NAMA PENSYARAH: Nur Khamsiah Binti Adan
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
(MPU21032)
JABATAN: JABATAN PERDAGANGAN
TAJUK E-FOLIO: KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN
AHLI KUMPULAN:
1.KISHOK KUUMAR A/L SELVAM (06DAT21F1028)
2.NAVINA A/P RENGASAMY (06DAT21F1063)
3.PAVITHRA A/P RAJA (06DAT21F1031)
4.PREVIN A/L VELMURUKAN (06DAT21F1086)
AHLI KUMPULAN
1
KISHOK KUUMAR A/L SELVAM PAVITHRA A/P RAJA
(06DAT21F1028) (06DAT21F1031)
NAVINA A/P RENGASAMY PREVIN A/L VELMURUKAN
(06DAT21F1063) (06DAT21F1086)
2
NOMBOR ISI KANDUNGAN MUKA
1 SURAT
2 TAJUK
3 4
KEBUDAYAAN
4 PENGENALAN 5
DEFINISI
5 CIRI-CIRI BUDAYA 6
JENIS-JENIS KAUM 7
8
KAUM MELAYU 9-10
11-12
PENGENALAN 12-14
TULISAN 14-15
PERAYAAN
PAKAIAN 15-16
MAKANAN 16-18
PERMAINAN 19-20
SENI BINA 21-23
KAUM CINA 24
25-26
PENGENALAN
TULISAN 27
PERAYAAN 28
PAKAIAN 29
MAKANAN 30-31
PERMAINAN 32-33
TARIAN 34-35
KAUM INDIA 3
PENGENALAN
TULISAN
PERAYAAN
PAKAIAN
MAKANAN
PERMAINAN
TARIAN
PERPADUAN 36-38
6 PENGENALAN 39
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN 40-41
BUDAYA DAN PERPADUAN 42
43
CONTOH MAKANAN TRADISIONAL
CONTOH LAMPIRAN MAKANAN
KEBAIKAN, TUJUAN, KEPENTINGAN PERPADUAN
7 MASALAH AWAL PERPADUAN KAUM-KAUM DI MALAYSIA 46
RUMUSAN 47
4
KEBUDAYAAN
PENGENALAN
Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang yang hidup dalam keadaan
aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India.
Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada penduduk
Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan
mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting
dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk
Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung.
Kebanyakkan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme, atau Kristian, berbahasa
Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam
bidang ekonomi negara. India pula membentuk 7.5% daripada populasi negara
Malaysia. Kebanyakkan beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi.
Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera
lain. Bahasa Melayu ialah Bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris
digunakan untuk perniagaan.
Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah mendefinisikan Budaya Malaysia
menerusi “Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971” yang menentukan apa yang
dianggap budaya rasmi, mendasarkannya kepada budaya Melayu dan
menginterasikan pengaruh Islam. Bahasa yang sangat dipengaruhi ini; hanya teks
Melayu yang dianggap sebagai teks budaya rasmi. Kawalan kerajaan ke atas media
adalah kuat, dan kebanyakan saluran media berkaitan dengan kerajaan dalam
beberapa cara.
Kebudayaan berperanan penting dalam proses pembangunan negara di
Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang
dijalankan kearah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah
tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat
dalam satu proses yang berterusan.
5
DEFINISI
Pada umumnya, istilah ‘kebudayaan’ sukar diberi takrif yang tepat kerana
kebudayaan itu sendiri merupakan satu bidang yang sangat luas. Malahan boleh
dikatakan hampir setiap pengkaji cuba memberi definisi kebudayaan mengikut
tafsiran masing-masing. Perkataan ‘budaya’ berasal daripada bahasa Sanskirt,
buddhayah iaitu kata jamak yang berasal daripada perkataan buddhi yang
membawa maksud budi dan akal.
Myang bererti mengolah dan mengerjakan. Berpandukan dua definisi ini mungkin
dirasakan belum memadai untuk memberi gambaran yang jelas tentang maksud
‘Kebudayaan’.
Dalam pengertian umum, ‘kebudayaan’ merupakan seluruh cara hidup
masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi
daripada satu generasi ke satu generasi yang lain melalui proses pembelajaran.
Mengikut takrif kamus dewan pula, ‘kebudayaan’ membawa maksud cara hidup
sebuah masyarakat tamadun, peradaban dan kemajuan.
CIRI-CIRI BUDAYA
Merupakan suatu perkongsian antara masyarakat
Diperolehi melalui proses pembelajaran
Tidak dapat berpisah dengan Bahasa
Wujud nilai-nilai tertentu
Mengikut keadaan bentuk muka bumi
Diwarisi secara turun-menurun
6
JENIS-JENIS KAUM
MELAYU CINA
Merupakan kaum yang yang Mewakili 25% dariapada
komuniti terbesar dengan penduduk Malaysia
membentuk 54% daripada
penduduk Malaysia.
14%
7% 54% MELAYU
25% CINA
INDIA
LAIN-LAIN
INDIA
India membentuk 7.5% daripada
populasi di Malaysia.
7
KAUM MELAYU
PENGENALAN
Dari segi bahasa, bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu adalah daripada
kelompok bahasa Austronesia. Bahasa ini dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
mengikut tiga kumpulan manusia berdasarkan kedudukan geografi masing-masing.
Tiga kumpulan tersebut adalah di semenanjung dan Kepulauan Melayu yang
meliputi Malaysia, Indonesia, Filipina dan Madagascar, kedua Malenesia, dan
kepulauan sekitaran serta ketiga Polinesia dan kepulauan sekitarnya. Bahasa yang
digunakan oleh orang Melayu ialah Bahasa Melayu . Sebelum kedatangan Barat,
tulisan yang digunakan oleh orang Melayu ialah tulisan jawi, iaitu pengarah yang
dibawa oleh pedagang-pedagang ARAB sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
lagi.
