TUGASAN 2 - PENGHASILAN PRODUK HUBUNGAN ANTARA PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
PENGENALAN Ebook ini akan membincangkan bagaimana sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka mempengaruhi atau mempunyai hubung kaitnya dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta menjelaskan bagaimana kandungan-kandungannya mampu mengatasi cabaran revolusi industri 4.0.
AHLI KUMPULAN NIK NOR HASYA HAZIRAH BINTI NIK HAFIZI PUTERI NURUL MUNAWWARAH BINTI ZAMBRI NURUL FATHINI BINTI ZAKARIA
Hubungan antara Sistem Pendidikan di Malaysia dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Isnin 30/8/2023 Baiklah, kita akan teruskan pembelajaran hari ini mengenai hubungan antara sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka dengan FPK, boleh semua? Boleh, cikgu!
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan asas kepada pembentukan kurikulum pendidikan di Malaysia. Kewujudan FPK telah menjadikan sistem pendidikan negara berganjak ke arah yang lebih sistematik dengan pengungkapan secara jelas soal prinsip dan nilai asas pendidikan negara, bermula dari peringkat paling rendah menuju ke peringkat tertinggi iaitu universiti.
kandungan fpk MELAHIRKAN RAKYAT YANG BERKETERAMPILAN MEMPERKEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU MELAHIRKAN RAKYAT YANG BERTANGGUNGJAWAB MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI PERKEMBANGAN POTENSI SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU PENDIDIKAN IALAH SATU USAHA BERTERUSAN BERKEUPAYAAN UNTUK MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI. KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN MELAHIRKAN RAKYAT YANG BERILMU PENGETAHUAN MELAHIRKAN RAKYAT YANG BERAKHLAK MULIA
0 GARIS MASA SISTEM PENDIDIKAN Sistem Pendidikan Pondok Sistem Pendidikan Vernakular Laporan Barnes 1950 Penyata Razak 1956
0 Sistem Pendidikan Pondok Sebuah institusi pendidikan tradisional yang ditadbir secara tidak formal oleh ilmuan agama Islam. Kaedah pengajaran utama ialah hafalan manakala kaedah pentaksiran menggunakan prosedur pelajar dianggap telah menamatkan pengajian setelah empat atau lima kali khatam Al-Quran. Pondok telah mewujudkan masyarakat yang menumpukan pengajian dalam ilmu Islam. Seseorang akan berupaya untuk mengawal diri daripada melakukan kejahatan kerana telah mendalami ilmu agama. Hubungan sistem pendidikan dengan FPK ialah : 1. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Masyarakat dapat mengaplikasikan nilai keagamaan dalam kehidupan seharian. Secara tidak langsung, sistem pendidikan pondok dapat melahirkan ramai tokoh agama oleh sebab kepesatannya. 2. Melahirkan rakyat yang berakhlak mulia
0 Sistem Pendidikan Vernakular Vernakular ialah sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud setiap sekolah khusus kepada satu kaum sahaja. Setiap sekolah melaksanakan kurikulum, sukatan pembelajaran dan buku teks yang berbeza Kewujudan sekolah menunjukkan bahawa setiap kaum sangat mementingkan pendidikan dan berkeinginan untuk mencari dan menimba ilmu Melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Hubungan dengan kandungan FPK
0 Laporan Barnes 1950 Jawatankuasa ini ditugaskan untuk menyemak dan menambah baik sistem pendidikan untuk bangsa Melayu Selaras dengan cadangan yang dikemukakan oleh Laporan Barnes iaitu menambahbaik tahap penguasaan guru pelatih di maktab untuk meningkatkan kualiti bakal guru. Kita dapat lihat bahawa cadangan tersebut membuatkan bakal-bakal guru dapat meningkatkan penguasaan mereka terhadap beberapa perkara seperti berupaya melaksanakan pengajaran yang bermakna. Hubungan sistem pendidikan dengan FPK ialah Mengembangkan lagi potensi individu.
Jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menyatukan rakyat yang berbilang bangsa melalui satu bahasa yang sama serta penghasilan tenaga kerja Tugas utama: membentuk sistem pendidikan kebangsaan yang menyatupadukan penduduk berbilang bangsa Laporan ini ............ FPK melalui: Penyata Razak 1956 Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri laporan ini menekankan kepada usaha membentuk perpaduan antara kaum bagi membentuk negara yang aman dan damai. Melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan apabila jawatankuasa ini mencadangkan supaya mewajibkan pendidikan bermula dari peringkat rendah 1. 2. Hubungan sistem pendidikan dan FPK dapat dilihat apabila: Bertanggungjawab terhadap negara dengan menggunakan bahasa Melayu yang dijadikan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan agar mengekalkan bahasa ibunda 3. Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab menubuhkan satu jenis kurikulum yang bercorak kebangsaan seperti mengadakan sukatan pelajaran, sistem peperiksaan, latihan perguruan dan sistem nazir yang sama pula 4. Mengembangkan potensi individu
0 0 GARIS MASA SISTEM PENDIDIKAN Laporan Rahman Talib 1960 Akta Pendidikan 1961 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 Laporan Aminuddin Baki 1964 Akta Pendidikan 1996
0 Laporan Rahman Talib 1960 Laporan yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 di mana mengabdikan cadangancadangan dalam Laporan Razak Laporan ini turut mengubahsuai beberapa cadangan bagi menyesuaikan dengan keperluan pembangunan negara Hubungan sistem pendidikan dengan FPK ialah: Mengembangkan potensi individu menekankan atau memajukan Pendidikan Teknik dan Vokasional bagi memenuhi keperluan tenaga mahir di negara kita Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan memberi penekanan kepada pendidikan keagamaan iaitu kewajipan untuk mengikuti mata Pelajaran Pendidikan Islam bagi pelajar beragama Islam dan Pendidikan Moral kepada pelajar yang bukan beragama Islam sebagai terhadap keperluan kerohanian 1. 2. kelas peralihan atau pemulihan diwujudkan kepada para pelajar dari SJK (C) dan (T) yang bertukar ke sekolah menengah Melayu atau Inggeris bagi membantu meningkatkan lagi penguasaan bahasa mereka 3. Melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan
Sistem pendidikan ini bersifat kebangsaan di mana menggariskan keseragaman sistem persekolahan, penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama. Akta Pendidikan 1961 Kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan Dilihat daripada penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh seperti perincian peruntukan mata pelajaran Pendidikan Islam sekurang-kurangnya 2 waktu seminggu. Pendidikan ialah satu usaha yang berterusan Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun kepada 11 tahun menjadi sokongan kepada kandungan FPK ini. Hubugan sistem dengan kandungan FPK 1. 2.
Diwujudkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang terdiri daripada pelbagai jurusan bagi sekolah menengah rendah bagi menggantikan sekolah pelajaran lanjutan yang telah dimansuhkan. Keupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri Laporan ini memberi peluang kepada pelajar untuk menjawat jawatan yang sesuai berdasarkan kemahiran atau pengetahuan mereka. Perkara ini menjadikan mereka rasa diterima dan mampu menyumbang kepada negara. Melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan. Fokus utama laporan ini adalah untuk mengatasi masalah-masalah kemunduran anak-anak Melayu dalam keputusan SRP dengan mempelbagaikan jurusan. Hubungan dengan kandungan FPK 1. 2. Laporan Aminuddin Baki 1964
Penubuhan laporan ini pada awalnya adalah berikutan peristiwa 13 Mei 1969, pembentukan Rukun Negara 1970 dan pelancaran Dasar Ekonomi Baharu 1970 (DEB). setelah itu, tujuan utama laporan ini adalah untuk mengkaji semula keberkesanan, matlamat dan dasar pendidikan serta penetapan acuan warganegara daripada sistem pendidikan dan memastikan tenaga manusia dapat dipenuhi. Memperkembangkan potensi individu Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu Laporan ini menyokong kandungan FPK kedua-dua kandungan FPK melalui penekanan kurikulum yang seimbang dari segi mata pelajaran yang berbagai dan disokong dengan kegiatan kokurikulum. Melahirkan rakyat yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab Penerapan unsur-unsur disiplin yang tinggi di mana pada laporan ini sendiri telah mengkhususkan satu bab terhadap disiplin. Melalui penerapan disiplin, pelajar mampu membentuk pelbagai nilai positif dalam diri. Hubungan Sistem ini dengan kandungan FPK 1. 2. 3. 0 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979
0 Merupakan lanjutan dan kesinambungan daripada Akta Pelajaran 1961 sebagai usaha untuk memantapkan lagi sistem pendidikan kebangsaan dalam membentuk pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Pendidikan ialah usaha yang berterusan. Akta ini meliputi semua peringkat iaitu peringkat pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan lepas menengah dan pendidikan tinggi. Perkara ini telah termaktub pada Seksyen 15 dan 16 Akta Pendidikan 1996. Melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan & Insan yang seimbang dan harmonis Dapat dilihat dengan jelas pada penetapan mata pelajaran teras dalam Kurikulum Kebangsaan pada peringkat rendah dan peringkat menengah akta ini. Penetapan ini membolehkan pelajar untuk meningkatkan lagi kemahiran serta pengetahuan dari aspek Bahasa, Sains dan Matematik, Sejarah dan kerohanian atau moral. Hubungan sistem ini dengan kandungan FPK 1. 2. Akta Pendidikan 1996
Bunyi loceng menandakan waktu persekolahan telah tamat. Para murid perlahanlahan menyimpan peralatan belajar dan menyusur keluar untuk pulang. Baiklah, kita tamatkan pembelajaran kita hari ini. Jangan lupa siapkan nota mengenai tajuk ini! Baik, cikgu! Kringg!!!! Kringg Kringg!
