Process and Instrumentation Discipline Core 4 5
4 DFV51144 Final Year Project Discipline Core 5
5 DUS30052 Syariah & Kehidupan 2 5
Isu Moral & Cabaran Penghayatan Nilai Compulsory
DUN30052 Murni Compulsory 15 2
10
5 DLT60050 Industrial Training 10 22
6 25
22
TOTAL

60 Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII}

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

4.0 E-PEMBELAJARAN

MARA JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE

4.1 Definisi e-pembelajaran

E-pembelajaran merupakan kaedah alternatif pengajaran dan pembelajaran
(PdP) yang berintegrasikan teknologi maklumat di dalam sistem pendidikan secara
dalam talian menggunakan platform yang bersesuaian dalam mencapai hasil dan
objektif bagi sesuatu kursus.

Pembelajaran teradun (blended learning) adalah amalan pengajaran dan
pembelajaran yang menggabungkan mod pengajaran bersemuka secara tradisional
dan mod teknologi secara dalam talian.

4.2 Perlaksanaan e-pembelajaran dalam PdP

Perlaksanaan e-pembelajaran boleh dibuat secara menyeluruh melibatkan
pihak pengurusan, pensyarah dan pelajar. Buat masa ini kaedah e-pembelajaran
secara dalam talian hanya melibatkan pelajar dan pensyarah di mana pihak
pengurusan akan memantau jika perlu.

Pertemuan PdP mestilah dilaksanakan secara interaksi langsung (live) atau
rakaman yang melibatkan komunikasi dua hala menggunakan platform secara atas
talian seperti Microsoft Teams, Google Meet, Skype, Whatspps dan sebagainya.

Aktiviti PdP yang dilaksanakan mestilah mengikut sepertimana Kalendar
Akademik MJII dan perlulah mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan secara teori
mahupun amali.

Kursus yang boleh dilaksankan secara e-pembelajaran adalah;
i. Kursus berbentuk teori
ii. Kursus berbentuk amali (yang bersesuaian)

Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII} 61

4.3 Pelaksanaan e-pentaksiran

Penilaian berterusan terhadap pelajar dibenarkkan secara dalam talian seperti
kuiz, tugasan, laporan, projek, kajian kes, ujian teori, simulasi, pembentangan, amali
(yang bersesuaian) dan lain-lain berdasarkan dokumen kurikulum.

Pelaksanaan boleh dibuat menggunakan platform dalam talian seperti
Microsoft Teams, Google Meet, Zoom, Email, Whatsapp, Telegram dan sebagainya
yang bersesuaian.

4.3.1. Ujian Teori
➢ Tempoh masa pelaksanaan ujian teori dalam talian adalah seperti

dalam dokumen huraian pentaksiran program.
➢ Ianya perlu dikawalselia oleh pengawas peperiksaan.
➢ Pelaksnaan ujian teori hendaklah dilakukan pada waktu yang sama

bagi setiap pelajar yang menduduki penilaian kursus yang sama.

4.3.2. Kuiz

➢ Tempoh pelaksanaan antara 10 hingga 15 minit sahaja.
➢ Markah pelajar dan analisa markah boleh diperoleh secara langsung

sejurus pelajar selesai menjawab dengan meggunakan platform
seperti, Microsoft Form, kahoot, Quizizz dan sebagainya.

4.3.3. Tugasan
➢ Setiap tugasan boleh dilaksanakan secara dalam talian mengikut jenis

dan tempoh pelaksanaan tugasan yang diberi mengikut dokumen
huraian pentaksiran.
➢ Pelajar boleh menghantar tugasan secara dalam talian menggunakan
platform seperti Microsoft Teams, Email, Google Meet, Socrative dan

Sebagainya.

62 Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII}

4.4 Platform e-pembelajaran

4.4.1 Pelbagai platform secara dalam talian yang boleh digunakan oleh pensyarah
dan pelajar semasa sesi PdP, antaranya:
i. Microsoft Teams
ii. Microsoft Form
iii. Kahoot
iv. Quizziz
v. Google Meet
vi. Skype

4.4.2 Kehadiran pelajar sepanjang e-pembelajaran akan direkod sebagai bukti
setiap pertemuan.

4.4.3 Pelajar wajib hadir disetiap pertemuan sepanjang sesi e-pembelajaran
secara dalam talian.

4.4.4 Pelajar juga wajib menghantar segala tugasan, kuiz dan ujian yang telah
dibuat secara dalam talian dalam masa yang ditetapkan.

4.4.5 Setiap pelajar akan diberikan emel untuk mengakses Microsoft Teams
secara dalam talian.

Contoh platform yang boleh digunakan:
i. Microsoft Form: Borang kaji selidik

Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII} 63

ii. Microsoft Form: Kuiz
iii. Kahoot
iv. Microsoft Teams

64 Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII}

v. Google Meet
vi. Quizziz

Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII} 65

5.0 PERATURAN DAN TATATERTIB

MARA JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE

5.1 Peraturan Tatatertib Pelajar
5.1.1 Pemakaian

5.1.1.1 Peraturan Tatatertib ini hendaklah terpakai kepada semua Pelajar
5.1.1.2 disepanjang tempoh pengajian. Tindakan tatatertib boleh diambil
terhadap mana-mana pelajar yang melanggar mana-mana
peraturan dalam Peraturan Tatatertib.
Dalam keadaan di mana kelakuan dan tatatertib Pelajar adalah
juga dikawal oleh undang-undang bertulis yang lain, maka
peruntukan dalam Peraturan Tatatertib hendaklah dipakai dengan
tertakluk kepada mana-mana peruntukan undang-undang bertulis
yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

5.2 Tatakelakuan

Tindakan tatatertib boleh diambil di bawah Peraturan Tatatertib terhadap mana-mana
Pelajar yang melanggar mana-mana satu daripada peruntukan-peruntukan
tatakelakuan ini:

5.2.1 Berkelakuan dengan apa cara yang boleh menyebabkan pengajian dan
pembelajaran terjejas.

5.2.2 Berkelakuan dengan apa cara jua yang boleh menjatuhkan reputasi Negara,
MARA, MJII atau Pelajar.

5.2.3 Berkelakuan dengan apa cara jua yang boleh menyebabkan hilang
kepercayaan orang ramai terhadap TVETMARA atau MJII.

5.2.4 Tidak jujur atau berkelakuan dengan apa cara jua yang boleh ditafsirkan
sebagai tidak jujur.

66 Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII}

5.2.5 Tidak bertanggungjawab atau berkelakuan dengan apa cara yang boleh
ditafsirkan sebagai tidak bertanggungjawab.

5.2.6 Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar
untuk menyokong sesuatu tuntutan berhubung dengan pengajian atau
pentadbiran MJII.