Masyarakat Melayu di Malaysia mewakili jumlah penduduknya yang tertinggi
diiukuti kaum Cina, India dan lain-lain. Justera, kita akan lihat dengan mendalam
mengenai adai budaya hidup masyarakat kaum Melayu.
1)TULISAN
CONTOH TULISAN JAWI
8
2)PERAYAAN
PERAYAAN AIDILFITRI
Pertama, terdapat pelbagai perayaan keagamaan yang disambut oleh kaum
Melayu contohnya, perayaan Aidilfitri. Perayaan Aidilfitri merupakan
perayaan yang disambut setahun sekali yang diraikan dalm bulan Syawai
mengikut kalendar Islam. Perayaan ini diraikan sebagai hari kemenangan
dan hari kegembiraan setelah semua umat Islam berpuasa selama sebulan
pada bulan Ramadan mengikut kalendar Islam, iaitu bulan sebelum bulan
Syawal.
HARI RAYA AIDILADHA
Kedua, Hari Raya Aidiladha dikenali juga sebagai Hari Raya Korban dan
Hari Raya Haji yang merupakan perayaan agama yang disambut oleh seluruh umat
Islam di dunia. Hari raya ini menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat
haji di Mekah iaitu sehari selepas Jemaah haji mengerjakan wukuf di Arafah.
9
Orang-orang Islam akan menyambutnya pada tanggal 10 Zulhijjah pada setiap
tahun.
3)PAKAIAN
Baju tradisional Melayu merujuk kepada baju tradisional orang Melayu,
terutamanya baju Melayu dan baju kurung. Selain itu, ia juga termasuk baju
kebaya.
Pakaian orang Melayu kini lahir daripada pertumbuhan dan perkembangan
pakaian orang dahulukala melalui proses ubah ansur. Proses ini bukan sahaja
berlaku akibat peradaban awal masyarakat ditempat itu sendiri, malahan
yang lebih penting akibat daripada pengaruh daripada pedagang India, Cina,
Arab dan Eropah. Unsur-unsur tamadun dari timur dan barat ini diolah dan
digabungkan menjadi satu budaya yang beraneka rupa serta indah dan unik
Pakaian kaum lelaki yang masih popular hingga kini ialah Baju Melayu
manakala pakaian wanita yang masih popular termasuklah Baju
Kurung,Baju Kebaya Panjang, Baju Kebaya Pendek, Baju Kurung Kedah
dan Baju Pahang. Selain itu terdapat juga pakaian yang dianggap klasik
seperti pakaian Puteri Perak, Cik Siti Wan Kembang, Baju Menora dan Baju
Minangkabau.
10
PAKAIAN LELAKI: BAJU MELAYU PAKAIAN PEREMPUAN: BAJU KEBAYA
- DIPAKAI KETIKA MENYAMBUT -DIPAKAI KETIKA MENYAMBUT
HARI RAYA ATAU MENGHADIRI HARI RAYA ATAU MENGHADIRI
MAJLIS-MAJLIS RASMI TERTENTU MAJLIS-MAJLIS RASMI
SEPERTI MAJLIS PERKHAWINAN. TERTENTU SEPERTI MAJLIS
PERKHAWINAN.
- SAMPIN TURUT DIPAKAI SUPAYU
IANYA TAMPAK LEBIH CANTIK -BIASANYA BAJU INI DIBUAT
DAN KEMAS. DENGAN KAIN SONGKET.
-PERHIASAN YANG SESUAI
SEPERTI RANTAI, DAN KAIN
SELENDANG YANG DIKENAKAN
BOLEH MENAMBAH SERI SI
PAKAI.
11
4)MAKANAN
NASI LEMAK
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura
terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak
dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala
daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan
aromanya. Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus, timun, ikan bilis
goreng dan sambal. Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak
seperti ayam, daging, sotong, udang, limpa dan hati lembu.
LEMANG
Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang hanya
terdapat ketika Hari Raya. Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan
makanan tradisi ini. Lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak
1864. Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding.
Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan. Nasi didalam bulur dibakar
12
dengan daun pisang. Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara
memasak kaum asli di Malaysia.
5)PERMAINAN
BATU SEREMBAN
Walaupun permainan batu seremban ini merupakan permainan tradisional yang
hanya memerlukan kita duduk sahaja untuk bermain, ianya memerlukan fokus
yang sangat tinggi serta koordinasi tangan dan mata yang baik untuk membaling
dan menangkap semula batu yang dibaling itu. Dengan pergerakan pergelangan
tangan dan jari jemari tangan ketika bermain batu seremban ini, kemahiran motor
halus anak dapat ditingkatkan.
CONGKAK
Jangan kata anak, ibu bapa juga pasti akan berasa seronok sekiranya dapat bermain
congkak ini. Permainan congkak memerlukan pergerakan tangan, pergelangan
tangan dan jari jemari tangan yang cekap untuk bermain. Dengan bermain
13
congkak, ianya bukan sahaja melatih tahap fokus anak, tetapi juga dapat
meningkatkan koordinasi tangan dan mata serta kemahiran motor halus mereka.
6)TARIAN
TARIAN MAK YONG
Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani
di selatan Thailand dicipta untuk
hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewak
tu ketiadaankerabat diRaja lelaki. Tarian ini menggabungkan
drama romantis, serta
tariand a n n y a n y i a n t r a d i s i o n a l d e n g a n g a y a y a n g m e n a w a n , y
a n g m e n g i s a h k a n zaman kegemilangan kesultanan Melayu.