Setelah tamat sesi persekolahan, Ahmad, Aminah dan Saleha bergegas ke perhentian bas. Semalam, saya ada terbaca tentang IR 4.0, adakah kamu berdua tahu mengenainya? Maaf, saya tak tahu. Apa itu IR 4.0?
IR 4.0 juga disebut sebagai Revolusi Industri Keempat iaitu era digital atau era teknologi maklumat dan komunikasi, di mana internet, telefon pintar, Internet of Things (IoT) dan sambungan data telah menjadi sebahagian daripada dunia manusia samada dalam pekerjaan mahupun dalam kehidupan seharian mereka. Oh, ya! Saya juga pernah diberitahu mengenai perkara ini. Walaupun hal ini memudahkan kehidupan manusia kini, bukankah ia sedikit sebanyak memberi cabaran kepada negara kita? Cabaran? Eh kawankawan, bas telah tiba. Saya rasa kita boleh sambung perbincangan di dalam bas.
Bagaimanakah pula cara mengatasinya? Adakah ia berkaitan hubungan sistem pendidikan dan FPK yang kita belajar sebentar tadi? Aminah, kenapa kamu menyebut tentang cabaran? Apakah contoh-contohnya? Antaranya ialah memberi ancaman keselamatan siber, negara kekurangan tenaga mahir, inovasi dalam sistem pendidikan dan perubahan alam sekitar. Soalan yang menarik, Saleha! Semestinya hubungan tersebut berupaya mengatasi cabaran-cabaran ini.
Apabila kerajaan mencadangkan untuk mewujudkan pendidikan Teknik dan Vokasional, ini secara tidak langsung dapat mengembangkan potensi individu terhadap kemahiran-kemahiran dalam bidang tertentu. Dengan penambahan rakyat yang mahir dalam pelbagai aspek, peluang pekerjaan turut meningkat dan kekurangan tenaga mahir dapat diatasi. Saya setuju, Ahmad! Hubungan sistem pendidikan negara dan FPK juga mampu melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia. Ini dapat dilihat apabila adanya disiplin yang tegas dan kukuh sejak alam persekolahan melatih pelajar untuk mematuhi peraturan dan etika di alam maya. Maka, ancaman keselamatan siber dapat diatasi kerana kebarangkalian untuk menceroboh data dan menjadi penjenayah siber sangat rendah.
Benar sekali. Saya juga ingin menambah. Oleh kerana pelajar mempunyai pengetahuan yang luas dan berfikiran kreatif, mereka ini lebih mudah mencipta cara penyelesaian yang baharu bagi setiap masalah yang timbul. Oh ya, sebentar tadi awak ada menyebut antara cabarannya ialah inovasi dalam sistem pendidikan, bukan? Saya berpendapat bahawa kita boleh mengatasi cabaran tersebut dengan adanya kandungan FPK iaitu melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan. Melalui pelbagai penerapan jenis jurusan akademik serta penerapan kepada aspek kemahiran dan kokurikulum di sekolah, pelajar akan tampil lebih berfikiran terbuka dan kreatif.
Jadi, bagi menghadapi cabaran ini, pendidikan alam sekitar perlulah diberikan kepada semua peringkat umur tidak kiralah tua atau muda. Perkara ini seiring dengan kandungan FPK iaitu pendidikan ialah usaha yang berterusan. Akhir sekali, perkembangan teknologi internet meningkatkan pengeluaran produk elektronik yang membawa kepada banyak sisa-sisa elektronik yang tidak terkawal. Ini boleh menyebabkan perubahan kepada alam sekitar kita.
Selamat tinggal. Jumpa lagi! Selamat tinggal rakanrakan. Jangan lupa siapkan kerja Cikgu Salman. Bye! Setelah beberapa minit, akhirnya mereka telah tiba di kawasan perumahan mereka. Mereka mengucapkan selamat tinggal antara satu sama lain.
RUJUKAN Akta Pendidikan 1996, Bahagian IV. Sistem Pendidikan Kebangsaan, Seksyen. 15 & 16. (1996). https://www.ums.edu.my/ppuu/images/AKTA_PENDIDIKAN_1996_AKTA_550.pdf Kayar, R., Abdul Ghani, M. A., Buang, K., & Mohd Sopah, F. (2023). Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Local Publications (M) Sdn. Bhd. Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur 1979. (1979). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Pencetakan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Mohamad, S. (2020). Revolusi Industri 4.0 : Cabaran dan Peluang. Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS). Yaacob, M., Che Harun, C.S., Mohd Hanapi, R., Othman, M. Y., Samian, A. L., Samuri, M. A., Mastor, K. A., Tamuri, A. H., & Abdullah, M. F. R. (2021). Isu revolusi Industri 4.0: Perubahan Nilai Masyarakat dan Cabaran. Proceeding of the the 8th International Conference on Management and Muamalah 2021.
Terima Kasih