21 APRIL 2022 (KHAMIS)
2.30 PETANG
GOOGLE MEET
http:/meet.google.com/utn-pbii-psi
Dirasmikan oleh :
En. Yusri bin Bappu
Pengetua SMK Darulaman
1
KANDUNGAN
BIL BUTIRAN HALAMAN
1. ATURCARA MAJLIS 3
2. NOTIS MESYUARAT AGUNG 4
3. KATA ALU-ALUAN PENGETUA 5
4. KATA ALU-ALUAN YDP PIBG 10
5. JK PIBG SMK DARULAMAN 14
SESI 2021
6. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 15
KALI KE-44 SESI 2021
7. LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 24
8. LAPORAN PENYATA KEWANGAN 26
9. MEMBAHAS USUL DAN CADANGAN 28
10. PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA 29
PIBG SESI 2022
11. LAPORAN PENGETUA 30
12. SENARAI JK KERJA PIBG 33
13. PENGHARGAAN 40
2
ATURCARA MAJLIS
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMK DARULAMAN KALI KE-45
TAHUN 2022
TARIKH : 21 APRIL 2022
HARI : KHAMIS
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING
KAEDAH : ATAS TALIAN (GOOGLMEET)
ATURCARA MAJLIS
2.30 petang Pendaftaran
2.45 petang Para waris dan jemputan menyertai Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2022
Perasmi menyertai Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2022
3.30 petang Nyanyian lagu Negaraku
5.00 petang Bacaan doa
Ucapan Aluan En. Yusri bin Bappu, Pengetua SMK Darulaman
Ucapan Aluan En. Amrul Hidayat bin Shahbudin, BCK, YDP PIBG SMK
Darulaman
Ucapan Perasmian oleh Perasmi
Penyampaian Cenderahati & Sijil Penghargaan kepada Perasmi & AJK
PIBG 2021
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-45 Tahun 2022 bermula
Perutusan YDP PIBG SMK Darulaman
Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali
Ke-44 Tahun 2021
Perkara Berbangkit
Membentang dan Mengesahkan Laporan Tahunan PIBG 2021
Membentang dan Mengesahkan Laporan Kewangan Berakhir pada 31
Disember 2021
Membahas Usul/ Cadangan
Pembubaran AJK PIBG Sesi 2021
Pelantikan AJK PIBG Sesi 2022
Hal-hal Lain
Ucapan Penangguhan
Bersurai
3
NOTIS
MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DARULAMANJALAN STADIUM, 05100 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN.
Tel: 04-7309125 Tel. YDP PIBG: 019 5101 515 Tel. S/U PIBG: 019 5088 860
E.mel: [email protected] NO. PENDAFTARAN PIBG: JPK (PPPS) 298 /
2005
Rujukan : SMKD 100-13/1/4
Tarikh : 7 April 2022
Semua Waris/ Penjaga
Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman.
Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SMK DARULAMAN KALI KE 45
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 45 SMK Darulaman akan diadakan
secara atas talian di atas seperti ketetapan berikut:
TARIKH : 21 APRIL 2022
HARI : KHAMIS
MASA : 2.30 PETANG
APLIKASI : GOOGLE MEET
URL Google Meet : https://meet.google.com/utn-pbii-psi
2. Sehubungan dengan itu dengan hormatnya Tuan/Puan dijemput ke mesyuarat tersebut. Jika tuan/puan
mempunyai sebarang usul/cadangan yang hendak dibawa semasa Mesyuarat Agung nanti, sila isikan Google Form
di bawah yang perlu dihantar selewat-lewatnya pada hari Khamis, 14 APRIL 2022. Pemberi usul perlu menyertai
mesyuarat.
URL Google Form : https://bit.ly/3rBnpf1
3. Kehadiran dan kerjasama tuan/puan amat diharapkan.
Sekian terima kasih.
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,
……………………..…………..……
(MUHAMMAD RIZAL BIN ARSHAD)
SETIAUSAHA PIBG,
SMK DARULAMAN.
Jalan Stadium,
05100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
4
KATA ALU-ALUAN
PENGETUA
TEKS UCAPAN PENGETUA
MESYUARAT AGUNG PIBG SMK DARULAMAN KALI KE- 45 TAHUN 2022
Terima kasih pengacara majlis.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Dihormati,
Encik Amrul Hidayat bin Shahbudin.
Yang Dipertua PIBG SMK Darulaman.
Yang Berusaha,
Encik Suhaimy bin Abu Hassan.
Penolong Kanan Pentadbiran.
Yang Berusaha,
Puan Noor Sarini binti Sulaiman.
Penolong Kanan HEM.
Cik Asmahan binti Ahmad.
Penolong Kanan Kokurikulum.
Encik Mohammad Kamal Bin Abd Hamid.
Penolong Kanan Pendidikan Khas.
Barisan guru Kanan Mata Pelajaran,
Guru-guru
Ahli-ahli jawatankuasa PIBG SMK Darulaman.
5
Para ibu bapa serta waris / penjaga yang saya hormati sekalian.
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya kita dapat
berkumpul secara maya sempena Mesyuarat Agung PIBG SMK Darulaman kali ke-
45 bagi tahun 2022 ini. Sesungguhnya, ini adalah kali ke-2 Mesyuarat Agung PIBG
SMK Darulaman diadakan secara maya tanpa berkumpul seperti tahun-tahun
sebelum ini. Sebenarnya saya mengimpikan mesyuarat ini dilakukan secara
bersemuka tetapi apakan daya kerana pandemik Covid -19 menjadi kekangan bukan
sahaja kepada kita bahkan kepada masyarakat seluruh dunia.Walaupun negara
Malaysia telah bertukar kepada Fasa Peralihan ke Endemik, tetapi kita harus akur
dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis
Keselamatan Negara.
Kita perlu akur kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan demi
memastikan kita kembali ke dalam norma yang biasa. Walau bagaimanapun, sebagai
pentadbir saya tetap akan melaksanakan tugas saya sebaik mungkin. Justeru, atas
sokongan ibu bapa dan guru-guru, saya telah menambah baik banyak prasarana di
sekolah ini untuk kemudahan pembelajaran murid-murid di SMK Darulaman. Setiap
kelas dipastikan mempunyai kipas dan lampu yang berfungsi, pintu dan tingkap yang
sempurna, tandas murid dibaik pulih, bilik guru dinaik taraf untuk keselesaan guru dan
persekitaran sekolah diceriakan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Saya pasti ibu bapa tertanya-tanya tentang keselamatan anak-anak di sekolah.
Keselamatan guru dan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan pihak sekolah dengan
memastikan semua SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
dipatuhi. Kami yakin dengan kerjasama ibu bapa, guru-guru dan anak-anak dalam
mematuhi SOP yang telah dikeluarkan, anak-anak kita akan hadir ke sekolah dalam
keadaan selamat.Dalam hal ini, kami berharap ibu bapa atau penjaga dapat
memastikan bahawa anak-anak yang sihat sahaja dihantar ke sekolah.
Alhamdulillah, masa terus berlalu tanpa kita sedar. Banyak kecemerlangan dan
kejayaan yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang akademik mahupun
dalam bidang kokurikulum.Dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020,
terdapat 4 orang murid telah memperoleh pencapaian yang terbaik dalam SPM. Untuk
6
meningkatkan prestasi pada tahun ini, pihak sekolah telah merancang pelbagai
program untuk murid-murid tingkatan 5.
