e-BULETIN MADAH AUDIT Bahagian Pematuhan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak Edisi 4/2024
SIDANG REDAKSI MADAH AUDIT TPK ABG ZAMARI PENASIHAT Pa.K MOHD FAIZALKADIR KETUA EDITOR 01 PENA KETUA EDITOR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera… Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, Madah Audit e-Buletin Bahagian Pematuhan Edisi 4/2024 dapat diterbitkan. Saya ingin memetik kata-kata hasil nukilan Hamka iaitu “Saat kau dilahirkan engkau menangis tetapi orang lain ketawa, tetapi BERJUANGLAH sampai di saat kau mati, orang lain menangisi pemergianmu tetapi engkau tertawa dalam senyuman”. Liku-liku kehidupan yang kita tempuhi serta setiap yang kita kerjakan itu adalah satu perjuangan dan kita hendaklah memastikan perjuangan kita itu tidak menyimpang daripada landasan yang sebenar. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sidang Redaksi kerana telah memberikan komitmen yang jitu bagi memastikan Madah Audit e-Buletin Bahagian Pematuhan dapat disempurnakan dengan jayanya. Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah SWT dan segala kekurangan adalah dari pihak kami sendiri. Sekian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Mohd Faizalkadir Bin Mura Ketua Editor Penguasa Kastam WK41 14 Mei 2024 CTI CEKAP, TANGKAS DAN INTEGRITI Pa.K AMEER BIN RUSLEI PENOLONG KETUA EDITOR I Pen. Pa.K AHMAD NADZMI PENOLONG KETUA EDITOR II Pi.KK NORLIN EDITOR 2 Pi.K HASFARINA EDITOR 3 Pen. Pa.K HALIDA HANIM EDITOR 1 Pi.K HAZIQ ISMANI EDITOR 4
02 VISI Memelihara Ekonomi & Mengawal Sempadan Ke Arah Negara Progresif Kutipan Hasil, Fasilitasi Perdagangan & Kawalan Sempadan Yang Responsif MISI ETIKA PERKHIDMATAN Amanah Berkhidmat Ikhlas Dedikasi (A.B.I.D.) SLOGAN Ekonomi Dipelihara, Sempadan Dikawal NILAI BERSAMA
STESEN TERBAIK BULAN APRIL 2024 LIMBANG PENCAPAIAN KPI BAHAGIAN PEMATUHAN APRIL 2024 PERSONALITI BULANAN BAHAGIAN PEMATUHAN SARAWAK Tempat kelahiran: Bau, Sarawak. Kelulusan: - Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian), Universiti Teknologi MARA. - Diploma Perakaunan, Universiti Teknologi MARA. Tempoh Perkhidmatan dalam JKDM: 5 Tahun 7 Bulan (sehingga Mei 2024) Kerjaya: Mei 2011 - Mac 2012 : Urusetia Program Capacity Building Programs for Graduates (CBG). Okt 2012 - Okt 2014 : Financial Analyst Syarikat Finexsys Sdn. Bhd. Nov 2014 - Okt 2018 : Penolong Akauntan Gred W29 di Lembaga Lada Malaysia, Kuching, Sarawak. Nov 2018 - Sept 2019 : Penolong Penguasa Kastam WK29 di Bahagian Perkhidmatan Teknik (PERTEK), JKDM Kuching, Sarawak. Okt 2019 - Jun 2022 : Penolong Penguasa Kastam WK29 di Bahagian Perkastaman, UKPP, JKDM Kuching, Sarawak. Jul 2022 - Mac 2023 : Penguasa Kastam WK41 di Bahagian Pematuhan, Cawangan Audit Import & SST, JKDM Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Apr 2023 - Kini : Penguasa Kastam WK41 di Bahagian Pematuhan, Cawangan Audit Import & SST, JKDM Kuching, Sarawak. APRIL Pa.K CASSANDRA CAROLE ANAK SANEL 03 Audit Meja (AM) KPI 2024 576.00 FAIL Fail Siap Diaudit 166.00 FAIL Baki KPI 2024 410.00 FAIL Tahap Pencapaian 28.82% Audit Verifikasi Pematuhan (AViP) KPI 2024 1,116.00 FAIL Fail Siap Diaudit 267.00 FAIL Baki KPI 2024 849.00 FAIL Tahap Pencapaian 23.92% Audit Lapangan (AL) KPI 2024 372.00 FAIL Fail Siap Diaudit 79.50 FAIL Baki KPI 2024 292.50 FAIL Tahap Pencapaian 21.37% Falsafah Hidup “Do Good And Good Will Come To You.”
