KAJIAN TENTANG SISTEM PENGANGKUTAN
AWAM DI STESEN BAS EKSPRES TANAH
MERAH,JITRA
HAWA NUR AIMUNI BINTI JASMI
SENARAI PERANCANGAN TUGASAN
2021
TARIKH PERKARA CATATAN
27 JULAI Saya bersama rakan-rakan mendengar taklimat yang diberikan oleh guru mata pelajaran
2021 Geografi iaitu Pn.Ruzianah bt Abdul Hamid di waktu kelas Pdpr pada jam 9.00 a.m.
28 JULAI Saya mencari gambar kawasan yang ingin saya kaji di internet untuk dijadikan sebagai rujukan
2021 bagi proses-proses yang seterusnya.
30 JULAI Saya mula membuat laporan kajian,bermula dengan tajuk ,senarai perancangan tugasan dan
2021 objektif kajian di powerpoint.
5 Ogos 2021 Berdasarkan maklumat yang sedia ada saya sambung menjalankan proses yang lain iaitu
penghargaan,pendahuluan dan tafsiran.
19 Ogos 2021 Saya mencari rujukan dari internet dan kawan untuk menyambung halaman powerpoint yang
seterusnya seperti hasil kajian,jenis pengangkutan ,faktor dan kepentingan pengangkutan .
31 Ogos 2021 Saya mengaakhiri tugasan ini dengan kesan negatif ,cadangan dan rumusan .Kemudian,saya
semak kembali laporan yang telah dibuat untuk dihantarkan kepada guru.
OBJEKTIF KAJIAN
v Menerangkan konsep dan takrifan sistem pengangkutan awam.
v Menjelaskan latar belakang kawasan Stesen Bas Ekspres Tanah
Merah,Jitra.
v Menghuraikan kepentingan perkembangan sistem pengangkutan
awam di Stesen Bas Ekspres Tanah Merah,Jitra
v Menghuraikan kesan perkembangan sistem pengangkutan awam
terhadap alam sekitar dan manusia di Stesen Bas Ekspres Tanah
Merah,Jitra.
v Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan
perkembangan sistem pengangkutan awam di Stesen Bas Ekspres
Tanah Merah,Jitra.
PENGHARGAAN
• Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya laporan
kajian mengenai sistem pengangkutan awam di Taman Nilam Kencana Fasa
2,Jitra,Kedah.Ucapan terima kasih ditujukan khususnya kepada pihak sekolah
yang memberi pelbagai bantuan dan kebenaran menjalankan kajian.
Setinggi –tinggi penghargaan kepada Puan Ruzainah Binti Abdul
Hamid,guru mata pelajaran Geografi Tingkatan 2 SBP Integrasi Kubang Pasu yang
telah memberi panduan ,nasihat serta bimbingan dan tunjuk ajar semasa kajian ini
dijalankan.Yang paling utama ucapan ribuan terima kasih ini juga ditujukan khas
kepada ayah tersayang iaitu Jasmi bin Mohamad kerana telah memberi banyak
perhatian dan semangat kepada saya bagi menyempurnakan tugasan ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan- rakan seperjuangan yang telah
memberi kerjasama serta sumbangan yang ikhlas yang dihulurkan.
PENDAHULUAN
• Saya telah menjalankan kajian tentang pengangkutan awam di Stesen Bas
Ekspres Tanah Merah,Jitra.
Saya memilih tajuk ini kerana kebanyakan penduduk disini menggunakan
pengangkutan awam seperti bas untuk ke destinasi yang jauh.
Saya menjalankan kajian ini selama 5 minggu bermula pada bulan Julai
hingga 27 Ogos .Pengumpulan data dan maklumat dilakukan selepas waktu
pelajaran secara Pdpr .Manakala,penulisan laporan kerja lapangan di sesi
pengajaran dan pembelajaran Pdpr mata pelajaran Geografi.
PETA
TAFSIRAN
• Peta topografi menunjukkan kawasan Stesen Bas
Ekspres Tanah Merah ,Jitra. Ciri pandang darat budaya
pula terdiri daripada jalan raya dan medan
selera .Sebahagian besar bentuk muka bumi di
kawasan ini ialah tanah pamah yang rata .Kawasan
tanah pamah ini menggunakan pengangkutan awam
seperti teksi dan bas.Peta ini berada di dalam linkungan
1 meter persegi.
HASIL KAJIAN
• Saya telah menjalankan kajian lapangan berkaitan sistem
pengangkutan awam di kawasan Terminal Bas Tanah
Merah ,Jitra.
Antara maklumat yang telah saya perolehi ialah:
JENIS PENGANGKUTAN
§ Berdasarkan pemerhatian terhadap kawasan Terminal Bas Tanah
Merah ,Jitra saya dapati bahawa di kawasan ini menggunakan
pengangkutan darat dan tertumpu kepada
pengangkutan awam terutamanya bas.
Hal ini jelas dapat dilihat kerana banyak penumpang ingin pulang
ke kampung atau ke negeri lain atas urusan tertentu menggunakan
pengangkutan awam untuk sampai ke destinasinya.Contohnya ialah
bas ekspres.
FAKTOR
• Berdasarkan rujukan saya di pautan internet ,saya telah dapati bahawa faktor
yang mempengaruhi pengangkutan awam di kawasan tersebut ialah dasar
kerajaan.