Seterusnya, kejayaan murid bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik,
malah kejayaan juga diraih dalam bidang kokurikulum sangat terselah apabila murid
banyak memenangi pertandingan yang dianjurkan sama ada di peringkat daerah,
negeri dan kebangsaan. Antara pertandingan yang dimenangi ialah :
i. DIY MADE SIMPLE: REIMAGING PLASTIC WASTE - LAYAK KE FASA 2
SAGUHATI PERINGKAT KEBANGSAAN.
ii. NYANYIAN SOLO PERINGKAT DAERAH DAN NEGERI - JOHAN PERINGKAT
DAERAHKETIGA PERINGKAT NEGERI.
iii. KUIZ STEM DECA ( 14 OGOS ) PERINGKAT NEGERI - LAYAK SIJIL
PENYERTAAN PERINGKAT KEBANGSAAN
iv. DENDANGAN SYAIR ( Karnival BM ) – TEMPAT KETIGA PERINGKAT
DAERAH.
v. SUKAN KEMAHIRAN BADMINTON ( VIDEO 5 KEMAHIRAN ) PERINGKAT
DAERAH – TEMPAT KELIMA PERINGKAT DAERAH.
vi. CABARAN KOR KADET P0LIS PERINGKAT NEGERI – JOHAN SUARA ANAK
MALAYSIA DAN TEMPAT KEEMPAT KAWAD TANGAN.
vii. SUKAN KEMAHIRAN SOFBOL PERINGKAT DAERAH
SUKAN KEMAHIRAN SOFBOL PERINGKAT NEGERI
SUKAN KEMAHIRAN SOFBOL PERINGKAT KEBANGSAAN
( LAYAK KE PERINGKAT MSSK DAN MSSM)
viii. e-VIRTUAL RUN DAERAH PPKI – MEMPEROLEH TEMPAT PERTAMA DAN
KEDUA
ix. e-MARHABAH SAJAK DAERAH PPKI – MEMPEROLEH TEMPAT PERTAMA
x. e-MARHABAH HAFAZAN PPKI – MEMPEROLEH TEMPAT KEDUA
Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan usaha guru-guru yang tidak
pernah putus asa dalam mendidik anak-anak walaupun dalam situasi pandemik ini
dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknologi terkini. Kejayaan ini juga
menggambarkan usaha dan kerjasama yang terjalin eratnya antara guru dengan ibu
bapa selama ini telah membuahkan hasil dengan kejayaan anak-anak dalam
pertandingan yang diceburi sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun
kebangsaan.. Semoga usaha dan kerjasama ini diberkati oleh Allah SWT.
7
Ibu bapa yang dihormati sekalian,
Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG sentiasa
menyokong pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti.Pihak PIBG juga banyak
memberi sumbangan dalam bentuk kewangan untuk pelbagai aktiviti sekolah serta
hadiah kecemerlangan untuk anak-anak yang berjaya. Sumbangan yang PIBG
berikan dalam menjayakan semua aktiviti ini adalah hasil sumbangan ibu bapa kepada
tabung PIBG. Untuk itu, saya menyeru kepada ibu bapa agar terus menyumbang
kepada tabung PIBG untuk kita sama-sama terus menjana dan merancang pelbagai
aktiviti yang menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak kita.
Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya
guru mengajar, pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, malah perlu seiring
dengan komitmen ibu bapa. Kita tidak boleh lepas tangan menyerahkan bulat-bulat
urusan mendidik anak-anak kepada pihak sekolah. Jika pihak sekolah mengambil
tahu segala tindak-tanduk anak-anak dari sekecil-kecil salah laku umpamanya datang
lewat kepada sebesar-besar masalah, umpamanya merosakkan harta benda sekolah,
itu menggambarkan kecaknaan guru-guru dan pihak sekolah terhadap anak-anak.
Pesanlah selalu kepada anak-anak untuk sentiasa menjaga harta benda sekolah
seperti menjaga harta benda di rumah sendiri.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan
pendekatan musyawarah jika timbul sebarang masalah atau salah faham sesama kita.
Masalah disiplin dan tingkah laku anak-anak perlu ditangani bersama. Masalah
ponteng kelas PdPR yakni tidak hadir ke kelas PdPR setiap mata pelajaran tanpa
sebab mesti diambil tindakan segera. Jangan kita biarkan anak-anak kita tidak hadir
tanpa sebab. Para guru akan berasa bangga jika ibu bapa sentiasa mengambil berat
dengan disiplin anak-anak di sekolah.
Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan
ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dalam majlis pada hari ini
secara maya. Kehadiran para ibu bapa menggambarkan kesungguhan dan komitmen
dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan.
Dengan ini, saya dengan lafaz Bismillah Hirrahman Nirrahim merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG SMK Darulaman kali ke- 45 bagi tahun 2022.
8
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.
9
KATA ALU-ALUAN
YDP PIBG
TEKS UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SMK DARULAMAN
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 45, TAHUN 2022
Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih pengacara majlis.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejehtera.
Yang Berusaha,
Encik Yusri Bin Bappu
Pengetua SMK Darulaman Merangkap Perasmi Mesyuarat Agung PIBG
Yang Berusaha,
Barisan penolong kanan pentadbiran, guru-guru kanan mata pelajaran,
Ahli - Ahli Jawatankuasa PIBG,
Guru- guru dan para ibu bapa, waris serta penjaga yang dihormati sekalian.
Sebagai pembuka kata, marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur ke hadrat
Allah SWT kerana atas limpah kurnia rahmat-Nya dapat kita berkumpul dan
berbincang demi kejayaan anak-anak kita dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) SMK Darulaman Kali Ke-45.Kami rasa berbesar hati dan ingin
merakamkan setinggi - tinggi terima kasih atas sokongan dan keprihatinan tuan-tuan
dan puan-puan terhadap kami dengan serangkap pantun.
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara.
Pemanis kalam "Selamat Datang",
Lafaz mulia pembuka bicara.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah
kepada SMK Draulaman di bawah pimpinan dan pengurus sekolahnya Encik Yusri
Bin Bappu dan jawatankuasanya yang begitu komited untuk memastikan mesyuarat
yang bakal diadakan selepas ini berlangsung dengan jayanya. Sesungguhnya
mesyuarat seperti ini amatlah dialu-alukan kerana ianya dapat merapatkan lagi
silaturrahim dan bertukar- tukar pendapat sesama kita. Secara peribadi, saya berasa
amat bangga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke mesyuarat pada hari ini,
dimana ia jelas membuktikan komitmen dan iltizam yang tinggi terhadap
tanggungjawab serta peranan kita dalam organisasi yang dianggotai. Mudah-
10
mudahan menerusi mesyuarat ini, idea-idea baharu akan diperoleh bagi tujuan
pembangunan ilmu melalui sekolah ini.
Buat kali keduanya, kita mengadakan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini
juga secara atas talian dengan menggunakan aplikasi google meet. Syabas dan
tahniah diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung
PIBG tahun 2022 atas usaha dan kesungguhan untuk menjayakan program secara
norma baharu ini. Kehadiran para ibu bapa amat dihargai dan sangat besar ertinya
kepada pihak sekolah sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini.