5.2.7 Ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa cara yang boleh ditafsirkan
sebagai ingkar perintah.

5.2.8 Ingkar atau gagal mematuhi apa-apa kehendak atau mana-mana syarat yang
terkandung di dalam Surat Perjanjian.

5.2.9 Membuat, menyimpan atau menggunakan sebarang bentuk barangan yang
boleh dikategorikan sebagai senjata merbahaya, senjata api dan bahan
letupan.

5.2.10 Memiliki, memelihara atau menyimpan haiwan peliharaan atau haiwan liar,
serangga atau unggas yang berbisa dan berbahaya.

5.2.11 Membuat, memiliki, mengawal, menjaga atau menyimpan apa-apa jenis
bahan yang dianggap sebagai dadah atau racun atau bahan kimia yang
dilarang oleh Kerajaan selain daripada ubat yang dihalalkan atau dibenarkan
oleh Kerajaan.

5.2.12 Memberi, membekal, mengedar, menawarkan atau bercadang hendak
memberi, membekal, mengada atau menawarkan apa-apa jenis bahan yang
dianggap sebagai dadah atau racun atau bahan kimia yang dilarang oleh
Kerajaan.

5.2.13 Memakan, meminum, menghisap, menyedut apa-apa jenis bahan yang
dianggap dadah atau racun atau bahan kimia atau pun memasukkan ke
dalam badan dengan jalan suntikan atau dengan apa-apa cara lain yang
seumpamanya.

5.2.14 Berada di bawah pengaruh atau mempunyai kesan apa-apa jenis bahan yang
dianggap dadah atau bahan kimia yang dilarang.

5.2.15 Menghalang mana-mana pelajar yang disyaki terlibat dengan
penyalahgunaan dadah atau racun atau bahan kimia untuk menjalani
pemeriksaan doktor atas arahan Pengawal Pusat.

5.2.16 Menerbitkan, membahagi-bahagikan atau mengedar apa-apa dokumen di
dalam atau di luar Institusi kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis
daripada Pengarah MJII, tertakluk kepada apa-apa sekatan, had atau syarat
yang difikirkan perlu atau sesuai.

Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII} 67

5.2.17 Terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menganjurkan atau
memanggil satu-satu perhimpunan di dalam atau di luar kawasan Institusi
tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pengarah MJII.

5.2.18 Membuat atau menyebabkan membuat, mengibar, mempamer, menunjuk,
memiliki, menjaga atau mengawal sesuatu bendera, panji-panji, pelekat,
poster, lambang atau lain-lain alat yang boleh menggalakkan sebarang
kekacauan, keingkaran atau melanggar peraturan tatatertib.

5.2.19 Memiliki, menjaga, mengawal atau menggunakan sesuatu alat pembesar
suara, pelaung atau lain-lain alat yang seumpamanya melainkan setelah
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah MJII tertakluk kepada
apa-apa sekatan, had atau syarat sebagaimana yang difikirkan perlu atau
sesuai.

5.2.20 Menyebar atau mengamalkan ajaran sesat yang bertentangan dengan Akidah
Islam, seperti yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam
atau Pihak Berkuasa Agama Islam atau mana-mana Undang-Undang bertulis.

5.2.21 Melakukan atau terlibat dalam apa-apa perbuatan yang boleh dianggap tidak
bermoral, sumbang, lucah atau maksiat yang bertentangan dengan Syariat
Islam di dalam atau di luar premis Institusi.

5.2.22 Memiliki, merakam, menjaga, menyimpan atau mengedar, menayang atau
menonton apa-apa bahan dianggap lucah di dalam atau di luar premis
Institusi.

5.2.23 Membawa, menyimpan, menjaga, memiliki, meminum atau mengedar apa-
apa jenis minuman keras atau yang memabukkan atau arak di dalam atau di
luar premis Institusi.

5.2.24 Menganjur, mengurus atau menjalankan, menyertai atau menyaksi apa-apa
kegiatan perjudian, pertaruhan atau loteri di dalam atau di luar premis Institusi
sama ada secara persendirian atau berkumpulan.

5.2.25 Berkelakuan atau berbahasa lisan atau isyarat dengan cara yang dianggap
sebagai tidak sopan terhadap staf, pelajar, pelawat dan pekerja lain yang
bertugas di institusi.

5.2.26 Memasuki tempat atau kawasan larangan Institusi kecuali dengan mendapat
kebenaran khas daripada Pengarah MJII.

5.2.27 Menghalang atau mengganggu Pengarah MJII atau mereka yang diberi
kuasa daripada menjalankan tugas dan kewajipan serta tanggungjawab.

68 Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII}

5.2.28 Menahan atau menghalang atau mempengaruhi mana-mana Pelajar supaya
tidak menghadiri sesuatu kuliah, kelas, kerja-kerja amali atau mengambil
bahagian dalam sesuatu aktiviti yang sah yang dijalankan oleh atau di bawah
arahan Institusi.

5.2.29 Menggerak, menghasut atau menyertai pemboikotan atau permulauan
sesuatu kuliah, kelas, kerja-kerja amali, peperiksaan ujian atau lain-lain
aktiviti yang sah yang dijalankan oleh atau di bawah arahan Institusi.

5.2.30 Membuat apa-apa bantahan sama ada secara lisan, bertulis atau dengan

apa-apa cara lain terhadap kemasukan seseorang, sesuatu badan atau

kumpulan orang ke dalam Institusi atau terhadap penyingkiran kerana

tindakan tatatertib.