TARIAN KUDA KEPANG
14
Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa.
Parapenari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah
kejayaanperjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung.
7)SENI BINA
RUMAH KAYU ATAU RUMAH KAMPUNG
Rumah kayu atau rumah kampung pada suatu masa dulu boleh dikatakan tidak
asing bagi orang Melayu. Tapi dengan urbanisasi penduduk kini, ramai anak-anak
Melayu yang tidak lagi mengenal apakah ciri bentuk sebenarnya rumah kayu
tradisional maupun caranya dibangun tanpa paku. Sebelum kedatangan pengaruh
luar dan telunjuk moden, penduduk asal Melayu dan Orang Asli di Semenanjung
Tanah Melayu dan Sumatera serta kaum Bumiputra/Pribumi lain di Borneo dan
bahagian lain di alam Melayu telah mempunyai sistem perumahan yang canggih,
cantik dan serasi dengan gaya hidup dan alam sekitar.
RUMAH TANGGA
Rumah tradisional Melayu memerlukan tangga untuk sampai ke kawasan
pedalaman tinggi. Biasanya tangga disambungkan pada bahagian depan tanah dari
15
rumah untuk serambi (anjung atau ruai). Tangga tambahan mungkin ditemui di
belakang rumah. Tangga boleh dibuat daripada kayu atau bata struktur ditutup
dengan jubin. Sebagai contoh, dalam seni bina Melaka dan Riau, tangga sentiasa
dibentuk dan juga sebagai dihiasi jubin berwarna-warni.
KAUM CINA
PENGENALAN
Hubungan antara Alam Melayu dengan Alam Cina telah bermula sejak abad ke-4
(Wang1991). Pada mula-mulanya, orang Cina datang ke Alam Melayu untuk
berniaga dan mempelajari agama. Bilangan mereka yang bermigrasi menjadi
signifikan pada abad ke-18, khasnya semasa penjajahan British, untuk mencari
rezeki. Ketika itu, mereka dianggap sebagai sojourner atau hua-qiao, berbeza
saripada yang menetap di Alam Melayu sehingga hari ini. Dalam proses migrasi
dan penetapan itu identifikasi mereka mengalami perubahan besar. Perubahan itu
perlu difahami demi kepentingan pembinaan bangsa dan perpaduan negara.
Sehubungan itu, banyak kajian tentang pengekalan dan perubahan identiti orang
Cina di Tanah Melayu telah dilakukan sarjana sains sosial sejak tahun 1980-an.
1)TULISAN
16
CONTOH TULISAN CINA
2)PERAYAAN
TAHUN BARU CINA
Tahun Baru Cina adalah satu perayaan kaum Cina yang paling popular di
Malaysia. Setiap tahun, perayaan ini disambut meriah oleh mereka yang
berbangsa Cina selama 15hari bagi meraikan kedatangan tahun baru menurut
calendar mereka. Pada malam Tahun Baru, semua ahli keluarga berkumpul
untuk mengeratkan perhubungan sesama keluarga. Kebiasaanya, sambutan
Tahun Baru Cina ini memang sangat sinonim dengan makanan seperti Yee
Sang, Kuih Bulan, dan Limau Mandarin dan Pemberian Angpau juga
diberikan. Wang angpau akan dimasukkan ke sampul merah untuk diberikan
kepada kanak-kanak remaja mahupun yang masih belum berkhawin.
PESTA TANGLUNG
17
Perayaan yang juga dikenali Chap Goh Mei ini diadakan sebagai penutu bagi
perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Tanglung merupakan malam pertama
bulan purnama selepas Tahun Baru Cina. Pada malam tersebut, tanglung
berwarna-warni akan dinyalakan dan mercun akan dibakar untuk meriahkan
lagi sambutan. Menurut adat kaum Cina, tujuan mercun dibakar untuk
menghalau makhluk jahat yang kejam. Makhluk tersebut dikatan akan takut
sekiranya mendengar bunyi bising yang dihasilakn oleh mercun.
Difahamkan, terdapat juga amalam menolar buah limau je dalam laut atau
sungai dengan doa untuk mendapatkan pasangan.
PERAYAAN KUIH BULAN’
Sejarah perayaan kuih bulan dikatakan untuk menyambut kemenangan orang
Cina telah mengalahkan Mongol pada akhir pemerintahan Dinasti Yuan
zaman dulu kala. Peryaan ini juga dikaitkan dengan Chap Goh Mei, namun
ia adalah perayaan yang berbeza. Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari
18
ke-15 bulan ke-8 dalam calendar Cina. Salah satu hidangan istimewa pada
peryaan ini sudah semestinya kuih bulan itu sendir. Kuih bulan biasanya
dibuat daripada adunan manis berinti kacang merah, biji Teratai dan kuning
telur asin. Terdapat juga tradidi mengatakan bahawa kuih bulan dibuat
sebagai persemnahan kepada Dewa Dapur agar mulutnya terkunci selepas
memakan kuih bulan. Oleh itu, dia tidak akan dapat menyampaikan laporan
buruk kepada Maharaja Syurga.
3)PAKAIAN
Lelaki
1.Samfoo
membawa maksud 'baju dan seluar' dalam bahasa dialek Kantonis. Samfoo dipakai
oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan
terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar. Pakaian
tradisional ini bukan pakaian tradisional kaum Cina. Ia diperkenalkan sewaktu
Dinasti Ching. Ia adalah pakaian tradisional kepada Orang Manchu.