Dasar kerajaan merupakan anatara factor yang mempengaruhi jaringan
pengangkutan awam di Stesen Bas Tanah Merah ,Jitra,dimana kawasan
tersebut merupakan perkhidmatan lebuh raya dari utara ke selatan .
Lebuh raya dari utara ke selatan membolehkan salah satu
pengangkutan awam iaitu bas dapat diwujudkan bagi memudahkan penumpang
bergerak ke negeri-negeri lain.
FAKTOR
Seterusnya,faktor yang mempengaruhi kawasan
tersebut ialah bentuk muka bumi .Bentuk muka bumi
merupakan factor yang mempengaruhi jaringan
pengangkutan awam di kawasan kajian. Kawasan kajian
ini merupakan tanah pamah.
Tanah pamah membolehkan pengangkutan
awam seperti bas dapat memudahkan penumpang untuk
ke destinasi mereka dengan selesa .
KEPENTINGAN PENGANGKUTAN
Pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di lebuh
raya .Keadaan ini berlaku terutamanya di kawasan Bandar.Hal ini adalah kerana
orang ramai kurang menggunakan kenderaan persendirian .Kesannya ,jumlah
kenderaan yang ada di jalan raya akan berkurangan .Hal ini juga dapat menjimatkan
masa yang diambil untuk sampai kesuatu tempat seperti pulang ke kampung
halaman atau ke rumah saudara-mara .Oleh itu,kesesakan lebuh raya dapat
dikurangkan.
Seterusnya,pengangkutan awam dapat diwuwjudkan peluang
pekerjaan.Hal ini, adalah kerana pemandu diperlukan bagi memandu kenderaan
awam tersebut.Contohnya seperti pemandu bas yang memberi peluang pekerjaan di
stesen-stesen terminal bas.Peluang pekerjaan ini dapat mengurangkan kadar
pengaangguran .Oleh itu,orang ramai boleh mencari sumber pendapatan.
KESAN NEGATIF
Pengangkutan awam adalah salah satu kemudahan yang amat penting di
Negara kita.Namun,banyak kesan negative yang dibimbangi orang ramai.
Antaranya ialah kekurangan tempat parkir kenderaan.Banyak
aduan yang diadukan oleh orang ramai mengenai kekurangan tempat
parker kereta .Hal ini berlaku kerana kawasan stesen bas ini berada
sempit.Kekurangan ini juga menyukarkan orang ramai meletakkan
kenderaan mereka malah menghalang laluan kenderaan awam
berikut.Oleh itu,orang ramai meletakkan kenderaan mereka sesuka
hati .Hal ini ,bukan sahaja menyebabkan berlakunya kesesakkan malah
boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.
KESAN NEGATIF
Selain itu,pengurusan masa yang tidak cekap mengakibatkan berlakunya
bas tidak bergerak atau tiba tepat pada waktu yang ditetapkan.
Kelewatan bas kerap berlaku dan tidak mengikuti jadual perjalanan yang
ditetapkan .Hal ini,menyebabkan masyarakat sukar merancang dan menjangka
tempoh perjalanan yang bakal dilalui.Masalah kelewatan samapi ke destinasi
yang jauh menjadi isu utama akibat kegagalan pihak pengurusan dalam
menangani masalah tersebut.Masalah keaddan bas awam yang agak
mengecewakan kerana penyelenggaraan yang tidak menyeluruh .
CADANGAN
Setiap masalah pasti akan ada langkah-langkah cadangan bagi penambahbaikan
masalah system pengangkutan awam di Malaysia untuk diselesaikan supaya ia
tidak terus berpanjangan.
Tempat parker yang tidak mencukupi boleh dielakkan dengan sediakan
kawasan khas atau kawasan yang luas bagi memakir kenderaan.Syarikat
pengangkutan awam .Sesetengah pengguna akan meletakkan kenderaan mereka
di stesen dan pergi ke tempat kerja dengan menaiki pengangkutan awam.
Seterusnya,jadual kekerapan perjalanan dan masa ketibaan perlulah
dipastikan pengusaha pengangkutan awam supaya jadual yang telah dirancang
berjalan dengan teratur agar pembaziran masa pengguna tidak akan berlaku.
RUMUSAN
Saya telah menjalankan kajian tentang sistem pengangkutan awam di Stesen Bas Ekspres Tanah
Merah,Jitra.Kajian ini saya jalankan selama lima minggu .
Melalui hasil kajian saya dapat mengenali konsep pengangkutan awam secara am dan
konsep pengangkutan awam secara khas dikawasan kajian.Saya juga dapat menghuraikan jenis-
jenis pengangkutan awam di kawasan kajian .Melalui kajian saya dapat mengenal pasti beberapa
kepentingan pengangkutan awam kepada penduduk kawasan kajian .Melalui kajian ini juga saya
dapat mengenalpasti beberapa masalah yang dihadapi daripada pengangkutan awam ini.Namun
demikian ,saya dapat mencari beberapa cadangan cara mengatasi masalah tersebut.
Saya bersyukur kerana diberi tugasan ini kerana melalui kajian saya sedar betapa
pentingnya khidmat pengangkutan awam di suatu tempat.Saya juga menyedari bahawa pihak
syarikat bas mempunyai tanggungjawab terhadap keselamatan para pengguna bas.Begitu juga
penduduk yang menggunakan pengangkutan awam mempunyai tanggungjawab jika mereka ingin
menikmati kemudahan ini.