5.2.31 Memiliki, menjaga, menyimpan, membawa, mengedar, menjual atau
menghisap apa jua jenis rokok di dalam kawasan Institusi.

5.2.32 Mengganggu atau menggendalakan aktiviti-aktiviti pengajaran,
pembelajaran, kuliah, kerja-kerja amali, urusan pentadbiran atau apa-apa
aktiviti yang dijalankan atau diarahkan Pengarah MJII atau pihak berkuasa
Institusi.

5.2.33 Melibatkan diri dalam apa-apa pekerjaan atau aktiviti yang tidak mendapat
kelulusan Pengarah MJII.

5.2.34 Melakukan perbuatan atau dengan apa cara jua merosakkan kemudahan
atau harta yang dimiliki Institusi atau individu lain.

5.2.35 Berpakaian tidak sesuai, tidak senonoh, berambut panjang bagi lelaki dan
memakai apa-apa hiasan diri/badan yang tidak sesuai semasa berada di
dalam premis Institusi.

5.2.36 Tidak memakai pakaian sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan
Pemakaian Pelajar MJII semasa kuliah, latihan atau masa-masa yang
ditetapkan.

5.2.37 Tidak membawa atau tidak memakai Kad Pelajar semasa berada di dalam
premis MJII.

5.2.38 Melakukan apa-apa jua bentuk deraan, memeras ugut, memaksa,
menganiaya, memukul, mencederakan atau lain-lain bentuk paksaan atau
menjatuhkan maruah sesama Pelajar, kakitangan Institusi atau orang awam.

5.2.39 Dilarang melibatkan diri sama ada menubuh, mengambil bahagian atau
menjadi ahli dalam mana-mana perkumpulan atau pertubuhan yang tidak
dibenarkan.

Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII} 69

5.2.40 Menanam sifat kedaerahan, kenegerian, puak-puak atau kumpulan-
kumpulan yang boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dalam Institusi.

5.2.41 Membuat atau menyebar fitnah dengan suatu tuduhan tertentu melalui apa
cara sekali pun dengan mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa
tuduhan tersebut akan merosakkan reputasi Pelajar, staf Institusi atau orang
awam, MARA atau MJII.

5.2.42 Mencaci, mencerca, menghina atau sebarang bentuk perlakuan yang
melampau mempersenda terhadap Pelajar atau staf Institusi.

5.2.43 Mencuri harta benda atau wang milik Pelajar atau Institusi atau staf Institusi
atau orang awam.

5.2.44 Menggunakan telefon bimbit sewaktu kuliah atau latihan.

5.2.45 Memandu atau membawa masuk kenderaan atau sebarang jenis kenaikan ke
dalam kawasan Institusi tanpa kebenaran.

5.2.46 Meniru semasa peperiksaan akhir akan dijatuhkan hukuman.

5.3 Penggunaan dan penjagaan Harta

Jika tanpa kebenaran pihak berkuasa Peraturan Tatatertib Pendidikan Teknikal dan
Vokasional (PTV) MARA atau MJII, Pelajar adalah dilarang:

5.3.1 Memindah, membawa masuk atau keluar daripada mana-mana bengkel,
makmal, asrama atau premis PTV MARA atau MJII apa jua barang, objek
atau harta hakmilik PTV MARA atau MJII.

5.3.2 Mengusik, mengganggu atau mengambil apa-apa benda, objek, barang
atau harta PTV MARA atau MJII di dalam atau di luar PTV MARA atau MJII
yang boleh mendatangkan kerosakan, kehilangan, kesusahan atau
kerugian.

4.3.3 Membawa masuk atau keluar dari bangunan, kawasan PTV MARA atau
MJII, bengkel, makmal, bilik-bilik kuliah, perpustakaan, asrama atau premis
PTV MARA atau MJII apa jua barang, objek atau harta milik sendiri yang
menyerupai atau sama dengan harta benda PTV MARA atau MJII.

70 Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII}

5.3.4 Membakar atau memusnahkan apa-apa jua barang atau bahan di dalam
premis dan asrama PTV MARA atau MJII.

5.3.5 Membuat pindaan atau menambah sambungan litar elektrik, telefon atau
paip air di dalam premis PTV MARA atau MJII.

5.3.6 Melakukan ubahsuai atau membaiki alat jentera, peralatan atau mana-mana
bahagian bangunan PTV MARA, MJII atau asrama.

5.3.7 Menggunakan kemudahan pejabat atau asrama PTV MARA atau MJII
untuk sebarang tujuan tanpa kebenaran.

5.4 Peraturan Pakaian Pelajar

Pelajar hendaklah mematuhi garis panduan pakaian yang telah ditetapkan seperti di
gambarajah berikutnya. Peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan dan
penguatkuasaan peraturan pakaian pelajar oleh pihak pengurusan MJII dari semasa
ke semasa.

5.4.1 Kemasan diri

➢ Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian sopan. Pelajar Islam
diwajibkan berpakaian menutup aurat.

➢ Pakaian dan penampilan pelajar hendaklah sentiasa kemas dan
bersih.

➢ Rambut hendaklah sentiasa pendek dan kemas. Paras belakang tidak
melebihi paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras atas telinga
dan paras depan tidak melebihi paras dahi.

➢ Rambut berfesyen ’afro, ’punk’, berekor atau diwarnakan TIDAK
dibenarkan

Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII} 71

5.4.2 Kad Pelajar
➢ Semua pelajar dikehendaki memakai Kad Pelajar Rasmi MJII ketika
berada di dalam kampus atau menghadiri majlis rasmi kolej sama ada
dalam atau luar kampus.

➢ Kad pelajar yang rosak atau lusuh hendaklah diganti.
➢ Pelajar dilarang sama sekali menukar apa sahaja bentuk pengenalan

yang terdapat pada Kad Pelajar Rasmi MJII.

➢ Pelajar dilarang menggunakan Kad Pelajar orang lain.

5.4.3 Etika Pakaian Pelajar Lelaki
➢ Baju kemeja berlengan panjang atau pendek
➢ Baju ’T’ berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang
membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-
mana parti politik.