19
2.Hanfu
Orang Cina merupakan Suku Cina Han.merupakan pakaian tradisional sebenar
kaum Cina. Gambar yang ditunjukkan ialah pakaian tradisional kaum lelaki.
Wanita
CHEONGSAM
Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagai
pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini
20
membawa bersama adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional yang
kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan.Busana klasik Cina yang
asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih
boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah
Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan
upacara. Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada
upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru
Cina. Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras
lutut. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.
4)MAKANAN
YEE SANG
Yee Sang ataupun dikenali sebagai Yusheng adalah makanan yang terdiri dari
aneka salad dan ikan. Campuran kesemua bahan ini menjadikan hidangan ini
berwarna-warni dan sangat menarik. Yee Sang biasanya dihidangkan menjelang
sambutan Tahun Baru Cina.
DUMPLING
21
Dumpling ataupun dikenali sebagai Jiaozi mempunyai kulit yang diperbuat
daripada tepung gandum. Biasanya ia berintikan isi yang pelbagai jenis
seperti udang segar, daging dan juga sayur-sayuran seperti cili, halia,
cendawan serta herba.
KUIH BULAN
Kuih bulan biasanya boleh didapati menjelang musim perayaan pertengahan
musim luruh atau Tahun Baru Cina. Ia mempunyai rasa yang manis serta
boleh dimakan begitu sahaja.
CHANG SHOU MIAN
22
Chang Shou Mian merupakan mee telur Kantonis paling nipis serta diperbuat
daripada tepung gandum. Ia warna kuning keemasan serta sedikit kenyal antara
ciri-ciri istimewanya. Mee chang shou mian ini biasanya disajikan semasa
sambutan hari lahir atau tahun baru.
5)PERMAINAN
XIANG QI
Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua
orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur.
Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur
Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas
Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang
paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao
(meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur)
23
daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang
mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.
YO-YO CINA
Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang
sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan
sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain
akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada
jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar
tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat
daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi
lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi
apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya
mengimbangi kelajuan yo-yo.
6)TARIAN
TARIAN SINGA
24
Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam
adatwarisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan
singadengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh
duapenari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan
denganmenggerakankepala kostum, manakala pasangan penariakan
memainkanbahagian belakangkostum singa tersebut. Kedua-dua penariitu
akan bergerakseakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa
iniakandiiringi oleh gong,dram, dan dentuman mercun yang dikatakan
akanmembawa tuah.
TARIAN NAGA
Tarian naga ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam
budayaCina.Sepertilah tarian singa,tarian naga sering dipersembahkan pada
musimperayaan.Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" sebagai
lambangidentiti etnik.Pada fikiran orang cina,naga adalah sejenis hidupan
yangmenguntungkan.Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang
25
bolehmenghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab
itu,sejakzaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina,
ataumemimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa,bahkan ketika
adabencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan
mengadakantarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.
TARIAN KIPAS
Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di
mana 7 wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina
mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada
masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi,
angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina
mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina
umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu
kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya
tarian ini boleh membawa kebaikan atau "Fung Shui" yang baik kepada
seluruh anggota masyarakat.
KAUM INDIA
26
PENGENALAN
Masyarakat India merupakan etnik ketiga yang terbesar di Malaysia dan
juga salah satu kaum yang menyumbang ke arah pembentukan sebuah
masyarakat majmuk di negara ini. Seperti masyarakat lain, masyarakat
india juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih
mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Orang India Malaysia
ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang
berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah
Melayu.
Orang india telah berhijrah ke Mlaysia sejak 2000 tahun yang lalu.
Kedatangan mereka secara berkumpulan seperti komunity Chitty Melaka
dan komuniti Mamak semasa Kesultanan Melaka dan semasa
pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Tujuan
penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ialah mensasarkan tujuan
perniagaan atau perdagangan. Pada tahun 2005, orang India merupakan
lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia.
1)TULISAN
TULISAN TAMIL TULISAN SANSKRIT
2)PERAYAAN
27
DEEPAVALI
Bagi perayaan Deepavali, penganut hindu akan mandi minyak yang
melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian
yang melambangakan permulaan yang baru, penganut Hindu akan
mengunjungi ke kuil.
THAIPUSAM
Bagi perayaan Thaipusan pula, ia merupakan untuk hapuskan dosa-dosa
yang telah dilakukan di atas muka bumi. Tapi taksemua penganut Hindu
melakukan Nazar. Nazar ini membawa maksud memohon sesuatu hajat
kepada dewa Muruga dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara
tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.
3)PAKAIAN
28
PAKAIAN LELAKI
Dhoti merupakan pakaian tradisional orang lelaki dalam kaum India. Dhoti
merupakan hasil tenunan yang ditenun menggunakan benang kapas
(COTTON) dan juga ada dhoti yang ditenun khas dengan benang silk.
Pemakaian dhoti juga mempunyai pelbagai cara. Gambar diatas adalah
beberapa contoh pemakaian dhoti.
PAKAIAN PEREMPUAN
29
Sari merupakan pakaian tenunan khas yang dipakai oleh semua kalangan
orang India. Sari diubahsuai untuk menjadi pakaian kepada golongan kanak-
kanak dan remaja. Sari juga dipakai mengikut kehendak dan ia dapat
menunjukkan kumpulan keturunan seseorang wanita India. Berikut adalah
beberapa contoh dalam cara pemakaian india bagi perempuan.