KUCHING, 29 April 2024 - Majlis Libat Urus Pengurusan Tertinggi Jabatan Peringkat Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak disambut meriah dengan dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sazali bin Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan & Pematuhan). Majlis yang diadakan di Dewan PERKASA, Wisma Kastam Sarawak ini dihias cantik dengan pelbagai dekorasi raya yang menarik dan kreatif menerima kehadiran daripada Ketua-ketua / wakil-wakil jabatan/agensi Persekutuan dan Negeri serta pengamal-pengamal media. Turut bersama pada majlis ini, YBhg. Dato’ Sri Haji Mohamed Khalid bin Haji Yusuf, Mantan Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Tuan Haji Ahmad bin Jii, Mantan Pengarah Kastam Negeri Sarawak dan pesara -pesara Jabatan. YBhg. Dato’ Sazali bin Mohamad telah melawat ke gerai-gerai juadah yang disediakan oleh Bahagian-bahagian dan Stesen-stesen JKDM Sarawak. Pelbagai menu makanan telah disediakan untuk dinikmati para tetamu dan jemputan yang hadir. Sambil menjamu juadah yang disediakan, majlis itu turut dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada setiap Bahagian, sesi cabutan bertuah, penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak warga Jabatan serta persembahan nyanyian daripada Four30 Band yang dianggotai oleh warga JKDM Sarawak sendiri. Pertandingan Gerai Tercantik telah dimenangi oleh Bahagian Pematuhan manakala Pertandingan Dekorasi Pejabat Sempena Musim Perayaan pula dimenangi oleh Pejabat Unit Khas Pemeriksaan Penumpang, Cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. LIPUTAN CPA 105/2024 MADAH AUDIT MAJLIS LIBAT URUS PENGURUSAN TERTINGGI JABATAN PERINGKAT JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA SARAWAK 04 SUMBER: LIPUTAN CPA 105/2024 - MAJLIS LIBAT URUS PENGURUSAN TERTINGGI JABATAN PERINGKAT JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA SARAWAK BERTARIKH 03 MEI 2024.
PRESTASI PEGAWAI AUDIT WK44 SASARAN FAIL SEMASA: 4.00 FAIL 3.00 FAIL PPK ANGELINE 10.00 FAIL PPK ABDURRAHMAN 8.00 FAIL PPK NORZUBAIDAWATI 4.00 FAIL PPK HAZIRA 3.00 FAIL PPK RUBIAH 18.00 FAIL Pa.K AMEER 25.00 FAIL Pa.K HANIS PRESTASI FAIL AUDIT MEJA (AM) SASARAN FAIL SEMASA: 32.00 FAIL PRESTASI PEGAWAI AUDIT WK41 SASARAN FAIL SEMASA: 4.00 FAIL 05 40.00 FAIL PPK THIAN 30.00 FAIL PPK DAYANG 20.00 FAIL Pa.K FARAH 2.00 FAIL Pa.K CASSANDRA 10.00 FAIL Pa.K STELLA 7.00 FAIL Pa.K FREDERIC 5.00 FAIL Pa.K SENDRA 3.00 FAIL Pa.K TERMIZIE
KPI FAIL AViP SASARAN FAIL SEMASA: 12.00 FAIL PRESTASI KONSISTEN AL [ BERBANDING TEMPOH SAMA TAHUN LEPAS ] KPI FAIL AUDIT LAPANGAN (AL) SASARAN FAIL SEMASA: 4.00 FAIL PPK ABDURRAHMAN 2023 [8.00 FAIL] 2024 [10.00 FAIL] 06 15.00 FAIL Pa.K TERMIZIE 14.00 FAIL PPK ABDURRAHMAN 12.00 FAIL PPK ABDUL AFIQ 12.00 FAIL Pa.K NORA 11.00 FAIL Pa.K MARISSA 10.00 FAIL PPK ABDURRAHMAN 10.00 FAIL Pa.K STELLA 8.00 FAIL PPK NORZUBAIDAWATI 7.00 FAIL Pa.K FREDERIC 5.00 FAIL Pa.K SENDRA PPK NORZUBAIDAWATI 2023 [5.00 FAIL] 2024 [8.00 FAIL]