➢ Baju tanpa lengan dan berseluar pendek, baju ’T’ tidak berkolar TIDAK
dibenarkan.

➢ Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam (tuck-in).

➢ Baju hendaklah dibutangkan dengan sempurna.

➢ Pelajar hendaklah memakai seluar ’slack’.
➢ Seluar lusuh, koyak, bertampal, ketat dan seluar jeans adalah TIDAK

dibenarkan.

➢ Baju Melayu mestilah lengkap bersamping dan bersongkok.

➢ Berkasut dan berstokin.

72 Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII}

➢ Selipar, terompah, capal dan seumpamanya TIDAK dibenarkan.

➢ Sebarang bentuk perhiasan TIDAK dibenarkan.

➢ Baju bengkel (mengikut keperluan program yang ditetapkan sahaja).

5.4.4 Etika Pakaian Pelajar Perempuan

➢ Baju kurung /kurung moden dan berkain.

➢ Pakaian yang menjolok mata seperti ketat, jarang, pendek, berbelah,
nipis dan mendedahkan tubuh seperti baju tanpa lengan dan berseluar
pendek TIDAK dibenarkan.

➢ Baju ’T’ berkolar/blaus berlengan panjang dan berseluar `slack’.
Seluar jeans, lusuh, koyak dan bertampal adalah TIDAK dibenarkan.

➢ Baju ’T’ berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang
membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-
mana parti politik.

➢ Kasut bertutup, selipar, terompah, kasut tumit tinggi (yang runcing)
dan kasut yang berladam logam dan berbunyi TIDAK dibenarkan.

➢ Pelajar Islam diwajibkan memakai tudung.

➢ Pelajar hendaklah berambut kemas. Rambut berfesyen seperti
berekor dan diwarnakan TIDAK dibenarkan.

➢ Pelajar TIDAK dibenarkan memakai sebarang bentuk perhiasan
semasa membuat latihan amali.

Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII} 73

74 Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII}

5.5 Sistem Merit Pelajar (SMP)

Sistem Merit Pelajar (SMP) MJII merupakan sistem yang merekod sumbangan
pelajar terhadap penglibatan aktiviti dalam dan luar MJII serta merekodkan kesalahan
terhadap pelanggaran disiplin yang ditetapkan. Sistem ini menjana markah dari segi
penambahan dan penolakan bergantung kepada penglibatan dan tingkah laku pelajar.
Sistem Merit Pelajar (SMP) telah diluluskan pelaksanaannya dalam Surat Edaran
Dalaman MJII BIL 06/2019 (Pelaksanaan Sistem Merit Pelajar) dan ditambah baik dari
semasa ke semasa.

SMP diperkenalkan dengan objektif berikut:
a. Meningkatkan kualiti kepimpinan dan sahsiah terpuji dikalangan pelajar MJII.

b. Menggalakkan pelajar aktif menyertai pelbagai aktiviti, pertandingan dan
penglibatan di dalam dan luar MJII

c. Menangani masalah disiplin pelajar di kolej kediaman dan MJII amnya.

5.5.1 Kaedah Perkiraan Markah

a) Pelajar perlu mendapat skor sebanyak 90% untuk melayakkan
mendapat tempat di asrama pada semester berikutnya.

b) Pelajar akan mendapat merit sekiranya melaksanakan tugas atau
aktiviti yang memberi impak positif kepada diri dan kolej. Antara
kriteria-kriteria untuk mendapatkan merit ialah kepimpinan dalam kolej
kediaman, menghadiri aktiviti surau, kehadiran taiso/majlis bacaan
yasin, penglibatan dalam kepimpinan persatuan/kelab/aktiviti lain dan
penglibatan aktif dalam persatuan/kelab/aktiviti lain.

c) Sebaliknya, pelajar akan menerima demerit sekiranya didapati bilik
kediaman yang didiami sekarang tidak berada dalam keadaan
memuaskan.

Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII} 75

d) Semasa pemantauan dibuat, penolakan markah (demerit) dibuat
terhadap kesalahan berat terlebih dahulu dan diikuti dengan
kesalahan sederhana dan ringan.

e) Felo akan menggunakan Slip sistem merit demerit bagi menjalankan
tugas pemeriksaan/pemantauan di bilik asrama.

5.5.2 Sistem Demerit

a) Penolakan merit (demerit) akan diberikan kepada pelajar yang
melanggar peraturan kediaman asrama.

b) Jenis-jenis kesalahan adalah berdasarkan Jadual 18 di bawah.

c) Tindakan akan diambil mengikut jumlah markah yang dicapai oleh
pelajar dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap pelajar yang
melakukan sebarang jenis kesalahan berat dengan serta merta.

Jadual 15: Jenis-jenis Kesalahan
Jenis-Jenis Kesalahan

(A) Kesalahan ringan
1. Tidak mengikut susun atur perabot (katil & almari) yang asal.
2. Membiarkan bekas makanan & minuman bersepah.
3. Membuat bising dan mengganggu ketenteraman penghuni lain.
4. Membuang sampah dan mengotorkan kawasan kediaman.
5. Kasut, selipar dan stokin yang berselerak di depan pintu bilik.
6. Tidak meletakkan pakaian kotor pada tempat yang sepatutnya.
7. Menyangkut pakaian di tempat yang tidak sepatutnya.
8. Langsir kotor.
9. Kipas kotor dan tidak dicuci.
10. Tilam dan bantal tidak bersarung , kotor atau koyak dan sebagainya.

(B) Kesalahan Sederhana
1. Meletak/membaiki kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan.
2. Membeli, menyimpan atau menghisap rokok.
3. Merosakkan katil, almari pakaian dan almari kasut.

76 Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII}

4. Membazir air dan elektrik kediaman.
5. Tombol pintu rosak.
6. Menukar bilik tanpa kebenaran.
7. Memasak di dalam bilik dan kawasan kediaman.
8. Membawa barangan elektrik yang tidak dibenarkan.
9. Menggunakan ubat nyamuk jenis lingkaran, lilin dan pelita yang boleh

menyebabkan kebakaran.
10. Memelihara atau memiliki apa sahaja jenis haiwan di kawasan

kediaman.dan sebagainya.