Tuan - tuan dan puan – puan yang dihormati sekalian,
Kita telah sedia maklum, seluruh dunia kini terjejas akibat pandemik Covid-19. Sistem
Pendidikan negara turut menerima tempias dan menghadapi situasi yang mencabar
bagi menghadapi kemelut ini. Namun, sebagai sebuah institusi yang
bertanggungjawab membina modal insan dan kemenjadian murid, situasi sebegini
tidak mematahkan semangat guru-guru untuk terus melahirkan insan yang cemerlang
dengan sokongan padu daripada PIBG sekolah. Walaupun pengajaran dan
pembelajaran secara bersemuka ada kalanya tidak dapat dilaksanakan, namun
pembelajaran tetap diteruskan di rumah secara atas talian iaitu PdPR. Komitmen
daripada para guru dan ibu bapa bagi memastikan pelibatan anak-anak untuk
bersama-sama mengikuti kelas secara atas talian amat dihargai. Walau
bagaimanapun Alhamdulillah, berkat kesabaran kita menangani virus Covid-19 ini,
pada 4.4.2022 anak-anak kita telah kembali ke sekolah memulakan pembelajaran
mereka secara bersemuka.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Sebagaimana kita sedia maklum Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah
sebuah organisasi yang cukup signifikan dan penting terhadap perkembangan
sesebuah sekolah. Tidak dapat dinafikan peranan dan tanggungjawab PIBG di
sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah kerana
PIBG menjadi medium atau wahana untuk mencetuskan halatuju dan matlamat
sekolah ke arah kecemerlangan pendidikan. Pengurusan PIBG yang cemerlang akan
melahirkan sekolah yang terbilang dan ia bukanlah hanya angan-angan kosong
semata-mata malah diharapkan dapat diaplikasikan sepenuhnya bagi mencapai
hasrat yang sama-sama kita inginkan.
Tuan - tuan dan puan – puan yang dihormati sekalian,
Kecemerlangan sesebuah organisasi atau persatuan amat bergantung kepada
beberapa elemen yang perlu digerakkan secara bersama dan seiring. Oleh itu, saya
menyeru supaya kita bersama berpadu tenaga dan menyumbang buah fikiran dalam
11
membangunkan dan memajukan PIBG demi kecemerlangan pendidikan anak-anak
murid SMK Darulaman. Elemen perpaduan dalam kalangan ahli adalah sangat
penting yang akan membolehkan sesebuah organisasi itu memaksimumkan sumber
tenaga, usaha dan buah fikiran ke arah kecemerlangan yang membanggakan.
Begitu juga, saya ingin menyeru kepada semua yang hadir hari ini agar kita
sama-sama memberi sumbangan atau tuan-puan juga boleh berusaha berganding
bahu bersama jawatankuasa untuk kita sama-sama turut terlibat dalam majlis-majlis
ilmu yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ini menggambarkan bahawa keikhlasan,
kerjasama kita semua untuk melihat anak-anak kita dan sekolah ini akan menempa
kejayaan bukan sahaja di dunia malahan di akhirat kelak. Ibu bapa sekalian patut
sedar dewasa ini pelbagai masalah gejala sosial semakin menular dalam kalangan
anak-anak muda kita. Tanpa benteng kerohanian yang utuh, tidak mustahil anak-anak
kita juga turut tergelincir dalam menongkah arus negatif ini. Pelbagai gaya dan
pelbagai aksi sudah kita tontoni di kaca-kaca televisyen. Mampukah kita berdepan
dengan masalah ini jika anak-anak kita sebahagian daripadanya? Saya juga menyeru
kepada para ibu bapa agar mengambil kesempatan dan juga ruang, malahan jangan
sesekali melepaskan peluang sekiranya dihubungi oleh pihak sekolah untuk hadir ke
sekolah bagi berbincang permasalahan anak-anak tuan-puan. Tutur kata dan tingkah
laku anak-anak tuan-puan mungkin tidak sama semasa di rumah dan juga di sekolah,
jadi amatlah wajar sekali seandainya kita memberi kerjasama yang sepenuhnya
kepada pihak sekolah yang ternyata berusaha keras malah tulus ikhlas mahu
membentuk anak-anak tuan-puan menjadi insan yang terbilang dari segi akademik jua
sahsiah.
Tuan - tuan dan puan – puan yang dihormati sekalian,
Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya
guru-guru mengajar, pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, malahan perlu
seiringan dengan kecemerlangan murid dari aspek akademik, sahsiah dan
kokurikulum serta komitmen padu para ibu bapa dan komuniti setempat. Kita tidak
boleh lepas tangan menyerahkan bulat-bulat urusan mendidik anak-anak kita kepada
pihak sekolah semata-mata. Amat molek kiranya kita boleh duduk berbincang tanpa
ada rasa sangsi antara kita. Jika pihak sekolah mengambil tahu segala tindak-tanduk
anak-anak tuan-puan dari sekecil-kecil laku umpama tidak menyiapkan kerja sekolah,
membawa kepada masalah ponteng kelas atau ponteng sekolah kepada sebesar-
besar masalah, umpama gejala vandalisme atau merosakkan harta benda sekolah,
pergaduhan sesama mereka malahan juga kes buli, serta cabul, itu menggambarkan
kecaknaan guru-guru dan pihak sekolah terhadap anak-anak kita. Sewajarnya kita
hendaklah memberi kerjasama kepada guru-guru ini dan juga pihak sekolah. Kita juga
harus mengelakkan sikap menunding jari sesama kita, dan patut mengambil jalan
tengah untuk penyelesaian secara bersama untuk kebaikan kita bersama juga.
Akhir kata, sebelum saya menutup ucapan ini, saya ingin merakamkan jutaan
terima kasih kepada semua pihak terutamanya kepada guru-guru dan ibu bapa atas
kerjasama padu demi melihat kejayaan anak-anak pelajar semua.
12
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
13
JK PIBG
SMK DARULAMAN
SESI 2021
BIL NAMA JAWATAN
1 EN YUSRI B BAPPU PENGETUA
2 EN SUHAIMY B ABU HASSAN PK PENTADBIRAN
3 PN NOOR SARINI BT SULAIMAN PK HEM
4 CIK ASMAHAN BT AHMAD PK KK
5 PK PK
EN MOHAMMAD KAMAL BIN ABD.
6 HAMID SETIAUSAHA PIBG
7 EN MUHAMMAD RIZAL B ARSHAD PEN SETIAUSAHA
8 EN NIK MOHD AIZUDDIN ASRAFF BIN BENDAHARI PIBG
ABDULLAH
9 PN NUR AIMI NADIA BINTI ABDUL AJK PIBG
10 RAHIM AJK PIBG
PN NUR AZILA BT ISHAK AJK PIBG
11 AJK PIBG
12 PN NURUL ATIKAH BINTI MUSTAFA AJK PIBG
13 KAMAL PEMERIKSA KIRA-KIRA PIBG
PN NUR AMALINA BINTI SAMSURI
14 PUAN DZARIFAH BINTI AB RAHMAN YDP PIBG
15 EN MOHD GHADAFI BIN ABDUL NYDP PIBG
16 RAHIM AJK PIBG
17 EN AMRUL HIDAYAT BIN AJK PIBG
18 SHAHBUDIN BCK AJK PIBG
19 EN ISMAIL B MAN AJK PIBG
20 EN ABD AZIZ BIN HAMAT AJK PIBG
21 EN FAZILAH B AMINUDIN AJK PIBG
22 PN CHAN SEE HOOI PEMERIKSA KIRA-KIRA
PN MAHANI BT HAMID PJK
PN NOR AZIZAH BINTI ISMAIL
PN SOBRINA BINTI HASSAN
MOHAMAD TARMIZI BIN ISMAIL
14
15
MINIT MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI KE-44
SESI 2021
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
DARULAMAN KOMPLEKS PENDIDIKAN JALAN
STADIUM,
05100 ALOR
SETAR, KEDAH
DARUL AMAN.