4)MAKANAN
MURUKU TOSAI
IDLI
Masyarakt India dicirikan oleh kegunaan pelbagai rempah, herba dan
sayur-sayuran lain ditumbuh di India dan juga untuk amalan tersebar
vegetarianisme di sepanjang banyak bahagian masyarakat. Setiap
keluarga masakan India dicirikan oleh suatu campuran luas teknik
30
hidangan dan masakan. Sebagai suatu akibat, ia berlainan dari rantau ke
rantau, mencerminkan demografi berlainan dari subbenua India yang
secara etnik berpelbagai.
Kepercayaan agama dan budaya India telah memainkan suatu peranan
berpengaruh dalam evolusi masakannya. Meskipun, masakan di
sepanjang India juga timbul oleh kerana interaksi kebudayaan skala
besar sebbenua dengan parsi yang berjiran, Greece kuno, Mongol dan
Asia Barat, membuatnya suatu pemaduan unik dari pelbagai masakan di
sepanjang Asia.
Perdagangan rempah di antara India dan Eropah sering dipetik sebagai
suatu mangkin untuk Zaman Penjelajahan Eropah. Zaman penjajah
memperkenalakan gaya masakan Eropah ke India menambahkan pada
kelenturan dan kepelbagaian masakan India. Masakan India telah
mempunyai suatu pengatuh luar biasa pada masakan di sepanjang dunia,
khususnya dari Asia Tenggara.
JILABBI PANIPURI
31
5)PERMAINAN
KABADDI
Kabadi ialah sebuah permainan yg dibentuk dalam permainan
tradisional India. Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan
tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah
permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura
Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India. Kabadi juga dimainkan
oleh tentera British untuk tujuan hiburan, menjaga kemantapan badan
dan juga untuk mengumpan tentera askar dan komuniti Asia British.
Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada
tujuh pemain. Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m
(separuh daripada gelanggang bola keranjang). Setiap pasukan
mengandungi pemain simpanan seramai 5 orang. Permainan ini
dilangsungkan selama 20 minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat
semasa pertukaran gelanggang. Satu pasukan akan menghantar
penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang mana bertujuan untuk
menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah
balik kepada pasukannya. Pemain yang telkah disentuh akan terkeluar
dan meninggalkan padang. Sementara itu, pihak pertahanan
membentuk sebuah rantai seperti berpegangan tangan antara satu
sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan
akan meninggalkan padang. Sasaran pertahanan adalah untuk
menghentikan penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti
berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi,
penyerang itu akan meninggalkan padang. Pemain juga boleh melepasi
32
sempadan garisan atau bahagian bdn mencecah tanah di luar garisan,
kecuali semasa bergelut dengan pasukan pihak lawan. Setiap pemain
yang terkeluar, pihak lawan akan mendapat mata. Pasukan yang skor
dua mata bonus, yang dipanggil lona, manakala semua pihak lawan
akan tersingkir. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul
mata tertinggi akan menang. Permainan adalah berdasarkan
kesesuaian umur dan berat. Permainan ini terdiri daripada satu
pengadil, dua pembantu pengadil, satu penjaring dan dua pembantu
penjaring.
SILAMBAM
Silambam bermakna pergerakkan tanpa senjata dan senjata seperti tongkat
kayu, pedang, tombok dan sebagainya. Silambam juga diertikan sebagai
bakat pertandingan, tindakan untuk menakutkan orang lain, tindakan
bertaktik dan memusing tongkat kayu.
Kepakaran awal dalam seni Slambam ialah "membina rumah". Di sini ahli
akan menetapkan langkah kaki bilangan langkah 16, 32, 64 dan sebagainya
untuk meletakkan musuh di bawah penguasaannya sebelum menerkamnya.
Kepakaran berikut adalah kemahiran-kemahiran membongkok, lincah, bakat
dan membelasah dengan bertindak tanpa menggerakkan badan dan
menggerakkan badan pada empat situasi, iaitu kepala, bahu, pinggang dan
kaki tanpa sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan menjadi lesu.
33
6)TARIAN
TARIAN BHARATHANATYAM
Tarian Bharathanatyam merupakan salah satu gaya tarian klasik India.
Bharathanatyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi,
yang mana untuk menguasai perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana
terdapat pelbagai pergerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari
demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini
secara lengkap,penuh dengan kegemilangan. Tarian ini berasal daripada
wilayah Tamil Nadu di bahagian selatan India. Secara tradisionalnya, tarian
ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. Satu
persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di
kenali sebagai Alarippu, Jatiswaran, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana.
Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan
Nriya.
TARIAN KATHAK
34
Kathak merupakan salah satu dari lapan bentuk tarian klasik India, berasal
dari India Utara. Tarian ini boleh dijejak asalnya kepada pencerita lisan
nomad India utara silam, dikenali sebagai Kathaks, atau pencerita. Pencerita
ini, membuat persembahan di lapangan kampung dan laman kuil,
kebanyakannya khusus dalam mengisahkan kisah mitos dan moral dari
kitab, dan menokok pengisahan mereka dengan alunan tangan dan mimik
muka. Ia pada asasnya merupakan teater, menggunakan alatan dan bunyi
muzik bersama gerak tangan, bagi menghidupkan penkisahan. Dalam bentuk
kini terkandung bekas tarian kuil dan adat, dan pengaruh pergerakan bhakti.
Sejak abad ke-16 seterusnya ia menyerap sesetengah ciri tarian Parsi dan
tarian Asia Tengah yang diimport oleh istana diraja era Mughal.
