The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN PRASEKOLAH DALAM NORMA BAHARU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nor Abdullah, 2021-02-25 06:16:42

PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN PRASEKOLAH DALAM NORMA BAHARU

PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN PRASEKOLAH DALAM NORMA BAHARU

Pendahuluan

Panduan pengurusan prasekolah ini disediakan
sebagai sumber rujukan kepada agensi yang
menjalankan pendidikan prasekolah/tabika/tadika.

Agensi ini melibatkan KPM, Jabatan Kemajuan
Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional (PERPADUAN) serta tadika swasta
yang berdaftar dengan KPM.

Pengoperasian Prasekolah

1. Tempoh masa operasi adalah seperti yang ditetapkan
dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan
2017) (KSPK). Susun atur kelas perlu mengambil kira penjarakan
fizikal, kebersihan dan keselamatan murid.

2. Ibu bapa/penjaga digalakkan untuk menghantar anak
mereka ke prasekolah/tabika/tadika bagi memastikan murid
dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran asas sebagai
persediaan untuk pembelajaran seterusnya.

3. Guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
hendaklah memakai pelitup separuh muka semasa bersama-
sama dengan murid.

4. Ibu bapa/penjaga perlu mengambil tindakan seperti yang berikut:

a. Menghantar dan mengambil anak/anak jagaan mengikut waktu yang
ditentukan

b. Memastikan anak/anak jagaan sentiasa memakai pelitup separuh muka

c. Mematuhi tatacara pelawat masuk ke premis prasekolah/tabika/tadika
semasa menghantar dan mengambil anak/anak jagaan.

d. Memastikan anak/anak jagaan tidak membawa beg sekolah dan bekalan
makanan/minuman kecuali yang memerlukan makanan khas dengan
kebenaran pentadbir sekolah/tabika/tadika atau sekolah/tabika/ tadika
yang tidak menyediakan makanan/minuman kepada murid.

5. WAKTU TIBA DAN PULANG

a. Waktu Tiba

Perkara yang perlu dilakukan apabila murid tiba di sekolah adalah seperti
yang berikut:

i. Guru/PPM merekodkan suhu badan murid di hadapan ibu
bapa/penjaga sebelum masuk ke kelas. Jika suhu badan
murid melebihi 37.5°C, ibu bapa/penjaga perlu membawa
pulang anak/anak jagaan untuk mendapat rawatan

ii. Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan memasuki kelas
prasekolah/tabika/ tadika

iii. Murid mesti mencuci tangan sebaik sahaja tiba di kelas

iv. Murid duduk di tempat yang telah ditetapkan

v. Murid bersarapan dan melakukan aktiviti di tempat masing-
masing

vi. Guru/PPM memastikan tiada percampuran antara satu
kumpulan dengan kumpulan yang lain.

b. Waktu Pulang

Perkara yang perlu dilakukan apabila murid pulang
dari sekolah/tabika/tadika adalah seperti yang
berikut:

i. Ibu bapa/penjaga disarankan untuk membawa
anak/anak jagaan terus pulang ke rumah
selepas sesi persekolahan

ii. Guru memberikan tugasan dengan kaedah yang
selamat kepada ibu bapa/penjaga tentang
aktiviti pembelajaran di rumah.

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Prasekolah

Pelaksanaan PdP dilaksanakan berdasarkan aktiviti yang terkandung
dalam KSPK dengan memberikan penekanan kepada aspek
keselamatan dan kesihatan. Guru/PPM perlu memastikan perkara
berikut dipatuhi:

1. Perbualan awal

a. Murid berada di tempat duduk masing-masing semasa perbualan
awal

b. Murid dididik tentang amalan keselamatan dan
kesihatan diri semasa berada di kelas dan di rumah.