(C) Kesalahan berat
1. Pintu bilik rosak/pecah.
2. Menyalahguna pemadam api.
3. Membuat kebakaran kecil di dalam/luar bilik.
4. Menconteng dinding atau menampal gambar-gambar yang tidak
sepatutnya.
5. Merosakkan dinding kediaman.
6. Menumpangkan orang luar menginap di bilik.
7. Membuat penyambungan / pendawaian secara haram.
8. dan sebagainya

5.5.3 Tindakan

a) Di akhir semester, mata yang dikumpul oelah para pelajar akan
dijumlahkan melalui SMP. Jumlah skor akan dimaklumkan dari masa
ke semasa.

b) Pelajar yang mendapat jumlah peratus 90% ke bawah akan
dikeluarkan dari kediaman pada semester berikutnya dan hanya boleh
dipertimbangkan untuk mendaftar kediaman pelajar selepas satu (1)
semester.

c) Pelajar yang melakukan kesalahan berat pelajar berkenaan akan
dikeluarkan serta-merta dari kolej kediaman pelajar.

Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII} 77

Jadual 16 : Slip Sistem Merit Demerit

SISTEM MERIT DEMERIT PELAJAR NO SLIP:

NAMA: NO. BILIK:______________________

NO. KP:_________________________ NO. KENDERAAN:________________

NO. MATRIKS: ___________________

DEMERIT Jumlah markah
Markah/Point Catatan

Tarikh:
Masa:
Tandatangan Penguatkuasa:

78 Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII}

5.6 Peraturan Kolej Kediaman
Peraturan Kediaman Pelajar adalah tertaluk kepada peraturan yang telah

digariskan oleh Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA kepada para pelajar kolej.
Beberapa peraturan telah dimasukkan dalam peraturan sedia ada bagi mengikut
kesesuaian peraturan MJII Beranang.

5.6.1 Penempatan kediaman pelajar / Bilik

i. Penempatan pelajar di dalam kediaman pelajar akan ditentukan oleh
Pihak Pengurusan Kediaman Pelajar / Ketua Felo.

ii. Pelajar tidak dibenarkan berpindah bilik tanpa kebenaran Pihak
Pengurusan Kediaman Pelajar / Ketua Felo.

iii. Pelajar dilarang membawa mana-mana individu/pelawat masuk ke
kediaman pelajar KECUALI dengan kebenaran Pihak Pengurusan
Kediaman Pelajar / Ketua Felo.

5.6.2 Kebersihan Bilik

i. Bilik mestilah sentiasa kemas, bersih dan teratur.
ii. Buku dan alatan hendaklah disusun dengan kemas.
iii. Sampah hendaklah dibuang di tong sampah.
iv. Selimut hendaklah dilipat dan diletakkan di hujung katil.
v. Pakaian dan tuala yang basah hendaklah disidai di ampaian.
vi. Barang-barang yang tidak digunakan seperti beg dan kotak hendaklah

disimpan di dalam stor / tempat yang ditentukan.
vii. Dilarang meletakkan sebarang alatan / barangan di tingkap.
viii. Kasut hendaklah disimpan di rak kasut.

5.6.3 Pakaian

i. Pelajar mestilah sentiasa memakai pakaian yang menutup aurat,
bersopan serta tidak menjolok mata. Seluar pendek, berkoyak atau
berlubang, mini skirt, baju atau seluar ketat, baju yang menampakkan
pusat atau tidak berlengan atau kain berbelah adalah dilarang dipakai
di dalam atau di luar MJII.

Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII} 79

ii. Pelajar tidak dibenarkan memakai singlet, seluar pendek, kain sarung
ketika berada di luar kawasan kediaman pelajar MJII.

5.6.4 Pergaulan Sosial

i. Pergaulan sesama pelajar terutama diantara lelaki dengan
perempuan mestilah mengikut batas-batas hukum Islam serta
peraturan yang ditetapkan oleh MJII Beranang sama ada di dalam
atau di luar kediaman MJII.

ii. Pelajar tidak dibenarkan berdua-duaan di dalam atau di luar
kediaman dengan pelajar atau bukan pelajar yang bukan mahram.

5.6.5 Kelengkapan dan Peralatan

i. Pelajar tidak dibenarkan mengubah dan memindah segala peralatan
tanpa kelulusan Pihak Pengurusan Kediaman Pelajar.

ii. Pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan, keselamatan bagi
kemudahan yang disediakan seperti bilik sakit (sick bay), Pusat
Pelajar, bilik riadah, bilik air dan tandas.

iii. Pelajar dilarang membuat pindaan atau membuat sambungan secara
haram pada mana-mana bahagian kediaman pelajar atau sebarang
alat-alat elektrik.

iv. Sebarang kerosakan disebabkan kecuaian atau salah guna oleh
pelajar akan dikenakan tindakan tatatertib.

5.6.6 Waktu Keluar Kediaman Pelajar

i. Pelajar tidak dibenarkan berkeliaran di kawasan kediaman pelajar
selepas pukul 12.00 malam.

ii. Waktu keluar / masuk kediaman ditentukan oleh Pengurusan MJII
Beranang.
Siswa : hingga jam 11:00 malam
Siswi : hingga jam 9:00 malam

iii. Kad pelajar hendaklah digunakan dengan sempurna setiap kali pelajar
hendak keluar / masuk kawasan MJII.

80 Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII}

5.6.7 Kenderaan 81

i. Pelajar dibenarkan membawa masuk kenderaan ke dalam kawasan
MJII Beranang.

ii. Hanya pelajar yang mempunyai kebenaran dari Pengarah sahaja
dibenar menggunakan kenderaan di dalam kawasan MJII.

iii. Pelekat kenderaan boleh didapati / dibeli daripada Pihak Pengurusan
Kediaman Pelajar / Ketua Felo / Koperasi.

iv. Pelajar hendaklah meletakkan kenderaan di tempat yang telah
diperuntukan untuk pelajar sahaja.

v. Pelajar juga tidak boleh meletakkan kenderaan di lain-lain tempat
meletak kenderaan.

vi. Pelajar tidak boleh meletakkan kenderaan di mana ia akan
menghalang atau menyusah atau membahayakan kenderaan atau
orang lain.

