KEPENTINGAN KEPADA
DAKWAH DAN ISLAM
Islam telah menetapkan bahawa setiap
perkara itu adalah tertakluk kepada
peraturan yang telah ditetapkan oleh
Al Quran dan Sunnah Nabinya, dan
tidak terkecuali juga ilmu sains dan
teknologi. Oleh itu ilmu sains dan
teknologi yang diterima oleh Islam
adalah ilmu yang dipimpin dan
disuluh oleh Nur Ilahi, kerana hanya
dengan itu ilmu tersebut tidak akan
bersifat menindas dan menganiaya
makhluk lain.
Sebenarnya, di dalam Al Quran itu
sendiri sudah terkandung ilmu sains
dan teknologi yang hanya menunggu
untuk dikaji dan dikembangkan oleh
mereka yang memahami dan
mengamalkannya. Setiap ayat yang
terkandung di dalamnya mempunyai
maksud dan makna yang tertentu
yang perlu digali, diteliti dan
direnungi, sebab Al Quran adalah
sumber ilmu pengetahuan yang
terbesar dan terpenting. Jika tidak
mutiara Al Quran itu tidak akan
menyerlah dan memancarkan
cahayanya untuk menyinari
kehidupan umat manusia.
Berdasarkan kepada hakikat inilah
maka umat Islam perlu mengambil
manfaat daripadanya dengan
menggunakan akal fikiran yang
dikurniakan oleh Allah untuk
menjalankan pengkajian yang bersifat
empirikal dan saintifik. Sekiranya ini
dapat dilaksanakan, maka tidak syak
lagi zaman kegemilangan Islam dapat
dikembalikan dan Islam sekali akan
menjadi sumber inspirasi kepada
kemajuan tamadun dan kekuatan
ummah.
KEPENTINGAN KEPADA ILMU
DAN PENDIDIKAN
-Memudahkkan komunikasi sesama
manusia
-Menyumbang kepada perkembangan
industri kesihatan
-Meningkatkan sektor pendidikan
-Memulihara dan memelihara alam
sekitar
-Memudahkan pergerakan manusia
-Meningkatkan hasil pertanian dan
agrikultur
KEPENTINGAN
KEPADA ISLAM
BANTU MANUSIA
MENGENALI PENCIPTA
Alam tabii : kitab terbuka (maftuhah) -
manusia memperolehi
banyak ilmu dan maklumat daripada alam.
Bukti keesaan Allah s.w.t. boleh dilihat melalui
kajian alam tabii
"Sekiranya ada di langit dan bumi than Slain
Allah, tentulah
keduanya itu akan rosak dan binasa" (Al-
Anbiya' (21] : 22)
* Kewujudan alam merupakan satu tanda
kewujudan pencipta
• (Ali-Imran [3] : 190-191), (Al-Mulk [67] : 3).
(Yusuf (12] : 5-6).
* Dengan mengkaji alam tabii Seperti sifat,
peraturan dan hukum
alam akan dapat mendapat gambaran bahawa
ada Pencipta dan
Pengatur kepada Segala sifat, peraturan
BANTU DALAM
PERLAKSANAAN SYARIAT
Kajian sains dan penerokaan teknologi adalah didorong
oleh kepentingan
untuk melaksanakan Syariat dalam ISlam.
* Pelaksanaan Syariat Seperti pelaksanaan fardu ain
Seperti Solat, puasa, zakat
dan haji banyak disempurnakan oleh pencapaian dalam
Sains dan teknologi.
• Solat : Syarat menutup aurat - teknologi tekstil,
penentuan waktu Solat dan
kiblat-
kompas & jam
• puasa : mengetahui tarikh bulan Ramadhan,
mengetahui masuk & habis waktu
zakat : mengetahui kewajipan berzakat, mengetahui
kadar penentuan zakat
mesin kira
• haji : mengetahui ketibaan musim haji, mengetahui
arah Kaabah, kemudahan
untuk
Sampai ke Mekah.
* dalam konteks fardhu kifayah
• memandikan jenazah - penciptaan tempat mandi
• penggalian kubur - jentera Seperti jengkaut
MEMENUHI KEPERLUAN
MATERIAL
Melalui kajian Sains dan teknologi,
keperluan manusia
dapat dipenuhi dari Segi:-
• pakaian : bidang tekstil
• tempat tinggal : bidang arkitek &
kejuruteraan awam.
• makanan
• perubatan - farmasi
• kejuruteraan molekul, bioteknologi dan
lain lain.
MENGETAHUI KEPENTINGAN
AMALAN SYARIAH
Kajian sains memberi
pendedahan
tentang kepentingan amalan
agama
dalam kehidupan
Solat sebagai terapi penyakit
Puasa Sebagai terapi sistem
pencernaan
KEPENTINGAN KEPADA
MASYARAKAT ISLAM
Faedah yang paling ketara terhasil
menerusi sains dan teknologi
adalah memudahkan urusan
manusia di pejabat. Pengenalan
sistem online memudahkan
jabatan kerajaan dan swasta
berkomunikasi di antara satu
sama lain. Impaknya, teknologi ini
menjimatkan penggunaan kertas
kerana urusan surat-menurat
diganti dengan komunikasi
menerusi sistem online tersebut.
Selain itu, sains dan teknologi
turut memudahkan komunikasi
atau perhubungan sesama
manusia. Penggunaan internet
membolehkan kita berhubung
dengan sesiapa sahaja di pelosok
dunis ini menerusi satu sentuhan
jari sahaja. Perkara ini boleh
merapatkan hubungan di antara
ahli keluarga, sahabta, dan
kenalan kerana kosnya yang begitu
murah.
Seterusnya, sains dan teknologi
turut membantu kehidupan suri
rumah menjadi lebih mudah dan
teratur. Penciptaan pelbagai jenis
mesin dapat menggantikan tenaga
wanita dalam menguruskan rumah
tangga mereka. Sebagai contoh,
penggunaan mesin basuh, periuk
elektrik, dan pengisar makanan.
Maka, bebanan yang dipikul
sebagai suri rumah akan
berkurangan dan kehidupan
seharian mereka menjadi lebih
menarik.
KESAN BURUK SAINS
TEKNOLOGI DAN ICT
-Terjadinya jenayah siber
-Melayari laman sesawang
yang tidak bermoral
-Kurang pergaulan
-Bermalas-malasan
-Berlebih-lebihan apabila
membuat ujikaji seperti
ujikaji bahan-bahan letupan