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44 SESI 2020
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DARULAMAN
TARIKH : 14 OKTOBER 2021 (KHAMIS)
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : GOOGLE MEET
PENGERUSI : EN. AMRUL HIDAYAT BIN SHAHBUDIN, BCK
KEHADIRAN : 71 ORANG
(Rujuk Lampiran )
15
Agenda 1 : Ucapan Alu-aluan YDP PIBG SMK Darulaman
1. YDP merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang memberi komitmen
dan hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-44 bagi sesi
2020/2021walaupun negara masih dilanda wabak Covid-19.
2. YDP turut merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan tahniah buat
Jawatankuasa Induk PIBG dan pihak sekolah kerana telah berjaya merancang,
membuat persiapan dan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-44 bagi
sesi 2020/2021 secara maya.
3. YDP menyeru semua waris agar dapat memberikan komitmen dan penglibatan
yang menyeluruh dalam membantu meningkatkan kemudahan dan keselesaan
murid di sekolah serta dapat memberi kerjasama demi kemenjadian anak-anak.
Sebagai contoh terkini, program vaksinasi anak-anak terutama berkaitan pelbagai
perubahan dari segi tarikh pemberian vaksin, pusat pemberian vaksin dan
sebagainya.
16
17
Agenda 2 : Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-43
4. Encik Muhammad Rizal Bin Arshad selaku Setiausaha PIBG SMK Darulaman
membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 yang bertarikh 14
Oktober 2020 (Khamis) bermula dari halaman 22 hingga 23. (Rujuk Buku
Program Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-44 Sesi 2021/2022)
5. Pengerusi memohon agar minit mesyuarat diterima dan disahkan.
6. Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-43 diterima dan disahkan.
Pencadang : Puan Nur Azila Binti Ishak
Penyokong : Puan Nabilah Binti Jamaluddin
Agenda 3 : Perkara Berbangkit
7. Tiada perkara berbangkit
Agenda 4 : Membentang dan Mengesahkan Laporan Tahunan PIBG 2020/2021
8. Encik Muhammad Rizal Bin Arshad selaku Setiausaha PIBG SMK Darulaman
membentangkan Laporan Tahunan PIBG 2020/2021 yang terdapat di halaman
25 dan 26. (Rujuk Buku Program Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-44
Sesi 2021/2022
17
Agenda 5 : Membentang dan Mengesahkan Laporan Kewangan Berakhir Pada 31
Disember 2020
9. Puan Arleena Binti Ab Rahman membentangkan Laporan Kewangan berakhir
pada 31 Disember 2020 selaku Bendaharai PIBG dengan merujuk halaman 32
dan 33. (Rujuk Buku Program Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-44 Sesi
2021/2022).
10. Pengerusi memohon agar Laporan Kewangan diterima dan disahkan.
11. Laporan Kewangan Berakhir Pada 31 Disember 2020 diterima dan disahkan.
Pencadang :Puan Faridah Binti Md Isa
Penyokong :Puan Nor Azizah Binti Ismail
Agenda 6 : Agenda Khas
12. Encik Suhaimy Bin Abu Hassan, Penolong Kanan Pentadbiran telah
membentangkan dan memaklumkan bayaran yuran persekolahan bagi sesi 2021
yang telah diputuskan adalah seperti berikut :
Tingkatan 1-4 dan PPKI : Yuran PIBG RM 30.00
Yuran Peningkatan RM 20.00
Prestasi
Tingkatan 5 : Yuran PIBG RM30.00
Yuran Peningkatan Prestasi
RM 70.00 Jumlah
RM 100.00
Agenda 7 : Pembahasan Usul
13. Usul 1 – Puan Arleena Binti Ab Rahman, Bendahari PIBG
Wang tunai ditangan Bendahari PIBG mohon dinaikkan dari RM 50.00
kepada RM 300.00.
Pencadang :Encik Lokman Bin Desa
Penyokong :Encik Mohd Fadly Bin Johan
14. Usul 1 mendapat sokongan sebulat suara.
18
Agenda 8 : Pembubaran AJK PIBG Sesi 2020/2021
YDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih dan memohon kemaafan di atas segala kekurangan
sepanjang melaksanakan tugasan sebagai YDP PIBG bagi sesi 2020/2021dan berharap agar
Jawatankuasa PIBG yang baharu dapa menjalankan amanah dan komitmen yang menyeluruh di
dalam membantu pihaksekolah dan murid.
15. YDP PIBG membubarkan AJK PIBG 2020/2021
16. Penolong Kanan HEM, Puan Noor Sarini Binti Sulaiman mencadangkan YDP
PIBG, Encik Amrul Hidayat Bin Shahbudin selaku mantan YDP PIBG dilantik
sebagai Pengerusi Sementara.
Pencadang : Puan Noor Sarini BintiSulaiman
Penyokong : Encik Muhammad Rizal Bin Arshad
19
menjalankan amanah dan komitmen yang menyeluruh di dalam membantu pihaksekolah dan
murid.
17. YDP PIBG membubarkan AJK PIBG 2020/2021
18. Penolong Kanan HEM, Puan Noor Sarini Binti Sulaiman mencadangkan YDP
PIBG, Encik Amrul Hidayat Bin Shahbudin selaku mantan YDP PIBG dilantik
sebagai Pengerusi Sementara.
Pencadang : Puan Noor Sarini BintiSulaiman
Penyokong : Encik Muhammad Rizal Bin Arshad
Agenda 9 : Pelantikan AJK PIBG Sesi 2021/2022
19. Tatacara pengundian disempurkan oleh Jawatankuasa Pemilihan.
20. Encik Mohammad Kamal Bin Abd Hamid mencadangkan agar barisan AJK
PIBG Sesi 2020/2021 dikekalkan untuk menerajui AJK PIBG Sesi 2021/2022
dan telah disokong oleh Encik Ezaidy Bin Omar.
21. Walaubagaimanapun ada di kalangan ahli yang mencadangkan nama bagi
jawatan Yang Dipertua PIBG.
22. Pelantikan Yang Dipertua PIBG
Calon 1 :Dato Mohamad Jaylani Bin Sheik Mohamad
Pencadang 1 :Puan Norida Binti Ismail
Penyokong 1 :Encik Muhammad Khairil Amir Bin Abdul Latif
Calon 2 : En Amrul Hidayat Bin Shahbudin
Pencadang 2 : Puan Nor Azizah Binti Ismail
Penyokong 2 :Encik Mohd Fadillah Bin Aminudin
Pengundian dilaksanakan secara POLL dan telah mendapat majoriti
undian kepada En Amrul Hidayat Bin Shahbudin.