35
PERPADUAN
MALAYSIA kaya dengan kepelbagaian budaya, bahasa, adat resam dan
agama. Masyarakat luar sering memandang Malaysia sebagai negara model
perpaduan atas keharmonian dan kesejahteraan rakyatnya yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan latar belakang. Silang budaya berlaku apabila dua atau lebih
individu daripada latar belakang berbeza berinteraksi.
Perbezaan latar belakang ini mencukupi budaya luaran yang ketara seperti
pakaian, rupa, bahasa, adat resam, makanan dan tempat tinggal. Manakala budaya
dalaman yang tidak ketara adalah seperti pengetahuan, kepercayaan, moral dan
nilai hidup. Apabila perbezaan budaya ini difahami, ia akan melahirkan hubungan
yang positif dan harmoni.
PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan perpaduan berasal daripada kata
akar “padu”, iaitu yang bererti bergantung, bersatu, bercampur untuk menjadi satu,
kukuh dan utuh, bermuafakat dan berunding dengan bersungguh-sungguh.
Perpaduan dalam konteks wacana ini membawa maksud rakyat Malaysia yang
berbilang kaum mestilah bersatu hati dalam pelbagai perkara bagi menyelesaikan
masalah, bermuafakat dalam semua hal, bekerjasama antara satu sama lain dan
berunding untuk bersatu agar menjadi satu bangsa yang kuat.
Perpaduan juga merujuk kepada penyatuan kepelbagaian etnik dalam sesebuah
negara bertepatan dengan slogan unity in diversity (perpaduan dalam
kepelbagaian) serta mengiktiraf kewujudan kepelbagaian (Shaharuddin Badaruddin
2007). Perpaduan adalah asas kepada pembinaan negara bangsa dan harus dipupuk
36
amalannya dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Konsep 1Malaysia
merupakan salah satu gagasan yang dicetuskan Perdana Menteri, Dato‟ Sri Mohd
Najib Tun Razak bagi memupuk perpaduan dalam rakyat Malaysia secara
keseluruhannya.Gagasan ini merupakan satu formula bagi membantu
merealisasikan impian negara untuk mencapai Wawasan 2020 dalam suasana
kepelbagaian yang harmoni dan stabil. Antara nilai yang ditekankan dalam gagasan
ini ialah sikap penerimaan dalam kalangan pelbagai etnik terhadap etik yang lain.
Sikap penerimaan yang ingin diwujudkan merupakan satu cabaran yang perlu
dihadapi bagi membolehkan setiap keunikan pelbagai etnik saling dikongsi,
dihormati dan diterima sebagai lambang identiti kebangsaan.
Perpaduan masyarakat juga diibaratkan sebagai tiang kemakmuran dan kedamaian
negara di samping menyumbang kepada keamanan dan kestabilan. Sekiranya
kepelbagaian menjadi punca percanggahan dan pertelagahan, suasana damai yang
diimpikan dilihat sukar untuk dikekalkan sekiranya setiap etnik bersifat
etnosentrik. Situasi ini pernah termaktub dalam sejarah negara apabila meletusnya
peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang menyebabkan hubungan etnik di Malaysia
berada dalam keadaan yang begitu genting dan tegang. Suasana kucar-kacir,
pertumpahan darah, keganasan dan kematian amat membimbangkan terutamanya
bagi mereka yang pernah melalui sendiri detik tersebut.
Salah satu formula mencegah ketegangan hubungan etnik masakini ialah kembali
kepada memahami dan menerima Kontrak Sosial.Pada umumnya, Kontrak Sosial
adalah persetujuan bersama kaum yang berbeza di Tanah Melayu untuk saling
menerima, memahami, menghormati dan bertolak ansur mengenai status quo
masing-masing dalam usaha mewujudkan perpaduan ke arah kemerdekaan. Ianya
adalah semangat dalaman yang tidak semata- mata dihujahkan melalui sudut
pandang perundangan dan perbincangan ilmiah, tetapi juga nilai dan sentimen
sejarah negara.Sejarah adalah pengajaran.Ungkapan seorang ahli falsafah, George
Santayana, “Those who forget history are doomed to repeat it” amat relevan dan
signifikan dalam perbincangan mengenai sisi hitam sejarah negara dan
pengajarannya.Pengetahuan sejarah khususnya punca berkaitan peristiwa 13 Mei
1969 berupaya mencegah masyarakat daripada mengulangi kesilapan
tersebut.Melalui sejarah juga masyarakat dapat mengetahui dan memahami latar
belakang negara ini dan sentiasa mengambil iktibar daripada peristiwa yang pernah
terjadi.
37
DARI SEGI PERPADUAN
1.PERTUMBUHAN EKONOMI YANG BAIK
-PERTUBUHAN EKONOMI YANG BAIK DAPAT MENGURANGKAN
JURANG PERBEZAAN DAN TUNTUTAN EKONOMI.
2. KERAJAAN DEMOKRASI
-PENGAMALAN DEMOKRASI BERPARLIMEN 1975 MEMUDAHKAN
3. TOLAK ANSUR BUDAYA
-BUDAYA YANG DIAMALKAN OLEH SETIAP KAUM MENJADI TERAS
DALAM KEBUDAYAAN KEBANGSAAN DAN MENINGKATKAN
PERPADUAN ANTARA KAUM.
RAKYAT MENYATAKAN BANTAHAN DAN MEMERLUKAN RASA
KETIDAKPUASAAN ETNIK MELALUI WAKIL ETNIK MASING-MASING.
38
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN BUDAYA
DAN PERPADUAN
AGAMA
FAKTOR AGAMA PALING PENTING KERANA DASAR
TANGGAPAN TERHADAP ALAM SEKITAR DARI SEGI SOSIAL DAN
FIZIKAL.