PERKONGSIAN MAKLUMAT MADAH AUDIT 1. SURAT PENANGGUHAN VERIFIKASI DAN AUDIT KE ATAS PIHAK BERKUASA TEMPATAN YANG TELAH DIBERIKAN PENGECUALIAN DI BAWAH BUTIRAN 6, JADUAL A, PERINTAH CUKAI JUALAN (ORANG YANG DIKECUALIKAN DARIPADA PEMBAYARAN CUKAI) 2018; 2. PERINTAH TETAP CUKAI JUALAN BIL. 7 – PENGECUALIAN DI BAWAH JADUAL C, PERINTAH CUKAI JUALAN (ORANG YANG DIKECUALIKAN DARIPADA PEMBAYARAN CUKAI) 2018 (PINDAAN NO.1/2024); 3. SURAT PENJELASAN BERKAITAN BUTIRAN 41, PERINTAH DUTI EKSAIS (PENGECUALIAN) (PINDAAN) 2024 (P.U.(A) 11/2024. PENINGKATAN HASIL KETARA BERBANDING TEMPOH SAMA TAHUN LEPAS MAKLUMAN: SIDANG REDAKSI AKAN MENGEPILKAN URL GOOGLE DRIVE PERKONGSIAN MAKLUMAT BIL 12/2023 MELALUI EMEL JABATAN KEPADA SELURUH WARGA PEMATUHAN SARAWAK BAGI MEMASTIKAN KETERJAMINAN KERAHSIAAN MAKLUMAT YANG DIKONGSI. 07 PPK NORZUBAIDAWATI 2023 [RM 1,799.86] 2024 [RM 14,883.55] Pa.K TERMIZIE 2023 [RM 1,126.40] 2024 [RM 8,200.47]
SKOP PENGAUDITAN : CUKAI PERKHIDMATAN (LEWAT DAFTAR) TEMPOH LIPUTAN AUDIT : 01 JULAI 2022 HINGGA 31 MEI 2023 SINOPSIS AUDIT (FAKTA KES) 1. Kes lewat berdaftar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 merupakan suatu kesalahan yang perlu ditanggung oleh mana-mana Entiti Perniagaan (EP) yang menjalankan perniagaan bercukai di Malaysia selaras dengan Seskyen 8 Akta yang sama. Mana-mana perniagaan yang telah mencapai nilai ambang mengikut nilai perolehan bercukai yang telah ditetapkan di bawah kuasa Menteri adalah bertanggungan untuk mendaftarkan perkhidmatan bercukai tersebut mengikut jenis perkhidmatan seperti di Jadual Pertama, Perenggan 3, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018. 2. EP APHGSSB merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan di Bandaraya Miri, Sarawak. Jenis perkhidmatan yang dijalankan oleh pihak syarikat adalah perkhidmatan bercukai yang menyebabkan syarikat telah mengemukakan permohonan untuk berdaftar dibawah Cukai Perkhidmatan pada 29.12.2023. Perkhidmatan bercukai yang didaftarkan oleh pihak syarikat melalui Sistem MySST adalah di bawah Kumpulan G: Perundingan. Hasil verifikasi dibawah Perintah Tetap Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan Bil. 2, 18 Ogos 2020 (Pendaftaran) oleh Cawangan Cukai Dalam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Miri mendapati perolehan bercukai syarikat telah mencapai nilai ambang yang sepatutnya lebih awal berbanding tarikh permohonan pendaftaran SST. Sesalinan sampul kecil telah diberikan kepada Cawangan Pematuhan Miri untuk tindakan pengauditan. 3. Audit Verifikasi Pematuhan (AViP) telah dijalankan ke atas EP melalui rujukan fail AViP/YH/2024/xx pada 02.04.2024 mengikut Perintah Tetap Pematuhan (PETUa) Bil. 13. Pegawai audit telah bertindak dengan memohon dokumen bagi tujuan semakan audit. Dokumen yang telah disemak adalah salinan maklumat syarikat dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Borang I [Seksyen 5, 23 dan 24 (2)] Ordinan Perniagaan, Profesion dan Perlesenan Perdagangan, Kad Pengenalan Pengarah, contoh invois bagi perkhidmatan syarikat sebelum dan selepas berdaftar SST serta rekod jualan. KAJIAN KES AUDITAN CUKAI PERKHIDMATAN PERBAHASAN MINDA MADAH AUDIT 08