23. Encik Zaruddin Bin Harun mencadangkan agar AJK PIBG Sesi 2020/2021 yang
hadir dalam Mesyuarat Agong kali ke-44 ini dikekalkan dan membuat
pelantikan baharu bagi AJK yang tidak hadir. Cadangan ini disokong oleh Puan
Mahani Binti Hamid dan Encik Mohamad Tarmizi Bin Ismail.
24. 5 orang AJK PIBG Sesi 2020/2021 yang hadir bersetuju. Mereka yang hadir
ialah
20
1) Puan Mahani Bin Hamid, BCK
2) Encik Fazilah Bin Aminudin
3) Encik Mohamad Tarmizi Bin Ismail
4) Encik Ismail Bin Man
5) Puan Chan See Hoi
25. Pelantikan baharu 3 orang AJK PIBG Sesi
2021/2022 Calon 1 :Puan Nor Azizah Ismail
Pencadang 1 :Puan Dina Farhana Binti Abd Mutalib
Penyokong 1 :Puan Nor Azila Binti Ismail
Calon 2 :Puan Sobrina Binti Hasan
Pencadang 2 :Puan Arleena Binti Rahman
Penyokong 2 :Encik Muhammad Rizal Bin Arshad
Calon 3 :Encik Aziz Bin Hamat
Pencadang 3 :Puan Nor Azizah Ismail
Penyokong 3 :Puan Nabilah Jamaluddin
26. Pelantikan baharu 8 orang AJK Guru PIBG Sesi 2021/2022
Setiausaha: Encik Muhammad Rizal bin Arshad
Pen. Setiausaha : Encik Nik Mohd Aizuddin Asraff Bin
Abdullah
Bendahari : Puan Nur Aimi Nadia Binti Abdul Rahim
AJK : Puan Nur Azila binti Ishak
AJK : Puan Nurul Atikah binti Mustafa Kamal
AJK : Puan Nur Amalina binti Samsuri
AJK : Puan Dzarifah binti Ab Rahman
Pemeriksa kira-kira : Encik Mohd Ghadafi AbdulRahim
Agenda 10 : Hal-Hal Lain
27. Puan Sobrina Binti Hassan memohon pencerahan berkaitan tablet NCER. Encik
Suhaimy Bin Abu Hassan selaku Penolong Kanan Pentadbiran memberi
pencerahan di mana Program NCER ini adalah di bawah program UiTM. Di
21
mana pemberian tablet dijanjikan oleh pihak UiTM kepada 33 orang murid yang
layak tidak melibatkan mana-mana pihak sama ada sekolah mahu pun PIBG.
Urusan ini akan diselesaikan oleh pihak UiTM yang menguruskan Program
NCER.
28. Penolong Kanan HEM, Puan Noor Sarini Binti Sulaiman memaklumkan
bahawa pertukaran tandatangan YDP dan Bendahari diperlukan oleh pihak
bank kerana jawatan ini terdiri daripada orang baru.
Pertukaran tandatangan melibatkan:
YDP - Encik Amrul Hidayat Bin Shahbudin
(820121-07-5281)
Bendahari - Puan Nur Aimi Nadia Binti Abdul Rahim
(870108-02-5410)
Syarat-syarat tandatangan adalah dua daripada tiga berkenaan.
Senarai nama yang dikeluarkan sebagai penandatangan adalah :
i. Encik Ismail Bin Man (680131-08-6257)
ii. Puan Arleena Binti Ab Rahman (700609-02-5484)
Agenda 11 : Ucapan Penangguhan
29. YDP merakamkan ucapan terima kasih di atas pelantikan semula beliau sebagai
YDP PIBG Sesi 2021/2022. Beliau juga telah memperkenalkan barisan AJK
PIBG Sesi 2021/2022.
30. YDP juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak kerana telah
menjadikan PIBG sebagai jambatan penghubung diantara pihak sekolah dan
waris dalam kecemerlangan SMK Darulaman dalam pelbagai aspek. Beliau juga
menjanjikan penambahbaikan urus tadbir PIBG bagi sesi 2021/2022 yang tidak
dapat dilaksanakan sepenuhnya pada sesi 2020/2021 disebabkan kekangan
wabak Covid-19. Beliau juga berharap agar dapat mencapai matlamat
menjadikan PIBG SMK Darulaman sebagai contoh PIBG terbaik di masa akan
datang.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.
Pencatat Minit:
1) Puan Tini Sazura Binti Mohd Yaacob
2) Puan Dzarifah Binti Ab Rahman
3) Encik Mohd Rohimi Bin Salleh
22
Laporan disediakan oleh, Disahkan oleh,
................................................................ ………………………………………………......
(MUHAMMAD RIZAL BIN ARSHAD) (AMRUL HIDAYAT BIN SHAHBUDIN, BCK.)
SETIAUSAHA PIBG SESI 2020/2021 YDP PIBG SESI 2020/2021
SMK DARULAMAN SMK DARULAMAN
23
LAPORAN AKTIVITI
TAHUNAN
LAPORAN JAWATANKUASA PIBG SMK DARULAMAN
SESI 2021
1. LAPORAN PENTADBIRAN DAN AKTIVITI
1.1 KEHADIRAN MESYUARAT
Mesyuarat Jawatankuasa PIBG telah diadakan sebanyak 2 kali pada sesi 2021/2022. Kehadiran
Ahli Jawatankuasa dan pentadbir adalah seperti berikut :
BIL AHLI JAWATANKUASA TARIKH MESYUARAT
1 YUSRI B BAPPU 7.12.2021 17.4.2022
2 SUHAIMY B ABU HASSAN
3 NOOR SARINI BT SULAIMAN 0/
4 ASMAHAN BT AHMAD
5 MOHAMMAD KAMAL BIN ABD. HAMID //
6 MUHAMMAD RIZAL B ARSHAD
7 NIK MOHD AIZUDDIN ASRAFF BIN ABDULLAH //
8 NUR AIMI NADIA BINTI ABDUL RAHIM
9 NUR AZILA BT ISHAK //
10 NURUL ATIKAH BINTI MUSTAFA KAMAL
11 NUR AMALINA BINTI SAMSURI //
12 AN DZARIFAH BINTI AB RAHMAN
13 MOHD GHADAFI BIN ABDUL RAHIM 0/
14 AMRUL HIDAYAT BIN SHAHBUDIN BCK
15 ISMAIL B MAN /0
16 ABD AZIZ BIN HAMAT
17 FAZILAH B AMINUDIN //
18 CHAN SEE HOOI
19 MAHANI BT HAMID PJK //
20 NOR AZIZAH BINTI ISMAIL
21 SOBRINA BINTI HASAN //
22 MOHAMAD TARMIZI BIN ISMAIL
//
//
//
//
00
//
0/
0/
//
//
0/
//
CATATAN :
/ HADIR
0 TIDAK HADIR ( BERSEBAB/DENGAN KENYATAAN)
24
2. LAPORAN AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG SMK DARULAMAN
SESI 2021/2022
BIL AKTIVITI
2.1 RENEW LAMAN WEB SEKOLAH (09/08/2021)
2.2 SUMBANGAN PERSARAAN GURU (22/08/2021)
2.3 SUMBANGAN PIBG UNTUK MURID MENDAPAT PINGAT KEJOHANAN SUKAN DAN PERMAINAN KOKURIKULUM PERINGKAT
DAERAH KOTA SETAR 2020 (15/09/2021)
2.4 SUMBANGAN UNTUK ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SPM 2020 (29/09/2021)
2.5 MULANGAN SUMBANGAN PENGHAWA DINGIN KEPADA PENDIDIKAN KHAS DARIPADA SUK NEGERI KEDAH
( CIKGU MALIKAHBINTI MOHAMAD) (08/12/2021)
3. PENGHARGAAN
Semua AJK PIBG SMK Darulaman merakamkan setinggi-tingi penghargaan dan terima
kasih kepada semua waris dan warga SMK Darulaman atas sumbangan buah fikiran,
tenaga, masa dan wang ringgit untuk bersama-sama menjayakan perancangan PIBG dan
pihak sekolah. Semoga program SARANA dapat dipertingkatkan ke satu tahap yang
lebih membanggakan untuk kecemerlangan bersama.
