The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

IMPLIKASI DAN SUMBANGAN FRIEDRICH FROEBEL
- NURUL FATHINI BINTI ZAKARIA
- NIK NOR HASYA HAZIRAH BINTI NIK HAFIZI
- PUTERI NURUL MUNAWWARAH BINTI ZAMBRI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 886-13-puteri, 2022-11-04 12:04:38

Friedrich Froebel

IMPLIKASI DAN SUMBANGAN FRIEDRICH FROEBEL
- NURUL FATHINI BINTI ZAKARIA
- NIK NOR HASYA HAZIRAH BINTI NIK HAFIZI
- PUTERI NURUL MUNAWWARAH BINTI ZAMBRI

IMPLIKASI & SUMBANGAN
FRIEDRICH FROEBEL

Pn Zahiroh Binti Awang

Disediakan oleh:
Nurul Fathini

Nik Nor Hasya Hazirah
Puteri Nurul Munawwarah

LATAR BELAKANG /

BIODATA

● Nama sebenar : Friedrich
Wilhelm Froebel

● Tempat lahir : Jerman
● Tarikh lahir : 21 April 1782
● Tarikh wafat : 21 Jun 1852
● Nama bapa : Johann Jacob

Froebel
● Nama ibu : Jacobine Eleonore

Friederike
● Merupakan anak didik Pestalozzi
● Merupakan anak bongsu daripada

lima orang adik beradik

PANDANGAN
FROEBEL

PANDANGAN FROEBEL

1) Kindergarten mestilah dihias dengan menarik dan dicat dengan warna
yang terang,senang dimasuki cahaya dan dipenuhi dengan taman serta
binatang dan gambar-gambar bagi menarik perhatian kanak-kanak.

2) Peralatan seperti meja dan kerusi haruslah mengikut

kesesuaian dan tidak terlalu sempit.

3) Kelas perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan
objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah,
pelbagai saiz dan warna.

4) Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat kanak-kanak dari pengaruh

jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semula jadi.

5) Taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental,fizikal

dan sosial kanak-kanak.

6) PANDANGAN FROEBEL
7)
8) Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap satu pendekatan
9) terhadap latihan kanak-kanak.
10)
Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia
hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak.
Kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Mereka perlu
diberi kebebasan.

Menurut Froebel,bermain merupakan metode yang paling sesuai dan
penting kepada kanak-kanak.

Menekankan disiplin diri dan motivasi kepada kanak-kanak.

MODEL
FROEBELIAN
(PRINSIP UMUM)

PRINSIP UMUM DARI MODEL PEMBELAJARAN
FROEBEL

a. Kurikulum

Froebel menyusun dan mengembangkan kurikulum pendidikan yang
terancang dan sistematik. Dasar kurikulum Froebel terbahagi
kepada dua iaitu:

● Gift— Objek yang dapat dipegang dan dipergunakan oleh kanak-kanak
dengan arahan guru. Kanak-kanak akan didedahkan terhadap bentuk,
warna, ukuran serta konsep yang diperoleh melalui pelbagai kaedah
seperti menghitung, mengukur, membanding serta membezakan.

● Occupations— Bahan yang dirancang untuk mengembangkan variasi
kemahiran psikomotor melalui aktiviti seperti menjahit, membuat
bentuk dan melipat kertas.

b. Pembelajaran

Froebel mengemukakan tiga prinsip dalam pembelajaran, iaitu:

● Pertama, perkembangan beraktiviti. Kanak-kanak merupakan individu
yang aktif. Apabila mereka tidak menunjukkan sikap tersebut,
pendidik perlu mendorong mereka untuk lebih aktif sehingga
berjaya melakukan pelbagai kegiatan yang produktif.

● Kedua, kebebasan atau suasana merdeka. Aktiviti kanak-kanak akan
berkembang jika mereka diberi peluang yang sesuai dengan
kebolehan atau potensi masing-masing. Melalui suasana ini juga,
mereka mempunyai kesempatan untuk mengembangkan daya imaginasi,
terutama daya cipta untuk membentuk sesuatu melalui pemikirannya.

● Ketiga, pemerhatian dan demonstrasi. Kegiatan ini penting
terutama dalam mengembangkan keseluruhan deria kanak-kanak.

C. Sarana (sesuatu yang digunakan sebagai alat untuk melaksanakan
sesuatu).

Sarana yang digunakan oleh Froebel adalah kotak kayu yang
berjumlah enam buah berisi barang-barang pelbagai bentuk, ukuran
dan warna. Terdapat juga enam gifts, iaitu:

I. Gift 1—kotak kayu yang berisi enam bola dari benang berwarna
merah,kuning,biru,jingga,hijau dan ungu, enam buah jarum dan
sepotong kayu pendek yang sudah ditebuk. Hal ini bagi mendedahkan
kanak-kanak dengan konsep warna (primer dan sekunder) dan belajar
“melakukan sesuatu” dengan bahan tersebut.