ADAT RESAM
ADAT RESAM JUGA MUSTAHAK SEBAGAI PETUNJUK JALAN
BAGI SESEORANG DALAM MENGENDALIKAN HIDUP
BERMASYARAKT DAN BERBUDAYA.
BAHASA
BAHASA JUGA PENTING SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI .
39
CONTOH MAKANAN TRADISIONAL YANG POPULAR DI
MALAYSIA
Negara Malaysia terkenal dengan kepelbagaian kaum, bangsa, agama serta budaya.
Terdapat kaum Melayu, Cina dan India di Malaysia, dan setiap kaum ini
mengamalkan budaya masing-masing asalkan budayanya itu tidak melanggar
undang-undang serta peraturan negara.Pelbagai hidangan yang menarik daripada
berlainan bangsa. Antara hidangan-hidangan yang popular dan menarik yang ada
di negara Malaysia ialah:
1.Nasi Lemak.
Nasi lemak merupakan hidangan yang berasal daripada Semenanjung Malaysia.Ia
merupakan hidangan kaum Melayu dan telahpun menjadi rutin harian rakyat
Malaysia tidak kiralah dihidangkan pada waktu siang ataupun malam. Nasi lemak
ini juga dikategorikan sebagai juadah kebangsaan di Malaysia dan juga popular di
pelosok setiap negara.
2.Roti Canai
Roti canai ialah hidangan yang diperkenalkan oleh masyarakat India. Ia merupakan
roti yang leper. Hidangan ini dibawah pihak imigran Tamil Muslim, iaitu
penduduk yang menetap di Malaysia juga. Roti canai ini juga dikenali sebagai roti
'terbang' kerana proses pembuatannya itu dengan cara lemparan , terbalikkan serta
pusingkan roti itu sebelum ia dimasak.
3.Asam Laksa
Hidangan Asam Laksa ini merupakan makanan tradisi masyarakat Baba dan
Nyonya. Baba dan Nyonya ini merupakan keturunan yang pada asalnya imigran
Cina yang datang ke Tanah Melayu. Mereka telah bekerjasama menggabungkan
40
budaya Melayu ini untuk diterapkan di dalam kehidupan seharian dan setelah
digabungkan unsur dua budaya ini maka terhasilnya hidangan Asam Laksa ini.
4.Lok Lok
Hidangan ini merupakan steamboat versi Cina. Makanan ini dicucuk dengan lidi
dan kemudiannya direndam ke dalam air yang mendidih ataupun sup yang panas
sehingga menjadi masak dan hidangan ini juga boleh dimakan dengan pelbagai
jenis sos tidak kiralah sos cili ke atau sos manis .
5.Mee kari.
Mee Kari merupakan hidangan yang unik kerana hasilnya daripada gabungan
hidangan masyarakat Cina dan India serta hidangan ini penuh dengan beperisa.
Makanan ini digemari ramai tidak mengira bangsa atau agama dan kuah karinya itu
sedap dan enak dimakan bersama dengan mee,kuetiaw ataupun bihun serta boleh
dimakan dengan cili asam atau cili jeruk.
41
CONTOH LAMPIRAN MAKANAN
MEE KARI ROTI CANAI
42
KEBAIKAN PERPADUAN
Masyarakat kini hidup harmoni
Dapat mengelakkan semangat assabiah
Dapat membangunkan ekonomi negara
Imej negara di mata dunia akan meningkat
Dapat mengekalkan kestabilan politik
TUJUAN PERPADUAN
Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
Masyarakat yang berbudaya penyayang
Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan brtoleransi
Memupuk dan membina masyarakat makmur
Menjamin masyarakatyg adil dan saksama ekonominya.
Membina masyarakat yang maju dan sainstifik
KEPENTINGAN PERPADUAN
Mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera
Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka
Dapat meningkatkan kadar pelancong asing ke Malaysia
Keamanan negara dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah
meresap ke dalam jiwa setiap rakyat malaysia
43
PERPADUAN DALAM MASYARKAT BERBILANG KAUM
Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum. Malaysia mempunyai
23.27 juta penduduk terdiri daripada 61 peratus Melayu, 30 peratus Cina, 8 peratus
India dan 1 peratus kumpulan etnik lain. Malaysia adalah sebuah negara berbilang
kaum yang kaya dengan warisan budaya. Kepelbagaian kaum, agama dan budaya
adalah ciri penting negara kita. Menghargai kepelbagaian budaya dan saling
menghormati perbezaan agama ialah dua perkara yang sangat penting dalam
mencapai keharmonian hidup dalam bermasyarakat. Hal ini demikian kerana
menghormati budaya dan perbezaan agama merupakan kunci utama ke arah
melahirkan masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu.
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai
agama,kepercayaan masing-masing. Rakyat diberikan kebebasan mutlak dalam
mengamalkan ajaran agama dan kepercayaan masing-masing tanpa sebarang
kekangan dan batasan`walaupun agama Islam diisytiharkan agama rasmi negara
kita. Hak kebebasan beragama ini turut termaktub dalam perlembagaan dan
menjadi asas untuk memelihara perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia. Hal
ini menjelaskan bahawa masyarakat berbilang kaum memahami dan menghormati
agama lain dengan lebih baik.