PERBAHASAN MINDA (SAMB.) MADAH AUDIT PENEMUAN AUDIT 1. Satu tinjauan audit telah dilaksanakan pada 24.04.2024 jam 09.30 pagi. Koordinat premis EP terletak di longitud 113°xx'19.5"T dan latitud 4°xx'59.4"U. Kedudukan dan tempat premis perniagaan didapati wujud dan beroperasi. Alamat premis juga adalah sama seperti dokumen pendaftaran perniagaan SSM dan Borang I. Pejabat EP terletak di tingkat dua (2), terdapat papan perdagangan (Signboard) diletakkan di hadapan bangunan. Pasukan audit telah berjumpa dengan salah seorang pengarah yang turut menjalankan tugas sebagai Pengarah Pengurusan. Satu sesi temubual audit telah dijalankan dan khidmat nasihat SST juga telah diberikan kepada wakil syarikat. 2. Hasil semakan pendaftaran MySST mendapati EP telah berdaftar dibawah perkhidmatan bercukai Kumpulan G: Consultant dengan remark Manpower Supply. Hasil semakan ke atas tujuh (7) contoh invois pelanggan bernombor INV1149, INV1564, INV1139, INV1559, INV1562, INV1550 dan INV1560 mendapati deskripsi perkhidmatan yang tertera pada invois adalah Application Sarawak Work Permit ke Jabatan Imigresen Negeri Sarawak. Semakan contoh invois tersebut mendapati syarikat hanya menjalankan perkhidmatan pengurusan pekerja bagi pembaharuan permit. Melalui aktiviti pengurusan tersebut syarikat telah mengenakan suatu caj fi pengurusan kepada pelanggan. Pembayaran levi ke atas permit kerja daripada Jabatan Imigresen tidak dikenakan sebarang mark-up dan hanya caj disbursement kepada pelanggan. Marginal keuntungan syarikat daripada perkhidmatan yang diberikan adalah daripada caj admintrative fees sebagai service income. Melalui semakan tersebut mendapati jenis perkhidmatan bercukai EP yang didaftarkan melalui Sistem MySST adalah tidak sesuai. EP telah dinasihatkan untuk meminda jenis perkhidmatan yang betul daripada perkhidmatan perundingan kepada perkhidmatan pengurusan pekerjaan. 3. Hasil penemuan verifikasi daripada rekod jualan yang diberikan oleh pihak syarikat mendapati nilai jualan syarikat bagi tempoh sepuluh (10) bulan dari bulan Julai 2022 hingga April 2023 telah mencapai nilai ambang sebanyak RM 543,289.90. Kiraan nilai ambang adalah daripada nilai jualan (sales) ditolak kos Accomodation + Levy Feeyang merupakan kos disbursement syarikat. Berdasarkan Seksyen 12, Akta Cukai Perkhidmatan 2018, syarikat didapati telah bertanggungan untuk berdaftar tetapi hanya mengemukakan pendaftaran pada 29.12.2023 dan berkuatkuasa sebagai Orang Berdaftar pada 01.01.2024. EP didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 13 Akta Cukai Perkhidmatan 2018 kerana syarikat sepatutnya bertanggungan untuk berdaftar lebih awal dan kuatkuasa sebagai Orang Berdaftar adalah pada bulan Jun 2023. Berikut adalah Jadual 1: Rekod Jualan yang telah diberikan oleh pihak syarikat kepada pegawai audit. 09
PERBAHASAN MINDA (SAMB.) MADAH AUDIT PENEMUAN AUDIT (SAMBUNGAN) Jadual 1: Rekod Jualan 4. Berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 28, Akta Cukai Perkhidmatan 2018, syarikat dikehendaki untuk membayar cukai SST 6% yang telah wajib dikenakan bermula bulan Jun hingga Disember 2023. Sesi Round Table Discussion (RTD) telah diadakan pada 26 April 2024 jam 09.30 pagi bertempat di Pejabat Cawangan Pematuhan, JKDM Miri dan kedua-dua pengarah telah mengakui kesalahan di bawah Seksyen 13 (3) kerana gagal mendaftarkan perkhidmatan bercukai yang dijalankan oleh EP dengan lebih awal. EP telah disyorkan untuk membuat pengakuan secara sukarela / voluntary disclosure (VD) bagi perolehan SST 6% yang telah genap masa dibayar dari tempoh bulan Jun hingga Disember 2023 dan EP telah mengemukakan Borang Ikrar Persetujuan Pengakuan Sukarela / Voluntary Disclosure (VD) serta jadual kiraan bagi perolehan bercukai tersebut pada hari yang sama. Berikut adalah Jadual 2: Kiraan Rekod Jualan oleh EP APHGSSB Bagi Pengakuan Sukarela (VD). Jadual 2: Rekod Jualan Syarikat bagi Pengakuan Sukarela (VD) 10