II. Gift 2—sama dengan sebelumnya tetapi benang diganti dengan objek
yang berbeza bentuknya seperti silinder,kubus dan bola.
Kanak-kanak belajar sifat khas setiap perkara tersebut dan cara
memanfaatkannya secara kreatif melalui bermain yang dibantu oleh
guru.

III. Gift 3—terdiri daripada lapan kotak kubus yang sama besarnya
untuk membentuk kubus yang lebih besar. Dengan ini, kanak-kanak
akan belajar menghitung dan hubungan antara bahagian serta
keseluruhannya.

IV. Gift 4—Sebuah kotak yang terdiri daripada kubus yang berbeza
saiznya. Hal ini supaya kanak-kanak belajar walaupun benda-benda
tersebut tidak sama bentuk dan ukurannya, namun dapat membentuk
kesatuan iaitu kubus yang besar.

V. Gift 5—Bentuk kubus masih ada tetapi berbentuk majmuk, terdiri
daripada kubus, kubus yang dipotong kepada dua bahagian agar
menjadi segitiga dan kubus lain dipotong membentuk empat
segitiga. Kanak-kanak akan belajar tentang hubungan yang semakin
sulit dan kompleks.

VI. Gift 6—Kotak berbentuk kubus tetapi hasil bahaginya tidak lagi
kubus dan masih dapat dijadikan kubus bagi menuntut pemahaman
dan pemerhatian kanak-kanak.

Sarana untuk occupation: lipat kertas, gunting, bentuk-bentuk
geometri, papan jahitan, pensil dan sebagainya.

D. Pemerhatian

Sistem pemerhatian yang digunakan dalam model pembelajaran
Froebel ialah sistem ulangan atau ujian.

MODEL
PEMBELAJARAN

FROEBELIAN

MAIN DAN KANAK-KANAK

● Permainan membantu kanak-kanak berfikir dan memberi
keseronokan, kebebasan, kepuasan dan kefahaman.

● Bermain juga dapat membentuk peribadi dan perwatakan yang
dipengaruhi oleh persekitaran dan cara kanak-kanak bermain.

● Alat, bahan atau objek permainan yang digunakan oleh
kanak-kanak perlu mengikut kesesuaian, keperluan dan
keselamatan mereka.

● Apabila kanak-kanak bermain, mereka akan lebih memahami dan
mengetahui tahap serta kemampuan diri mereka.

PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EMOSI

● Kemahiran asas sosial perlu dikuasai oleh kanak-kanak.
● Kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi,

meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi
penghargaan.
● Kemahiran sosial bermaksud tingkah laku yang prihatin untuk
melakukan perhubungan interpersonal yang efektif.
● Kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yang diperhatikan untuk
melakukan gerak balas yang belum pernah dicuba.
● Cara kanak-kanak menyatakan emosi bergantung kepada apa yang
dipelajari.

ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL

● Froebel berpendapat permainan melibatkan aktiviti fizikal adalah

berkait rapat dengan aspek motor kasar dan motor halus serta

keselamatan kanak-kanak.

PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR
KASAR HALUS

● Kanak-kanak perlu menyertai aktiviti ● Melibatkan kemahiran otot kecil
yang aktif, pantas dan mencabar. ● Membantu pergerakan asas

● Mereka akan belajar mengawal kanak-kanak
pergerakan dan mengimbangi tubuh ● Contohnya, pergerakan jari dan mata
● Contoh aktiviti ialah menulis,
● Contohnya, berlari
mengoyak, merenyuk

TEORI TINGKAH LAKU

● Froebel berpandangan pembelajaran berkaitan dengan perubahan
tingkah laku.

● Teori ‘behavioris’ menyatakan pengajaran dan pembelajaran akan
mempengaruhi perbuatan dan tingkah laku kanak-kanak sama ada
baik atau sebaliknya.

● Teori ini juga menyatakan bahawa tingkah laku kanak-kanak
boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

SUMBANGAN FROEBEL

Pembelajaran Kurikulum

Diistilahkan sebagai Froebel mencipta alat
unfolding yang diasaskan geometri sebagai
mainan kanak-kanak
oleh Comenius dan
Pestalozzi. Latihan Guru

Metodologi Pengajaran - Membangunkan kualiti untuk
mengajar.
i) belajar sambil bermain
(learning by doing) - Memerhatikan pengorakan
semula jadi dan
ii) jadual waktu pengajaran menyediakan aktiviti yang
tidak terlalu padat. membenarkan kanak-kanak
belajar apabila mereka
iii) menekankan latihan sudah bersedia.
kerja.

IMPLIKASI PEMBELAJARAN TERHADAP
SUMBANGAN FROEBEL

METODOLOGI PENGAJARAN

- Pembelajaran tidak membosankan dan membuatkan kanak-kanak menanti-nanti

sesi pengajaran seterusnya.
- Kanak-kanak dapat memperkembangkan lagi perkembangan psikomotor mereka

terutama dari aspek psikomotor halus dan kasar

KURIKULUM

- Kanak-kanak dapat belajar bermain melalui geometri paralel yang dapat
meningkatkan lagi daya pemikiran atau kognitif kanak-kanak dalam
mencipta sesuatu model.

