The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 886-13-puteri, 2023-07-20 22:05:09

PUTERI SEJINJANG DAN PUTERI SANTUBONG

-

Puteri Sejinjang & Puteri Santubong


Pada suatu kala, terdapat dua orang puteri yang sangat cantik. Mereka merupakan anak kepada dewa kayangan yang bernama Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang. Pada suatu kala, terdapat dua orang puteri yang sangat cantik. Mereka merupakan anak kepada dewa kayangan yang bernama Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang.


Paras rupa kedua puteri itu bagaikan purnama yang menghias alam dan menyinari istana kayangan. Alis matanya yang lentik dan mata yang cantik mempunyai ketinggian yang sederhana. Paras rupa kedua puteri itu bagaikan purnama yang menghias alam dan menyinari istana kayangan. Alis matanya yang lentik dan mata yang cantik mempunyai ketinggian yang sederhana.


Sesiapa yang memandang pasti akan terpikat dengan kecantikan mereka. Inilah kelebihan yang terdapat pada Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang. Sesiapa yang memandang pasti akan terpikat dengan kecantikan mereka. Inilah kelebihan yang terdapat pada Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang.


Setiap hari Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang akan bermain bersama di taman bunga. Mereka akan duduk dan bergurau senda sambil bergelak ketawa. Begitulah kehidupan mereka dari kecil hingga dewasa. Setiap hari Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang akan bermain bersama di taman bunga. Mereka akan duduk dan bergurau senda sambil bergelak ketawa. Begitulah kehidupan mereka dari kecil hingga dewasa.


Sebagai mengisi masa lapang, kedua puteri ini melakukan pekerjaan tersendiri. Puteri Santubong menumbuk padi manakala Puteri Sejinjang pula mengait kain. Begitulah rutin harian mereka sehinggalah pada suatu petang. Sebagai mengisi masa lapang, kedua puteri ini melakukan pekerjaan tersendiri. Puteri Santubong menumbuk padi manakala Puteri Sejinjang pula mengait kain. Begitulah rutin harian mereka sehinggalah pada suatu petang.


Puteri Sejinjang dan Puteri Santubong leka menyiapkan kerja masing-masing sambil berbual tentang kecantikan mereka. Puteri Sejinjang memuji dirinya sangat cantik dan mempunyai pinggang yang ramping. Puteri Sejinjang dan Puteri Santubong leka menyiapkan kerja masing-masing sambil berbual tentang kecantikan mereka. Puteri Sejinjang memuji dirinya sangat cantik dan mempunyai pinggang yang ramping.


Puteri Sejinjang juga beranganangan akan ada anak raja yang melamar dan mengahwininya. Hidupnya akan bahagia di istana dengan dikelilingi dayang-dayang yang menyikat rambutnya. Saat itu Puteri Sejinjang membayangkan dialah tuan puteri yang paling cantik di dunia. Puteri Sejinjang juga beranganangan akan ada anak raja yang melamar dan mengahwininya. Hidupnya akan bahagia di istana dengan dikelilingi dayang-dayang yang menyikat rambutnya. Saat itu Puteri Sejinjang membayangkan dialah tuan puteri yang paling cantik di dunia.


Mendengar kata-kata kakaknya, Puteri Santubong mula merasa marah dan cuba menentang apa yang dikatakan oleh Puteri Sejinjang. Puteri Sejinjang turut merasakan bahawa dirinya yang paling cantik dan rupawan melebihi kecantikan Puteri Sejinjang. Mendengar kata-kata kakaknya, Puteri Santubong mula merasa marah dan cuba menentang apa yang dikatakan oleh Puteri Sejinjang. Puteri Sejinjang turut merasakan bahawa dirinya yang paling cantik dan rupawan melebihi kecantikan Puteri Sejinjang.


Perbalahan mereka berlarutan sehingga Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang menghina antara satu sama lain. Masing-masing tidak mahu mengalah sehingga tidak dapat mengawal perasaan mereka lagi. Perbalahan mereka berlarutan sehingga Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang menghina antara satu sama lain. Masing-masing tidak mahu mengalah sehingga tidak dapat mengawal perasaan mereka lagi.


Dengan perasaan penuh dendam dan marah, Puteri Santubong menyerang Puteri Sejinjang dengan batang kayu menumbuk dan terkena pipi Puteri Sejinjang. Dengan penuh kesakitan Puteri Sejinjang menjerit sekuatnya. Dengan perasaan penuh dendam dan marah, Puteri Santubong menyerang Puteri Sejinjang dengan batang kayu menumbuk dan terkena pipi Puteri Sejinjang. Dengan penuh kesakitan Puteri Sejinjang menjerit sekuatnya.


Puteri Sejinjang tidak berdiam diri lalu menikam Puteri Santubong dengan jarum mengait yang ada dalam genggamannya tepat ke arah kepala Puteri Santubong. Puteri Sejinjang tidak berdiam diri lalu menikam Puteri Santubong dengan jarum mengait yang ada dalam genggamannya tepat ke arah kepala Puteri Santubong.


Melihat akan kejadian ini, dewa kayangan iaitu ayahanda mereka berdua telah menjatuhkan hukuman dengan menukarkan Puteri Santubong menjadi Gunung Santubong manakala Puteri Sejinjang pula menjadi Gunung Sejinjang dan pulau-pulau kecil di sekelilingnya. Melihat akan kejadian ini, dewa kayangan iaitu ayahanda mereka berdua telah menjatuhkan hukuman dengan menukarkan Puteri Santubong menjadi Gunung Santubong manakala Puteri Sejinjang pula menjadi Gunung Sejinjang dan pulau-pulau kecil di sekelilingnya.


Tanda yang terdapat pada kedua gunung ini menjadi simbolik kepada luka akibat perbalahan dua beradik ini. Maka berakhirlah pertalian persaudaraan yang selama ini terjalin akibat sikap iri hati dan cemburu. Tanda yang terdapat pada kedua gunung ini menjadi simbolik kepada luka akibat perbalahan dua beradik ini. Maka berakhirlah pertalian persaudaraan yang selama ini terjalin akibat sikap iri hati dan cemburu.


Tamat


Click to View FlipBook Version