WAKTU REHAT

a. Murid mengamalkan penjarakan fizikal semasa mencuci
tangan.

b. Murid makan di tempat masing-masing.

c. Murid tidak dibenarkan berkongsi makanan dan peralatan
makan minum seperti sudu, cawan dan sebagainya.

d. Murid membersihkan meja masing-masing sebelum dan
selepas makan.

a. Murid mesti mencuci tangan sebelum dan selepas
menjalankan aktiviti.

b. Bagi penggunaan pusat pembelajaran, guru perlu:

i. Mengehadkan bahan dan peralatan

ii. Mengehadkan bilangan murid dengan
mengambil kira penjarakan fizikal

iii. Memastikan bahan dan peralatan
dibersihkan sebelum dan selepas digunakan

iv. Lawatan sambil belajar dalam kawasan
sekolah/tadika/tabika dibenarkan

v. Aktiviti di luar kawasan sekolah/tadika/
tabika tidak dibenarkan

vi. Memastikan aktiviti berkumpulan atau
aktiviti yang melibatkan sentuhan tidak
dilaksanakan

vii. Memastikan murid tidak berkongsi bahan
dan peralatan.

AKTIVITI PENUTUP

a. Guru dan murid berkongsi pengalaman pembelajaran
pada hari tersebut dengan memberikan penekanan
tentang aspek keselamatan dan kesihatan.

b. Guru memberikan pesanan tentang amalan kebersihan
dan aktiviti pembelajaran di rumah.

Surat
Kebenaran
ibu bapa

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SERI PUTRA
Jalan Seri Putra 3, Bandar Seri Putra
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan

Kepada ,

Guru SK Bandar Seri Putra,

Bandar Seri Putra, 43000 Kajang.

Tuan/Puan/Cik,

KEBENARAN IBU/BAPA PENJAGA

Saya_________________________________________________________________________________________ibu /bapa/ penjaga kepada
_________________________________Prasekolah _____________________ __________________________di Sek Keb Bandar Seri Putra
( MEMBENARKAN / TIDAK MEMBENARKAN ) anak saya / anak di bawah jagaan saya mengikuti sesi persekolahan pasca PKP yang
bermula pada 1 Mac 2021 ini.
2. Saya faham bahawa pihak sekolah telah pun memberikan segala penerangan dan akan mengambil langkah-langkah
keselamatan dan pengawasan sepanjang kegiatan / aktivti/ sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran tersebut.

3. Saya bersetuju untuk memaklumkan kepada pihak prasekolah sekiranya terdapat apa-apa perubahan kepada kesihatan
atau fizikal anak / jagaan saya sebelum atau sepanjang sesi persekolahan ini. Saya juga akan memastikan atau fizikal anak / jagaan saya
sebelum atau sepanjang sesi persekolahan ini. Saya juga akan memastikan bahawa anak di bawah jagaan saya faham setiap peraturan
dan arahan yang diberikan oleh pihak prasekolah hendaklah dipatuhi sepanjang sesi persekolahan ini bagi memastikan keselamatan
dirinya.

Saya memberikan kebenaran kepada pihak prasekolah atau wakilnya memberikan apa-apa jua pertolongan cemas ke atas anak saya
jika didapati perlu.

Sekian, terima kasih.

…………………………………………

(Tandatangan Ibu bapa / Penjaga)

Nama :

No K/P :

Surat Aku
Janji

Peraturan
Prasekolah

SKBSP

SURAT AKU JANJI PERATURAN PRASEKOLAH SKBSP 2021

1. Waktu pembelajaran prasekolah bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 11.30 pagi.

2. Murid-murid perlu hadir ke sekolah seawal 7.15 pagi dan selewat-lewatnya sehingga 7.30
pagi melalui pagar D. Murid yang hadir lewat, sila masuk menggunakan pagar A.

3. Ibu bapa / penjaga / waris tidak dibenarkan meninggalkan anak sehingga suhu diambil dan
sekiranya melebihi 37.5 ke atas ibu bapa perlu membawa anak pulang dengan segera.

4. Murid yang bergejala seperti batuk,selsema dan demam tidak perlu hadir ke sekola h. Hanya
murid yang sihat sahaja perlu hadir ke sekolah dengan pelitup muka.

5. Ibu bapa / penjaga / waris perlu membawa anak pulang sekiranya anak menangis / tantrum
dan tidak bersedia untuk hadir ke sekolah.

6. Ibu bapa / penjaga / waris WAJIB menghantar dan mengambil anak-anak pada waktu yang
telah ditetapkan dan mengambil anak pada pukul 11.30 pagi.