- keseronokan dari menyusun bentuk geometri mudah ke dalam corak-corak
atau model reka bentuk yang membolehkan kanak-kanak untuk lebih
berimaginasi.

IMPLIKASI PEMBELAJARAN TERHADAP
SUMBANGAN FROEBEL

PEMBELAJARAN

- Cara pembelajaran secara berperingkat sangat berkesan kerana kanak-kanak
tidak mampu untuk belajar semua perkara dalam satu pengajaran dan
pembelajaran.

- Oleh itu, kanak-kanak dapat memahami dan menghafal satu per satu perkara
yang dipelajarinya.

LATIHAN GURU

- Kanak-kanak dapat belajar dengan berkesan dengan penyediaan bahan
bantu mengajar yang kreatif yang disediakan oleh guru.

- Selain itu, guru juga boleh mengajar kanak-kanak bermain sambil
belajar kerana mereka suka aktiviti yang memerlukan pergerakan.

IMPLIKASI PANDANGAN FROEBEL KEPADA
KSPK DI MALAYSIA

Belajar melalui Froebel menekankan bahawa pembelajaran melalui bermain tanpa
bermain yang bimbingan dan rancangan yang baik akan mengakibatkan cara
belajar kanak-kanak menjadi salah dan sangat berbahaya. Pada
terancang KSPK, telah dinyatakan bahawa strategi belajar melalui
bermain yang terancang dan berstruktur mampu membantu
kanak-kanak untuk belajar dalam suasana yang bebas, selamat,
menggembirakan serta bermakna.

Persekitaran Sepertimana yang telah dinyatakan pada halaman sebelum ini
kelas akan pandangan Froebel,dapat kita lihat bahawa Froebel amat
mempedulikan perihal persekitaran kelas. Perkara ini juga
diterapkan ke dalam KSPK Semakan 2017 iaitu pada halaman 8
yang menitikberatkan persekitaran pembelajaran dari aspek
Keselamatan dan Kesihatan, Susun Atur serta Ruang Belajar.
Sebagai contoh, susun atur perabot dan peralatan yang sesuai
mencukupi untuk menjalankan aktiviti dan bergerak bebas.

IMPLIKASI PANDANGAN FROEBEL KEPADA
KSPK DI MALAYSIA

Aspek main Froebel menumpukan juga kepada aspek bermain secara bebas.
bebas Dimana hal ini dimuatkan ke dalam KSPK semakan 2017 pada
halaman 24 di bawah topik aktiviti pembelajaran: main bebas.
Main bebas membenarkan kanak-kanak untuk menentukan sendiri
cara bermain, peraturan dan sebagainya mengikut kehendak
mereka. Guru pula memainkan peranan sebagai perancang,
fasilitator, play partner dan pemerhati. Peruntukan untuk
main bebas pada KSPK ialah sebanyak 20 minit bagi setiap
slot dan dilaksanakan 3 kali seminggu.

Rujukan

● Abdullah Sidi, Q.A.U., Baderin, N.N.I., & Zulkifli, N.A.H. (2021 November 30). Tokoh
dan Model Pendidikan Awal Kanak-Kanak [PowerPoint slides]. Anyflip.
https://anyflip.com/zkidr/dtje/basic

● Friedrich Froebel. ( 2022, 21 October). In Wikipedia.
https://en.wikipedia.org/wiki/Friedrich_Fr%C3%B6bel/:~:text=Friedrich%20Wilhelm%20Augu
st%20Fr%C3%B6bel%20or,have%20unique%20needs%20and%20capabilities

● Halikulanuar, N.I. (2016, February 27). Tokoh Friedrich Froebel [PowerPoint slides].
SlideShare. https://www.slideshare.net/nurulirdinahalikulan/tokoh-friedrich-froebel

● Ismail, N.A. (2015,June 5). Idea dan Pandangan Tokoh Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Panduan Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak.
https://pnnorazuraismail.blogspot.com/2015/06/idea-dan-pandangan-tokoh-pendidikan.html

● Mah Hussin, M.F., Mat Sharif, H., & Baharuddin, N. (2022 September 24). Tokoh
Friedrich Froebel & Model Froebelian. Anyflip. https://anyflip.com/hexne/fszs/basic

● Miniey, M. (2012, July 12). Friedrih Wilhelm Froebel 1782-1852 . I’m Misz Miniey
Coretan Dikala Sendiri. https://ardiya-izwani.blogspot.com/2012/07/froebel.html

● Salleh, S.M. (2015, November 13). Sejarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Pendidikan Awal
Kanak-Kanak.
http://katacikguece.blogspot.com/2015/05/sejarah-pendidikan-awal-kanak-kanak.html

● Arsip,. (2015 September 13). Model Pendidikan Froebel. Dunia Pendidikan Anak.
http://duniapendidikananak01.blogspot.com/2015/09/model-pendidikan-froebel.html

THANK YOU !


Click to View FlipBook Version