Laporan disediakan oleh :
…………………………………..…………………
(MUHAMMAD RIZAL BIN ARSHAD)
Setiausaha,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SMK Darulaman
25
LAPORAN KEWANGAN
PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman
Laporan Kewangan Bagi Tempoh 1 Januari - 31 Disember
2021
Baki pada 1 Januari 2021 RM 25011.18
Pendapatan Kutipan Sumbangan PIBG (Setahun) 6,745.00
1 Kutipan Duit Pakir Kereta Guru (Setahun) 650.00
2 Sumbangan Zakat Individu 660.00
3 15/04/2021 Sumbangan Infak ( Mantan Guru SMKD) 100.00
4 06/07/2021 Sumbangan Perasmi Mesyuarat PIBG 2021
5 06/12/2021 Puan Rusnah binti Baba 1,000.00
Sumbangan Penghawa Dingin oleh SUK Negeri
08/12/2021 Kedah kepada PPKI 3000.00
Jumlah Pendapatan 12155.00
37166.18
Tolak : Perbelanjaan
1 09/08/2021 Renew Laman Web Sekolah 227.34
2 22/08/2021 Sumbangan Persaraan Guru 400.00
i. PUAN RUSNAH BINTI BABA 850.00
ii. PUAN SAIDAH BINTI OTHMAN
3 15/09/2021 Sumbangan PIBG untuk murid mendapat 500.00
pingat Kejohanan Sukan dan Permainan 3000.00
Kokurikulum Peringkat Daerah Kota Setar 2020
15.00
4 29/09/2021 Sumbangan untuk Anugerah Pelajar 0.50
Cemerlang SPM 2020 2.00
2.00
08/12/2021 Pemulangan Sumbangan Penghawa Dingin 1.00
kepada Pendidikan Khas daripada SUK Negeri 2.00
Kedah ( CIKGU MALIKAH BINTI MOHAMAD)
08/12/2021 Cop Baru PIBG
09/08/2021 Bayaran Caj Bank
22/08/2021 Bayaran Caj Bank
15/09/2021 Bayaran Caj Bank
29/09/2021 Bayaran Caj Bank
12/08/2021 Bayaran Caj Bank
Jumlah Perbelanjaan 4999.84
Baki Pada 31 Disember 2021 RM 32166.34
26
Disediakan oleh, Diakui sah oleh,
…………………………………
…………………………………..
(Pn.Nur Aimi Nadia binti Abdul Rahim ) (En. Amrul Hidayat Bin
Bendahari PIBG SMK Darulaman Shahbudin, BCK.)
Saya telah menyemak akaun di atas dan Yang Dipertua PIBG
didapati betul:
……………..…………….. …………………………………
(En. Mohd Ghadafi bin Abdul Rahim) (En.Mohd Tarmizi Bin Ismail)
Pemeriksa Kira-kira (Guru) Pemeriksa Kira-kira (Waris)
27
MEMBAHAS
USUL DAN CADANGAN
Bil Nama Usul Catatan
1 KARTHIGESU A/L Menyediakan loker utk pelajar bagi
KUMARASAMY meletakkanbuku dan barangan
2 ENCIK MUHAMMAD Cadangan untuk menaik taraf
RIZAL BIN ARSHAD UNIFI 800 Mbps untuk kegunaan
semua warga sekolah.
28
PELANTIKAN AHLI
JAWATANKUASA
SMK DARULAMAN
BAGI SESI 2022
Seorang Yang Dipertua
Seorang Naib Yang Dipertua
Seorang Setiausaha (Guru)
Seorang Penolong Setiausaha (Guru)
Seorang Bendahari (Guru)
Seorang Penolong Bendahari (Guru)
Sebelas Orang Ahli Jawatankuasa
Enam orang wakil waris
Empat orang wakil guru
Dua orang Juruaudit Dalaman
Keputusan Lantikan Ahli Jawatankuasa PIBG
1. Yang Di Pertua :
2. Naib Yang Di Pertua :
3. Setiausaha :
4. Penolong Setiausaha :
5. Bendahari :
6. Penolong Bendahari :
7. AJK Guru :
:
:
:
8. AJK Ibu Bapa :
:
:
:
:
9. Juruaudit Dalaman :
29
LAPORAN PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DARULAMAN
LAPORAN ENROLMEN TAHUN 2022
Tarikh: 18.04.2022
Kelas Guru Tingkatan Melayu Cina India Lain-lain Jumlah Jumlah
LP LP LP LP LP
1 Arif Pn. Nur Amalina binti Samsuri 16 5 1 11 17 6 23
1 Bestari En. Zulikram bin Jaafar 20 1 31 24 2 26
1 Cemerlang Pn. Nang Faida binti Nik Daud 14 1 43 18 4 22
3 50 7 1 0 8 5 0 0 59 12 71
2 Arif En. Zaruddin bin Harun 16 3 12 17 5 22
2 Bestari En. Mohd Nasmir bin Sudin 27 4 31
2 Cemerlang Pn. Arleena binti binti Ab Rahman 24 2 2 12 23 4 27
13 2 3 1 7 1
3 53 7 5 1 9 5 0 0 67 13 80
3 Arif En. Abd Latif bin Osman 15 3 1 1 16 3 19
3 Bestari Pn. Nurhafizah binti Bakri 23 2 52 28 4 32
3 Cemerlang Pn. Dzarifah binti Ab Rahman 20 5 611 28 6 34
3 58 10 1 0 11 3 2 0 72 13 85
4 Arif Pn. Samihah binti Ahmad 92 1 2 94 13
4 Bestari 22 5 12 23 7 30
4 Cemerlang En. Muhammad Rizal bin Arshad 22 51 29 0 29
Pn. Nur Farahin binti Ismail
3 53 7 1 0 6 4 1 0 61 11 72
5 Arif Pn. Faridah binti Md Isa 12 1 1 1 13 2 15
5 Bestari Pn. Tini Sazura binti Mohd Yaacob 16 6 24
5 Cemerlang En. Md Zaid bin Hashim 20 1 2 18 6 27
321 24 3
3 48 8 0 0 6 2 1 1 55 11 66
15 JUMLAH 262 39 8 1 40 19 4 1 314 60 374
30
1 Sinaran Pn. Rahimah binti Hamzah 36 137 10
2 Gemilang Pn. Mazlinda binti Abu Bakar 242 44 8
3 Harapan En. Mohd Rohimi bin Salleh 10 10 0 10
4 Wawasan En. Mohd Ghadafi bin Abdul Rahim 7 11 81 9
5 Inovasi Pn. On Bee Yean 632 11 0 11
6 Transformasi Pn. Syakira binti Ahmad Ani 2241 63 9
6 30 12 10 2 2 0 0 1 42 15 57
21 JUMLAH BESAR 292 51 18 3 42 19 4 2 356 75 431
31
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DARULAMAN,JALAN STADIUM, 05100 ALOR SETAR, KEDAH
SENARAI GURU DAN STAF SOKONGAN MULAI 07.02.2022
BI NAMA GURU T/T BI NAMA GURU T/T
L L.