5.6.8 Peralatan Elektrik

i. “Water-heater” dan cerek elektrik bukan automatik tidak dibenarkan
penggunaannya di kediaman pelajar.

ii. Peralatan memasak seperti dapur elektrik, dapur gas mudah alih, dan
lain-lain tidak dibenarkan penggunaannya di kediaman pelajar.

iii. Pihak Pengurusan Kediaman Pelajar / Ketua Felo berhak merampas
mana-mana peralatan elektrik yang digunakan oleh pelajar yang gagal
mematuhi Undang-undang serta syarat-syarat yang telah ditetapkan.

iv. Peralatan yang dirampas tidak akan dikembalikan tertakluk kepada
kelulusan Pengurusan MJII.

5.6.9 Pulang Kecemasan

i. Ibu bapa / penjaga hendaklah membuat permohonan pulang
kecemasan dan mendapat kelulusan daripada Pengarah / Timbalan
Pengarah HEP / Ketua Felo.

ii. Ibu bapa / penjaga / wakil hendaklah datang mengambil pelajar di
MJII. Pelajar tidak dibenarkan balik sendiri kecuali langkah-langkah
keselamatan telah disempurnakan dan mendapat keizinan daripada
ibu bapa / penjaga.

Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII}

5.6.10 Keluar Ke Klinik

i. Melaporkan kepada Pihak Pengurusan Kediaman Pelajar jika dalam
waktu pejabat dan felo bertugas selepas waktu pejabat.

ii. Mendapat rawatan di Pusat Kesihatan dengan dihantar oleh pemandu
atau felo bertugas.

5.6.11 Roll Call

i. Roll Call akan dilakukan pada bila-bila masa yang perlu oleh Ketua
Felo sahaja.

ii. Semua pelajar wajib berkumpul di tempat yang telah ditentukan.
iii. Kegagalan hadir ke roll call boleh dikenakan tindakan tatatertib.

5.6.12 Prosedur Pelawat

i. Pelajar hanya dibenarkan menerima pelawat daripada keluarga atau
saudara mara sahaja.

ii. Pelawat mestilah melapor diri dan mengisi maklumat di dalam buku
pelawat dan seterusnya mendapatkan pas pelawat daripada
pengawal keselamatan.

iii. Pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan kediaman pelajar.

5.6.13 Larangan Merokok

i. Pelajar DILARANG merokok di mana-mana kawasan asrama dan
sekitar MJII.

ii. Larangan merokok ini juga terpakai kepada larangan menggunakan
e-cigarette atau rokok elektronik, shisha, curut /cigar dan sebarang
jenis bahan tembakau dan yang seumpama dengannya.

82 Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII}

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

6.0 KHIDMAT PENGURUSAN DAN KEMUDAHAN

MARA JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE

6.1 Pengurusan Hal Ehwal Pelajar

6.1.1 Unit Persijilan dan Peperiksaan (UPP)

➢ Menguruskan proses berkaitan penilaian pelajar sepanjang tempoh
pengajian pelajar dan pensijilan pelajar.

➢ Pelajar boleh merujuk Unit Penilaian dan Pensijilan atas urusan
pendaftaran kursus, slip peperiksaan, tangguh kursus, subjek
mengulang, jadual peperiksaan dan keputusan peperiksaan pelajar.

➢ Sekiranya ada sebarang pertanyaan, pelajar boleh hubungi:

Siti Aida Binti Md Yusof 03-87249344 ext 206

[email protected]

Umi Faridatul Akmar Bt Ibrahim 03-87249344 ext 206

[email protected]

6.1.2 Unit Perhubungan Industri

➢ Latihan Industri (LI) merupakan satu salah satu komponen utama
dalam pengajian. Ia merupakan aktiviti pembelajaran pelajar bagi
mendapat pendedahan yang sewajarnya kepada suasana pekerjaan
sebenar. Pelajar boleh menggunakan sepenuhnya ilmu pengetahuan,
kemahiran dan kebolehan yang telah dipelajari semasa di MJII untuk
dipraktikkan semasa menjalani Latihan Industri.

➢ Pelajar boleh merujuk bahagian ini bagi proses penempatan Latihan
Industri, pemantauan dan penilaian buku log pelajar.

➢ Sekiranya ada sebarang pertanyaan, pelajar boleh hubungi:

Najwan Bin Abdul Rahman 03-87249344 ext 263

[email protected]

Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII} 83

6.1.3 Unit Hal Ehwal Pelajar dan Asrama

➢ Membantu pelajar memperoleh suatu pengalaman pembelajaran yang
cemerlang. HEP menguruskan khidmat:

a. Pendaftaran pelajar – mengendalikan urusan berkaitan pelajar
antaranya pendaftaran kemasukan pelajar baharu, profil
peribadi pelajar dan maklumat pelajar.

b. Aktiviti pelajar – menggalakkan penyertaan pelajar secara
menyeluruh dalam aktiviti yang bermanfaat sama ada anjuran
MJII, anjuran pelajar sendiri dan anjuran jabatan.

c. Pembayaran elaun – menguruskan jumlah pembayaran elaun
yang diterima oleh pelajar sepanjang pengajian.

