The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Contoh dan penerangan ajaran sesat di Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Alissyakirin2003, 2022-05-08 07:51:50

Contoh-Contoh Ajaran Sesat Di Malaysia

Contoh dan penerangan ajaran sesat di Malaysia

Keywords: Pendidikan Islam

Contoh-contoh ajaran sesat di malaysia
1. Kerajaan Langit

Terdapat seorang rakyat Malaysia yang pernah mendakwa dirinya tuhan kepada segala
agama dan boleh menjelma semula sebagai Jesus, Buddha, Shiva dan Nabi Muhammad
SAW. Bunyinya memang gila tetapi ia berjaya mempengaruhi ribuan pengikut yang
mempercayai ketua ajaran itu, Arifin Mohammed yang menjadikan teko sebagai simbol
ideologi ajarannya ketika pertengahan 1980an.

Arifin Mohammed dikenali sebagai Ayah Pin di kalangan 22,000 pengikutnya, dia
memulakan ajaran sesat itu pada 1979 sebagai Kerajaan Langit. Mungkin pengikut Ayah Pin
dan empat isterinya terlalu berimaginasi tinggi untuk meniru kehidupan di dunia penuh fantasi.
Beberapa replika besar seperti payung kuning, pasu serta teko gergasi yang terdapat di
Terengganu menjadi simbol kepada Kerajaan Langit itu.

Pengikut akan melakukan amalan mereka pada setiap malam Sabtu hingga pagi Ahad
yang kononnya banyak menekankan penyembuhan rohani dan penafsiran mimpi. Ayah Pin
pernah diiringi pengikutnya untuk menaiki bot konkrit dan baring di situ hingga keesokan hari
sambil dikelilingi pengikut yang berzikir sehingga jam 4 pagi.

Ayah Pin akhirnya meninggal dunia pada 23 April 2016 selepas mendakwa pernah
dilahirkan semula sebanyak 17 kali.

2. Taslim/Ajaran Matahari

Mengikut sejarah, ajaran Matahari atau Taslim juga terkenal sebagai ajaran sesat paling lama
yang wujud sekitar 1870an dan ia berpusat di sebuah kampung bernama Kampung Seronok.

Pada hari ini, suasana di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang kelihatan
tenang tetapi ketika 1940an hingga 50an, ajaran ini aktif melakukan pelbagai amalan karut
mereka hingga berjaya mempengaruhi ramai pengikut.Segalanya bermula selepas Haji

Muhammed Shayfie berpindah ke Kampung Seronok pada 1872 dan menggelarkan diri
sebagai Taslim yang mengasaskan ajaran Matahari.

Ajaran Matahari itu dikatakan mempunyai kaitan dengan kenyataannya yang pernah
dibuat di hadapan Mufti Kedah ketika ditanya mengenai tuhan lalu dia menunjuk jarinya ke
arah matahari. Ia bukan hanya menimbulkan kemarahan kepada Mufti tetapi
menyebabkannya diharamkan terus daripada menjejakkan kaki ke bumi Kedah. Ada yang
mengatakan pengikutnya tertarik dengan ajaran itu disebabkan amalannya tidak terlalu berat
seperti tidak perlu sembahyang kerana Allah berada dalam tubuh badan apabila mengucap.

Bagaimanapun, mungkin ada yang lebih berminat dengan aktiviti yang dilakukan
setahun sekali di Kampung Seronok apabila pengikutnya akan mandi dalam keadaan gelap
sebelum melakukan persetubuhan.

3. Al- Arqam

Ashaari bukan hanya mempunyai 37 anak tetapi mendakwa mendapat kuasa istimewa
daripada Allah SWT. Ashaari Mohammad adalah pengasas kepada ajaran sesat ini dan
di sebalik nama Islam, kepercayaan mereka sudah tersasar jauh daripada agama
sebenar.

Ketika gaya hidup barat menjadi pengaruh utama sekitar tahun 1960an, Al-Arqam
percaya umat Islam terpesong daripada ajaran agama dan satu-satunya cara untuk
kembali ialah dengan bertaubat. Terdapat pelbagai amalan menyesatkan umat Islam yang
dilakukan pengikutnya atas nama untuk menyucikan jiwa malah boleh berhubung dengan
golongan solihin yang sudah meninggal dunia.

Al-Arqam dikatakan berjaya menarik minat generasi muda untuk menyertai kumpulan
itu selain memberi perhatian istimewa terhadap persoalan dalam kehidupan secara
menyeluruh. Pergerakan mereka bukan dilakukan secara diam-diam kerana mudah
dikenal pasti dengan berpakaian jubah dan serban.