1 Yusri bin Bappu Pengetua 32 Nik Mohd Aizuddin Asraff Bin Abdullah
2 Suhaimy bin Abu Hassan P.Kanan 33 Nur Amalina Binti Samsuri
PK HEM 34 Nur Aimi Nadia Binti Abdul Rahim
3 Noor Sarini binti Sulaiman 35 Nurhafizah Binti Bakri
PK Koku
4 Asmahan binti Ahmad PK
P.Khas
5 Mohammad Kamal bin Abd. GKB 36 On Bee Yean
Hamid GKTV
6 Rosmiza binti Adam GKK 37 Rahimah binti Hamzah
GKSM 38 Samihah binti Ahmad
7 Rohaiza binti Abd Wahab 39 Syakira binti Ahmad Ani
GBKSM 40 Tini Sazura binti Mohd Yaacob
8 Khairul Nisa binti Ismail 41 Tini Syuzani binti Shuib
42 Zaruddin bin Harun
9 Noorsiah binti Abd. Kadir 43 Zulikram bin Jaafar
10 Nur Azila binti Ishak
11 Abd. Latif bin Osman
12 Arleena binti Ab Rahman
13 Dina Farhana binti Abd Mutalib
14 Dzarifah binti Ab. Rahman
15 Faridah binti Md. Isa
16 Iezaidy bin Omar
17 Lokman bin Desa
18 Malikah binti Mohamad
19 Mazlinda binti Abu Bakar
20 Md Zaid bin Hashim
21 Mohd Fadly bin Johan Staf Sokongan
1 Noorhaliza binti Mahadzir
22 Mohd Ghadafi bin Abdul Rahim 2 Harnis Suriyati binti Ishak
3 Nasiroh binti Idris
23 Mohd Hamzah bin Mahadi 4 Shamsiah binti Puteh
5 Haswani binti Hashim
24 Mohd Rohimi bin Salleh 6 Mawarni binti Md Desa
7 Mohd Jefri bin Razali
25 Mohd Nasmir Bin Sudin 8 Adibah binti Abu Hassan
9 Abdul Rashid bin Abdul Halim
26 Mokhtar bin Yaacob
27 Monawizana binti Abdul Makti
28 Muhammad Rizal bin Arshad
29 Nabilah binti Jamaluddin
30 Nang Faida binti Nik Daud
31 Nur Farahin binti Ismail
32
SENARAI JK KERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG
33
SMK DARULAMAN
JALAN STADIUM, 05100 ALOR SETAR, KEDAH
JAWATANKUASA INDUK MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMK DARULAMAN KALI KE-45
TAHUN 2022
Pengerusi : En. Yusri bin Bappu
Pengetua
Naib Pengerusi : En. Suhaimy bin Abu Hassan
Penolong Kanan Pentadbiran
: Pn. Noor Sarini binti Sulaiman
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
: Cik Asmahan binti Ahmad
Penolong Kanan Kokurikulum
: En. Mohammad Kamal bin Abd Hamid
Penolong Kanan Pendidikan Khas
Penyelaras : Pn. Rosmiza binti Adam
Guru Kanan Bahasa
: Pn. Khairul Nisa binti Ismail
Guru Kanan Kemanusiaan
: Pn. Noorsiah binti Abd Kadir
Guru Kanan Sains
: Pn. Rohaiza binti Abd. Wahab
Guru Kanan Teknik & Vokasional
Setiausaha : En. Muhammad Rizal bin Arshad
Pen. Setiausaha : En. Nik Mohd Aizuddin Asraff bin Abdullah
Bendahari : Pn. Nur Aimi Nadia binti Abdul Rahim
34
JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PIBG SMK DARULAMAN KALI KE-45 TAHUN 2022
BIL JAWATANKUASA SENARAI TUGAS PENYELARAS
1 JEMPUTAN 1. Menyedia dan mengedarkan surat Pn. Rosmiza
Pn. Nur Farahin binti Ismail (K) binti Adam
Pn. Samihah binti Ahmad jemputan kepada semua waris serta
perasmi.
2 PERSIAPAN TEMPAT (BILIK 2. Mengenalpasti nama dan jawatan
MESYUARAT) perasmi sebenar untuk diserahkan
Cik Malikah binti Mohamad (K) kepada pengacara majlis.
En. Md Zaid bin Hashim 3. Menyerahkan salinan surat jemputan
Pn. Syakira binti Ahmad Ani kepada Jawatankuasa Dokumentasi
dan Fail Induk Mesyuarat Agung PIBG
3 TEKNIKAL/MULTIMEDIA (Pejabat).
En. Iezaidy bin Omar (K) 4. Menyediakan laporan pasca penilaian
En. Mohd Ghadafi bin Abd Rahim (softcopy dan hardcopy) yang lengkap
En. Mohd Hamzah bin Mahadi untuk diserahkan kepada
En. Mohd Fadly bin Johan Jawatankuasa Dokumentasi.
1. Menyedia dan menghias tempat Pn. Rosmiza
mesyuarat dengan satu rekabentuk dan binti Adam
hiasan yang menarik
2. Menyedia dan menyusun atur kerusi
dan meja yang mencukupi untuk AJK
PIBG bermesyuarat di dalam Bilik
Mesyuarat.
3. Memastikan Bilik Mesyuarat dalam
keadaan bersih sebelum dan selepas
mesyuarat.
4. Memastikan kipas angin dan penghawa
dingin berfungsi dengan baik.
5. Memastikan semua peralatan yang
digunakan dikembalikan ke tempat
yang asal selepas mesyuarat.
6. Menyediakan laporan pasca penilaian
(softcopy dan hardcopy) yang lengkap
untuk diserahkan kepada
Jawatankuasa Dokumentasi.
1. Menyediakan peralatan yang diperlukan Pn. Rosmiza
dan pautan Mesyuarat Agung Tahunan binti Adam
(MAT) PIBG.
2. Menyediakan paparan untuk MAT.
3. Mengawal selia teknikal ketika MAT
sedang berlangsung.
4. Menyediakan laporan pasca penilaian
(softcopy dan hardcopy) yang lengkap
untuk diserahkan kepada
Jawatankuasa Dokumentasi.
35
4 SIARAYA DAN PUBLISITI 1. Menentu dan memastikan bilangan Pn. Khairul
En. Lokman bin Desa (K) peralatan yang berkaitan mencukupi Nisa binti Ismail
En. Mokhtar bin Yaacob serta berfungsi dengan baik.
5 PENGACARA MAJLIS 2. Menyedia dan memasang satu “banner“
En. Zaruddin bin Harun (K) pemberitahuan tentang Mesyuarat
Pn. Dina Farhana binti Ab Mutalib Agung PIBG Kali Ke-45 di hadapan
pintu masuk sekolah.