➢ Sekiranya ada sebarang pertanyaan, pelajar boleh hubungi:

Zam Zurina Binti Jamlus 03-87249344 ext 216

[email protected]

Sharilla Binti Mansor 03-87249344 ext 216

[email protected]

Nor Azean Binti Zulkifli 03-87249344 ext 239
[email protected]

Faizal Fikry B. Rosnizam 03-87249344 ext 239

[email protected]

6.1.4 Unit Kaunseling dan Bimbingan

➢ Menyediakan bantuan khidmat kaunseling dan bimbingan serta
nasihat kepada pelajar. Antaranya:
a. Kaunseling secara individu dan secara berkumpulan
b. Taklimat dan ceramah motivasi, adab dan sahsiah pelajar

➢ Sekiranya ada sebarang pertanyaan, pelajar boleh hubungi:

Tengku Noorhidayati Bt Tg Mohames 03-87249344 ext 239

[email protected]

Norriah Hani Binti Jamaluddin 03-87249344 ext 239

[email protected]

84 Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII}

6.2 Kemudahan Perpustakaan Shizouka

6.2.1 Waktu operasi Perpustakaan adalah:
Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang

6.2.2 Keahlian perpustakaan
- Pelajar MJII Beranang
- Pensyarah MJII Beranang
- Staf MJII Beranang
- Orang perseorangan yang disahkan oleh Pengarah MJII

6.2.3 Waktu pekhidmatan perpustakaan

Hari Waktu buka Tutup

Isnin - Khamis 8.00 pg - 5.00 petang 1.00 – 2.00 petang

Jumaat 8.00 pg - 5.00 petang 12.15 tengahari
8.00 pg – 12.00 malam - 2.45 petang
Isnin - Khamis
1.00 – 2.00 petang
(Minggu Ulangkaji dan 7.00 – 8.00 malam
Minggu Peperiksaan)

* Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan Umum dan Cuti Semester: TUTUP

6.2.4 Perkhidmatan Perpustakaan Shizuoka

i. Pinjaman

Setiap staf dan pelajar MJII akan didaftarkan sebagai ahli
Perpustakaan MJII. Tempoh peminjaman adalah seperti
berikut;

Tempoh Pinjaman

Pelajar Pensyarah Staf
Pentadbiran

Buku Rak Terbuka 3 minggu 4 minggu 4 minggu
Majalah 7 hari
Bahan Rujukan 1 hari 7 hari 7 hari
Bahan Media 4 hari
Buku untuk tujuan 1 hari 1 hari
PdP -
Denda (RM) 0.50 / hari 7 hari 7 hari

1 semester -
1.00 / hari 1.00 / hari

Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII} 85

ii. Pembaharuan
Pengguna boleh memperbaharui pinjaman bahan sekiranya bahan
tersebut tidak ditempah oleh pengguna lain. Pembaharuan bahan
yang telah melewati tarikh pemulangan dan pembahruan kali kedua
mestilah dilakukan di Kaunter Sirkulasi

iii. Tempahan
Tempahan bahan boleh dilakukan di Kaunter Sirkulasi. Bahan yang
ditempah akan disimpan di kaunter sirkulasi selama 7 hari, dan akan
diberikan kepada penempah lain atau disusun kembali di rak
sekiranya tidak dituntut

iv. Pinjaman antara perpustakaan
Perkhidmatan ini terbuka kepada semua pengguna yang berdaftar.
Permintaan akan diproses dalam masa 2 minggu. Borang pinjaman
boleh didapti di kaunter sirkulasi. Tertakluk pada terma & syarat.

v. Pertanyaan rujukan dan pencarian maklumat
Pengguna boleh mengemukakan pertanyaan melalui telefon, e-mail,
surat atau datang terus ke kaunter sirkulasi.

6.2.5 Kemudahan
• OPAC
• Ruang Bacaan terbuka
• Bilik perbincangan
• Karel
• Bilik video konferen
• Makmal Komputer
• Bilik simpanan beg

6.2.6 Dasar dan Peraturan Perpustakaan
Peminjaman dan Pemulangan
• Pelajar dan kakitangan MJII merupakan ahli Perpustakaan Shizuoka
secara automatik yang boleh meminjam bahan perpustakaan. Individu
luar boleh menggunakan perpustakaan tetapi tidak boleh meminjam
bahan perpustakaan kecuali individu yang telah diberikan
keistimewaan khas pinjaman.

86 Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII}

• Ahli perpustakaan hendaklah mengemukakan kad pelajar / kad
kakitangan untuk meminjam bahan perpustakaan.

• Bahan pinjaman hendaklah dipulangkan dalam keadaan baik di
kaunter perpustakaan.

Tempoh Pinjaman Tempoh Pinjaman

LOKASI Pelajar Sensei Staf
Ruang Tebuka
Majalah 3 minggu Pentadbiran
Red Spot (4 unit)
Audio Visual 7 hari 4 minggu 4 minggu
Bahan Pengajaran (1 unit)
dan Pembelajaran 5 jam (4 unit) (4 unit)
(1 unit)
5 hari 7 hari 7 hari
(4 unit)
- (1 unit) (1 unit)

1 hari 1 hari

(1 unit) (1 unit)

7 hari 7 hari

(4 unit) (4 unit)

1 Semester -
(4 unit)

Pemulangan Bahan Pinjaman
• Peminjam hendaklah bertanggungjawab memulangkan bahan

pinjaman pada tarikh yang ditetapkan. Notis peringatan akan
dikeluarkan sekiranya peminjam gagal memulangkan buku pada
tarikh yang ditetapkan.

• Peminjam yang gagal memulangkan buku pada tarikh yang
ditetapkan akan diberikan Surat Peringatan Pertama (7 hari selepas
tarikh pemulangan), Surat Peringatan ke-2 (14 hari selepas tarikh
pemulangan) dan Surat Peringatan ke-3 (21 hari selepas tarikh
pemulangan)

• Perpustakaan Shizuoka berhak untuk menyekat pinjaman buku dan
perkhidmatan lain kepada peminjam yang gagal mengembalikan
buku pinjaman setelah surat peringatan dikeluarkan.

• Skrol/transkrip pelajar akan ditahan sekiranya pelajar gagal
memulangkan bahan pinjaman sehingga tamat pengajian.

Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII} 87

Kehilangan Bahan Pinjaman
Peminjam hendaklah memaklumkan kepada Perpustakaan Shizuoka
dengan kadar segera sekiranya bahan pinjaman hilang sebelum surat
peringatan dikeluarkan.

Pembaharuan Tempoh Pinjaman
Bahan pinjaman boleh diperbaharui tempoh pinjaman sebanyak tiga (3) kali
berturut-turut. Selepas itu, bahan pinjaman hendaklah dipulangkan.