7. Ibu bapa / penjaga / waris WAJIB mengambil anak-anak selewat-lewatnya pada pukul 11.45
pagi setiap hari persekolahan di perhentian bas sekolah. Selepas waktu tersebut sebarang
RISIKO adalah di bawah tanggungjawab ibu bapa / penjaga / waris.

8. Murid wajib memakai baju sukan putih dan berseluar sukan hitam/biru pekat serta berkasut
sekolah dengan bersarung kaki (hitam/putih)

9. Rambut murid lelaki perlulah pendek dan kemas.

10. Rambut murid perempuan yang melepasi bahu perlu diikat kemas dan hanya menggunakan
aksesori berwarna hitam dan putih sahaja.

11. Semua barang persendirian murid seperti kasut, sarung kaki, pakaian, alat tulis perlulah
dilabel nama murid bagi mengelakan kehilangan atau tertukar dengan rakan-rakan yang lain.

12. Semua buku latihan akan disimpan di sekolah. Hanya akan disemak untuk perhatian ibu bapa
dari masa ke semasa.

13. Ibu bapa / penjaga / waris TIDAK DIBENARKAN berada di kawasan prasekolah sepanjang
sesi persekolahan berlangsung kecuali atas kes kecemasan.

14. Kehadiran murid di sekolah adalah WAJIB. Ketidakhadiran murid perlulah dimaklumkan
kepada guru kelas dan disertakan dengan sijil sakit atau slip rawatan doktor.

15. Ibu bapa / waris / penjaga perlu memaklumkan kepada guru kelas berkenaan pihak yang
bertanggungjawab mengambil / menghantar anak masing-masing bagi mengelak perkara
yang tidak diingini.

Nama murid :

Nama ibu bapa / penjaga / waris :

Kelas :

Tarikh :

Tandatangan ibu bapa / penjaga / waris :

TATACARA PERJALANAN
MURID

PRASEKOLAH PADA
1 MAC 2021

1. IBU BAPA/PENJAGA PERLU HADIR BERSAMA ANAK-ANAK KE SEKOLAH.

2. ANAK-ANAK PERLU MENGAMBIL SUHU SEBELUM MASUK KE KELAS, IBU BAPA PERLU MENCATAT
SUHU ANAK DI DALAM LINK YANG TELAH DISEDIAKAN DENGAN MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT
IBU BAPA MASING-MASING. JIKA SUHU MELEBIHI 37.5’ C KE ATAS ANAK PERLU PULANG DENGAN
SEGERA.

3. BAGI MURID YANG MENANGIS/TANTRUM, MURID TERSEBUT DI BAWA OLEH IBU BAPA KE RUANG
TEMPAT YANG TELAH DISEDIAKAN BAGI PROSES MEMUJUK.

4. JIKA IBU BAPA TIDAK BERJAYA MEMUJUK, GURU AKAN MENGAMBIL ALIH. APABILA PROSES
MEMUJUK TIDAK BERJAYA JUGA, MURID TERSEBUT DI BAWA PULANG OLEH IBU BAPA/PENJAGA
SEMULA KE RUMAH.

5. BAGI MURID YANG SUHU DI BAWAH 37.5’ C, MURID TERSEBUT PERLU MEMBUKA KASUT SEKOLAH
DAN MENGAMBIL SELIPAR YANG TELAH DISEDIAKAN DAN BERJALAN KE ARAH GURU UNTUK
MEMBASUH TANGAN DENGAN SABUN.

6. SETELAH SELESAI MURID TERSEBUT DI BERI TISU UNTUK MENGELAP TANGAN.

7. GURU AKAN MELETAK SELIPAR DI RAK SELIPAR DAN PPM AKAN MEMBAWA MURID TERSEBUT
UNTUK DUDUK DI KERUSI BAGI KELAS CEMERLANG.

8. BAGI MURID YANG BERADA DI KELAS GEMILANG DAN TERBILANG PPM KELAS CEMERLANG AKAN
MENUJUK ARAH KEPADA MURID TERSEBUT UNTUK MENAIKI TANGGA.

9. PPM KELAS GEMILANG DAN TERBILANG AKAN MENUNGGU DI PINTU KELAS MASING-MASING BAGI
MENYAMBUT MURID TERSEBUT.


Click to View FlipBook Version