Selain itu, masyarakat berbilang kaum di malaysia diberikan kebebasan
untuk menyambuat perayaan masing-masing secara besar-besaran. salah satu
keunikan di Malaysia ialah konsep 'Rumah Terbuka' di mana semasa pelbagai
perayaan kebudayaan dan keagamaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina,
Deepavali, Hari Gawai dan lain-lain, rakan-rakan dan keluarga akan mengunjungi
rumah mereka yang menyambut perayaan:menikmati jamuan yang disediakan oleh
tuan rumah. Walaupun pengunjung mungkin berbeza kaum, mereka masih boleh
bertolak ansur antara satu sama lain dan tinggal di bawah bumbung yang sama di
mana mereka menyambut perayaan bersama-sama. Ini akan membantu
mengeratkan hubungan sesama mereka. Hal ini jelas membuktikan masyarakat
Malaysia telah hidup dalam keadaan yang harmoni dengan berpegang kuat kepada
sifat toleransi yang tinggi dan setiap kaum juga menunjukkan sikap saling
menghormati antara satu sama lain.
Seterusnya, Selain itu, pelancong juga akan tertarik untuk melawat negara
kita dengan semangat perpaduan yang ditonjolkan oleh rakyat Malaysia. Para
pelancong akan lebih tertarik untuk mempelajari budaya dan adat resam rakyat
44
Malaysia disebabkan keunikan masyarakat kita yang berbilang kaum yang hidup
dalam suasana harmoni. Di samping itu, Malaysia juga dilabel sebagai model
negara membangun dan pengkitirafan ini adalah berdasarkan penilaian terhadap
tiga perkara asas yang dimiliki oleh Malaysia iaitu kesuburan sistem demokrasi,
mempunyai kerajaan yang efektif dan pembagunan ekonomi yang baik. Sifat
terpuji sebeginilah yang telah menjadi tunjang kepada kemajuan kita sebagai
sebuah bangsa yang berjaya.
Kesimpulannya, kestabilan dan keamanan Malaysia juga merupakan
keunikan kita. Kita dapat hidup harmoni dalam negara yang tiada peperangan dan
konflik sesama rakyat Malaysia. Malahan terlalu banyak cabaran dan dugaan yang
terpaksa kita harungi dalam mempertahankan perpaduan dan keharmonian dalam
masyarakat berbilang kaum.Intihanya, semangat perpaduan di negara kita haruslah
dipertahankan oleh semua rakyat demi negara yang tercinta dan dapat menyambut
objektif negara impian.
45
MASALAH AWAL PERPADUAN KAUM-KAUM DI MALAYSIA
Malaysia pernah menghadapi masalah perpaduan kaum ketara apabila tercetusnya
rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Rusuhan antara kaum tercetus kerana masalah
dari segi ekonomi , sosial dan Pendidikan seperti berikut;
1.Pemisah tempat tinggal
Wujudnya perkampungan atau penempatan mengikut kaum hal ini berlaku
kerana pengasingan sektor ekonomi mengikut kaum.
2.Perbezaan tumpuan sektor ekonomi
Hal ini menyebabkan kaum melayu hanya tertumpu kepada kegiatan
pertanian dan nelayan, manakala kaum india tertumpu kepada kegiatan
perladangan dan kaum cina pula tertumpu kepada kegiatan perdagangan dan
perlombongan.
3.Pengasingan sistem Pendidikan
Sistem Pendidikan British telah banyak menimbulkan masalah perpaduan
kaum.
Terdapat dua sistem pendidikan untuk pelajar melayu;
Sekolah Venakular yang hanya berbentuk Pendidikan asas.
Sekolah aliran inggeris yang hanya untuk anak bangsawan.
Terdapat juga sekolah cina untuk kaum cina dan sekolah tamil untuk kaum
india.
Kaum di Sabah dan Sarawak tidak diberikan Pendidikan.
4.Fahaman dan pengaruh politik yang berbeza
Semua kaum di Malaysia berusaha mengekalkan identity kaum, bahasa dan
budaya masing-masing dengan menggunakan pelbagi media dan saluran.
Pada tahun 1937, munculnya persatuan-persatuan india yang mempejuangkan
kedaan pekerja india.
46
5. Masalah ekonomi
Orang melayu dan orang asli menguasai bidang ekonomi yang mundur
seperti bidang pertanian dan nelayan, sementara cina menguasai bidang
ekonomi yang maju iaitu perdagangan dan perlombongan.
Hal ini menyebakan setiap kaum mencemburui kejayaan dan kekayaan
kaum cina.
6. Perbezaan kepercayaan dan keagamaan
Oleh kerana kepercayaan dan agama setiap kaum berbeza, hal ini
menyukarkan untuk menyatupadukan dan memupuk sikap bertolak ansur
antara kaum
RUMUSAN
Natijahnya di sini, dalam masyarakat yang berbilang kaum haruslah
mempunyai sikap bertolak ansur dan perefahaman antara satu sam lain. Jika tiada
sikap bertolak ansur dan persefahaman antara kaum akan mengudang
persengketaan antara kaum yang berpanjangan yang mana susah untuk
diselesaikan. Selain itu, apabila tiada persefahaman antara kaum menyebabkan
pelbagai cabaran yang harus ditempuhi oleh semua pihak. Oleh itu, semua pihak
haruslah mengimplientasikan pelbagai usaha untuk menyatupadukan masyarakan
pelbagai kaum di Malaysia. Masyarakat haruslah mengambil iktibar dari konflik
yang berlaku di luar negara agar tragedi peristiwa 13 Mei tidak berulang lagi.
Sebagai sebuah masyarakat majmuk kite hendaklah menghormati budaya dan
agama kaum atau bangsa lain dengan cara tidak menyentuh hal sensetiviti kaum
lain agar tidak tercetusnya pergaduhan antara kaum.
47
TERIMA KASIH
48