Penggantian Bahan Pinjaman Yang Rosak / Hilang
Peminjam hendaklah melaporkan kehilangan / kerosakan bahan pinjaman
di kaunter perpustakaan. Tempoh dua (2) minggu diberikan kepada
peminjam untuk mencari / menggantikan bahan pinjaman yang rosak /
hilang.

BAHAN SUBSTITUT / DENDA CATATAN

SUBSTITUT BAHAN DENDA Buku berkulit keras
tidak boleh digantikan
Buku Edisi: Sama / Yang Terkini Harga semasa dengan buku berkulit
buku lembut.

➢ Sekiranya ada sebarang pertanyaan, pelajar boleh hubungi:

Nur Hidayah Binti Baharom 03-87249344 ext 258

[email protected]

Rosnani Binti Sharengat 03-87249344 ext 258

[email protected]

88 Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII}

6.3 Kemudahan dalam Kampus

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di MJII Beranang untuk keperluan
dan kegunaan pelajar. Antaranya termasuklah:

BLOK PENTADBIRAN BLOK AKADEMIK DEWAN BESAR/HYOGO
HALL

GALERI NARITA PUSAT SUMBER PEMBELAJARAN SURAU/ SURAU SOLAT
JUMAAT

KAFETARIA MAKMAL DEWAN KULIAH

BLOK ASRAMA BILIK ASRAMA BILIK SAKIT

Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII} 89

RUMAH TAMU BILIK TETAMU PENGANGKUTAN

GELANGGANG BADMINTON GELANGGANG TENIS / GELANGGANG SQUASH
@ DEWAN HYOGO BOLA JARING

PADANG BOLA GELANGGANG BADMINTON GELANGGANG BOLA
TERBUKA TAMPAR

PONDOK WAKAF/RUANG
SANTAI

90 Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII}

6.4 Kemudahan Sekitar Kampus

➢ Terletak berhampiran Pekan Semenyih iaitu kira-kira 10 kilometer dari kampus.
➢ Kedudukan yang strategik dan mudah dikunjungi dengan kemudahan jaringan

lebuh raya iaitu 5 kilometer dari Plaza tol LEKAS.
➢ Antara kemudahan di kawasan berhampiran MJII Beranang adalah seperti:

PASARAYA TAMAN REKREASI
1. Lotus Semenyih 1. SP Setia Ecohill Park
2. Econsave 2. Setia Ecohil 2 Adventure
3. Pasaraya Segi Park
4. Mydin Semenyih 3. South Creek Setia Ecohill 2
Supermarket 4. Bangi Wonderland
5. Pasaraya CLC 5. Bukit Broga
6. Pasaraya Billion
7. Super Seven Kesuma
8. Pasaraya CS Bangi
Avenue

KEMUDAHAN PERBANKAN RESTORAN/ TEMPAT MAKAN
1. Bank Islam – 5 KM 1. McDonalds
2. Bank Rakyat – 2.4 KM 2. Starbuck Cafe
3. Bank Simpanan Nasional 3. KFC
– 6.4 KM 4. Secret Recipe
4. Maybank – 6.8 KM 5. Baskin Robin
5. Public Bank – 6.6 KM 6. Subway
6. Hong Leong Bank – 6.8 7. Marrybrown
KM 8. Tealive
7. Ambank – 6.7 KM 9. Kedai Nasi Kukus Tok We
8. CIMB ATM/CDM (dalam 10. Nasi Ayam BSN
Petronas) - 5KM 11. Pasar Malam Kesuma

Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII} 91

RUJUKAN
1. Bahagian Kemahiran dan Teknikal, MARA (2020). Buku dasar pembangunan

kurikulum KKTM, MJII Dan IKM (3rd. ed.).
2. Bahagian Kemahiran dan Teknikal, MARA. Buku panduan pelaksanaan

penambahan kualiti berterusan (CQI) program akademik KKTM, KKTM, MJII.
3. Mohd Jailani bin Mohd Nor & Azami bin Zaharim (2007). Perbandingan pendekatan

pendidikan sepadu dalam pembelajaran berasaskan hasil (OBE) dengan model
Pendidikan Islam. Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina.
4. Bahagian Kemahiran dan Teknikal, MARA (2019). Manual latihan industri 2019.
5. Bahagian Kemahiran dan Teknikal, MARA (2020). Buku peraturan dan tatatertib
KKTM MJII dan IKM.
6. Bahagian Kemahiran dan Teknikal, MARA (2020). Panduan pelaksanaan kurikulum
berasaskan e-pembelajaran KKTM, MJII dan IKM (1st. ed.).
7. Bahagian Kemahiran dan Teknikal, MARA (2020). Manual e-pembelajaran dan aplikasi
multimedia (1st. ed.).
8. Bahagian Kemahiran dan Teknikal, MARA (2019). Buku peraturan akademik KKTM, MJII &
IKM (4th. ed.).
9. Laman web rasmi MARA-Japan Industrial Institute [Website]. http://mjii.kktm.edu.my/

92 Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII}

LAMAN RASMI MJII BERANANG

Official MJII Website:
Mara Japan Industrial Institute
http://mjii.kktm.edu.my/

Official MJII Facebook:
Mara Japan Industrial Institute – MJII
https://www.facebook.com/MJIIBeranang

Official MJII Youtube:
MJII Beranang
https://www.youtube.com/channel/UCv1kBMDzF2cjYJTGg_YCJUQ

Official MJII Instagram:
MJII Beranang
https://www.instagram.com/mjiiberanang/

Official MJII Twitter:
MJII_Official
https://twitter.com/mjii_official

Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII} 93

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

94 Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII}

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII} 95

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang
SENARAI NOMBOR KECEMASAN MJII

96 Buku Panduan Pelajar Edisi 2021 | MARA-Japan Industrial Institute {MJII}

MARA - Japan Industrial Institute,

Lot 2333, Jln Kajang-Seremban,
43700 Beranang, Selangor.
03-87249344
03-87249275
mjii.kktm.edu.my

@ MJIIBERANANG | Building Talent | Generating Future | #MJIIGoGlobal


Click to View FlipBook Version