Kerajaan mengharamkan pergerakan ini pada 1994 dan namun sebelum itu ia
dianggarkan mempunyai kira-kira 10,000 hingga 12,000 pengikut selain 200,000
simpatisan yang terpengaruh dengan ajaran Al-Arqam.

4. Baha’i

Baha'i ialah sebuah agama yang mengikuti ajaran diasaskan pengasas mereka,
Mirzá Husayn- 'Ali Núri atau Bahá'u'lláh. la adalah sebuah agama yang menekankan
soal kesatuan bagi seluruh manusia dengan menyatukan agama-agama yang ada
antaranya adalah agama Buddha, Islam, Yahudi, Kristian, Zoroaster dan Hindu.

Ajaran in mempercayai yang Nabi Isa mati disalib, menolak wujudnya malaikat,
syurga, negara dan segala bentuk mukjizat. Kepercayaan-kepercayaan ini jelas
menyalahi kepercayaa Islam.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama
Islam
Malaysia Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23 Oct 1985 telah membincangkan
Ajaran Bahai. Muzakarah telah memutuskan bahawa Ajaran Bahai adalah bukan
ajaran Islam. Umat Islam yang terlibat dengannya adalah murtad.
5. Hassan Anak Rimau

Ajaran Hasan Anak Rimau ini dikatakan bermula di Kampong Bukit Gading, Bukit
Mas, Tanah Merah, Kelantan. Pengasas ajaran ini dikenali dengan gelaran Hassan
Anak Harimau dan merupakan seorang guru silat yang kemudiannya berhenti
mengajar silat untuk mendalami ilmu agama.

Pengasasnya merupakan seorang penjual limau sehingga orang ramal
memanggilnya Hassan Anak Limau. Namun lama-kelamaan, dengan pertambahan
pengikutnya maka dia mula dikenali dengan nama Hassan Anak Rimau. Antara
salah seorang pengikutnya adalah "Ayah Pin" yang turut mengasaskan ajarannya
sendiri.

Setelah kematiannya, pengikutnya masih mengamalkan ajarannya. Menjelang
1970-an, ajaran ini dikatan mula berkembang dari Kelantan ke Terengganu
sebelum tersebar ke negeri-nengeri lain. Dalam kalangan pengikutnya, Hassan

Anak Rimau dikenali sebagai seorang yang mempunyai kelebihan boleh
mengetahui isi hati tetamu yang datang berjumpanya.
Ajaran ini terkenal dengan amalan zikir secara kwat dan beruzlah yang telah
difatwakan akan keharamannya. Status pengharam ajaran ini boleh dirujuk pada
laman web Fatwa Jabatan Mufti Selangor dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

6. Millah Abraham

Ajaran Milllah Abraham ini dipercayai berasal dari Bogor, Indonesia. Ajaran ini mempunyai
persamaaan dengan kumpulan Negara Islam Indonesia (NIl) atau pemuda Kahfi atau Ad-
Deen yang telah difatwa dan diwartakan sebagai menyeleweng.

Ajaran ini pernah menggemparkan Malaysia tidak lama dahulu terutamanya di
Sarawak apabila terdapat pendedahan bahawa mereka mempunyai rancangan untuk
menguasai Borneo melalui aktiviti keganasan. Ahli-ahlinya dikatakan dipersiapkan untuk
berperang di Sabah, Sarawak dan Kalimantan.

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak pada tahun 2016 sebulat suara
memutuskan bahawa ajaran ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.
Antara kesesatan nyata yang dibawa oleh mereka adalah mensyirikkan sesiapa sahaja
yang meolak ajaran ini, mendakwa ada Rasul selepas Nabi Muhammad S.A.W dan
menggabungkan 3 agama iaitu Islam, Kristan dan Yahudi.

Ajaran ini juga dianggap ekstrim kerana pengikutnya sanggup memutuskan hubungan
dengan ahli keluarga yang tidak mengikut ajaran mereka dan memahami Al-Quran
dengan tafsiran sendiri.

Rujukan

1. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/fmt-
ohsem/inspirasi/2021/05/06/beberapa-ajaran-sesat-terkenal-di-malaysia-dan-
amalan-karutnya/

2. https://iluminasi.com/bm/ajaran-ajaran-sesat-yang-telah-diharamkan-kerajaan-
malaysia.html

3. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/04/146600/ayah-pin-meninggal-
dunia-malam-tadi

4. https://iluminasi.com/bm/ajaran-ajaran-sesat-yang-telah-diharamkan-kerajaan-
malaysia.html

5. https://m-update.com/2019/01/18/%EF%BB%BFajaran-bahai-dan-pengasasnya/
6. https://www.youtube.com/watch?v=j2AOPdAmvys
7. https://m-update.com/2019/01/14/%EF%BB%BFajaran-millah-abrahamibrahim/


Click to View FlipBook Version