PERBAHASAN MINDA (SAMB.) MADAH AUDIT PENEMUAN AUDIT (SAMBUNGAN) 5. Surat Layak Pengakuan Sukarela / Voluntary Disclosure (VD) telah diberikan kepada EP pada 29.04.2024 bagi memaklumkan pihak syarikat untuk melakukan pembayaran SST 6% sebanyak RM 15,000.00 menggunakan Borang SST-ADM No.2. Pegawai audit telah mengemukakan surat permohonan backdated tarikh kuatkuasa pendaftaran syarikat pada 26.04.2024 ke Pejabat CDN Miri dan kelulusan dari Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Bahagian Cukai Dalam Negeri telah diterima pada 03.05.2024. Pada 08.05.2024 pengarah syarikat telah dinasihatkan untuk membuat pembayaran melalui kaunter kesyer CDN Miri dengan menggunakan bank deraf atau cek atas nama Ketua Pengarah Kastam beserta dua (2) salinan asal Borang SST-ADM No.2. KEKUATAN KES 1. Berdasarkan hasil AViP, EP layak berdaftar SST kerana menjalankan perkhidmatan bercukai di bawah Kumpulan G, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018. EP bertanggungan untuk berdaftar SST pada bulan April 2023 kerana telah mencapai nilai ambang pada bulan tersebut sebanyak RM 543,289.90. EP didapati gagal untuk membuat sebarang permohonan pendaftaran dalam tempoh sebulan sebagaimana dalam Subseksyen 12 (2) (a) Akta Cukai Perkhidmatan 2018. Pegawai audit mendapati syarikat telah melakukan kesalahan dibawah Subseksyen 13(5) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 kerana EP hanya memohon berdaftar SST pada 29.12.2023. 2. Merujuk kepada Seksyen 13 (4), Akta Cukai Perkhidmatan 2018; “Jika mana-mana orang tidak mematuhi Subseksyen (1), Ketua Pengarah hendaklah mendaftarkan orang itu pada tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah tetapi tidak boleh lebih awal dari tarikh orang itu bertanggungan untuk berdaftar dibawah Seksyen 12”. “Kemudiannya, jika didapati bersalah, syarikat boleh dikompaun dibawah Subseksyen 13(5), Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dengan jumlah kompaun tidak melebihi RM 15,000.00. KELEMAHAN KES 1. Hasil perbincangan melalui sesi RTD mendapati EP merupakan sebuah syarikat yang baru memulakan aktiviti pengurusan sebagai agensi pekerjaan. Perkhidmatan bercukai yang dijalankan hanya bergantung kepada kontrak perkhidmatan atau permintaan pelanggan dan caj pengurusan merupakan income kepada syarikat. Berdasarkan semakan rekod jualan, tahap kemajuan perniagaan EP tidak stabil dalam penghasilan perolehan bulanan. Pengakuan sukarela / voluntary disclosure (VD) telah membolehkan pihak syarikat untuk mengikrarkan SST 6% ke atas kekhilafan syarikat bagi kesalahan lewat berdaftar. Syarikat dengan suci hati telah mengikrarkan sejumlah nilai SST 6% daripada pembekalan bercukai sebanyak RM 15,000.00 bagi tempoh Jun hingga Disember 2023. 11
PERBAHASAN MINDA (SAMB.) MADAH AUDIT KESIMPULAN 1. Hasil daripada Audit Verifikasi Pematuhan (AViP) melalui Perintah Tetap Pematuhan (PETUa) Bil. 13 mendapati EP iaitu APHGSSB telah melakukan satu kesalahan dibawah Akta Perkhidmatan 2018. Penemuan lain daripada AViP mendapati EP telah mendaftarkan jenis perkhidmatan yang tidak sesuai dan telah dinasihatkan untuk meminda maklumat tersebut didalam Sistem MySST. Khidmat nasihat juga telah diberikan semasa sesi tinjauan dan temubual audit sebagai panduan pematuhan syarikat ke atas perundangan Jabatan yang ditadbir. 12 Tuan Abdul Afiq Bin Masleh Penolong Pengarah Kastam Ketua Cawangan Pematuhan Jabatan Kastam Diraja Malaysia STESEN MIRI