6 TEKS UCAPAN
En. Zulikram bin Jaafar (K) 3. Menyediakan laporan pasca penilaian
Pn. Arleena binti Ab Rahman (softcopy dan hardcopy) yang lengkap
untuk diserahkan kepada
7 BACAAN DOA Jawatankuasa Dokumentasi.
En. Mohd Rohimi bin Salleh
1. Mendapatkan senarai tetamu jemputan Pn. Khairul
daripada Jawatankuasa Jemputan. Nisa binti Ismail
2. Menyediakan skrip pengacaraan.
3. Menjadi pengacara majlis.
4. Menyerahkan salinan skrip
pengacaraan kepada Jawatankuasa
Dokumentasi dan Fail Induk Mesyuarat
Agung PIBG (Pejabat).
5. Menyediakan laporan pasca penilaian
(softcopy dan hardcopy) yang lengkap
untuk diserahkan kepada
Jawatankuasa Dokumentasi.
1. Menyediakan teks ucapan untuk Pn. Khairul
Perasmi, Pengetua dan YDP PIBG. Nisa binti Ismail
2. Menyerahkan teks ucapan tersebut
kepada penyelaras untuk disemak.
3. Menyerahkan teks ucapan tersebut
kepada Perasmi, Pengetua dan YDP
PIBG sebelum majlis bermula.
4. Menyediakan laporan pasca penilaian
(softcopy dan hardcopy) yang lengkap
untuk diserahkan kepada
Jawatankuasa Dokumentasi.
1. Menyediakan teks doa. Pn. Noorsiah
2. Membaca doa semasa memulakan binti Abd Kadir
majlis.
3. Menyerahkan salinan skrip doa kepada
Jawatankuasa Dokumentasi dan Fail
Induk Mesyuarat Agung PIBG
(Pejabat).
4. Menyediakan laporan pasca penilaian
(softcopy dan hardcopy) yang lengkap
untuk diserahkan kepada
Jawatankuasa Dokumentasi.
5.
36
8 BUKU LAPORAN MESYUARAT 1. Menyediakan Buku Laporan Mesyuarat Pn. Noorsiah
AGUNG PIBG/BUKU PROGRAM Agung PIBG Kali Ke-44 tahun 2021. binti Abd Kadir
Pn. Nurhafizah binti Bakri (K)
Pn. Dzarifah binti Ab Rahman 2. Menyediakan dan mengumpul semua
Pn. Tini Sazura binti Mohd Yaacob maklumat yang diperlukan.
9 LAPORAN MESYUARAT AGUNG 3. Memastikan maklumat ditulis tepat dan
PIBG ejaan yang betul serta menarik.
En. Muhammad Rizal bin Arshad
En. Nik Mohd Aizuddin Asraff bin 4. Menyediakan Buku Laporan Mesyuarat
Abdullah Agung PIBG untuk AJK PIBG di dalam
Pn. Nur Aimi Nadia binti Abdul Rahim Bilik Mesyuarat dan Jawatankuasa
Dokumentasi.
10 CENDERAHATI, FOTOGRAFI DAN
DOKUMENTASI 5. Menyediakan laporan pasca penilaian
Pn. Tini Syuzani binti Shuib (K) (softcopy dan hardcopy) yang lengkap
Pn. Nur Azila binti Ishak untuk diserahkan kepada
Jawatankuasa Dokumentasi.
1. Menyediakan Minit Mesyuarat Agung Pn. Noorsiah
yang lalu serta laporan tahunan PIBG binti Abd Kadir
dengan lengkap (Setiausaha)
2. Menyediakan Laporan Kewangan
Tahunan yang lengkap dan disahkan
oleh Juruaudit PIBG (Bendahari)
3. Menyerahkan semua dokumen di atas
kepada Jawatankuasa Buku Laporan
untuk tindakan selanjutnya.
4. Menyediakan laporan pasca penilaian
(softcopy dan hardcopy) yang lengkap
untuk diserahkan kepada
Jawatankuasa Dokumentasi.
1. Menyediakan cenderahati dan sijil Pn. Rohaiza
penghargaan kepada Perasmi dan AJK binti Abd
PIBG 2021 Wahab
2. Merakam gambar perjalanan program
sehingga selesai.
3. Mengurus dan menyimpan gambar
untuk simpanan sekolah.
4. Menyedia laporan secara bertulis dan
serahkan kepada PK HEM.
5. Menyediakan laporan pasca penilaian
(softcopy dan hardcopy) yang lengkap
untuk diserahkan kepada
Jawatankuasa Dokumentasi.
37
11 PENCATAT MINIT MESYUARAT 1. Mencatat Minit Mesyuarat Agung PIBG Pn. Rohaiza
AGUNG serta Ringkasan Ucapan YDP PIBG, binti Abd
En. Abd. Latif bin Osman (K) Pengetua dan Perasmi dengan Wahab
Pn. Faridah binti Md Isa lengkap.
Pn. On Bee Yean
En. Mohd Nasmir bin Sudin 2. Membuat rakaman semasa mesyuarat
berlangsung.
12 PENDAFTARAN KEHADIRAN WARIS
DAN GURU 3. Menyerahkan minit mesyuarat dalam
Pn. Mazlinda binti Abu Bakar (K) bentuk cetakan dan softcopy kepada
Pn. Nang Faida binti Nik Daud Setiausaha PIBG dalam masa
seminggu selepas mesyuarat.
4. Menyediakan laporan pasca penilaian
(softcopy dan hardcopy) yang lengkap
untuk diserahkan kepada
Jawatankuasa Dokumentasi.
1. Menyediakan borang pautan Pn. Rohaiza
pendaftaran kehadiran waris dan guru binti Abd
(google form). Wahab
2. Membuat pendaftaran bagi waris yang
hadir ke Mesyuarat Agung PIBG.
3. Menyerahkan senarai nama waris dan
guru yang hadir kepada Jawatankuasa
Dokumentasi.
4. Menyediakan laporan pasca penilaian
(softcopy dan hardcopy) yang lengkap
untuk diserahkan kepada
Jawatankuasa Dokumentasi.
38
13 PENGUNDIAN PEMILIHAN AJK PIBG 1. Menguruskan semua perkara berkaitan Pn. Rohaiza
proses pengundian. binti Abd
Pn. Nabilah binti Jamaluddin (K) Wahab
Pn. Nur Amalina binti Samsuri 2. Menyediakan aplikasi pengundian
Pn. Rahimah binti Hamzah pemilihan ajk baharu.
Pn. Monawizana binti Abdul Makti
3. Mengira undian secara atas talian.
4. Memaklumkan data keputusan undian
kepada pengerusi sementara.
5. Menyediakan laporan pasca penilaian
(softcopy dan hardcopy) yang lengkap
untuk diserahkan kepada
Jawatankuasa Dokumentasi.
39
PENGHARGAAN
Yang Di Pertua
dan Ahli Jawatankuasa PIBG
SMK Darulaman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada:
Pengetua,
Penolong-penolong Kanan dan
Guru-guru dan Staf
SMK DARULAMAN.
Semua waris yang telah memberi kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan
majlis kita serta
Semua pihak yang terlibat dalam membantu kami dari segi kewangan , material dan
sokongan moral dalam melaksanakan mesyuarat ini dengan jayanya.
Semoga Tuhan memberi keberkatan atas segala usaha kita.
40