SELAMAT HARI LAHIR (APRIL 2024) MADAH AUDIT PEMENANG PERADUAN SILANGKATA MADAH AUDIT TIADA PEMENANG BAGI PERADUAN SILANGKATA EDISI 3 TEMA SILANGKATA: CROSSWORD PUZZLE V1 & V2 13 TB
AKTIVITI BAHAGIAN PEMATUHAN MADAH AUDIT MESYUARAT PEMANTAUAN HASIL JKDM SARAWAK PADA 03 APRIL 2024 MAJLIS LIBAT URUS PENGURUSAN TERTINGGI JABATAN PERINGKAT JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA SARAWAK PADA 29 APRIL 2024 14
AKTIVITI BAHAGIAN PEMATUHAN MADAH AUDIT MAJLIS LIBAT URUS PENGURUSAN TERTINGGI JABATAN PERINGKAT JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA SARAWAK PADA 29 APRIL 2024 (SAMB.) 15
1. MESYUARAT KETUA-KETUA BAHAGIAN DAN KETUA-KETUA KASTAM STESEN JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (JKDM) SARAWAK BIL. 1/2024; 2. KUNJUNGAN HORMAT DARI MALAYSIA INSTITUTE OF ACCOUNTANTS (MIA). AKAN DATANG MADAH AUDIT MUTIARA KATA MADAH AUDIT 16 ROBERT T. KIYOSAKI ROBERT T. KIYOSAKI ROBERT T. KIYOSAKI ROBERT T. KIYOSAKI
a. Peraduan ini terbuka kepada semua warga Bahagian Pematuhan Sarawak. b. Hantar penyertaan dan jawapan lengkap melalui e-mel [email protected]. c. Keputusan dan pemilihan pemenang oleh pihak Sidang Redaksi adalah muktamad. d. Hadiah pemenang akan diumumkan melalui Madah Audit edisi yang seterusnya. ACROSS 1. Give or grant in a gracious or condescending manner 2. Provides the critical care and life support for acutely ill and injured patients 3. Spherical green seed 4. Go away from 5. Means water in foreign language 6. Be in or assume a horizontal or resting position 7. Stop being active for a period of time in order to relax and get back your strength 8. An island or peninsula 9. Estimated time of arrival DOWN 1. Speak forcefully about something that they feel strongly about 10. Affecting one side only 11. High-class or high-toned; fancy 12. Suitable or proper in the circumstances 13. Escape or avoid 14. Continuing in a strong and steady way TEMA: CROSSWORD PUZZLE V1 PERADUAN TEKA SILANGKATA EDISI 4 MADAH AUDIT ACROSS 1. Legal term. used to provide a temporary or provisional decision on an issue 2. A steep rock face 3. Short introductory advertisement 4. Other term for website 5. Resembling monarch i.e being magnificent or dignified 6. A person, ship, or aircraft sent out to gain information 7. To emphasize a particular thing or animal mentioned DOWN 1. Narrow-edged tooth 8. Social and leisure activities for the benefit of students 9. Contaminate or pollute 10. Having a tendency to do something 11. Unwillingness to accept 12. Hopeful that something good will happen in future 13. Two or more people fully in agreement 14. Allowing access or passage 15. Number of deaths or casualties arising from a natural disaster, conflict, accident, etc. TEMA: CROSSWORD PUZZLE V2 17
CATATAN
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak Bahagian Pematuhan Aras 6 & 7, Wisma Kastam, Medan Raya Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub 93050 Kuching SARAWAK